“Tiga Puluh Tahun di Negara Uncle Sam” adalah perjalanan hidup seorang Anak Melayu di bumi asing dari tahun 1985 hingga 2020. Mohd Zaidi Mohd Zaid, pertama kali menjejak kaki di Amerika Syarikat sewaktu beliau berumur 18 tahun dan telah terpisah dari sanak saudara sehinggalah beliau terpanggil untuk kembali ke tanah tumpah darah, memeluk ibunda tercinta.