CUACA DAN IKLIM MALAYSIA • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa • Iklim ini dialami oleh kawasan-kawasan yang terletak di kawasan antara 10°U hingga 10°S
Ciri-ciri Utama Iklim Malaysia Suhu 1. 2. 3.
4.
Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun. Min suhu tahunan 27째C Julat suhu tahunannya adalah kecil iaitu 2째C Julat suhu tahunan kecil kerana; a) b)
c)
Dikelilingi oleh laut Menerima hujan lebat sepanjang tahun Menerima pancaran matahari sepanjang tahun
• Angin •
Malaysia dipengaruhi oleh dua sistem angin monsun. • Monsun timur laut - November hingga Mac • Monsun barat daya – Mei hingga September.
• Kejadian angin monsun berlaku kerana perbezaan tekanan udara antara Pedalaman benua Asia dan Pedalaman Benua Australia
Angin Monsun Timur Laut (November – Mac) – Berpunca dari Benua Asia – Pedalaman Benua Asia mengalami musim sejuk – Tekanan udara tinggi – Pedalaman Benua Australia musim panas. – Tekanan udara rendah – Udara bergerak dari tekanan udara tinggi di Pedalaman Asia ke tekanan udara rendah di Pedalaman Australia. – Angin melalui Laut China Selatan dan Malaysia – Membawa hujan lebat di kawasan Pantai Timur
Angin Monsun Barat Daya (Mei – September) Berpunca dari Benua Australia Pedalaman Benua Australia mengalami musim sejuk. Tekanan udara tinggi Pedalaman Benua Asia musim panas. Tekanan udara rendah Udara bergerak dari tekanan udara tinggi di Pedalaman Australia ke tekanan udara rendah di Pedalaman Asia. Angin melalui Lautan Hindi sebagai angin tenggara dan melencong menjadi angin barat daya selepas garisan Khatulistiwa.
• Angin Sumatera – Bertiup pada musim peralihan monsun • April hingga Mei • September hingga Oktober
– Berasal dari Pulau Sumatera – Dikenali sebagai skual (ribut Sumatera). – Angin kencang pada waktu malam atau hampir pagi. – Membawa hujan lebat di kawasan Pantai Barat Semenanjung – Pelabuhan Klang hingga Johor.
• Bayu Laut – Pada waktu siang, kawasan daratan lebih cepat panas berbanding kawasan lautan. – Suhu udara di laut rendah berbanding suhu di daratan – Kawasan laut mengalami tekanan udara tinggi manakala daratan mengalami tekanan udara rendah. – Perbezaan tekanan menyebabkan udara bergerak dari laut ke darat – Dikenali sebagai bayu laut
• Bayu Darat – Pada waktu malam, kawasan daratan lebih cepat sejuk berbanding kawasan lautan. – Suhu udara di daratan lebih rendah berbanding suhu di lautan. – Kawasan daratan mengalami tekanan udara tinggi manakala lautan mengalami tekanan udara rendah. – Perbezaan tekanan menyebabkan udara bergerak dari darat ke laut – Dikenali sebagai bayu darat.
HUJAN • • • •
Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun- 2600 mm. Hujan maksimum turun semasa musim peralihan- April dan Oktober Taburan hujan tidak seragam. Dipengaruhi keadaan bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun
• • • •
Bukit larut di Perak merupakan kawasan paling lembab –hujan tahunan 4216 mm. Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan kawasan paling kering – hujan tahunan 1190 mm. Kebanyakan hujan yang turun di Malaysia dalam bentuk hujan Perolakan. Hujan relief turun di kawasan tanah tinggi semasa tiupan angin monsun.
Hujan Perolakan
• Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari. • Air tersejat dan bertukar menjadi wap air • Udara panas bersama wap air naik ke langit sehingga sampai ke tahap pemeluwapan. • Udara menjadi sejuk. • Wap air bertukar menjadi titisan air • Membentuk awan kumulonimbus • Hujan perolakan turun pada lewat petang disertai kilat dan petir
Hujan Relief (Bukit)
• Angin lembab dari laut dipaksa naik ke atas cerun bukit kerana halangan gunung. • Udara menjadi sejuk dan terpeluwap membentuk titisan air. • Titisan air bercantum untuk membentuk awan. • Hujan turun sebagai hujan bukit. • Hujan lebat turun di cerun menghadap angin • Cerun di bahagian belakang menerima sedikit hujan. • Dikenali sebagai kawasan lindungan hujan
Faktor-faktor Mempengaruhi Cuaca dan Iklim Malaysia 1.
Kedudukan –
–
–
–
Malaysia terletak hampir dengan Garisan Khatulistiwa Suhu tinggi sepanjang tahun. Hujan sepanjang tahun kerana Malaysia menjadi laluan 2 angin monsun. Hujan perolakan berlaku semasa musim peralihan kerana kadar sejatan yang tinggi.
2.
Angin Monsun
• Monsun Timur laut (Nov-Mac) • Membawa hujan lebat ke; – Tanah tinggi Pantai Timur S’jung Malaysia. – Bahagian tengah Banjaran Titiwangsa – Pantai Utara Sabah – Seluruh Sarawak • Kawasan kurang hujan kerana terlindung – Pantai Barat S’jung Malaysia – Pedalaman Sabah
• Monsun Barat Daya (Mei – September) • Kurang menerima hujan kerana terhalang oleh tanah tinggi di Pulau Sumatera • Hujan yang diterima sederhana lebat.
3. Ketinggian • Kawasan yang tinggi mengalami suhu yang lebih rendah. • Udara hampir permukaan bumi lebih panas kerana haba dari permukaan bumi. • Semakin tinggi kedudukan, haba semakin menurun. • Setiap peningkatan aras 165 meter, suhu turun 1°C
J
F M A
M J
J
O S O N D
K.Lumpur
26
26
27
27
27
27
26
26
26
26
26
27
Cameron Highland
18
18
18
19
19
19
19
19
19
18
18
17