Inspirasi Muslimah Bestari
t SelamBaaru Tahun10 20
Pembantu Rumah: Penyelamat Atau Penyengat?
Vie Shantie Anak Anda Kencing Tilam?
Fenomena Remaja Moden
Punca Nafsu Wanita Hambar
Harap Bahagia Berkekalan Pelbagai Tip: • Kurangkan Garam • Hias Rumah • Dapur Bersih
ISSN 1394-143 7
9 771823
644009
JANUARI 2010 THN.5 Bil. 50 1430 - H Muharam/Safar Harga: RM5.50
Fokus: Menyempurnakan Perjalanan Terakhir
“
“
H
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
arta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
(Maksud surah al-Kahfi’ ayat 46)
Januari ‘10
Kandungan Januari 2010 Kirana
12 Anggun Bergaya dengan Pesona Batik 17 Bingkai D’or Rue 18 Koleksi Hebat PSF Butik dan Butik Zal Jannah 20 Sulfur Pencetus Penyakit Asma Fokus
22 Pengurusan Jenazah: Mana Lebih Baik,
di Rumah, Masjid atau Hospital?
25 Wajah Jenazah Cantik Berseri-seri 28 Urus Jenazah di Rumah & Masjid 29 Pengurusan Jenazah: Bukan Kaut Keuntungan
32 Kenduri Arwah Tidak Wajib 33 6 Fatwa Urus Jenazah Nurjannah
34 38
Masalah Sosial Remaja Hambar di Kamar
Undang-undang
42
Pemberian Nafkah
Global
44 Switzerland Haramkan Menara Azan Masjid Buntu
50
48 Bersolat dengan Bayi Masih Kecil
Wajah Aniqah
Vie: Perkahwinan Kedua Lebih Membahagiakan
Inspirasi
54 Timah: Tinggalkan Jawatan Ketua Jururawat Demi Fardu Kifayah
Januari ‘1009 Disember
12 76 Sinar
56 Marlina Wong: Islam Sebagai ‘Way of Life’.
Srikandi
58 Durrah: Anak Abu Lahab yang Sanggup Tinggalkan Kemewahan Demi Islam
Wanita & Wang
60 Baik Buruknya Shopping di Internet
90 Enaknya...
76 Hidangan Tradisional Sungguh Menyelerakan
Tip Dapur
81 Dapur Kemas & Bersih Tatarias
82 Swiss-Garden Hotel Kuala Lumpur 85 Menghias Rumah Santai
62 12 Cara Tangani Stres
86 Homestay Kampung Lonek 90 Kafe Al-Ghufran
Medik
Novel
Cergas & Sihat
64 Kesihatan Diri Shyyy...
67 Hidup Baru Didik
68 Pembantu Rumah: Apakah 70
Penyelamat atau Penyengat? Masalah Kencing Malam
92 Melur Hasanah: Mengubah Dunia Kecil
Hemah & Hemat
94 Panduan Menjual Kereta Renungan
95 Perang Saraf untuk Lemahkan Akidah Muslim
Nutrisi
72 5 Langkah Elak Garam Berlebihan 74 Azam Tahun Baru
86
82 Januari ‘10
PP 14381/10/2006
www.aniqah.com.my KETUA EDITOR KUMPULAN Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com PERUNDING EDITORIAL SARIMAH othman sari@mmpcommunications.com EDITOR Norkhairana Pilus kay@mmpcommunications.com EDITOR AGAMA Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com EDITOR BERSEKUTU Webah Salleh webah@mmpcommunications.com WARTAWAN Norzilawati Sidek
zila@mmpcommunications.com
Norliza Wahid liza@mmpcommunications.com Roihan Mat Zaib roihan@mmpcommunications.com Farah Sheiakha Abd Wahid farah@mmpcommunications.com PENGARAH SENI AZLAN SALIM azlan.salim@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK ANITA ISMAIL anita@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK KORPORAT MOHD FIRDAUS ABD HALIM firdaus@mmpcommunications.com JURU FOTO KANAN Asraf Dahari asraf@mmpcommunications.com JURU FOTO Mohd Yusri Mohd Shakjee yusri@mmpcommunications.com JASMAN MD NOOR jasman@mmpcommunications.com wan naqiuddin wan yaacob wan@mmpcommunications.com PENYELIDIK FOTO ARMAN BIN YUSUF arman@mmpcommunications.com WEB MOHD HAFIZI MD TAHIR hafizi@mmpcommunications.com PERUNDING JUALAN & PEMASARAN SHIKIN CHRISTINE LOUIS shikinchristine.louis@mmpcommunications.com PENOLONG PENGURUS PEMASARAN ANN NORIZAD ann@mmpcommunications.com Eksekutif kanan LANGGANAN Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com Eksekutif kanan JUALAN AZAM AKBAR RAMAMAM azam@mmpcommunications.com Eksekutif JUALAN Zakhwan Md. Nawi @ Rizak zakhwan@mmpcommunications.com Eksekutif ACARA & PROMOSI Shahrul AzrIN SHAHARUDDIN azreen@mmpcommunications.com Eksekutif SELIAAN PELANGGAN ADIBAH AHMAD adibah.ahmad@mmpcommunications.com PENGURUS PRODUKSI & PENGEDARAN Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PENGEDARAN Rizal Abdul Rahman rizal@mmpcommunications.com Mohamad Zairull Mohd Yusof zairull@mmpcommunications.com Zulkeflee Abdullah zulkeflee@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PRODUKSI Widya Natasya Md Salleh widya@mmpcommunications.com ILYAH NAZRAH JAMALLUDIN ilyahnazrah.jamalludin@mmpcommunications.com PENERBIT MMP Communications Sdn Bhd (146937-W) 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425
PENCETAK Times Offset (M) Sdn. Bhd. Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-5628 6888 Fax: +603-5628 6899
Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap ANIQAH.
A Member of:
Januari ‘10
Magazine Publishers Association
Sepatah Bicara
Perlu Muhasabah Diri & Mengingati Kematian Assalamualaikum w.b.t. Selamat Tahun Baru 2010! Sudahkah anda menoleh ke belakang, melihat pencapaian atau kegagalan lalu? Apakah perancangan tahun ini? Adakah anda punyai azam baru atau perlu meneruskan perjuangan mencapai azam lama? Apa juga yang anda akan lakukan, wajarlah meluangkan sebanyak mungkin masa untuk bermuhasabah diri sebelum meneruskan perjalanan yang masih panjang dan jauh. Ya… sama ada umur kita masih panjang atau sebaliknya, hanya Allah s.w.t. yang Maha mengetahui. Bagaimanakah cara terbaik untuk meneruskan kehidupan? Mudah saja, dengan mengingati Allah s.w.t. mentaati segala perintahNya dan menjauhi yang mungkar. Allah s.w.t. berfirman maksudnya, Katakanlah. “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali ‘Imran 31) Itulah kuncinya. Ingatlah! hidup ini bukan hanya untuk dunia malah akhirat. Setiap yang bernyawa pasti akan mati bila tiba masanya. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud,”Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali ‘Imran:145) Kematian tidak mengira usia, tidak memilih sesiapa dan akan berlaku di mana saja. Setiap yang mati itu pula hendaklah disempurnakan oleh yang hidup. Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah bagi kaum Muslimin untuk menyelenggara dan mengkebumikan seseorang Islam yang meninggal dunia. Namun tidak ramai yang tahu cara melaksanakannya.
Muka Hadapan
Justeru itu, sempena membuka tirai tahun 2010, kami menghidangkan fokus mengenai pengurusan jenazah. Semuga artikel-artikel ini bukan sahaja mengingatkan kita kepada kematian malah akan tanggungjawab terhadap mereka yang kembali ke rahmatullah. Tenangkan hati dan isikanlah masa yang terluang dengan membaca dan memahami setiap lembaran ANIQAH 2010 yang tampil dengan wajah baru ini. Halamanhalamannya padat berisi. Sesuai sebagai panduan kepada individu, suami isteri, ibu bapa, anak-anak dan segenap lapisan masyarakat. Selain artikel-artikel ilmu dan panduan, jenguk-jenguklah ke ruangan-ruangan; Enaknya…, Tatarias dan Santai, pastinya mendatangkan ilham! Untuk minda, hati dan jiwa…Yang kosong di isikan, yang hambar diserikan, yang kusut dileraikan dan yang rosak pula diperbaiki. Itulah tujuan ANIQAH!
Penyelaras Norzilawati Sidek Foto Yusry Shakjee Pakaian Butik Zal Jannah Solekan Comel Fadilah (016-3197500) Lokasi Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur Model Vie Shantie
Sari
Sarimah Othman Perunding Editorial Januari ‘10
Suara Pembaca Surat Pilihan
Sukan: Satu aset kepada diri dan negara Assalamualaikum w.b.t., Saya ingin memberi pendapat tentang ruangan didik pada keluaran November 2009, iaitu ‘Galak Anak Bersukan’ oleh Norzilawati Sidek. Saya amat tertarik dengan komen-komen dan pandangan ahli-ahli panel yang dijemput oleh Nestle iaitu Datuk Malik Mohd Salleh, Razif Sidek, Ras Adiba Radzi dan Dr Farrah-Hani Imran. Menurut ahli panel, sukan ini perlulah dipupuk sejak daripada kecil lagi dan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk menyemai semangat bersukan ini. Pada pendapat saya, saya amat bersetuju dengan pandangan ini kerana ramai generasi muda sekarang lebih gemar bermain play station dan internet yang tidak perlu mengeluarkan peluh tetapi mendapat keseronokan. Malas untuk bersukan ini juga dipengaruhi oleh faktor rancangan televisyen yang menarik sehinggakan kanak-kanak lebih suka memerap di rumah pada waktu petang berbanding bersukan. Amalan menonton televisyen ini ditambah dengan aktiviti makan sambil menonton menyebabkan masalah kegemukan berlaku di negara kita.Tambahan pula kini terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan yang memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Para pembaca sekalian, kajian menunjukkan berjalan pantas adalah salah satu kaedah senaman yang paling ringkas dan berkesan. Ini disebabkan oleh apabila kita berjalan pantas, kita telah membakar kalori dalam badan dan mengepam darah ke seluruh badan. Peredaran darah yang baik dapat memelihara jantung dan badan bertambah cergas.Badan yang cergas pula dapat meningkatkan produktiviti kerja individu seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Falsafah pendidikan yang menekankan keseimbangan dari segi JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Imtelektual perlulah disemai dalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi. Pepatah menyebut “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” wajar dipraktikkan oleh semua ibu bapa.Tiada gunanya jika akal yang cerdik tidak dapat digunakan kerana badan yang tidak sihat dan tiada gunanya badan yang sihat tetapi tidak berpengetahuan untuk menyumbang sesuatu kepada orang di sekeliling. Oleh itu, manfaatkan kemudahan sukan yang ada di Malaysia, terapkan budaya sukan sejak kecil,eratkan perpaduan dan amalkan riadah untuk kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera seterusnya menjana ekonomi yang mantap.Terbukti kini bahawa sukan merupakan satu aset kepada diri dan negara! Arniwaty Abdullah Gombak, Selangor.
Januari ‘10
Perbanyakkan Isu Keagamaan Assalamualaikum w.b.t.,
Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja ANIQAH kerana menghasilkan karya yang sangat berkualiti ini. Saya percaya penerbitan karya keIslaman ini sangat ditunggu-tunggu ramai pembaca di luar sana kerana faktor kurangnya penerbitan majalah sebegini di pasaran. Saya ingin mencadangkan bolehlah kiranya ANIQAH menyediakan satu ruangan nama-nama pilihan bayi agar boleh menjadi panduan kepada ibu bapa kini. Maklum sajalah bermacam nama-nama yang tidak menggambarkan nama-nama Muslim/Muslimah menjadi pilihan ibu bapa zaman milenium kini. Selain itu, saya juga berharap ruangan khasiat surah alQur’an diadakan khusus untuk menjadi panduan kepada pembaca mengamalkan surah-surah amalan harian yang mempunyai banyak khasiat dan kepentingannya. Galeri foto Muslimah boleh juga diselitkan sebagai salah satu tarikan kepada pembaca setia. Saya percaya dengan kepelbagaian isu-isu agama, ruangan kemusykilan agama akan dapat menjadikan majalah ANIQAH sebagai majalah Muslim/Muslimah yang terunggul. Teruskan menghasilkan karya yang bermutu ini. Semoga ANIQAH terus unggul dan cemerlang! Wassalam. Rabiatul Adawiah Hassan Kanowit, Sarawak Kami mengalu-alukan pandangan dan komen mengenai ANIQAH atau isu semasa untuk dikongsi bersama. Hantarkan kepada aniqah@mmpcommunications.com atau poskan ke Aniqah (Ruangan Respons Pembaca), 68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur. Surat pilihan akan menerima hadiah istimewa daripada penaja iaitu Phytoshoppe Sdn Bhd.
Country Inspiration Enterprise Berkonsepkan ‘penghantaran ke rumah’ kami menyediakan pelbagai jenis gubahan mengikut tema dan warna, serendah RM12 bagi setiap gubahan (tidak termasuk caj penghantaran). Tempahan bunga mengambil masa 2-4 minggu untuk penghantaran. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Sha Email
017 - 3452 738 / 012 - 6025 172 shayat1212@yahoo.com MDYATIM@perodua.com.my
atau layari blog kami di www.dapat.net/SHAHANSHAH
Januari ‘10
Kirana
Sekilas
Kraf D’or Rue Kementerian
Sumber Manusia, menganjurkan Kursus Keusahawanan dan Kemahiran Kraf dan Kreatif Aksesori Fesyen, baru-baru ini. Kursus selama sebulan itu yang dianjurkan dengan kerjasama D’or Rue itu merupakan usaha untuk melatih pelajar dalam seni kraftangan yang boleh menjana kewangan. Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan. Setiap peserta yang tamat kursus menerima sijil penghargaan dan juga barangan kraf bernilai RM2,000. Para peserta kursus mendapat tajaan sepenuhnya daripada kementerian berkenaan.
M-IFW’09 Ketengah Pereka Tempatan Dalam usaha memperkembangkan industri fesyen tempatan di peringkat global, Malaysia International Fashion Alliance (MIFA) telah mengambil langkah bekerjasama dengan Maxis dengan menganjurkan Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (M-IFW’09) di Pavilion, Kuala Lumpur. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen serantau, tetapi juga mengetengahkan bakat pereka tempatan ke persada fesyen antara bangsa. Acara yang berlangsung dari 4 hingga 8 November itu mendapat sambutan menggalakkan. Pelajar-pelajar dari pelbagai institusi seni dari seluruh negara turut mempertaruhkan rekaan masing-masing dalam kategori Younger Designer serta graduate show. Turut menjayakan MIFW’09 ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade); Pavilion Kuala Lumpur, L’Oreal Paris, MasterCard, The Edge dan majalah ANIQAH.
Januari ‘10
‘Jom Jerlun’ Gamit Kenangan MENUTUP tirai Oktober lalu, lebih 50 warga media cetak dan elektronik negara serta beberapa blogger telah mengikuti program ‘JOM PI JERLUN’ selama tiga hari bersama Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ke Jerlun, Kedah. Tujuan lawatan adalah untuk memperkenalkan Jerlun kepada pihak media agar dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat di sana dan seterusnya bersamasama mempromosikan Jerlun kepada pelancong tempatan mahupun luar negara. Setibanya di Kampung Jeruju, para peserta rombongan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing melalui konsep Inap Desa (Homestay). Program yang dianjurkan termasuk menaiki bot nelayan ke tengah laut, perlawanan futsal dan acara Explore Jerlun yang merangkumi aktiviti-aktiviti menjahit, menanam anak bakau, membuat kapal layar, membuat layang-layang, mencipta puisi dan banyak lagi. Sukaneka juga dianjurkan yang mana acaranya termasuk lumba tarik upih, mengukur kelapa, melontar telur dan sebagainya. Para peserta bersama Datuk Mukhriz dibawa melawat perusahan kraftangan asas kayu di Kampung Kubang Menerang, program Masyarakat prihatin ke rumah orang-orang sakit di Kampung Pulau, Kampung Seberang, Kampung Lindungan Bulan serta melawat makam Puteri Lindungan Bulan.
Botol Air Bebas BPA
BROS,
pakar pengeluar botol terkemuka telah memperkenalkan rangkaian gaya hidup terkini menerusi koleksi khas bebas Bisphenol-A (BPA) pertama di Malaysia selain menyumbang kepada WWF & World Vision Malaysia. Bekas ini boleh digunakan berulang-kali kerana ia kalis karat, bebas BPA, plumbum dan toksin termasuk penutup botolnya tidak tiris polipropilena dan memenuhi piawaian Pentadbiran Ubat dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat serta mendapat perakuan LFGB oleh TUV Group, Jerman. Didatangkan dengan 71 corak yang menarik, ia boleh didapati di kebanyakan gedung beli-belah di seluruh negara.
ESQ untuk Dunia dan Akhirat
IFF Terus Bangkit
Islamic Fashion Festival (IFF) kembali lagi untuk musim kelapan.
Bertempat di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Ahlan Wasahlan’ yang bermaksud ‘ucapan selamat’, inilah julung-julang kalinya, IFF melangkah dengan tema di mana setiap pereka akan menggabungkan unsur-unsur Timur Tengah di dalam koleksi rekaan mereka. Menurut pengasas IFF, Dato’ Raja Rezza Shah, tema Timur Tengah dipilih kerana destinasi tersebutlah bermulanya sejarah fesyen Muslim. Di dalam majlis yang sama para hadirin diperkenalkan dengan barisan pereka tanahair seperti Khoon Hooi, Melinda Looi, Khadani Atim Agoy, Jarumas, Hajaba, Tangoo, Dezaine Boutique, Aktif Bistari dan ramai lagi. Beberapa orang artis popular tanah air dipilih untuk menggayakan busana rekaan mereka. IFF 2009 yang berlangsung mulai 23 hingga 25 November ini turut menampilkan lebih 30 pereka dari luar negara iaitu Indonesia, Jordan, UAE, Arab Saudi, Maghribi, Itali dan United Kingdom. IFF 2009 juga menganjurkan pertunjukan pada 25 November, bagi mengumpul dana membantu mangsa gempa bumi Padang. Keistimewaan penganjuran kali ini ialah dengan penampilan juara ‘America’s Next Top Model’ musim kelapan, Jaslene.
Ayam
KURSUS ESQ berlangsung silih berganti. Namun jumlah peserta yang menghadirinya terus bertambah. Pastinya ada sesuatu yang menarik mengenai kursus ini! Selain pelbagai pertubuhan, syarikat serta jabatan kerajaan yang menghantar kakitangan masing-masing untuk menyertai kursus ini, terdapat ramai pihak perseorangan, para ilmuwan dan golongan kenamaan yang pernah menghadirinya, turut menghantar anggota keluarga masing-masing untuk menyertainya. Tidak ketinggalan adalah Imagnia Sdn Bhd yang menghantar kakitangannya secara berperingkatperingkat untuk menyertai kursus tersebut. Antara lain, para peserta diajar mengenai “senyum simetri’, salam semut dan menyoal serta menjawab pelbagai soalan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh diri sendiri. Apa yang pasti, kursus ESQ ini amat berkesan, ada tangis dan tawa dan InsyaAllah para peserta akan sedar dari alpa!
Ayam Brand Perkenal Laman Web
Brand melancarkan laman web resepi berkonsep video dan informasi nutrisi terbaru di Malaysia untuk memupuk kaedah memasak dan cara hidup yang lebih sihat melalui www.ayambrand.com.my dan www.ayambrand-recipes.com. Anda boleh mempelajari lebih 100 resepi asli Ayam Brand dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Paparan videonya menonjolkan pelbagai masakan enak, sihat dan senang merangkumi produk Ayam Brand yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, santan, kacang panggang, tuna, mackerel dan sardin.
Nutox Oxyfusion Kekalkan Keremajaan Kulit NUTOX
Oxyfusion, satu lagi produk penjagaan kulit dilancarkan baru-baru ini. wMengaplikasikan kolagen sarang burung sebagai bahan utamanya, ia adalah rangkaian penjagaan kulit yang komprehensif bagi menyelesaikan serta memenuhi keinginan setiap wanita agar kulit kekal muda remaja. Selain bertindak mengembalikan keremajaan kulit, keistimewaan produk Nutox ini juga adalah untuk melembap dan mencerahkan kulit. Ekstrak sarang burung dalam Nuroxygen akan bertindak aktif menembusi kulit sehingga ke akar epidermis dengan mudah. Ia berfungsi mempertingkatkan struktur epidermis, membantu menebalkan kulit, melicinkan garis halus dan kedutan. Selain menggunakan sarang burung, Nutox Oxyfusion juga mengandungi bahan semula jadi khusus untuk kulit. Nutox Oxyfusion boleh diperolehi di semua kedai utama di seluruh negara dengan harga runcit daripada RM19.90 hingga RM69.90. Januari ‘10
ADVERTORIAL
Produk Sahara Bloom Kesan sesingkat dua minggu! Sahara Bloom adalah jenama premium penjagaan kulit yang berteraskan ramuan aktif ‘akar hikmat’ Pueraria Mirifica dan teknologi Nano yang memberikan kesan kepada pengguna sesingkat dua minggu! Terkini, Sahara Bloom telah melancarkan set penjagaan badan Miss Bloom: Magnolia Delight, terdiri daripada gel mandian, losyen dan semburan wangian. Haruman lembut, segar dan berkekalan diinspirasikan daripada bunga Magnolia. Penggunaan kesemua tiga produk mengikut turutan akan memastikan kulit selembut sutera dan wangian sepanjang hari kepada si pemakai. Sesuai untuk wanita dan remaja yang gemarkan haruman semulajadi dan menawan. Harga pengenalan menarik iaitu RM39.90 untuk set penjagaan badan Miss Bloom, di samping mendapat 20ml percuma untuk setiap produk adalah nilai terhebat untuk wang anda. Pada masa terdekat, SAHARA Bloom akan melancarkan Serum Payudara (berkonsentrasi tinggi) berfungsi untuk menegang dan membesarkan aset wanita. Pengguna akan mengalami perubahan ketara dalam waktu singkat tanpa kesan sampingan kerana diperbuat daripada ekstrak tumbuhan. Ramai pengguna produk SAHARA Bloom sering bertanya tentang kemunculan Serum Payudara yang terbukti berkesan ini. Jadi nantikan pelancarannya!
10
Januari ‘10
Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar boleh menghubungi terus Khidmat Pelanggan di talian 03-2692 8744 atau emel kepada inquiry@sahara-bloom. com untuk pertanyaan lanjut. Pengguna dan pengedar boleh melayari www.saharabloom.com. atau ikuti perkembangan SAHARA Bloom di facebook. Sambutan memberangsangkan dari pengguna tempatan telah menyemarakkan lagi pelan perniagaan SAHARA Bloom untuk mengembangkan sayap memasuki pasaran luar negara. Q
Ke Rangkaian produk keluaran Sahara Bloom yang mampu memberi kesegaran kepada anda.
Peng Beba Serta PULA Tel Faks Emel
SK IN M E TAM O RP HO S I S transforming you...
Formulasi Khas Untuk Wanita Asia Perubahan ketara sesingkat 2 MINGGU ! Sahara Bloom (Golden Series) adalah rutin penjagaan kulit yang mudah. Membantu mengatasi masalah kulit matang dalam masa singkat, mengandungi herba aktif dan vitamin C untuk mengekalkan keremajaan. Herba Pueraria Mirifica juga dikenali sebagai “Akar Hikmat” dan digunakan sebagai ubatan tradisional sejak zaman dahulu. Herba Pueraria Mirifica mengandungi miroestrol dan deoxymiroestrol yang menghasilkan aktiviti estrogen tertinggi di antara jenis phyto-estrogen. Herba Pueraria Mirifica turut memiliki kadar isoflavones yang tinggi dan berfaedah dalam penghasilan hormon wanita. Menggunakan teknologi NANO agar mempunyai tahap penyerapan dan keberkesanan yang tinggi dalam masa yang singkat. Disyor dan digunakan oleh professional dalam bidang penjagaan dan rawatan kulit. Penjagaan istimewa untuk mengembalikan keremajaan dalaman di samping meningkatkan daya tarikan.
Memfokus kepada 3 masalah kulit : Kelihatan letih dan kusam serta pori-pori terbuka Garis halus dan kedutan Jeragat dan tona tidak sekata
Pengedar dan stokis dikehendaki SEGERA ! Bebaskan diri anda dari belenggu ekonomi. Sertai kami dan cipta kejayaan diri dengan PULANGAN LUMAYAN !!! Tel : 03-26928744/43 Faks : 26984987 Emel : inquiry@sahara-bloom.com
www.sahara-bloom.com Stokis : Ampang Kg Pandan Tmn. Melawati Petaling Jaya Kg Tunku D’sara/TTDI Subang Jaya
019-2340168 012-2583480 012-3626876 012-3913606 019-2171171 012-3349093 019-2205792
Klang Lama/Puchong Seremban Johor Baru Kuantan Kota Bharu Kota Kinabalu Kuching/Miri Januari ‘10
*Sumber : Medicinal Plant Research Institute; Department of Medicinal Sciences; Ministry of Public Health; Thailand: 2000 dan kajian yang dijalankan oleh Universiti Chulalongkorn.
012-2111959 019-3332459 07-5530107 012-3661851 016-3350056 016-8122344 016-8531378
11
Kirana Norliza Wahid FOTO: Yusri Shakjee PAKAIAN: Pesona Batik, Level 21AB, Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kualaw Lumpur. TEL: 03 - 61865657 MEKAP: Ilyanies La Casa Of Beauty, Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor TEL: 03 - 2697940 lokasi: Homestay Kg.Lonek, Negeri Sembilan. oleh:
Anggun
Bergaya dengan
Pesona Batik RINGKAS
dan moden. Corak yang ditampilkan
bercirikan abstrak yang sederhana. Tanpa menggunakan warna yang berat, pemilik Pesona Batik memilih rekaan kontemporari dan juga tradisonal yang pasti mengagumkan. Bukan sahaja untuk menghadiri majlis, kurung moden corak batik ini juga sesuai untuk ke pejabat. Sama ada golongan muda atau wanita-wanita pertengahan usia, corak-corak batik ini amat sesuai dan pasti si pemakainya akan kelihatan anggun dan bergaya. Tidak terikat dengan corak batik tradisional, potongan serta rekaan kontemporari penting untuk mengangkat martabat batik negara. Pesona Batik tidak mengehadkan pada warna-warna lazim seperti hitam, putih atau semula jadi, ia turut mengetengahkan warna ceria dan juga lembut. Antara koleksi lain yang boleh didapati di Pesona Batik adalah pakaian batik untuk wanita dan lelaki yang siap dijahit, fabrik untuk batik pasang, skaf serta songket.
12
Januari ‘10
Gabungan warna-warna unik dan corak abstrak, kurung moden ini menyerlahkan sifat-sifat kelembutan dan keaslian. (RM250-RM380).
Ceria dan menyerlah. Kurung moden batik ini sesuai digayakan untuk pelbagai suasana, malah ke tempat kerja. (RM250 - RM380).
Januari ‘10
13
Kirana
Anggun dan sopan bergaya dengan kurung moden bercorak geometri. (RM250 - RM380).
14
Januari ‘10
Hijau serindit sesuai untuk mereka berkulit cerah. (RM250-RM380).
Januari ‘10
15
Kirana
Kurung merah jambu dengan hiasan manik di bahagian leher menambah keayuan si pemakai. (RM250-RM380).
16
Januari ‘10
Terima kasih: D’or Rue (98 & 98M, Jalan SBC 3, Batu Caves. Tel: 03-61841667)
Bingkai D’or Rue Tampil dengan Unsur Tradisional Melayu OLEH:
Norliza Wahid FOTO: Arman Yusuf
BINGKAI gambar sering kali dijadikan
cenderamata korporat. Justeru, D’or Rue, Sdn. Bhd., mengeluarkan bingkai-bingkai gambar unik dan cantik dengan menerapkan unsur-unsur tradisonal atau lebih tepat lagi setiap bingkai gambar D’or Rue yang dicipta mempunyai cerita tersendiri yang dizahirkan melalui ukirannya. Ia mempunyai gambaran sesebuah lukisan yang dilantunkan kepada bingkai berkenaan, agar menjadi satu cerita yang membuat setiap pembeli akan lebih menghargainya. Misalnya, bingkai yang di dalamnya terdapat gambar pintu gerbang negeri Selangor, membayangkan bahawa tetamu terlebih dahulu disambut melalui pintu gerbang tersebut. Sementara buah pinang, pokok kelapa dan wayang kulit juga mempunyai jalan cerita yang diterjemahkan melalui lukisan yang diperbuat daripada timah putih yang digabungkan dengan emas anti karat. Ia tidak sukar untuk dijaga dan mudah dibersihkan. Pelanggan juga diberi peluang menyumbangkan idea untuk mendapatkan cenderamata korporat yang berbeza dengan syarikat lain. Justeru, jika anda inginkan kelainan, tepuklah dada, tanya selera! Q
Januari ‘10
17
Kirana
Roihan Mat Zaib FOTO: Arman Yusof Terimakasih: PSF Boutique & Gift Shop, 39, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur (03-7727 9068) Butik Zal Jannah, Busana Muslimah, 30-G, Block C, Bistari De’ Kota, Jalan Teknologi 3/9, PJU 5 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor (www.pearlislam.com 03-6148 5799) OLEH:
PSF Boutique
Koleksi Hebat PSF Boutique dan Butik Zal Jannah Bersempena dengan Pameran
Antarabangsa Mengenai Wanita NAM (NIEX 09) di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini, satu petunjukan fesyen telah diadakan. Berlangsung selama dua hari berturutturut, ternyata PSF Boutique dan Butik Zal Jannah (Busana Muslimah) mempunyai koleksi hebat dan moden dengan pelbagai pilihan warna. Bukan sahaja sesuai untuk wanita moden malah kedua-dua butik ini bagaikan hab untuk wanita muslimah kerana menyediakan pelbagai pakaian, tudung dan perhiasan di satu tempat sahaja. Sesuai digayakan untuk pelbagai situasi umpamanya ke pejabat, bertemu pelanggan, bersantai atau mengunjungi majlis-majlis tertentu, pastinya pilihan busana dari PSF Boutique dan Butik Zal Jannah adalah tepat dan bersesuaian. Q
18
Januari ‘10
Pilihan busana anggun dari Butik Zal Jannah.
Butik Zal Jannah
Gaya elegan dari PSF Boutique
Januari ‘10
19
Kirana Kalendar Muharam telah pun memasuki bulan penuh (pertengahan) meski Masihi baru menapak perlahan. Namun tingkat stres sudah pun melonjak tinggi. Baik kerana yuran buka sekolah, tadika atau universiti mahupun kejutan berita tidak terduga seperti kematian dan perpisahan. Cubalah ramuan Energy Essence berupa tiga sudu madu hitam, dua titik pati habbatus sauda dan sehiris halia diminum sebaik bangun pagi. Ia membekal mineral yang tinggi khusus untuk peredaran darah dan saraf. Juga baik untuk anak sekolah sebagai sumber glukosa alami bagi penjanaan minda.
Senario
Puan Atikah (nama samaran) puas berikhtiar mencari penawar bagi keluhan gout yang dialami sejak tiga tahun lalu. Selain pakar perubatan, ramuan tradisional Cina daripada singse pun belum menemui penyembuhan. Param dan minyak angin sudah tidak memberi kesan kelegaan. Orangnya berkulit licin, putih dan sedikit berkilat.
Sulfur Oleh: Dr(H)Kirana Mohamad
Pencetus Penyakit Asma Mak Jah (nama samaran) pula mempunyai anak yang menderita keluhan asma. Sudah mencuba rawatan termasuk bomoh dan memasak (secara sembunyi) hati unta, tupai, biawak dan kelawar semata-mata untuk mengubati penyakit anak tunggalnya yang berusia 32 tahun. Bagi Saerah pula, kini seolah-olah menghitung hari apabila masalah peparu berairnya bertemu jalan buntu kerana satu-satu pilihannya adalah melakukan ‘tebuk’ untuk melepaskan sumbatan tersebut.
Hakikat: Kes di atas dihimpun atas satu persamaan iaitu keracunan sulfur. Kes 1 Puan Atikah rutin mengoleskan krim malam yang sememangnya berkesan membenamkan (suppress) jerawat, jeragat dan parut dalam satu malam. Dilihat
20
Januari ‘10
Gel berasaskan herba lebih sesuai digunakan.
ketika ayah saudaranya datang berziarah lalu memandikannya dengan air dicampur sebuku belerang kuning. Dalam seminggu, kulitnya mengalami pemulihan dan cantik berseri hingga sekarang. Penghidap sekarang bekerja swasta dan tinggal bersama keluarga. Anak yang sangat penurut kata dan memendam rasa. Suka mengumpul koleksi botol minyak wangi. Solusi Amalkan 1 gelas air mineral + 5 sudu madu hitam pagi dan sebelum tidur. Lakukan 7 hari. Minggu berikutnya diberikan penawar garam mineral. Koleksi botol minyak wangi di bilik tidur dipindahkan ke ruang tamu. Saya berikan minyak terapi Sleepezy tanpa menthol dan ajarkan Terapi Tapak Tangan untuk beliau amalkan 3 kali sehari. Hasil - Selepas tiga hari meminum jus, badan gatal-gatal dan mata berair. Selepas mandi menggunakan pembersih Calendula, minyak terapi Sleepezy tanpa menthol disapu di dada. Sikap lebih bersemangat, lebih ramah, pembuangan air besar lebih lawas dan banyak berpeluh. Kini tidak lelah lagi apabila memanjat tangga, cuaca sejuk atau hujan dan tahan berdiri lama di tempat kerja.
pada resam tubuh, beliau mengalami sembelit , kuat cemburu dan gemarkan barang kemas seperti emas dan perhiasan. Laksa adalah salah satu makanan kegemarannya. Solusi Ubah pemakanan, tiada kopi, tiada teh. Terapi jus berupa dua inci timun dikisar + segelas air mineral + dua sudu madu hitam diminum sebagai sarapan. Lakukan selama tujuh hari. Minggu berikutnya diberikan penawar pati bunga. Hentikan semua bentuk kosmetik, gunakan pembersih organik Calenica. Saya berikan minyak terapi Oriental tanpa menthol untuk sapuan luaran. Hasil - Pelawasan sangat baik bahkan kulit berkilat perlahan-lahan sekata dengan penggunaan pembersih organik Calenica. Selepas tiga bulan, mengalami penurunan berat badan sebanyak 5 kg. Kaki sembab disapu minyak terapi Oriental tanpa menthol dan mulai susut dalam masa dua hari manakala bengkak sendi semakin lega. Kes 2 Anak lelaki Mak Jah yang berusia 32 tahun ini menderita sakit kulit kritikal (semacam Psoriasis) sejak berusia tiga tahun. Suatu
Kes 3 Kesusahan hidup mendorong Saerah bekerja keras dalam perkebunan dan menjual hasil tani di pasar malam. Terdedah kepada risiko baja pertanian, beliau tidak tahu kesan sampinganya di hari tua. Penggunaan bahan untuk mempercepat buah menjadi matang, belerang untuk menghalau ular di kebun, asbestos dan aluminium sebagai penghadang batas kelak memakan diri secara perlahan. Solusi Ubah pemakanan, tiada kopi, tiada teh. Terapi jus berupa 2 inchi timun dikisar + segelas air mineral + 5 sudu madu hitam diminum pagi dan sebelum tidur. Lakukan selama tujuh hari. Minggu berikutnya diberikan penawar garam mineral. Mandi dengan pembersih organik Cocoa Arnica. Terapi Tusuk Jari dilakukan oleh juruterapi muslimah yang dijemput ke rumah. Hasil - Kali pertama meminum jus, pembuangan najis terlalu hitam dan busuk, muntah dengan kahak berlendir pekat berbuku dan kulit menjadi gatal. Mandian pembersih organik Cocoa Arnica melegakan bahkan merawat luka-luka yang dialami sebelumnya. Sudah boleh keluar rumah menghirup udara segar dan teringin menjenguk kebun. Tidur
lebih lena dan tiada gangguan sesak nafas di tengah malam. Kesimpulan Berhati-hatilah dalam memilih kosmetik dan produk jagaan diri. Sulfur atau belerang kuning banyak disalahguna dalam krim siang dan malam, tonik jerawat, sabun antiseptik dan losyen . Amalkan pemakanan dan gaya hidup berasaskan organik. Pilihlah sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil tani yang ‘buruk rupa’ tetapi rendah kandungan kimia berbahaya. Pemakanan hari ini memelihara kehidupan masa hadapan, Insya Allah. Q Dr(H)Kirana Mohamad ialah perunding rawatan alternatif sepenuh masa di Kuala Lumpur dan menerima undangan bengkel & rawatan di Johor Bahru dan Kota Kinabalu setiap bulan. Layari www.biohijamah.blogspot.com. Pembaca boleh mengemukakan soalan melalui emel kirana20@yahoo.com sertakan sekali gambar masalah anda. Surat yang tersiar akan menerima hadiah.
Bengkel Jagaan Diri
(10am-4pm) 30 Januari 2010 (Sabtu) Bengkel intensif ini dirangka bagi mereka yang terlalu sibuk tetapi ingin merawat diri sendiri & keluarga yang memiliki sejarah atau menghidap penyakit kronik. Selepas tamat bengkel, peserta boleh membuat kelompok untuk tutorial pemantapan.
Yuran RM188 (Harga biasa RM 388) Bahan • Bengkel disediakan, makan minum sendiri. • Set alatan terapi diberikan untuk praktikal di rumah Kandungan 1) Teori Resam Tubuh 2) Kenal Saluran Tenaga (point) 3) Terapuetik Rawatan 4) Penawar Rawatan Tempat: Edde Homeopathy Medic, No 16A, Jalan Camar 4/3, Kota Damansara (Selepas Masuk Tol Kota Damansara, lepasi 2 lampu isyarat, belok kiri. Lokasi bersebelahan kedai 7-Eleven, Tingkat 1)
Januari ‘10
21
Fokus
Pengurusan Jenazah FOTO:
Oleh: Webah Salleh Arman Yusuf & Unit Foto MMP
Mana lebih baik, di rumah, masjid atau hospital? SETIAP yang hidup pasti akan mati. Apabila ajal mendatangi seseorang, tidak ada suatu kuasa yang dapat menangguhkan atau mempercepatkan walau sesaat pun seperti mana maksud firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an Surah Al-A’raf ayat 34: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan walau sesaat pun, dan tidak pula dapat mereka dahulukan.”
22
Januari ‘10
Dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 35 Allah s.w.t. berfirman bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu sekaliannya akan dikembalikan.” Walaupun setiap dari kita pasti akan menemui ajal, tetapi tiada siapa pun antara kita yang tahu bilakah saat kematian itu akan tiba. Semuanya itu berada dalam pengetahuan Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui. Bagaimanapun sebagai seorang hambaNya, adalah lebih selamat sekiranya kita sentiasa mengingatkan diri yang suatu hari kita akan pasti mati dan bersedia untuk meninggalkan dunia yang fana ini. Kematian tidak mengira usia, tidak memilih siapa kita dan tidak menghiraukan di mana kita berada, sekalipun berada dalam benteng kukuh yang dianggap selamat. Oleh kerana kita tidak tahu bila saat ajal akan tiba, maka hendaklah kita bersegera menunaikan amal ibadah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagai kewajipan terhadap kita dan bersungguh-sungguh menjauhi segala laranganNya. Apa juga yang kita lakukan di dunia ini, pasti akan dihisab dan diadili di akhirat kelak. Allah s.w.t. memberi peringatan kepada sekalian manusia dengan firmanNya dalam Surah al-Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguh engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya).” Antara persediaan yang perlu dilakukan agar kita sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk mati adalah dengan bermuhasabah diri: Sentiasa mengutamakan amalan fardu ‘ain dan fadhu-fardu lainnya yang ditetapkan dalam Sunnah-Aullah dan Sunnah-Rasul. Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat yang merosakkan amal ibadah fardu tersebut, seperti melakukan sesuatu yang mengundang dosa. Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. Bersegera memohon kemaafan daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan. Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang Iman dan Islam, halal dan haram
1 2
3 4 5
dan berpegang teguh dengannya. Memperbanyakkan amal jariah yang kifayah, sunat dan mubah. Mengajarkan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Mendidik anak agar menjadi anak yang tetap beramal soleh dan solehah. Sentiasa berbaik sangka terhadap Allah s.w.t. tentang qada dan qadarNya.
6 7 8 9
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seorang anak Adam,
Walaupun manusia pasti akan menemui ajal, tetapi tiada siapa pun antara kita yang tahu bilakah saat kematian itu akan tiba. Semuanya itu berada dalam pengetahuan Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.
Syeikh Abdul Halim
maka terputuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya yang didapatkan dari sumber yang halal serta ikhlas bersedekah; 2. Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada manusia dan 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. “ (Hadis Riwayat Muslim). Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus ra. daripada Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi).
Tanggungjawab yang hidup
Apabila seseorang Islam meninggal dunia sudah menjadi tanggungjawab fardu kifayah bagi kaum Muslimin untuk menyelenggarakan mengkebumikan mayat tersebut, terutamanya bagi kariah 40 buah rumah di sekitarnya. Hendaklah diberitahu kematiannya itu kepada semua waris dan kaum kerabatnya yang dekat dan jauh, jiran tetangga dan sahabat handainya, agar mereka turut bersedih dan mendoakan serta menyaksikan pelaksanaan sembahyang jenazahnya. Sebaik-baiknya jangan dilambatkan penyelenggaraan mayat tersebut Januari ‘10
23
Fokus melebihi lapan jam daripada sesudah matinya, jika melebihi dan dikhuatirkan mayat menjadi berbau busuk sehingga menjadi buah mulut kufur terbit daripada umat Islam yang kurang mengerti adab dalam Islam untuk bersangka baik terhadap saudara seIslamnya, serta diusahakan agar lebih 40 orang melakukan solat jenazahnya seperti mana menurut hadis atau jangan kurang daripada 100 orang. “Tidak ada seseorang muslim pun yang disembahyangkan atas jenazahnya segolongan umat Islam yang sampai bilangannya seratus orang semuanya melakukan doa untuknya, melainkan disyafaatkan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim). Justeru, apabila seseorang Islam mendengar seseorang Islam lainnya meninggal dunia, maka hendaklah ucapkan: “Inna lillaahi wa inna ilaihi raji’un”. Ertinya, Sesungguhnya kita semua datang daripada Allah dan kita semua akan dikembalikan kepadaNya.” Seterusnya doakanlah: “Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah kitabnya pada tingkat Illiyin dan tuliskanlah ia di sisiMu dalam golongan orang-orang muhsinin dan gantikanlah dia dalam keluarganya pada orang-orang yang akan datang dan ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.” Di samping fardu kifayah bagi kaum Muslimin untuk menyelenggarakan mayat tersebut hingga selesai, dan memandi serta mengimamkan untuk menyembahyangkannya, oleh anak atau kerabat yang terhampir, melainkan sekiranya tiada keluarga atau waris yang hampir, maka sebaiknya memandi dan mengimamkan solat jenazah itu dijalankan pihak yang telah diberi amanah untuk menyempurnakan pengurusan jenazah itu. Segala kos pengurusan jenazah hendaklah diambil daripada harta si mati sekiranya si mati meninggalkan harta. “Pengambilan harta si mati untuk membayar kos menguruskan jenazahnya, samalah statusnya dengan membayarkan hutang si mati (jika ada). Hutang si mati perlu ditunaikan terlebih dahulu sebelum harta yang ditinggalkannya itu menjadi pusaka. Begitu juga kos pengurusan jenazah, dari peringkat menyediakan kain kapan, menggali kubur dan upah lainnya hendaklah diambil dari harta si mati sebelum difaraidkan kepada ahli waris yang berhak. Bagaimanapun sekiranya si mati tidak mempunyai harta, kewajipan mengeluarkan kos menguruskan jenazah adalah tertanggung ke atas anak-anaknya,” demikian dinyatakan Dato’ Al Syeikh Hj. Abdul Halim Abd. Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malay-
24
Januari ‘10
Segala kos pengurusan jenazah hendaklah diambil daripada harta si mati sekiranya si mati meninggalkan harta. sia ketika ditanya pendapat beliau baru-baru ini. Berhubung tempat yang mana lebih baik untuk menguruskan jenazah, ada sesetengah orang berpendapat lebih baik jenazah diuruskan di rumah dan oleh keluarga si mati sendiri. Sementara ada pula pihak lain yang berpendapat lebih afdal pengurusan jenazah dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid disebabkan segala kemudahan dan kelengkapan telah sedia ada dan mereka lebih arif dalam mengendalikan urusan jenazah. Syeikh Abdul Halim yang juga bekas Mufti Terengganu menjelaskan, tiada keutamaan tempat yang membezakan di mana sebenarnya lebih baik pengurusan jenazah itu dijalankan. Sama ada diuruskan di rumah, di masjid atau di hospital, asalkan ia memudahkan pihak pengurusan dan memberi keselesaan kepada si mati, Islam tidak menjelaskan di mana tempat yang lebih baik. Ia bergantung kepada keadaan, kemudahan dan kemampuan pihak menguruskannya. Prinsipnya ialah di mana yang lebih selesa dan lebih mudah menguruskannya. “Kita kena tengok kepada kemudahan yang ada. Tetapi kadang-kadang ada juga orang terlalu sentimental, mahu menguruskan jenazah di rumah walaupun sebenarnya di rumahnya tidak mempunyai kemudahan. Tidak salah, tetapi mungkin akan menyulitkan. Kalau rumahnya sesuai, besar seperti rumah banglo, mempunyai ruang yang luas dan kawasan luas serta mempunyai segala kemudahan, apa salahnya menguruskannya di rumah. Tetapi kalau di rumah teres yang sempit dan tiada kawasan, atau rumah flat yang terpaksa membawa jenazah turun naik tangga atau lif, tentulah menyulitkan bukan
sahaja kepada pihak pengurusan malah si mati. “Tetapi saya percaya sekarang ini semua orang sudah sedar dan memahami keadaan. Menguruskan jenazah tidak semestinya terserah kepada pihak keluarga si mati sahaja. Mereka boleh menyerahkan urusan pengurusan jenazah kepada pihak ahli kariah masjid atau surau masing-masing. Di sana sudah ada ahli jawatankuasa khairat kematian yang siap sedia dengan segala kemudahan yang apabila berlaku sesuatu kematian, keluarga hanya perlu mengangkat telefon memberitahu pihak pengurusan masjid atau surau. Mereka akan menguruskan segala-galanya. Pihak keluarga si mati hanya perlu membayar kos pengurusan daripada memandikan jenazah, mengkapankan, menyembahyangkan, hingga jenazah itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan,” jelas beliau lagi. Mengenai individu yang meninggal dunia di hospital, beliau menyatakan terserahlah kepada pihak keluarga atau waris si mati untuk memutuskan sama ada jenazah itu hendak diserahkan kepada pihak hospital untuk menguruskannya atau dibawa pulang untuk diuruskan oleh warisnya. Sekiranya urusan jenazah diserahkan kepada pihak hospital, waris perlulah membayar kos pengurusan jenazah. Sementara urusan membawa pulang jenazah ke rumah bolehlah diuruskan sama ada menggunakan kenderaan jenazah hospital atau kenderaan jenazah masjid tempat tinggal si mati dengan membayar kos tertentu, jelas beliau lagi. Q