Aniqah Julai 2009

Page 1



Julai 09

1


Kandungan Julai 2009 Kirana

10 Pesona Kain Tenun Pahang 16 Hiasan Jari Gaya Mewah 17 Kerlipan Swarovski Diskusi

18 anak angkat: Berterus-terang Status anak 20 Tidak Layak Terima Faraid 22 ikut Saluran yang Betul 24 anak angkat Sebagai Zakat Jiwa 27 Budi Papa & Mama Tetap Dikenang 28 Sina Penawar Hati Hjh Hamidah 30 Tiada Beza Cuma Sedikit Hiba - aripin 31 Kasih Sayang Tetap Sama Cergas & Aktif

32 Seks dan Kesihatan Nutrisi

38

Kuatkan Sistem Pertahanan Badan

Motivasi

40 Juara Dalam Diri Muslimat

42 Derita Penjaga Pesakit Mental 44 Perlukah Wanita Hamil Jalani Pemeriksaan Ultrabunyi?

Global

50

46 Muslimat di Barat Berhadapan Cabaran Getir

Wajah Aniqah

Rini & Rina Akan Terus Beriringan Mercu Dunia

54 Hasnah Promosi Kehebatan Spirulina Undang-undang

56 Talak Bid’ah: Cerai Isteri Ketika Haid

2

Julai 09


Wanita & Wang

58 7 Kesilapan Urus Wang

Medik

8290

78 Influenza A (H1N1): Babi Perumah Berbahaya

Didik

60 Kitaran Hidup Mendewasakan Remaja Mobil Anda 62 Nasihat Imam Ghazali Kepada Anaknya 80 Servis Kereta Anda! Novel

Lazeez

Sinar

Relaks

64 Dan, Bukalah Lengkung Langit 68 Nur Balqis: Islam Rungkai Semua Masalah

82 Citarasa Nyonya 86 Hidangan Kampung di 88

Srikandi

70 Nusaibah binti Kaab.: Keberaniannya Mengatasi Lelaki

Nurjannah

72 Peristiwa Israk dan Mikraj 74 Kelebihan Menziarahi Orang Sakit

Paradise Cafe Menjengah ke Masa Hadapan

Dekor

90 Dua Jiwa Satu Hati 94 7 Panduan Warna untuk Rumah Renungan

96 Persiapan Menjelang Ramadhan

Buntu?

76 8 Amalan Jadi Wanita Solehah

54

10 36

Julai 09


PP 14381/10/2006

www.aniqah.com.my KETUA EDITOR KUMPULAN Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com KONSULTAN SARIMAH sarimah@mmpcommunications.com EDITOR Norkhairana Pilus kay@mmpcommunications.com EDITOR AGAMA Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com EDITOR BERSEKUTU Webah Salleh webah@mmpcommunications.com WARTAWAN Norzilawati Sidek

ziela@mmpcommunications.com

Norliza Wahid liza@mmpcommunications.com Roihan Mat Zaib roihan@mmpcommunications.com Farah Sheiakha Abd Wahid farah@mmpcommunications.com PENGARAH SENI Hanna khairuddin hanna@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK ANITA ISMAIL anita@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK KORPORAT SAIFUL HANAFI saiful@mmpcommunications.com JURU FOTO KANAN Asraf Dahari asraf@mmpcommunications.com JURU FOTO Mohd Yusri Mohd Shakjee yusri@mmpcommunications.com JASMAN MD NOOR jasman@mmpcommunications.com wan naqiuddin wan yaacob wan@mmpcommunications.com PENYELIDIK FOTO ARMAN BIN YUSUF arman@mmpcommunications.com WEB MOHD HAFIZI MD TAHIR hafizi@mmpcommunications.com PENGURUS PEMASARAN OMAR AHAD omar@mmpcommunications.com Eksekutif LANGGANAN Widya Natasya Md Salleh widya@mmpcommunications.com Eksekutif PRODUKSI Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PEMASARAN NOR ASREENA MOHD AMIN PENGURUS PENGIKLANAN Shafinaz Mokhtar shafinaz@mmpcommunications.com PENOLONG PENGURUS PENGIKLANAN Norizad Mohamad Zain annn_ orizad@mmpcommunications.com PENYELARAS PENGIKLANAN Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman nasa@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PENGIKLANAN Zakhwan Md. Nawi @ Rizak zakhwan@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK Dalila Kamarudin dalila@mmpcommunications.com PENGURUS PRODUKSI & PENGEDARAN Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PENGEDARAN Rizal Abdul Rahman rizal@mmpcommunications.com Mohamad Zairull Mohd Yusof zairull@mmpcommunications.com Shahrul Azreen azreen@mmpcommunications.com Zulkeflee Abdullah zulkeflee@mmpcommunications.com PENERBIT MMP Communications Sdn Bhd (146937-W) 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

PENCETAK Times Offset (M) Sdn. Bhd.

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-5628 6888 Fax: +603-5628 6899

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap ANIQAH.

A Member of:

Julai 09

Magazine Publishers Association


Sepatah Bicara

Anak Angkat Juga Adalah Amanah Assalamualaikum w.b.t., Setiap pasangan berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua berkesempatan merasai dan melalui detik-detik sebagai ibu atau ayah kerana tidak dikurniakan oleh Allah s.w.t. Namun, bagi yang benar-benar tidak mampu mempunyai anak sendiri, satu cara paling mudah ialah mengambil anak angkat. Islam membenarkan pengambilan anak angkat ini selagi ia tidak terkeluar daripada landasan syarak yang ditetapkan. Ini bermakna, seseorang anak angkat itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat kerana ia akan memberi pelbagai impak negatif jika diabaikan terutama dalam hal berkaitan perwalian, hal berkaitan aurat dan pembahagian harta. Pandangan daripada penceramah bebas, Dr Robiah Kulup Hamzah yang dipaparkan dalam DISKUSI memberi satu pandangan baru yang mungkin selama ini tidak pernah terlintas di fikiran kita. Beliau mengandaikan pengambilan anak angkat sebagai satu ‘zakat jiwa’ iaitu pembersihan kepada hati manusia jika ia dilakukan dengan benar-benar ikhlas tanpa mengetepikan hukum syarak. Walau anak angkat atau anak kandung, mereka tetap menjadi amanah yang wajib dijaga dan dilaksanakan dengan sempurna apatah lagi jika mereka adalah anak yatim. Pahala yang dijanjikan Allah s.w.t. sangatlah besar sebagaimana maksud hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, �Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum Muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.� (Riwayat Ibnu Majah) Justeru, bagi mereka yang terikut-ikut dengan trend pihak-pihak tertentu mengambil anak angkat, berfikirlah terlebih dahulu kerana ia bukanlah satu perkara mudah. Membesar dan mendidik anak adalah suatu tugas berat yang memerlukan ilmu yang tidak pernah usai.

Muka Hadapan

Wassalam. Penyelaras Roihan Mat Zaib Koordinasi & Penata Gaya Hanna Khairuddin Foto Yusri Shakjee Pakaian Butik Shafira, 44, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru (Terimakasih Puan Adria) Lokasi Residen Inn, Cherating

Norkhairana Pilus

Julai 09

5


Respons Pembaca

Surat Pilihan

Sukan Dari Perspektif Islam Bersukan bukanlah aktiviti

yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal bagi menghadapi musuh-musuh Allah. FirmanNya bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, (dengan persediaan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuhmusuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (al-Anfaal, 8 : ayat 60) Selain itu, terdapat hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Allah s.w.t. lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Malah terdapat juga hadith Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyah al-Aulad sebagai satu bentuk pendidikan awal kepada kanak-kanak dari sudut pembinaan kekuatan fizikal. Oleh demikian, jelaslah bahawa Islam juga sangat menitik beratkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi kerana ibarat pepatah Arab ada menyebut ‘al-aql salim fi jism as-salim’ iaitu akal yang cerdas lahir dari badan yang sihat. Justeru, bersukan amat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Bagaimanapun, terdapat syarat-syarat tertentu yang telah digariskan oleh Islam supaya tidak melanggar batas-batas syarak ketika bersukan. Pertama, setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t. demi menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah s.w.t. Selain itu, aktiviti sukan yang diadakan tidak boleh melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan batasan aurat yang perlu dijaga antara mereka melalui cara pemakaian yang sesuai dan pergaulan. Namun, fenomena dewasa ini memperlihatkan umat Islam yang terdiri daripada golongan atlet mahupun orang awam sendiri tidak menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai Islam ketika bersukan. Sebagai contoh mereka masih mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat seperti berseluar pendek dan berpakaian ketat serta jarang. Malah

Julai 09

terdapat acara yang disertai oleh kaum wanita disaksikan juga oleh kaum lelaki. Oleh demikian, satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengislahkan keadaan ini. Pakaian renang bagi Muslimah yang telah pun dipasarkan antara alternatif terbaik bagi membolehkan Muslimah terlibat dengan sukan akuatik dan ini merupakan satu usaha yang harus dipuji dalam menerapkan nilai-nilai Islam yang bersifat syumul, dinamik dan fleksibel. Selain itu, bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita, penganjuran sukan yang hanya melibatkan kaum wanita perlu diadakan seperti Nisa Games. Perkara ini tidaklah janggal kerana batasan syarak tidak pernah menghalang seseorang untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan malah Roqaya al-Ghassra seorang pelari wanita Muslim dari Bahrain telah berjaya meraih pingat emas dalam acara 200 meter ketika Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar sekali gus membuka mata dunia dan membuktikan bahawa tuntutan menutup aurat dalam Islam bukanlah penghalang untuk menempa kejayaan dalam arena sukan. Mengambil contoh dari Teheran, Kompleks Sukan Englab seluas 84 hektar mengambil kira kemudahan untuk wanita Iran berekreasi.

Kini, mereka bukan sahaja boleh bermain boling,bermain golf dan berenang malah mereka boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti kelab fitness, snuker, pinball dan akademi luncur ais. Sebagai langkah permulaan tindakan penguatkuasaan berkaitan kewajipan berpakaian mengikut lunas syarak dan batas moral ketika bersukan perlu diambil oleh pihak kerajaan sebagai penggubal dan pelaksana dasar-dasar dalam negara. Kemudahan pusat sukan dan riadah bagi wanita juga perlu diwujudkan. Selain itu, wajar sekali nilai kesukanan diterapkan sejak kecil lagi dan dalam masa yang sama menekankan prinsip-prinsip kesukanan dalam Islam ibarat melentur buluh biar dari rebungnya bagi memupuk minat dalam bersukan. Dengan itu, Islam dapat dimanifestasikan sebagai cara hidup yang bersifat universal dan paling sempurna. Nur Dalilah Mokhtar Timbalan Exco Sukan dan Rekreasi Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2009/2010

Ilmu Wajib Dituntut Mengapa kita kini sering

dipandang rendah oleh bangsa lain dan sering sahaja dipermain-main dalam pelbagai lawak jenaka? Seorang tokoh besar Yahudi telah menulis satu buku tentang cara-cara untuk menjatuhkan Islam dan orang ramai bertanya adakah ini akan menyebabkan umat Islam tahu dan ini akan membahayakan. Maka apakah jawapan si penulis tadi? ‘Jangan bimbang... orang Islam tidak membaca’. Kita dicop sebagai satu bangsa yang jahil, tidak punya ilmu, malas dan amat mudah untuk dipengaruhi. Ini amat mendukacitakan buat umat di mana pemimpin besarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w. yang kaya dengan pelbagai cabang ilmu, kaya dengan peribadi yang mulia yang telah memberi kita panduan dari al-kitab dan as-sunnah akan tetapi kita jarang melihat dan mengikuti segala yang diberikannya sebagai panduan hidup. Inilah yang menyebabkan kita sering terkebelakang dan kalah dengan bangsabangsa lain yang tidak bertuhankan Allah s.w.t. dan tidak berasulkan Muhammad s.a.w.

yang agung. Ramai tahu dan sedar akan kepentingan ilmu kepada seseorang yang bernama manusia. Namun, ramai juga yang tidak pernah mengambil langkah serius dalam mempertingkatkan ilmu di dada. Mungkin kerana menyangka ilmu di dada sudah cukup banyak atau berasa ilmu-ilmu lain yang tidak ada kena mengena dengan bidangnya, tidak penting dan tidak perlu untuk diambil tahu. Kita sering terlupa bahawa ilmu Allah s.w.t. itu maha luas. Semakin banyak kita menggali, semakin banyak yang akan kita temui dan semakin banyak jugalah kita akan ketahui yang banyak lagi tidak kita tahu. Contohi tokoh-tokoh ilmuwan Islam terdahulu seperti Al-Biruni, Shahrastani, Ibnu Sina, Ibn Hazm dan ramai lagi yang mana mereka bukan sahaja menguasai ilmu agama, bahkan turut menguasai ilmu duniawi. Saya begitu mengagumi Al-Biruni atau juga dikenali sebagai Alkhawarizmi. Beliau pakar dalam bidang matematik, astronomi, perbandingan agama (comparative religion), geografi, sains, ilmu botani dan pelbagai lagi. Berapa ramaikah umat Islam kini yang boleh


menguasai pelbagai bidang ilmu? Kini, ilmu duniawi sering dipandang dengan begitu tinggi oleh ramai orang dan ilmu agama hanya dipandang sebelah mata. Ilmu agama seolah-olah telah dipinggirkan dan jika seseorang mahasiswa itu mengambil jurusan agama di institusi pengajian tinggi, dia dianggap kolot dan ramai yang akan bertanya “Keluar nanti boleh kerja apa? Kenapa tidak ambik perubatan, undangundang atau kejuruteraan sahaja?” Mengapakah adanya persoalan seperti ini? Hinakah seseorang itu jika dia belajar agama? Pemikiran seperti ini perlu diubah kerana adalah tidak sewajarnya seorang Muslim berfikiran seperti itu. Seperti mana yang telah diperkatakan di atas, ilmu Allah s.w.t. itu amat luas. Jika tidak ada pelajar yang mengambil jurusan agama, maka siapakah yang akan mengajar anak-anak doktor, peguam, jurutera mengaji al-Qur’an dan mempelajari agama? Kita boleh melihat kini betapa ramainya umat Islam yang tidak tahu langsung membaca al-Qur’an, bukan sahaja kanak-kanak dan remaja, bahkan golongan yang telah lanjut usia. Lihat sahaja di kampung-kampung, mereka menggunakan tulisan rumi untuk membaca al-Qur’an kerana tidak tahu membaca jawi. Mengapakah ini terjadi? Siapakah yang harus dipersalahkan? Saya berpengalaman bekerja sementara pada cuti semester yang lalu dan di situ saya berpeluang berkawan dengan ramai orang, daripada golongan atasan dan juga bawahan. Saya berkesempatan menyaksikan beberapa situasi yang amat menyedihkan. Majoriti rakan-rakan yang beragama Islam tidak menunaikan kewajipan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka tidak tahu membaca alQur’an, tidak sembahyang, tidak menjaga aurat, perilaku dan yang paling membimbangkan, mereka tidak punya ilmu terutamanya ilmu agama. Hidup mereka hanya untuk kerja, kerja dan kerja. Bagaimanapun, untuk menyalahkan mereka 100 peratus tidaklah adil kerana ia adalah gambaran didikan ibu bapa. Benarlah bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Kebanyakan mereka berasal daripada keluarga bermasalah dan tidak mendapat didikan agama yang sempurna daripada keluarga. Namun, ia juga tidak boleh dijadikan alasan utama kerana setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Umat Islam perlu selalu memperbaiki diri dan berusaha menambah ilmu supaya dengan ilmu yang ada, kita tidak lagi dipandang rendah dan hina oleh bangsa lain dan ilmu juga sepatutnya dapat mendekatkan lagi diri pada yang Maha Esa. Pengalaman itu juga menjadikan saya lebih menghargai nikmat Islam itu. Saya bersyukur kerana bukan sahaja diberikan Islam tetapi juga iman. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana dilahirkan daripada perut seorang ibu yang beriman yang telah mendidik dan mengenalkan saya dengan Tuhan yang Esa dan saya amat berharap agar dapat bersama-sama berkongsi rasa manisnya iman itu bersama Muslim yang lain.

Ulasan Buku WANITA & CABARAN ZAMAN Gaya hidup, taraf sosial serta pendidikan wanita kini jauh berbeza daripada apa yang dilalui oleh wanita terdahulu. Natijahnya, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang terkesan daripada kemajuan yang dinikmati. Penulis berpendapat, cara penyelesaian kepada masalah dan cabaran ini semestinya berbeza daripada metode yang digunakan oleh generasi sebelum ini. Melalui buku ini, penulis membuat kupasan daripada perspektif wanita masa kini yang terdedah kepada kemajuan dalam segala aspek kehidupan. Buku ini dapat dijadikan panduan untuk mereka menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dan menekan, tanpa hilang kewarasan fikiran dan tindakan. Sesuatu yang ditekankan oleh penulis ialah peri pentingnya merujuk dan menjadikan al-Qur’an dan hadith - dengan disertai ilmu - untuk menangani sebarang situasi mahupun masalah. Sesungguhnya Islam merupakan agama lengkap untuk sepanjang zaman dengan al-Qur’an dan hadith sebagai panduan. Penulis: Dr Saodah Abdul Rahman ISBN 978-967-5128-08-0

Ayna Razaly, Setapak Jaya. Kuala Lumpur.

Selected Short Stories of Wit and Wisdom 2

Kami mengalu-alukan pandangan dan komen mengenai ANIQAH atau isu semasa untuk dikongsi bersama. Hantarkan kepada aniqah@mmpcommunications.com atau poskan ke Aniqah (Ruangan Respons Pembaca), 68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur. Surat pilihan akan menerima hadiah istimewa daripada penaja iaitu Hilyah Gifts (www. hilyah.com) dan syarikat buku PTS Millenia Sdn Bhd

(Bahasa Mandarin) Kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku ini diberi pendekatan khas untuk mencetus pemikiran pembaca berkenaan nilai-nilai penting dalam hidup yang sekali gus menjadi inti pati utama bagi setiap kisah dan dalam masa yang sama melihat kehidupan dari perspektif yang lebih positif. Penulis: Ghafarullahhuddin Din Hargga: RM15.00 Kepada yang berminat sila hubungi: Mohd Zul Fadlain Abdullah. Emel:pemasaran@yadim.com.my Tel:- 03-40443077, 03-40448035 Website: www.yadim.com.my Julai 09


Kirana Sekilas Galeri Jam Tangan Rolex Dibuka Di KLCC

Ibu & Keluarga, Cabaran Di Dunia Perubahan Menjadi ibubapa moden bukan

lah sesuatu yang mudah sekiranya ibubapa tidak menimba ilmu sebanyak mungkin. Kursus atau seminar adalah sangat penting bagi ibubapa dalam menandatangani Cabaran Di Dunia Perubahan anak-anak dewasa ini. Mereka lebih cenderung dengan dunia ICT yang menyerang dunia global hari ini dan mendesak ibu bapa menjadi lebih bijak untuk anak-anak ataupun cuba belajar agar anakanak tidak bosan apabila bercerita dengan ibubapa mengenai dunia ICT. Menyedari hakikat itu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKN) cuba mendedahkan tiga topik khusus untuk ibubapa menghayatinya. Pertama Keluarga Terpelihara Negara Sejahtera, Ibu dan Keluarga : Cabaran di dunia Perubahan dan Stress Kehidupan Dalam Era Globalisasi. Objektif kursus dianjurkan adalah memberi pendedahan pada peserta menjadikan keluarga sendiri cemerlang seiring dengan pembangunan dan kesejahteran negara. Kursus ini juga mampu meningkatkan ilmu dan kemahiran ibubapa dalam mendidik anak dari peringkat awal sehingga semasa bagi menghadapi cabaran dunia perubahan. Selain itu, kursus ini juga cuba mendidik peserta mengatasi stress akibat kekangan ekonomi dunia masa kini seterusnya boleh menjadi keluarga yang harmoni.

8

Julai 09

Jenama jam tangan mewah Rolex

memang sudah tidak asing lagi. Sejak diperkenalkan ke persada dunia pada 1926, jam tangan buatan Swiss itu telah menjadi kebanggan pengeluar dan pengedar serta lambang kemewahan dan keagungan pemakainya. Baru-baru ini Kumpulan Valiram yang memiliki gedung perniagaan Galeri Jam tangan mewah di Malaysia telah membuka butik jam tangan Rolex keduanya, Rolex Boutique di Suria KLCC, destinasi utama pusat membeli-belah di Menara Kembar Petronas. Dalam ucapan perasmiannya, CEO merangkap Pengarah Urusan Rolex bagi Asia Tenggara, Encik Claudio Mariani melahirkan rasa gembira dengan pembukaan sebuah lagi butik Rolex di Kuala Lumpur. Katanya, keputusan untuk mengembangkan

rangkaian perniagaan Swiss Watch Gallery di situ adalah untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dan penggemar jam tangan Rolex singgah mendapatkan jam tangan idaman mereka. “Suria KLCC bukan sahaja destinasi yang menjadi kemestian singgah bagi pengunjung-pengunjung ke Kuala Lumpur, ia juga tidak terkecuali sebagai lokasi tumpuan membeli-belah. Dengan adanya dua butik yang mempamerkan produk jam tangan Rolex, kami kini berada dalam kedudukan strategik bagi pelangganpelanggan baik tempatan maupun luar negara,� tambah Encik Ashvin Valiram, Pengarah bagi Kumpulan Valiram. Butik pertama Rolex oleh Swiss Watch Gallery merupakan butik Rolex yang terbesar di Asia Tenggara terletak di Lot 3.37, Aras 3, Pavilion Kuala Lumpur. Butik kedua pula berada di lokasi Lot 130, Aras 1, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

GIENA Mengandungi 100% Pati Bunga-Bungaan Pelancaran produk

kecantikan Giena Skincare oleh syarikat Beauty Arena Sdn.Bhd, memberi peluang kepada pelanggan wanita untuk membelai tubuh dengan produk yang dijamin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit. Spa ini turut menyediakan rawatan kecantikan wajah dan seluruh tubuh badan dengan produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi. Produk Skincare yang diasaskan oleh Nor Azizan Ghazali, dijamin berkesan malah telah diuji sejak 12 tahun lalu sehingga mendapat sambutan diluar jangkaan terutama negara arab seperti Dubai dan Emiriah Arab Bersatu. Produk skincare diformulakan melalui hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang

mengandungi 100 peratus pati bunga-bungaan dan tidak mengandungi pewarna dan wangian tiruan. Produk ini telah mula bertapak di hati pengguna tempatan dan luar negara. Keberkesanannya juga telah menarik minat pihak syarikat untuk melantik seorang selebriti, Ayu Raudhah kerana beliau sendiri adalah pengguna setia Giena skincare. Majlis turut diserikan dengan pelancaran Program Keahlian Beauty Palace dan menandatangani kontrak sebagai francais Beauty Palace.


100Plus Lancar Kempen Live Active 2009

100Plus melancarkan kempen Live

Active 2009 dengan menjelajahi beberapa lokasi utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada kempen ini sebuak trak yang menakjubkan, Live Active CHALLENGER akan mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan rakyat Malaysia. 100PLUS Live Active juga mengalakkan rakyat Malaysia untuk melangkah ke arah gaya hidup sihat dengan menyahut cabaran fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Seramai 70,000 orang menyertai kempen 100PLUS Live Active yang diadakan di lebih 20 lokasi di seluruh Malaysia, pada tahun lepas. 100PLUS mengharapkan jumlah peserta sekurang-kurangnya dua kali ganda bagi Live Active 2009 berbanding tahun lalu. Untuk memastikan mesej kempen ini berjaya disampaikan, 100PLUS kini menampilkan satu-satunya Live Active CHALLENGER – sebuah konvoi yang merangkumi sebuah trak 40 kaki seberat 10 tan dan juga sebuah trak 20 kaki seberat 3.5 tan yang telah direka khas untuk membawa lapan cabaran Live Active dan juga Penilaian Kecergasan 10 langkah.

Mana Setangginya’ DiPentaskan Di Istana Budaya

Istana Budaya

(IB) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komuniksi dan Kebudayaan telah mementaskan teater ‘MANA SETANGGINYA’ yang diangkat dari karya Sasterawan Negara ke-7, Dato’ Noordin Hassan. Pementasan yang berwarna-warni dan penuh simbolik itu telah diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 13 hingga 21 Jun lalu. Teater ini menceritakan tentang

kemanusiaan sejagat. Di dalamnya terangkum komuniti yang berpecah belah disebabkan kelemahan manusia sendiri seperti perasaan iri hati, hasad dengki dan tamak haloba yang dipentaskan dengan nilai tradisi dan moden. ‘Mana Setangginya’ yang memetik beberapa cerita dari Kitab Taurat telah ditulis oleh Sasterawan Negara itu dengan menyesuaikan keadaan tanpa menyebut latarbeakang agama, tempat dan zamannya malah kostumnya juga telah direka dengan persetujuan Jawatankuasa Kreatif pihak penganjur. “Cerita ini bukan kisah yang terjadi di mana-mana negara. Tempat dan zamannya juga tidak spesifik. Ia dipentaskan untuk menyampaikan mesej yang tersirat,” kata Tony Eusoff yang memegang watak Juda, anak Hawar (Shaharuddin Thamby). ‘Mana Setangginya’ pernah hendak dipentaskan di IB pada tahun 1999 semasa pembukaan IB, tetapi entah di mana silapnya hasrat itu tidak kesampaian.

Noorita Berjaya Tumpaskan 11 Finalis; Rebut Gelaran Duta De Wajah/Harmonis

Noorita Yusof, 31 pakar Teknologi

Maklumat berjaya menumpaskan 11 finalis lain bagi merebut tempat sebagai duta dan juga cover De’Wajah bersama Harmonis. Ternyata kewibawaan dan keterampilannya dalam berkomunikasi telah berjaya menarik hati juri. Selain bertujuan mencari personaliti Pesona De’Wajah Harmoni dan juga duta produk De’Wajah, program eksklusif ini turut memberi pengiktirafan kepada kaum wanita yang berjaya dalam pelbagai

aspek iaitu sosial, ekonomi, pendidikan dan kekeluargaan. Majlis petang sempena Hari Ibu itu turut dihadiri oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di mana beliau dianugerahkan Anugerah Tokoh Harmoni 2009. Ia turut diserikan lagi dengan kehadiran Datin Seri Utama Masnah Rais, isteri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Julai 09


Kirana DRESS TENUN polos tanpa corak bawah lutut juga boleh digayakan wanita Muslimah dengan memakai stoking serta menggayakan topi sebagai tudung.

10

Julai 09


Farah Sheiakha KOORDiNaSi & PENaTa GaYa:Hanna Khairuddin FOTO:Yusry Shakjee PaKaiaN & LOKaSi: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. SOLEKaN: Nurin Adlina Basir dari Nurin Make Over Studio, Blok A 3A3A, Changkat View Condominium, Jalan Dutamas Raya, Segambut, Kuala Lumpur. (012-2690828) MODEL: Jasrina PENYELaRaS:

Kain Tenun Pahang Keindahan kain tenun Pahang amat diminati oleh semua golongan. Dahulu kain tenun Pahang hadir dalam gaya potongan klasik sama ada kurung atau kebaya, namun kini kain tenun Pahang dipelbagaikan dalam rekaan moden. Pereka Kraftangan Malaysia, Hjh Rodziah Mohd. Yusoff menampilkan rekaan moden dan kontemporari dalam pelbagai gaya berasaskan kain tenun Pahang.

Julai 09

11


Diskusi

Anak Angkat:

Berterus-terang Status Anak OLEH:

Norliza Wahid

FOTO:

Yusri Shakjee/Asraf Dahari

Ibu bapa perlu bersedia dan mengenal pasti tempoh paling sesuai untuk memberitahu status sebenar anak angkat bagi mengelakkan masalah tekanan emosi yang boleh mengakibatkan pelbagai kejadian tidak diingini. “Tipu! Mama tipu! Mia anak mama kan? Adik Firdaus, adik Nurin semuanya adik Mia kan ayah?� Tangis Mia sambil merebahkan dirinya di pangkuan mamanya apabila mengetahui dirinya adalah anak angkat ketika dia ingin bernikah. Waktu diberitahu dia adalah anak angkat, Mia berasa dunianya gelap. Hidupnya kosong, hari perkahwinannya hambar, tiada lagi keseronokan dalam jiwanya kini. Dia mahu pengesahan jelas daripada mama dan ayahnya. Mujur tangisannya diredakan oleh mama dan ayah angkatnya, serta adik-beradik lain dan mereka menyatakan kasih sayang tidak berubah biarpun mereka tiada pertalian darah. *** Cebisan kisah di atas dapat menggambarkan bahawa emosi dan jiwa anak angkat yang telah dipelihara sekian lama akan terganggu jika tidak dikawal.

18

Julai 09


Miliki keanggunan dalam diri setiap muslimah... Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun www.aniqah.com.my

Julai 09

1


&

Cergas Aktif

Seks dan Kesihatan OLEH:

Norzilawati Sidek

Hubungan kasih sayang antara suami isteri yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan jika ia dilakukan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Hubungan seks dalam ikatan

perkahwinan adalah suatu aktiviti kelamin yang melibatkan dua pihak iaitu suami dan isteri. Dalam erti kata lain suami dan isteri haruslah sama-sama menikmatinya atau merasakan kenikmatan ketika melakukannya. Dalam hal ini juga, seorang suami tidak hanya memikirkan kenikmatan untuk diri sendiri tetapi turut memberi kenikmatan yang sama kepada isteri. Allah s.w.t. berfiman dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud, “Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi suami dan kalian (suami) adalah pakaian bagi mereka.” Hubungan kelamin yang sihat menurut

2

Julai 09

Islam adalah hubungan kelamin yang dilakukan oleh pihak lelaki dan perempuan dalam ikatan pernikahan (bukan perzinaan) dan dilakukan dengan cara yang halal agar ia mendatangkan kasih sayang dan kebahagiaan dengan penuh perasaan saling bertanggungjawab. Menurut konsep Islam, hubungan kelamin bukanlah ruangan ranjang untuk melampiaskan hawa nafsu tetapi adalah musyawarah yang prinsipnya berlandaskan mawaddah dan rahmah. Oleh itu musyawarah tersebut mestilah bil ma’ruf iaitu kenikmatan yang dihasilkan harus dirasakan bersama-sama, bukan

mengecewakan dan menyakitkan sebelah pihak lain. Seorang suami harus menggauli isterinya dengan cara yang baik dan menyenangkan, sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.” Dari segi perubatan pula, hubungan seks yang dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang dan cinta, memberi manfaat yang berganda. Dua puluh minit sesi ini


Miliki keanggunan dalam diri setiap muslimah... Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun www.aniqah.com.my

Julai 09

1


Wajah Aniqah Roihan Mat Zaib FOTO: Yusri Shakjee Hanna Khairuddin LOKaSi: Residen Inn, Cherating (Terima Kasih En. Ramzi) PaKaiaN: Butik Shafira, 44, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru (Terimakasih Puan Adria) MEKaP: Comel Fadhilah PENYELaRaS:

KOORDiNaSi & PENaTa GaYa:

50

Julai 09

Rini & Rina Akan Terus Beriringan


Miliki keanggunan dalam diri setiap muslimah... Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun www.aniqah.com.my

Julai 09

1


Renungan

Persiapan Menjelang Ramadhan Bulan Ramadhan menjelang tiba. Siang dan malam bersilih ganti hingga ada kalanya kita tidak perasaan bulan mulia dengan penuh rahmat itu kian hari kian menghampiri kita. Di waktu inilah ramai di antara kita, terutama kaum ibu atau Muslimat sedang banyak berfikir mengenai apa yang berlaku selepas Ramadhan. PaRa PENiaGa dan pembuat

juadah juga sibuk merancang demi menyiapkan bekalan dan jenis juadah yang menjadi kegemaran ramai. Pendek kata ramai yang memikirkan keperluan duniawi daripada mendalami dan memahami keperluan agama. Justeru, sebagai Muslimah, mahupun Muslim, kita seharusnya merangka apakah yang bakal dilakukan apabila Ramadhan alMubarak itu tiba. Apakah semuanya sudah bersedia menghadapi tuntutan rukun Islam ini – berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari? Puasa orang Islam tidak sama dengan puasa orang bukan Islam. Puasa orang Islam pula tidak semestinya hanya berlapar menahan diri daripada makan atau minum di siang hari. Apakah kita bersedia di segi fizikal dan mental untuk menghadapi bulan yang mencabar ini? Untuk berpuasa kita mesti tahu apa yang kita lakukan. Kalau tidak tahu segeralah cari mereka yang berilmu. Kini ramai ustazah dan ustaz yang boleh dihubungi manakala di toko-toko buku pula puluhan buku mengenai puasa boleh didapati dengan mudah. Di segi fizikal wajarlah kita mengetahui akan tahap kesihatan diri, walaupun ada penyakit lain yang boleh menjelma dengan tiba-tiba. Bagi mereka yang selalu diserang ‘gastrik’ di bulan Ramadhan, tidakkah wajar baginya untuk berjumpa doktor atau pakar perubatan dan mencari cara untuk dapat berpuasa di bulan yang mulia itu bersama umat Islam yang lain? Tentunya dengan adanya persediaan kesihatan ini maka dapatlah kita menjalani ibadah yang dituntut ini dengan penuh sempurna kelak. Allah s.w.t. telah memberi kelonggaran pada manusia pada bulan puasa, jadi tidak terlewat bagi kita menimba ilmu atau mencari panduan mengenainya. Dengan adanya pengetahuan mengenai puasa di bulan Ramadhan ini maka puasa

Julai 09

yang kita lakukan tadi tidak akan menjadi sia-sia kerana dengan ketiadaan ilmu atau pengetahuan tadi ramai di antara kita akhirnya hanya berlapar dan dahaga sahaja manakala matlamat berpuasa sebenar tidak tercapai.

Tentu dengan adanya persediaan kesihatan ini maka dapatlah kita menjalani ibadah yang dituntut ini dengan penuh sempurna kelak. Allah s.w.t. telah memberi kelonggaran pada manusia pada bulan puasa, jadi tidak terlewat bagi kita menimba ilmu atau mencari panduan mengenainya. Seperkara lagi ialah jika kita ada anak, apakah telah kita pandu mereka dengan bimbingan berpuasa secara Islam? Tentunya apabila si anak tadi mendapat maklumat mengenai puasa dan bimbingan yang sewajarnya maka si anak tadi akan melaksanakan ibadah itu dengan senang. Apabila mereka tahu mengapa mereka berpuasa maka ibadah itu dapat diterima dengan penuh kerelaan, bukan melakukannya kerana ada hadiah wang bagi setiap hari berpuasa atau ada ganjaran duniawi yang lain menunggu mereka di akhir bulan Ramadhan.

Di dunia ini, untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu hal maka latih tubi perlu diadakan. Begitu juga bagi kita kalau mahu mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan dalam ibadah yang akan dilakukan itu, maka latihan berpuasa wajar juga dilakukan. Dalam Islam, umatnya digalakkan berpuasa di beberapa bulan menjelang Ramadhan. Berpuasa di bulan itu, termasuk di bulan Sya’aban tarafnya adalah sunat iaitu mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Sebagai umat Islam kita selalu diingatkan agar membuat sesuatu mengikut Sunnah Nabi. Maka pemimpin agung kita itu telah menunjukkan yang Baginda banyak berpuasa di bulan ini. Mengikut satu hadith daripada Saidatina Aisyah r.a., “Saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasanya kecuali pada bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’aban.” (Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim). Apakah kita tidak mahu mengikut sunnah Nabi itu? Di segi rohani pula, rugikah kita melapangkan masa dengan berzikir, membaca dan cuba memahami al-Qur’an, melakukan solat-solat sunah yang digalakkan agar apabila tibanya bulan yang mula itu kita telah pun bersedia. Kalau pasukan tentera pun memerlukan perancangan dan persiapan untuk menghadapi musuh apabila hendak ke medan perang maka sewajarnya kita menyiapkan diri untuk berjuang di bulan Ramadhan ini kerana wajar kita selalu ingat bahawa musuh ketat manusia, syaitan durjana akan sentiasa cuba menyesatkan dengan pelbagai hasutan duniawi. Kita wajar bertekad untuk mengalahkan syaitan demi menjadi insan yang sentiasa bertakwa pada Allah s.w.t.




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.