Kuiz he set c bab 4 opto 1

Page 1

KUIZ SET C Modul HE Bab 4 Dr Ahmad Zamri Mansor


Soalan 1 Menurut Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam bidang apakah? A. Sejarah dan kebudayaan Melayu B. Sejarah dan undang-undang C. Undang-undang dan kebudayaan Melayu D. Kebudayaan dan politik tanah air E. Semua di atas


Soalan 2 Menurut Hashim(1983), apakah perkara yang benar berkenaan dengan Islam dalam perkembangan Perkesukutuan A) Mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam B) Agama Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri C) Kebebasan agama D) Undang-undang yang menghalang penyebaran manamana kepercayaan dalam kalangan orang Islam E) Semua di atas.


Soalan 3 Menurut Hashim, berikut adalah BENAR berkenaan dengan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, KECUALI‌ A) Mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. B) Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. C) Agama Islam tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. D) Kebebasan beragama. E) Undang-undang yang menghalang penyebaran mana-mana kepercayaan dalam kalangan orang Islam.


Soalan 4 Berikut adalah BENAR mengenali bahasa Melayu, kecuali‌ A) Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi B) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi C) Kedudukan bahasa Melayu begitu kukuh kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 1/3 dewan D) Kedudukan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima penasihat Inggeris pada 1914. E) Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara


Soalan 5 Berikut merupakan beberapa perkara yang dibincangkan dalam Perkara 160(2) di dalam Perlembangaan Persekutuan, KECUALI A) Seorang Melayu merupakan seorang yang menganut agama Islam, bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan adalah keturunan seseorang yang tersebut. B) Seorang india dianggap sebagai Melayu, sekiranya ia menganut agama Islam dan mengamalkan adat Melayu. C) Seorang Melayu merupakan Melayu sekiranya dia seorang Melayu jati daripada keturunan Melayu, walaupun dia bukan beragama Islam. D) Untuk menjadi seorang Melayu, seseorang mestilah mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura.


Soalan 6 Perlembagaan persekutuan (Perkara 89) menyentuh tentang tanah rizab Melayu. Berikut merupakan perkara-perkara yang dibincangkan KECUALI A) Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas Merdeka. B) Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu. C) Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu bolah diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang. D) Tanah yang dimiliki oleh orang bukan Melayu bolah diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang.


Soalan 7 Berikut merupakan tujuan diskriminasi perlindungan KECUALI A) Mempertahankan kepentingan golongan majoriti daripada ditenggelami golongan minoriti B) Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang pelbagai etnik C) Memperbaiki taraf kehidupan masyarakat mundur dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan D) Mengelakkan perubahan radikal apabila perlembagaan diperkenalkan kerana perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai keistimewaan sebelumnya


Soalan 8 Berikut merupakan perkara dalam Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak KECUALI A) Agama B) Bahasa C) Kewangan D) Pendidikan


Soalan 9 Apakah peranan utama dalam mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA dan Matrikulasi? A. Membantu mengatasi masalah kemiskinan etnik melayu B. Untuk melahirkan usahawan melayu yang menjalankan pelbagai perniagaan besar C. Membantu meningkatkan pencapaian etnik melayu dari sudut ekonomi dan pendidikan D. Merapatkan lagi hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar E. Kesemua di atas


Soalan 10 Pernyataan dibawah adalah yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III, pernyataan berikut yang manakah benar? I. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa yang dipertua negeri berkenaan II. Sarawak dan Sabah mengangkat agama islam sebagai agama rasmi III. Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak IV. Pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-dua(Sabah dan Sarawak) memberi persetujuan A.I dan II B.I dan III C.I, III dan IV D.I, II dan III


PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Hubungan Etnik Fakulti Sains Kesihatan, UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor


Kumpulan OPTOMETRI 1 Wan Mohd Nasrul Bin Wan Mohd Kamil Leslie Png Boon Hian Nurul Fatin Najuwa Binti Nasaruddin Teh Winny Goh Li Shan Lai Sook Mun


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.