Bab 4a Pengurusan Maklumat
Soalan 1 Menurut Mackenzie (1997), orang yang celik maklumat berkebolehan dalam: I menggali maklumat II mentafsir maklumat III Mencipta idea-idea baru IV mengembangkan maklumat A. I dan II B. I dan III C. I, II dan III D. I, II dan IV E. II, III dan IV
Soalan 2 Dalam pengesanan makulumat, kita dapat memperolehi : I Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber makulumat berpotensi II Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat III Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih IV Kebolehan untuk menganalisasi ,memeriksa ,dan mengekstrk maklumat A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV E. I dan IV
Soalan 3 Menurut Mackenzie (1997,) dalam garisan panduan mengenai literasi maklumat untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat, orang yang celik maklumat berkebolehan dalam menggali, mentafsir dan mencipta idea-idea baru. Yang manakah bukan kebolehan menggali? A. Menyisih B. Berkeupayaan membangunkan wawasan-wawasan baru C. Menyaring D. Berkeupayaan mengesan maklumat E. Memilih maklumat
Soalan 4 Dari perspektif pengurusan maklumat dalam organisasi daripada sumber Alavi (1999) terdapat tiga kumpulan iaitu Information-Based , Technology-Based dan Culture-Based. Yang manakah bukan komponen daripada Culture-based? A. Collective learning B. Cultivation C. Intellectual property D. Data warehouses E. Learning organization
Soalan 5 Yang manakah bukan kemahiran dalam menguruskan maklumat berdasarkan konsep literasi maklumat? A. Latihan pengguna B. Pendidikan pengguna C. Kelancaran maklumat D. Memilih maklumat E. Knosep-konsep lain
Soalan 6 Lau (2006) telah menetapkan tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat untuk mewujudkan pembelajaran berkesan iaitu akses, penilaian, dan penggunaan maklumat . Dalam komponen penilaian , pentaksiran maklumat TIDAK membolehkan pengguna untuk A. Menggunakan maklumat yang telah diperoleh B. Menganalisis, memeriksa ,dan mengekstrak maklumat C. Memilih dan mensintesis maklumat D. Menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula E. Membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat
Soalan 7 Kepentingan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah: I membantu individu merancang strategi II menguasai palbagai kemahiran III membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan IV meningkatkan sinergi antara pekerja A. I dan IV B. I, II dan III C. I, III dan IV D. II, III dan IV E. I, II, III dan IV
Soalan 8 Lau (2006) telah meringkaskan piawaian IFLA yang dikelompokkan di bawah tiga komponen iaitu akses, penilaian dan penggunaan.Yang manakah merupakan definisi bagi komponen akses? A. Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan sesuka hati B. Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan C. Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan tepat dan kreatif D. Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan kritis E. Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan tepat dan kritis
Soalan 9 Data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya I tidak lengkah II tidak jelas III ketinggalan daripada realiti A. I sahaja B. II sahaja C. I dan III D. II dan III E. I, II dan III
Soalan 10 Yang manakah pilihan adalah tepat bagi objektif pembelajaran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat? I Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran II Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri III Mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri A. I sahaja B. I dan II C. I dan III D. I , II dan III E. Bukan semua di atas
Bab 1a Soalan Bab Ini Disumbangkan Oleh
Kumpulan HALUS Terima kasih
Penghargaan Soalan Disumbangkan Oleh KUMPULAN HALUS Tan Chia Sin Ang Wei Jie Lim Sze Ling Chong Yen Nee Ler Ann Joe