KUIZ SET d Modul HE Bab 4 Dr Ahmad Zamri Mansor
Soalan 1 Yang manakah merupakan takrifan sebenar perlembagaan? A. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara B. Dokumen yang mengandungi perundangan syariah C. Merupakan undang-undang kedua tertinggi D. Mengamalkan perlembagaan secara lisan E.Pemerintah negara memerintah mengikut acuan sendiri
Soalan 2 Dalam perlembagaan, diperuntukkan bahawa seorang raja hendaklah seperti berikut kecuali: A. Berdarah raja B. Tidak mengira bangsa C. Keturanan raja-raja D. Menganut agama islam E. Jantina lelaki
Soalan 3 Menurut perlembagaan Malayan Union, manakah yang berikut adalah TIDAK benar? A. Malayan Union akan diperintah oleh Gabenor B. Sultan-sultan cuma raja kehormat sahaja. C. Gabenor menganggotai majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam. D. Prinsip jus soli digunakan. E. Gabenor memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat dari segi pentadbiran.
Soalan 4 Persekutuan Tanah Melayu mendatangkan kesan-kesan berikut, KECUALI A. Mengekalkan autonomi negeri-negeri B. Kedaulatan Raja-raja melayu dikembalikan C. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan D. Prinsip jus soli diteruskan E. Kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh
Soalan 5 Perjanjian London telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira tentang beberapa perkara. Yang manakah di bawah tidak termasuk dalam perkara-perkara tersebut? A. Pembentukansebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat B. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Rajaraja Melayu C. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. D. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan berdasarkan jasa yang dibaktikan kepada negara E. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain
Soalan 6 Pilihkan seorang yang bukan salah seorang daripada wakil Perikatan untuk Jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh MacGilivray. A. Tunku Abdul Rahman (UMNO) B. Datuk Abdul Razak (UMNO) C. Tan Cheng Lock (MCA) D. Ong Yoke Lin (MCA) E. V.T Sambathan (MIC)
Soalan 7 Pernyataan manakah salah tentang "tradisi“ dalam konteks politik dan perlembangan? A. Wujud sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957. B. Menjadi identiti dan kestabilan negara. C. Sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya. D. Sukar untuk menampung kekurangan yang ada pada sistem demokrasi. E. Dilindungi di bawah Akta Hasutan 1987.
Soalan 8 Kerjasama antara etnik dalam menuju kemerdekaan dapat dilihat satu usaha kerjasama antara mereka dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Berikut adalah hasil daripada kerjasama ini ialah kecuali A. Penubuhan jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 B. Penolakan sikap perkauman dalam kalangan Melayu C. Menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi D. Menyebabkan masyarakat pelbagai etnik menolak perlembagaan yang menjamin kuasa orang Melayu E. Mengamalkan konsep perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi dalam pilihan raya
Soalan 9 Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong I. Diberi kuasa memerintah persekutuan II. Dikehendaki bertindak atas kabinet III. Ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan IV. Mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan bagikesalahan yang dilakukan di dalam wilayah persekutuan Kuala Lumpur A. B. C. D. E.
I dan II I dan III I,II dan III I,III dan IV Semua yang di atas
Soalan 10 Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada Raja-raja daripada berapa negeri-negeri Melayu? A.7 B.9 C.10 D.12 E.14
PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Hubungan Etnik Fakulti Sains Kesihatan, UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor
Kumpulan OPTIMIS Amira Binti Yahaya Lim Ee Von Lucia Hii Lu Jia Gee Siang Ying Muhammad Shaiful Bin Abu Bakar Tan Chin Yi