1 minute read

Aktiviti 1a: Mengenalpasti Kehadiran Tenaga

Next Article
Prakata

Prakata

Pemetaan DSKP

BAHAGIAN A: AKTIVITI IBSE

a. b. c. Sains Tahun 2 - 7.1: Litar Elektrik Sains Tahun 5 - 5.1: Sumber dan bentuk tenaga; 7.2: Litar Elektrik Lengkap Sains Tingkatan 2 - 7.1: Keelektrikan; 7.2: Pengaliran arus elektrik dalam litar bersiri dan litar selari.

Aktiviti 1a: Mengenal pasti Kehadiran Tenaga

Objektif Pembelajaran

1) Pelajar dapat mengenal pasti tenaga melalui kerja atau perubahan.

Bahan

Penutup botol, batang aiskrim, gelang getah, kayu pencucuk sate, gam, gunting, straw, nat/skru.

Masa: 20 minit

Cadangan Aktiviti:

Pelajar dibahagikan dalam kumpulan dan perlu membina model kereta mainan dari bahan yang disediakan.

Contoh model kereta yang boleh dibina (kredit kepada Yuri Ostr; https:// www.youtube.com/watch?v=9xhEXDrMMLg). Nat/skru boleh diletakkan sebagai pemberat di atas batang aiskrim supaya kereta bergerak lurus.

Pelajar diminta menggerakkan model kereta masing-masing di atas permukaan rata selama 1015 saat dan mencatat apa yang diperhatikan dari pergerakan kereta sehingga kereta berhenti (minta pelajar menyentuh tayar kereta).

Contoh dapatan pelajar adalah terdiri daripada kereta bergerak, gelang getah meregang, kereta berhenti, gelang getah kembali ke bentuk asal, tayar kereta berasa panas. Pelajar perlu berbincang apakah yang menyebabkan fenomena berikut:

a) b) c) d) e) Kereta bergerak? Gelang getah meregang? Kereta berhenti? Gelang getah kembali ke bentuk asal? Tayar kereta berasa panas?

Pelajar digalakkan untuk menambah atau membuang gelang getah untuk menguji sama ada jawapan yang diberikan oleh mereka betul atau salah. Mereka juga boleh mengubah reka bentuk model kereta tersebut untuk menentusahkan jawapan mereka kepada soalan guru. Semua hasil perbincangan, lakaran dan cubaan dicatatkan dalam jurnal sains pelajar.

This article is from: