Dimensi islam hari ini 1

Page 1

1

DIMENSI ISLAM HARI INI.

Ujian Untuk Umat Islam Detik-detik sepanjang sejarah Islam daripada awal kelahirannya memaparkan imtihan, tribulasi dan kegetiran perjuangan. Proses menghadapi mehnah, ujian, kepayahan, kepelbagaian dalam ranjau perjuangan adalah lumrah, bukan satu keganjilan dan asing kapada Islam dan umatnya. Umat Islam hari ini mesti lebih berhati-hati dan sentiasa dalam peka kewaspadaan kerana kita bakal terheret dan dijerumuskan oleh fitnah dan angkara khianat musuh-musuh Islam. Keadaan hari ini berlaku kerana umat menghakiskan daripada jiwa mereka keunggulan aqidah dan kesejahteraan keimanan kapada Allah dan Rasulnya. Ini cuma merupakan paparan sementara, satu keadaan yang masih remeh sehingga akhirnya umat Muhammhad saw akan benar-benar teruji aqidahnya bilamana negaranya bakal dipukal, menjadi padang jarak padang terkukur. Musuh berada diambang pintu rumahnya dan tiada apa yang dapat dilakukan ketika itu melainkan berdiam diri dan berpeluk tubuh. Keringat menjadi dingin - sejuk dan seluruh badannya menggeletar. Pada hari itu kita adalah lembu yang dicucuk hidungnya. Kita dijadikan untuk menerima padah dan nasib kita ditentukan oleh kuasa-kuasa yang ingin menguasai segala harta dan khazanah bumi. Bukankah perkara sedemikian sudahpun menjadi realiti, berlaku dibeberapa negara masyarakat umat Islam pada hari ini. Negara – negara Islam yang lain gusar dengan malapetaka tersebut tetapi saling berpeluk tubuh, suara lantangnya cuma dimedan bicara, resolusi kosong bergema, akhirnya menghilang sehabis perhimpunan dan sidang muktamar bersurai. Kembali semula persidangan antarabangsa mencemuh apabila berlakunya pencabulan. Hal sedemikian berlaku berulang – ulang terhadap umat Islam dan pemimpin dunia Islam hanya menjadi jurubicara diperhimpunan, mengeluarkan resolusi dan akhirnya semuanya di atas kertas tidak memberi sebarang kesan. Realiti hari ini memaparkan keadaan umat yang menuju menghampiri rahang musuh dan ketika kini umat Islam rata – ratanya diawasi gerak geri dan tindak-tanduknya menjadi

1


perhatian. Kemana saja kita berada selama mana kita meneraju aqidah dan iman maka kita menjadi sasaran kepada golongan yang menyukarkan hidup kita di dunia ini. Perkara yang tertera sudahpun menjadi kenyataan di beberapa buah negara Islam. Umat Islam bersuara menentang pencabulan tersebut tetapi suaranya tidak menyeluruh bahkan berpecah-pecah dan kabur. Pemimpin umat Islam pula hilang arah dan panduan serta tiada kekuatan untuk merentasi arus, kerana mereka cumalah bahan percaturan. Kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa Islam tidak ‘absolute’ tetapi terbatas dan sebahagiannya pula amat bergantung harap kapada kuasa besar secara langsung atau tidak langsung. Sebenarnya umat Islam dan negara Islam hari ini keadaannya persis telur dihujung tanduk dan Islam hari ini dilitupi oleh awan mendung yang kelam. Keadaan ini akan terus melanda umat beberapa lamanya sehinga umat Islam kembali memartabatkan maruahnya dan kembali siuman. Umat Islam tidak sepatutnya mengharap aqidahnya akan dijamin selamat oleh musuh.

Jangan Sampai Musuh Berada Di Ambang Pintu Baru Mahu Bersiap Siaga Bila sudah terantuk baru mahu memikul beban dan tanggung jawab dimana musuh sudahpun bersiap – siaga. Kelalaian dan kealpaaan menyebabkan kita menerima padah diganyang dan di belasah bertubi - tubi. Rata-ratanya keadaan sudah tidak tenteram lagi dan umat telah mengalami keperkosaan selepas khilafah berjaya ditumpaskan. Umat Islam kehilangan tempat pergantungan, satu – satunya tumpuan ‘sultah’ kekuasaan yang ada. Lenyapnya kekuatan tersebut merupakan satu kehilangan besar, umat menjadi yatim piatu sehingga kini dianak tirikan, dipersalahkan bahkan menjadi habuan kerakusan kuasa besar. Sentiasalah Islam dipersenda, umatnya pula diganyang, ulamanya diperlekehkan. Maruah sudahpun dicemar. Itulah yang sudah berlaku sepanjang sejarah umat Islam pada kurun yang lalu dan bakal ditempa pula pada alaf ini.

2


Pengharapan kita kapada kepimpinan Islam dan kepala negara yang akan menyelamatkan umat ini juga akan menghampakan kita kerana pada kurun yang lepas kebanyakkannya juga cuai, alpa, lalai dan tidak bertanggung jawab. Kebanyakkannya juga merupakan alat kapada guru jajahan takluk mereka. Belum terdapatnya tokoh pemimpin negara sepanjang sejarah umat Islam pada kurun yang lepas, merupakan tokoh yang menyelamatkan

umat

daripada

kemelut.

Bahkan

yang

dikenal

pasti

adalah

persengkongkolan dan kehalobaan kebanyakkan pimpinan umat Islam. Inilah yang berlaku sepanjang sejarah Islam sebelum dan selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah. Umat Islam saperti sudah kehilangan tempat pergantungan dan teras kehidupan. Emasipasi Islam melalui Liberalisasi Hari ini kita berhadapan pula dengan satu faham baru, nafas baru - Islam liberal yang mahu bebas daripada teras akidah, keyakinan total yang bulat kepada Allah azawajalla. Kehidupan yang mahu menjauhkan daripada sunnah nabi kerana pandangan nabi sudah ketinggalan zaman moden yang berteknologi. Paras pemikiran nabi tidak sama, meleset dengan perkembangan zaman yang deras. Liberalisasikan Islam untuk mengikut perkembangan masyarakat Barat, kehidupannya berpaksi maju supaya Islam itu berdaya saing dengan kemajuan. Islam itu mahu dimajukan mengikut telunjuk. Allah swt itu mahu ditakrifkan semula kedudukannya dalam agama. Cara yang sedemikian itu telahpun berlaku kepada bangsa Yahudi sebelum Islam. Berkatalah nabi Isa kepada salah seorang penguasa, ‘apakah itu yang kamu pegang dalam gengaman kamu’. Lalu dibukakan gengaman dan ditunjukkan sekeping dinar emas yang menunjukkan kepala kisra, lalu katanya, ‘walillah lillah, walil kaisar lil kaisar’. Hak Allah biar Allah yang tuntut, hak kekuasaan raja menjadi hak raja’. Maksud sebenar daripada saranan tersebut adalah memisahkan dan pemisahan kekuasaan Tuhan menjadi terpencil bersekitar kepada ‘ritual’ – pemujaan, sembahan dan upacara semata – mata. Itulah sempadan dan batas terkhusus dalam hak Tuhan. Tuhan tidak berhak melanggar sempadannya. Selainnya adalah hak mutlak para raja, penguasa, presiden, perdana menteri dan parti politik yang memerintah.

3


Taraf keyakinan umat Islam hari ini mesti mengalamai proses induksi, supaya tidak terlalu Islamik, walaupun ‘fundamental’ tetapi tidak idealistik, mesti mengikut corong, acuan yang telah ditakrifkan oleh golongan penguasa. Umat Islam hari ini, akidahnya mengalami bermacam jenis gangguan. Mereka tidak lagi bebas menganut mengikut apa yang ditanzilkan oleh Tuhan rabbul alamin. Apakah yang akan terjadi kepada anak – anak umat Islam pada alaf ini? Akidah Umat Islam Diganggu – gugat Perkembangan akidah umat Islam hari ini terus mahu diubah mengikut kesesuaian zaman. Tidak hairanlah berlakunya imam wanita yang mengepalai sembahyang untuk orang lelaki. Pada mereka, itu dibolehkan dalam agama sementara tidak ada langsung dalam hukum yang mengizinkan berlakunya sedemikian. Tidak ada langsung dalam batas’ rukhsah’ – kelonggaran yang dibenarkan. Ini sebenarnya satu pencabulan total – yang terus terang melanggar hukum agama. Golongan tersebut masih mengaku penganut setia Islam dan bersaksi keimanan kepada Allah dan Rasulnya. Kenapakah tiadanya Abu Bakar yang memerangi gejala riddah pada alaf ini? Jenis apakah liberalisasi ini, ‘murunah’ atas batas kelonggaran apakah yang diizinkan syara’ berlakunya hal sedemikian. Jika adanya nas syara’ maka pasti akan kedatangan Abu Bakar RA yang bakal mengheretkan mereka kepada pembetulan, bahkan tidak ada dalil atas dalil hukum dalam dalam Al-Quran, Sunnah nabi, Ijma Ulama, Qiyas sehingga kepada menggunakan Maslahah yang memberikan ruang yang seumpama. Membebaskan Islam daripada Sunnah atau atucara nabi merupakan satu gejala riddah yang biasanya merupakan tanggung jawab pemerintah untuk memeranginya, memperbaiki serta memulihkan keadaan supaya keadaan diperbetulkan. Realiti hari ini Islam cuma statusnya sebagai agama rasmi sesebuah negara atau agama anutan manusia bukan Addinnya – Islam dalam konteks hari ini bukanlah Islam yang insijam – serasi dengan nizamul hayat, syamil al mutakamil. Satu sistem hidup yang merangkumi aspek kehidupan manusia sejak ia lahir sehingga wafat lengkap lagi sempurna – lembaran ini cuma merupakan bahan ilmiah dan keyakinan individu muslim semata – mata bukan jelmaan perlaksanaan Islam yang tidak mungkin akan berlaku dalam justifikasi demokrasi hari ini.

4


Punca Kekuatan Umat Islam Sebenarnya umat Islam hari ini menghadapi risiko yang bukan sedikit dalam menjaga akidahnya bersih dan sejahtera daripada godaan. Dunia hari ini mencuba keimanan umat Islam dalam keadaan umatnya ramai yang serba kurang, tidak berkemampuan, sedikit dalam serba serbi. Jutaan umat Islam yang miskin malah di bawah paras kemiskinan, di bawah kerajaannya yang rata – rata mengikut telunjuk kuasa besar. Kemiskinan yang wujud itupun diada – adakan oleh oleh tangan – tangan asing supaya umat Islam sentiasa kais pagi makan pagi, tidak menghirup kehidupan selesa supaya masanya tidak bebas digunakan untuk agamanya. Sentiasa tertekan, terdesak untuk cari makan tidak habis – habisan sehingga keakhir umur dan kematian. Tidak cukup dengan keadaan yang meleset, umat disogok dengan bahana hiburan yang dipersetankan. Yang tua megalami perubahan, yang muda pula rosak sebelum dewasa tegar, bagaimanakah akhir kesudahan umat Islam? Pembangunan semula umat Islam yang sejahtera akidah yang gembur dengan bibit keimanan pasti merupakan keluarbiasaan dengan realiti yang rosak. Keadaan bertambah runcing apabila golongan muda seawal usia 12 tahun sudah mula berjinak dengan gejala tidak bermoral. Lebih tenat keadaannya dengan rencana media massa yang mendorong kepada keterlaluan dalam hiburan sehingga menjadi budaya masyarakat yang sukar dibendung. Inilah realiti yang mengelilingi umat Islam hari ini dan pasti ibu bapa yang peka terhadap Islam amat gusar dengan keadaan sekeliling yang merupakan daya penarik yang cukup kuat menjauhkan anak belia Islam daripada mendapat persekitaran yang kondusif dalam membina akidah keimanan yang sihat. Bahwa Islam yang ada hari ini menghadapi ujian yang bukan sedikit malah fitnah terhadap agama menjadikan umat Islam dalam kamar bahaya, jiwa raga dan nyawa orang Islam diancam akibat daripada pembohongan dan fitnah musuh.

5


2

AL KUFRU MIL LATUN WAHIDA – KEKUFURAN ( KEKAFIRAN) ITU DALAM SATU SISTEM

Apakah sebenarnya fitnah yang melanda umat Islam hari ini. Perkara sedemikian telah ditanyakan kepada Dr Abdul Hamid Abu Sulaiman oleh rangkaian Al – Jazeera pada siri Syariat Al Hayat, Disember 2006. Jawaban yang diberikan amatlah tepat dan begitu membuka minda baru kepada umat Islam sedunia ini. Punca fitnah ianya bukanlah asasnya daripada umat Islam ataupun kemunduran, kejahilan, keterbelakangan atau akidahnya yang rosak. Semuanya yang berlaku itu adalah natijah ataupun hasil daripada perbuatan orang. Bahwasanya umat Islam bukanlah satu bangsa yang sememang lemah, bacul ataupun suka kepada sengketa sesama sendiri. Itu yang mahu ditonjolkan kepada dunia walaupun ianya ternyata jauh daripada keadaan sebenar, meleset dan tidak tepat. Punca utama ternyata adalah musuh yang persis iblis, tidak membiarkan umat membangun dan maju, sentiasa meruntun untuk meruntuh segala apa yang dibina daripada permulaan kejatuhan khilafah sehingga kehari ini. Enggan mahu membiarkan umat Islam bersendirian dalam perjuangannya

sehingga mencapai

kemenangan. Umat Islam sentiasa diperhati gerak gerinya, selalu berada di bawah kanta musuh sepanjang masa. Bukan setakat itu sahaja, mereka merencana bermacam usaha sama dalam segala urusan yang difikirkan munasabah demi menyukarkan pembangunan Islam dan umatnya. Sumber kekayaan yang berada ditangan banyak negara Islam hari ini bukan menjadi milik mutlak umat Islam tetapi banyak bertukar tangan menjadi hak orang lain. Bayangkan lautan dan selat laluan kapal kebanyakkannya berada dibanyak negara Islam tetapi kita tidak menguasai kedaulatan sepenuhnya serta ruang angkasa yang boleh diceroboh bila – bila masa atas permainan ‘diplomasi’ dan kerjasama ‘antarabangsa’. Semuanya yang berlaku hanyasanya demi mengekang pembangunan

6


Islam supaya umatnya merasa susah daripada senang, kalau senang pula leka daripada tanggung jawab agama, menjadi pelesit saperti mereka. Inilah yang berlaku terhadap umat Islam yang mahu diperkosa supaya hilang teruna dan daranya, jauh daripada keaslian dan Islam hanyalah bertaraf saperti agama lain lalu boleh berkongsi budaya dan cara hidup yang asing dan bobrok atas nama toleransi agama. Terdapat pula dari kalangan umat yang rosak akidah, yang jahil lalu diangkat menjadi pemimpin bangsa serta kedapatan segelintir yang ada jiwa agama tetapi tiris keyakinan bulat kepada Allah Azzawajal lalu menjadi jurubicara umat. Pokoknya pendokong dan pencinta Islam yang hakiki dikesampingkan daripada masyarakat secara tersususn melalui arus politik yang terangcang, selalunya diselar menjadi ‘trouble maker’ pengacau kepada proses damai yang diuar – uarkan dan tersisir daripada arus perdana yang dimasyurkan oleh banyak negara Islam. Jadinya, apakah yang sebenarnya fitnah yang melanda umat Islam hari ini? Terdapat sebegitu ramai daripada pemimpin umat Islam yang terus mengakui puncanya daripada kelemahan umat Islam dan kemunduran serba serbi, bertalu – talu mengajak masyarakat supaya cepat belajar daripada Eropah bersama kuasa besar lainnya, mencontohi mereka agar mencapai kejayaan. Satu kesilapan besar umat Islam adalah mengakui bahwa kita bangsa yang lemah dan kelemahan itu berpuca daripada kita bukannya hasil daripada kejahatan orang yang sentiasa mahu melemahkan kita. Akhirnya melalui masa dan silih berganti zaman kita terperangkap dalam kelemahan yang dicipta musuh lalu mengakui umat Islam lemah kerana bersabit daripada dirinya sendiri. Inilah yang berlaku dalam sejarah hitam umat Islam dan kita masih mengikuti, menuruti coretan fitnah berturutan mengakui kesilapan daripada tangan kita sendiri.

7


Mengubah Persepsi Umat Andainya kita dibiarkan melakukan perbaikan, lalu masyarakat umat Islam dibiarkan menguruskan jalan hidupnya serta negara membangun mengikut perlaksanaan Islam sejagat tanpa diganggu gugat dalam erti kata sebenar, tiada musuh, tiada musuh dalam selimut, tiada pengurus onak, tiada penyangak dan penjahat bobrok antarabangsa yang berpakat supaya Islam tidak akan naik selamanya. Apakah yang mungkin terjadi, adakah kita sebagai umat Muhammad Saw yang memegang amanah mengamankan dunia ini bakal mundur, meleset daripada pembangunan yang diuarkan atau kita akan melepasi alaf ini dengan kemajuan deras melebihi umat lain. Ketamadunan adalah milik umat Islam. Pembangunannya juga adalah intisari daripada tamadun yang dipelopor Islam. Perkataan ‘modern’ bukankah asal daripada perkataan Arab ‘ muddun, madain atau madani’ dalam istilah hari ini disebut ‘kota’. Kita tidak mahu mengheret umat Islam untuk mengimbau sejarah silam yang gemilang sementara umatnya hari ini membina istana pasir semata – mata, lalu membiarkan keadaan umat tetap tenat tidak berubah. Kita mahu menukar persepsi umat bahwa kita umat yang diteladani petunjuk dan rahmat. Kita terjadi lemah adalah daripada angkara musuh - pacaran tengek yang selalu membibitkan kekerohan, menganggu gugat umat yang lemah manjadi lebih marhain sehingga hilang maruah diri atas siapakah dirinya yang sebenar. Kita adalah umat Muhammad, umat akhir zaman yang merubah sejarah dunia yang mundur kepada kemajuan. Semua yang ada di dunia ini sesat melainkan Islam. Kita adalah mahaguru kepada tamaddun dan tidak ada tamaddun sepanjang sejarah dunia yang lebih unggul daripada tamaddun yang dibina Islam. Kemajuan teknologi dan pembangunan hari ini wujud adalah daripada natijah Islam. Asas – asas yang dibina Islam dalam kemajuan ditiru, diciplak diambil lalu dipatenkan menjadi hak milik mereka.

8


Memanglah apa yang diperkatakan merupakan omongan kerana kenyataan – realiti memaparkan keadaan umat Islam yang lemah hari ini. Medan bercakap tidak sama dengan medan bekerja sementara medan bekerja tidaklah sama dengan medan bekerja yang betul. Ramai yang boleh bercakap cuma sedikit yang mampu beramal dengan apa yang dicakapkan itu lalu melakukan kerja dengan caranya yang betul dan menghasilkan natijah yang berkesan. Di atas petunjuk dan hidayah daripada Tuhan maka natijah yang berkesan daripada pekerjaan yang betul itulah yang menghasilkan amal saleh yang seratus kali lebih afdhal daripada pekerjaan orang kafir. Orang – orang saperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan cendikiawan Islam yang lain melaksanakan amal saleh inilah yang memartabatkan mereka menjadi pelopor dalam bidang dan terkehadapan daripada umat lain. Adakah menjadi sesuatu keganjilan kepada umat Islam pada alaf ini mengikuti jejak cendikiawan terdahulu menjadi pelopor terkehadapan dalam jurusan baru ataupun lama yang sudah ditemui oleh umat lain. Tidaklah menjadi kemustahilan atau tidak diterima akal bahwa umat Islam bakal menjuarai bidang teknologi merentasi pemikir lain. Bahwa umat Islam masih boleh menjuarai medan pemikir dan teknologi asal saja jiwa mereka tidak terkongkong menjadi budak kepada kekafiran. Sebarang keilmuan, kepakaran dan teknologi boleh digarab dan dibentuk menjadi lebih dinamik, lebih canggih daripada sebelumnya kerana asas ilmu itu adalah pencarian lalu diketemuan dengan penemuan. Penemuan – penemuan saintifik terkini semuanya bermula daripada satu nokhtah, satu titik kecil lalu membesar menjadi sofistikated dengan penemuan lain yang membesar menjadi lebih unggul, canggih dan maju yang akhirnya juga akan kembali kepada satu titik kecil semula. Titik itu adalah Ilham yang terdasar sesuatu ilmu yang ditemukan. Tanpa ilham tidak terdasar sesuatu ilmu. Siapakah yang memberi ilham kalau bukan Tuhan Rabbul Jalil.

9


Maka tidaklah menghairankan jiwa yang dibentuk agamanya , cendikiawan Islam tampil menembusi keantarabangsaan menjadi pelopor kepada segala ilmu didunia ini kerana asas kewujudan dunia ini adalah diwariskan kepada hamba – hamba Tuhan yang baik – baik. Realiti hari ini dunia didominasi oleh kuasa besar yang bobrok persis saperti pedang yang berada ditangan sipemabuk yang mengundang bahaya besar memudaratkan orang disekelilingnya. Ia bakal mencederakan mereka yang berada disekelilingnya, isteri dan anak – anak, jiran tetangga dan orang lain malah dirinya sendiri mendapat kecelakaan. Itulah akibat daripada kehilangan Islam. Dunia hari ini berada dalam kegilaan akibat daripada ketiadaan Islam. Islam hari ini mesti membentuk satu dimensi baru memulihkan dunia daripada keadaan gawat. Islam adalah mahaguru kepada dunia dan dunia akan terus tersasar sesat tanpa Islam.

10


Kehilangan Islam Mengorak mendung mega senja Fajar menyingsing bermula alaf Membawa celaka sipemabuk Pedang terhunus tanpa wawasan tega Bahana Meyinsing lengan bergenggam tangan Tidak cukup Al Quds Cuma titik kecil daripada Najd Hamparan megah watan Islami kecundang khilafah musnah luluh lebur ditelan zaman meyusuri cerah bukan cahaya tapi api semarak membakar bumi seantero kuasa – kuasa bobrok berpacaran mengendong dunia hancur dunia apakah ini dalam kendi kemajuan saling berbunuhan dengan senjata kemodenan perkasa menurut hawa kuasa besar mencambuk hukum rimba dipersada bangsa bersatu perkosa adakah kita lembu yang dicucuk hidung sentiasa berkeadaan telur dihujung tanduk tiada tempat teduh cuma kais pagi makan pagi menjadi Pandir sepanjang zaman dayus

11


3

REFORMASI PEMIKIRAN UMAT – TAJDID ISLAMI

Perlukah Islam kepada pembaharuan, pengstrukturan semula atau dalam istilah hari ini ‘reinvent’ membaik pulih supaya kelihatan lebih menarik, ceria, sebagai satu produk komersial yang konvensional demi laris dipasaran. Apakah faktor yang menyebabkan keperluan untuk melakukan transformasi atau pembaik pulihan ‘overhaul’ Islam daripada yang terdahulu supaya kelihatan lebih selesa ‘complacent’ kepada orang ramai. Kata orang ‘cantik mata memandang’. Pakej Islam yang lebih segar, ceria, paparan yang lebih sofistikated anggun bergaya, kreatif dan berinnovasi, terkini serta moden. Islam yang boleh diterima oleh zaman. Takhyir Islam Kulli Perubahan Islam secara total, menyeluruh bahkan mencakupi setiap sudut, lalu tidak mengenepikan mana - mana aspek adalah ciri – ciri kesyumulan Islam. Hakikat sebenar daripada kenyataan tersebut adalah cuma perkataan yang tersurat, gambaran harapan dan cita – cita, keinginan daripada pencinta Islam yang mahu menjunjung Islam dipersada. Tetapi saperti kata orang ‘cakap tidak serupa bikin’ bercakap lebih mudah daripada bekerja dan sebarang pekerjaan itu amat memerlukan kewibawaan, keikhlasan yang menjulang tinggi, memenuhi intizam dan iltizam sehingga menjadi realiti hidup, tercerna dalam kehidupan. Semuanya bermula daripada sekeping hati yang mahu berubah, melakukan pembaikan ke atas dirinya terlebih dahulu, lalu mengajak kaum keluarga terdekat, sanak saudara serta sahabat handai. Inilah ciri – ciri asas kepada sebarang perubahan. Ianya adalah praktikal dan berkesan. Keberkesanannya bukan sesuatu yang ideal yang tidak dapat dilakukan. Islam itu bukanlah ideal (mengikut terminologi barat) tetapi praktikal dan dapat dilakukan dengan mudah hanyasanya dengan memikat sekeping hati untuk menerima lalu membuka minda untuk hanya mendengar kemudian baru menilai samada mahu menerima atau tidak. Itulah namanya’open-mindedness’ atau berfikir secara terbuka. Pemikiran yang rasional, tidak jumud dan terkekang satu arah – ‘one track mind’.

12


Ramainya cendikiawan, cerdik pandai yang mengongkong pemikiran dalam kamar tradisi usang, mengambil perkataan Abdul Mutalib yang selesa dengan cara hidupnya, tidak mahu bertukar dan berubah walaupun perubahan itu bakal menyelamatkan dirinya daripada bahang api neraka. Ketaksuban ini bukan hanya berada pada kelompok orang – orang bodoh atau dungu tidak berpelajaran tetapi yang malang dan memeranjatkan sekali ia juga berlegar pada para sarjana, yang enggan kepada rasional, menutup peluang – peluang dialog kepada pandangan selain daripada ketaksuban yang melekat diminda. Apa salahnya kamu mendengar dahulu apa yang mahu diperkatakan. Selepas itu terserah kepada anda untuk menerima atau tidak. Kami tidak memaksa. Itulah permulaan yang baik yang dilakukan oleh Mus’ab Bin Umair – sahabat Nabi Muhammad terhadap beberapa penguasa Madinah yang mencemuh nista Islam kerana kata mereka bahwa perkataan pencinta Islam itu bakal memisahkan suami dengan isteri, bapa dengan anak –anaknya, rakan taulan yang akrab bakal saling bermusuhan. Perkataan Mus’ab Bin Umair itu mempunyai sihir yang mampu memisahkan semuanya dan berkuasa untuk memecah belahkan. Apakah yang diungkapkan oleh Mus’ab yang menjadi ketakutan kepada mereka ? Hari ini, realiti yang sama juga dihadapi oleh Islam yang sentiasa berada dikandang orang salah. Islam tidak diberikan kebebasan untuk berbicara terus dengan mad’u (pendengar) supaya mendengar dahulu apa yang mahu diperkatakan. Kalau diberi peluang berbicara maka pasti dipilihnya orang Islam yang tolol, yang hambar Islamnya serta jelik aqidahya yang terpesong itu lalu dipertontonkan kepada umum sebagai jurubicara Islam dan suara Islam yang dinamik. Contohnya yang terbukti jelas, Mustafa Kamal At tartuk – digelar bapa Turki Moden dengan mendewa – dewakan pembangunan dan keislamannya kepada dunia Islam sementara umum mengetahui beliau adalah seorang musyrik, seorang berketurunan yahudi dari daerah Domna, di Greek semasa itu berada dalam wilayah khilafah

13


Uthmaniah yang mengamalkan Islam disiang hari, mengamalkan kitab taurat yang multazim dimalamnya. Seorang lagi ‘Akbar the great’ seorang raja dalam kerajaan Mogul – seorang yang buta huruf, yang mengekang perkembangan Islam dan mencantumkan beberapa ugama menjadi adunan satu ugama baru ‘Din Ilahi’ yang ternyata bercanggah dengan Islam. Dalam lipatan sejarah hari ini beliau diterima pakai sebagai tokoh pembaharuan Islam yang dinamis. Ternyata beliau seorang yang terkeluar daripada agama Islam seorang yang murtad diambil sebagai insan mithali kepada tokoh pembaharuan. Pengetahuan sebenar tentang Islam, mengalami proses penurunan sehingga tohor, cetek dan Islam diwartakan sebagai agama rasmi untuk masyarakat Islam dalam banyak negara yang dihuni oleh orang – orang Islam pada kurun ini. Islam dalam perlembagaan yang dibataskan keluasannya dibawah cernaan demokrasi. Itulah batas – batas Islam, di bawah kuasa perlembagaan dan undang – undang negara berdemokrasi. Islam berada dalam sangkar negara demokratik yang tidak bebas lepas keluasannya. Islam adalah sistem yang lengkap lagi sempurna. Bahkan ia adalah satu sistem hidup yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam adalah negara (daulah) dan tanah air (watan) atau kerajaan (hukumat) dan rakyat jelata (ammah). Islam adalah akhlak (khuluq) dan kekuatan (quah) atau rahmat (rahmah) dan keadilan (adaalah). Islam adalah pengetahuan (saqafah) dan undang – undang (qanun) atau Ilmu (ilm’) dan penghakiman ( qadha’). Islam adalah harta benda (maddah) dan penghasilan (sarwah) atau sumber pendapatan (kasab) dan kekayaan (gha’ni). Islam adalah jihad dan dakwah atau ketenteraan (jish) dan fikrah. Selain itu Islam adalah akidah yang benar (aqidah as sadiqah) dan ibadah yang betul (ibadah as sahihah). Hakikat Islam yang tertera dan ditakrifkan di atsas adalah wajah Islam yang sebenar. Apakah motif sebenar apabila Islam duduk di dalam sangkar perlembagaan dalam kepura – puraan agama rasmi negara. Tujuan sebenar penjajah adalah supaya Islam itu dibendung habis – habisan secara terancang. Perlembagaan negara dan sistem demokrasi

14


itulah hanya sanya kuasa eksekutif yang tertinggi lebih tinggi daripada Islam dalam sangkar dan Islam dalam penjara tersebut tidak mudah mematah kuasa yang tersedia ada itu. Islam dikekang kebebasannya di bawah kuasa perlembagaan negara. Itulah hakikat sebenarnya wajah Islam dalam realiti hari ini. Apakah dengan senang kuasa asing mahu membebaskan setiap inci watan Islami daripada kekangannya tanpa meletakkan jarum kesumat ? Fitnah yang berlegar dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah daripada pekerjaan mereka. Sebelum kita menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan umat Islam, kita mesti cari punca yang sebenar yang merosak umat ini. Memang, kelemahan adalah sebahagian daripada faktor kejatuhan umat Islam tetapi bukan peyebab utama kepada kejatuhan kita. Umat Islam hari ini jangan menjadi umat yang apologetik, lemah dan patah semangat terhadap identiti diri sebagai seorang Muslim. Jangan pula menjadi tolol, terus menerima ‘faktor’ kelemahan yang dirancang, yang dilabel supaya menjadi identiti kita. Islam bukan kelemahan, bukan ketololan membuta tuli, bukan juga keterbelakangan, jauh panggang dari api. Islam adalah kemajuan dan harapan dunia masa hadapan. Dunia memerlukan Islam dan amat bergantung harap padanya demi sebuah masa depan yang cerah. Islam adalah penyelamat yang sebenar kepada dunia hari ini dan dunia yang kucar kacir ini hanyasanya terbela dengan Islam. Ada orang Islam dengan senang hati menerima segala kelemahan adalah berpunca daripada Islam dan umatnya lalu mengungkapkan perkataan kerdil dipentas dunia dengan menerima kelemahan tersebut sebagai kenyataan. Rasa rendah dan malu lalu bersifat apologetik meminta bantuan. Apabila kita menghulurkan tangan, kita juga mesti menundukkan kepala dan itulah yang berlaku kepada banyak pemimpin negara Islam yang terpaksa akur kepada kehendak dan kemahuan kuasa besar dan asing. Dr Taha Hussein, seorang penulis Mesir (anak didik barat) disebut – sebut di negara barat sebagai cedikiawan Islam modernis atau lebih tepat lagi ‘ egyptian renaissance’ – pendidikannya daripada Al – Azhar hingga ke Sorbone, Perancis. Pernah menjadi Menteri

15


Pelajaran dan Warisan di Mesir. Missi kerjayanya mahu merubah Mesir menjadi lebih dinamik, lebih moden mengikut acuan barat kalau mahu mengecapi kemajuan, terlalu mendewakan barat sehingga meyakini dunia Islam mesti mencontohi barat kalau mahu maju dan Mesir akan maju ke hadapan sekiranya mengambil sejarah Mesir sebelum Islam sebagai titik tolak. Di saat – saat akhir hayatnya, beliau mengenepikan banyak tulisannya yang bercanggah dengan Islam dan mengajak cendikiawan Islam moden memikirkan semula akibat daripada kemajuan barat yang merosak umat Islam. Kalau kita mula mengkaji, melakukan penelitian rapi, berfikir dengan lebih mendalam, lebih peka dan sensitif, mahu melihat sesuatu dengan benar dan betul maka jawaban yang pasti adalah gangguan – gangguan atau persekitaran luarlah (muassirat karijiah) yang banyak membuat rencana lalu menggangu gugat perkembangan umat Islam dan kemajuan mereka. Tabkir Eid yang diulang – ulang pada setiap hari raya mahu diingatkan Allah swt perihal kebencian orang – orang kafir terhadap Islam. Apakah hikmah daripada laungan takbir tersebut yang disemboyankan oleh umat islam beramai – ramai itu dalam satu nada sekata. Tuhan sebenarnya mahu mengajar kita dua kali dalam setahun bahwasanya beringatlah ingatlah umat Muhammad SAW

bahwa orang – orang kafir amat membenci

aqidah umat dan mahu merobek – robek kesyumulannya. Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar – Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar Laa ilah ha ilal lah hu wallah hu akbar – Tiada yang disembah/sekutu melainkan Allah Allah hu akbar walillah hil hamd – Allah yang maha besar dan bagiNya segala pujian Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar – Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar Allah hu akbar kabiira, wal hamdulillah hi kasiraa, wa subhanallah hi buk’kratan wa asii la. Laa ilah ha ilal lah wahdah, sadaqa wa’dah, wanaa saara abdah wa a azza jundah hu wa hazamal ahzab ba wa’dah. Laa ila ha ila wala na’budu iiya hu mu’ lisi nala hud din, walau karihal kafirun,walau karihal musyrikun, walau karihal munafiqun, walau karihal fasiqun. Laa ila ha ilallah wallah hu akbar Allah hu akbar walillah hil hamd – Allah yang maha besar dan bagiNya segala pujian

16


Takbir Eid itu sendiri merupakan proklamasi dan deklarasi – persaksian yang jelas, terang –terangan secara lisan yang nyaring lagi nyata, dikumandangkan beramai – ramai secara lahir kepada dunia bahwa inilah umat Islam mempersaksikan komitmen Islam dalam jiwa raga mereka. Allah SWT memilih untuk umat Islam takbir ini demi memperingatkan umat Islam diantara pertentangan aqidah umat Islam dan kebencian orang –orang kafir, orang – orang musyrik, orang – orang munafiq dan juga orang – orang yang fasik. Inilah perintah agama yang Tuhan mempersaksikan bahananya kepada Umat Islam. Berapa ramai daripada 2 billion umat Islam hari ini yang tampil mempersaksikan kehadiran takbir Eid yang sungguh GAH. Islam itu adalah ketinggian yang mengatasi segala – galanya – Al islam mu yaklu wala yukla ilaihi – islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya Allah yang maha besar, Allah yang maha tinggi, Allah yang maha agung, Allah yang maha berkuasa bahkan Allah meliputi segala – galannya. Inilah yang umat Muhammmad laungkan kepada Allah SWT tetapi umat Muhammad tampil kerdil dimata dunia, menjadi malukut ditepi gantang, sentiasa diperkecilkan dimana – mana. Umat Muhammad menjadi lelukun atau pandir kalau perwira atau pejuang diselar teroris. Pemimpin dunia Islam dan para pemimpin sekelian umat banyak berbicara tetapi tidak senada walau dalam kongress besar –besaran. Untuk membuat satu kesimpulan terhadap perkara yang penting bagi umat perlu merujuk kepada nilai kehendak barat. OIC peranannya yang cukup besar, cuma dipergunakan dalam kehendak – kehendak yang terbatas. Umat Islam tidak akan mati kebuluran saperti diSomalia dan lain – lain tempat kalau diuruskan dengan gigih lagi perkasa oleh OIC. Bayangkan daging korban Haji yang Allah SWT wajibkan keatas jemaah haji lebih dari mencukupi untuk keperluan umat Islam. Kita bertanya bagaimana diuruskan kehendak umat islam ini sehingga umat Islam tetap dalam keadaan melarat. Siapakah yang berperanan memperbaiki keadaan yang serba cacat cela ini. Tiadakah Abu Bakar, Umar Usman dan Ali yang yang seumpamanya tamng tampil memperjuangkan nasib umat yang telah dinoda. Akhirul kalam pekerjaan

17


para pemuka – pemuka ini persis melepaskan batuk ditangga. Selesai kongress, resolusi – resolusi hangat kembali dingin tersisip dalam fail – fail terdahulu. Kongress Umat Islam Sedunia Dalam Kacamata Amir Syarkib Ar Salan Sebaik kejatuhan khilafah Uthmaniah yang merupakan tunjang kepada empayar Islam dan daulah Islamiah ramai daripada umat islam, yang terdiri daripada cendikiawan Islam, para alim ulama’ dan pejuang pejuang umat menyusulkan kepada Al amir Syarkib ar Salan agar di adakan satu sidang besar- besaran bagi melantik kembali seorang amir atau khalifah lalu mencari jalan bagi mengembalikan umat kemercu tanda sekurang – kurangnya umat islam ada tempat berteduh daripada komplot Barat.

18


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.