FAQ GP KEJIRANAN HIJAU

Page 1

FAQ GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJI RANAN HIJAU Soalan

Jawapan

1.

Apa yang dimaksudkan sebagai mengurangkan intensiti pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 40% berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)?

Ia bermaksud pengurangan intensiti karbon hanya perlu dilaksanakan apabila terdapat kenaikan KDNK. Sebaliknya initiatif pengurangkan intensiti karbon tidak diperlukan sekiranya terdapat penurunan KDNK.

2.

Berapakah saiz kejiranan yang ideal untuk sesebuah pembangunan kejiranan hijau?

Keluasan yang ideal untuk sesebuah modul kejiranan adalah 16 hingga 51 hektar (40 hingga 125 ekar). Penentuan saiz kejiranan yang ideal ini juga adalah berdasarkan kepada beberapa penyelidikan ke atas beberapa dokumen seperti LEEDS, BREEAM dan Western Australia Green Neighbourhood.

3.

Apakah yang dimaksubkan kepadatan yang tinggi dan sederhana?

Kepadatan sederhana dalam sesuatu pembangunan adalah dianggarkan 13 – 21 unit per ekar di mana ia merupakan minimum untuk menyokong pengangkutan awam dan menggalakkan aktiviti berjalan kaki. aktiviti harian seperti perniagaan, sekolah, tadika, perhentian bas dapat disediakan. Manakala kepadatan tinggi adalah dianggarkan 37 – 46 unit per ekar di mana tahap mandiri yang tinggi (self-suffiency), menyokong pelbagai kemudahan pengangkutan awam, akses yang tinggi kepada kepelbagaian perkhidmatan dan barangan. Kepadatan yang terlalu/amat tinggi bermakna kepadatan yang melebihi 46 unit per ekar. Ia tidak digalakkan kecuali di pusat bandar yang direkabentuk dengan urban design yang berkualiti tinggi.

26-Jun-12Page 1 of 2


Soalan

4.

Berapakah jarak perjalanan yang minimum berjalan kaki yang sesuai?

Jawapan Saiz kejiranan ditentukan melalui 5 minit1 hingga 10 minit berjalan kaki yang diukur dengan kirakira 400 meter jejari dari titik tengah ke tepi. Angka 400 meter dan keupayaan untuk berjalan kaki selama 5-10 minit berdasarkan kajian penyelidikan yang kemudiannya dijadikan sebagai satu standard yang diterimapakai diseluruh dunia.

5.

Apakah saiz kebun kejiranan yang sesuai dan bagaimanakah pelaksanaannya?

Minimum saiz yang sesuai untuk kebun komuniti adalah 929 meter persegi (10,000 kaki persegi). Walau bagaimanapun, keluasan ini boleh dikurangkan mengikut kesesuaian tapak. Saiz ini telah mengambilkira bagi pembinaan stor bagi menyimpan peralatan kebun, pondok rehat dan serta kebun. Ia digalak dilaksanakan oleh persatuan penduduk di atas tanah kosong yang dikenalpasti oleh PBT.

6.

Apakah perkaitan kebun kejiranan dengan pembangunan kejiranan hijau dan pengurangan karbon?

Dengan adanya kebun kejiranan, pengurangan karbon dapat dikurangkan kerana boleh didapati disekeliling kawasan kejiranan. Ini menyebabkan penduduk tidak perlu keluar dari kawasan kejiranan, dan import penawaran terhadap sayursayuran dari luar kawasan kejiranan dapat dikurangkan.

7.

Tumbuh-tumbuhan hijau merupakan ‘carbon sink’.

Penanaman tumbuh-tumbuhan seluas 0.4 hektar (1 ekar) mampu memerangkap 12 tan debu dan gas di udara setiap tahun. 1 hektar kawasan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok juga mampu menyerap 900 kg karbon dan pada masa yang sama mengeluarkan 600kg oksigen. Sumber http://www.thelawninstitute & Urban Greening Presentation Jeunesse Park, Executive Director, Trees for Africa dalam Proceedings: Strategies for a Sustainable Built Environment, Pretoria, 23-25 August 2000

D:\zaliza 2012\kertas kerja\MNKT65\Brownfield\FAQ GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJI RANAN HIJAU.docx26-Jun-12

1

Sumber : Krier (1980) , Houses, Palaces and Cities.

26-Jun-12Page 2 of 2


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.