Kuiz PD Set A Bab 1a

Page 1

Bab 1a Komunikasi


Soalan 1 Manakah di antara berikut BUKAN definisi komunikasi menurut Guffey dan Almonte (2010)? A.Pengirim membentuk idea B.Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej C.Mesej akan melalui saluran komunikasi D.Penerima mengekodkan mesej tersebut E.Maklum balas dihantar kepada pengirim.


Soalan 2 Manakah di antara berikut BUKAN model komunikasi menurut Wood (2009)? A.Model Komunikasi Linear B.Model Komunikasi Interaksional C.Model Komunikasi Transnasional D.Model Komunikasi Transaksional


Soalan 3 Oshin sering menundukkan kepalanya berkali-kali apabila bertemu dengan orang lain. Aminah sering merendahkan badannya apabila melintas di depan orang lain Kenyataan-kenyataan ini merujuk kepada aspek komunikasi KECUALI A. Keperluan memahami konteks komunikasi B. Aspek budaya dalam berkomunikasi C. Perbezaan budaya dalam menghormati orang lain D. Aspek kesantunan dalam membentuk budaya sesuatu bangsa.


Soalan 4 Apa kepentingan kemahiran komunikasi dari aspek akademik? I. Mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswa yang tinggi II. Memperlihat sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa III. Melahirkan mahasiswa yang peramah dan mempunyai ramai kawan IV. Sebagai tanda hormat kepada pengajar A. I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja E. Kesemua di atas


Soalan 5 Anda perlu menuliskan perkara-perkara berikut dalam ‘abstrak’ KECUALI A. persoalan kajian B. tujuan melakukan kajian C. kaedah menjalankan kajian D. dapatan utama kajian E. perbincangan kajian


Soalan 6 Berikut ialah amalan yang tidak beretika dalam komunikasi penulisan KECUALI membuat kenyataan umum A. Memfitnah orang lain B. Menghina kaum lain. C. Memplagiat karya penulis lain D. Membahaskan isu-isu keselamatan negara.


Soalan 7 Berikut ialah komponen kemahiran komunikasi menurut Rod Windle dan Suzanne Warren (2001) KECUALI A. Pesanan verbal (kata yang kita pilih) B. Pesanan paraverbal (bagaimana kita menyebut perkataan itu) C. Pesanan metaverbal (maksud sebenar yang ingin disampaikan) D. Pesanan bukan verbal (bahasa tubuh yang digunakan).


Soalan 8 Manakah di antara berikut TIDAK BENAR tentang komunikasi lisan? A. Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendaharaan kata yang luas sangat penting supaya komunikasi menjadi lebih berkesan dengan menggunakan perkataan yang tepat. B. Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus kepada perkara pokok masalah supaya senang difahami akan menghasilkan komunikasi yang lebih berkesan. C. Kemampuan memberikan ntonasi yang tepat iaitu pengaturan kelajuan berbicara yang baik yang) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif. D. Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban penerima.


Soalan 9 Manakah di antar berikut menerangkan tentang proksemik? A. bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangiwangian, alat solek dan lain-lain B. jenis komunikasi bukan verbal yang berkaitan dengan penggunaan ruang. C. Posisi tubuh dan gaya berjalan mencerminkan emosi, konsep diri dan tahap kesihatannya. D. mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara merupakan ekspresi keadaan seseorang.


Soalan 10 Berikut adalah benar tentang membuat pengolahan yang baik dalam komunikasi bertulis KECUALI A. melibatkan penggunaan bahasa secara berkesan, menggunakan format dan bentuk penuisan tertentu. B. menghasilkan tulisan yang ringkas dan padat, mengalir, bersinambungan dan bertaut. C. membantu penulis memberi gambaran yang jelas dan meransangkan daya fikiran pembaca dengan sempurna. D. Menjadikan penulisan lebih matang, menarik dan berkesan. E. Mendidik pengarang supaya menulis secara lebih akademik dalam semua bentuk penulisan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.