2 minute read

Panduan Penggunaan Modul

Modul ini dibahagikan mengikut soalan untuk diterokai, pertamanya oleh guru sendiri sebelum ia boleh digunakan dalam kelas. Guru perlu memahami ilmu berkaitan topik teknologi tenaga suria yang merupakan salah satu teknologi termaju. Ilmu asas sains dan matematik di sebalik teknologi ini dijelaskan supaya guru boleh menjalankan aktiviti IBSE atau mereka bentuk aktiviti IBSE sendiri. Adanya pemahaman yang jelas tentang teknologi ini dan ilmu-ilmu asas ini, guru boleh membimbing pelajar dengan soalan yang lebih efektif dan yakin untuk memberikan peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk meneroka dan menyiasat pelbagai fenomena alam yang asas. Walaupun topik modul ini tidak disusun mengikut sukatan pelajaran sekolah secara langsung, guru boleh memilih aktiviti dan tajuk yang sesuai dengan tahap pelajar atau mengubah suai aktiviti mengikut sukatan pelajaran sekolah.

Pertama sekali, modul ini adalah untuk kegunaan guru, isi kandungannya ditulis untuk pemahaman guru dan bukan untuk bacaan pelajar. Guru perlu memahami topik ini melalui kandungan yang disediakan. Kemudian guru boleh menjalankan aktiviti yang disediakan dalam modul ini. Cadangan hasil pembelajaran, aktiviti, bahan, masa dan soalan adalah disediakan. Guru boleh juga mengubah suai atau mereka bentuk aktiviti IBSE baharu selepas mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang ilmu asas sains dan teknologi yang dijelaskan dalam modul ini.

Tujuan akhir modul ini adalah supaya pelajar diberikan peluang untuk mempelajari ilmu STEM seperti seorang ahli sains yang sentiasa meneroka, menyiasat, menyoal, mencuba, meramal, berbincang, merefleks dan mencatat. Ini membolehkan guru yang mengamalkan IBSE dengan berkesan bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang minat kepada STEM, malahan dapat menajamkan fikiran mereka serta memahami ilmu STEM dengan lebih bermakna. Pada masa yang sama, guru juga akan lebih memahami ilmu STEM kerana sama-sama menjalankan penyiasatan bersama pelajar.

Modul ini tidak memberikan langkah demi langkah untuk pelaksanaan kelas IBSE kerana IBSE merupakan satu pendekatan yang tidak ada langkah pengajaran secara khusus. Walau bagaimanapun, guru perlu cuba mengikuti 10 prinsip IBSE seperti berikut:

1.

2.

3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat pemerhatian tentang objek atau fenomena secara langsung. Dalam proses penyiasatan, pelajar menggunakan perdebatan dan penaakulan, pengumpulan idea dan keputusan penyiasatan, perbincangan dan pembinaan ilmu. Pelajar tidak seharusnya menumpukan kepada aktiviti uji kaji secara manual sematamata. Guru menyusun aktiviti mengikut susunan sesuatu modul dengan memberikan pelajar kebebasan untuk meneroka secara berdikari.

4.

5.

6.

7. 8.

9. 10. Sekurang-kurangnya 2 jam seminggu diperuntukkan untuk meneroka tema yang sama selama beberapa minggu. Ini bagi memastikan kesinambungan pembelajaran dan pedagogi. Setiap pelajar menyimpan sebuah jurnal sains untuk mencatat penyiasatan, refleksi, idea dan perbincangan mereka. Objektif utama IBSE adalah pelajar dapat menerima dan menggunakan konsep dan teknik saintifik secara lisan dan bertulis. Ahli keluarga dan masyarakat digalakkan terlibat dalam proses penyiasatan pelajar. Institut pengajian tinggi dan agensi sains terlibat dalam menyokong proses penyiasatan pelajar. Guru IBSE berkongsi pengalaman dan bahan pelaksanaan kelas IBSE. Guru IBSE mendapatkan bahan, modul, idea dan aktiviti di pusat sumber atas talian seperti laman web La Main à la Pâte (LAMAP), juga dengan guru lain, jurulatih dan para saintis.

Diharap modul ini dapat membantu guru STEM yang ingin melihat pelajar yang minat terhadap STEM serta akhirnya dapat menguasai ilmu STEM kerana mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Selamat mencuba.

This article is from: