3 minute read

Selamat Datang

Next Article
1989 1988

1989 1988

Selamat datang ke Kisah Pingat Budaya Kami, pameran yang diadakan buat julung-julung kalinya mengenai Pingat Budaya, anugerah tertinggi

Singapura untuk seni.

Tahukah anda bahawa kira-kira 130 orang seniman telah dianugerahkan

Pingat Budaya dalam masa empat dekad? Siapakah mereka? Apakah pencapaian kebudayaan mereka?

Pingat Budaya, yang mula dikurniakan pada 1979, bertujuan untuk mengiktiraf individu yang telah membentuk landskap seni dan budaya

Singapura seperti yang kita ketahui hari ini melalui kecemerlangan mereka.

Mari sertai kami dalam perjalanan melalui Kisah dalam enam bahagian:

Kisah Pingat Budaya Kami

Ikuti garis masa Pingat Budaya

Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi

Dari mulut mereka sendiri: Para penerima Pingat Budaya

Baca: Perpustakaan

Baca buku-buku karya para penerima Pingat Budaya kita dan kisah mengenai mereka.

Berinteraksi: Melihat Lebih Dekat

Ketahui lebih lanjut mengenai penerima Pingat Budaya kita

Kuiz: Adakah anda Bersedia?

Kenali lebih dekat para penerima

Pingat Budaya kita

Jadual Seni Untuk Anda

Pelbagai kegiatan seni yang disyorkan untuk anda

Mulakan perjalanan anda di sini:

1. Ambil token

2. Ketik pada cincin yang menyala untuk berinteraksi

Pemangku Menteri Budaya dan Tetamu Kehormat, Encik Ong

Teng Cheong, semasa berucap di majlis penyampaian anugerah Pingat Budaya 1979 yang julung-julung kalinya diadakan pada 3 Mac 1980.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura

Kisah Pingat Budaya Kami

“Seorang seniman adalah orang yang dikurniakan wawasan kemanusiaan dan kesedaran yang luar biasa tentang kehidupan.

Beliau percaya bahawa beliau mempunyai fungsi sosial dan moral dalam masyarakat, dan berusaha untuk menghidupkan pandangan dan pengalaman peribadinya dalam bentuk yang membolehkan orang lain untuk berkongsi.

Oleh itu, seniman mempunyai tanggungjawab pertama kepada diri mereka sendiri untuk mengembangkan wawasan dan bakat mereka sepenuhnya, dan seterusnya, menggunakan bakat mereka untuk mentafsir dan meluahkan dan akhirnya untuk menghiburkan serta memberi keseronokan estetik kepada sesama manusia.

Banyak yang boleh mereka lakukan untuk mendidik perasaan kita, mengajar emosi mudah yang menyatukan manusia biasa. Sayangnya, potensi ini dan sumbangan berharga mereka sering tidak diiktiraf.

Pelaburan dalam seni, seperti perbelanjaan untuk pendidikan, adalah pelaburan dalam sumber manusia. Pemerintah telah menyediakan dan akan terus memberi peluang, sokongan dan galakan kepada seniman muda melalui pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Seni memerlukan penonton sama seperti mereka memerlukan seniman. Penciptaan khalayak yang menghargai, berpengetahuan dan kritis memerlukan bimbingan yang teliti dan penglibatan aktif serta usaha semua sektor dalam masyarakat. Penonton yang lebih berpengetahuan dan menghargai akan mendorong seniman untuk membuat persembahan ke tahap yang lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya.”

- Petikan ucapan Pemangku Menteri

Kebudayaan dan Tetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, pada majlis anugerah Pingat Budaya yang julung kali diadakan pada 3 Mac 1980.

Pingat Budaya Kami

Pingat Budaya dimulakan sebagai inisiatif oleh Pemangku Menteri Kebudayaan ketika itu, Encik Ong Teng Cheong.

Anugerah yang diwujudkan oleh

Kementerian Kebudayaan itu adalah untuk mengiktiraf individu yang cemerlang dalam seni visual, seni sastera, seni persembahan dan filem. Ia mengiktiraf sumbangan dan komitmen para seniman yang telah memperkaya dan mencorak landskap seni dan budaya Singapura.

Di samping itu, Bintang Bakti Masyarakat dan Pingat Bakti Masyarakat kini boleh diaugerahkan kepada individu atas pencapaian cemerlang mereka atau perkhidmatan awam yang membanggakan dalam bidang seni dan persuratan, sukan dan sains. Pada masa lalu, anugerah itu hanya diberikan untuk khidmat awam dalam bidang lain seperti pendidikan, gerakan buruh, pertubuhan amal dan kerja kemasyarakatan.

Anugerah Pingat Budaya yang pertama dalam 1979 telah dikurniakan kepada enam orang seniman – Dr Choo Hoey dan David Lim untuk muzik, Madhavi Krishnan untuk tarian, Bani Bin Buang untuk drama, Wee Beng Chong untuk seni halus dan Profesor Edwin Thumboo untuk sastera.

Majlis Penyampaian Pingat Budaya yang pertama diadakan di Auditorium Bank Pembangunan Singapura (DBS) pada 3 Mac 1980.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura

Kisah Pingat Budaya Kami

Tetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, menyampaikan anugerah kepada penerima Pingat

Budaya pertama di majlis yang diadakan di Auditorium Bank Pembangunan Singapura (DBS) pada 3 Mac, 1980. Mereka masing-masing menerima pingat dan sijil.

Anugerah Pingat Budaya 1979

3 Mac 1980

(dari kiri) Choo Hoey, Madhavi Krishnan, Bani Bin Buang, David Lim Kim San dan Wee Beng Chong. Edwin Nadason Thumboo tidak dapat hadir kerana berada di luar negara kerana cuti kerja.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi / Baca: Perpustakaan

Kisah-kisah Inspirasi

Apakah yang memberi inspirasi kepada penerima Pingat Budaya kita?

Dari mulut mereka sendiri: Penerima

Pingat Budaya kita berkongsi pemikiran mereka dalam satu siri video yang dihasilkan oleh NAC sejak 2004.

Ketik token anda jika anda menjumpai video yang anda gemari.

Perpustakaan

Ingin tahu tentang karya-karya oleh/ mengenai penerima Pingat Budaya kita?

Terokai salinan bahan-bahan bacaan di sini. Kembalikan selepas anda selesai membacanya.

Koleksi Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura.

Untuk meminjam kebanyakan buku di sini daripada perpustakaan awam berhampiran anda, pergi ke:

Kisah Pingat Budaya Kami

This article is from: