Bab 1 Kemahiran Komunikasi

Page 1

Bab 1 Kemahiran Komunikasi Dr Ahmad Zamri Mansor


Definisi Komunikasi Guffey dan Almonte (2010): • komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). • proses komunikasi akan melibatkan lima langkah, iaitu: – – – – –

1. Pengirim membentuk idea; 2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej; 3. Mesej akan melalui saluran komunikasi; 4. Penerima mendekodkan mesej tersebut; dan 5. Maklum balas dihantar kepada pengirim.


Tiga Model Komunikasi Wood (2009): 3 model komunikasi : 1. Model Komunikasi Linear; 2. Model Komunikasi Interaksional; dan 3. Model Komunikasi Transaksional.


Kepentingan Kemahiran Komunikasi Penting dari segi • Hubungan Insan (Kemasyarakatan) – ditentukan budaya • Akademik – laras bahasa ilmiah, penulisan ilmiah • Kerjaya – ‘melamar’, alam siber, etika berkomunikasi


Penulisan Ilmiah • Mesti catat sumber rujukan • Mesti senaraikan sumber rujukan • Gaya yang popular – Gaya UKM – APA Style (American Psychological Association) – MLA Style (Modern Language Association)


Tiga komponen Komunikasi Windle dan Warren (2001): 3 komponen komunikasi: • pesanan verbal (kata yang kita pilih), • pesanan paraverbal (bagaimana kita menyebut perkataan itu) dan • pesanan bukan verbal (bahasa tubuh yang digunakan).


Pesanan Verbal dan Non Verbal Pesanan verbal • Disampaikan secara ringkas dan tersusun,. • Bebas daripada jargon • Tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar. Pesanan bukan verbal • mimik muka • gaya tubuh • gerak geri.


Pesanan Paraverbal • Nada, intonasi dan suara, bukan perkataan yang kita sebut. • Pesanan - makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza. • Marah atau teruja- percakapan sangat cepat dan nyaring • Bosan- percakapan lambat dan dalam satu nada. • Sedih, percakapan tersekat-sekat.


Tiga perkara penting • Intisari pernyataan – mesti ringkas, padat dan fokus kepada apa yang hendak disampaikan sahaja. • Refleksi perasaan - pendengar fokus kepada perkataan yang diucapkan dan memahami perasaan yang diucapkan. • Meringkas untuk tunjukkan pendengar faham apa yang disampaikan.


Tiga jenis komunikasi • Komunikasi Lisan (kata-kata), • Komunikasi Bukan Lisan (non verbal) • Komunikasi Bertulis (penulisan).


Komunikasi Lisan • Perbendaharaan kata- ‘kaya’ dan pandai mengolah kata • Kelajuan- sederhana agar difahami • Intonasi – mesti selaras dengan mesej • Humor- suasana santai dan tidak tegang • Singkat dan jelas- fokus pada perkara pokok


Komunikasi Bukan Lisan (Non Verbal) • Ekspresi wajah- cermin hati dan perasaan • Pandangan mata- isyarat ingin mula, masih ‘bersama’ • Sentuhan• Gaya tubuh dan gaya berjalan- cermin kepada personaliti diri • Gerak isyarat- berbicara bukan dengan kata • Proksemik- intim, personal, sosial, am.


• Artifak- penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dll, contoh: – Menitiskan air mata menandakan perasaan terharu. – Menangis sebagai tanda kecewa, sedih, kesal atau marah. – Tersenyum, berjabat tangan , melambaikan tangan sebagai rasa senang, simpati dan penghargaan. – Mimik muka negatif terhadap seseorang.

• Komunikasi rentas budaya- Jepun vs Arab


Komunikasi Bertulis Fakta- mesti jelas, sahih dan meyakinkan. • Gaya- gunakan bahasa yang mudah difahami pembaca, tanpa kekaburan. • Laras- guna bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu, formal dan bukan formal. • Pengolahan- penggunaan bahasa secara berkesan, menggunakan format dan bentuk penuisan tertentu. • Bahasa- mudah dibaca, difahami dan dinikmati, berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa.


Bentuk Komunikasi Bertulis • Surat rasmi: komunikasi secara rasmi, sbg dokumentasi yang boleh digunakan sebagai bukti. • Memo: komunikasi bertulis yang pendek, untuk hubungan dalaman sahaja, panggilan mesyuarat atau hebahan. • Emel: komunikasi bertulis elektronik untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi


Bentuk Komunikasi Bertulis • Tulisan ilmiah: komunikasi bertulis yang menghubungkan antara sesama ilmuwan. – mestilah logik, ada bahan kajian dan cara atau kaedah kajiannya, – berstruktur, sistematik, koheren untuk mengambarkan kesarjanaan penulis. – Contoh penulisan ilmiah adalah laporan penyelidikan, latihan ilmiah, tesis dan disertasi, kertas projek, esei, kertas kerja penyelidikan, makalah jurnal, ulasan buku dan sebagainya.


Bentuk-Bentuk Komunikasi • • • • • • •

Komunikasi Intrapersonal Komunikasi Interpersonal Komunikasi Berkumpulan Komunikasi Organisasi Komunikasi Awam Komunikasi Silang Budaya Komunikasi Berasaskan Teknologi


Komunikasi Intrapersonal Tujuan Komunikasi Intrapersonal • memahami kelemahan serta kelebihan diri (muhasabah diri). • mempertajam strategi dalam membuat keputusan. Yakin dgn keputusan • memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri. • menilai semula dan memperbaiki pendekatan serta kualiti komunikasinya dengan individu lain.


Komunikasi Interpersonal Tujuan Komunikasi Interpersonal • bertujuan membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturahim. • Menambahkan kefahaman individu tentang budaya yng pelbagai di sekelilingnya serta membentuk persepsi individu yang lebih terbuka dan matang. • membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah. • Menjayakan operasi dalam sebuah organisasi


Komunikasi Berkumpulan Ciri-ciri Komunikasi Berkumpulan • Saiz kumpulan yang sesuai- 5-7 ahli • Tingkat interaksi:- perlu kerap berinteraksi • Peranan ahli- laksanakan amanah • Kesepakatan- bila buntu dalam buat keputusan • Faham matlamat yang perlu dicapai- untuk kekalkan sinergi


Komunikasi Organisasi Arah aliran Komunikasi Organisasi • Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman arahan, dasar, pengumuman, serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada peringkat bawahan. • Komunikasi bawah atas: komunikasi begini melibatkan pula misalnya maklum balas, aduan, perbincangan daripada kesatuan sekerja, kaunseling dan sistem cadangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan.


• Komunikasi mendatar: komunikasi mendatar di peringkat organisasi lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. – usaha memupuk semangat kesatuan yang mendorong keselesaan psikologi – membentuk suatu sokongan sosial dalam kalangan pekerja. – Contoh: lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain, mesyuarat jawatankuasa.


Komunikasi Awam Bentuk-bentuk Pengucapan Awam • bersifat informatif: • bersifat persuasif Jenis-jenis Pengucapan Awam • Ucapan spontan • Ucapan ekstemporan • Ucapan manuskrip • Ucapan Hafalan


Komunikasi Silang Budaya Halangan Budaya bagi Komunikasi Silang Budaya • Bahasa atau mesej lisan: • Bahasa atau mesej bukan lisan • Kesan etnosentrisme • Stereotaip • Norma, resam dan tuntutan moral


Komunikasi Berasaskan Teknologi • merupakan medium komunikasi yang mudah dan segera berpadanan dengan gaya hidup pantas masyarakat moden. • berperanan dalam hubungan antara pemerintah dan masyarakat- menembusi birokrasi politik. • manusia menjadi lebih individualistik dan dunia menjadi lebih kecil. Dgn Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, • mendorong nilai-nilai peribadi seperti idealogi masuk ke dalam ruang awam.


Penggunaan Laras Bahasa • • • • •

Laras Biasa / Umum Laras Ilmiah Laras Agama Laras Undang-undang Laras Sastera


Halangan-halangan dalam Komunikasi • • • • •

Halangan Persekitaran Halangan Sikap Penghantar Halangan Sikap Penerima Halangan Bahasa Halangan Maklumat Kurang Tepat dan Jelas


Aspek Keberkesanan Berkomunikasi • Latar belakang penghantar dan penerima maklumat- Sesuaikan pilihan bahasa, gaya dan cara pertuturan dan penulisan dengan latarbelakang pendengar atau audien. • Mendengar dengan baik dan efektif- <slaid berikutnya> • Bersikap Positif- tidak memulakan perbualan dengan penyata-penyata negatif, jaga air muka


Mendengar Secara Atentif • Pendengar mengajukan soalan dalam perbualan • Mengulang pernyataan yang ditutur oleh subjek • Menganggukkan kepala tanda faham atau setuju • Memahami maklumat yang disampaikan dengan mengenal pasti isi-isi penting • Tidak menyampuk percakapan individu yang sedang bercakap.


Aktiviti Refleksi dan Latihan (Intrapersonal dan Interpersonal)


Aktiviti: Membangunkan Kesedaran Diri • Semalam, Hari Ini dan Esok • Kelas akan di pecahkan pada beberapa kumpulan kecil. Setiap ahli dalam kumpulan akan menghabiskan ayat-ayat berikut dalam perbualan. • Terdapat 3 pusingan perbualan. Pusingan pertama anda harus menghabiskan ayat –ayat seolah anda seorang kanak-kanak berumur 5- 8 tahun. • Pusingan kedua, seolah anda seorang warga emas berumur 60- 65 tahun dan • Pusingan ketiga respon pada masa kini.


• Orang lain hendak saya......... • Cara yang baik untuk mengukur kejayaan seseorang adalah...... • Apabila saya buat apa yang saya ingin buat, saya... • Saya kecewa apabila.. • Saya ingin menjadi seorang... • Saya seronok apabila...

• Perkahwinan bagi saya adalah... • Orang yang dipertanggung jawabkan perlu... • Saya rindu... • Apa yang saya suka tentang diri saya adalah... • Bila saya bersama orang yg suka bercakap, saya... • Kadangkala saya berasa.. • Sepuluh tahun dari sekarang, saya..


• Apakah yang anda ketahui tentang diri anda dan ahli lain melalui respon-respon tadi? • Ada atau tidak persamaan/kesejajaran dalam responrespon di semua pusingan ? • Adakah terdapat perbezaan? Apakah sebabnya? • Bolehkah anda mengenal pasti beberapa maklumat yang anda tidak mahu beritahu orang lain? • Kenapakah ini lebih senang disembunyikan daripada dimaklumkan?


Aktiviti – Interpersonal • Suhu Perhubungan • Indeks respon emosi seorang yang tidak asertif lazimnya amat rendah atau tidak normal (tiada reaksi). Indeks respon emosi seorang yang agresif sering terlalu tinggi (selalu ada reaksi berlebihan). Indeks respon emosi seorang yang asertif adalah normal. Kaji suhu perhubungan anda sendiri dengan menyampaikan mesej (a) tidak asertif, (b) agresif, dan (c) asertif dalam situasisituasi berikut:


• Anda ingin seorang di sebelah anda ,yang anda tidak kenali untuk berhenti merokok. • Anda tidak mahu mengubah tempat duduk anda untuk dua orang rakan yang anda tidak kenali. • Anda inginkan bantuan seorang kawan untuk merancang majlis persatuan. Dalam suasana suhu manakah – tidak asertif , agresif , asertif – anda merasa lebih selesa untuk mengerjakan tugas? Kenapa? Cara manakah yang paling susah untuk dioperasikan? Kenapa?


Pemerhatian Komunikasi Aktiviti: Komunikasi Bertulis Perhatikan penulisan yang dibuat di laman sosial seperti facebook (facebook UKM), twitter, sistem aduan pelajar UKM. • Adakah bahasa yang digunakan dapat difahami oleh semua golongan pengguna? • Adakah penulis mengamalkan cara berkomunikasi yang baik?


• Senaraikan perkataan atau singkatan yang digunakan yang mungkin menimbulkan masalah kefahaman atau masalah hubungan antara peserta komunikasi. • Bincangkan masalah-masalah yang timbul dan kesankesan kepada komunikasi interpersonal.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.