KUIH BAKAR TRADISIONAL

Page 1

Amira Najwa

oleh

AM IR A NA JWA


KUIH BAKAR TRADISIONAL

Kuih Bakar Tradisional / Amira Najwa Field Work Photography Photojournalism, 2017 En Hanif Omar 2017 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara Melaka


KUIH BAKAR T R A D I S I O N A L Bentuknya sama tetapi rasa berbeza. Ada yang hasilnya seperti bengkang atau bingka dan ada pula seperti bahulu. Walaupun kelihatan sama, tekstur dan rasa tentu saja berbeza kerana ada yang ditambah santan, ada pula sekadar adunan asas iaitu telur, gula dan tepung. Entah mengapa masing-masing sangat popular dengan acuan yang sama iaitu acuan berbunga-bunga seperti kemboja. Ada yang pukul rata, memanggil semuanya sebagai bahulu kemboja walaupun apabila dirasa ia sebenarnya bingka. Seperti yang diketahui,ada tiga atau empat jenis rasa yang berbeza. Antaranya ada yang berwarna hijau,

coklat muda dan ada yang ditambah bijan di atasnya. Kadang-kadang, selagi belum makan kita sukar meneka jenis kuih itu, sama ada ia bahulu bakar, bahulu kemboja, kuih bakar atau bingka tepung. Memang mengelirukan, tambahan pula nama kuih berbentuk bunga ini sering mempunyai panggilan berbeza di setiap negeri walaupun berkongsi resipi hampir sama. Jadi, namanya bercampur-baur sebaik menjumpainya di pasaraya. Mastura, pengusaha kuih bakar secara tradisional di Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, menjelaskan pada

penulis mengenai perbezaan kuih bakar dan kuih bahulu kemboja. “Rasanya tidak sama. Kuih bakar kami sendiri ada campuran rempah jadi tentu saja ada kelainan rasa di samping resipi utamanya seperti telur, santan, gula dan tepung,” katanya. Tarikan istimewa rasa rempah pada kuih bakar Mastura menyebabkan dia mempunyai ramai pelanggan setia. Ada yang datang serata Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor dan Sabah. Ada yang membeli untuk gerai mereka, ada juga kerana mahu mengadakan majlis seperti kenduri dan perkahwinan


Kuih Bakar Popular ini terletak di Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Perniagaan berupa industri kecil dan sederhana ini diusahakan oleh Puan Mastura di rumahnya sendiri.


Acuan besi yang digunakan untuk membuat kuih bakar

Bekas besi yang mengandungi rempah ratus untuk bahan adunan membuat Kuih Bakar


Antara bahan yang digunakan untuk membuat Kuih Bakar ini ialah telur, santan, gula, tepung dan ramuan rempah ratus. Adunan Kuih Bakar dibancuh di sebelah malam dan sebelah siang baru dibakar bagi mengahasilkan kuih yang enak serta lazat


Untuk membakar, ia memerlukan beberapa bahan bakar seperti api, pasir dan arang. Pasir akan diletak di atas acuan berbentuk bunga dan kemudian arang di atas penutup pembakar


Acuan disusun di dalam ketuhar tradisional terlebih dahulu bagi memanaskan suhu acuan supaya tempoh membakar kuih ini tidak mengambil masa yang terlalu lama


Minyak di diletakkan di dalam setiap acuan tembaga berbentuk bunga. Minyak digunakan supaya adunan kuih bakar tidak melekat pada acuan bagi mengekalkan bentuk yang cantik



Adunan dimasukkan di dalam bekas jug supaya memudahkan proses untuk menuang adunan di dalam acuan

Adunan Kuih Bakar yang sudah sebati dimasukkan di dalam acuan besi yang telah hangat suhunya. Bagi menghasilkan kuih bakar yang enak dan ra­ngup, ia memerlukan jagaan rapi selama tujuh hingga lapan minit.



Kuih Bakar yang telah siap dikeluarkan dari acuan dan disusun di atas meja sebelum dibungkus




Setelah ianya telah siap, kuih bakar ini akan disusun di dalam bekas kayu khas sebelum di masukkan di dalam kotak dan dipasarkan kepada orang ramai


Pekerja ini menerangkan secara terperinci proses membuat kuih bakar dengan menggunakan resepi turun temurun nenek moyang mereka


Garaj ini merupakan tempat dimana proses penghasilan Kuih Bakar beroperasi. Menurut mereka, jumlah tempahan Kuih Bakar akan mendapat permintaan ramai dan berganda di musim cuti sekolah dan perayaan. Mereka akan membancuh seperiuk adunan yang banyaknya 10 gantang, satu periuk menghasilkan kira-kira 500 biji kuih bakar



Kuih Bakar Tradisional / Amira Najwa


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.