PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK SK BANDAR UTAMA DAMANSARA ( 4 ) PETALING JAYA, SELANGOR
KERTAS KERJA CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PULAU LANGKAWI
TARIKH 28 – 30 OKTOBER 2010
PENGENALAN Pulau Langkawi merupakan salah sebuah pulau di Malaysia yang sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Lagenda Mahsuri turut menjadikan Pulau Langkawi menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Keunikan alam semula jadi serta kepesatan pertumbuhan ekonomi serta sosial Pulau Langkawi pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke pulau ini. Apatah lagi kepada murid-murid sekolah yang pastinya mahu mengenali dengan lebih dekat lagi lagenda dan sejarah ‘sumpahan tujuh keturunan’ oleh Mahsuri terhadap Pulau Langkawi. Atas keunikan dan keistimewaan itulah, Persatuan Sains dan Matematik SK Bandar Utama Damansara (4), menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi lawatan sambil belajar pada tahun 2010 ini. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah, yang akan memberi ruang kepada murid secara langsung merasai serta mengalami sendiri keunikan dan keistimewaan Pulau Langkawi. OBJEKTIF Program ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut : i- Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang lagenda dan sejarah Pulau Langkawi. ii- Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali dengan lebih dekat tokohtokoh yang banyak disebut dalam buku mengenai Pulau Langkawi iii- Menghargai dan mencintai keunikan dan keistimewaan Pulau Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan dalam Negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadinya yang tersendiri. TEMPAT Tempat lawatan yang dicadangkan adalah seperti berikut : iiiiiiiv-
Under Water World Kabel Car Kilang Pembuatan Gamat Galeri Perdana
vvi-
Makam Mahsuri Dataran Lang
TARIKH Tarikh yang dicadangkan adalah pada 28 – 30hb Oktober 2010 . PESERTA Secara dasarnya, program ini adalah untuk ahli Persatuan Sains dan Matematik sahaja. Namun, peluang menyertai lawatan ini dibuka kepada murid-murid lain yang berminat. Keutamaan adalah diberi kepada murid-murid tahun 6. Jumlah peserta lawatan adalah seperti berikut : i-
38 orang murid
ii-
4 orang guru pengiring
AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR Pengerusi : Puan Naimah binti Mohd Nasir ( Guru Besar ) Timbalan Pengerusi : En. Ahmad Kamal bin Mohammed Arshed ( PK ko-kurikulum ) Penyelaras : Puan Salbiah binti Abdul Rani Setiausaha : En. Zulhisham bin Abdul Kadir Bendahari : Puan Rusmazura binti Che Halid Ahli Jawatankuasa : En. Aman Shah bin Syed Ali KEWANGAN Sumber kewangan untuk program ini adalah melalui peruntukan kewangan sedia ada. Kewangan diperlukan untuk membiayai perbelanjaan seperti berikut : a. Yuran daripada murid-murid : RM 300.00 seorang X 38 orang RM 11,400.00 b.
Peruntukan Ko-kurikulum 1400.00
RM
JUMLAH
RM 12, 800.00
PENUTUP Adalah diharapkan semoga program ini akan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Daerah,. Lawatan ini adalah satu usaha berterusan ke arah merintis program lain yang akan diadakan oleh Persatuan Sains dan Matematik khasnya kepada murid-murid tahun 6 setelah selesai menduduki perperiksaan UPSR.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
……………………………..
………………………………
Puan Salbiah binti Abdul Rani
En. Ahmad Kamal bin Mohammed Arshed
Penyelaras Lawatan Sambil Belajar
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Persatuan Sains dan Matematik
SK Bandar Utama Damansara ( 4 )
SK Bandar Utama Damansara ( 4 ) Diluluskan oleh, ………………………………….. Puan Naimah binti Mohd Nasir Guru Besar SK Bandar Utama Damansara ( 4 )