GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Warisan Semulajadi dan Antikuiti

Page 1

DRAF 29/4/2011

Warisan Semulajadi dan Antikuiti


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Warisan Semulajadi dan Antikuiti

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung M


Cetakan Pertama 2010

ďƒ’ Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

978-983-2773-98-6

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Pemberitahuan GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu         

Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.

GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain. 29 April 2011

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung M


KAWASAN WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI Bahagian ini menyentuh kawasan yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan kebudayaan dan warisan semulajadi berdasarkan definisi yang terkandung di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) iaitu: Huraian

Jenis Warisan

Warisan Kebudayaan

Merupakan bentuk ketara struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan yang penting kepada cara hidup rakyat di Malaysia dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semulajadi. •

Monumen

Tapak Warisan

Rizab Arkeologi

Merupakan kawasan bercirikan semulajadi yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri-ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir laut atau manamana tapak semulajadi yang mempunyai nilai-nilai yang menonjol dari pandangan semulajadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semulajadi termasuk flora dan fauna Malaysia. Contohnya:Warisan Semulajadi

Aktif seismik

Berfosil

Manifestasi geothermal (antaranya mata air panas)

Kawasan batu kapur

Air terjun

Mata Air Panas

Koridor Pemandangan Menarik

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

ISI KANDUNGAN

i MUKASURAT

A. KAWASAN TAPAK ARKEOLOGI 1. SKOP

1

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

2

1.1 1.2 1.3

2.1

Definisi Kawasan Tapak Arkeologi Kawasan Tapak Arkeologi Sebagai KSAS Kategori Kawasan Tapak Arkeologi

Prinsip-prinsip Umum Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Tapak Arkeologi

1 2 2

2

3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA

3

4. GARIS PANDUAN UMUM

3

3.1 3.2

Dasar Sedia Ada Akta / Perundangan Berkaitan

4.1 Kawasan Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah 4.2 Zon Penampan

5. GARIS PANDUAN KHUSUS

5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan Kawasan Arkeologi

SENARAI FOTO

Foto 1 : Candi sebagai rizab arkeologi

3 3

3 4

5 5

2

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung M


B. MONUMEN GEOLOGI & TAPAK WARISAN GEOLOGI 1. SKOP 1.1 1.2 1.3

Definisi Kawasan Monumen Geologi dan Tapak Warisan Geologi Sebagai KSAS Kawasan Monumen Geologi dan Tapak Warisan Geologi dalam Konteks KSAS Kategori Kawasan Monumen Geologi dan Tapak Warisan Geologi

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2.1

Prinsip-prinsip Umum Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Monumen Geologi Dan Tapak Warisan Geologi

6 6 8 8

8 8

3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Akta / Perundangan Berkaitan

8 8

4. GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN

9

4.1 Kawasan Monumen Geologi/Khazanah Geologi/ Tapak Warisan Geologi 4.2 Zon Penampan

5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pengurusan 11 5.2 Garis Panduan Khusus Pembangunan 13

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

9 10


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

SENARAI FOTO Foto 2 : Foto 3 : Foto 4 : Foto 5 : Foto 6 : Foto 7 : Foto 8 : Foto 9 : Foto 10:

Kawasan gua batu kapur sebagai tapak warisan geologi Gua Cengkerik, Paradise Valley, Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak Monumen Geologi yang terdiri daripada spleotem merah di Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak Bukit Batu Kapur Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak Daun muda Monofilia sp. berfloresen di batu kapur, Goldfish Wang, Lembah Kinta, Perak Monumen berpandangan indah “Batu Jarum” Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak Puncak yang terdiri daripada kuarzit di Banjaran Mat Chincang, Langkawi Stalaktit (jenis „straw) dan stalagmit kecil dalam gua „Snow Cave‟, Paradise Valley, Lembah Kinta, Perak Hablur halus (kiri) dan hablur jenis „straw‟ (kanan) dalam Gua Kwong Fook Ngean, Kinta, Perak

6 7 7 7 7 7 7 12 12

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung M


C. TAPAK EKOPELANCONGAN / TAMAN ALAM 1. SKOP 1.1 1.2 1.3

Definisi Ekopelancongan / Taman Alam Kawasan Tapak Ekopelancongan / Taman Alam Dalam Konteks KSAS Kategori Kawasan Tapak Ekopelancongan / Taman Alam

14 14 14 14

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 15 2.1

Prinsip-prinsip Umum Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Tapak Ekopelancongan/ Taman Alam

3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Dasar Sedia ada 3.2 Akta / Perundangan Berkaitan

15 16 16 16

4. GARIS PANDUAN UMUM 17

4.1 Perancangan dan Pelaksanaan Projek Ekopelancongan 4.2 Zon Penampan 4.3 Garis Panduan Pembangunan di Sekitar Bukit Batu Kapur dan Gua 4.4 Garis Panduan Perancangan dan Penubuhan Tapak Perkhemahan

5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan

17 17 18 19

20 20

SENARAI FOTO Foto 11 :

Kawasan paya sebagai komponen ekopelancongan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

14


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung M



GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

A. KAWASAN TAPAK ARKEOLOGI

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

1.

Relik Arkeologi

SKOP

1.1 Definisi Kawasan Tapak Arkeologi Definisi Di Bawah Seksyen 2 , Akta Warisan Kebangsaan, 2005 Monumen

Kerja senibina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains

Objek Warisan

Sesuatu objek yang diisytiharkan di bawah s49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51 sebagai objek warisan

Tapak Warisan

Sesuatu tapak termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisan semulajadi, monumen atau bangunan di atas tanah, rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman, pokok atau rizab arkeologi yang ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 24

Rizab Arkeologi

Suatu kawasan yang di dalamnya relik arkeologi terletak

Mana-mana mendapan arkeologi atau artifak, peninggalan atau keterangan matan yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi dan berusia lima puluh tahun atau lebih.

1.2 Kawasan Tapak Sebagai KSAS

Arkeologi

Tapak Arkeologi mempunyai peninggalan sejarah purba yang mempunyai nilai warisan yang tinggi. Kebanyakan tapak arkeologi mudah terganggu oleh faktor alam seperti iklim dan aktiviti pembangunan. Maka adalah penting supaya tapak arkeologi ini dipulihara dan diintegrasi dengan pembangunan.

Foto 1 : Candi sebagai rizab arkeologi

1.3

Kategori Tapak Arkeologi Sebagai Bernilai Warisan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


2 2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

2.1

Prinsip-prinsip Umum Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Tapak Arkeologi

Tapak arkeologi perlu dilihat sebagai :i. ii. iii. iv.

entiti yang kekal; tidak boleh diperbaharui; bernilai tinggi; dan amat sensitif.

Apabila tapak penting arkeologi negara ini dan persekitarannya diancam oleh kesan pembangunan, keutamaan dan kepentingan hendaklah memihak kepada pengekalan bentuk fizikal tapak tersebut.

3.

DASAR DAN SEMASA

PERUNDANGAN

3.1 Dasar sedia ada Dasar Pengekalan Warisan Negara menyatakan bahawa “Semua bahan warisan sama ada mudah alih atau tidak mudah alih yang telah menepati kriteria kepentingan sejarah atau seni bina mesti dilindungi dari kepupusan”.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

KSAS Bernilai Warisan  Fungsi utama  Tapak arkeologi mempunyai kesan aktiviti manusia di masa lampau yang tidak boleh diganti. Ia termasuk rumah ibadat, tanah perkuburan, medan pertempuran, kubu pertahanan, gua, ladang pertanian dan monumen. Jika kesan ini hilang atau dibiarkan lenyap oleh aktiviti pembangunan, maka kita akan hilang peluang untuk mengetahui sejarah dan aktiviti manusia di masa lampau. 3.2 Akta/Perundangan Berkaitan Perundangan 1. Perlembagaan Persekutuan 2. Akta Warisan Kebangsaan 2005 3. Kanun Tanah Negara 1965 4. Akta Perhutanan Negara 1984 5. Akta Pengambilan Tanah 1960 6. Akta Kerajaan Tempatan 1976

Agensi Pelaksana Agensi Kerajaan yang berkaitan Jabatan Warisan Negara Pejabat Tanah dan Daerah Jabatan Perhutanan Pejabat Tanah dan Daerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

7. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

PBPT

8. Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974

Jabatan Mineral dan Geosains


3

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

4.

GARIS PANDUAN UMUM

4.1

Kawasan Monumen Lama Tapak Tanah Bersejarah

dan

Tapak warisan kebudayaan ketara (termasuk kawasan, monumen dan bangunan) perlu berdasarkan kepada Daftar Warisan Kebangsaan yang disediakan oleh Jabatan Warisan Negara. Semua monumen Lama, Tapak Tanah Bersejarah dan Rizab Arkeologi perlu diwartakan. Penyediaan Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas) perlu mengambilkira tapak warisan kebudayaan ketara dan tapak warisan semulajadi mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Kerja-kerja di atas tapak monumen atau berhampiran monumen perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pemohon perlu mendapatkan persetujuan Pesuruhjaya Warisan mengenai tapak warisan sebelum memohon Kebenaran Merancang daripada PBPT.

Pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan perlu mengikut pelan pengurusan pemuliharaan yang disediakan.

Semua aktiviti menggali atau excravation perlu mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara.

Monumen mempunyai kepentingan nasional dan perlu dikekalkan di tempat asal.

4.2 Zon Penampan 

Penyediaan zon penampan perlu untuk mengasingkan kawasan warisan daripada aktiviti yang tidak sesuai. Zon penampan boleh dalam bentuk seperti jalan raya, kawasan lapang atau bangunan.

Bangunan di dalam zon penampan perlu diambilkira dari segi merit dan hanya akan dibenarkan jika pembangunan tersebut bersesuaian dengan bangunan sekeliling dan keseluruhan bandar secara amnya.

Penguatkuasaan yang tegas ke atas pembangunan baru di dalam zon penampan hendaklah dilaksanakan untuk mengekalkan vista yang signifikan dan pemandangan sekitar kawasan warisan.

Pembangunan fizikal di dalam zon penampan hendaklah bersesuaian dengan bangunan sediada di dalam kawasan warisan.

4

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia



GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

5

5.

GARIS PANDUAN KHUSUS

5.1

Garis Panduan Khusus Pembangunan Kawasan Arkeologi

KSAS/ Kategori

Tahap Kesensitifan

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Syarat

Aktiviti tidak dibenarkan

Monumen Lama, Tapak Tanah Bersejarah dan Rizab Arkeologi

1

Aktiviti pemuliharaan dan penyelidikan

Tiada sebarang aktiviti pembangunan dibenarkan di dalam atau di sempadan kecuali dengan kebenaran Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara

Tapak Warisan (Zon Warisan)

2

 Aktiviti penyelidikan  Kawasan lapang

Sebarang aktiviti tidak dibenarkan tanpa kebenaran Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara.

Bangunan Bersejarah dan Senibina tradisi

Nota:

3

Perdagangan terutama galeri dan pejabat

 Kediaman  Institusi  Kemudahan Masyarakat

 Untuk kediaman single family unit  Mematuhi garis panduan ICOMOS

 Kegunaan Industri

Catatan / Garispanduan  Tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005.  Pengenalpastian zon penampan di sekeliling tapak perlu disediakan mengikut ketetapan Jabatan Warisan Negara.  Tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005.  Pengenalpastian zon penampan di sekeliling tapak perlu disediakan mengikut ketetapan oleh Jabatan Warisan Negara.  Nasihat Jabatan Warisan Negara harus didapati sebelum Kebenaran Merancang diberi.  Bangunan di senaraikan sebagai „listed buildings‟ di bawah Rancangan Tempatan.  Tidak dibenarkan apa jua pembangunan, pengubahsuaian dan perobohan bangunan tanpa kebenaran. daripada pihak PBPT.  Kebenaran merancang hanya diberi setelah mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Warisan Negara.

Tahap Kesensitifan: 1 = Tiada pembangunan kecuali aktiviti penyelidikan 2 = Aktiviti berimpak rendah dibenarkan tanpa pertukaran gunatanah 3 = Pembangunan terkawal (dengan syarat-syarat tertentu) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

B. MONUMEN GEOLOGI & TAPAK WARISAN GEOLOGI

1. 2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

S


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

1.

6

SKOP

1.1 Definisi Monumen Geologi dan Tapak Warisan Geologi Kategori

Taman Geologi

Monumen Geologi

Penerangan Taman geologi mesti mempunyai gabungan beberapa sistem geologi atau landskap yang bernilai warisan tinggi dan secara keseluruhan menunjukkan keunikan tabii yang luar biasa. Taman Geologi biasanya akan mengandungi beberapa geotop atau geo-tapak. Monumen atau tugu geologi ditakrifkan sebagai tapak atau kawasan yang mempunyai satu sistem geologi atau landskap bernilai warisan unggul, khusus untuk nilai saintifik atau estetik. Monumen geologi boleh mengandungi beberapa geotop di dalamnya.

Tapak Terpelihara

Tapak terpelihara geologi adalah yang mengandungi satu atau beberapa fitur geologi atau landskap yang bernilai warisan unggul. Lazimnya mengandungi satu geotop.

Landskap Berpandangan Indah

Kawasan landskap berpandangan indah adalah kawasan atau tapak yang menunjukkan ciriciri geomorfologi cantik, bernilai estetik tinggi dan sesuai untuk tujuan rekreasi. Ia boleh mengandungi satu atau beberapa geotop.

Foto 2: Kawasan gua batu kapur sebagai tapak warisan geologi

Tugu geologi terdiri daripada m armar yang m engalam i pelarutan, digunakan dalam k elandar Persatuan Geologi Malaysia (2002), Gunung Rapat, Kinta Perak .

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


7

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Foto 3 : Gua Cengkerik, Paradise Valley, Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak

Foto 6 : Daun muda Monofilia sp. berfloresen di batu kapur, Goldfish Wang, Lembah Kinta, Perak

Foto 4 : Monumen Geologi Yang Terdiri Daripada Spleotem Merah Di Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak

Monumen b erpandangan indah b ukit Foto 7 : Monumen berpandangan indah batukapur, yang dinamakan seb agai “Batu Jarum” Gunung Rapat, ‘Batu Jarum’ Gunung Rapat, Kinta, Perak. Lembah Kinta, Perak.

Foto 5 : Bukit Batu Kapur Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 8 : Puncak yang terdiri daripada kuarzit di Banjaran Mat Cinchang, Langkawi.


8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI 1.2 Kawasan Monumen Geologi Dan Tapak Warisan Geologi dalam Konteks KSAS Kepentingan khazanah geologi sebagai warisan adalah sangat penting kerana pemusnahan sesuatu biotop boleh dibaik pulih melalui tanaman semula atau dengan penyuburan (nurturing) biotop tersebut. Pemusnahan geotop merupakan lambang dan rekod sejarah serta peristiwa detik geologi kuno tidak boleh diganti atau dipulihkan semula. Jika fitur geotop tersebut adalah satusatunya bagi meneruskan proses geologi sejak beberapa ribu atau juta tahun dahulu, maka pemeliharaan dan pemeliharaan fitur ini adalah amat penting. 1.3 Kategori Kawasan Monumen Geologi Dan Tapak Warisan Geologi KSAS Bernilai Warisan Fungsi Utama  Mempunyai kepentingan dan nilai tinggi untuk dipelihara.  Sistem geologi yang unggul, khususnya untuk nilai saintifik dan estetik.

KSAS Berisiko Bencana Fungsi Sampingan

2.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

2.1

Prinsip-prinsip Umum Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Monumen Geologi Dan Tapak Warisan Geologi Tapak arkeologi sebagai:i. ii. iii. iv.

perlu

dilihat

entiti yang kekal tidak boleh diperbaharui; bernilai tinggi; dan amat sensitif.

3.

DASAR DAN SEMASA

PERUNDANGAN

3.1

Akta / Perundangan Berkaitan

Senarai perundangan yang mempunyai kaitan dengan warisan semulajadi dan antikuiti adalah :Perundangan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 Perlembagaan Persekutuan Kanun Tanah Negara 1965 Akta Perhutanan Negara 1984 Akta Pengambilan Tanah 1960 Akta Kerajaan Tempatan 1976

Agensi Pelaksana Jabatan Warisan Negara Semua Agensi Kerajaan Pejabat Tanah dan Daerah Jabatan Perhutanan Pejabat Tanah dan Daerah Pihak Berkuasa Tempatan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


9

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI Perundangan

7.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

PBPT

8.

Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

9.

Akta Pembangunan Mineral

10. Akta Perikanan 1985 11. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1985 12. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan) 1988 13. Akta Taman Negara 1980 (Pindaan) 1983 14. Akta Pemuliharaan Tanah 1960 15. Kaedah-kaedah Kuari Selangor 2003

4.

Kawasan pemuliharaan perlu ditandakan di atas pelan. Kajian sempadan perlu dibuat jika kawasan ini akan diisytiharkan atau diwartakan oleh pihak kerajaan.

Tujuan pemuliharaan hendaklah mengikut kategori pemuliharaan kawasan tersebut (contohnya sebagai Taman Geologi, Tugu / Monumen Geologi, Tapak Geologi atau sebagai Kawasan Berpandangan Indah).

Permohonan untuk pemuliharaan perlu dikemukakan kepada PBT atau Pejabat Daerah. JMG Negeri atau Persekutuan mesti dirujuk sebelum permohonan diluluskan.

Pengisytiharan kawasan sebagai khazanah geologi akan dilakukan oleh Pesuruhjaya Warisan Kebangsaan.

Jika kawasan tersebut didapati di dalam hutan simpan kekal, pemuliharaan boleh dibuat melalui Akta Perhutanan (Hutan Lipur dan lain-lain).

Pemuliharaan kawasan Khazanah Geologi dalam hutan simpan kekal boleh dibuat melalui Akta Perhutanan manakala pemuliharaan khazanah geologi di pulau boleh dibuat melalui Akta Perikanan atau Akta Perhutanan.

JMG Jabatan Perikanan Jabatan Alam Sekitar Jabatan PERHILITAN Jabatan Perhutanan Jabatan PERHILITAN KPTG PTG

GARIS PANDUAN PEMULIHARAAN

JMG

UMUM

Garis panduan umum kawasan monumen geologi dan tapak warisan monumen adalah seperti berikut: 4.1

geologi dan kepentingan tahap nilai khazanah yang perlu dipelihara.

Agensi Pelaksana

Kawasan Monumen Geologi / Khazanah Geologi / Tapak Warisan Geologi

 Menyediakan laporan kajian terperinci yang disahkan oleh Jabatan Warisan Negara mengenai jenis khazanah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI 

Pemuliharaan khazanah geologi di tanah lapang atau tanah milik orang ramai boleh dibuat di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Pemuliharaan bertujuan pendidikan mestilah memberi maklumat secukupnya sebagai terbitan, risalah dan brosur.

Penyelidik mesti mendapat kebenaran bertulis untuk memasuki ke kawasan tersebut.

Kemudahan asas untuk aktiviti ekopelancongan yang mampan dan berimpak rendah boleh disediakan untuk pengunjung seperti di kawasan Taman Geologi.

Jika kawasan pembangunan didapati mengandungi tapak atau kawasan berciri warisan geologi, kajian perlu dilakukan oleh perunding geologi yang bertauliah. Penilaian tentang kepentingan tapak bagi kawasan yang mempunyai nilai luar biasa atau tinggi permohonan untuk diisytiharkan sebagai geotapak atau khazanah geologi boleh dibuat di bawah Akta Warisan Kebangsaan. Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengisytiharkan tapak atau kawasan sebagai kawasan khazanah geologi, monumen geologi, geotapak atau geotop dengan kerjasama dari pihak JMG, LESTARI dan ahli geologi yang bertauliah di bawah Akta Warisan Kebangsaan, Akta Perancangan Bandar

dan Desa, Akta Perikanan Negeri (jika meliputi sebahagian pantai) atau Akta Perhutanan Negara (Hutan Lipur). 

Kawasan khazanah geologi yang luas dan mengandungi beberapa geotapak atau geotop di dalamnya boleh diisytiharkan sebagai Taman Geologi Negeri, Taman Geologi Negara, Taman Laut atau Taman Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan, Akta Perhutanan Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa atau Akta Perikanan Negara.

4.2 Zon Penampan 

Zon penampan perlu diadakan mengelilingi Taman dan Monumen Geologi. Hanya pembangunan intensiti rendah dibenarkan di dalam zon penampan.

Jika monumen atau tapak geologi terdiri dari bukit batu kapur, zon penampan hendaklah 2 kali ganda jarak cerun tegak atau tebing tegak bukit batu kapur pada sempadan tersebut. Semua jenis pembangunan tidak dibenarkan di zon tampan seperti ini.

Bagi kawasan geotapak (geological site), zon penampan tidak diperlukan bagi kawasan yang pemuliharaan amat kecil seperti tapak spesifik kehadiran fosil.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


11 5.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

GARIS PANDUAN KHUSUS

5.1 Garis Panduan Khusus Pengurusan Garis Panduan Kawalan Pemusnahan Fitur Geologi, Grafiti dan Vandalisme

 Kawasan tapak geologi yang diisytiharkan sebagai khazanah geologi mesti dipagar. Yuran kemasukan yang rendah dicadang dikutip untuk pembiayaan kerja-kerja pemuliharaan tersebut.  Syarat mesti dipatuhi oleh pelawat semasa dalam kawasan khazanah geologi:

Agensi Pelaksana  Jabatan Warisan Negara  JMG  PBT

a) Pelawat tidak dibenarkan mengutip sebarang sampel bahan bumi mahupun

fosil, mineral, serpihan batuan, pasir, kelikir, tanah dan lain-lain (termasuk bunga, pokok dan bahagian tumbuh-tumbuhan) kecuali dengan kebenaran bertulis dari pegawai / pengurus taman / geo-monumen/geotapak;

b) Pelawat dilarang menconteng di permukaan batuan atau dalam gua atau

sebarang permukaan batuan mahupun pokok dan tumbuh-tumbuhan yang ada pada taman/geo-monumen dan geotapak.;

c) Orang ramai dilarang menjalankan penjelajahan (prospecting), mendulang,

mengorek lubang di dalam kawasan taman geologi / geo-monumen / geotapak atau dalam kawasan zon penampan;

d) Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan penalti denda.

Kawalan Pengkuarian Bawah Permukaan

Permohonan pengkuarian mesti mendapat kelulusan dan cadangan yang sewajarnya daripada JMG Negeri.

Kajian EIA diperlukan sebelum menjalani pengkuarian di sesuatu tempat.

Satu pernyata alam sekitar (Environmental Statement) diperlukan juga untuk mengetahui kawasan tersebut samada mengandungi fitur geologi atau tidak.

Kawasan yang mengandungi fitur geologi atau gua yang berpotensi dijadikan khazanah geologi dilarang menjalani aktiviti pengkuarian.

Pengkuarian batu kapur bawah permukaan adalah digalakkan. Kawasan batu kapur jenis ini adalah lebih sesuai bagi mengendalikan kuari untuk menghasilkan agregat atau bahan mentah bagi kegunaan industri.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 JMG  JAS  Jabatan Warisan Negara  PBT


12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Contoh-Contoh Fitur Geologi

Foto 9 : Stalaktit (jenis „straw‟) dan stalagmit kecil dalam gua „Snow Cave‟, Paradise Valley, Kinta, Perak.

Foto 10 : Hablur halus (kiri) dan hablur jenis „straw‟ (kanan) dalam Gua Kwong Fook Ngean, Kinta, Perak

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


13

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Kategori Khazanah Geologi

Taman Geologi

Monumen Geologi

Tapak Geologi

Berpandangan Indah

Tahap Kesensitifan

5.2 Garis Panduan Khusus Pembangunan

1

1

1

2

Aktiviti Dibenarkan

 Penyelidikan  Pendidikan  Tadahan air

 Penyelidikan  Pendidikan  Tadahan air

 Penyelidikan  Pendidikan  Tadahan air

 Penyelidikan  Pendidikan  Tadahan air

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Syarat

 Rekreasi menggunakan sumber semula jadi  Ekopelancongan menggunakan sumber semula jadi  Rekreasi menggunakan sumber semula jadi  Ekopelancongan menggunakan sumber semula jadi.  Ekopelancongan menggunakan sumber geologi yang ada.

 Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik

 Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik

 Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik

 Rekreasi menggunakan sumber semula jadi  Ekopelancongan menggunakan sumber semula jadi

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Catatan / Garis panduan Aktiviti tidak dibenarkan

 Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.  Menara Komunikasi tidak dibenarkan  Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.  Menara Komunikasi tidak dibenarkan.  Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.  Menara Komunikasi tidak dibenarkan  Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.  Menara Komunikasi tidak dibenarkan

 Pembangunan kemudahan tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.  Pelan Eko Pelancongan Negara.

 Pembangunan kemudahan tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.  Pelan Eko Pelancongan Negara.  Pembangunan kemudahan tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.  Pelan Eko Pelancongan Negara.  Pembangunan kemudahan tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.  Pelan Eko Pelancongan Negara.


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

C. TAPAK EKOPELANCONGAN / TAMAN ALAM

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


14 1.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

SKOP

1.1 Definisi Ekopelancongan/Taman Alam Definisi Ekopelancongan yang digunakan di dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia adalah: “Lawatan dan perjalanan yang dibuat ke kawasan-kawasan alam semula jadi yang belum tercemar, dengan tujuan untuk menikmati dan menghargai alam sekitar (juga melibatkan kawasan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan lampau dan masa kini) iaitu kawasan-kawasan yang menggalakkan pemuliharaan, mempunyai impak pelawat yang rendah dan turut menyediakan penglibatan penduduk tempatan secara aktif dari segi sosioekonomi”. Komponen-komponen adalah seperti berikut:-

ekopelancongan

 Taman-taman Marin dan Pulau-pulau  Taman-taman Negara, Hutan Simpan dan hutan-hutan lain  Kawasan Paya Bakau  Kawasan Hutan Simpan Rekreasi  Bukit Batu Kapur dan Kawasan Gua  Sungai-sungai, Air Terjun dan Tasiktasik  Kawasan Pantai  Kawasan„Montane‟

Foto 11 : Kawasan paya komponen ekopelancongan

1.2

sebagai

Kawasan Tapak Ekopelancongan/ Taman Alam dalam konteks KSAS

Kawasan Tapak Ekopelancongan dan Taman Alam merupakan sebahagian daripada kawasan semulajadi dan sensitif terhadap pembangunan. Tapak ekopelancongan dan Taman Alam mempunyai kekayaan sumber kepelbagaian biologi tropika lembap. Kawasan ini juga kaya dengan nilai warisan flora dan fauna yang tinggi.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


15

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

1.3 Kategori Kawasan Tapak Ekopelancongan/Taman Alam Kepentingan Tapak Ekopelancongan/ Taman Alam Sebagai KSAS KSAS Bernilai Warisan

KSAS Berisiko Bencana

Fungsi utama

Fungsi sampingan

Mempunyai nilai penting dari perspektif persekitaran ekosistemnya, kepentingan bagi tujuan rekreasi dan perlu dipelihara secara semulajadi.

2.

c) Mengekal dan mempromosi sumber alam semula jadi, sosial dan budaya yang pelbagai adalah penting bagi memastikan pelancongan yang mampan dalam jangka masa yang panjang; d) Pembangunan pelancongan yang diintegrasikan kepada rangka perancangan strategik bagi negara dan tempatan serta menjalankan penilaian impak alam sekitar dapat meningkatkan jangka masa panjang bagi sektor pelancongan; e) Industri pelancongan yang menyokong pelbagai aktiviti ekonomi tempatan dan yang mengambil kira harga dan nilai alam sekitar;

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

f)

2.1 Prinsip-Prinsip Umum Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Tapak Ekopelancongan / Taman Alam National Conservation Strategy (NCS) WWF telah menggariskan 10 prinsip bagi memastikan ekopelancongan dibangunkan secara mampan, iaitu:a) Pemuliharaan dan penggunaan sumber-sumber alam semula jadi, sosial dan budaya secara mampan; b) Mengurangkan penggunaan yang berlebihan dan sisa buangan dapat mengelakkan kos memulihkan alam sekitar yang musnah di samping dapat menyumbang ke arah sektor pelancongan yang berkualiti;

Penglibatan sepenuhnya masyarakat tempatan dalam sektor pelancongan.

g) Rundingan di antara pengusaha industri pelancongan dengan masyarakat tempatan, organisasi dan institusi yang berkenaan adalah perlu; h) Kursus latihan ekopelancongan tempatan;

yang kepada

berkenaan penduduk

i)

Program promosi dan pemasaran perlu menyediakan maklumat yang lengkap untuk kawasan ekopelancongan;

j)

Penyelidikan dan pengawasan yang berterusan untuk memelihara warisan semulajadi masa ini dan hadapan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


16 3.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

DASAR DAN SEMASA

PERUNDANGAN

Strategi Pemuliharaan Negara National Conservation Strategy (NCS)

Akta/Perundangan Berkaitan

Perundangan

3.1 Dasar sedia ada Dasar

3.2

Penerangan  Perlu dihadkan bilangan pelawat mengikut keupayaan daya tampung.  Had bagi jenis kegiatan yang dibenarkan perlu ditetapkan untuk memastikan penggunaan sumber adalah mampan manakala kawasan dan aktiviti di dalam kawasan tersebut hendaklah dizonkan.  Setiap kawasan ekopelancongan di kawasan yang dilindungi seperti taman negara dan hutan simpan haruslah mempunyai pelan pembangunan dan pengurusannya yang tersendiri.  Suatu dokumen berasingan mengenai pelan pembangunan dan pengurusan perlu disediakan bagi setiap tapak ekopelancongan kerana terdapatnya perbezaan di dalam kemudahan infrastruktur, bilangan pelawat, dan keadaan semula jadi alam sekitar bagi setiap kawasan.

1. Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 2. Akta Kerajaan Tempatan 1976 3. Kanun Tanah Negara 1960 4. Akta Perikanan 1984 5. Akta Taman Laut 2004 6. Akta Perhutanan Negara 7. Akta Warisan Kebangsaan 2005 8. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 9. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan) 1988 10. Akta Taman Negara 1980 (Pindaan) 1983 11. Akta Pemuliharaan Tanah 1960

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Agensi Pelaksana

 Jabatan Alam Sekitar

 PBT  Pejabat Tanah dan Daerah  Jabatan Perikanan  Jabatan Taman Laut Malaysia  Jabatan Taman Laut Malaysia  Jabatan Perhutanan  Jabatan Warisan Negara  PBPT  Jabatan PERHILITAN  Jabatan Perhutanan  Jabatan PERHILITAN  Jabatan Taman Laut Malaysia  KPTG  PTG


17

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

4.

GARIS PANDUAN UMUM

4.1 Perancangan dan Pelaksanaan Projek Ekopelancongan 

Kawasan semulajadi yang dikhaskan mestilah mempunyai Pelan Pembangunan dan Pengurusan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;

Setiap hotel, restoran dan rangkaian kedai perlu ditempatkan di luar kawasan taman dan pengunjung hanya dibenarkan memasuki kawasan taman pada waktu siang sahaja;

Kaedah pembinaan dan bahan binaan yang digunakan hendaklah berimpak rendah terhadap alam sekitar. Pembinaan bangunan hendaklah menggunakan kayu yang telah dirawat dan boleh mempunyai asas, tapak dan sokongan struktur konkrit sekiranya perlu;

Bangunan yang didirikan mestilah lebih rendah daripada kanopi pokok dan ketinggiannya dihadkan kepada satu atau dua tingkat sahaja; Laluan “boardwalk” yang berstruktur, bermutu dan mempunyai papan arah digalakkan supaya tidak mengganggu ekosistem semulajadi;

Pencahayaan di kawasan ekopelancongan / taman alam hendaklah direka khas supaya tidak memberi kesan negatif terhadap flora dan fauna.

4.2 Zon Penampan 

Zon penampan perlu diadakan di sekitar kawasan taman negara atau kawasan yang diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi dan tidak boleh ditukarkan guna tanahnya kepada kawasan pertanian.

Pembangunan kemudahan fizikal hendaklah dibuat berdasarkan pelan tapak. Setiap pembangunan hendaklah bersesuaian dengan persekitarannya dan harmoni dengan fungsi taman negara dan kawasan pelancongan alam yang lain.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


18

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

4.3 Garis Panduan Pembangunan di Sekitar Bukit Batu Kapur dan Gua 

Hanya pemandu pelancong yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk melakukan aktiviti meneroka gua bagi memastikan keselamatan para pengunjung di samping mengamalkan pemuliharaan gua. Pelan pengurusan serta langkah ketika berhadapan kecemasan dan keselamatan di dalam gua perlu disediakan oleh pihak pengurusan untuk melindungi pengunjung daripada sebarang bahaya. Sebarang aktiviti, struktur, tempat letak kenderaan dan gangguan pemandangan adalah dilarang di kawasan sekitar pintu masuk.

Pengunjung perlulah mematuhi arahan dan hanya dibenarkan menggunakan laluan yang disediakan dan dilengkapi dengan selusur jalan.

Setiap pemasangan alatan hendaklah pada kadar yang minimum dan penggunaan barangan dari sumber alam sahaja bagi mengurangkan impak ke atas visual dan alam sekitar.

Sebarang peralatan yang akan dipasang kekal seperti penyusur tangan keselamatan (safety hand rail), tangga dan pencacak tali mestilah diperbuat daripada besi tahan karat.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sekiranya papan pejalan kaki tidak dapat dibina, laluan pejalan kaki harus diperbaiki di kawasan yang diperlukan sahaja. Penggunaan asfat (asphalt), tar dan minyak adalah dilarang sama ada di dalam atau pun di sekitar gua.

Jumlah bilangan pengunjung di dalam sesebuah kumpulan ditetapkan untuk memudahkan kawalan ke atas pengunjung dan mengurangkan kerosakan yang mungkin berlaku serta memelihara nilai estetika gua.

Apa-apa pembangunan hendaklah dibina di luar zon penampan dan jauh dari pintu masuk gua. Hanya pembangunan asas yang tidak memberi kesan negatif kepada kawasan batu kapur.

Papan tanda yang disediakan hendaklah kecil, tidak menonjol dan mudah dialihkan. Kaedah pemasangan papan tanda tidak boleh merosakkan batu gua dan dilarang dipasang pada formasi batu yang lembut.

Tiada kemudahan tempat pembuangan sampah dibenarkan di dalam gua. Semua pembuangan sampah di dalam gua adalah dilarang dan pengunjung dikehendaki membawa keluar sampah tersebut.

Operator gua ekopelancongan mestilah berpengetahuan luas dalam bidang pengoperasian gua, penerokaan gua, latihan pertolongan


19

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

cemas, berkepimpinan, pemuliharaan gua serta berpengetahuan dalam menghadapi kecemasan yang berlaku di dalam gua.

Kemudahan pembuangan dan rawatan sisa buangan pepejal dan organik perlu diteliti supaya tidak memberi impak kepada alam sekitar.

Semua pemandu penerokaan gua mestilah menjalani latihan praktikal dengan badan kerajaan seperti Taman Negara dan Jabatan PERHILITAN serta Badan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau “Malaysian Nature Society (MNS)”.

Kemudahan tandas hendaklah dibina dengan jarak minimum 50m dari sumber air dan tapak perkhemahan, serta diletakkan di kawasan yang lebih rendah.

Sistem lampu dan pencahayaan hendaklah direka khas supaya tidak memberi kesan negatif kepada flora dan fauna.

Peraturan untuk berkhemah dan mengembara hendaklah disediakan bagi menyenaraikan aktiviti yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

4.4 Garis Panduan Perancangan dan Penubuhan Tapak Perkhemahan 

Tapak perkhemahan perlu direka agar tidak mengganggu persekitaran. Pembinaan tapak perkhemahan perlulah mematuhi semua peraturan keselamatan dan menjaga persekitaran alam sekitar.

Menyediakan kemudahan perkhemahan termasuk Pusat Penerangan dan Kawalan.

Setiap tapak perkhemahan perlu dilengkapkan dengan peralatan asas perubatan dan keperluan memasak.

Unggun api hanya boleh dinyalakan di tempat yang dikhaskan seperti di “fireplace” ataupun di tempat memanggang.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

20 5.

GARIS PANDUAN KHUSUS

KSAS/ Kategori

Tanah Lembap/ Bakau/ Inter-Tidal Mudflats

Hutan Simpan, Taman Negara, Hutan Simpan Rekreasi, Kawasan Pergunungan

Tahap Kesensi tifan

5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan

1

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti

Syarat

Sungai, Air Terjun, Tasik

Catatan/Garis panduan

 Penyelidikan  Ekopelancongan

 Berkayak  Rekreasi Memancing  Mengembara berjalan kaki  Berkelah

 Menaiki bot enjin  Jet ski  Mengumpul cangkerang dan crustaceans  Pembangunan struktur kekal  Pembalakan  Pertanian  Akuakultur

 Struktur binaan untuk aktiviti ekopelancongan adalah terhad kepada pembinaan boardwalk atau bangunan kayu di atas air.  Taman Negara, kawasan hutan yang dilindungi, dan hutan yang digunakan untuk tujuan pelancongan mestilah dizonkan berdasarkan kepada jenis dan intensiti guna tanah.  Pembangunan kemudahan fizikal mestilah berdasarkan kepada pelan tapak.  Hotel, restoran dan kedai mestilah dibina di luar kawasan taman.  Kaedah dan bahan pembinaan yang digunakan mesti bertujuan meminimumkan kesan ke atas alam sekitar.

1

 Pemuliharaan Kawasan Hutan  Penyelidikan

 Ekopelancongan  Memerhati burung  Fotografi  Mendaki  Berkhemah  Berkayak  Berakit

 Memetik tumbuhan dan mengumpul haiwan sebagai cenderamata  Memotong kayu api dan perkhemahan  Pembuangan sampah  Industri  Perumahan

 Tiada Penukaran Penggunaan tanah selain untuk kegunaan perhutanan.  Kawasan paya bakau hendaklah dizonkan sebagai kawasan pemeliharan keselamatan.  Laluan masuk pelancong menggunakan bot atau boardwalk .  Pembinaan bangunan hendaklah dihadkan di tebing kawasan paya bakau yang kering dengan ketinggian tidak melebihi kanopi pokok.  Garis panduan kesihatan dan keselamatan hendaklah diutamakan. (Rujukan : Pelan Eko Pelancongan Negara)

3

 Penyelidikan  Ekopelancongan

   

Bukit Batu Kapur, Gua Taman Laut, Pulau dan Pantai

Aktiviti tidak dibenarkan

Berenang Menyelam Snorkel Sukan pantai

Terkawal dan tidak merosak kan alam sekitar

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

   

Jet ski Ski air Bot enjin Bonfires

 Kenderaan bermotor tidak dibenarkan di tepi pantai, kecuali untuk keperluan membaik pulih pantai.  Sumber pencahayaan, seperti lampu neon mestilah dielakkan atau dikurangkan.  Bangunan yang dibina hendaklah terdiri daripada bangunan satu tingkat atau ½ tingkat atau bertiang. (Rujukan : Pelan Eko Pelancongan Negara)


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170 Email: bpp@townplan.gov.my Laman web: http://www.townplan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung M


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.