1 minute read

RUJUKAN

Next Article
3.0 KESIMPULAN

3.0 KESIMPULAN

2.3 WUJUD “BAHASA ROJAK” DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) di mana bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Contoh bagi bahasa rojak ialah, ” Kau memang terror (hebat) la!” .Ia merupakan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris.Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar.Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini.Semakin hari,semakin ramai pengguna media cetak dan media elektronik kerana penciptaan gajet elektronik yang semakin canggih dan boleh didapati dengan harga mampu milik.Wujudnya media sosial seperti Facebook dan Twitter juga menyebabkan penggunaan bahasa rojak meluas. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.Kesan dari penggunaan bahasa rojak ialah mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.Selain itu,ia juga menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang kerana penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.

Advertisement

This article is from: