membentuk pengurusan komuniti yang bijak, antaranya dalam pengawalan penggunaan air, penjimatan elektrik, pengangkutan awam elektrik dan sistem berbasikal yang lebih baik. Ia memberi nilai tambah kepada konsep bandar pintar yang telah sedia diaplikasi di Malaysia dengan menerapkan penambah-baikan berasaskan infrastruktur dan infostruktur ‘ubiquitous’ (ubiq).
3.
KonsepU-Citybolehdilaksanakan dalamskala makro sebuah bandar dan juga diterapkan bagi pembangunan kecil seperti zon tertentu di dalam sebuah bandar ataupun pembangunan sebuah kawasan kejiranan sama ada di pembangunan baru dan juga bandar sedia ada.
4.
RINGKASAN DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN UBIQUITOUS CITY (U-CITY) (GP030) 1.
Perkataan ‘ubiquitous’, merujuk kepada sesuatu yang berada atau dapat dilihat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja dan dikaitkan dengan ‘Internet of Things’ yang memfokuskan kepada elemen dan fungsi komputer yang diterapkan (embedded) dalam ruang bandar. Penduduknya mempunyai akses kepada informasi diperlukan di mana jua dan pada bila-bila masa di mana infrastruktur bandar diurus menggunakan sistem pintar (uwforum.org).
2.
Konsep U-Citymerupakan salah satu konsep bandar baru yang juga dikenali sebagai ‘Smart City’. Model bandar ini merupakan salah satu satu penyelesaian terbaik untuk
Infrastruktur dan infrastruktur U-City merupakan faktor asas yang menjadi pra-syarat (enabler) pelaksanaan U-City sebelum peranti atau peralatan digital ubiq dapat dipasangkan.Sumber tenaga elektrik, infrastruktur komunikasi, perkomputeran ubiq, teknologi ubiq dan pusat pengurusan U-City perlu mencukupi dan tersedia untuk dihubungkan kepada pengguna.
Citymengikut peringkat atauskala pembangunan iaitu peringkat nasional, negeri; tempatan; dan kejiranan.
8.
Tadbir urus yang baik dan bersepadu diperlukan bagi menjayakan pembangunan U-City. Komitmen di peringkat tertinggi perlu diperolehi dengan kolaborasi terbaik bersama Negeri dan PBT. Sektor swasta pula memainkan penting bagi memastikan pelaksanaan berterusan U-City di mana syarikat korporat, khususnya syarikat telekomunikasi dan pembekal teknologi berwibawa perlu melibatkan diri dan menjalinkan kerjasama dengan agensi Kerajaan di samping menjalankan tanggung jawab sosial kepada masyarakat melalui sumbangan dalam penyediaan infrastruktur dan mengambil bahagian dalam program yang dilaksanakan.
5.
Pembangunan U-City adalah berlandaskan kepadaprinsip perancangan bersepadu dan sistematik; mengutamakan keselamatan; penggunaan maksimum dan efisien; peningkatan kualiti hidup; penyertaan masyarakat; dan resilient /berdaya tahan.
6.
Perkhidmatan U-City boleh dibahagikan kepada empat dimensi berasaskan kepada keperluan utama masyarakat iaitu U-Selamat;U- Sejahtera; U-Ilmu; danUHijau.
7.
Perlaksanaan konsep U-City perlu dibuat secara kolaborasi pintar dengan inisiatif sedia ada oleh pelbagai agensi dan sektor swasta dari peringkat kelulusan pelan pembangunan dan dengan merujuk kepada perundangan berkaitan. Ciri-ciri keselamatan siber hendaklah diambil kira di peringkat perancangan dan reka bentuk infrastruktur manakala peruntukan kewangan perlu disediakan dari peringkat modal mula, pembangunan dan operasi U-
(Garis panduan ini masih di peringkat penyediaan draf)