PICTORIAL
Abdul Rahman Abbas Yang di-Pertua Negeri of the State of Penang
Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
This book was made possible through the generous assistance of
DATUK (DR) SYED HUSSIAN ALJUNID
1
Sekapur Sirih, Seulas Pinang.
Jalil presenting the progress of the bookmaking.
Tanggal subuh Jumaat 14 Safar 1357 bersamaan 15 April 1938, seorang pasangan di Permatang Rambai, Kepala Batas telah dikurniakan seorang anak lelaki. Pasangan Haji Abbas bin Haji Abdul Rahman dan Hajjah Jamilah binti Ubaid telah menamakan bayi tersebut Abdul Rahman (bermaksud Hamba Allah yang Pemurah). Berasal dari keluarga guru-guru agama dan iman-iman daripada Penaga, Abdul Rahman Haji Abbas, kini 83, mungkin tidak menyangka satu hari kelak beliau dilantik Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. TYT Tun Dato’ Seri Utama Abdul Rahman memegang jawatan tersebut sejak 2001. Ini bererti beliau telah menabur budi dan khidmat kepada rakyat selama lebih 60 tahun termasuk karier awal beliau sebagai pendidik. Pengorbanan beliau kepada bangsa dan nusa sepanjang hayat Tun cuba dirakamkan di dalam buku setebal xxx muka surat ini. Tetapi penulis sedar bahawa jasa dan pengorbanan Tun adalah lebih berganda dari apa yang dikongsikan di sini. Buku itu cuba merakamkan perjalanan dan liku-liku yang dialami oleh Tun tentang perjuangan, pengorbanan, harapan serta aspirasi seorang pemimpin terhadap negara, bangsa dan agama. Sumbangan dan khidmat bakti Tun dalam membangunkan negeri ini tidaklah seharusnya tinggal sebagai kenangan. Malah ia hendaklah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berazam dan bercita-cita tinggi supaya dapat bersama-sama menyumbang untuk negeri dan negara. Jawatan terakhir Tun dalam bidang pendidikan adalah sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga Karier politik Tuan Yang Terutama bermula pada 16 Jun 1977, apabila terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, berikutan kembali ke rahmatullah Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah. Allahyarham adalah bapa kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selanjutnya pada 8 Julai 1978, dalam pilihanraya umum yang diadakan, Tun telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, diikuti dengan tiga penggal pilihanraya umum berikutnya iaitu pilihanraya tahun 1982, 1986 dan 1990. Tun telah diberi kepercayaan menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang penglibatan beliau dalam bidang politik iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan akhirnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebelum dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari 3 Disember 1990 hingga 5 April 1995. Tun telah mendirikan rumahtangga dengan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff dan telah dikurniakan dengan empat orang cahayamata, seorang putera dan tiga orang puteri. Antara hobi Tun adalah jogging, sukan golf dan membaca. Tidak ramai yang sedar bahawa Tun dalam tahuntahun 60-an begitu aktif dalam bidang penulisan kreatif dengan nama pena Norman Abbas. Berpuluh tahun jasa dan bakti ditabur kepada masyarakat secara jujur dan ikhlas, jawatan TYT Yang diPertua Negeri dianugerahkan Allah pada 1 Mei 2001 sebagai tunggak perpaduan dan lambang kemakmuran di negeri pulau mutiara. Beliau dilantik semula pada 2005, 2009, 2011, 2013, 2015 dan 2017. Tun amat menitik-beratkan pendidikan anak muda dan mahu mereka memahami sejarah negara.
Abdul Jalil Hamid
3
With the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah during the launch of Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, December 21, 2019.
5
With the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Chief Minister of Pulau Pinang Chow Kon Yeow during the launch of Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, December 21, 2019.
7
With the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah after the launch of Masjid Albukhary Pulau Pinang in Sungai Pinang, Georgertown, December 20, 2019.
9
With the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin and Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail during the Piala Majlis Raja-raja Golf Tournament, Kuala Lumpur, June 2011. 11
With the Deputy Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah at a ceremony to hand over credentials for the appointment of Pulau Pinang Islamic Religious Council and Registrar of Pulau Pinang Syariah Court in Georgetown, Pulau Pinang on December 28, 2018.
13
With the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah arriving at Hospital Pulau Pinang to visit former Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, May 8, 2013.
Di sini padi di sana padi
Itulah namanya bendang
Di sini budi di sana budi
Budi jugak dikenang orang 15
Kemerdekaan
Dalam terlalu jerih kita meronta terlalu lama kita menuntut – sudah puas kita meminta Kini sudah kita capai kedaulatan telah kita terima Kemerdekaan – Merdeka! Bukan hanya semboyan atau hanya indah cerita Merdeka bererti longgokan kerja menanti di muka Merdeka bererti tanggungan kita mesti berganda Merdeka bererti setiap warga punya tugas pada negara Merdeka bererti kita hamba, kita raja – kita segala-gala.
v
v
v
31 Ogos 1957, disiarkan di dalam majalah “Cenderamata,” keluaran Sultan Idris Teaching College (now is Sultan Idris Education University)
17
During the 22nd Convocation Ceremony, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) in Kajang outside Kuala Lumpur, August 3, 2019. From left, Tenaga President & CEO Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Tenaga Chairman Tan Sri Leo Moggie, Tun Abdul Rahman, UNITEN Pro-Chancellor Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, and UNITEN Vice Chancellor Prof. Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha.
19
With QSR Brands (M) Holdings Bhd Managing Director Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil after conferring him with the Darjah Gemilang Pangkuan Negeri award carrying a title of “Datuk Seri” inconjunction with his 80th birthday anniversary at Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang, July 14, 2018. 21
Receiving Chairman of Media Prima Berhad (MPB) Datuk Syed Hussain Aljunid (2nd L) at Seri Mutiara in Pulau Pinang July 16, 2020. On the right is MPB Executive Director Datuk Iskandar Mizal Mahmood and on the left is MPB Executive Director of News and Editorial Operations Mustapha Kamil Mohd Janor. 23
Exchanging gifts with Chairman of Dewina-Brahim’s Group Dato Seri Ibrahim Ahmad Badawi at Tun Rahman’s official residence Seri Mutiara in Pulau Pinang, June 5, 2017.
25
The swearing-in ceremony as the Yang Dipertua Negeri in Georgetown, Pulau Pinang, April 29, 2017. 27
Pohon
Pohon rendang tegak dan tegap bertunjang dan menjulang banyak cabang banyak ranting hijau daunnya, melambai mesra harum bunga, indah warna buahnya pembawa rezeki Pohon rendang teduhnya, tempat menumpang ada unggas bersarang semut bertali, datang dan pergi kupu-kupu menari lebah menyanyi, puja ratu dan manis madu Itulah, erti sebuah kemerdekaan daulat dan mertabat sebuah negara yang makmur yang aman yang damai harmoninya untuk semua Tolehlah tolehlah ke belakang bagaimana moyang, atuk dan ayah kita berjuang dan berperang derita dan sengsara mencari benih menanam, membaja dan menyuburkan pohon merdeka yang segarnya, nikmatnya sampai ke hari ini paling sedih, paling sedih jika anak kita lupa cerita lupa duka lupa sengsara, moyang, atuk dan ayah mereka
29
Memang tidak salah memuja Mawi, atau berjumpa Puteri Gunung Ledang dalam mimpi tapi jangan sampai buta perjuangan Raja Haji atau melupakan Dol Said dengan perang Naningnya atau kehebatan Datuk Bahaman pahlawannya Mat Kilau atau semangat juang Raja Abdullah, dan amokan Tok Sagor apa lagi, keberanian Rosly Dhoby Orang sibuk bercakap, tentang BSKL, tentang ICT tentang bioteknologi tentang Formula One tentang demam bola tentang along dan bank tentang pelacur asing yang menjual paha dan dada di tepi tangga tentang Bush dan Blair yang hilang punca dan gila tentang kencing manis dan darah tinggi entah apa-apa lagi tapi mereka tidak mengerti, tidak peduli bagaimana tarikh keramat 31 Ogos dicari dan diberi, mereka tidak kenal, sejarah Abdullah Fahim apa lagi Tok Kenali
Pohon rendang buah hati jantung kita terancam, terancam sudah dan ada tanda-tanda bahaya tunjang dan batang, anai-anai mula menyerang dedalu lebih ganas dari musuh seribu untuk balak, ada pengkianat, menanti dengan kapak dan jentolak Pohon rendang akan punah dan ranah Kita dicabar, dan tercabar demi kasih kita demi cinta kita dan, atas nama kasih, cinta dan sayang mari kita bangun tentang dan halang Tak kira dengan apa cara dengan minda, darah, keringat atau airmata, malah, walau pun, dengan parang sebilah Pohon rendang mesti tegak dan tegap akar bertunjang dan, pucuknya terus menjulang
v
v
v
31 Ogos 1957, disiarkan di dalam majalah “Cenderamata,” keluaran Sultan Idris Teaching College (now is Sultan Idris Education University) Disember 2012 Tahun 2006
31
Pulau Pinang State Legislative Assembly, April 30, 2015. 33
Pulau Pinang State Legislative Assembly, July 2, 2013.
35
Swearing in as the Yang Dipertua Negeri in Georgetown, Pulau Pinang, April 2, 2013. 37
With Chief Minister Lim Guan Eng during the 56th National Day celebrations in Butterworth, Pulau Pinang, August 31, 2013. 39
With (Tun) Abdullah Ahmad Badawi (2nd R) and other assemblymen in the 1970s.
41
Open house in Kepala Batas, mid 2000s.
43
With Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar and Pulau Pinang State Police Chief Datuk Wira Ayub Yaakob, Pulau Pinang, July 12, 2011.
45
Receiving former Indonesian President BJ Habibie at Seri Mutiara, Pulau Pinang, December 5, 2012. 47
Pokok Durian
Sepohon durian tua Tegak di tepi pagar Bukan yang bergelar Udang Merah Atau Raja Kunyit Atau Kucing Tidur Atau Musang King Hanya Durian Kampung Yang enaknya tak pernah kalah Janji tak pernah mungkir Ada musim ada buah Musuhnya menggila-gila Serangga pembawa ulat Ungka dan kera pantang nampak Tupai pandai menebuk Tak kira tua atau muda jadi mangsa Durian berlubang jatuh Busuk di bawah pokok Salah siapa? Tupai yang lapar dan ganas atau Durian yang wanginya mengancam rasa Seperti gadis menyelak paha Atau dadanya separuh terbuka
v
v
v
Tahun 2019
49
51
With Permatang Pauh member of Parliament Datuk Seri Anwar Ibrahim, his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, and Batu Kawan member of Parliament P. Ramasamy during an Aidilfitri open-house organised by Penang Deputy Chief Minister Datuk Mansor Othman, 2012.
53
Kepala Batas Umno division delegates assembly, 1982.
55
Seated 2nd from right, with members of State Legislative Assembly, 1978. 57
Receiving Tun Dr Mahathir Mohamad to officiate the Kepala Batas Umno division delegates assembly, 1982.
59
Sungai
Sungai kecil ini Tidaklah sehebat Sungai Nil Yang banyak menyimpan kisah purba Dengan firaunnya, mummy dan piramidnya Hinggalah ke demonstrasi panas di Medan Tahrir Atau Sungai Mekong Yang airnya menjadi merah Darah Perancis yang kalah Atau darah penceroboh Amerika Yang dibunuh dengan senapang tua Atau jerangkap samar yang menggerunkan Atau Sungai Pinang yang kotornya Membunuh semua Sungai kecil ini berliku-liku Dalam Kampung Mutiara Airnya tenang bergerak Kata Pak Samad Said : Sungai mengalir lesu Tempat ikan bermain Tempat udang bersarang Yang pasti semuanya menjadi mangsa memerang Sesekali sang ular menjalar Atau berumah di perdu buluh Merangkak biawak lidah bercabang Dulu kata orang, ada buaya dan naga Kononnya dibawa oleh penjajah Betulkah?
v
v
v
Tahun 2019
61
Attending Ihya Ramadan at Masjid Al-Ehsan, Sungai Pinang, Balik Pulau, July 19, 2013 organised by Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Flanking Tun are the then PERDA’s general manager Haji Saringat Haji Hassan (2nd R), the then Pulau Betong assemblyman Datuk Muhamad Farid Saad (L) and the then PERDA chairman Datuk Shabudin Yahaya. 63
Presenting a gift to footballer Mohd Faiz Subri after winning the FIFA Puskas Award 2016, at Seri Mutiara, Pulau Pinang, February 28, 2017.
65
67
With Chief Minister of Penang Lim Guan Eng and wife Betty Chew honouring Malaysian athletes, 2010.
69
Signing the plaque during the launch of the Seberang Perai Prison Complex, witnesses by Minister of Home Affairs Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi in Nibong Tebal, June 17, 2013.
71
TYT Tun yang saya kenali
Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Hj. Abdul Rahman Abbas, D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N., Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke7. TYT Tun seperti yang kita semua ketahui dilantik sebagai TYT Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei 2001 dan sudah pun lebih 19 tahun menerajui Negeri Pulau Pinang tercinta ini. Seperti yang kita maklum juga TYT Tun mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. Saya mula mengenali TYT Tun secara rasmi bermula seawal tahun 2001 ketika sedang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi menjadi lebih kerap berjumpa apabila saya menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula tahun 2007 dan seterusnya ketika menjadi Naib Canselor USM pada 2011 dan sehinggalah sekarang ini walau pun sudah empat tahun meninggalkan jawatan itu. Hubungan TYT Tun dan Toh Puan dengan USM adalah hubungan yang akrab dan berjalan dalam suasana mesra dan baik sentiasa. Hubungan ini bermula dengan keakraban TYT Tun dan Toh Puan dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM dan Raja Perempuan Perlis. Sebagai Ketua Negeri TYT Tun akan sentiasa mengiringi Tuanku Canselor dan Raja Perempuan Perlis dalam majlis majlis rasmi USM dan juga dalam majlis tidak rasmi ketika DYMM Tuanku berangkat ke Pulau Pinang dan USM. Hubungan ini kemudian terus terjalin dengan kami di USM sama di peringkat rasmi atau pun peribadi. Abdul Rahman bin Abbas yang saya kenali adalah antara orang kenamaan yang amat saya hormati lebih dari seorang pemimpin yang memimpin dan berjasa kepada negara. TYT Tun adalah contoh pemimpin berpekerti mulia dan sangat elok di contohi. TYT Tun merupakan father figure kepada kami rakan rakan terutama di Pulau Pinang. Di peringkat peribadi saya dapati TYT Tun, seorang yang mudah didekati dan peramah dengan semua peringkat rakyat tidak mengira bangsa. TYT Tun sangat prihatin kepada masalah masyarakat di Pulau Pinang dan akan hadir di program program masyarakat yang di anjurkan. TYT Tun sangat arif dalam mengimbangkan suasana yang wujud dalam program yang di hadiri terutama dalam keadaan Pulau Pinang mempunyai kepelbagaian strata sosial, politik, bangsa, agama dan kelompok masyarakat yang unik. Saya selalu mendapati TYT Tun mempunyai jadual yang padat dan selalu hadir program rakyat di Pulau Pinang. TYT Tun juga selalu hadir solat jumaat di merata tempat tetapi di Masjid Negerilah kehadirannya yang kerap. Di peringkat USM, TYY Tun amat kerap datang ke USM. Samada memenuhi jemputan pelbagai peringkat USM atau pun hadir dalam program penganjur yang menggunakan USM sebagai tempat acara. Kekerapan hadir di Majlis Berbuka Puasa adalah sesuatu yang kami nantikan. Pada 16 Ogos 2006, Tuan Yang Terutama telah dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia. Semasa saya menjadi Naib Canselor, saya akan cuba hadir dalam setiap program di USM atau menghantar wakil yang sesuai sebagai menghormati kedudukan TYT Tun sebagai Ketua Negeri. Saya juga hadir dalam program program di anjurkan pihak luar yang menjemput TYT Tun. Disinilah saya lebih mengenali bagaimana TYT Tun berinterkasi dengan masyarakat setempat dan say juga berpeluang mendekati masyarakat Pulau Pinang. Selain dari selalu hadir diprogram USM dan rapat dengan DYMM Tuanku Canselor USM serta sentiasa mesra, TYT Tun amat prihatin dengan hal ehwal semasa USM. Saya sentiasa akan memaklumkan perkembangan terbaru USM apabila bertemu beliau dalam Majlis atau dalam kunjungan hormat ke Seri Mutiara. Walau pun saya sudah tidak lagi menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan berkidmat di sektor swasta, TYY Tun masih menerima permintaan kujungan hormat saya. Kekadang kunjungan ini bersama rakan2 dan berbincang hal hal perpaduan dan kesejagatan dan pengukuhan bangsa dan negara. Toh Puan juga peramah dan mudah mesra dengan kami di USM. TYT Tun adalah seorang kurang protokol dan pasukan kerjanya juga mudah di dekati dan memahami kekangan kami bila menjemput Abdul Rahman Abas yang saya kenali juga ialah seorang pendidik, seorang penulis dan seorang yang berminat dalam program kebudayaan bacaan sajak dan puisi. TYT Tun akan hadir dalam program program kebudayaan terutama majlis bacaan puisi dan selalu mendeklamasikan sajak atau puisi tulisan sendiri. Diperingkat peribadi hubungan kami penuh dengan rasa hormat dan mesra kepada TYT Tun. Beliau juga menziarahi ahli keluarga kami yang meninggal dunia. Beliau selalu berpesan pada saya, kerja baik2 dan prihatin kepada staff dan pelajar. TYT Tun dan Toh Puan juga memenuhi jemputan peribadi kami dan sudi hadir ke Majlis Perkahwinan anak2 kami dari masa kesemasa.
73
Sebagai mengakhiri catatan kepada TYT Tun yang kami hormati saya sertakan puisi dan pantun TYT Tun dan saya dalam sebuah buku terbitan USM dengan editornya salah seorang yang akrab dengan TYT Tun, Prof Dato Seri Md Salleh Yaapar
Setaman Pantun Merdeka 2007, terbitan USM. Sajak TYT Tun pada halaman IX dan X.
Sumbang dan Sumbing Hari Merdeka, menjelang tiba Untuk kali yang kelima puluhnya Satu Waktu, Yang mudah cukup untuk mendewasakan manusia Jika manusia itu manusia Jika manusia itu waras Jika manusia itu luhur budinya Jika manusia itu manis susilanya Tapi, Ada suara sumbang Ada perlakuan jalang Mereka tidak menyanjung Bumi bertuah tempat mereka berpijak Mereka tidak menjunjung Langit biru tempat mereka bernaung Mereka mengoyak dan merobek sejarah Mereka perompak Bajingan tanpa wajah dan maruah Anak derhaka Anak Celaka Anak Neraka Apa tidaknya Jika menyanggah bahawa Menjelang budaya Apa lagi apabila menghina raja Apapun bumi kita bumi bertuah Laungan perpaduan masih nyaring dan garang Dendang kasih dendang sayang masig merdu Gemanya cukup lantang Jalur Gemilang Yang putihnya bersih dan suci Birunya amat mesra Merahnya darah, berani, dan gagah Kuningnya berdaulat dan beradat Tetap dijulang Tetap gemilang v
v
v
Pantun saya tertera pada halaman 4 Jika kedidi terbang ke hutan, Tiada lagi puyuh berlari; Jika kita menggadai kemerdekaan, Tiadalah lagi maruah diri. Jika tuan ke Seberang Takir, Usah belayar di angin tenggara; Berjuang terus hingga ke akhir, Menjadi wira kebanggaan negara!
wassalamualaikum wbr Omar Osman, Pekan, 30hb Oktober 2020.
75
With Penang Chief Minister Tun Dr Lim Chong Eu, Penang Governor Tuan Yang Terutama Tun Datuk Dr Awang Hassan, state secretary Zainol Mahmood, the state executive councillors and other state officials during the early 1985.
77
Playing golf with his friends at Cinta Sayang Golf Resort in Sungai Petani, 2012. 79
With His Excellency the Right Honourable David Johnston, Governor General of Canada during his state visit, 15 November 2011. 81
Arriving for the state government dinner in conjunction with his 75th birthday celebrations at Equatorial Hotel in Bayan Baru, August 27, 2013.
Berburu di padang datar
Mendapat rusa berbelang di kaki Berguru kepalang ajar
Seperti bunga kembang tak jadi 83
Launch of New Straits Times Press print facility in Prai, October 10, 2012.
85
Tun Abdul Rahman bin Haji Abbas yang saya kenali
Manusia itu dikenali melalui namanya. Nama yang harum selalu disebut dan pasti terkenang. Begitu dengan satu nama yang sangat rapat dengan jiwa saya iaitu TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Namanya muncul dalam diari hidup saya sebelum beliau dilantik sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke tujuh pada tahun 2001 hingga sekarang (2020). Saya dan TYT Tun bergiat secara aktif dalam parti yang sama iaitu UMNO. Karier politik Tun Abdul Rahman Bin Haji Abbas bermula dengan penglibatan aktif dalam UMNO sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas dan Exco Pemuda UMNO. Penglibatan aktif beliau di dalam UMNO khususnya di Kepala Batas telah menyebabkan Tun Abdul Rahman Bin Haji Abbas dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya peringkat negeri bagi Kawasan Bertam pada 16 Jun 1977 menggantikan Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi Haji Abdullah, iaitu bapa kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, yang Ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Sebagai kawan seperjuangan dan pemimpin yang dihormati, TYT Tun mempunyai prinsip yang teguh dalam berkawan dan mentadbir negeri. Kejujuran dan iltizam dalam perjuangannya sangat saya kagumi. Beliau telah dilantik untuk kali kelima dan pelantikan yang sedemikian rupa memperlihatkan betapa kepimpinannya disenangi bukan sahaja rakyat Pulau Pinang tetapi juga rakan-rakan dalam dunia politik tempatan. Maknanya TYT Tun pandai membawa diri dalam apa jua majlis sama ada rasmi ataupun tidak rasmi. Kepimpinan beliau yang mesra rakyat diwarisi semenjak beliau terlibat secara langsung dengan guru dan politik. Minat beliau kepada politik tumbuh semasa menjadi guru. Sebagai seorang guru hubungannya dengan masyarakat sangat dekat dan ruang ini memberi peluang kepada beliau menyebarkan unsur-unsur penting sebagai pemimpin politik seperti membentuk imej pemimpin yang perihatin kepada masalah masyarakat dan mudah berurusan dalam apa jua keadaan. Darah seorang guru yang sentiasa mengalir dalam tubuhnya dan diadun pula dengan kepimpinan yang berwawasan maka TYT Tun sangat dikagumi dan menjadi semacam “bapa” (fatherly) kepada rakyat Pulau Pinang. Sungguhpun beliau berada di atas, namun TYT Tun tidak pernah lupa untuk menyantuni mereka yang ada di bawah. Maka beliau mudah bergaul dan mendekati rakyat bagi memahami masalah mereka. Beliau tidak kedekut dengan senyuman dan pemurah dari segi memberi pandangan yang membina. Dengan kata lain, TYT Tun Abdul Rahman menjadi ikon kepada rakyat Pulau Pinang daripada semua lapisan. Dalam kesibukannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun dapat memperuntukan masa yang terhad itu dengan melibatkan diri dalam dua perkara yang digemari iaitu bersastera dan bersukan. Menulis sajak dan membacanya ialah antara yang diceburi oleh TYT Tun. Golf pula menjadi satu sukan yang disenanginya. Baginya, golf ialah sukan yang mempertajamkan fikiran, mengawal emosi yang bersosial yang sihat. Dengan kata lain TYT Tun merupakan kawan dan pendorong saya yang banyak memberi inspirasi untuk saya cergas dan menyumbang sebanyak mungkin kepada kebajikan masyarakat. Kesimpulannya, TYT Tun Abdul Rahman Abbas merupakan insan yang sangat mengilhamkan kepada saya. Sikapnya yang bersahaja dan sensitif kepada keadaan masyarakat telah menjadikannya pemimpin dan teman yang istimewa dan sukar mencari pengantinya. Latar kerjayanya telah banyak mengasuhnya menjadi manusia yang berjasa kepada negara dan bangsa. Hal ini juga menjadikannya teman yang sejati. Keberadaannya menjadikan saya senang dan selalu mengharapkan TYT Tun terus berada dalam keadaan yang terbaik untuk menjadi teman terbaik dan pemimpin yang payungi kasih rakyat yang utuh. Permata delima bersama geliga Di dalam cepu emas campur suasa Tun Abdul Rahman Abbas umpama pusaka berharga Simbol keunggulan maruah bangsa Burung tempua bersama burung kedidi Mencari makan di tepi kalian Tun Abdul Rahman Abbas yang baik budi Umpama idola kepada kita sekalian
Sekian, wassalam, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Abdul Latiff
87
Aidilfitri prayer at Masjid Negeri Pulau Pinang, June 5, 2019.
89
Golden Jubilee celebrations of Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang in Wilayah Persekutuan and Selangor (PEKENANG) in Kuala Lumpur, October 28, 2019.
91
With the council members of Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia in Kuala Lumpur, March 12, 2016.
93
Third International Conference on Leadership and Learning in the Asian Century (ELLTA 2014). On the right is Vice Chancellor of Universiti Sains Malaysia (USM) Professor Datuk Dr Omar Osman, at USM in Pulau Pinang, November 17, 2014. 95
With managers of Honda during at its plant in Batu Kawan, March 23, 2017. 97
Maal Hijrah
Hijrah Maal Hijrah datang lagi Dan, seperti biasa, kita sambut, kita raya Entah, untuk keberapa kalinya Puluhan atau ratusan Maal Hijrah, bukan pesta, bukan majlis dansa bukan acara puja dan gila bukan acara sembang, dan pulang Maal Hijrah, peristiwa besar peristiwa suci dan murni Maal Hijrah, bukan perjalanan : Dari KL ke Bangkok atau, ke Medan, ke London, ke Timbuktu atau ke bulan, ke bintang Atau : Satu perjalanan biasa, dari Mekah ke Madinah Tapi, satu perjalanan atau hijrah, yang penuh signifikan, yang perlu diteliti, dikaji, di dalami dan dihayati. Dalam Kitab Suci Al-Quran disebut sebagai : Ya’qilun, Yatafakkarun dan Yatadabbarun
99
Maal Hijrah datang lagi, lalu kita menyambutnya, dengan perhimpunan, forum perdana, ucapan, entah apa-apa lagi, hebat dan gah Tapi kita tidak menghayatinya kita tidak berubah Kita muhasabah, tapi, gelabah, patah dan rebah Kita muzakarah, tapi berbalah, pecah dan belah. Kita musyawarah, tapi semua tak mau kalah Yang ada, sombong, ego dan angkuh, Barangkali kita sudah menjadi buih, yang hanyut, terus hanyut. Kita tidak lagi menjadi : Bata dan batu, yang saling membantu Kalau berjanji, janji boleh dibeli Kalau berkata, tak masuk bicara Akibatnya : kita lemah, hampir dijajah dibelasah, dilabel sebagai penjarah Kita alpa Kita hilang punca Kita purak peranda Miskin di bumi kaya
Ya Allah, Ya Rabbi apa akan jadi dengan kami? Ya Allah, amankan kami imankan kami, dengan : Al Quran dan sunah rasul Mu, (s.a.w.) Bawa kami ke puncak : zaman empat khalifah, zaman Abbasiyah zaman Umaiyah, dan zaman Uthmaniah. Ya Allah, Ya Rabbi kami lemah – perkuatkan kami, kami pecah – satukan kami kami jahil – alimkan kami Ya Allah, Ya Rabbi, Kami berjanji : akan berubah akan berhijrah Kami berjanji : akan mendukung akan berpayung, dengan : filasafah Maal Hijrah Itulah doa dan munajat kami, Ya, Allah. Amin, amin, Ya Rabbal Alamin
v
v
v
Tahun 2007
101
Meeting Kenny G in Genting Highlands.
103
A typical day at work with his senior officers at Seri Mutiara, 2012.
105
In Sabah during an agriculture expo, 1982.
107
1988
Tanjung Katung airnya biru
Tempat gadis bermandi manda
Hidup sekampung lagikan rindu Inikan pulak jauh dimata
109
Joining his kampung mates for a “nasi talam” at Masjid Jamek Permatang Rambai, about the year 2014. On the right is Datuk Hilmi Abdul Rashid, the then assemblyman for Bertam.
111
Sebuah Bukit
Sebuah bukit di depan mata melintang memanjang menulang belakang sebuah pulau hijau warna, tua dan muda sesekali berselimutkan kabus sesekali ditelan awan Bukit tidak ke mana hilang kabus, terbang awan bukit di situ jua bukit tetap bukit tegap, gagah dan indah Teguh mu digeruni hutan mu penyejuk pulau bayu mesra mu menambat rasa ada yang rebah pabila cuba mencalar wajah mu ada yang jatuh pabila memijak kaki mu Engkau saksi yang tak mati engkau melihat nelayan berkampung damai lanun garang bersarang pedagang Arab, India dan Cina menumpang lalu sampailah kisah Light menipu raja dengan janji bulan dan mataharinya Detik penaklukan bermula pulau mu terbuka tiba duyunan manusia berbagai cara seribu cita multi budaya Pulau mu terbuka menjadi mutiara ada perang dan damai ada suka dan duka ada bahagia dan derita Detik terus berdetik masa berlalu laju hari berlari pulau mu berwajah baru banyak citra banyak cerita banyak berita dengan wayang manusia Engkau terus menjadi saksi setia itulah : Bukit Bendera
113
With his friend, Cikgu (teacher) Azizi Abdullah, who is also a novelist, during the 1970s.
115
In 1957, as the Captain for Year 3, Rumah Patih Gajah Mada, at Sultan Idris Training College.
117
In Taiwan while leading the Pulau Pinang dragon boat team, 1990s.
119
1980s
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh di negara yang satu Hilang di mata di hati jangan
121
With wife Toh Puan Majimor Shariff before leaving Seri Mutiara for Aidilfitri prayers at Masjid Negeri, August 2012.
123
As a Father, Husband, Grandfather.
Seorang suami yang baik, Seorang ayah yang penyayang, Seorang datuk sentiasa menyayangi cucu-cucunya, Sentiasa berkorban untuk keluarga, berkorban apa saja, itulah Tun yang kami kasihi.
oh Puan Dato' Seri Utama Majimor Shariff
T
Ayah suka berunding dan bermuafakat, Membenar kami memilih jodoh sendiri, Bidang pengajian sendiri dan kerjaya sendiri.
Khairilanuar Anak lelaki pertama
Ayah lembut tetapi keras dan tegas. Nasihatnya : Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Norhanan Anak perempuan pertama
Ayah suka membaca. Ia mendorong kami turut gemar membaca. Ayah mempunyai sebuah perpustakaan dan galeri yang terjaga rapi. Pegagangan Ayah : Hidup adalah perjuangan, senjatanya ialah ilmu dan pengetahuan.
Norhidayah Anak perempuan kedua
Meniliti kehidupan Ayah, pada Ayah ugama dijunjung, adat dikilik. Saya sayang Ayah.
Norhanim Anak perempuan ketiga
125
In Medan, Indonesia.
127
Hari Raya Aidilfitri, Seri Mutiara, 2014.
129
Casting votes with his wife Toh Puan Majimor Sharrif in Permatang Rambai, Kepala Batas, May 5, 2013.
131
1985.
133
Sebuah Titi Di Selat Teberau
Titi lurus tiba-tiba menjadi bengkok lurus jadi bengkok oleh manusia bongkok bongkok dan bongkak bongkak dan pekak pekak dan hapak hapak dan haprak Titi bengkok tiba-tiba menjadi emas orang menjadi rakus orang menjadi tikus tikus yang rakus Titi bengkok tiba-tiba roboh tumbang dan runtuh hilang ditelan air hanyut entah ke mana Titi sudah tidak ada yang lurus atau, yang bengkok yang tinggal hanyalah : hapak, pekak dan haprak bongkok dan bongkak serta, tikus yang rakus
v
v
v
Tahun 2006
135
At the wedding ceremony of his niece in Kedah, 2014. 137
With wife Toh Puan Majmor Shariff during Hari Kecemerlangan Seri, June 20, 2013.
Empat kepul satu cupak
Empat cupak satu gantang
Tak dengar cakap mak pak Susah payah nanti datang
139
Hari Raya Aidilfitri, Seri Mutiara, 2014.
141
1960s
143
PICTORIAL
Abdul Rahman Abbas APRIL 2021 Edition One OFFICE OF TYT TUN ABDUL RAHMAN ABBAS Mohd Abdul Rahman Ismail, Mohd Bashir Hassan. THINKING EYES Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Bazuki Muhammad, Noraini Tahir.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any means – electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise; without prior permission of the Office of TYT Tun Abdul Rahman Abbas.
Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman Haji Abbas
7th Penang Yang di-Pertua Negeri
Cover : Illustration by Chuah Kooi Yong, 2006.
Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman Haji Abbas