KUIZ HE SET B BAB 8

Page 1

KUIZ SET B Modul HE Bab 8 Dr Ahmad Zamri Mansor


Soalan 1 1 Semasa Era Penjajahan di Tanah Melayu, Pendidikan Inggeris yang disediakan oleh British (free schools) dan golongan mubaligh Kristian majoritinya diberikan kepada kelompok? A : melayu kelas atasan B : komuniti melayu C : komuniti cina D : komuniti india E : melayu kelas bawahan


Soalan 2 2

Apakah peranan Jawatankuasa Car-Saunders ditubuhkan pada tahun 1947? A.Untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita. B.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah rendah dan menengah. C.Untuk merangka pendidikan tahap universiti di Tanah Melayu. D.Untuk mempertahankan warisan budaya dan peradaban masingmasing. E.Untuk memantau Ordinan Pelajaran 1957.


Soalan 3 3 Mengapakah jawatankuasa Car -Saunders 1947 dibentuk oleh kerajaan British? A) untuk memupuk penyatuan dalam masyarakat majmuk B) menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu C) menyemak semula pendidikan komuniti Cina D) untuk merangka pendidikan tahap universiti di Tanah Melayu E) memantau Ordinan Pelajaran1957


Soalan 4 4

Pembentukan jawatankuasa laporan barnes bercirikan ke arah kesepaduan sosial telah dibentuk oleh kerajaan yang di pengerusikan oleh LJ

Barnes. lasporan ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri. apakah matlamat laporan Barnes. A : bahasa inggeris dan bahasa melayu wajib diajar di sekolah rendah B : untuk menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan melayu C : untuk mempertahankan kedudukan sekolah cina D : bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. E : pendidikan dengan menggunakan bahasa melayu di lanjutkan ke peringkatmenengah dan universiti.


Soalan 5 5

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949 dan bermatlamatkan untuk menyatukan masyarakat majmuk bagi membina sebuah negara bangsa baharu yang merdeka. Berdasarkan pernyataan di atas,apakah kaedah utama bagi mencapai perpaduan seperti yang diusulkan? (i) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah rendah (ii) Peluang pendudikan yang sama pada golongan wanita (iii) Bahasa ibunda masing-masing boleh diajar. (iv) Sekolah Kebangsaan akan ditubuhkan bagi menyatukan komuniti etnik yang berbezabeza. A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV E. Semua diatas.


Soalan 6 6

Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Berikut merupakan antara usul utama yang ditekankan dalam Laporan Razak 1956 kecuali: A. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah rendah dan di sekolah menegah. B. Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan Inggeris sebagai bahasa penghantar. C. Pendidikan di peringkat menegah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sahaja sebagai bahasa penghantar. D. Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan nazir yang sama. E. Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.


Soalan 7 7

Apabila berada di universiti,mahasiswa didedahkan dengan pelbagai cara bagi mewujudkan perpaduan antara mahasiswa yang berlainan etnilk seperti mereka berkongsi asrama,dewan kuliah,pustaka dan sebagainya.Antara berikut merupakan matlamat kerajaan dalam pelaksanaan ini kecuali A memupuk semangat integrasi antara kaum B untuk memcapai perpaduan nasional C Mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan alam universiti D supaya 13 mei tidak lagi berulang


Soalan 8 8 Di antara berikut yang manakah bukan sekolah pendidikan menengah? A)sekolah berasrama penuh( sbp) B) sekolah kluster C) sekolah seni dan sukan D) pendidikan prauniversiti E) sekolah teknik dan vokasional


Soalan 9 9 Kursus kritikal yang ditawarkan di matrikulasi adalah seperti berikut, kecuali : A: perubatan B: perundangan C: perakaunan D: farmasii: E: pergigian


Soalan 10 10 Antara berikut merupakan rukun politik cina yang perlu difahami bersama KECUALI A-Layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran B mempertahankan pendidikan cina C mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di semenanjung dan lapan akhbar di Sabah dan Sarawak D mempertahan persatuan Cina seperti persatuan rumah ibadat,puak,bahasa persatuan perniagaan dan perdagangan


Soalan 10 10 Etnik manakah yang boleh menjadi pemimpin bagi sesebuah badan organisasi NGO? A) Melayu B) Cina C) India D) Iban E) Semua etnik di atas


PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh SUNSHINE & ORKID Kursus ZZZT2173 HE UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor


Penyumbang Soalan KUMPULAN SUNSHINE Saadah Mardiah Binti Bidin Noor Afiqah Bt Mohd Rais Noorfazwani Binti Azman Nur Farain Binti Ahmad Noor Akmalmurni Bt Mohd Rofi

KUMPULAN ORKID Nur Amira Nadhirah Bt Mohd Isa Nor Farhana Aida Bt Sulaiman Siti Zubaidah Nor Aqliyyah Bt Nordin Ahmad Nor Farhana Aida Bt Sulaiman


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.