KUIZ SET C Modul HE Bab 5 Dr Ahmad Zamri Mansor
Soalan 1 Berikut adalah BENAR mengenai penduduk etnik di Sarawak, KECUALI‌ A) Komposisi penduduk di Sarawak adalah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah 30 suku etnik. B) Kumpulan etnik majoriti di Sarawak adalah etnik Dayak dengan peratusan 44.3%. C) Majoriti penduduk Sarawak tinggal di pedalaman, rumah panjang, kampung dan pesisiran. D) Penduduk Cina Sarawak kebanyakannya tinggal di bandar. E) Dalam etnik Dayak Sarawak, terdapat subetnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Soalan 2 Menjelang pilihan raya pada tahun 1963, beberapa parti politik di Sarawak telah bergabung menubuhkan Parti Perikatan Sarawak. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN parti politik Sarawak yang dimaksudkan? A) Barjasa B) PANAS C) Pesaka D) SCA E) SUPP
Soalan 3 Pada pilihan raya ke-12 pada tahun 2008, hampir setiap parti politik melancarkan manifesto mereka. Antara berikut, yang manakah manifesto BN? A) B) C) D) E)
“Perubahan” “Harapan Baru Untuk Malaysia” “Negara Berkebajikan” “Selamat, Aman dan Makmur” “Negara Berdemokrasi”
Soalan 4 Pada pilihan raya ke-12 pada tahun 2008, tsunami politik melanda negara. Antara pernyataan berikut, yang manakah SALAH mengenai peristiwa berikut? A) B)
BN memenangi pilihan raya dengan majoriti dua pertiga. MCA dan Gerakan yang mewakili etnik Cina mengalami kekalahan teruk. C) Untuk kali pertama BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai etnik. D) Pulau Pinang dikuasai pembangkang. E) Semakin ramai etnik Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin rendah sokongan mereka terhadap BN.
Soalan 5 Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan perubahan trend dan corak pengundian masyarakat Malaysia. Pola pengundian tidak lagi berdasarkan etnik dan agama, tetapi para pengundi lebih berminat dengan isu yang membabitkan‌ Pilih pernyataan yang SALAH A) B) C) D) E)
Ketelusan Kebebasan bersuara Rasuah Akauntabiliti Keadilan
Soalan 6 Siapakah yang menubuhkan parti PBDS di Sarawak? A) B) C) D) E)
Daniel Tajem Leo Moggie Raymond Szetu Taib Mahmud Bujang Ulis
Soalan 7 Selama 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau di Sarawak. Antara parti berikut adalah: I – Pajar III – Permas II – Sapo IV – SUPP A) I sahaja B) II dan III C) I, II dan III D) III sahaja E) Semua di atas
Soalan 8 Selepas pilihan raya 1970, apakah formula permuafakatan dan pakatan yang dipersetujui bagi parlimen di Sarawak? A) Ketua Menteri adalah terdiri daripada Presiden PBB B) Timbalan Ketua Menteri terdiri daripada empat orang dari parti SUPP C) Ketua Menteri adalah calon daripada Bumiputera Bukan Islam D) Calon-calon Iban tidak akan dipilih. E) Ketua Menteri adalah calon dari parti SNAP.
Soalan 9 Beberapa langkah telah di ambil parti BN selepas kegagalan memenangi majoriti dua pertiga pilihan raya pada tahun 2008. Antara berikut, yang manakah BUKAN pendekatan yang dilaksanakan BN selepas pilihan raya ke-12? A) BN mengecilkan saiz kabinet Persekutuan B) Pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak diberi peranan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat C) Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa yang lebih luas dan dominan dalam politik nasional D) Bangunan Parlimen dipindahkan ke Kuching. E) Memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung pada November 2010
Soalan 10 Parti apakah yang memenangi 8 kerusi dalam Pilihanraya tahun1970 di Sarawak? A. Parti Bumiputera B. SUPP C. SNAP D. SCA E. Parti Pesaka
PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Hubungan Etnik Fakulti Sains Kesihatan, UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor
Kumpulan OT A Maria Istikha Binti Zamry Chai Kar Heng How Ting Ting Lau Yi Ping Lim Sin Pei Suhaili Binti Ibrahim