E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.AHMAD RIDHAUDDIN BIN ROSMAN

Page 7

2.4 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENDIDIKAN Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran untuk menjadi bahasa ilmu apabila pada tahun 2003.Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Subjek

Sains dan Matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini telah memberi kesan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu.Hal ini membuktikan bahawa kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan penguasaan dalam bahasa Inggeris, tetapi kefahaman terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda sendiri. Namun, terdapat masyarakat luar yang menganggap orang Melayu tidak akan maju jika tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam bidang pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa bidang utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia (Nik Safiah Karim 2004). Tokoh berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berkembang dalam dunia pendidikan. Kejayaan tersebut amatlah dibanggakan.Namun,kejayaan tersebut tidak kekal kerana terdapat pihak elit,golongan atasan serta pencinta bahasa Inggeris yang mendesak supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar ilmiah bagi subjek-subjek tertentu atas alasan bagi mempersiapkan pelajar untuk dihantar ke luar negara.Kesannya,dapat dilihat pada hari ini,terdapat banyak sekolah yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.Di peringkat pengajian tinggi pula,hampir semua jurusan di ajar dalam bahasa Inggeris kecuali jurusan bahasa.Pelajar diwajibkan belajar jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan undang-undang,Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.Tindakan ini secara tidak langsung mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.