Raudhah2013

Page 1

RAUDHAH 2013


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

RAMADHAN: BULAN FESTIVAL AMAL Daripa di bulan yang penuh berkat ini. Dan jadikanlah segala wasiat Rasulullah s.a.w itu sebagai pedoman untuk kita.

YA ALLAH, JADIKANLAH RAMADHAN INI YANG TERBAIK BUATKU!


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

RAMADHAN: BULAN FESTIVAL AMAL Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya`ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Barangsiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.� Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yantg memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: “Allah akan menganugerahkan ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Barangsiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga. Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Barangsiapa memberi keringanan kepada hamba-sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka. Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.�

Biarlah hadis yang agung ini menjadi agenda kita dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Dan jadikanlah segala wasiat Rasulullah s.a.w itu sebagai pedoman untuk kita.


Al-Quran

Al-Quran diturunkan pertama kali di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersungguh-sungguh mentadarus Al-Quran bersama malaikat Jibril AS setiap malam sehingga khatam Al-Quran. Kita digalakkan mentilawah, mentadarus dan juga mentadabbur Al-Quran dan peluang untuk melakukan ketigatiga perkara ini di sepanjang bulan Ramadhan amat banyak. Kembalikan hati kita kepada sumber hidayah kita dan isikan hati kita secara intensif dengan petunjuk Al-Quran. Jadikan Al-Quran teman sejati kita dalam bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya kerana ia adalah bekalan mukmin. Hati mukmin mesti sentiasa mendapat sentuhan Al-Quran. DR NORZILA BAHARIN Ketua Wanita - ISMA Kuantan


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

SYARAT WAJIB PUASA

SYARAT SAH PUASA

1. Beragama Islam

1. Beragama Islam

2. Berakal

2. Tamyiz (dapat membezakan antara yang baik dan buruk). Oleh itu tidak sah puasa orang yang gila meskipun gilanya itu berlaku dalam tempoh yang singkat pada siang hari Ramadhan. Begitu juga orang yang mabuk dan pitam sepanjang siang hari Ramadhan. Akan tetapi jika pitam yang berlaku itu hanya sekejap, maka puasanya tidak batal.

3. Baligh; tidak wajib puasa bagi kanak-kanak walaupun dia sudah mumayyiz. Ibu bapa hendaklah menyuruh (melatih) anaknya berpuasa apabila telah berumur tujuh tahun itupun jika dia mampu mengerjakannya. 4. Mampu mengerjakannya baik dari segi hissi mahupun syara`. Justeru tidak wajib puasa bagi pesakit yang tidak ada harapan sembuh kerana ketidak upayaannya secara hissi begitu juga wanita yang sedang haidh kerana ketidak upayaannya di sisi syara`. 5. Bermukim; tidak wajib puasa ke atas orang yang bermusafir dan wajib ke atasnya qadha`.

Syarat tamyiz ini memadai walaupun secara hukum seumpama seseorang yang berniat untuk berpuasa sebelum fajar lalu kemudian dia tidur sehingga terbenamnya matahari. Dalam keadaan tersebut puasanya adalah sah kerana dia dihukumkan masih lagi mumayiz. 3. Suci dari haidh dan nifas. Tidak sah puasa bagi orang yang dalam keadaan haidh ataupun nifas. 4. Masa yang tepat untuk melakukan ibadah puasa. Justeru tidak sah puasa pada Hari syak , Hari-Hari Tasyrik atau hari-hari lain yang diharamkan berpuasa. 5. Niat. Tidak sah puasa melainkan dengan niat kerana niatlah yang membezakan antara ibadat dan juga adat (sesetengah mazhab seperti Syafie mengatakan bahawa niat itu adalah salah satu rukun puasa). Dan waktu untuk mula berniat – bagi mereka yang tidak sempat berniat pada malamnya adalah sehingga sebelum berlalunya separuh daripada siang hari tersebut. Siang hari menurut perkiraan syara` bermula dari tersebarnya cahaya di ufuk timur sewaktu terbitnya fajar sehinggalah tenggelamnya matahari).


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

PERKARA YANG MEROSAKKAN PUASA

PERKARA YANG HARUS KETIKA BERPUASA

Hukum Am Sesiapa yang telah rosak puasanya, maka wajib ke atasnya untuk menahan diri di sepanjang hari tersebut sebagai menghormati kemuliaan bulan Ramadhan.

Maksud perkara yang harus bagi orang yang berpuasa ialah segala yang boleh merosakkan puasanya akan tetapi tidak wajib keatasnya qadha. Perkara-perkera tersebut adalah seperti berikut:

WAJID QADHA

1. Muntah dengan tidak sengaja

1. Memakan makanan atau sesuatu benda yang dihukumkan sebagai makanan. Sesuatu benda itu dianggap makanan sekiranya tabiat manusia cenderung untuk memakannya dan dapat memenuhi syahwat perut.

2. Seseorang yang masih lagi makan atau minum tanpa menyedari fajar telah menyinsing. Bila sahaja tersedar lalu dia pun membuang makanan yang ada daripada dalam mulutnya. Dalam keadaan ini puasanya adalah sah.

Adapun sesuatu benda yang dihukumkan sebagai makanan adalah seperti ubat. Dan puasa hanya akan batal jika seseorang itu sedar bahawa dia berpuasa. Sekiranya dia terlupa, maka puasanya tidak batal.

3. Seseorang yang sukar mengawal perasaannya sehingga dengan mudah mani atau mazinya keluar walau hanya dengan sekali pandang atau berfikir mengenainya. Begitu juga dengan orang yang bermimpi, maka sah puasanya .

2. Mengambil makanan atau ubatan kerana sesuatu uzur syara` seperti sakit, musafir, dipaksa atau tersilap. Adapun lupa, maka ia tidak membatalkan puasa.

4. Debu-debu tanah di jalanan atau tepung yang masuk ke dalam halkum orang yang berpuasa.

3. Memenuhi tuntutan nafsu kemaluan cuma dalam bentuk yang tidak sempurna (bukannya jimak).

5. Menelan air ludah yang terkumpul di dalam mulut atau di celah-celah gigi yang bercampur dengan sisa makanan. 6. Menyapu krim ke atas luka di perut yang boleh sampai ke rongga.

4. Muntah dengan sengaja.

WAJID QADHA & KIFARAH 1. Memakan makanan atau sesuatu benda yang dihukumkan sebagai makanan tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh syara`. Sebagai contoh makan atau minum sesuatu yang menjadi kecenderungan tabiat manusia dan dapat memenuhi syahwat perut. 2. Memenuhi tuntutan nafsu kemaluan dalam bentuk yang yang sempurna (jimak).

7. Berbekam sekiranya tidak menyebabkan badan lemah. 8. Menggunakan kayu sugi sepanjang siang hari bulan Ramadhan; tidak kira sama ada sugi kering atau sugi basah. 9. Berkumur-kumur atau istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) sekalipun bukan ketika wudhu’. 10.

Mandi


RAIKAN RAMADHAN Tenang rasanya di subuh hari Indah suasana bagai di desa Ramadhan istimewa setahun sekali Ibadah sempurna dilipat ganda Ramadhan usah disia-sia Bulan rahmat dari Ilahi Rindu mengintai malam rahsia Doa mustajab keampunan diberi Terbuka sudah pintu Rayyan Tinggi martabat lagi teristimewa Ramadhan madrasah pertajam iman Memutih kalbu menjernih jiwa Profesor Dr Norbahiah Misran Ketua Setiausaha Wanita ISMA

IKTIKAF PERDANA ISMA Hulu Langat | Raudhah Ramadhan 2012


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA 1. Segera berbuka apabila benar-benar diyakini bahawa matahari telahpun terbenam dan sebelum menunaikan sembahyang Maghrib. 2. Membaca doa yang ma`thur ketika berbuka:

3. Bersahur walaupun sedikit atau dengan seteguk air. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: “Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” Melewatkan sahur - selagi tidak membawa sehingga terbitnya fajar - adalah lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: “Tinggalkan segala perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.” 4. Menahan lidah daripada kata-kata yang tidak bermanfaat. Adapun menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat, mengadu domba dan yang seumpamanya adalah wajib dalam setiap masa dan ketika terutamanya di bulan Ramadhan.

Maksudnya: “Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezkiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezki sehingga aku dapat berbuka”.

5. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan kepada sanak saudara serta fakir miskin. 6. Membaca al Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w setiap kali berpeluang tidak kira malam atau siang. 7. I`tikaf dan juga menyibukkan diri dengan menuntut ilmu.


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA 1. Menggigit sesuatu tanpa keperluan 2. Mencumbui isteri atau apa sahaja perlakuan ke arah jima seperti berpelukan, raba meraba dan memandang dengan pandangan yang boleh membangkitkan nafsu. 3. Melakukan sesuatu yang boleh melemahkan daripada meneruskan puasanya seperti berbekam. Sekiranya tidak, maka ia tidak makruh. 4. Merasa makanan tanpa keperluan dan puasanya akan batal sekiranya makanan tersebut sampai ke rongga halkum. Sekiranya merasa itu satu keperluan, maka tidak makruh. 5. Melakukan jimak di dalam waktu syak semasa terbitnya fajar yang kedua.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum. Lorem Ipsum


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

RAMADHAN

BULAN NAFSU DIHENYAK

DR. ANAS AMININ W M IZZUDDIN Apa ada pada Ramadhan? Ramadhan digelar orang Melayu sebagai bulan PUASA. Juga dikenali oleh orang Islam secara amnya sebagai bulan untuk meningkatkan ibadah. Suasana malam pada malam-malam Ramadhan berubah secara mendadak di negara-negara orang Islam dengan wujudnya solat terawikh. Jika anda ke Mesir, 10 malam terakhir adalah seperti pesta tahajjud di mana si ayah membawa satu keluarga ke masjid untuk bertahajjud. Itulah Ramadhan secara ringkas. Pasti ramai hati-hati yang sedang merindui suasana ini dan tidak sabar-sabar untuk menanti kehadirannya.

RAMADHAN ITU BULAN TARBIYYAH Pengalaman pertama puasa di zaman kanak-kanak adalah pengalaman yang pasti diingati ramai. Kita masih ingat akan betapa lembiknya kita berpuasa. Ada yang puasa setengah hari, ada yang puasa dari makan sahaja, tapi dibenarkan minum. Malah tidak kurang yang mendapat upah wang 50 sen satu hari kerana berjaya puasa. Itulah puasa. Ia sengaja disyariatkan Allah untuk mendidik kita atau bahasa yang lebih kasar tetapi tepat, puasa itu disyariat untuk menyeksa perut kita dari makan. Ia disyariatkan sedemikian rupa supaya kita berasa lembik di penghujung hari, supaya badan kita merasa sakitnya perut di kala lapar. Malah untuk puasa itu sempurna ditambah lagi syarat-syarat lain seperti menundukkkan pandangan, menjaga mulut, menghindari perkara lagha dan sebagainya. Memang ia sebuah bulan yang menyeksakan fizikal dan batin.

RAMADHAN: BULAN NAFSU DITELANJANGI Itulah Ramadhan, bulan puasa, bulan Ibadah. Bulan di mana nafsu kita ditelanjangi, diterajang, dilaparkan. Sesuai dengan penerangan Nabi SAW tentang sifat semulajadi nafsu. Sabda Baginda SAW: ”Apa pandangan kamu tentang teman yang jika kamu muliakan, kamu jamu dan kamu berikannya pakaian, dia membawa kamu kepada kesudahan yang buruk. Dan jika kamu hina, kamu bogelkan dan kamu biarkannya kelaparan, dia membawa kamu kepada kesudahan yang baik?” Para sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah, inilah teman yang paling jahat di muka bumi.” Sabda Nabi SAW.: “Demi Tuhan yang diri saya berada dalam genggaman-Nya, ia adalah jiwa/nafsu kamu yang berada di dalam diri kamu.


RAUDHAH RAMADHAN | FESTIVAL AMAL

Dalam bulan Ramadhan nafsu kita dibiarkan lapar. Keinginan nafsu kita untuk melihat perkara tidak senonoh dibiarkan tergantung, bujukan nafsu untuk mengeluarkan kata-kata kesat dibiarkan terkontang-kanting. Malah disarankan untuk kita menghenyak nafsu tidur dengan memaksa diri untuk bangun malam bertahajjud mengejar lailatul qadar. Ditambah pula dengan latihan fizikal berdiri berjam-jam untuk solat tarawikh.

INILAH DIA BULAN TARBIYYAH Nah! Itulah baru dikatakan sebagai bulan tarbiyyah! Bulan di mana nafsu kita dididik secara fizikal. Dididik ala dididikan militer. Dikawal sedemikian rupa agar akhirnya ia tunduk dengan kita. Apabila nafsu tunduk pada kita, kita akan bebas untuk tunduk kepada Allah SWT. Seperti bunyinya bait syair Walid al-A’zhami: Apabila hati tidak terikat dengan Allah Maka, ia akan berkelana bersama hawa nafsu Kebebasan yang bernama ikatan, Atau kekacauan dan kebingungan yang bernama kebebasan?

BERSEDIAKAH KITA? Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapi ramadhan? Jihad melawan nafsu adalah jihad yang sangat meletihkan. Jika kita tidak bersedia dari sekarang, ramadhan akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sempat berusaha mendidik nafsu kita dengan keras. Ayuh mula dari sekarang. Tingkatkan tilawah kita, latih diri berpuasa, latih diri bangun lebih awal, penuhkan surau di kala subuh, ringankan tangan untuk bersedekah, lebarkan senyuman, rapatkan ukhuwwah. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.


RAMADHAN: MASA MENILAI DIRI Ramadhan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Bulan ibadah- puasa, membaca Al-Qur’an, solat, qiamulail, sadaqah serta segala amalan yang dapat meningkatkan hubungan dengan pencipta. Bulan terbaik bagi menilai kembali hubungan dengan Allah serta peranan kita di dalam masyarakat. Rancang Ramadhan kali ini sebaik mungkin. Nilai kelemahan-kelemahan kita, tetapkan matlamat dan lakarkan pelan tindakan bagi mencapainya. Tetapkan matlamat yang ingin kita capai di dalam puasa, Al-Qur’an, solat, qiamulail, sadaqah, tuturkata, hubungan sesama manusia, khidmat masyarakat, dakwah serta segala amal kebajikan yang lain. Tulis setiap azam dan lakukan tindakan-tidakan praktikal bagi mencapainya. Seterusnya berdoalah kepada Allah agar kita dikurniakan kekuatan bagi melaksanakannya. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik bagi kita, kerana kita tidak tahu boleh bertemu dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang. Marilah kita berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin ganjaran Allah dalam bulan yang penuh barakah ini. Fastabiqul khairat.

DR ZULKIFLI YUSOF

Yang Dipertua ISMA Alor Setar



Infaq

Sifat bakhil dan kedekut amat dilarang dalam Islam serta tidak disukai oleh Allah SWT. Penyakit bakhil ini boleh diubati dengan cara menginfakkan harta yang kita miliki iaitu bersedekah. Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan apatah lagi di bulan Ramadhan. Salah satu sedekah yang tinggi nilainya adalah memberi hidangan berbuka dimana pahalanya menyamai pahala orang yang berpuasa. Infaqlah harta yang kita miliki kepada mereka yang lebih memerlukan di bulan barakah ini kerana ia merupakan perniagaan yang amat menguntungkan serta dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda ; maksudnya : “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim memanjangkan umurnya, menghindarkannya dari mati yang tidak baik dan Allah menghindarkannya daripada kesombongan dan keangkuhan. " Riwayat at-Tabrani

USTAZAH ZULIKHA ALI Unit Penerangan & Isu Semasa Biro Wanita ISMA

BAKUL RAMADHAN 2012 ISMA Alor Setar


JADUAL MUTABA’AH AMAL

REFLEKSI IBADAT SUBUH

ZOHOR

ASAR

MAGHRIB

ISYAK

DHUHA

QURAN

ZIKIR

SEDEQAH

TARAWIH

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 “Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT: Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” Riwayat Al-Bukhari & Muslim

QIYAM



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.