IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT TUGASAN KERJA KURSUS BMMB 1074 - SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA
: AHMAD RIDHAUDDIN BIN ROSMAN
ANGKA GILIRAN
: 2021292310027
NO. KAD PENGENALAN
: 030829120109
OPSYEN
: BAHASA MELAYU (SK)
AMBILAN
:JUN 2021
KOD KURSUS
:BMMB 1074
NAMA KURSUS
:SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH JABATAN/UNIT TARIKH SERAHAN
: EN. MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH :JABATAN PENGAJIAN MELAYU :8 November 2021
Pengakuan Pelajar: Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Catatan (jika ada): Tandatangan pelajar: __________________________
Tarikh: _______________
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB 1074) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada En. Mohamed Shahren Bin Abdullah,selaku Pensyarah Sejarah Perkembangan bahasa melayu kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan yang diberikan seperti ibu, ayah dan rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
i
ISI KANDUNGAN
ii
1.0
PENGENALAN
1
2.0
CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA DAN PERINGKAT
2
ANTARABANGSA 2.1 SIKAP RAKYAT MALAYSIA YANG MEMANDANG
2
RENDAH BAHASA MELAYU 2.2 KEPELBAGAIAN KAUM
2
2.3 WUJUD “BAHASA ROJAK” DALAM BAHASA MELAYU
3
2.4 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENDIDIKAN
4
3.0 KESIMPULAN
5
RUJUKAN
6
LAMPIRAN
7
1.0 PENGENALAN Jika dilihat di dalam catatan sejarah,bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di mata dunia.Sejak abad ke-7 pada zaman Srivijaya, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang mempunyai peranan yang sangat besar. Bahasa Melayu telah diangkat dan dijadikan sebagai bahasa pentadbiran bagi kerajaan Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar pada ketika itu.Srivijaya juga bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran malah sebagai bahasa perdagangan dan juga bahasa pengajian agama pada masa itu. Itulah saatnya peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu telah digunakan oleh semua bangsa tidak hanya oleh penduduk Alam Melayu, bahkan oleh orang dari India dan China. Orang yang datang ke Alam Melayu perlu mempelajari Bahasa Melayu, dimana sesiapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu boleh dianggap sebagai golongan yang tidak terpelajar.Pada Zaman Kesultanan Melayu yang ketika itu meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai sekitar abad 13 hingga 19 sesudah kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangannya sebagai bahasa tamadun Melayu. Peranan bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang tamadun baik dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik. Bahasa Melayu pada waktu itu sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa- bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah.Tetapi,kegemilangan bahasa Melayu tidak kekal selamanya kerana sejak Alam Melayu dijajah oleh kuasa barat,kelihatan kedudukan bahasa Melayu semakin rapuh dan semakin luntur dalam jiwa bangsa Melayu itu sendiri.Perkara tersebut tidak dibiarkan begitu sahaja kerana lahirlah pejuang-pejuang bahasa Melayu yang berusaha keras bagi memartabatkan bahasa Melayu dan mengembalikan kegemilangan bahasa tersebut seperti yang tercatat dalam sejarah.Namun,terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuh sama ada dari dalam negara kita sendiri mahupun cabaran di peringkat antarabangsa bagi mencapai hasrat untuk melihat bahasa Melayu disanjung semula oleh seluruh dunia.
2.0 CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA DAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2.1 SIKAP RAKYAT MALAYSIA YANG MEMANDANG RENDAH BAHASA MELAYU Cabaran yang terbesar bagi memartabatkan bahasa Melayu ialah apabila penutur bahasa Melayu itu sendiri yang memandang rendah terhadap bahasa tersebut.Menurut Nik Safiah Karim (2004),memperkatakan bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan dan kesesuaian sebagai bahasa antarabangsa pada zaman kini. Disebabkan itu,terdapat masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa kebangsaan menyebabkan kedaulatan bahasa Melayu tercabar.Hal ini disebabkan sejak kecil lagi mereka lebih diajar bahasa Inggeris menyebabkan mereka lebih lancar bercakap bahasa Inggeris.Mereka hanya menganggap bahasa Melayu hanyalah satu subjek yang wajib lulus di dalam peperiksaan awam sahaja.Terdapat juga segelintir masyarakat di Malaysia yang meragui kredibiliti bahasa Melayu dan menganggap bahasa Inggeris lebih hebat dan “berkelas” berbanding bahasa Melayu. Akibatnya,wujudlah bangsa Melayu yang mempunyai satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda.Misalnya, apabila mereka disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris atau lebih teruk,mereka menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara berselang seli. Oleh itu salah satu cabaran yang dihadapi pada abad ke-21 ialah sikap penutur dan kita perlu mengambil tindakan agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. 2.2 KEPELBAGAIAN KAUM Cabaran seterusnya yang dihadapi bagi memartabatkan bahasa Melayu ialah perbezaan kaum.Di negara Malaysia,penduduknya terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan kebiasaannya,akan timbul masalah untuk mencapai perpaduan.Hal ini kerana setiap kaum di Malaysia mempunyai latar belakang bahasa,budaya dan kepercayaan yang berbeza. Isu ini secara tidak langsung memberikan kesan terhadap mempertahankan bahasa Melayu. Walaupun, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia,kebanyakan kaum lain selesa menggunakan bahasa mereka sendiri.Sebagai contoh,kaum Cina akan lebih selesa bertutur dalam bahasa Mandarin manakala kaum India lebih selesa bertutur dalam bahasa Tamil.Kesannya, kurang komunikasi yang melibatkan pelbagai kaum kerana mereka lebih suka berbual dengan kaum mereka sendiri atas sebab persamaan bahasa dan hal ini boleh menyukarkan bahasa Melayu mengukuhkan kedudukannya di Malaysia
2.3 WUJUD “BAHASA ROJAK” DALAM BAHASA MELAYU Bahasa Rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) di mana bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Contoh bagi bahasa rojak ialah,” Kau memang terror (hebat) la!”.Ia merupakan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris.Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar.Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini.Semakin hari,semakin ramai pengguna media cetak dan media elektronik kerana penciptaan gajet elektronik yang semakin canggih dan boleh didapati dengan harga mampu milik.Wujudnya media sosial seperti Facebook dan Twitter juga menyebabkan penggunaan bahasa rojak meluas. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.Kesan dari penggunaan bahasa rojak ialah mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.Selain itu,ia juga menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang kerana penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
2.4 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENDIDIKAN Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran untuk menjadi bahasa ilmu apabila pada tahun 2003.Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Subjek
Sains dan Matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini telah memberi kesan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu.Hal ini membuktikan bahawa kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan penguasaan dalam bahasa Inggeris, tetapi kefahaman terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda sendiri. Namun, terdapat masyarakat luar yang menganggap orang Melayu tidak akan maju jika tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam bidang pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa bidang utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia (Nik Safiah Karim 2004). Tokoh berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berkembang dalam dunia pendidikan. Kejayaan tersebut amatlah dibanggakan.Namun,kejayaan tersebut tidak kekal kerana terdapat pihak elit,golongan atasan serta pencinta bahasa Inggeris yang mendesak supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar ilmiah bagi subjek-subjek tertentu atas alasan bagi mempersiapkan pelajar untuk dihantar ke luar negara.Kesannya,dapat dilihat pada hari ini,terdapat banyak sekolah yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.Di peringkat pengajian tinggi pula,hampir semua jurusan di ajar dalam bahasa Inggeris kecuali jurusan bahasa.Pelajar diwajibkan belajar jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan undang-undang,Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.Tindakan ini secara tidak langsung mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
3.0 KESIMPULAN Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu sedar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda kita.Bahasa ini membawa peranan yang amat besar sehingga tidak dapat dipertikaikan lagi. Oleh itu, kita mestilah mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu sehingga mampu menandingi kegemilangan bahasa Melayu pada zaman dahulu.Generasi masa depan kita akan ketinggalan dan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir barat yang menggunakan bahasa asing jika kita tidak memelihara bahasa Kebangsaan kita.Sehubungan dengan itu,semua pihak haruslah mencari jalan untuk menghadapi cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu.Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pakar-pakar bahasa Melayu daripada Institut Pendidikan Guru Bahasa Melayu, pakar-pakar bahasa Melayu dari UPM, UPSI dan DBP seperti membina Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang boleh diguna pakai oleh semua penutur bahasa Melayu sama ada penutur jati atau bukan pada peringkat yang selaras di seluruh dunia.Usaha tersebut perlu diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak terutama penentu dasar dan pemimpin negara. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun dan juga dalam hubungan politik, diplomatik, dan perniagaan antara negara dan kumpulan di dunia.
RUJUKAN Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2011). Sejarah Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Kamal. (n.d). KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI. Academia.edu. diambil Oktober 19,2021, dari https://www.academia.edu/13588718/ KEDUDUKAN_BAHASA_MELAYU_DALAM_NEGARA_MASA_KINI Ahmad Nursalam Zainal Abidin,Muhammad Mahfuz Mohd Sabri,Fatah Fahti Abdul Raiz, Nik Nazreen Afifi Ab. Malek,Afif Farhan Nazeri,Azrai Awang Kasani.(2017,Januari 13) .Bahasa Rojak dalam Kalangan Masyarakat. blogspot.com.http://bahasarojakkita. blogspot.com/2017/01/bahasa-rojak-dalam-kalangan-masyarakat.html Hashim Bin Hj. Musa, (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hasliza Hassan. (2018, April 30). Martabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/04/418798 /martabatkan-bahasa-melayu-ke-peringkat-antarabangsa Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood et al (2015). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Dan Bahasa. Zulkarnain Farihin. (2009, Oktober 15). BAHASA MELAYU DI LUAR NEGARA. PENA MENARI MINDA BERAKSI. https://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/bahasa -melayu-di-luar-negara.html
LAMPIRAN LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
LAMPIRAN 5