STE 3205 PENGURUSAN PAKAIAN I
BAJU KURUNG AMANINA BT SHAKRI 176990 NAJIHAH BT MAD DERIS 177107 RAHAYU BT MOHD NOR 178263 AMIRAH MAHFUZAH BT MAD ZALI 177530 NUR FATIHAH BT ISMAIL 178159 ASMA SALSABILA BT MOHD RAPANDI 178857
1
PENGENALAN APA ITU BAJU KURUNG?
2
Baju kurung ialah sejenis pakaian tradisional orang melayu yang dipakai oleh kaum wanita Pakaian ini juga dipercayai mendapat pengaruh daripada pakaian pedagang Arab dan India serta China pada zaman dahulu. Pakaian ini juga merupakan pakaian kebangsaan dan rasmi bagi negara Malaysia dan Brunei. Di samping itu terdapat juga di negara lain seperti Indonesia,Singapura dan Thailand. Baju ini sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira agama, kaum mahupun bangsa.
3
Baju kurung dikenali dengan baju yang longgar,labuh dan antaranya labuh hingga ke lutut Bertangan panjang, berkekek, berpesak serta kembang di bahagian bawah. Baju kurung sentiasa menjadi pilihan wanita dan juga bangsa lain. Antara ciri istimewa pada baju kurung termasuklah jahitan tangan yang dinamakan sembat yang dijahit pada bahagian kelim dan kelepet. Bahagian leher baju pula dijahit dengan jahitan tulang belut yang diilhamkan daripada struktur tulang ikan belut.
4
SEJARAH BAJU KURUNG Baju kurung merupakan Baju Tradisional Melayu yang boleh ditafsirkan sebagai baju longgar atau menutup aurat. Baju kurung juga dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian ‘djallabiyah’ yang berasal dari Mesir dimana ia diertikan sebagai baju longgar. Baju Kurung adalah baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ketika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakkan orang hanya menutup pakaian di bawah tubuh sahaja.
ď ą kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada ketika itu membantu kepada perubahan fesyen di Tanah Melayu. ď ą Pedagang tidak hanya membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai juga dibawa ke Tanah Melayu. ď ą Pada ketika itu, pedangan dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negara-negara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jual beli dan sistem barter. Mereka membawa bersama mereka barang-barang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu.
Ketika empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abab ke-15 dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Kurung mula direka. Ini jelas dinyatakan di dalam buku “Sejarah Melayu” atau “Sulalatus Salatin”. Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan Melayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk Baju Kurung yang dipakai kini.
Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju Kurung ketika mengadap Sultan. Tambah lagi, ada juga yang mengatakan bahawa Baju Kurung mula popular di akhir abab ke-19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Iannya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu negeri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar ke Johor Baharu. Pada ketika itu, nama Baju Kurung Teluk Belanga adalah untuk lelaki dan wanita. Apabila Tanah Melayu semakin berkembang pesat, nama “Baju Melayu” digunapakai oleh lelaki dan nama “Baju Kurung” kekal digunakan oleh wanita.
JENIS –JENIS BAJU KURUNG
9
BAJU KURUNG TELUK BELANGA (BAJU KURUNG BIASA) Baju kurung ini turut dikenali sebagai baju kurung Johor dan mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. Almarhum menetapkan supaya baju perempuan labuhnya hingga ke bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Kini, perbagai jenis modifikasi serta pengubahsuaian dilakukan seiring dengan perubahan fesyen.
10
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG • Baju kurung cekak musang adalah sejenis pakaian yang disukai ramai wanita pada ketika dahulu. • Baju kurung cekak musang mempunyai persamaan dengan baju kurung Teluk Belanga tetapi hanya bentuk pada lehernya sahaja sedikit berbeza. Leher pada baju cekak musang mempunyai kolar, Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. • Pada bahagian kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Potongan baju ini dikatakan diterima dari pengaruh India dan China. 11
BAJU KURUNG KEDAH • Baju Kurung Kedah dipercayai datang dari selatan Thailand kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung. • Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar. • Baju kurung kedah ini dipakai bersama kain batik sarung yang diikat mengalur dan dimasuk sebelah kiri atau kanan. • Baju ini kebiasaannya dipakai oleh mereka yang berumur, wanita-wanita muda kurang menggemari pakaian ini. Kini, ia kembali popular dengan diberi suntikan baru dan gaya moden. 12
BAJU KURUNG PAHANG
• Baju kurung pahang atau lebih dikenali sebagai Riau Pahang yang menyingkap hubungan pertalian antara Riau dan Pahang pada zaman dahulu. • Baju Kurung ini berbeza dengan baju kurung yang lain ialah berbeza pada pesaknya. Kedua-dua pesak baju kurung ini kembang pada bahagian tepi dan disambungkan kekek gantung.
13
BAJU KURUNG MELAKA
Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan mempunyai hiasan dada dihiiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.
14
BAJU KURUNG PERAK
• Baju kurung perak ini sukar untuk dapat dilihat pada zaman kini. Baju kurung ini pada kebiasaanya pada zaman dahulu dipakai oleh puteri di perak. • Reka bentuk baju ini juga berbeza daripada baju kurung yang lain kerana ia memakai seluar dan sampin . Selain rekaan baju ini juga mempunyai persamaan dengan baju kurung cekak musang kerana mempunyai kolar.
15
BAJU KURUNG SARAWAK
• Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. • Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. • Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. 16
BAHAN DAN ALATAN
ALAT MENGUKUR Alatan mengukur
Kegunaan Mengukur dengan tepat ukuran badan dan juga ukuran fabrik untuk membuat baju kurung.
Pita ukur Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola baju kurung.
Pebaris Lurus
ALAT MENDRAF Alat Mendraf
Kegunaan Membuat sudut tepat Membuat garisan lurus90 darjah.
Pembaris L Membuat garisan di pola baju kurung.
Pensil
ALAT MENANDA Alat Menanda
Kegunaan Memindah tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik.
Kapur tukang jahit Digunakan untuk mengalih tanda daripada pola kepada fabrik.
Roda surih
JENIS-JENIS FABRIK SESUAI UNTUK BAJU KURUNG Kain cotton diperbuat daripada bahan kapas yang didapati daripada pokok kapas itu sendiri Ianya sesuai untuk negara beriklim panas seperti Malaysia
Fabrik cotton
Terdapat pelbagai jenis kain cotton seperti :• Japanese cotton • English cotton • Sateen cotton • viscose
Kain cotton juga mudah menyerap peluh, selesa, ringkas dan mudah dijaga.
FABRIK COTTON
Lembut dan tidak panas
Tidak jarang dan tidak mudah berkedut
Dihasilkan darpada sutera dan permukaan menggerutu
Crepe Bersifat berat dan jatuh
Diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber
Tekstur yang lembut, beralun dan ringan
Jenis chiffon :• Goldline • Georgette • Double chiffon • Silk chiffon
Chiffon
Bahannya lembut, sejuk dan berkilau Gentian protein semulajadi yang ditenun menjadi tekstil
Menyerap peluh
Licin di kulit dan kainnya jatuh
Sutera
CARA PENJAGAAN FABRIK Fabrik kapas/Cotton Fabrik Sutera Fabrik sifon
FABRIK KAPAS/COTTON Elakkan dari menggunakan peluntur bahan kimia kerana tindak balas dari peluntur boleh menyebabkan fabrik kapas menjadi cepat rapuh dan warna menjadi cepat pudar. ď‚ž Selain itu, untuk basuhan tangan, fabrik kapas memerlukan penggunaan air suam untuk mengekalkan kelembutan fabrik kapas tersebut. ď‚ž Fabrik kapas perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum dijahit menjadi pakaian untuk mengelakan fabrik mengecut selepas pakaian siap dijahit. Hal ini kerana, tekstur kain kapas yang senang berkedut dan mengecut. Oleh disebabkan itu, kain kapas perlu disembur sedikit air semasa mengosok untuk menghilangkan kesan kedut dengan mudah. ď‚ž
FABRIK SUTERA Sutera merupakan fabrik yang sangat lembut dan mahal. Tekstur kain yang sangat lembut memerlukan penjagaan yang sangat teliti untuk mengelakkan kain sutera rosak. ď‚ž Untuk membasuh kain fabrik sutera elakkan dari menggunakan mesin basuh atau berus yang kasar kerana ianya boleh menyebabkan urat benang sutera yang lembut rosak. ď‚ž Kain sutera hanya perlu direndam kedalam air yang dicampur pelembut kain supaya kain sutera lebih lembut dan bersinar. Sekiranya terkena kotor perlu segera membasuhnya. ď‚ž
FABRIK SIFON Fabrik
sifon menpunyai tekstur kain yang sangat ringan dan mudah terbentuk. Fabrik jenis ini amat memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana ianya mudah terkoyak.
Untuk
basuhan mesin. Masukkan fabrik ke dalam beg basuhan kain supaya lebih selamat. Sifon merupakan sejenis fabrik yang agak kurang sesuai untuk dijadikan bajukurung.
KESIMPULAN Baju kurung merupakan baju tradisi bagi masyarakat melayu rumpun seperti Melayu Malaysia, Brunai, Indonesia dan Kemboja yang digunakan pada majlis tertentu seperti keraian dan hari raya. Bagi pemilihan fabrik, tidak semua fabrik sesuai untuk dijadikan baju kurung dan antara fabrik yang paling sesuai adalah kain cotton atau kapas kerana fabrik jenis ini sangat selesa dan meresap peluh. Dari segi peralatan menjahit baju kurung kebiasaannya sama seperti menjahit baju jenis lain seperti benang jarum, penetas dan lain-lain. Baju kurung boleh dihias dengan pelbagai jenis hiasaan seperti manik dan kain renda untuk mencantikkan lagi baju kurung mengikut permintaan si pemakai.
Hasil kajian juga dapat disimpulkan bahawa, penjagaan fabrik baju kurung merupakan aspek yang penting untuk mengelakkan baju cepat lusuh mahupun rapuh. Untuk basuhan mesin baju kurung biasanya akan dimasukkan kedalam beg basuhan untuk mengelakkan urat benang tertarik. Untuk baju kurung yang menpunyai jahitan manik, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh. Hal ini kerana, mesin basuh mungkin boleh menyebabkan benang jahitan manik terputus sekaligus manik terburai. Hasil kajian juga mendapati bahawa Bajukurung mempunyai perbezaan dari segi reka bentuk seperti reka bentuk baju kurung mengikut negeri dan lain-lain sebagai contohnya, baju kurung kedah dan baju Kurung Pahang. Secara tuntasnya kajian mengenai baju kurung merupakan satu kajian yang membuka satu persepsi baru pada golongan muda mengenai keistimewaan Baju Kurung.