Kempen Keahlian

Page 1

KERTAS CADANGAN

KEMPEN KEAHLIAN ISMA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) | DAERAH HULU LANGAT


KANDUNGAN Pengenalan, 1 Objektif, 2 JK Pelaksana, 3 Bahagian, 4 - 6 Kempen Kesedaran Tajmik Kempen Keahlian Penjenamaan, 7 - 10 Penjenamaan Langkah Cadangan Jenama Cadangan Slogan Cadangan Mesej Utama Langkah Lanjut, 11


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

PENGENALAN

Ke Arah 50,000 Ahli Menjelang 2015 Bagi merealisasikan agenda dan matlamatnya, ISMA perlu menambah bilangan ahlinya sesuai dengan tuntutan dan beban semasa. Berdasarkan kesedaran itu, pimpinan ISMA telah mensasarkan bilangan keahlian 50,000 menjelang 2015 ini. Jumlah ini kemudiannya ditafsir dan diagihkan kepada cawangan di mana ISMA DHL menanggung beban sasaran keahlian seramai 5,000 ahli menjelang 2015. Pada akhir 2013, ISMA DHL telah berjaya mencapai sasaran 1000 orang dan pada tahun ini kempen keahlian akan dilaksanakan secara lebih proaktif bagi mencapai sasaran 3000 ahli menjelang akhir tahun 2014.


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

OBJEKTIF 1

Memperkenalkan ISMA secara proaktif kepada masyarakat umum

2

Menjelaskan kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi apabila menjadi ahli ISMA

3

Membuka minda dan menghapuskan salah tanggap serta persepsi negatif dalam isu-isu tertentu

4

Menarik anggota masyarakat untuk bersama-sama terlibat mendukung perjuangan ISMA


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

JK PELAKSANA Penasihat Pengarah

Sdr. Mohd Noor Azib Asmangi Muhammad Faisal Kamarul Zaman

AJK

Dr. Ihsanuddin Abas Syed Zahiruddin Muhaimin Selawi Aiman Rosli Faysal Tajuruddin Shazamawati Zamhashari Hazwan Harun Syafiq Shahmi Syafinaz Zainol Farahziela Firdaus Zalani Ihsan Roslan Ameerdad Zulkifli Ridzuwan Ayob Ahmad Shukery Musfirah Ishkandar


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

BAHAGIAN KEMPEN Bahagian 1 - Kempen Kesedaran Tajmik Antara halangan dalam merealisasikan kempen keahlian ISMA ialah kesedaran di kalangan ahli ISMA sedia ada terhadap keperluan mempromosikan dan menarik anggota masyarakat bersama ISMA masih lagi kurang. Kesedaran ini mungkin disebabkan oleh kurangnya penekanan dari masa ke semasa serta pelan kempen yang kurang jelas. Oleh itu, Bahagian I Kempen Keahlian akan menumpukan kepada menyelesaikan isu ini dan meningkatkan kesedaran dan komitmen ahli sedia ada terhadap pelaksanaan kempen keahlian ISMA itu sendiri.

Bahagian 2 - Kempen Keahlian Bahagian 2 adalah kempen yang zahir pada mata masyarakat umum. Kempen ini akan mempromosikan ISMA secara intensif dan tersusun yang akan dilaksanakan oleh ahli ISMA sendiri setelah memberikan akujanji komitmen dalam Bahagian 1. Bahagian 2 akan menggunapakai saluran interaksi terus dalam format Kafilah Dakwah dan juga festival khas. Dalam masa yang sama, kempen dalam saluran maya (online) akan digerakkan seiring dengan saluran interaksi terus.


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

BAHAGIAN 1

KEMPEN KESEDARAN TAJMIK Objektif Meningkatkan kesedaran agenda tajmik Sasaran Ahli ISMA DHL KPI 80% respon komitmen *dalam bentuk akujanji

Tempoh Sehingga 1 Ramadhan 2014 Aktiviti 1. Ijtimak Khas (Penerangan Kempen Keahlian) > Ucapan wakil JKP > Ucapan YDP > Penerangan oleh Pengarah Kempen > Soal Jawab

2. Penerangan Kempen Keahlian dalam Usrah > Pencerahan situasi keahlian > Penerangan kepentingan kempen > Penerangan pelan tindakan > Semakan tindakan susulan (*follow up)

3. Penekanan Kempen Keahlian dalam Wasail Lain


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

BAHAGIAN 2

KEMPEN KEAHLIAN Objektif Meningkatkan pendaftaran ahli baru Sasaran Masyarakat umum DHL KPI 1 ahli - 5 orang *3000 ahli menjelang akhir 2014

Tempoh Bermula 1 Ramadhan 2014 Aktiviti 1. Kafilah Dakwah

> Edar Risalah > Penerangan bersemuka

2. Kempen Online

> Facebook ads > 10 poster kempen sebulan

3. Festival/ Karnival

> Kesenian > Ekspo Jualan > Isu Ummah (Syria, Palestin, Rohingya, dll) > Indahnya Islam


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

PENJENAMAAN KEMPEN KEMPEN KEAHLIAN (FASA II) Penjenamaan yang Efektif Bagi memastikan kempen yang efektif, satu langkah penjenamaan dicadangkan bagi memastikan kempen ini dilihat masyarakat sebagai unik dan jelas merujuk kepada ISMA. Contohnya, jenama “Islam untuk Semua� adalah slogan atau frasa yang sinonim dengan PAS tanpa perlu ada penerangan lanjut. Oleh itu, penjenamaan ini akan memastikan kempen ini dikenali umum khusus merujuk kepada ISMA tanpa kekeliruan.

Langkah Penjenamaan Berikut adalah tindakan dan aktiviti yang dicadangkan bagi mencapai objektif penjenamaan ini; > Menamakan kempen ini: 2 - 3 perkataan sahaja > Memberikan slogan > Merekabentuk logo > Menerbitkan bahan-bahan dalam bentuk bercetak dan digital > Menerbitkan semua bahan edaran kempen di semua saluran > Mencetak baju, cenderamata dsb bagi tujuan brand awareness > Menyelaraskan konsep rekabentuk bahan-bahan edaran > Menyelaraskan mesej utama > Menyelaraskan penggunaan istilah-istilah tertentu


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

PENJENAMAAN KEMPEN KEMPEN KEAHLIAN (FASA II) Cadangan Jenama 3 jenama berikut dicadangkan; 1. INDAHNYA ISLAM 2. ISLAM ITU PENYELESAIAN 3. ISLAM

Cadangan Slogan Slogan “Mari bersama ISMA!” dicadangkan supaya mesej kempen ini difahami secara terus terang dan jelas oleh masyarakat umum.

Sampel Rekabentuk Jenama Kempen (Cadangan 1)


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

PENJENAMAAN KEMPEN KEMPEN KEAHLIAN (FASA II)

Cadangan Mesej Utama (SALAM) SATU (KESATUAN/ PERPADUAN) Aspek Indahnya Islam Indahnya Islam dari sudut kesatuan dan perpaduan Kenapa Perlu Sertai ISMA? Ini selari dengan seruan utama ISMA iaitu membina kesepakatan dan perpaduan dalam hal-hal kepentingan umat Islam.

ADIL Aspek Indahnya Islam Islam merupakan agama yang adil, iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya Kenapa Perlu Sertai ISMA? ISMA melaungkan keadilan sosial, mempertahan hak istimewa Melayu tanpa menyisihkan kebajikan dan hak bukan Islam

LENGKAP (SYUMUL) Aspek Indahnya Islam Islam merupakan agama yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan Kenapa Perlu Sertai ISMA? ISMA melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menyentuh segenap lapisan masyarakat dan aspek melalui biro dan agensinya


KEMPEN KEAHLIAN ISMA

PENJENAMAAN KEMPEN KEMPEN KEAHLIAN (FASA II) AMAN Aspek Indahnya Islam Islam mementingkan dan menjaga keamanan Kenapa Perlu Sertai ISMA? ISMA mempertahankan keluhuran perlembagaan sebagai teras keharmonian dan keamanan di Malaysia

MULIA Aspek Indahnya Islam Islam merupakan agama yang mulia, menjaga maruah dan kehormatan individu serta masyarakat Kenapa Perlu Sertai ISMA? ISMA mengiktiraf kedudukan istimewa Islam di Malaysia dan menyeru pelaksanaan syariat Islam bagi melindungi maruah dan kehormatan individu serta mempertahan moral dan nilai ketimuran dalam masyarakat

SALAM SATU | A DI L | L E N G K AP | AMAN | MU L I A


Langkah Lanjut Tindakan susulan selepas kertas cadangan ini disemak oleh Jawatankuasa Cawangan ISMA DHL ialah pembutiran dan sesi perbincangan lanjut bagi memperhalusi aktiviti dan pelan tindakan bagi kedua-dua bahagian kempen. Sebarang komentar dan cadangan amat dialu-alukan. Disediakan oleh,

Aiman Rosli AJK Pelaksana Kempen Keahlian ISMA


KEMPEN KEAHLIAN ISMA 2014


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.