GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Simpanan Mineral dan Bencana Geologi

Page 1

DRAF 29/4/2011

Kawasan Simpanan Mineral & Bencana Geologi



Kawasan Simpanan Mineral & Bencana Geologi

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010


Cetakan Pertama 2010

ďƒ’ Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

978-983-2773-98-6

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170


Pemberitahuan GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu         

Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.

GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain. 29 April 2011



GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT BAHAGIAN I

GP PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR BAGI KAWASAN SIMPANAN MINERAL 1. SKOP 1 1.1 Definasi Kawasan Simpanan Mineral & Agregat 1 1.2 Kawasan Sumber Mineral & Agregat 1 1.3 Kategori Sumber Mineral 1 2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2.1 Keperluan Pengekalan dan Pengisytiharan Kawasa Sumber Mineral 2.2 Sumber Mineral Lain Seperti Agregat, Pasir dan Lempung Harus Diberi 2.3 Aktiviti Perlombongan Hanya Dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri 2.4 Keperluan Pemuliharaan Kawasan Selepas Tamat Perlombongan 2.5 Keperluan Menyelesaikan Konflik Kawasan Mineral, Batuan, Agregat, Lempung dan Pasir

2 2

3.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Dasar Sedia Ada 3.2 Akta/Perundangan Berkaitan

4 4 6

4.

GARIS PANDUAN UMUM 4.1 Pemuliharaan 4.2 Zon Penampan

7 7 8

5.

GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pemuliharaan 5.2 Garis Panduan Khusus Pembangunan

9 9 12

3 3 3 4


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT BAHAGIAN II

GP PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR BAGI KAWASAN BENCANA GEOLOGI 1.

SKOP 1.1 Definasi Kawasan Bencana Geologi 1.2 Kawasan Bencana Geologi dalam konteks KSAS 1.2.1 Peranan Peta Bencana 1.3 Kategori Kawasan Bencana Geologi

15 15 16 17 18

2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2.1 Keperluan Mengenalpasti Faktor Semulajadi Atau Faktor Penglibatan Manusia Yang Menyebabkan Kejadian Bencana

18

3.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Dasar Sedia Ada 3.2 Akta/Perundangan Berkaitan

19 19 20

4.

GARIS PANDUAN UMUM 4.1 Lubang Benam(Sinkholes) 4.2 Amblesan (Land Subsidence) 4.3 Hakisan (Erosion)

19 20 20 21

5.

GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pemuliharaan 5.2 Garis Panduan Khusus Pembangunan

22 22 24

18


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

SENARAI RAJAH Rajah 1: Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah

2: 3: 4: 5: 6: 7:

Konflik Pembinaan dan Pembekuan Simpanan Lempung Konflik antara Pengkuarian dan Kediaman Tetap Formasi Tipikal Lubang Benam Jenis Tanah Runtuh Contoh Peta Geohidrologi – (JPS) Contoh Peta Kawasan Potensi Hakisan Struktur Pengurusan Bencana geologi

Pasir

dan 5 6 15 16 17 17 19

SENARAI FOTO Foto 1:

Foto 2:

Kerja menggerudi untuk menghasilkan blok batuan granit batu dimensi

2

Kerja menggerudi lubang letupan di sebuah kuari di Ampang Selangor

2


BAHAGIAN I : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan Kawasan Alam Sekitar (KSAS) Kawasan Simpanan Mineral


GARIS PANDUAN PERANCANGAN SIMPANAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & KAWASAN BENCANA GEOLOGI

1.

SKOP

Bagi GP Perancangan Pemuliharaan Kawasan Alam Sekitar(KSAS) Kawasan Simpanan Mineral dan Bencana Geologi akan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu:i.

Bahagian I – GP KSAS Kawasan Simpanan Mineral &

ii.

Bahagian II – GP KSAS Kawasan Bencana Geologi

1.1

Definasi Kawasan Mineral & Agregat

Simpanan

Kawasan Simpanan Mineral dalam garis panduan ini meliputi definisi seperti berikut: 

Mineral

Mineral adalah apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terbentuk dengan cara semula jadi hasil daripada perlombongan samada di daratan (atas tanah atau bawah tanah) atau lautan (dalam laut atau bawah laut) atau tertakluk kepada sesuatu proses geologi tetapi tidak termasuk air dan bahan batuan (Sumber: Akta Pembangunan Mineral, 1994).

lempung, tanih, lumpur, turf, gambut, batu karang, cangkerang atau guano di dalam atau di atas mana-mana tanah dan termasuklah apa-apa batu-bata, kapur, simen atau barangan lain yang diperbuat daripadanya (Sumber: Warta Kerajaan Kaedah-kaedah Kuari Selangor, 2003). 

Agregat

Agregat ialah apa-apa batuan, batu marmar, kelikir, pasir, tanah laterit, lom,

Pasir (Agregat Halus)

Pasir atau agregat halus terdiri daripada batu-batu hancur yang mempunyai saiz maksimum tidak melebihi 5mm. Biasanya, pasir digunakan untuk campuran konkrit bagi bahagian dinding atau lantai bangunan (Sumber: British Standard 882, 1983). 

Lempung dan Bahan Bumi

Lempung di dalam klasifikasi JMG termasuk lempung biasa, lempung pipa (ball clay), lempung tahanapi (refractory clay or fire clay) dan syel (shale). Kebanyakan mineral lempung telah dihasilkan untuk pembuatan batu-bata yang digunakan untuk pembinaan dan bahan mentah dalam pembuatan simen portland (Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains). 1.2

1

Kawasan Sumber Mineral & Agregat

JMG juga menekankan bahawa dari konteks KSAS Bernilai Sokongan Hidup, perhatian perlu diberikan kepada sumber mineral dan agregat sebagai keperluan asas untuk kesinambungan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

kesejahteraan manusia, dan bukannya kepada sumber komoditi yang menjana ekonomi negeri. 

Sumber mineral dikategorikan sebagai KSAS bernilai sokongan hidup.

Sumber keperluan asas terutamanya untuk pembinaan penempatan dan infrastruktur seperti lempung, pasir, batuan agregat (kelikir) dan batu kapur untuk pembuatan simen.

1.3

Kategori Sumber Mineral

yang dikenal pasti adalah seperti berikut:   

KSAS Sumber Batuan Agregat KSAS Sumber Pasir KSAS Sumber Lempung dan Tanah Sumber Mineral Penting

Foto 2:

Walaupun sumber mineral penting bukan merupakan KSAS, ia perlu diberikan garis panduan untuk pengekalannya kerana ia berkait-rapat dengan KSAS sumber mineral/batuan.

Foto 1:

Kerja menggerudi untuk menghasilkan blok batuan granit batu dimensi.

Kerja menggerudi lubang letupan sebuah kuari di Ampang Selangor.

di

2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

2.1

Keperluan Pengekalan dan Pengisytiharan Kawasan Sumber Mineral 

Enakmen Mineral Selangor 2000, (Bab 3, Bahagian III Seksyen 17), mencadangkan bahawa sumber mineral mesti dikekalkan melalui pengisytiharannya sebagai kawasan rizab mineral dan dihadkan pembangunan.

Kajian teliti termasuk mencari gali dan penyiasatan perlu dilakukan untuk menentukan kawasan berkenaan mengandungi mineral

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI dan sesuai diisytiharkan sebagai rizab mineral. 

Kawasan yang tidak dapat diisytiharkan sebagai rizab mineral boleh dikelaskan sebagai kawasan berpotensi bagi beberapa jenis bijih terutamanya timah.

2.2 Sumber Mineral Lain Seperti Agregat, Pasir dan Lempung Harus Diberi Status KSAS Sokongan Hidup 

Walaupun agregat dan pasir tidak dinyatakan dengan spesifik dalam Enakmen Mineral, ia harus diberikan keutamaan seperti mineral yang lain. Kawasan di mana sumber agregat dan pasir ini wujud mesti diberikan status sebagai KSAS Sokongan Hidup.

Sumber lempung yang digunakan untuk membuat batu-bata hendaklah diberikan status yang sama seperti pasir dan agregat.

Sumber batuan agregat, pasir dan lempung tidak didapati di semua tempat. Sumber bahan mentah pembinaan yang ada akan dibekukan, sekiranya pembangunan dibenarkan di atas kawasan yang mengandungi sumber mineral ini.

3

2.3 Aktiviti Perlombongan Hanya Dibenarkan Oleh Pihak Berkuasa Negeri 

Pengekstrakan mineral akan diberi keutamaan untuk tujuan pembangunan. Pihak Berkuasa Negeri boleh membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan, rizab hutan dan tanah beri milik.

Pembebasan mineral hanya dibenarkan bagi projek tertentu misalnya empangan yang melibatkan kawasan hutan yang luas. Tempoh masa pajakan lombong yang boleh diberi ialah tidak melebihi 21 tahun dan pajakan boleh disambung sepanjang hayat perlombongan selagi simpanan mineral masih ada.

2.4 Keperluan Pemuliharaan Kawasan Selepas Tamat Perlombongan 

Selepas perlombongan tamat, penerima pajakan perlu melakukan pemuliharaan kawasan yang dilombong. Penerima pajakan perlu menyumbang kepada Kumpulan Wang Pemulihan Lombong yang ditubuhkan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


4

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

2.5 Keperluan Menyelesaikan Konflik Kawasan Mineral, Batuan, Agregat, Lempung Dan Pasir Kadang-kala, penggunaan tanah untuk menghasilkan sumber mineral, agregat, lempung dan pasir akan membawa konflik dengan kegunaan tanah yang lain. Beberapa keadaan yang boleh menimbulkan konflik adalah seperti berikut:i. Sumber Mineral dan Pembangunan 

Kemungkinan konflik berlaku apabila kawasan green field dicadangkan untuk pembangunan (pertanian atau lain-lain) dan didapati kawasan tersebut mengandungi mineral penting. Oleh itu, pemohon pembangunan menjalankan kajian pembebasan mineral (mineral free) bagi menyelesaikan konflik.

Apabila sumber mineral penting dapat dikesan, ia perlu diisytiharkan sebagai Kawasan Sumber Mineral. Perlombongan perlu dikendalikan dahulu sebelum pembangunan dibenarkan.

Perlombongan mendapan bijih timah perlu dijalankan sebelum kawasan tersebut dipulihkan untuk pembangunan. Konflik akan wujud jika kawasan simpanan pasir dan lempung digunakan untuk pembinaan dan ini akan membekukan sumber tersebut (Rajah 3).

Konflik lain yang biasanya wujud adalah apabila projek pembinaan diluluskan

terlalu hampir dengan kuari yang masih aktif (Rajah 4). 

Pembebasan mineral (mineral free) perlu dijalankan untuk projek pembangunan berskala besar seperti empangan dan kawasan pertanian terutamanya di kawasan yang menunjukkan potensi sumber mineral dan sekitarnya.

3.

DASAR DAN SEMASA

PERUNDANGAN

3.1

Dasar Sedia Ada

i)

Agenda 21 (Bab 21)

Mencadangkan longgokan (atau endapan) mineral (termasuk bijih dan agregat) perlu dikenal pasti sebagai KSAS berasaskan kepentingan keperluannya dan sumber yang terhad. Agenda 21 telah mencadangkan kajian terperinci dijalankan ke atas sesuatu kawasan berpotensi untuk perlombongan dan pengkuarian agar kawasan ini tidak dibekukan untuk pembangunan lain seperti perumahan dan sebagainya. Kawasan yang berkemungkinan mengandungi mineral penting perlu dikenal pasti lebih awal dan diambil kira dalam perancangan yang melibatkan pengurusan sumber mineral.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

ii)

Dasar Mineral Negara 2

Memberi fokus terhadap pembangunan yang mampan dan penggunaan sumber mineral secara optima, mempromosikan penerajuan terhadap alam sekitar, mempertingkatkan daya saing dan kemajuan sektor mineral di arena global, Rajah 1:

Konflik Pembinaan dan Pembekuan Simpanan Pasir dan Lempung

5

mempromosikan penggunaan mineral tempatan dan memajukan penghasilan produk-produk berasaskan mineral dan menggalakkan perolehan, kitar semula dan penggunaan semula logam dan mineral.

Rajah 2:

Konflik antara Pengkuarian dan Kediaman Tetap

PEMBINAAN BERSKALA BESAR

 KSAS Simpanan Pasir dan Lempung  KSAS Simpanan Agregat biasa biasanya terdapat di kawasan terhad pada ketinggian bukit yang pamah yang sesuai untuk berbatu antara 50m hingga 300m. pembangunan.  Semua operasi kuari perlulah  Ini akan mengakibatkan terletak sekurang-kurangnya 500m pembekuan Sumber Simpanan dari kawasan kediaman. Pasir dan Lempung.  Jika pengisytiharan KSAS Simpanan  Bagi mengelakkan sumber pasir Agregat dilakukan, pembangunan dan lempung menjadi kurang di yang diluluskan perlu mempunyai masa hadapan, KSAS yang Zon Penampan tidak kurang dari mengandungi simpanan kedua-dua 500m. bahan pembinaan ini perlu dikenalpasti dan diisytiharkan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


6

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

3.2 i.

Akta/Perundangan Berkaitan Kelantan; Gua Tempurung, Kinta, Perak; Gunung Rapat (Taman Geologi), Kinta, Perak dan Gunung Senyum, Pahang.

Kawasan Batu Kapur Sebagai Sumber Mineral atau Warisan 

Batu kapur merupakan sumber agregat yang penting sebagai bahan mentah untuk industri pembuatan simen seperti simen portland, simen putih, terazo, serbuk batu kapur dan marmar.

Kawasan batu kapur yang meliputi bukit atau gua dan mempunyai nilai warisan boleh dipulihara sebagai Tapak Monumen atau Taman Geologi.

Oleh itu, konflik kegunaan kawasan batu kapur sebagai KSAS Warisan atau KSAS Sokongan Hidup akan wujud disebabkan mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi. oleh kegunaan kawasan batu kapur yang bertentangan.

Walaupun kegunaan batu kapur sebagai sumber bahan mentah kepada industri pembinaan diutamakan, namun terdapat juga beberapa kawasan batu kapur yang mempunyai nilai warisan yang unik dan tersendiri. Jika keadaan ini berlaku, kawasan KSAS Warisan batu kapur ini mesti diberikan keutamaan daripada kegunaan yang lain seperti Gua Runtuh (Perak Man), Lenggong, Perak; Gua Cha,

ii.

Namun demikian, bukan semua kawasan batu kapur menunjukkan nilai warisan yang unggul. Kawasan atau bukit batu kapur yang tidak mempunyai nilai warisan (nilai saintifik, estetik atau budaya) boleh digunakan untuk menghasilkan bahan mentah batu kapur bagi industri pembuatan simen.

Kawasan Bukit Batu Kapur dan Bawah Permukaan 

Kawasan batu kapur bukan sahaja terdapat di kawasan berbukit tetapi juga di kawasan tanah pamah.

Batu kapur keras didapati di bawah sedimen lanar pada jarak kedalaman dari beberapa meter sehingga puluhan meter.

Sebagai contoh, lebih kurang 12% daripada kawasan batu kapur di Lembah Kinta, Perak wujud sebagai bukit dan gunung, manakala lebih kurang 88% wujud sebagai batu hampar di bawah sedimen lanar bertimah.

Kaedah untuk mengekstrak sumber bahan mentah batu kapur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI bawah permukaan adalah berbeza dan melibatkan kos yang tinggi kerana tanah lanar yang meliputinya hendaklah dikorek terlebih dahulu sebelum aktiviti kuari dapat diteruskan. 

Selain itu, air yang terkumpul di bawah permukaan lombong kuari terbuka perlu sentiasa dipam keluar supaya aktiviti kuari dapat dijalankan dengan mudah dan selamat.

4.

7

GARIS PANDUAN UMUM

Garis panduan umum kawasan Simpanan Mineral dan Agregat adalah seperti berikut: 4.1 Pemuliharaan 

Hanya pembangunan yang sesuai (iaitu tidak membekukan mineral sediada) boleh dibenarkan.

Pencemaran yang wujud dari kuari bawah permukaan adalah kurang berbanding dengan kuari biasa yang beroperasi di kawasan bukit.

Pertimbangan kelulusan pemohonan mesti mengambil kira aspek pemeliharaan kawasan tersebut.

Aktiviti kuari bawah permukaan bagi batu kapur amat digalakkan kerana ini dapat mengelakkan pemusnahan bukit batu kapur yang mungkin mengandungi ciriciri warisan dan ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi.

Permohonan untuk mengambil atau membangunkan kawasan khazanah geologi dan kawasan batu kapur yang bernilai warisan serta memerlukan pemeliharaan adalah tidak dibenarkan.

Kajian mengenai jenis sumber mineral dan agregat di sesuatu kawasan perlu dijalankan dan seterusnya mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai KSAS Mineral.

Permohonan pengisytiharan kawasan KSAS Mineral boleh dijalankan oleh agensi yang bertanggungjawab. Permohonan individu atau NGO mesti melibatkan agensi kerajaan sebagai pemohon bersama.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

4.2

Kajian pemetaan geologi dan teknik perlombongan yang bersesuaian perlu dijalankan di

kawasan sebagai Agregat.

yang KSAS

diisytiharkan Mineral dan

Zon Penampan 

Zon Penampan perlu disediakan dan ditandakan atas pelan:- 500m dari sempadan bagi KSAS Sumber Batuan Agregat; dan - 500m dari sempadan atau 3 kali ganda jarak ketinggian tebing tegak bukit batu kapur tersebut bagi KSAS Sumber Batuan Agregat Batu Kapur.

Pembangunan di kawasan batu kapur perlu mengikut garis panduan Demarcation of Safety Zones in the Vicinity of Limestones Hills oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

5.

9

GP KHUSUS

5. 1 GP Khusus Pemuliharaan Garis Panduan Khusus Pemuliharaan KSAS Sumber Batuan Agregat, Sumber Bahan Mentah Industri Simen dan Kapur Tohor

Kawasan agregat boleh diisytiharkan sebagai sumber batuan agregat. Kawasan jenis batuan lain boleh juga diterima sekiranya agregat sedia ada didapati tidak sesuai.

Kawasan batu kapur bawah tanah bertujuan membuat simen portland dan simen putih bagi kegunaan industri pembinaan boleh diisytiharkan sebagai KSAS Sumber Batuan Agregat.

Kelulusan permohonan bagi kawasan batu kapur adalah tertakluk kepada pertimbangan JMG, PBT dan Kerajaan Negeri. Permohonan tersebut mesti mengemukakan satu Laporan Alam Sekitar (Environmental Statement) yang menunjukkan kawasan batu kapur tersebut tidak mengandungi ciri geologi (geology feature) yang bernilai warisan.

Laporan geologi tersebut mesti merangkumi berikut:-

-

-

-

-

Peta geologi untuk menunjukkan jenis batuan dan singkapan-singkapan batuan yang ada. Keratan rentas geologi menjelaskan keadaan geologi di bahagian bawah tanah. Data penggerudian diperlukan untuk mendapatkan maklumat bawah tanah. Bilangan lubang penggerudian dan penggerimitan perlu ditetapkan oleh pengkaji. Kawasan cadangan untuk diisytiharkan sebagai KSAS sumber batuan agregat perlu dipetakan. Zon penampan 500m mesti juga disediakan dan ditunjukkan di peta tersebut. Stratigrafi, petrografi dan petrologi batuan yang ada perlu disediakan. Jika sumber batu kapur adalah untuk industri simen atau kegunaan lain, analisis kimia dan lain-lain yang berkaitan perlu disediakan. Bilangan sampel yang dianalisis tertakluk kepada keluasan kawasan dan saiz singkapan batuan. Jika kawasan adalah untuk sumber agregat, batuan yang dikutip di lapangan atau melalui penggerudian mesti diuji untuk nilai agregat sepertinya:- ‘Aggregate Crushing Value (ACV); Aggregate Impact Value (AIV); 10 % fines value (10 % Fine); Los Angeles Abrasion Value (LAV); Flakiness Index; Soundness 5 Cycles; Chloride Content’ dan lain-lain. Semua ujian perlu mengikut kaedah yang diiktiraf seperti British Standard (B.S.) atau American Standard Testing Method (ASTM). Jika kawasan adalah untuk agregat, ketebalan tanah baki dan lapisan batuan terluluhawa perlu ditentukan. Simpanan batuan perlu ditentukan untuk objektif yang dicadangkan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN SIMPANAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

Garis Panduan Khusus Pemuliharaan KSAS Sumber Pasir atau Agregat Halus

Kesesuaian batuan yang wujud dengan objektif yang dicadangkan perlu diberikan justifikasi. Kesimpulan dan cadangan akhir tentang kajian terperinci bagi kawasan tersebut perlu disertakan.



Kajian terperinci permohonan.

perlu

dijalankan

oleh

jabatan

yang

terbabit

dalam



Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan JMG, PBT dan Kerajaan Negeri.



Laporan Geologi Sumber Pasir yang dikemukakan mesti merangkumi:-

Peta geologi yang menunjukkan jenis batuan dan taburan jenis tanah pada kawasan cadangan.

-

Data penggerudian dan penggerimitan perlu untuk mendapatkan maklumat bawah tanah. Bilangan lubang penggerudian dan penggerimitan perlu ditetapkan oleh pengkaji.

-

Keratan rentas geologi untuk menjelaskan keadaan geologi di bahagian bawah tanah.

-

Kawasan yang dicadangkan sebagai kawasan untuk diisytiharkan sebagai KSAS sumber pasir hendaklah dipetakan. Zon penampan 500m mesti juga diadakan dan ditunjukkan di peta tersebut

-

Geologi am dan stratigrafi sedimen / batuan yang ada perlu disediakan.

-

Sampel yang diperolehi daripada pemetaan, penggerudian dan penggerimitan mesti diuji terhadap taburan saiz butiran dan kandungan mineral. Bilangan sampel yang mesti dianalisis tertakluk kepada keluasan kawasan dan kedalamannya lapisan sedimen yang hadir.

-

Semua ujian mesti berdasarkan kaedah British Standard (B.S.) atau American Standard Testing Method (ASTM). Pasir sedia ada perlu sesuai untuk kegunaan pembinaan.

-

Beban tanah (over burden) termasuk tanah gambut dan lempung perlulah tidak terlalu tebal atau terlalu banyak.

-

Kesesuaian kawasan dan kandungan sumber pasir dengan objektif yang dicadangkan hendaklah diberikan justifikasi.

- Kesimpulan dan cadangan akhir tentang kajian terperinci kawasan tersebut hendaklah disertakan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


11

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

Garis Panduan Khusus Pemuliharaan KSAS Sumber Lempung dan Tanah

Kajian terperinci permohonan.

perlu

dijalankan

oleh

jabatan

yang

terbabit

dalam

Kelulusan pemohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan JMG, PBT dan Kerajaan Negeri.

Laporan yang dikemukakan perlu merangkumi berikut: -

Peta geologi untuk menunjukkan jenis lempung dan taburan jenis-jenis tanah pada kawasan cadangan.

-

Data penggerudian dan penggerimitan diperlukan untuk memperoleh maklumat bawah tanah. Bilangan lubang penggerudian dan penggerimitan perlu ditetapkan oleh pengkaji.

-

Keratan rentas geologi untuk menjelaskan keadaan geologi di bahagian bawah tanah.

-

Kawasan cadangan untuk diisytiharkan sebagai KSAS sumber lempung hendaklah dipetakan. Kawasan zon penampan 500m juga perlu disediakan dan ditunjukkan di peta tersebut

-

Geologi am dan stratigrafi sedimen/batuan yang ada telah disediakan.

-

Sampel yang diperoleh daripada pemetaan, penggerudian dan penggerimitan mesti diuji terhadap taburan saiz butiran, kandungan mineral dan ujian ‘California Bearing Ratio’ (CBR). Bilangan sampel yang mesti dianalisis tertakluk kepada keluasan kawasan dan kedalaman lapisan sedimen yang hadir.

-

Jika lempung dan tanah dicadangkan untuk membuat batu-bata, ujian pembakaran (firing test) mesti dibuat. Sampel bulk mesti dikutip dan ujian membuat batu-bata dijalankan di kilang bata berdekatan.

-

Semua ujian mesti mengikut kaedah ‘British Standard (B.S.)’ atau ‘American Standard Testing Method (ASTM)’. Pastikan pasir yang hadir adalah sesuai untuk kegunaan pembinaan.

-

Beban tanah (over burden) (jika ada) termasuk gambut dan bahan organik hendaklah ditentukan supaya tidak terlalu tebal atau terlalu banyak.

-

Kesesuaian kawasan dan kandungan sumber lempung dan tanah dengan objektif yang dicadangkan hendaklah diberikan justifikasi,

-

Kesimpulan dan cadangan tersebut perlu disertakan.

akhir tentang

kajian

terperinci

kawasan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN SIMPANAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

Garis Panduan Khusus Pemuliharaan Sumber Mineral Penting

Jika kewujudan mineral logam bernilai seperti emas, bijih timah dan wolframit telah dikesan ketika menjalankan kajian terperinci untuk sesuatu kawasan KSAS sumber batuan agregat, pasir atau lempung, pemohon mesti melaporkan kepada Jawatankuasa Khas.

Jawatankuasa Khas perlu melaporkan kehadiran mineral penting ini kepada JMG negeri untuk tindakan seterusnya.

Kajian dan penyiasatan terperinci perlu dilakukan oleh JMG untuk menentukan kehadiran mineral penting adalah mencukupi untuk dikelaskan sebagai KSAS mendapan mineral tertentu.

Jika kajian yang dilakukan menunjukkan kawasan tertentu tidak boleh dikelaskan sebagai KSAS mendapan mineral yang penting, kawasan tersebut hendaklah diserah balik kepada Jawatankuasa Khas untuk pertimbangan seterusnya.

Jika kajian yang dilakukan dapat mengesan kehadiran mendapan mineral yang penting, permohonan wajar ditolak.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

5.2 KSAS / Kategori KSAS Sumber Mineral dan Agregat yang Dikenalpasti

Zon Penampan 500 meter yang mengelilingi kawasan yang dikenalpasti

(Sumber : KSAS Nota: 1 2 3

13

GP Khusus Pembangunan Tahap Kesensitifan 2 (Supaya tidak membekukan sumber batuan untuk menghasilkan agregat)

3 (Supaya pembangunan dan aktiviti dicadangkan tidak terdedah kepada risiko daripada operasi kuari)

Aktiviti Dibenarkan (Rujuk Kod Guna tanah)  Penyelidikan;  Pertanian;  Eko-pelancongan;

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti  Rekreasi

Syarat Tidak dibenarkan struktur kekal.

Aktiviti tidak dibenarkan Sebarang struktur pembinaan kekal.

 Aktiviti yang tidak membekukan simpanan batuan untuk menghasilkan agregat.

 Pertanian;

 Semua aktiviti mesti berhenti apabila operasi kuari bermula.  Semua struktur pembinaan ringan perlu bersifat sementara.

 Ternakan; dan

 Penyelidikan;

Catatan / Garis panduan

 Zon penampan 3000m perlu disediakan bagi aktiviti yang melibatkan peletupan. Sebarang pembinaan baru.

 Eko-pelancongan;

 Semua aktiviti mesti berhenti apabila operasi kuari bermula.

 Ternakan; dan  Rekreasi.

2004) Tahap Kesensitifan: = Tiada pembangunan kecuali aktiviti penyelidikan = Aktiviti berimpak rendah dibenarkan tanpa pertukaran guna tanah = Pembangunan terkawal (dengan syarat-syarat tertentu)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN SIMPANAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

BAHAGIAN II : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan Kawasan Alam Sekitar (KSAS) Kawasan Bencana Geologi

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

1.

SKOP

1.1

Definasi Geologi

Rajah 3:

Kawasan

Formasi Tipikal Lubang Benam

Bencana

Bencana didefinisikan sebagai “peristiwa yang mendatangkan bahaya” di dalam bidang pengurusan risiko. i. Lubang Benam (Sinkholes) 

Lubang Benam biasanya berlaku di kawasan Formasi Kars Batu Kapur (Limestone Karst formation) iaitu tanah beban (overburden) akan jatuh memasuki ruang kosong / rongga dan alur hakisan (erosion channel) yang terbentuk di permukaan bawah Batu Kapur.

Lubang Benam juga boleh berlaku di kawasan perlombongan dan di rongga-rongga / ruang kosong yang dihasilkan oleh aktiviti manusia.

Kebanyakan lubang benam berlaku secara setempat akibat penurunan paras air tanah dan faktor gegaran.

Rajah menunjukkan keratan rentas tanah: Kiri: keadaan yang boleh menyebabkan terjadinya lubang benam Kanan: keadaan yang boleh menyebabkan amblesan tanah berlaku

ii. Amblesan Tanah (Land subsidence) 

Amblesan adalah suatu keadaan penurunan paras tanah daripada suatu paras asal. Ianya terjadi akibat daripada pelbagai faktor geologi seperti pelarutan batu kapur bawah tanah, penyesaran (faulting), aktiviti perlombongan bawah tanah, pengepaman gas asli, pengepaman air tanah dan perubahan musim basah-kering.

Amblesan juga boleh berlaku di kawasan kecil setempat seperti kawasan yang berlaku penyahairan (dewatering) semasa pengorekan tanah bagi aktiviti pembinaan.

Amblesan boleh menyebabkan penurunan bahan bumi yang akan merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam serta mengakibatkan impak alam sekitar.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


16

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI Rajah 4: Jenis Tanah Runtuh

iii. Hakisan (Erosion) 

Hakisan melibatkan pengangkutan bahan-bahan bumi yang diangkut oleh agen-agen semulajadi seperti aliran air (atau angin dan lain-lain).

Hakisan juga berlaku disebabkan aktiviti manusia seperti aktiviti kerja tanah (earthwork) di tapak pembinaan.

Lazimnya, hakisan mengakibatkan

kehilangan tanah dan masalah pemendakan kelodak sehingga berlakunya banjir serta kesan alam sekitar yang lain.

Kejadian hakisan yang serius akan mengakibatkan bencana tanah runtuh berlaku. (Sumber:USGS Fact Sheet 2004-3072 July 2004)

1.2

Kawasan Bencana Geologi Dalam Konteks KSAS

Secara amnya, sekiranya kini tiada lokasi yang diletakkan sebagai kawasan KSAS Bencana Geologi (selain dari perubahan baru yang tercetus hasil daripada pembangunan Tanah Tinggi) sebagai dasar yang sedia ada.

Intensiti bencana tersebut berbeza-beza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain walaupun kawasan tersebut mempunyai geologi yang sama.

Sesetengah isu boleh dikenal pasti melalui peta topografi. Memandangkan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

kompleksiti sesetengah fenomena, di samping peta geologi dan topografi, peta saliran dan hidrologi perlu diambil kira dan ini akan dibincangkan di topik hakisan.

Rajah 6:

Rajah 7:

1.2.1 Peranan Peta Bencana 

Peta Bencana perlu disediakan untuk setiap Bencana geologi. Peta tersebut boleh dijadikan sebagai alat pengurusan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan.

Peta tersebut boleh memberi asas dan gambaran kepada kategori tindakan yang perlu diambil sama ada semasa peringkat perancangan mahupun di peringkat pelaksanaan. Contohnya peta geohidrologi seperti di Rajah 3 sementara Rajah 4 menunjukkan peta potensi hakisan.

Contoh Peta Geohidrologi – (JPS)

Contoh Peta Kawasan Potensi Hakisan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


18 1.3 

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

Kategori Geologi

Kawasan

Bencana

Lubang Benam (Sinkholes) Biasanya lubang benam berlaku kawasan Formasi Batu Kapur.

berkenaan) setelah tersebut dikenalpasti. 

Kawasan yang stabil (tidak sensitif) berpotensi menjadi bahaya akibat tindakan manusia.

Oleh itu, kawasan yang berisiko bahaya / bencana memerlukan tindakan yang berbeza di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek.

Di peringkat perancangan, Kajian Geologi Terperinci bagi mengenalpasti risiko bencana dan langkah tebatan, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) atau Laporan EIA perlu disediakan yang meliputi garis panduan umum dan spesifikasi ke atas pemuliharaan dan pembangunan.

Pemeliharaan dan pembangunan kawasan bencana geologi mengikut kategori adalah seperti berikut:

di

Amblesan (Land subsidence) Kawasan geologi Formasi Kuaternari mudah dipengaruhi sehingga berlaku amblesan tanah.

Hakisan (Erosion) Semua formasi cenderung kepada hakisan pada kadar yang berbeza. Faktor–faktor lain yang boleh menyebabkan hakisan berlaku akan dibincangkan di bahagian seterusnya.

2.0 PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2.1 Keperluan Mengenalpasti Faktor Semulajadi Atau Faktor Penglibatan Manusia Yang Menyebabkan Kejadian Bencana 

Adalah perlu untuk dibezakan faktor semulajadi dan penglibatan manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian bencana geologi. Pelbagai tindakan ditunjuk dan diterangkan di dalam carta selepas ini. Untuk kawasan bencana semulajadi, pemuliharaan boleh merupakan tindakan cadangan (oleh Jurutera dan lain-lain badan profesional

kawasan

i.

Lubang Benam (Sinkholes)

Secara umumnya, pemuliharaan tidak diperlukan di kawasan yang berkemungkinan berlaku lubang benam kecuali di kawasan yang dilaporkan kerap kali berlaku dan ini diketahui di kawasan terhad.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

ii. Amblesan Subsidence)

(Land

Secara umumnya kawasan yang cenderung berlaku amblesan dan kawasan aktiviti penyahairan (dewatering) untuk jangka masa pendek perlu dicaj semula. Manakala di kawasan berlaku pengeluaran air (extraction) sehingga boleh mengakibatkan penurunan paras air tanah secara kekal, perlu diberi penekanan tegas terhadap aktiviti tersebut. iii. Hakisan (Erosion) Hakisan biasanya wujud semasa peringkat pembinaan dijalankan. Kawalan ketat perlu dibuat ke atas operasi kerja-kerja tanah dan memerlukan usaha untuk mengekalkan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut. Contoh kawalan kerja-kerja tanah seperti berikut: Menghalang

pemotongan / tumbuh-

pembuangan tumbuhan;  Pemadatan (Compaction) yang cukup untuk kawasan tambakan (fill area); dan  Pemulihan awal tumbuhtumbuhan bagi kawasan pemotongan dan penambakan (cut and fill areas).

Rajah 7:

Struktur Pengurusan Bencana geologi Tugasan

Bencana geologi

Agen / Keadaan Semulajadi

Agen (Manusia)

Tindakan Oleh

Jurutera

Tindakan Pada

Profesional

Tahap Kelulusan Perancangan

3.0.

DASAR SEMASA

DAN

3.1

Dasar Sedia Ada

Tahap Pelaksanaan

PERUNDANGAN

Lubang Benam (Sinkholes) Setakat ini, tiada lagi dasar-dasar yang diutarakan berkaitan dengan kes lubang benam.

Amblesan (Land subsidence) Masih tidak diketahui dasar yang menunjukkan pengeluaran air yang boleh mengakibatkan berlaku amblesan.

Hakisan (Erosion) Terdapat beberapa kaedah atau prosedur komprehensif yang terdapat di dalam manual yang disediakan oleh JPS yang perlu dipraktikkan dalam semua aktiviti pembangunan untuk mengawal kuantiti, kualiti dan mengawal hakisan serta sedimen.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


20 3.2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

Akta/Perundangan Berkaitan.

Akta / UndangUndang

4.

GARIS PANDUAN UMUM Lubang Benam (Sinkholes)

4.1

Agensi

Kawasan lubang benam hendaklah dikenalpasti, dipetakan dan dizonkan sebagai KSAS Bencana Geologi dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Peringkat pelaksanaan kerja asas bangunan (foundation) bagi pembangunan yang terletak di atas Formasi Kars Batu Kapur mesti diawasi.

Akta Jalan, Parit dan  PBPT Bangunan, 1974

Aktiviti-aktiviti yang mempunyai risiko pembentukan lubang benam seperti proses penyahairan (dewatering) dan kesan gegaran akibat pembinaan perlu dikawal dengan ketat.

Undang-undang Kecil  PBPT Bangunan Seragam, 1984

Petunjuk yang boleh didapati di kawasan sensitif formasi Batu Kapur ialah lubang-lubang cetek (shallow holes).

Kerja-kerja kawalan diperlukan sejarak 1000 m dari kawasan sensitif lubang benam.

Kanun Tanah Negara,  Pejabat Tanah 1965 dan Galian Akta Bandar 1976

Perancangan  PBPT dan Desa,  JPBD

Akta Pemuliharaan  Pejabat Tanah Tanah, 1960 dan Galian Akta Kualiti Alam  Jabatan Sekeliling, 1974 Sekitar

Alam

Akta Penyiasatan  JMG Kajibumi 1974

Sumber : Kajian GP Pemuliharaan KSAS, JPBD (2004).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

4.2

Amblesan (Land Subsidence) 

Kawasan amblesan hendaklah dikenalpasti, dipetakan dan dizonkan sebagai KSAS Bencana Geologi dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Kerja pengestrakan air memerlukan kawalan ketat kerana ia menjurus kepada berlakunya amblesan tanah.

Kerja mengekstrak air di kawasan tanah lembap (wetland) tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya akan menyebabkan kerosakan kepada sistem ekologi, amblesan dan kebakaran gambut serta masalah jerebu.

Panduan pemuliharaan perlu dilakukan di semua kawasan sejarak 1000 m dari sempadan kawasan amblesan berlaku.

Petunjuk kejadian amblesan adalah seperti kerosakan struktur dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, hamparan jalan (pavement), parit konkrit dan lain-lain.

4.3

Tumbuhan semula jadi tidak dibenarkan dicabut/dibuang sehingga kerja-kerja pembinaan dimulakan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan secara berperingkat.

Sebarang bentuk cerun yang terdedah hendaklah ditutupi dengan perlindungan sementara (dengan menggunakan plastik sekiranya pembinaan tembok penahan akan dilakukan kemudian) atau penanaman rumput (turfing) dengan serta merta sekiranya cerun tersebut adalah cerun kekal.

Menyediakan perparitan sementara dan kekal yang mencukupi untuk pengaliran air permukaan.

Perangkap kelodak (silt traps) yang sesuai perlu dibina di kawasan tadahan sebelum air disalirkan ke laluan air semula jadi (natural waterway).

Kerja-kerja pembinaan perlulah mematuhi serta merujuk kepada pelan pengurusan alam sekitar (EMP).

Aliran air (outfalls) tidak harus disalir ke kawasan sekeliling atau kawasan pembangunan dan perlu dipelihara.

Punca petunjuk yang dikenal pasti adalah hakisan berbentuk terusan (erosion channel), pelodakan di hilir (downstream siltation) dan gelongsoran tanah.

Hakisan (Erosion) 

Kawasan hakisan kritikal hendaklah dikenalpasti, dipetakan dan dizonkan sebagai KSAS Bencana Geologi dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


22

5.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

GP KHUSUS

5.1 GP Khusus Pemuliharaan

Lubang Benam (Sinkholes)

      

Amblesan (Land subsidence)

  

Garis Panduan Khusus Pemuliharaan Penyiasatan geologi untuk mengenalpasti potensi kawasan lubang benam di kawasan formasi kars hendaklah dijalankan oleh ahli geologi berkelayakan. Pemohon juga hendaklah mengemukakan laporan kestabilan tanah dan kaedah pengawalan terhadap kawasan lubang benam. Teknik geofizikal seperti mikro graviti, ground penetrating radar atau kaedah resistiviti boleh digunakan untuk mengesan pembentukan lubang benam samada secara semulajadi atau akibat tindakan manusia. Bagi kawasan yang dikesan, kerja-kerja penggalian perlu dibuat untuk mengenalpasti rongga di dalam lapisan batu kapur tersebut. Penyediaan Peta Bencana diperlukan bagi kawasan lubang benam dengan menunjukkan keratan rentas dan data yang terlibat seperti bangunan, jalan raya dan perimeternya. Penurunan paras air bawah tanah tidak dibenarkan melebihi 1 m. Zon penampan 1000m dari kawasan lubang benam yang dikenalpasti perlu diadakan untuk kerja-kerja kawalan. Penyiasatan geologi untuk mengenalpasti potensi kawasan amblesan hendaklah dijalankan oleh ahli geologi berkelayakan. Pemohon juga hendaklah mengemukakan laporan kestabilan tanah dan kaedah pengawalan terhadap kawasan amblesan tanah. Dengan bantuan penyiasatan geoteknikal, peta bencana boleh dihasilkan dan pengawalan pembangunan yang lebih khusus perlu diperkenalkan terutamanya berkaitan dengan pengekstrakan dan penurunan paras air bawah tanah di kawasan sekeliling. Contohnya, kriteria yang ditetapkan supaya penurunan satu meter (1 meter) boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada keadaan. Pemetaan geologi terperinci dan penilaian semula risiko amblesan tanah hendaklah diteruskan sehingga ke peringkat pembinaan. Pengawasan geologi dan geoteknikal hendaklah dijalankan semasa kerja-kerja pembinaan. Peringkat pelaksanaan kerja-kerja asas bangunan dan pemuliharaan tanah hendaklah dikawal dengan kaedah mitigasi yang bersesuaian.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN ALAM SEKITAR (KSAS) SIMPANAN MINERAL DAN BENCANA GELOGI

Hakisan (Erosion)

 

   

23

Garis Panduan Khusus Pemuliharaan Kawalan penentuan di dalam EMP. Semua operasi kerja tanah patut diperkenalkan darjah/intensiti hakisan (degree of erosion) terkawal dan aktiviti ini perlu dikawal rapi (Peta Potensi Hakisan walaupun berguna tetapi penggunaannya terhad memandangkan semua bahan bumi mempunyai darjah hakisan yang berlainan). Klausa kawalan hakisan dalam kerja-kerja tanah di dalam kontrak patut dijadikan satu mandatori sekiranya munasabah atau diperlukan. Kerja tanah lebih sesuai dijalankan pada musim kering dan hendaklah dijadualkan secara berperingkat bagi mengelakkan pendedahan tanah kepada proses hakisan. Kebenaran untuk melakukan kerja–kerja tanah perlu dimasukkan juga keperluan menyediakan kawalan kelodak (silt control) dan penanaman rumput (turfing) dengan penekanan penguatkuasaan yang ketat. Struktur-struktur pemuliharaan tanah diperlukan seperti berikut: o Parit dan laluan air dengan dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput; o Perangkap kawalan kelodak (silt/pits); o Teres-teres bagi menyekat laluan air; o Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam. Amalan agronomi digalakkan di kawasan pertanian yang bercerun untuk mengawal hakisan. Amalan agronomi termasuklah: o Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah; o penanaman rumput (turfing) di kawasan tebing; o Penanaman tanaman penutup bumi seperti kekacang; o Penanaman secara mengikut kontur; o Penanaman tanaman padat yang dapat melindungi permukaan tanah.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


24

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

5.2 GP Khusus Pembangunan KSAS/Topiktopik Lubang Benam (Sinkholes) i) Kawasan yang terjadi lubang benam secara semulajadi

Tahap Kesensitifan

Aktiviti* Dibenarkan

Aktiviti* Dibenarkan dengan syarat* Aktiviti*

Syarat

Aktiviti* tidak dibenarkan

Catitan / Lokasi / Buffer

a)

ii) Kawasan yang terjadi lubang benam akibat aktiviti pembangunan b) Amblesan (Land subsidence) i) Tanah Rendah (serap air); GWL: 0 - 2m

2

3

Penyelidikan

 Kawasan lapang

 Papan tanda peringatan hendaklah ditempatkan di kawasan strategik

 Bangunan

 EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

2

 Pengekstrakan Air  Bangunan

 Tertakluk kepada kelulusan JMG  EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

ii) Tanah Rendah (kalis air); GWL: 0 – 2m

3

 Bangunan

 EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

iii) Ketinggian sederhana; GWL: > 2m

3

 Bangunan

 EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 Bangunan

 Kejadian berlaku di kawasan batu kapur dan kawasan lombong bawah tanah lama.  Zon penampan tidak diperlukan  Proses nyah-air dan gegaran semasa kerja pembinaan boleh menyebabkan lubang benam

 Semua kerja pengekstrakan air bawah tanah hendaklah mendapat kelulusan JMG dan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Air Negeri.  Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon. Kerjakerja penilaian sumber air tanah dan cadangan kerja pengambilan air tanah hendaklah dibuat oleh Orang Yang Berkelayakan sebagaimana Seksyen 8 Akta Penyiasatan Kajibumi 1974.  Semua aktiviti kerjatanah hendaklah disertakan dengan langkah melindungi tanah dari hakisan semasa pembinaan dan setelah diduduki.  Perancangan dan pembinaan perlu mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling:1. Akta kualiti Alam Sekeliling 1974 2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN ALAM SEKITAR (KSAS) SIMPANAN MINERAL DAN BENCANA GELOGI

KSAS/Topiktopik Hakisan (Kerja tanah) i) Kawasan tambak

Tahap Kesensitifan

Aktiviti* Dibenarkan

Aktiviti* Dibenarkan dengan syarat* Aktiviti*

Syarat

Aktiviti* tidak dibenarkan

c)

 Bangunan

 EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

 Bangunan

 EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

3

ii) Kawasan potong dengan tanah terhakis

3

iii) Kawasan potong dengan tanah kurang terhakis

3

iv) Kawasan terlindung hakisan

3

 Bangunan

 Bangunan

 EMP diperlukan semasa fasa pembinaan  EMP diperlukan semasa fasa pembinaan

25 Catitan / Lokasi / Buffer

 Semua aktiviti kerjatanah hendaklah disertakan dengan langkah melindungi tanah dari hakisan semasa pembinaan dan setelah diduduki.  Perancangan dan pembinaan perlu mematuhi undangundang sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling: 1) Akta kualiti Alam Sekeliling 1974 2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 4) Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) JPS

(Sumber : Kajian KSAS 2004) AKTIVITI – BUTIR-BUTIR: Bangunan: Industri; Komersil; Institusi; Perumahan; Kawasan Lapang Infrastruktur: Parit; Jalanraya; Pengambilan air (Awam, persendirian, perumahan, industri) Fasa Pembinaan: Kerjatanah; Nyah-air (dewatering); Gegaran SINGKATAN: EMP – Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environment Management Plan) GWL – Aras Air Bawah Tanah (Ground Water Level) NOTA: Darjah Kesensitifan (Kategori): 1 = Tiada Pembangunan Kecuali Aktiviti Penyelidikan 2 = Aktiviti Berimpak Rendah Dibenarkan Tanpa Pertukaran Guna Tanah 3 = Pembangunan Terkawal (Dengan Syarat-Syarat Tertentu)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


26

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1180 Email: bpp@townplan.gov.my Laman web: http://www.townplan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.