GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Pertanian Makanana

Page 1

DRAF 29/4/2011

Kawasan Pertanian Makanan


Kawasan Pertanian Makanan

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010


Cetakan Pertama 2010

ďƒ’ Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

978-983-2773-98-6

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170


Pemberitahuan GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu         

Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.

GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain. GP ini akan menggantikan GP Piawaian Perancangan Kawasan Pantai JPBD Bil 6/2000 29 April 2011


ISI KANDUNGAN 1. SKOP 1.1 1.2 1.3

MUKA SURAT 1

Definasi Kawasan Pertanian Makanan Kawasan Pertanian Makanan Sebagai KSAS Kategori Kawasan Pertanian Makanan KSAS

1 1

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

3

3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Dasar Perancangan 3.2 Akta/ Perundangan Berkaitan

4 4 5

4. GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN

6

5. GARIS PANDUAN KHUSUS

13

SENARAI JADUAL Jadual 1 : Kepentingan Kawasan Pertanian Makanan Sebagai KSAS 2 Jadual 2 : Prinsip-Prinsip Umum Pemeliharaan Dan Pembangunan Kawasan Pertanian Makanan 3 Jadual 3 : Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Bagi KSAS Pertanian Makanan Mengikut Aktiviti

SENARAI FOTO Foto 1 : Tanaman padi sebagai sumber makanan negara (staple food) Foto 2 :Buah strawberi antara tanaman yang diusahakan di kawasan Tanah tinggi dan dikomersialkan Foto 3: Penternakan ikan dalam sangkar Foto 3 : Penternakan ayam merupakan salah satu dari penternakan haiwan

1 1 2 2

SENARAI RAJAH Rajah 1 : Had minimum anjakan 100 m daripada ban pantai Rajah 2 : Zon penampan 400 m dengan tanaman hutan bakau

8 8



1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

1.

SKOP

1.1

DEFINISI KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

Kawasan pertanian makanan merangkumi kawasan pertanian tanaman (kawasan padi, sayur-sayuran dan buah-buahan), perikanan air laut, perikanan sungai umum serta aktiviti akuakultur (air tawar dan air payau) dan kawasan penternakan (khinzir, ayam, lembu, kambing dan sebagainya).

1.2

KAWASAN PERTANIAN MAKANAN SEBAGAI KSAS

b) Kawasan Buah-buahan dan SayurSayuran di Tanah Tinggi dan Bercerun

Kawasan buah-buahan dan sayursayuran merupakan antara tanaman makanan asas yang diusahakan. Selain ditanam di tanah rata, ia juga diusahakan di kawasan tanah tinggi yang mempunyai tahap kesensitifan yang tinggi. Suhu yang rendah menyediakan persekitaran yang menggalakkan penanaman buahanbuahan dan sayur-sayuran.

a) Kawasan Jelapang Padi



Kawasan sawah padi diperlukan untuk membekalkan sumber makanan negara (staple food), iaitu sumber makanan asas untuk karbohidrat. Padi diberikan status penting sebagai tanaman strategik yang menjamin keselamatan tanaman makanan (food security crop). Foto 2: Buah strawberi antara tanaman yang diusahakan di kawasan tanah tinggi dan dikomersialkan

c) Kawasan Akuakultur

Foto 1: Tanaman padi sebagai sumber makanan negara (staple food)

Kawasan akuakultur membekalkan sumber perikanan yang menyokong kehidupan masyarakat dan penjana ekonomi. Kawasan akuakultur dijalankan di sungai, bekas lombong

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN dan laut. Jenis-jenis akuakultur adalah penternakan dalam sangkar seperti ikan, kerang dan udang.

1.3

KATEGORI KAWASAN PERTANIAN MAKANAN KSAS

Kategori kawasan pertanian makanan KSAS adalah seperti Jadual 1. Jadual 1: Kepentingan Kawasan Pertanian Makanan

Keperluan Ruang

Persisiran Pantai

♣ ♣

Perikanan Air Payau

Perikanan Air Laut

Penternakan

Sebagai KSAS ♣ ♦

Foto 4: Penternakan ayam merupakan salah satu dari penternakan haiwan

Makanan Asas

Kawasan Penternakan Haiwan Kawasan penternakan haiwan contohnya penternakan ayam, lembu, kambing, dan itik. (Rujuk Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010)

Air Bersih

4)

Jelapang Padi Buah-buahan dan Sayursayuran Perikanan Air Tawar

Impak Sampingan Fungsi Utama

KSAS Bernilai Sokongan Hidup

Tanah Lembap

Foto 3: Penternakan ikan dalam sangkar

Sungai dan Tasik

Kawasan

Tanah Tinggi

KSAS Berisiko Bencana


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN 2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

Jadual 2 Prinsip-Prinsip Umum Pemeliharaan Dan Pembangunan Kawasan Pertanian Makanan Prinsip

i)

Jaminan Keselamatan Makanan

ii) Kawasan Jelapang Padi

iii) Kawasan Pertanian

yang Berkualiti, Produktif dan Berdaya maju

iv) Keselamatan, Kebersihan dan Kesejahteraan Kawasan Sekitar

v) Kaum Tani Berilmu dan Inovatif

vi)

Mesra Alam

vii) Kawasan Tanah Tinggi

Penerangan Dasar Pertanian Negara (DPN) yang sedia ada telah menentukan keseimbangan pengeluaran pertanian bagi menjamin keperluan makanan penduduk. Penyediaan prasarana yang sempurna untuk mencapai matlamat ‘self-sufficiency’ 90 peratus. Penghasilan pertanian dilakukan pada tahap pengeluaran yang bersesuaian dengan kemampuan kawasan pertanian, kesesuaian teknologi dan harmoni dengan struktur sosial populasi setempat. Kawasan pertanian yang menghindarkan unsur-unsur yang mendatangkan ancaman, kerosakan atau kemudaratan kepada keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan kawasan sekitarnya. Semua kaum tani diberi pengetahuan dan maklumat terbaru supaya menjadi golongan berilmu, berinovatif dan berupaya menguruskan aktiviti perladangan dan pertanian secara efisien dan teratur. Pembangunan pertanian secara mampan menghasilkan produkproduk makanan melalui penggunaan kaedah, teknologi dan pengurusan sumber yang berbentuk mesra alam. Kawasan tanah tinggi yang telah diisytiharkan sebagai tanah bukit di bawah Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (dalam Seksyen 3, bahagian II) boleh dipertimbangkan untuk pembangunan pertanian dengan syarat amalan-amalan pemuliharaan tanah yang mengelakkan hakisan digunakan.

(Sumber : Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010))

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3


4 3.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1

DASAR PERANCANGAN Jadual 3 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Bagi KSAS Pertanian Makanan Mengikut Aktiviti

Jenis Aktiviti

Tanaman Padi

Tanaman Buahbuahan dan Sayursayuran

Dasar Berkaitan Dengan Perancangan Fizikal 

Kawasan jelapang padi ditetapkan sebagai kawasan kekal pengeluaran padi untuk mencapai tahap sara diri minimum beras sebanyak 90%.

Kawasan yang tidak produktif di luar jelapang padi akan ditukar untuk kegunaan lain.

Tanah kerajaan yang sesuai dan kawasan padi yang marginal di luar kawasan jelapang akan dizon dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana untuk pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan digalakkan menetapkan rizab kekal bagi Taman Hortikultur (U-Park) di kawasan bandar yang baru dan sedia ada sebagai kawasan penanaman sayuran.

Mempergiatkan usaha pembaikan teknologi melalui:

Akuakultur

Ternakan

-

Penggunaan sistem ternakan berteknologi tinggi dan rawatan air yang cekap; dan

-

Penggunaan automasi dan mekanisasi dalam pengeluaran akuakultur bagi meningkatkan produktiviti dan menjimatkan penggunaan tenaga buruh. Menentukan bekalan daging dan telur ayam-itik mencukupi melalui: -

Pengeluaran ayam-itik secara komersial dengan pendekatan moden dan sistem perladangan berskala besar; dan

-

Pengintegrasian menegak dan mendatar.

Menetapkan kawasan tertentu untuk pengeluaran ayam supaya dapat mewujudkan status bebas penyakit.

Menggalakkan pembangunan mampan melalui: -

Pengeluaran daging khinzir dikhaskan di Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA; ‘Pig Farming Area’) untuk menstabilkan pengeluaran dan pengawalan penyakit serta pencemaran alam sekitar; dan

-

Mengadakan undang-undang yang seragam mengenai standard pengurusan kumbahan.

(Sumber: Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010))


5

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN 3.2

AKTA/PERUNDANGAN BERKAITAN

Akta / Undang-Undang / Peraturan

Agensi

Akta Pemuliharaan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara

 Pejabat Tanah dan Galian

Akta Perikanan 1985

 Jabatan Perikanan

(1) Peraturan-peraturan Perikanan (Sistem Kultur Laut), 1990 dan (2) Peraturan-peraturan Perikanan (Ternakan dan Pemuliharaan Kerang), 1964 (pindaan 1982);

 Jabatan Perikanan

Kaedah-kaedah Perikanan Sungai yang berkuatkuasa di negeri-negeri Kedah (1990), Johor (1984), Kelantan (1978), Perak (1992), Negeri Sembilan (1976), Pahang (1991), Terengganu (1988), Perlis (1990), Melaka (1996) dan Sarawak (1995);

 Jabatan Perikanan

Draft Inland Fisheries Rules (Aquaculture), 2003.

Enakmen Unggas yang berkuatkuasa di Negeri Johor dan Negeri Sembilan

Enakmen Perladangan Ayam Negeri Johor, dan Negeri Sembilan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 Jabatan Perikanan  Jabatan Perkhidmatan Veterinar


6

4.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN i. Kawasan Jelapang Padi a. Guna tanah  Kesemua kawasan jelapang padi dikekalkan.  Tanaman lain tidak dibenarkan di kawasan sawah padi selain daripada jelapang padi.  Tanaman saka khasnya buah-buahan dibenarkan di tapak batas dan rizab jalan ladang dengan syarat tidak mengganggu perairan dan pengaliran air bagi tanaman padi b. Pembangunan Fizikal Dan Landskap  Pembinaan bangunan kekal tidak dibenarkan di kawasan sawah kecuali struktur sementara atau separuh kekal. c. Kawalan Ekologi  Penggunaan baja kimia, racun-racun rumpai, serangga, kulat dan perosak hendaklah terkawal.1

1

Nota : Pembakaran terbuka tidak dibenarkan kecuali seperti dinyatakan dalam Perintah Kualiti Alam Sekililing (Aktiviti yang diisytiharkan)(pembakaran terbuka) 2003 di perenggan 3(e). Pembakaran sekam padi dibenarkan untuk digunakan sebagai baja untuk penanaman padi.


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

7

ii. Kawasan Buah-buahan dan Sayur-Sayuran di Tanah Tinggi dan Bercerun a. Had Pembangunan Pertanian di Kawasan Tanah Tinggi 

Pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi yang berkecerunan kurang daripada 25° dibenarkan dengan syarat: -

-

-

tiada penggunaan jentera berat seperti jengkaut dan jentolak (yang melebihi berat 10 tan atau kuasa kuda jentera melebihi 75 hp) untuk membuka tanah pertanian, pembinaan kolam perangkap mendap yang mematuhi pelepasan pepejal tidak melebihi 100 mg/l, dan Penggunaan ‘rain shelter’ dengan sokongan sistem saliran yang terkawal.

Pembangunan pertanian tidak dibenarkan di kawasan tanah tinggi yang berkecerunan melebihi 25°

Pembangunan melebihi 20 hektar memerlukan kajian EIA.

b. Sistem Pemeliharaan Tanah Secara Lengkap 

Sistem pemeliharaan tanah yang lengkap seperti: -

Penyediaan batas (terracing) untuk menyekat larian air;

-

Empangan kecil untuk menahan had laju air; dan

-

Perangkap kelodak.

-

Amalan agronomi yang baik

c. Zon Penampan Zon penampan diadakan antara tanaman pertanian dengan sungai mengikut rizab sungai yang ditetapkan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN iii. Kawasan Perikanan Akuakultur iv. 2 a. K,kKawasan Akuakultur Di Perairan Laut  Kawasan akuakultur tidak dibenarkan di tempat pengangkutan air dan juga di sekitar tanaman laut.

laluan

bot

atau

b. Kawasan Akuakultur Di Persisiran Pantai 

Had minimum anjakan 100 m daripada ban pantai (rujuk Rajah 1).

Pembinaan kolam tidak boleh melebihi 20% kawasan bakau. Zon penampan 400 m dengan tanaman hutan bakau perlu diadakan dari paras purata air pasang perbani (rujuk Rajah 2).

Rajah 1

Rajah 2

2

Kolam rawatan bagi memproses air kumbahan perlu diadakan sebelum disalurkan ke sungai dan laut; dan perlu menyediakan Kajian EIA sekiranya melebihi 20 hektar


9

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN 

Pusat prasarana, ameniti, kemudahan dan kegunaan yang berkenaan perlu mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1976.

c. Kawasan Akuakultur Di Sungai 

Mengelakkan hakisan dan membangunkan sangkar.

pencemaran

sumber

air

sungai

semasa

Menggalakkan pembangunan akuakultur di kawasan yang mempunyai prasarana asas.

Tidak menggalakkan penggunaan bahan kimia semasa pengendalian hasil lepas tuai

d. Kawasan Akuakultur Di Sungai 

Kawasan yang mempunyai sumber air yang bebas daripada pencemaran dan banjir boleh diusahakan akuakultur air tawar dengan kelulusan daripada Jabatan Perikanan.

Bekas lombong boleh pengawalan yang rapi.

Aktiviti akuakultur tidak dibenarkan di kawasan tadahan air (catchment areas), hutan simpanan, empangan dan tasik statik

digunakan

untuk

aktiviti

akuakultur

dengan

e. Kawasan Akuakultur Di Darat 

Kawasan yang mempunyai sumber air yang bebas daripada pencemaran dan banjir boleh diusahakan akuakultur air tawar dengan kelulusan daripada Jabatan Perikanan.

Bekas lombong boleh pengawalan yang rapi.

Aktiviti akuakultur tidak dibenarkan di kawasan tadahan air (catchment areas), hutan simpanan, empangan dan tasik statik.

digunakan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

untuk

aktiviti

akuakultur

dengan


10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

iv. Kawasan-Kawasan Penternakan Khinzir a. Kawasan Larangan Bagi Ladang Khinzir  Ladang khinzir dilarang di kawasan berikut:di dalam atau berdekatan dengan kawasan tadahan air (catchment areas); berdekatan dengan perumahan, sungai, laut, kolam dan tasik; berdekatan dengan kawasan pertanian khasnya tanaman padi dan kawasan pembangunan; dan dalam kawasan hutan simpanan kekal. b. Perwujudan dan Pengawalan Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA)  Mewartakan Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA);  Menetapkan syarat dan tahap piawaian minimum termasuk param teknikal;  penutupan dan perpindahan ladang khinzir sedia ada yang tidak sesuai ke sistem PFA baru;  sistem kawalan pencemaran yang sesuai di kawasan PFA;  Tindakan penalti ke atas pihak yang mencemarkan alam sekitar dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditentukan  Dikehendaki mendapat kelulusan Majlis sebelum dibenarkan beroperasi;  Hanya dibenarkan dalam zon yang telah ditetapkan;  Satu pengurusan sahaja yang bertanggungjawab ke atas semua aspek pentadbiran PFA tersebut;  Tanaman buah-buahan tidak dibenarkan dalam kawasan PFA;  Rumah kediaman pekerja tidak dibenarkan dalam kawasan PFA kecuali rumah stor dan stesen pekerja sahaja.  Sistem kawalan pencemaran yang komprehensif dengan ciri-ciri:Sistem pengolahan sisa berpusat; Pengolahan efluen terakhir mencapai tahap BOD kurang daripada 50 ppm; Saluran yang berasingan untuk air hujan dan sisa buangan khinzir bagi setiap kandang; Sisa khinzir disalurkan melalui parit konkrit; dan Buangan pepejal dijadikan sebagai kompos.  Sistem kawalan penyakit dan kesihatan awam melalui:-


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

11

Amalan penternakan yang baik;3 Langkah biosekuriti serta sistem disinfeksi yang sempurna; Kaedah pengurangan sumber untuk menghapuskan populasi nyamuk, lalat dan serangga lain; dan Langkah keselamatan dan kesihatan pekerja perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.  Kawasan PFA dikehendaki dipagar untuk menghalangkan pergerakan manusia, kenderaan dan haiwan secara bebas. -

c. Zon Penampan  Perlu diadakan zon penampan yang lebarnya tidak kurang 300 m di sekeliling ladang dan;  Tanaman buah-buahan tidak dibenarkan. v. Kawasan Ladang Ayam a. Pelesenan  Pengusaha yang mengusahakan ternakan ayam perlu mendapatkan lesen perladangan ayam daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. b. Enakmen Perladangan Ayam  Enakmen perladangan ayam yang digunapakai di negeri Johor dan Negeri Sembilan seharusnya digunapakai juga di negeri-negeri lain. c. Kawasan Larangan Bagi Ladang Ayam  Tidak berhampiran dengan parit utama, pengairan dan sungai khususnya yang digunakan sebagai punca bekalan air awam. d. Perwujudan dan Pengawalan Sistem Reban Tertutup  Mewartakan Sistem Reban Tertutup (Close System);

3

Kolam rawatan bagi memproses air kumbahan perlu diadakan sebelum disalurkan ke sungai dan laut; dan perlu menyediakan kajian EIA jika melebihi 20 hektar.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN  Pertukaran Sistem Reban Terbuka yang sedia ada kepada Sistem Reban Tertutup yang mesra alam;  Sistem kawalan pencemaran yang komprehensif dengan ciri-ciri:Mengambil langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang berada di bawah paras indeks 10 (menggunakan scudder fly grill). Program 4 kawalan lalat dibuat dua kali seminggu. Setiap ladang mestilah sentiasa dalam keadaan kering. Mengambil langkah supaya tahi ayam sentiasa kering bagi mengelakkan bau busuk yang mengganggu kesejahteraan awam di kawasan sekitar. Memastikan udara yang disedut keluar dari reban tidak mencemarkan udara, bangunan dan tumbuhan di kawasan berhampiran. Penggunaan racun, hormon dan ubat-ubatan termasuk antibiotik hendaklah mengikut peraturan sedia ada yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.  Sistem kawalan penyakit dan kesihatan awam melalui:- Ayam yang mati akibat penyakit hendaklah ditanam, dibakar atau dilupuskan dengan kaedah perlupusan yang sempurna.Ayam yang dijangkiti penyakit hendaklah diasingkan dan dirawat supaya tidak merebak dan mengambil tindakan kawalan segera. - Memastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, Vancomycin Resistant Enterococci, Salmonellosis, Campylobacter, Lysteria. e. Zon Penampan Sekurang-kurangnya 200m dari kawasan penempatan perumahan, rumah beribadat, sekolah, klinik dan rekreasi).  Sekurang-kurangnya 500 m dari ladang unggas terdekat. 

4

awam

(seperti

Kolam rawatan bagi memproses air kumbahan perlu diadakan sebelum disalurkan ke sungai dan laut; dan perlu menyediakan kajian EIA jika melebihi 20 hektar.


13

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN 5.

GARIS PANDUAN KHUSUS

Jadual 4

KSAS/ Kategori 1)

2)

Kawasan Jelapang Padi yang diperakui oleh Kementerian Pertanian

Kawasan tanaman buahbuahan dan sayursayuran di tanah tinggi

Kegunaan Tanah Di Kawasan Pertanian Makanan Tahap Kesensitifan 2

3

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Syarat

Aktiviti Penanaman padi

Pertanian (khasnya penanaman buah-buahan dan sayursayuran)

Tanaman Saka

Tanaman jangka panjang dan jangka pendek

Aktiviti tidak dibenarkan

Hanya di atas tapaktapak batas dan kawasan rizab yang tidak mengganggu perairan dan penyaliran air

 Aktiviti perkilangan

Kelulusan adalah tertakluk kepada kecerunan tanah.

 Penanaman tidak dibenarkan di tanah tinggi yang berkecerunan melebihi 25°

Tidak dibenarkan sebarang pembangunan di sawah yang dikenalpasti sebagai Jelapang padi kerana berkepentingan nasional.

Tertakluk kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga 1998-2010

Tertakluk pada undangundang dan peraturan sedia ada mengenai pembangunan dan pemuliharaan kawasan tanah tinggi seperti Akta Pemuliharaan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara,

Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun 2000, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan Garis Panduan di kawasan Tanah Tinggi di surat Pekeliling Tahun 2002, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar patut dipatuhi.

 Pembangunan perumahan  Aktiviti perdagangan  4) Kegiatan akuakultur komersial

 Tanaman sayursayuran tidak dibenarkan di topografi berombak, berbukit atau curam yang berkecerunan melebihi 6°

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Catatan / Garis panduan


14

KSAS/ Kategori 3)

Kawasan Akuakultur Di Perairan Laut

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN Tahap Kesensitifan 3

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Syarat

Aktiviti Perikanan

Pemelihar aan ikan marin, kerang

4)

Kawasan Akuakultur Di Persisiran Pantai

3

Perikanan

Pemelihar aan ikan air payau

5)

Kawasan Akuakultur Di Darat (termasuk Tanah Lembap, Sungai, Tasik dan Bekas Lombong)

3

Perikanan

Pemelihar aan ikan air tawar

Di kawasan perairan laut terbuka, kedalaman air tidak kurang dari 20 m; dan

di kawasan selat, teluk atau muara sungai, kedalaman air tidak kurang dari 3 m.

Had minimum anjakan untuk aktiviti akuakultur ialah 100 m dari ban pantai.

Aktiviti tidak dibenarkan

Catatan / Garis panduan

Aktiviti yang membahaya kan hidupan laut.

Tertakluk pada Undangundang

Aktiviti pelepasan kumbahan terus ke laut adalah dilarang.

Aktiviti akuakultur tidak dibenarkan di kawasan takungan air dan hutan simpanan kekal.

Draft Inland Fisheries Rules (Aquaculture) 2003 perlu dipatuhi.

Aktiviti akuakultur secara komersial juga tidak dibenarkan di empangan air


15

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

KSAS/ Kategori 6)

7)

Kawasan Ladang Ternakan Khinzir

Kawasan Ladang Ternakan Ayam

Tahap Kesensitifan 3

3

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti

Ternakan Khinzir

Ternakan Ayam

Syarat

1) Stor

Aktiviti tidak dibenarkan

Catatan / Garis panduan

Penanaman pokok buahbuahan

Rumah kediaman

Garis Panduan ternakan khinzir Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Garis Panduan Perancangan Perusahaan Ternakan Khinzir, 2002, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia perlu dipatuhi.

Pembuangan bangkai ayam di merata tempat adalah dilarang

Pengusaha perlu berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Garis Panduan Ternakan Ayam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu dipatuhi.

2)Pondok pekerja

1)Reban Ayam 2) Stor

Reban disimpan kering dan bersih

(Sumber : Kajian KSAS 2004)

NOTA:

TAHAP KESENSITIFAN: 1 = TIADA PEMBANGUNAN KECUALI AKTIVITI PENYELIDIKAN 2 = AKTIVITI BERIMPAK RENDAH DIBENARKAN TANPA PERTUKARAN GUNA TANAH 3 = PEMBANGUNAN TERKAWAL (DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


16

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1180 Email: bpp@townplan.gov.my Laman web: http://www.townplan.gov.my


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

17


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.