1 minute read

Perkhidmatan alat elektronik implan jantung pemantauan jarak jauh (CIED)

Kardiologi

Apa itu alat elektronik implan jantung pemantauan jarak jauh (CIED)?

Advertisement

Alat elektronik implan jantung (CIED) adalah alat yang boleh dipasang untuk merawat atau memantau kadar jantung yang tidak normal.

Perkhidmatan pemantauan jarak jauh ini membolehkan doktor memantau keadaan pesakit di luar persekitaran klinik.

Ia merupakan langkah tambahan kepada lawatan ke klinik.

Pesakit dikehendaki sama ada membeli alat pemancar yang diletakkan di tepi katil, atau memuatkan turun aplikasi vendor (jika ada) pada telefon pintar, yang kemudiannya berfungsi sebagai alat pemancar.

Alat elektronik implan jantung (CIED) pesakit akan menghantar data kadar jantung melalui alat pemancar atau aplikasi secara tetap untuk ditinjau oleh doktor dan juruteknik perubatan semasa waktu pejabat.

Berapakah kos perkhidmatan ini?

• $216 setahun

• Pesakit akan dikenakan bil pada Januari atau Februari untuk pembaharuan perkhidmatan tahunan.

• Kos alat pemancar antara $1000 -$2000

Apakah manfaat perkhidmatan alat elektronik implan jantung pemantauan jarak jauh (CIED)?

• Pengesanan awal kadar jantung yang memerlukan rawatan segera

• Memantau fungsi alat elektronik implan jantung (CIED)

• Boleh mengurangkan bilangan lawatan klinik yang diperlukan

Nota

Perkhidmatan ini bukan perkhidmatan kecemasan. Sila dapatkan rawatan segera di hospital terdekat jika pesakit tidak sihat, atau jika mereka mengalami renjatan dari alat elektronik implant jantung (CIED) mereka.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities in the north of Singapore, under the National Healthcare Group.

Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg

Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg

Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg

This article is from: