Internship Final Report

Page 1


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI OLEH MUHAMMAD ALIFF HAIQAL BIN MOHD AZMAN DI MULHAF AMROSE ARCHITECT 70-1-86, D’PIAZZA MALL, JALAN MAHSURI, 11950 BAYAN BARU, PULAU PINANG Buku laporan ini dikemukan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Sijil / Diploma Kejuruteraan Awam

POLITEKNIK UNGKU OMAR DISEMBER 2019 Muka Surat | I


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PENGHARGAAN Sejuta penghargaan kepada pengurus Mulhaf Amrose Architect kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat ini selama 5 bulan. Laporan latihan industri ini tidak dapat dilengkapi tanpa bantuan penyelia iaitu Puan Nur Atikah binti Rashidan dan semua pekerja di syarikat Mulhaf Amrose Architect. Pertama sekali saya ingin menrakamkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan di syarikat Mulhaf Amrose Architect kerana telah memberi pengalaman yang sangat bernilai tentang peranan pelukis pelan dalam alam pekerjaan. Pengalaman ini dapat memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik, berkeyakinan tinggi dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar Seni Bina. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Unit Seni Bina yang banyak membantu saya sepanjang saya menjalani latihan industi ini. Dengan ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah Seni Bina, sebahagian besar dapat memudahkan saya untuk menguasai perkara baru di Mulhaf Amrose Architect. Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya sepanjang menjalani latihan industri ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah membantu saya dalam menyelesaikan sesuatu tugasan seperti berkongsi maklumat yang telah dipelajari. Dengan dorongan dan bantuan mereka semua, akhirnya saya dapat melengkapkan tugasan terakhir saya sebagai pelajar Seni Bina di Politeknik Ungku Omar. Terima Kasih.

Muka Surat | II


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PERAKUAN PELAJAR “Saya mengakui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali untuk petikan dan ringkasan yang saya telah jelaskan sumbernya.”

Tandatangan Nama No. Matrik Tarikh

: : Muhammad Aliff Haiqal Bin Mohd Azman : 01DSB17F1058 : 31 Mac 2020

PENGURUS / PENYELIA ORGANISASI “Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya, laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk memenuhi keperluan untuk graduasi Diploma Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.”

Tandatangan Nama & Jawatan (Cop) Tarikh

: : Ar. Mohamad Mulhaf bin Amrose MULHAF AMROSE ARCHITECT : 31 Mac 2020

PENSYARAH “Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya, laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk memenuhi keperluan untuk graduasi Diploma Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.”

Tandatangan Nama & Jawatan (Cop)

: :

Tarikh

:

Muka Surat | III


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

ISI KANDUNGAN

Muka Surat | IV


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

ISI KANDUNGAN BAB. 1

KANDUNGAN

HALAMAN

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan 1.2 Objektif Latihan Industri 1-5 1.3 Kepentingan Latihan Industri 1.4 Objektif Laporan Latihan Industri 1.5 Skop Latihan Perindustrian

2

LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 Pengenalan Organisasi 2.2 Skop Perkhidmatan Organisasi 2.3 Latar Belakang Organisasi 6-19 2.4 Butiran Peribadi Pengurus Organisasi 2.5 Kakitangan Organisasi 2.6 Perakuan Pendaftaran Syarikat 2.7 Projek Organisasi

3

RINGKASAN MINGGUAN

20-28

4

LAPORAN TEKNIKAL

29-87

5

KOMEN DAN CADANGAN

88-90

6

KESIMPULAN

91-92

Muka Surat | V


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PENGENALAN

Muka Surat | 1


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh setiap pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama 20 minggu. Disebabkan wabak Covid-19 yang telah melanda ke seluruh negara, maka latihan industri telahpun dipendekkan menjadi 17 minggu. Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori- teori yang dipelajari semasa berada di Politeknik dengan cara kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi di samping menyemai semangat kerja dengan produktif dan perhubungan yang baik sesama pekerja. 1.2 Objektif Latihan Industri Latihan industri ini merupakan salah satu syarat yang diwajbkan ke atas setiap pelajar Politeknik sebelum dianugerahkan sijil diploma. Para pelajar hendaklah menjalani latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama 17 minggu. Pelajar perlulah lulus latihan industri ini sebelum tamat diploma. Jika pelajar didapati gagal dalam latihan industri maka pelajar tersebut hendaklah mengulang semula latihan industri ini. Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

Muka Surat | 2


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

1.2.1 Pendedahan pelajar ke alam pekerjaan sebenar Melalui latihan industri ini pelajar akan lebih memahami situasi di alam pekerjaan sebenar. Pengalaman ini dapat memberi banyak faedah dan manfaat kepada pelajar untuk menempuhi pekerjaan pelajar di masa hadapan kelak. 1.2.2 Membina personaliti individu Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar dengan menghadapi pelbagai situasi dan ragam manusia. Skop tugasannya adalah lebih luas jika dibandingkan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas. Sedikit sebanyak pola pemikiran pelajar dapat digubal dan perasaan malu untuk bertanya dengan masyarakat dapat diatasi, akhirnya ia dapat membina personaliti individu yang berjaya. 1.2.3 Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan tersendiri maka pelajar hendaklah melaksanakan tugasan yang diberi dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelajar haruslah bersedia menerima arahan dari semasa ke semasa. 1.2.4 Keberkesanan komunikasi Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani latihan industri. Ini kerana pelajar perlu berkomunikasi dengan pelbagai pihak bukan sahaja antara pelajar dengan pekerja malahan dengan majikan, pelanggan, pembekal dan pihak lain. Dengan ini pelajar mestilah bersedia menghadapi pelbagai situasi dan berkomunikasi dengan baik agar maklumat yang tepat dapat disampaikan dan diterima dengan jelas.

Muka Surat | 3


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

1.2.5 Menghasilkan laporan latihan industri Penyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. 1.3 Kepentingan Latihan Industri Latihan industri merupakan satu cabang ilmu yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan setiap pembelajaran yang telah dilalui secara teori itu dipraktikalkan di alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar dapat berfikir diluar kotak pemikiran bahawa teori yang dipelajari itu tidak semestinya sama dengan praktikal. Pengalaman ini sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak. Antara kepentingan latihan industri adalah: i.

Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.

ii.

Pelajar dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

iii.

Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri.

iv.

Keberkesanan komunikasi dapat dikecapi oleh pelajar.

v.

Pelajar dapat memperluaskan pergaulan sama ada dengan pekerja mahupun pihak luar.

1.4 Objektif Laporan Latihan Industri Pelajar dibekalkan buku laporan harian untuk dicatit tugasan yang telah diberi kepada mereka semasa menjalani latihan industri. Pelajar diwajibkan menyediakan satu laporan khas latihan industri berdasarkan kerja yang dilakukan sepanjang 17 minggu latihan industri. Objektif laporan harian adalah seperti berikut:

Muka Surat | 4


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

i.

Tugasan yang telah diberi ataupun pengalaman yang dapat dipelajari dicatitkan di dalam buku laporan harian. Dengan ini pihak Politeknik dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi pelajar sepanjang tempoh latihan industri.

ii.

Memudahkan pegawai organisasi memantau latihan pelajar yang akan dinilai pada setiap dua minggu.

iii.

Membantu pensyarah penilaian pelajar semasa lawatan dan penyemakan laporan latihan pelajar.

1.5 Skop Latihan Perindustrian Berikut adalah skop kerja semasa menjalani latihan industri: i.

Membuat lukisan pelan, keratan dan pandangan menggunakan perisian AutoCad.

ii.

Membuat lukisan 3D model menggunakan perisian SketchUp dan Revit.

iii.

Membuat reka dalaman 3D menggunakan perisian SketchUp dan Revit.

iv.

Mengedit gambar dan pandangan perspektif menggunakan perisian Photoshop.

v.

Membuat slide pembentangan projek menggunakan perisian Powerpoint.

vi.

Melawat tapak bagi tujuan pemeriksaan.

vii.

Berjumpa dengan pihak majlis bagi mengenalpasti identiti tapak

Muka Surat | 5


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Muka Surat | 6


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 Pengenalan Organisasi

Mulhaf Amrose Architect merupakan sebuah firma seni bina yang diterajui oleh Ar. Mohamad Mulhaf bin Amrose. Mulhaf Amrose Architect menawarkan perkhidmatan skop penuh reka bentuk seperti reka bentuk bandar dan perancangan induk, reka bentuk seni bina, “feasibility study”, perancangan landskap, reka bentuk dalaman, pengurusan projek, reka bentuk dan membina pelaksanaan dari kumpulan berpengalaman profesional yang berdedikasi. “The personal touch” adalah apa yang memberikan firma Mulhaf Amrose Architect kelebihan yang pasti terhadap firma gaya korporat yang lebih besar. Mulhaf Amrose Architect telah mengubah kepekaan reka bentuk yang unik dan kreatif ke dalam pendekatan yang terintegrasi secara menyeluruh untuk pembinaan. Mulhaf Amrose Architect percaya reka bentuk kualiti mampu dicapai dengan melalui usaha kerjasama antara ahli pasukan projek.

Muka Surat | 7


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.2 Skop Perkhidmatan di Mulhaf Amrose Architect Antara skop perkhidmatan yang ditawarkan: i.

Reka Bentuk Bandar Dan Perancangan Induk

ii.

Reka Bentuk Seni Bina

iii.

“Feasibility Study”

iv.

Perancangan Landskap

v.

Reka Bentuk Dalaman

vi.

Pengurusan Projek

vii.

Reka Bentuk Dan Membina

2.3 Latar Belakang Organisasi Nama Syarikat No. Pendaftaran LAM Tahun Perbadanan

Mulhaf Amrose Architect (MAA) SP/M 131 2017 Mulhaf Amrose Architect, 70-1-86, D’Piazza Mall,

Alamat

Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

Telefon

+604-6462670

Fax

+604-6458670

Email

mulhafarchitect@gmail.com

Muka Surat | 8


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.4 Butiran Peribadi Pengurus Orgnanisasi Nama

Ar. Mohamad Mulhaf bin Amrose

Kelayakan

Lembaga Arkitek Malaysia Arkitek Profesional A/M 131 Universiti Sains Malaysia Sarjana Muda Seni Bina Universiti Sains Malaysia Sarjana Muda Sains Perumahan, Perancangan Kepujian (Seni Bina)

Pengalaman Bekerja

Bangunan

dan

Sutera Design Architects

2.5 Kakitangan Mulhaf Amrose Architect PENGARAH KELAYAKAN

Ar. Mohamad Mulhaf bin Amrose B. Arch USM, B. Sc. HBP (Hons) USM Reg. No. LAM A/M 131

DIREKTOR PROJEK KELAYAKAN

Farhan Hafiz B.Arch USM, B.Sc.HBP (Hons) USM

ARKITEK KELAYAKAN

Anas Ishak B. Arch (Hons) UIAM

PEMBANTU TEKNIKAL KELAYAKAN

Muhammad Azim Bin Rahim B. Sc. HBP UPM

PEMBANTU TEKNIKAL KELAYAKAN

Muhammad Farhan Bin Yahya Dip. Arch PUO, B. Sc. HBP UiTM

PEMBANTU TEKNIKAL KELAYAKAN

TENGKU NUR ADILA BINTI TENGKU YUSUF Dip. Arch, Bc. Sc. HBP (Architecture)

PEREKA KELAYAKAN

MUHAMMAD AMER ASYRAF Dip. Arch PUO Muka Surat | 9


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PENYELIA TAPAK KELAYAKAN

Mohammad Fahmi Dip. Arch

PELUKIS PELAN KELAYAKAN

Muhammad Amirul Amer Dip. Arch

PELUKIS PELAN KELAYAKAN

Nurul Syahirah Sij. Arch KKTM

PENGURUSAN KELAYAKAN

Nur Atikah binti Rashidan B. Sc. UiTM

PENGURUSAN

Amy Juliana

PENGURUSAN

Zailan Zainon

PENGURUSAN

Ayu Farhana

PENGURUSAN

Mohammad Pahame

Muka Surat | 10


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.5.1 Carta Organisasi Mulhaf Amrose Architect

PENGARAH Ar. Mohamad Mulhaf Amrose

ARKITEK i. Farhan Hafiz ii. Anas Ishak

Azim Rahim

Mohamad Farhan Yahya

Tengku Nur Adila

PEMBANTU TEKNIKAL 1

PEMBANTU TEKNIKAL 2

PEMBANTU TEKNIKAL 3

Muka Surat | 11


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.6 Perakuan Pendaftaran Syarikat

Muka Surat | 12


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.6.1 Perakuan Pendaftaran Arkitek

Muka Surat | 13


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.6.2 Perakuan Pendaftaran Perekabentuk Dalaman

Muka Surat | 14


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.6.3 Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding

Muka Surat | 15


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

2.7 Projek Mulhaf Amrose Architect Bil.

Gambar Projek

Huraian PROJEK : Kompleks Penjaja

Pasar

dan

LOKASI : Batu Feringghi, Pinang

Pulau

1. STATUS : Dalam Pembinaan

PELANGGAN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang PROJEK : Kompleks Kediaman Pegawai dan Kakitangan Kerajaan

LOKASI: Jalan Duta, Kuala Lumpur 2.

STATUS : Siap

PELANGGAN : Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri

Muka Surat | 16


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PROJEK: Kompleks Institut Latihan Perindustrian

LOKASI: Kepala Pinang 3.

Batas,

Pulau

STATUS: Siap

PELANGGAN: Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia

PROJEK: Pembangunan Semula Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping

LOKASI: Bandar Taiping, Perak

4.

STATUS: Siap

PELANGGAN: Pembinaan BLT Sdn Bhd Kementerian Dalam Negeri

Muka Surat | 17


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PROJEK: Sekolah Menengah Sains

LOKASI: Kepala Pinang 5.

Batas,

Pulau

STATUS: Siap

PELANGGAN: Kementerian Malaysia

Pelajaran

PROJEK: International School

Islamic

LOKASI: Sungai Ara, Pulau Pinang

TAHUN: 6.

2018

STATUS: Dalam Pembinaan

PELANGGAN: Yayasan Pinang

Islam

Pulau

Muka Surat | 18


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

PROJEK: Rumah Mampu Milik di Lot 21026

LOKASI: Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

STATUS: 7.

Cadangan

PELANGGAN: JKP Sdn. Bhd.

PROJEK: Escape Park di atas Lot 767, 384, 535 dan 15220

LOKASI: Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang 8.

STATUS: Siap

PELANGGAN: Sim Leisure Adventureplay Sdn. Bhd

Muka Surat | 19


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

RINGKASAN MINGGUAN

Muka Surat | 20


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

BAB 3: RINGKASAN MINGGUAN Tempoh

Aktiviti Semasa Latihan Industri •

Pengenalan secara ringkas mengenai kakitangan pekerja, projek dan sekitar pejabat

Mempelajari asas-asas perisian Revit melalui perisian Youtube dan bimbingan pekerja, Encik Azim Rahim

Minggu Pertama 9/12/19 – 14/12/19

Mereka satu pelan rumah banglo sebesar 0.97ekar di Sibu, Sarawak

Membuat dan menyiapkan slide pembentangan bagi projek di Kampung Mulia Setapak, Gombak dalam perisian Powerpoint

Mereka bentuk sebuah wakaf di dalam perisian SketchUp dan menyalin semula reka bentuk itu di dalam perisian Revit

Minggu Kedua •

Menyiapkan ‘Presentation Board’ bagi projek wakaf dengan menyusunnnya dalam perisian Revit

Diberi tugasan untuk membuat 3D bagi 3 jenis unit pasar iaitu pasar basah, pasar kering dan gerai

Minggu Ketiga makan di dalam perisian SketchUp oleh Encik Farhan Hafiz

Muka Surat | 21


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Menyiapkan ‘Presentation Board’ bagi projek Pasar Pinji, Ipoh di dalam perisian Photoshop

Diberi tugasan untuk mengkaji tentang ‘Green Building Index’ untuk diaplikasikan ke dalam projek Pasar Pinji, Ipoh

Menyambung

projek

Pasar

Pinji

dengan

membahagikan setiap ruang di dalam pasar mengikut warna yang ditetapkan dan menggunakan ikon sebagai indikasi dalam ‘Presentation Board’ di Minggu Keempat perisian Photoshop •

Diberi tugasan membuat rekaan dalaman 3D bagi 3 jenis gerai di dalam Pasar Pinji menggunakan perisian SketchUp

Membetulkan ketebalan dan mewarnakan lukisan projek Pasar Pinji mengikut skema yang telah ditetapkan oleh organisasi di perisian AutoCad

Minggu Kelima •

Menyambung menyiapkan ‘Presentation Board’ bagi projek Pasar Pinji di perisian Photoshop

• Minggu Keenam

Mencetakkan ‘Presentation Board’ bagi projek Pasar Pinji dalam kertas berukuran A3 dan menyerahkannnya kepada Encik Mulhaf Amrose

Muka Surat | 22


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Diberi tugasan oleh Encik Anas Ishak untuk memperbetulkan lukisan bagi projek KFC di dalam perisian AutoCad

Diberi tugasan oleh Encik Mulhaf Amrose untuk membuat

slide

pembentangan

bagi

projek

Langkawi Premium Outlet di dalam perisian Powerpoint •

Diberi tugasan dan bimbingan tentang membuat data pembangunan oleh Encik Azim Rahim bagi projek Gunasama di perisian Revit

Diberi tugasan oleh Encik Farhan Hafiz untuk membuat rekaan papan tanda bagi setiap bilik yang ada di dalam projek Gunasama.

Menyambung semula tugasan yang diberi oleh Encik

Mulhaf

Amrose

iaitu

membuat

slide

pembentangan bagi projek Langkawi Premium Outlet Minggu Ketujuh

Diberi tugasan oleh Encik Amer Ashraf untuk mewarnakan pelan lantai bagi projek Langkawi Premium Outlet di dalam perisian Photoshop dan setelah mewarnakannya, letakkan pelan yang telah diwarnakan itu di dalam slide pembentangan

Muka Surat | 23


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Diberi tugasan oleh Encik Azim Rahim untuk memperbaiki sedikit bagi pelan lantai projek Gunasama dan membuat pelan bomba untuk setiap tingkat di blok A Gunasama dengan dorongan Encik Azim Rahim

Menyambung menyiapkan pelan bomba bagi setiap tingkat blok A di perisian Revit

Diberi tugasan dan bimbingan oleh Encik Azim Rahim

untuk

membuat

‘Schedule

of

Accommodation’ bagi setiap pelan untuk 3 blok

Minggu Kelapan

Gunasama •

Mencetak lukisan projek Gunasama dengan kertas berukuran A1 sebanyak 5 set untuk diberikan kepada Jabatan Kerja Raya

Diberi tugasan oleh Encik Azim Rahim untuk menukarkan skala bagi semua pelan bomba untuk 3 blok Gunasama dan mencetakkannya dengan kertas berukuran A1 sebanyak satu set untuk

Minggu Kesembilan penyemakkan dengan pihak bomba tempatan •

Melipat semua lukisan pelan bomba dari kertas berukuran

A1

ke

A4

dan

mengikatkannya

menggunakan stapler

Muka Surat | 24


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Diberi tugasan oleh Encik Azim Rahim untuk memperbaiki dan melukiskan perincian bumbung dan keratan bumbung bagi projek rumah banglo Encik Loh di dalam perisian AutoCad

Menghantar projek rumah banglo En Loh ke web portal rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan bimbingan Encik Azim Rahim

Diberi tugasan oleh Encik Farhan Hafiz untuk membuat

slide

pembentangan

bagi

projek

Gunasama untuk blok A sahaja •

Diberi tugasan oleh Encik Amer Ashraf untuk mewarnakan pelan lantai rumah teres 2 tingkat di dalam perisian Photoshop

Diberi tugasan oleh Encik Azim Rahim untuk menyiapkan

Minggu Kesepuluh

perincian

kerawang

bagi

projek

Gunasama di dalam perisian Revit •

Encik Azim Rahim membawa saya untuk berjumpa dengan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kejuruteraan Jalan Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut Pulau Pinang untuk menghantar projek dan menanyakan

Muka Surat | 25


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

pertanyaan tentang masalah tapak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. •

Memperbaiki lukisan pelan bomba bagi projek Gunasama yang telah disemak oleh pihak bomba tempatan di dalam perisian Revit

Mencetakkan semua lukisan projek Gunasama kertas berukuran A1 dan melipatkannya menjadi kertas berukuran A4

Minggu Kesebelas

Diberi tugasan oleh Encik Azim Rahim untuk membuat perincian ‘Coping’ bagi projek Gunasama di dalam perisian Revit

Melawat ke tapak pembinaan bagi projek Kompleks Pasar Batu Feringghi bersama Encik Zailan dan Encik Amirul untuk penyemakan ‘Defect List’.

Membuat report ‘Defect List’ bagi projek Kompleks Pasar Batu Feringghi di dalam perisian Word

Menyambung menyiapkan perincian ‘Coping’ bagi projek Gunasama di dalam perisian Revit

Minggu Keduabelas

Diberi tugasan oleh Encik Farhan Yahya untuk melipat kertas lukisan projek berukuran A1 ke A4

Melawat ke tapak bagi projek pembinaan surau yang telah siap dibina terletak di Sungai Ara untuk mengambil gambar untuk diletakkan ke dalam

Muka Surat | 26


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

majalah Mulhaf Amrose Architect bersama Encik Amer Ashraf. •

Melawat ke tapak pembinaan di Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal bersama Encik Farhan Hafiz, Encik Anas Ishak dan Encik Farhan Yahya untuk penyemakan

Pre-CPC

iaitu

pra

sebelum

mengeluarkan ‘Certificate of Practical Completion’ •

Mempelajari tentang penyerahan CPC kepada kontraktor

Diberi tugasan oleh Encik Farhan Hafiz untuk membuat report bagi penyemakan Pre-CPC di dalam perisian Powerpoint

Minggu Ketigabelas

Diberi tugasan oleh Encik Anas Ishak untuk mereka satu

pelan

tapak

yang

mempunyai

dewan

serbaguna, 2 unit gerai makanan, 3 hostel, 25 tempat letak motorsikal dan 35 tempat letak kereta di dalam perisian AutoCad •

Diberi tugasan oleh Encik Anas Ishak untuk membuat slide pembentangan bagi projek tapak untuk gerai ‘Food Truck’ di Sungai Nibong

Diberi tugasan oleh Encik Azim Rahim untuk melengkapkan kesemua pelan lantai dengan

Muka Surat | 27


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

spefikasi bagi setiap blok Gunasama di dalam perisian Revit •

Diberi tugasan oleh Encik Farhan Hafiz untuk membuat slide pembentangan bagi blok pejabat C Gunasama untuk dibentangkan nanti di Tunjong Kelantan.

Setiap pelan perlulah dinyatakan kementerian dan jabatan untuk memudahkan pembaca memahami projek tersebut

Minggu Keempatbelas •

Diberi tugasan oleh Encik Farhan Hafiz untuk membuat

3

rekaan

dalaman

ruang

lobi

menggunakan perisian SketchUp dan Lumion •

Membuat video animasi bagi 3 rekaan dalaman ruang lobi menggunakan perisian Adobe Premiere Pro

Minggu Kelimabelas

Cuti disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

Minggu Keenambelas

Cuti disebabkan Perintah Kawalan Pengerakan

Minggu Ketujuhbelas

Cuti disebabkan Perintah Kawalan Pengerakan

Muka Surat | 28


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

LAPORAN TEKNIKAL

Muka Surat | 29


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL 4.1 AutoCAD 4.1.1 Pengenalan AutoCAD adalah perisian reka bentuk bantuan komputer atau ‘Computer Aided Design’ (CAD) yang dikeluarkan pada Disember 1982 oleh Autodesk AutoCAD digunakan dalam bidang menggambar atau reka bentuk yang diguna oleh arkitek, pengurus projek, jurutera, pereka grafik dan professional lain yang berkaitan dengan reka bentuk objekobjek tertentu. Dengan adanya perisia AutoCAD, pegguna dapat menjimatkan masa, memudahkan untuk menyunting atau ‘edit’, lukisan dibuat dengan ukuran yang tepat dan lain-lain. Format AutoCAD ialah dwg yang membawa maksud ‘drawing’ iaitu lukisan dalam Bahasa Melayu. 4.1.2 Kekunci Pintas AutoCAD

Rajah 4.1.2.1 Kekunci Pintas Muka Surat | 30


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.1.2.2 Kekunci Pintas Muka Surat | 31


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.1.3 Tugasan Berikut merupakan tugasan yang menggunakan perisian AutoCAD sepanjang latihan industri: 4.1.3.1 Projek Pembangunan Semula Pasar Awam Pinji di Ipoh, Perak

Rajah 4.1.3.1.1 Pelan Lantai Pasar Awam Pinji

Rajah 4.1.3.1.2 Pandangan Kiri, Kanan, Hadapan dan Belakang Muka Surat | 32


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.1.3.2 Projek Pembinaan Kentucky Fried Chicken (KFC) di Kubang Pasu

Rajah 4.1.3.2.1 Keratan Y-Y dan Keratan X-X

Rajah 4.1.3.2.2 Keratan W-W dan Keratan Z-Z

Muka Surat | 33


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.1.3.3 Projek Rumah Banglo 2 Tingkat di Mukim 10, Pulau Pinang

Rajah 4.1.3.3.1 Pelan Bumbung, Pelan Lantai, Pandangan Hadapan, Pandangan Belakang, Pandangan Kanan, Pandangan Kiri, Keratan X-X, Keratan Y-Y dan beserta perincian

4.1.3.4 Projek Membina dan Menyiapkan Surau Setinggkat di Sungai Petani

Rajah 4.1.3.4.1 Pelan Lantai, Pelan Bumbung, Keratan A-A, B-B, C-C dan D-D Muka Surat | 34


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.1.3.4.2 Jadual Tingkap dan Jadual Pintu

Rajah 4.1.3.4.3 Perincian Kemasan Lantai

Muka Surat | 35


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.1.3.4.4 Perincian Bumbung 4.1.3.5 Projek Gunasama Tunjong, Kelantan

Rajah 4.1.3.5.1 Pelan Lantai Bomba Tingkat 1

Muka Surat | 36


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.1.3.5.2 Pelan Lantai Bomba Tingkat 5

Rajah 4.1.3.5.3 Pelan Lantai Bomba Tingkat Motor Lif

Muka Surat | 37


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.1.3.6 Projek International Islamic College di Sungai Ara, Pulau Pinang

Rajah 4.1.3.6.1 Pelan Lokasi

Rajah 4.1.3.6.2 Perincian ‘Coping’

Muka Surat | 38


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

‘ Rajah 4.1.3.6.3 Perincian ‘Louvers’

Rajah 4.1.3.6.4 Perincian Papan Nama Ruang

Muka Surat | 39


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.2 SketchUp 4.2.1 Pengenalan SketchUp merupakan salah satu perisian yang dapat membina 3D model sesuatu projek termasuk draft pembentangan projek. Perisian SketchUp mudah dikawal dan dapat menghasilkan 3D model dalam masa yang lebih pantas. Komponen-komponen objek 3D boleh dimuat turun melalui 3D Warehouse di dalam perisian SketchUp ataupun di web portal 3D Warehouse. Komponen tersebut dapat membantu pelukis merealisasikan sesebuah rekaan itu mengikut cita rasa sendiri. Selain itu, lukisan dari perisian AutoCAD juga boleh di import ke dalam SketchUp untuk menaikkan 3D model. 4.2.2 Alat-alat dan Kekunci Pintas SketchUp

Muka Surat | 40


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.2.3 Tugasan Berikut merupakan tugasan yang menggunakan perisian SketchUp sepanjang latihan industri: 4.2.3.1 Projek Pasar Awam Pinji di Ipoh, Perak

Rajah 4.2.3.1.1 Pandangan Perspektif bagi Unit Gerai Kering

Rajah 4.2.3.1.2 Pandangan Perspektif bagi Unit Gerai Makan Muka Surat | 41


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.2.3.1.3 Pandangan Perspektif 1

Rajah 4.2.3.1.4 Pandangan Perspektif 2

Muka Surat | 42


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.2.3.2 Projek Wakaf Gunasama Tunjong, Kelantan

Rajah 4.2.3.2.1 Pandangan Perspektif 1

Rajah 4.2.3.2.2 Pandangan Perspektif 2

Muka Surat | 43


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.2.3.3 Projek Penyediaan Tapak ‘Food Truck’ di Sungai Nibong, Pulau Pinang

Rajah 4.2.3.3.1 Pandangan Perspektif 1

Rajah 4.2.3.3.2 Pandangan Perspektif 2

Muka Surat | 44


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.2.3.4 Projek International Islamic College

Rajah 4.2.3.4.1 Pandangan Perspektif 1

Rajah 4.2.3.4.2 Pandangan Perspektif 2

Muka Surat | 45


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.2.3.5 Projek Rekaan Dalaman Hotel Ruang Lobi

Rajah 4.2.3.5.1 Pandangan Perspektif Ruang Lobi Unit 1

Rajah 4.2.3.5.2 Pandangan Perspektif Ruang Lobi Unit 2

Muka Surat | 46


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.3 Revit 4.3.1 Pengenalan Perisian Revit merupakan salah satu perisian yang boleh membina 3D model selain SketchUp. Perisian ini adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh Autodesk. Revit membina perisian pemodelan maklumat kepada arkitek, arkitek landskap, pereka dalaman, jurutera struktur, jurutera MEP, pereka dan kontraktor. Perisian Revit ini membolehkan pengguna untuk merancang bangunan, struktur dan komponen dalam bentuk 3D model, gabungan lukisan 2D dengan 3D dan lain-lain. Format fail bagi perisian Revit adalah rvt, rfa, rte dan rft. RevitCity.com dan BIMObject.com merupakan antara laman web yang menyediakan komponen 3D seperti 3D Warehouse di dalam perisian SketchUp.

Rajah 4.3.1.1 Laman web untuk memuat turun ‘Family’ iaitu komponen 3D yang dapat merealisasikan sesebuah rekaan Muka Surat | 47


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.3.2 Kekunci Pintas Perisian Revit

4.3.3 Tugasan Berikut merupakan tugasan yang menggunakan perisian Revit sepanjang latihan industri:

Muka Surat | 48


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.3.3.1 Projek Wakaf Gunasama Tunjong, Kelantan

Rajah 4.3.3.1.1 Pelan Lantai, Pelan Bumbung, Keratan A-A, Keratan B-B, Perincian Wakaf, Pandangan Hadapan, Kanan, Kiri dan Belakang

4.3.3.2 Projek Gunasama Tunjong, Kelantan

Rajah 4.3.3.2.1 Data Pembangunan Projek Gunasama Muka Surat | 49


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.3.3.2.2 Lagenda Tempat Letak Kenderaan

Rajah 4.3.3.2.3 Rekaan Papan Tanda Gunasama

Muka Surat | 50


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.3.3.2.4 Pandangan Hadapan dan Pandangan Belakang

Rajah 4.3.3.2.5 Keratan X-X, Keratan Y-Y dan Kertan Z-Z

Muka Surat | 51


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.3.3.2.6 Pandangan Perspektif

Rajah 4.3.3.2.7 Pelan Tapak

Muka Surat | 52


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.3.3.2.8 Pelan Lantai Tingkat Bawah

Rajah 4.3.3.2.9 Pelan Lantai Tingkat 4

Muka Surat | 53


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.3.3.2.10 Pelan Bomba

Rajah 4.3.3.2.11 ‘Schedule of Accommodation’

Muka Surat | 54


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.3.3.2.12 Perincian Kerawang

Rajah 4.3.3.2.13 Perincian ‘Coping’

Muka Surat | 55


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.3.3.3 Projek TNB PPU Gunasama

Rajah 4.3.3.3.1 Pelan Lantai, Keratan A-A dan Keratan B-B

Rajah 4.3.3.3.2 Pelan Bumbung, Pandangan Hadapan, Pandangan Belakang, Pandangan Kanan dan Pandangan Kiri

Muka Surat | 56


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.3.3.4 Projek TNB SSU dan Bomba ‘Pump Hose Building’

Rajah 4.3.3.4.1 Lukisan Lengkap TNB SSU dan Bomba ‘Pump Hose Building’

Rajah 4.3.3.4.2 Pelan Lantai, Pelan Bumbung, Keratan X-X, Keratan Y-Y, Pandangan Hadapan, Belakang, Kanan dan Kiri Muka Surat | 57


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.4 Photoshop 4.4.1 Pengenalan Adobe Photoshop merupakan satu perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Perisian ini diterbitkan oleh Adobe Inc untuk pengguna Windows dan Mac OS. Photoshop adalah alat penting untuk pereka, ‘web developers’, seniman grafik, jurugambar dan profesional kreatif. Perisian ini digunakan secara meluas untuk mengedit gambar, membuat komposisi gambar dan ‘mockup’ laman web. Pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Fail PSD merupakan singkatan bagi ‘Photoshop Document’, fail PSD bertujuan menyimpankan langkah-langkah imej yang telah diolah oleh pengguna seperti teks, lapisan dengan topeng, bahagian untuk warna, gambar yang di import masuk dan lain-lain. Melalui PSD pengguna dapat mengedit imej dan dapan menyimpannya dalam bentuk PDF, JPG, PNG dan lain-lain. Sebarang pengubahsuaian mesilah dilakukan dalam bentuk PSD.

Muka Surat | 58


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.4.2 Fungsi Alat Perisian Photoshop

4.4.3 Tugasan Berikut merupakan tugasan yang menggunakan perisian Photoshop sepanjang latihan industri: Muka Surat | 59


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.4.3.1 Projek Pasar Awam Pinji Ipoh, Perak

Rajah 4.4.3.1.1 Proses membuat ‘Presentation Board’ untuk memasuki pertandingan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Rajah 4.4.3.1.2 ‘Presentation Board’ 1 Muka Surat | 60


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.4.3.1.3 ‘Presentation Board’ 2

Rajah 4.4.3.1.4 ‘Presentation Board’ 3

Muka Surat | 61


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.4.3.1.5 ‘Presentation Board’ 4

Rajah 4.4.3.1.6 ‘Presentation Board’ 5

Muka Surat | 62


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.4.3.1.7 ‘Presentation Board’ 6

Rajah 4.4.3.1.8 ‘Presentation Board’ 7

Muka Surat | 63


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.4.3.2 Projek Rumah Teres Dua Tingkat Teluk Chengai \

Rajah 4.4.3.2.1 Pelan Lantai (Alternatif 1)

Rajah 4.4.3.2.2 Pelan Lantai (Alternatif 2)

Muka Surat | 64


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.4.3.2.3 Pelan Lantai (Alternatif 3) 4.4.3.3 Projek Penyedia Tapak Gerai Sungai Nibong

Rajah 4.4.3.3.1 Membuat satu logo untuk organsisasi pelanggan

Muka Surat | 65


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.4.3.4 Projek Cadangan Langkawi Premium Outlet

Rajah 4.4.3.4.1 Membezakan setiap zon mengikut warna 4.4.3.5 Projek Kompleks Pasar Awam Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Rajah 4.4.3.5.1 ‘Presentation Board’ 1 Muka Surat | 66


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.4.3.5.2 ‘Presentation Board’ 2

Rajah 4.4.3.5.3 ‘Presentation Board’ 3

Muka Surat | 67


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.4.3.5.4 ‘Presentation Board’ 4

Rajah 4.4.3.5.5 ‘Presentation Board’ 5

Muka Surat | 68


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.5 Microsoft Powerpoint 4.5.1 Pengenalan Microsoft Powerpoint adalah perisian grafik pembentangan yang menarik dan mudah digunakan serta membolehkan dapat membuat pembentangan secara profesional. Powerpoint juga merupakan salah satu medium yang selalu digunakan oleh para pelajar, para pensyarah dan lain-lain untuk membentangkan tugasan diberikan. Penguasaan Powerpoint yang baik dapat memudahkan pembaca mahupun pendengar mendapat maklumat yang jelas dan tepat. 4.5.2 Kekunci Pintas Perisian Powerpoint

Muka Surat | 69


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.5.3 Tugasan Berikut merupakan tugasan yang menggunakan perisian Powerpoint sepanjang latihan industri: 4.5.3.1 Slide Cadangan Pembangunan Langkawi Premium Outlet di Langkawi

Rajah 4.5.3.1.1 Muka Hadapan Slide Pembentangan

Rajah 4.5.3.1.2 Projek Objektif Muka Surat | 70


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.5.3.1.3 Pelan Susunatur Langkawi Premium Outlet

Rajah 4.5.3.1.4 Pandangan Perspektif Hotel C

Muka Surat | 71


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.5.3.2 Slide Cadangan Pembangunan Membina Residensi Wilayah Di Setapak

Rajah 4.5.3.2.1 Muka Hadapan Slide Pembentangan

Rajah 4.5.3.2.2 Gambar Tapak Cadangan

Muka Surat | 72


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.5.3.2.3 Konsep Rekabentuk

Rajah 4.5.3.2.4 Pandangan Perspektif

Muka Surat | 73


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.5.3.3 Slide Cadangan Penyediaan Tapak ‘Food Truck’ di Sungai Nibong

Rajah 4.5.3.3.1 Muka Hadapan Slide Pembentangan

Rajah 4.5.3.3.2 Pengenalan Pembangunan

Muka Surat | 74


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.5.3.3.3 Gambar Persekitaran Tapak

Rajah 4.5.3.3.4 Pandangan Perspektif Tapak

Muka Surat | 75


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.6 Microsoft Word 4.6.1 Pengenalan Microsoft Word merupakan salah satu perisian dari Microsoft Office yang berfungsi sebagai sebuah dokumen yang berupa teks atau gambar. Semasa latihan industri, Microsoft Word digunakan untuk menghasilkan ‘Defect List’, Surat Rasmi dan lain-lain. 4.6.2 Kekunci Pintas Perisian Microsoft Word

Muka Surat | 76


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.6.3 Tugasan Berikut merupakan tugasan yang menggunakan perisian Microsoft Word sepanjang latihan industri: 4.6.3.1 ‘Defect List’

Rajah 4.6.3.1.1 ‘Defect List’ Muka Surat 1,2 dan 3

Rajah 4.6.3.1.2 ‘Defect List’ Muka Surat 4,5 dan 6 Muka Surat | 77


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.6.3.1.3 ‘Defect List’ Muka Surat 7 4.7 Lipatan Kertas Lukisan Pelan Selepas lukisan kerja telah lengkap dan dicetak maka lukisan tersebut perlulah dilipat menjadi kertas berukuran A4. Kertas lukisan ini dilipat untuk diberikan kepada Jabatan Kerja Raya, Kontraktor, Jurutera, Jabatan Kebakaran, Perbandaran dan pemilik. Kebiasaannya lukisan kertas A1 akan dilipat kepada A4. Rajah berikut menerangkan cara melipat kertas lukisan bagi saiz A0, A1 dan A2.

Rajah 4.7.1 Lipatan bagi kertas saiz A0 Muka Surat | 78


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.7.2 Lipatan bagi kertas saiz A1

Rajah 4.7.3 Lipatan bagi kertas saiz A2

4.8 Lawatan Tapak 4.8.1 Pengenalan Lawatan Tapak Selain menghasilkan lukisan kerja, arkitek diberi tanggungjawab untuk melakukan lawatan tapak. Lawatan tapak juga boleh dilakukan oleh pembantu arkitek. Tujuan lawatan tapak diperingkat awal adalah untuk membuat pelan lokasi bagi proses subsmission untuk meninjau infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada seperti air dan elektrik serta jalan masuk ke tapak berada di dalam keadaan sama ada sudah tersedia ataupun perlu di bina sebelum proses projek dijalankan.

Muka Surat | 79


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Lawatan tapak semasa projek dijalankan mestilah dibuat oleh arkitek atau pembantu arkitek bagi memastikan kerja-kerja di tapak pembinaan mengikut lukisan kerja yang telah diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. Antara aspek yang ditekankan oleh arkitek semasa lawatan di tapak pembinaan ialah kualiti kerja, penyediaan bahan, ketepatan masa dan lain-lain bagi memastikan proses kerja di tapak pembinaan berjalan dengan lancar. Arkitek akan merekodkan sebarang kecacatan dalam kerja dan mengeluarkan Perubahan Kerja atau ‘Variation Order’ (VO) dan memberi arahan kepada kontraktor unutk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah lain berlaku. Kebiasaannya, lawatan tapak yang dilakukan oleh arkitek dari semasa ke semasa sekurang-kurangnya sekali dalam satu minggu atau sekali dalam dua minggu. Mesyuarat tapak akan dilakukan sebulan sekali, manakala mesyuarat dalaman akan diadakan bilabila masa. Mesyuarat dilakukan bagi memastikan kualiti pembinaan dan kerja di tapak pembinaan berjalan lancar serta mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. 4.8.2 Definisi Tapak Tapak pembinaan merupakan tempat untuk mendirikan projek pembinaan seperti perumahan, kedai, stadium, dewan serbaguna, hospital dan sebagainya. Setiap tapak pembinaan perlulah ada pejabat tapak yang disediakan oleh kontraktor untuk kemudahan sementara seperti mesyuarat tapak, semua projek surat menyurat dan pemantauan. Pejabat tapak juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, bilik untuk meletakkan bahan dan peralatan menyimpan, rumah penjaga dan lain-lain. Kebiasaanya pejabat tapak dibina berhampiran dengan pintu masuk ke tapak pembinaan. Papan tanda kelulusan pembinaan akan didirikan untuk menandakan tapak sedang dibina. Papan tanda ini mempunyai kenyataan seperti: Muka Surat | 80


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Tajuk projek

Alamat tapak pembinaan

Pemilik projek dan alamat

Nama dan alamat firma arkitek untuk projek itu

Nama dan alamat jurutera struktur untuk projek

Kontrak utama bagi projek ini

Kegagalan untuk mempamerkan papan tanda ini akan diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menyaman kepada firma arkitek projek tersebut.

Rajah 4.8.2.1 Papan Tanda Kelulusan Pembinaan 1

Muka Surat | 81


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.8.2.2 Papan Tanda Kelulusan Pembinaan 2 4.8.3 Contoh Lawatan Ke Tapak Pembinaan Sepanjang Latihan Industri 4.8.3.1 Projek Kompleks Pasar Awam Batu Feringghi, Pulau Pinang

Rajah 4.8.3.1.1 Lawatan ke Tapak Muka Surat | 82


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.8.3.1.2 Dinding Cat Tidak Sama

Rajah 4.8.3.1.3 Sesetengah Lampu Tidak Menyala

Muka Surat | 83


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.8.3.1.4 Lantai di kawasan gerai basah kotor

Rajah 4.8.3.1.5 Paip air di sinki tidak mengeluarkan air

Muka Surat | 84


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.8.3.1.6 Tandas tidak dilengkapi dengan pintu tandas

Rajah 4.8.3.1.7 Jalan dalaman tidak rata

Muka Surat | 85


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

4.8.3.2 Projek Pembinaan Rumah Teres 2 Tingkat di Permatang Tok Mahat

Rajah 4.8.3.2.1 Lawatan ke tapak pembinaan

Rajah 4.8.3.2.2 Retakan pada ‘Curb’ pagar masuk rumah

Muka Surat | 86


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

Rajah 4.8.3.2.3 Lebihan rasuk dan pemukaan dinding tidak kemas

s

Rajah 4.8.3.2.4 Siling bilik tidur 2 berlubang

Muka Surat | 87


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

KOMEN DAN CADANGAN

Muka Surat | 88


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

BAB 5: KOMEN DAN CADANGAN Secara umumnya, perlaksaan latihan industri di firma merupakan salah satu kaedah pembelajaran kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi alam pekerjaan setelah tamat belajar. Latihan industri ini sangat bermanfaat kepada pelajar latihan industri namun terdapat kelemahan yang tersendiri yang pelajar akan menghadapi di tempat latihan industri mereka. Syukur alhamdulillah sepanjang saya menjalani latihan industri di Mulhaf Amrose Architect, saya tidak mengalami sebarang masalah besar namun, terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan oleh pihak firma dan pihak Politeknik Ungku Omar serta pelajar praktikal itu sendiri untuk memenuhi permintaan industri dan seterusnya meningkatkan kualiti pelajar-pelajar Politeknik Ungku Omar. Berikut adalah komen dan cadangan yang diajukan agar program latihan industri ini lebih memberi manfaat kepada semua pihak. 5.1 Cadangan untuk Pihak Firma •

Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang rosak dengan peralatan yang baru

Pekerja perlulah menepati masa untuk masuk kerja pada waktu yang telah ditetapkan oleh firma

Pekerja haruslah membantu dan memantau pelajar praktikal dalam menjalankan tugas

Muka Surat | 89


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

5.2 Cadangan untuk Pihak Politeknik •

Pihak Politkenik perlulah memanjangkan sedikit tempoh latihan industri ini agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam kursus yang dipelajari

5.3 Cadangan untuk Pelajar Praktikal •

Pelajar hendaklah bersikap lebih terbuka untuk menerima teguran

Pelajar mestilah meminta tunjuk ajar atau bertanya kepada pekerja-pekerja jika tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan tugasan yang diberi

Muka Surat | 90


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

KESIMPULAN

Muka Surat | 91


POLITEKNIK UNGKU OMAR | 01DSB17F1058

BAB 6: KESIMPULAN Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menjalani latihan industri dengan baik selama 17 minggu bermula 9 Disember hingga 31 Mac 2020. Saya amat berterima kasih kepada Mulhaf Amrose Architect kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat ini. Di samping itu, ingin juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerja saya kerana telah membimbing dan memberi dorongan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri ini. Banyak ilmu, pengalaman dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang. Selain itu, sepanjang latihan industri saya telah mempelajari satu ilmu yang tiada di dalam buku, antaranya ialah cara untuk mengeratkan hubungan pekerja dan majikan. Di samping itu, dengan cara dan sikap yang betul dalam menyelesaikan sesuatu perkara mendesak atau kecemasan di lokasi juga amatlah penting dalam bidang seni bina. Selain daripada itu, kemahiran percakapan dengan pelanggan juga adalah penting. Dengan pendedahan ke tapak pembinaan yang diberi oleh firma, saya telah mempelajari pelbagai jenis pembinaan yang boleh digunakan untuk membina sesebuah bangunan. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari dengan lebih mendalam dengan pelbagai perisian. Sebagai contoh, Autodesk Revit, Lumion, SketchUp dan Adobe Premiere Pro. Akhir kata, latihan industri amatlah penting bagi setiap pelajar kerana ia memberi banyak manfaat untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan sebenar kelak. Dengan adanya pendedahan awal di latihan industri, pelajar dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan, malah keyakinan diri menjalankan sesuatu kerja dan lain-lain. Dengan ini, Politeknik Malaysia dapat melahirkan graduan yang bermutu, berkualit, amanah dan bertanggungjawab, secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi dan mengubah pandangan mereka terhadap Politeknik Malaysia. Sekian, terima kasih.

Muka Surat | 92


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.