GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Rizab Hidupan Liar

Page 1

DRAF 29/4/2011

Kawasan Rizab Hidupan Liar


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Kawasan Rizab Hidupan Liar

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Cetakan Pertama 2010

ďƒ’ Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

978-983-2773-98-6

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Pemberitahuan GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu         

Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.

GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain. GP ini akan menggantikan GP Piawaian Perancangan Kawasan Pantai JPBD Bil 6/2000 29 April 2011

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


6 ISI KANDUNGAN 1. SKOP 1.1 1.2 1.3

MUKA SURAT

Definisi Kawasan Rizab Hidupan Liar Kawasan Rizab Hidupan Liar Dalam Konteks Ksas Kategori Kawasan Rizab Hidupan Liar

1 1 1

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2.1 Minimum Kesan Dari Aktiviti Manusia 2.2 Pengintegrasian Program Pemuliharaan 2.3 Pengukuhan Aspek Perundangan Dan Dasar Sedia Ada

2 2 2

3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Dasar Sediaada 3.2 Akta/Perundangan Berkaitan

3 3 3

4. GARIS PANDUAN UMUM 4.1 Kawasan Rizab Hidupan Liar 4.2 Zon Penampan

4 4 4

5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan

6 6

2

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia



1 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

1.

SKOP

1.1

DEFINISI KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Perkara

GP ini merangkumi definisi jenisjenis kawasan hidupan liar seperti berikut: Perkara Rizab Hidupan Liar (Wildlife Reserve)

Taman Negara

Kawasan Hutan Perlindungan Hidupan Liar

Kawasan Penyu dan Tuntung Mendarat dan Bertelur

Penerangan Mana-mana kawasan yang diisytiharkan dan dirizabkan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar di bawah Bahagian IV, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76). Merujuk kepada kawasan pemeliharaan dan perlindungan hidupan liar di Taman Negara mengikut Akta Taman Negara 1980 (Akta 226) Kawasan hutan perlindungan hidupan liar yang diwartakan di bawah seksyen 10 (1) F, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Kawasan utama penyu dan tuntung mendarat dan bertelur yang diwartakan di bawah Enakmen Tuntung (Negeri) dan kawasan utama pantai/sungai untuk penyu dan tuntung mendarat.

Tapak RAMSAR Tasik Negeri Tanah-tanah di bawah perundangan negeri Tanah digazet di bawah Kanun Tanah Negara

Penerangan Contohnya seperti tapak RAMSAR, Tasik Bera, Pahang Contohnya Taman Negeri DiRaja Belum, Perak Untuk tujuan konservasi hidupan liar seperti Taman Ternakan Rusa/Kijang, Gua Musang, Kelantan. Bertujuan untuk konservasi hidupan liar.

1.2 KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR DALAM KONTEKS KSAS Kawasan rizab hidupan liar, sama ada yang telah diwartakan di bawah Akta 76, atau Akta 226, atau kawasan hutan yang diwartakan di bawah Akta 313, atau kawasankawasan lain yang penting untuk hidupan liar adalah tergolong dalam KSAS. 1.3

KATEGORI KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Kawasan rizab hidupan liar dikategorikan sebagai KSAS bernilai warisan sebagai fungsi utama dan KSAS bernilai sokongan hidup sebagai fungsi sampingan seperti yang dinyatakan dalam jadual 1-

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Kepentingan Kawasan Rizab Hidupan Liar Sebagai KSAS KSAS Bernilai Warisan Fungsi Utama Kawasan rizab hidupan liar mempunyai nilai biologi yang tinggi dan merupakan warisan yang perlu dipelihara dan dipulihara.

2.

KSAS Bernilai Sokongan Hidup Fungsi Sampingan i)

sumber protein dan makanan penting bagi orang asli dan kaum pribumi lain.

ii) agen pendebungaan dan percambahan flora dan tanaman pertanian. iii) Menentukan keseimbangan spesis dan populasi fauna.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

Prinsip-prinsip umum pemeliharaan dan pembangunan kawasan rizab hidupan liar adalah seperti berikut: 2.1

2.2

PENGINTEGRASIAN PROGRAM PEMULIHARAAN

Memperkukuhkan mengintegrasikan pemuliharaan.

dan program

Mengintegrasikan pertimbangan kepelbagaian biologi ke dalam strategi perancangan sektoral.

Mengambil kira perundangan negeri mengikut Perlembagaan Malaysia.

2.3 PENGUKUHAN ASPEK PERUNDANGAN DAN DASAR SEDIA ADA Mematuhi dan mengkaji semula perundangan dan dasar sedia ada untuk menekankan keperluan kepelbagaian biologi seperti yang diterangkan dalam bab dasar sedia ada

MINIMUM KESAN DARI AKTIVITI MANUSIA

Meminimumkan kesan aktiviti manusia terhadap kepelbagaian biologi.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

3.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA

3.1

DASAR SEDIADA Dasar Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan

Dasar Alam Sekitar Negara

3.2

Penerangan 

Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan dalam pemuliharaan, penyelidikan, dan penggunaan kepelbagaian biologi tropika dunia menjelang tahun 2020.

Memulihara kepelbagaian biologi Malaysia dan memastikan komponennya digunakan secara lestari bagi kemajuan dan pembangunan sosio-ekonomi negara.

Meneruskan kemajuan ekonomi, sosial, dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Melindungi dan memulihara alam sekitar dan sumber asli khususnya kawasan yang mengandungi ekosistem dan habitat yang kaya dengan unsur-unsur hayat sebagai zon pemuliharaan serta perlindungan flora dan fauna asli dan sumber-sumber genetik.

AKTA/PERUNDANGAN BERKAITAN Akta / Undang-Undang Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 Akta Taman Negara 1980 Akta Perhutanan Negara 1984

Agensi 

Jabatan PERHILITAN

Jabatan PERHILITAN

Jabatan Taman Negara

Jabatan Perhutanan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia



4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

4.

GARIS PANDUAN UMUM

GP umum kawasan rizab adalah seperti berikut:

hidupan

liar

4.1 KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR  Aktiviti pembangunan di dalam kawasan rizab hidupan liar yang telah diwartakan adalah dilarang.  Pembangunan fizikal dihadkan kepada pembangunan prasarana yang minimum untuk kegunaan pengurusan, penyelidikan serta ekopelancongan yang tidak memberi impak negatif kepada kawasan berkenaan.  Pembangunan kawasan rizab hidupan liar tidak boleh dibangunkan kecuali oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dengan pembangunan minimum.

 Menyediakan jaringan koridor menghubungi kawasan-kawasan rizab yang berhampiran.  Membuat perancangan jangka masa panjang supaya setiap pembangunan tidak atau hanya memberi kesan yang minimum terhadap alam sekitar dan habitat hidupan liar.  Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) diperlukan bagi aktiviti yang ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 267).  Menyediakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan) untuk memastikan kesan pembangunan yang minimum terhadap kawasan terkawal.

4.2 ZON PENAMPAN  Menyediakan zon penampan (samada 1belukar atau kebun); a) sekurang-kurangnya 50 meter dari luar sempadan rizab kawasan hidupan liar. b) Memastikan kawasan penampan dan riparian dipelihara supaya proses pemendapan dan pemeliharaan nutrien tanah terkawal.

1

Kawasan pertanian tidak digalakkan kerana ini akan menimbulkan isu konflik manusia-hidupan liar.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia



5

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Foto1 : Kawasan penampan dan riparian yang disediakan di luar sempadan rizab hidupan liar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia



6

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

5.

GP KHUSUS

5.1

GP KHUSUS PEMBANGUNAN KSAS

Tahap Kesensitifan

Aktiviti Dibenarkan (Rujuk Kod Gunatanah)

Aktiviti Dibenarkan Dengan Syarat Aktiviti

Rizab Hidupan Liar (diwartakan)

1

Penyelidikan, Memburu dan pengurusan, dan ekopelancongan ekopelancongan

Lesen dan permit dari PERHILITAN

Taman Negara dan Taman Negeri Kawasan Penting Hidupan Liar (tidak diwartakan) Tempat Pendaratan, Bertelur dan Santuari bagi Penyu dan Tuntung

1

Penyelidikan, Ekopelancongan pengurusan, dan ekopelancongan Penyelidikan, Pembangunan pengurusan, dan impak rendah ekopelancongan

Permit dari PERHILITAN

Zon Penampan

2

2

1

Penyelidikan dan ekopelancongan

Penyelidikan dan rekreasi.

Tiada pertukaran kelas gunatanah

 

Hutan, kebun atau belukar

Aktiviti mesra alam

Aktiviti tidak dibenarkan

Catatan / Garispanduan

Syarat

Kajian kesan kepada penyu dan tuntung Kelulusan kajian EIA

Kelulusan kajian EIA

 Tiada sebarang aktiviti pembangunan kecuali prasarana penyelidikan dan ekopelancongan oleh PERHILITAN dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang dibangunakan secara minima.  Tiada sebarang aktiviti pembangunan kecuali prasarana ekopelancongan  Tiada sebarang aktiviti pembangunan kecuali prasarana ekopelancongan

 Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada.

 Penggunaan lampu suluh, spotlight, dan kamera tidak dibenarkan di tempat penyu bertelur.  Lampu awam tidak digalakkan di sepanjang pantai pendaratan penyu.  Menahan pukat ikan di kawasan berhadapan pantai pendaratan.  Pembangunan perumahan, komersial, dan perindustrian tidak dibenarkan dalam kawasan zon penampan.

 Pemeliharaan rizab pantai selebar 60 meter.  Pemeliharaan rizab sungai selebar 20 meter di kedua-dua belah sungai.  Pemeliharaan tumbuhan renek dan rimbun semula jadi.  Sebarang cadangan pembangunan perlu mendapat kelulusan kajian EIA.  Kadar paras hingar (Laeq) kawasan tidak melebihi 55 dBA di waktu siang dan 45 dBA di waktu malam.

 Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada.  Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada (seperti Akta Perhutanan Negara, 1984).  Perlu diwartakan sebagai rizab hidupan liar atau taman negara/negeri.

 Lebar zon penampan sekurang-kurangnya 50 meter di luar sempadan kawasan rizab.  Kadar paras hingar (Laeq) kawasan tidak melebihi 55 dBA di waktu siang dan 45 dBA di waktu malam.  Kualiti udara tidak melebihi 260ug/m3 TSP .  Kualiti air mengalir masuk ke dalam kawasan perlindungan sekurang-kurangnya kelas II Piawai Kualiti Air Kebangsaan.  Kualiti effluen kawasan sekeliling mencapai Piawai A Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian) 1979.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


7 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

KSAS Jaringan Koridor

Tahap Kesensitifan 1

Aktiviti Dibenarkan (Rujuk Kod Gunatanah) Hutan, pertanian

Aktiviti Dibenarkan Dengan Syarat Aktiviti

Syarat

Ekopelancongan

Kelulusan kajian EIA.

Aktiviti tidak dibenarkan  Perburuan haram tidak dibenarkan sama sekali di sepanjang koridor.

Catatan / Garispanduan  Kadar paras hingar (Laeq) kawasan tidak melebihi 55 dBA di waktu siang dan 45 dBA di waktu malam.  Kualiti udara tidak melebihi 260ug/m3 TSP.  Kualiti air mengalir masuk ke dalam kawasan perlindungan sekurangkurangnya kelas II Piawai Kualiti Air Kebangsaan.  Kualiti effluen kawasan sekeliling mencapai Piawai A Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian) 1979.  Jalan raya atau laluan keretapi merentasi kawasan rizab hidupan liar perlu menyediakan lintasan ekologi supaya laluan binatang tidak terputus seperti di bawah jejantas.

Nota: Tahap Kesensitifan: 1 = Tiada pembangunan kecuali aktiviti penyelidikan 2 = Aktiviti berimpak rendah dibenarkan tanpa pertukaran guna tanah 3 = Pembangunan terkawal (dengan syarat-syarat tertentu)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1180 Email: bpp@townplan.gov.my Laman web: http://www.townplan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN RIZAB HIDUPAN LIAR

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.