3 minute read

LAMPIRAN

2.4 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENDIDIKAN

Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran untuk menjadi bahasa ilmu apabila pada tahun 2003.Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Subjek Sains dan Matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini telah memberi kesan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu.Hal ini membuktikan bahawa kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan penguasaan dalam bahasa Inggeris, tetapi kefahaman terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda sendiri. Namun, terdapat masyarakat luar yang menganggap orang Melayu tidak akan maju jika tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam bidang pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa bidang utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia (Nik Safiah Karim 2004). Tokoh berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berkembang dalam dunia pendidikan. Kejayaan tersebut amatlah dibanggakan.Namun,kejayaan tersebut tidak kekal kerana terdapat pihak elit,golongan atasan serta pencinta bahasa Inggeris yang mendesak supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar ilmiah bagi subjek-subjek tertentu atas alasan bagi mempersiapkan pelajar untuk dihantar ke luar negara.Kesannya,dapat dilihat pada hari ini,terdapat banyak sekolah yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.Di peringkat pengajian tinggi pula,hampir semua jurusan di ajar dalam bahasa Inggeris kecuali jurusan bahasa.Pelajar diwajibkan belajar jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan undang-undang,Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.Tindakan ini secara tidak langsung mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Advertisement

3.0 KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu sedar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda kita.Bahasa ini membawa peranan yang amat besar sehingga tidak dapat dipertikaikan lagi. Oleh itu, kita mestilah mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu sehingga mampu menandingi kegemilangan bahasa Melayu pada zaman dahulu.Generasi masa depan kita akan ketinggalan dan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir barat yang menggunakan bahasa asing jika kita tidak memelihara bahasa Kebangsaan kita.Sehubungan dengan itu,semua pihak haruslah mencari jalan untuk menghadapi cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu.Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pakar-pakar bahasa Melayu daripada Institut Pendidikan Guru Bahasa Melayu, pakar-pakar bahasa Melayu dari UPM, UPSI dan DBP seperti membina Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang boleh diguna pakai oleh semua penutur bahasa Melayu sama ada penutur jati atau bukan pada peringkat yang selaras di seluruh dunia.Usaha tersebut perlu diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak terutama penentu dasar dan pemimpin negara. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun dan juga dalam hubungan politik, diplomatik, dan perniagaan antara negara dan kumpulan di dunia.

RUJUKAN

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2011). Sejarah Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Kamal. (n.d). KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI. Academia.edu. diambil Oktober 19,2021, dari https://www.academia.edu/13588718/ KEDUDUKAN _ BAHASA _ MELAYU _ DALAM _ NEGARA _ MASA _ KINI

Ahmad Nursalam Zainal Abidin,Muhammad Mahfuz Mohd Sabri,Fatah Fahti Abdul Raiz, Nik Nazreen Afifi Ab. Malek,Afif Farhan Nazeri,Azrai Awang Kasani.(2017,Januari 13) .Bahasa Rojak dalam Kalangan Masyarakat. blogspot.com.http://bahasarojakkita. blogspot.com/2017/01/bahasa-rojak-dalam-kalangan-masyarakat.html

Hashim Bin Hj. Musa, (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hasliza Hassan. (2018, April 30). Martabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/04/418798 /martabatkan-bahasa-melayu-ke-peringkat-antarabangsa

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood et al (2015). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Dan Bahasa.

Zulkarnain Farihin. (2009, Oktober 15). BAHASA MELAYU DI LUAR NEGARA. PENA MENARI MINDA BERAKSI. https://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/bahasa -melayu-di-luar-negara.html

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

LAMPIRAN 5

This article is from: