2 minute read
1989 1988
Anugerah Pingat Budaya 1987
13 Januari 1988
(dari kiri) Tan Swie Hian, Max Le Blond, Muhammad Ariff Bin Ahmad, Menteri Pembangunan Masyarakat Wong Kan
Seng, Som Bte Mohd Said, Lee Lim dan Teng Mah Seng.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
Anugerah Pingat Budaya1988
28 Februari 1989
(dari kiri) Alexander S. Abisheganaden, Chua Soo Bin, Lim Fei Shen, Tay Bin
Wee dan Iskandar Jalil. N Abdul Rahman (Singai Mukilan) tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Pelan induk kebudayaan yang pertama disiapkan.
Diusahakan oleh Majlis Penasihat
Kebudayaan dan Kesenian (ACCA), ia merupakan pelan hala tuju untuk merealisasikan wawasan masyarakat yang berkembang maju dari segi budaya.
Antara saranan utamanya termasuk:
Penubuhan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk menerajui bidang kesenian;
Penubuhan pusat seni persembahan bertaraf dunia; menaik taraf kemudahan kebudayaan, perpustakaan, muzium dan teater sedia ada; meningkatkan mutu pendidikan seni; dan melaksanakan program Seni-dalamPendidikan untuk mendidik pelajar agar menghargai seni dengan lebih baik.
Proses pemilihan anugerah Pingat
Budaya diperhalusi lagi untuk memastikan penilaian yang adil dan teliti. Calon-calon dinilai terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Penasihat
Pakar. Saranan-saranannya kemudian diserahkan kepada Jawatankuasa
Anugerah Kebudayaan yang terdiri daripada pegawai kanan kementerian dan individu ternama dalam masyarakat seni, yang dipengerusikan oleh Menteri
Negara bagi Pembangunan Masyarakat.
Anugerah Pingat Budaya 1989
3 May 1990
(dari kiri) Kuo Pao Kun, Neila
Sathyalingam, Goh Beng Kwan dan Foo Tee Jun.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
Kementerian Penerangan dan Kesenian (MITA) dibentuk.
Ia mengambil alih tanggungjawab menggalakkan seni daripada Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan
Kementerian Pembangunan Masyarakat, termasuk menyelia anugerah Pingat Budaya.
Satu kategori baharu, Darjah Utama Penaung
Kesenian, disampaikan buat pertama kali di majlis penganugerahan Pingat Budaya untuk mengiktiraf organisasi atau individu yang telah memberikan sokongan berterusan dan penting untuk kesenian di Singapura.
Menteri Ehwal Luar dan Pembangunan Masyarakat
Wong Kan Seng berkongsi bahawa penyertaan dalam seni harus datang dari semua sektor untuk membina suasana budaya yang lebih rancak dan bersemangat.
Anugerah Darjah Utama Penaung Kesenian disampaikan kepada Lembaga Penggalak Pelancong
Singapura (STPB) dan Syarikat Penerbangan
Singapura (SIA) pada majlis yang diadakan di Marina Mandarin Ballroom itu pada 3 Mei 1990.
Anugerah Pingat Budaya 1990
25 Mac 1991
(dari kiri) Ong Kim Seng, Han Lao Da, Wu Peng Seng, Santha Bhaskar, Chew Kok Chang, Anthony Poon Kin Soon dan Lim Yau.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Majlis Seni Kebangsaan (NAC) ditubuhkan pada 15 Oktober 1991.
Lembaga berkanun itu diberi tanggungjawab menerajui pembangunan sastera, persembahan dan seni visual di Singapura.
Ini adalah sebagai respons kepada saranansaranan awal dalam pelan induk budaya pertama – laporan oleh Majlis Penasihat
Kebudayaan dan Kesenian (ACCA).
NAC mengambil alih pentadbiran anugerah
Pingat Budaya daripada Kementerian Penerangan dan Kesenian (MITA).
NAC juga mewarisi fungsi agensi yang terlibat dalam seni dan budaya: Yayasan Kebudayaan
Singapura; Bahagian Kebudayaan Kementerian
Pembangunan Masyarakat; Urusetia Pesta Seni; dan Amanah Teater Negara.
Misinya adalah untuk memupuk pembangunan seni dan menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan warga Singapura.
Buat julung-julung kalinya, sebuah panel
16 orang seniman – terdiri daripada penerima Pingat Budaya serta penerima
Bintang Bakti Masyarakat dan penerima
Pingat – ditubuhkan.
Panel ini berfungsi sebagai jambatan antara Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan masyarakat seni, menyampaikan nasihat dan maklum balas kepada Majlis.
NAC memperkenalkan Anugerah Seniman
Muda sebagai pelengkap kepada Pingat Budaya.
Ini adalah sebagai memberi semangat kepada para seniman muda di bawah umur 35 tahun dalam mengejar kecemerlangan seni.
Penerima Anugerah Seniman Muda mendapat geran sebanyak $10,000 untuk digunakan untuk projek atau pengajian lanjutan dalam bidang seni, dalam tempoh dua tahun mereka menerima anugerah tersebut.
Anugerah Pingat Budaya 1992
9 September 1993
(dari kiri) Jamaludin Jalil (YAA), Lim Jen Erh (YAA), Shane Thio (YAA), Ying E Ding (CM), Phan Wait Hong (CM), Menteri Penerangan dan Kesenian, Brigedier Jeneral George Yeo, Wang Sui Pick (CM), Choo Hwee Lim (CM), Liang Wern Fook (YAA) dan Lee Tiah Khee (YAA).
(CM) - Penerima Pingat Budaya (YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian