GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Toksid

Page 1

DRAF 29/4/2011

Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Toksid



Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Toksid

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Cetakan Pertama 2010

ďƒ’ Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

978-983-2773-98-6

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170


Pemberitahuan GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu         

Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.

GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain. GP ini juga menggantikan GP Piawaian Perancangan Kawasan Tasik (JPBD 2/2000) 29 April 2011

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


ISI KANDUNGAN 1.

MUKA SURAT

SKOP

1.1 Definisi Kawasan Tapak Pelupusan Sisa 1.2 Kawasan Bekas Dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dan Toksid Sebagai Ksas 1.3 Kategori Kawasan Bekas Dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dan Toksid

1 2 2 3

2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

3

3.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA

4

4.

GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN

6

5.

GARIS PANDUAN KHUSUS

7

2.1 Keselamatan 2.2 Pemeliharaan 2.3 Mencukupi Dan Berkesan

3.1 Dasar Sedia Ada 3.2 Akta/Perundangan Berkaitan

4.1 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal 4.2 Tapak Pelupusan Sisa Toksid 4.3 Tapak Incinerator

5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan

3 3 3

3 3

6 6 6 6


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID 1.

SKOP

1.1

DEFINISI KAWASAN TAPAK PELUPUSAN SISA

Bekas kawasan dan tapak pelupusan sisa pepejal dan toksid dalam GP ini meliputi definisi seperti berikut: a. Tapak Pelupusan Sisa Tempat atau kawasan di mana sisa dilupuskan dengan selamat di sesuatu kemudahan penimbusan tanah atau yang lain-lain kemudahan yang bergantung kepada jenis dan ciri-ciri bahan sisa tersebut. b. Sisa Pepejal Sisa buangan pepejal terdiri daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid seperti sisa pepejal domestik daripada sisa-sisa makanan; 

buangan barang-barang pukal seperti rangka/bingkai kenderaan, barangan elektrik, perabot, tayar buruk dan sebagainya;

buangan daripada perlombongan dan kuari;

bahan buangan pengorekan dan bangunan;

daripada pecahan

sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir, lembu, sekam padi dan kayu;

sisa buangan waste); dan

non Toxic Industrial waste.

c.

taman

(garden

Sisa Toksid

Merujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekitar Alam Sekeliling, 1974 seperti berikut:  Mineral Oil Wastes;  Organic Chemical Wastes dan Other Organic Chemical Wastes;  Organic Solvent Wastes;  Organic Chemical Wastes;  Wastes Containing Mercury;  Pesticides Wastes;  Inorganic Chemical Wastes; dan  Other Wastes. d.

Incinerator

Merupakan suatu alat untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran iaitu

Mass Burning Loji pembakaran bahan buangan pepejal dan sampah-sarap secara besar-besaran.

Refuse Derived Fuel Sampah-sarap diasingkan dan diklasifikasikan mengikut bahagian tertentu seperti bahan buangan umum (buangan pepejal dan kumbahan) dan bahan buangan industri. Seterusnya pemilihan bahagian yang boleh

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1


2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID diguna semula atau yang tidak boleh dibakar, dibuat dan seterusnya dihancurkan sebelum dimasukkan ke dalam incinerator untuk pembakaran. 1.2

KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN TOKSID DALAM KONTEKS KSAS

Proses perbandaran yang semakin pesat menyebabkan pertambahan buangan sisa-sisa pepejal di negara ini. Hal ini menyumbang kepada peningkatan jumlah bahan buangan ini memerlukan tapak pelupusan sisa pepejal yang luas serta pengendalian yang sistematik supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesejahteraan orang ramai. Bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dan toksid berpotensi mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan manusia jika tidak dilupus, dirawat dan disimpan dengan betul. Oleh itu, kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dan toksid merupakan kawasan sensitif alam sekitar yang memerlukan tindakan pemuliharaan yang menyeluruh untuk mengelakkan berlakunya implikasi negatif.

Foto 1 : Contoh tapak pelupusan sisa pepejal toksid yang tidak dijaga

1.3

KATEGORI KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN TOKSID

Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dan toksid dikategorikan sebagai KSAS berisiko bencana dari segi kebakaran, pencemaran alam sekitar dan pembebasan gas toksid. Justeru, pembangunan di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal tanpa kawalan boleh mengakibatkan risiko bencana.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID 2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

2.1

Keselamatan

Tapak pelupusan sisa pepejal adalah selamat pada setiap masa tanpa kesan negatif kepada alam sekitar. Struktur incinerator sesuai dengan kawasan sekitar. Zon khas dibentuk untuk tapak pelupusan sisa pepejal dan toksid. Menyediakan zon penampan yang secukupnya. 2.2

Pemeliharaan

Pembangunan di kawasan tadahan dikawal. Tapak yang sesuai dan tidak memberi kesan negatif kepada pembangunan lain di sekitarnya. 2.3

Mencukupi dan Berkesan

Kemudahan yang disediakan adalah selamat, cukup dan efisien.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3



4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID

3.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA

3.1

DASAR SEDIA ADA Penerangan

Dasar Agenda (Bahagian 7)

21

 Promoting sustainable human settlement development.  Menggalakkan penyediaan bersepadu infrastruktur alam sekitar untuk air, perparitan, perawatan najis dan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam sekitar penempatan dan tempat bekerja.

Basel Convention on the Control of Transboundary Movement of Hazardous Waste

 Mengurangkan pengeluaran dan pemindahan sisa berbahaya, dan melupuskannya sedekat mungkin dengan puncanya.

Pelan Perancangan Jangka Panjang 3 (OPP3)

 Mempercekap pengurusan sisa pepejal, sisa toksid dan sisa perindustrian.

Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8)

 Mengurangkan intensiti tenaga, bahan, pencemaran dan sisa daripada aktiviti perbandaran dan perindustrian.

Rancangan Negara

 Mengutamakan kaedah mengurangkan pembuangan sisa melalui teknologi pengurangan sisa (Waste minimization technologies).

Fizikal

 Mempertimbangkan kesan membina kemudahan pelupusan sisa tambahan berbanding dengan kemudahan off-site recovery dan sebaliknya.  Mempertimbangkan pembinaan wilayah timur dan utara. Dasar Sisa Pepejal

stesen

 Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu, kos efektif dan mampan.

pemindahan

yang

di

menyeluruh,

 Memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R, rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID

3.2

AKTA/PERUNDANGAN BERKAITAN Akta/Undang-undang

Agensi

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 267)

 Jabatan Alam Sekitar

Akta Kerajaan Tempatan 1976

 Jabatan Kerajaan Tempatan

(Akta 171)

 Pihak Berkuasa Tempatan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

 JPBD

(Akta 172)

 PBPT

Akta Pengurusan Sisa Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

Pepejal

dan

 Jabatan Pengurusan Sisa pepejal Negara

5


6 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID 4.

GARIS PANDUAN UMUM

4.1

TAPAK PEPEJAL

PELUPUSAN

4.2 SISA

Sebarang bentuk pembangunan semula dibenarkan selepas tempoh 10 tahun dengan merujuk GP Pembangunan Semula Kawasan Brownfield.

Sistem pengumpulan air resapan dan gas di tapak sedia ada perlu dinaik taraf merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.

Tapak sedia ada perlu dipagar dan dilanskap.

Semua tapak baru tidak dibenarkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5000 meter dari sungai utama atau 500 meter dari anak sungai.

Semua tapak baru perlu mempunyai sistem pengumpulan air resapan, sistem pengumpulan gas dan suatu lapisan tidak telus cecair di dasar tapak berkenaan. Rekabentuk sistem saliran tapak pelupusan ini perlu merujuk kepada (JPS).

TAPAK PELUPUSAN SISA TOKSID

 Pembangunan semula tidak dibenarkan.  Tapak sedia ada dilanskapkan.

perlu

dipagar

dan

 Semua tapak baru tidak dibenarkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5000 meter dari sungai utama atau 1000 meter dari anak sungai.  Tiada pembangunan perumahan, sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar 1000 meter dari tapak pelupusan sisa toksid. 4.3

TAPAK INCINERATOR

 Pembangunan semula tidak dibenarkan  Zon penampan bagi tapak incinerator perlu merujuk-

Keperluan EIA, LCP dan Bahagian VA Akta 172 (Perintah Pemeliharaan Pokok);

-

Tapak Incinerator Berskala kecil – Zon Penampan sekurang-kurangnya 10 meter.

Semua tapak baru tidak dibenarkan menerima sisa terjadual atau sisa toksid.

-

Tapak Incinerator Berskala sederhana – Zon Penampan di antara 200-500 meter.

Tiada pembangunan perumahan, sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar 500 meter dari tapak pelupusan sisa pepejal.

-

Incinerator Berskala besar – Zon Penampan ialah 500 meter.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID

GP KHUSUS PEMULIHARAAN

5.1

GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

KSAS/ Kategori

Tapak pelupusan sisa pepejal

Tahap Kesensitifan

5.

1

Aktiviti Dibenarkan

Penyelidikan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat

Aktiviti

Syarat

Tiada

Tiada

Aktiviti tidak dibenarkan

 Perumahan  Sekolah  Hospital  Penggunaan air bawah tanah

7

Catatan / Garis panduan

Perancangan dan pembinaan tapak pelupusan sisa baru perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling: 

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974; dan

“Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines for the Municipal Solid Waste and Sewage Treatment and Disposals Projects” yang disediakan oleh JAS

Semua tapak pelupusan sisa baru tidak dibenarkan ditempatkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5km sungai utama atau 500m anak-anak sungai.


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID

8

Sambungan...

Tapak Pelupusan Sisa Toksid

Tahap Kesensitifan

KSAS/ Kategori

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Dibenarkan

1

Penyelidikan

Aktiviti

Syarat

Hanya aktiviti penyelidikan

Tiada

Aktiviti tidak dibenarkan

 Perumahan  Sekolah  Hospital  Penggunaan air bawah tanah

Catatan / Garis panduan

Perancangan dan pembinaan tapak pelupusan sisa baru perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling: 

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974; dan

“Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines for the Municipal Solid Waste and Sewage Treatment and Disposals Projects” yang disediakan oleh JAS

Semua tapak pelupusan sisa baru tidak dibenarkan ditempatkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5000 meter sungai utama atau 1000 meter anakanak sungai.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSID

9

Sambungan.......

Tapak Incinerator

Tahap Kesensitifan

KSAS/ Kategori

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Dibenarkan

1

Penyelidikan

Aktiviti

Syarat

Tiada aktiviti dibenarkan selain penyelidikan

Tiada

Aktiviti tidak dibenarkan

 Perumahan  Sekolah  Hospital  Penggunaan air bawah tanah

Catatan / Garis panduan

Perancangan dan pembinaan tapak pelupusan sisa baru perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling: 

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974; dan

“Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines for the Municipal Solid Waste and Sewage Treatment and Disposals Projects” yang disediakan oleh JPS

Zon penampan bagi Tapak Incinerator:  Memenuhi keperluan bahagian VA Akta Pemeliharaan Pokok);

EIA, 172

LCP dan (Perintah

 Tapak incinerator berskala kecil – Zon Penampan sekurang-kurangnya 10 meter; dan  Tapak incinerator berskala sederhana – Zon Penampan di antara 200-500 meter. Tapak incinerator berskala besar – Zon Penampan ialah 500 meter.


10 Sambungan...

Bekas tapak pelupusan sisa pepejal

Tahap Kesensitifan

KSAS/ Kategori

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Dibenarkan

1

Penyelidikan

Zon penampan 500m bagi tapak pelupusan sisa pepejal

3

Zon penampan 1 km bagi tapak pelupusan sisa toksid

3

Komersial Industri

Aktiviti

Syarat

Tiada aktiviti lain selaian penyelidikan.

Tiada

Tiada aktiviti lain selain Komersial Industri.

Tiada

Aktiviti tidak dibenarkan

Semua aktiviti pembangunan tidak dibenarkan

 Perumahan

Catatan / Garis panduan

Tanah tercemar bekas pelupusan tapak pepejal tidak sesuai dibangunkan untuk sebarang pembangunan sekurang-kurangnya 20 tahun disebabkan risiko pemendapan tanah, kebakaran dan pembebasan gas toksid.

Kajian terperinci diperlukan sebelum kawasan tersebut boleh dibangunkan semula.

Tiada

 Sekolah  Hospital  Penggunaan air bawah tanah

Komersial Industri

Tiada aktiviti lain selain Komersial Industri.

Tiada

 Perumahan

Tiada

 Sekolah  Hospital  Penggunaan air bawah tanah

(Sumber : Kajian KSAS 2004) Nota Tahap Kesensitifan: 1 2 3

= = =

Tiada pembangunan kecuali aktiviti penyelidikan Aktiviti berimpak rendah dibenarkan tanpa pertukaran guna tanah Pembangunan terkawal (dengan syarat-syarat Jabatan tertentu Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1180 Email: bpp@townplan.gov.my Laman web: http://www.townplan.gov.my


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia [Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia] Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.