Amalan Terbaik Untuk Menggunakan Frog VLE di Sekolah
LANGKAH PERTAMA 1) Menerima dan mengesahkan Dongle YES 4G. 2) Memaklumkan kepada Pengetua / Guru Besar tentang Frog VLE. 3) Membentuk organisasi Frog VLE. 4) Mengedarkan ID dan kata laluan pengguna iaitu Guru, Murid dan Ibu Bapa. 5) Membentuk 1 Kumpulan Pelajar (4, 8, 16 orang dan seterusnya). 6) Memberi kursus pendedahan kepada guru dan murid. 7) Menyiapkan Dashboard Sekolah. 8) Menyiapkan Takwim Sekolah. 9) Menyiapkan Kalendar Tempahan. 10) Berkongsi Laman Jabatan (Guru Bidang & Mata Pelajaran). 11) Mengisi Dokumen Sekolah. 12) Membuat Laman Mata Pelajaran dan Unit Ko-Kurikulum. 13) Menggalakkan penggunaan Frog VLE di sekolah.
LANGKAH KEDUA Perbincangan dengan pentadbir perlu dibuat bagi menggalakkan guru-guru log masuk ke dalam Frog VLE dengan lebih kerap. Admin Frog juga mengeluarkan senarai guru yang login setiap hari, kurang login dan yang tidak pernah login. Senarai yang diperolehi dari aplikasi ‘Analytics’ dalam Frog VLE itu kemudiannya disusun mengikut warna iaitu Hijau (login dengan konsisten), Kuning (kurang login dan dengan durasi login yang rendah) serta Merah (jarang atau tak pernah login). Senarai kemudiannya dipaparkan atau dibaca oleh Pengetua dalam mesyuarat mingguan dan ia secara tidak langsung memberi tekanan kepada guru-guru untuk login ke dalam Frog dengan lebih kerap. Graf ‘login user’ meningkat dengan mendadak selepas itu.
LANGKAH KETIGA Penganjuran Pertandingan Laman Kelas sebagai satu galakan kepada murid-murid untuk menggunakan Frog VLE. Pertandingan dianjurkan selama sebulan dan perkara-perkara yang perlu ada di dalam laman ditetapkan oleh Admin. Jangan lupa, Admin perlu mewujudkan ‘laman’ ini terlebih dahulu dan berkongsikan laman itu dengan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Di sekolah saya, pertandingan dianjurkan pada Mac 2013 dan jumlah login pada graf ‘analytic’ bulan itu ialah sebanyak 3000 login.
LANGKAH KEEMPAT Wujudkan Kiosk Frog VLE di sekolah agar para pelajar mudah ‘login’ pada masa senggang mereka ke dalam Frog VLE. Pelajar yang tinggal di asrama atau yang tidak memiliki internet di rumah sudah pasti akan memanfaatkan kemudahan ini.
LANGKAH KELIMA Wujudkan papan kenyataan Frog VLE di laluan utama di sekolah, yang memaparkan iklan, risalah atau apa-apa maklumat tentang Frog VLE, seperti URL Frog VLE sekolah.
LANGKAH KEENAM Tayangkan video Frog VLE dalam bilik guru bagi menarik perhatian guru-guru untuk menggunakan Frog VLE. Admin boleh memuat turun video-video ini daripada YouTube. Ini berkesan terutamanya untuk guru yang tidak suka membaca buku manual.