Berita Harian @ 60

Page 1

C




INISIATIF INI BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN SOKONGAN


1


Edisi pertama kami...

sejarah tercipta... AKHBAR bahasa Melayu terulung, Berita Harian memulakan edisi pertamanya pada 1 Julai 1957 menggunakan kandungan yang diterjemah daripada akhbar Straits Times. Ketika itu, Berita Harian menggunakan gambar Tunku Abdul Rahman Putra untuk menghiasi muka depannya dengan harga 15 sen. Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada tahun 1958. Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960 dan akhirnya pada 1966 satu konsep baharu ‘masthead’ diperkenalkan. Pada dekad-dekad selepas itu, antara kejayaan terbesar Berita Harian dalam menarik kelompok pembaca ialah apabila melancarkan program Akhbar Dalam Darjah (ADD) dan Anugerah Bintang Popular. Pelbagai perubahan dilakukan dari semasa ke semasa. Namun, satu perkara yang jelas, apa pun perubahan atau pembaharuan yang dilakukan sama ada dalam aspek reka letak, kandungan atau saiz akhbar, DNA BH tetap sama, iaitu mengambil pendekatan yang moderat atau sederhana. Sebab itu, daripada edisi pertama BH pada 1 Julai 1957, akhbar ini menjelaskan berita dan laporan yang disiarkan adalah yang disukai serta sesuai untuk seisi keluarga. Inilah ramuan kejayaan BH diwarisi sehingga sekarang. Hari ini BH menggunakan moto `Merentas Generasi’ serta slogan `Satu Untuk Semua’ yang turut membawa maksud untuk seisi keluarga serta masyarakat pada semua peringkat umur, jantina dan kaum. Sikap moderat BH inilah yang membolehkan akhbar ini terus bertahan, terutama di sekolah termasuklah di sekolah aliran Cina dan Tamil. Bagaimanapun, ini tidak bermakna BH memandang ringan ancaman media baharu. BH akui media baharu dan internet banyak mengubah cara masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang kini tidak sahaja terbatas menerusi akhbar, malah pelbagai medium lain, termasuk telefon pintar. Apa yang disiarkan akhbar hari ini juga mungkin bukan lagi berita kerana maklumat itu sudah pun tersebar meluas dalam media sosial. Inilah yang sedang digarap BH dengan mengimbangkan kelebihan media baharu dan akhbar yang sudah tentu masih mempunyai kekuatan dan keunikannya tersendiri. OLEH MOHD AZRONE SARABATIN


3



SeKapur Sirih Saya mengucapkan syabas kepada BH sempena menyambut ulang tahun ke-60. Sebagai sebahagian daripada konglomerat media dalam kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), sudah tentu BH bersedia untuk berdepan cabaran masa depan untuk mengukuh dan mengubah dirinya daripada syarikat berasaskan akhbar kepada penyedia kandungan masa nyata pelbagai platform. Langkah itu seiring dengan perubahan landskap di mana penduduk pintar teknologi mahukan berita dan maklumat dengan segera pada setiap tempat dan masa. Saya yakin semua kakitangan BH sudah bersedia untuk berdepan perubahan ini dalam dunia digital yang memberi cabaran dalam pelbagai bentuk serta saingan daripada pesaing lain dalam industri media tempatan. Saya juga mengucapkan tahniah atas kejayaan menerbitkan buku ini sempena ulang tahun ke-60 BH dan saya berharap BH akan terus maju.

DATUK ABDUL JALIL HAMID Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press

5


SEULAS PINANG Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga kerja BH termasuk bekas pengarang dan kakitangan yang menjayakan akhbar ini sejak penerbitan pertamanya pada 1 Julai 1957. Tanpa mereka semua serta sokongan daripada semua jabatan dalam Kumpulan Media Prima serta NSTP, BH tidak akan berada pada kedudukannya sekarang. Tempoh 60 tahun itu jugalah mengisahkan kegigihan, pengorbanan dan kejayaan warga kerja BH dalam menjalankan tugas sebagai wartawan, penyunting dan jurugambar. Semua ini direkodkan dalam buku khas 60 tahun BH, bersama suka duka yang menjadi sejarah negara sepanjang enam dekad lalu. Kepada semua, yang menjayakan buku ini, saya ucapkan syabas dan terima kasih.

DATUK MAHFAR ALI Pengarang Kumpulan BH


7


KANDUNGAN


11

Enam Dekad Kekal Dinamik

45

BH Pencetus Fenomena

65

BH dan Peristiwa

181 BH dan Masyarakat 195 BH dan Antarabangsa 203 Pendidikan 211 Pengiktirafan

9



Enam Dekad Kekal Dinamik

11



13


STATISTIK JUN 2017


Evolusi Digital BH

Terhapusnya sempadan maya menerusi ledakan dunia digital sejak beberapa dekad lalu turut melajukan langkah BH apabila mengakhiri tradisi akhbar cetak total dan tampil menemui pengguna secara dalam talian. Malah, BH adalah antara akhbar tempatan terawal mendampingi evolusi teknologi terkini menerusi Unit Penerbitan Elektronik lebih dua dekad lalu pada September 1995, sejajar wawasan pentadbiran organisasi yang menyedari kepentingan untuk bergerak bersama ledakan teknologi dunia. Akhbar elektronik Berita Harian yang dilancarkan pada waktu itu menjadikan BH akhbar berbahasa Melayu pertama memasuki Internet di negara ini, Ruangan Berita, Editorial, Sukan, Hiburan dan Rencana dimuatkan dalam laman web ini. Muncul sebagai versi akhbar Berita Harian di Internet, ia memuatkan ruangan berita, editorial, sukan, hiburan dan rencana yang boleh diakses menerusi rangkaian www.jaring.my\bharian. Menyedari pembaca berada di seluruh pelosok dunia tanpa mengira tempat dan masa, laman web Berita Harian dikemas kini dan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2007 dengan kandungan yang lebih fokus. Dengan fungsi interaktif, kandungannya diperbaharui merangkumi segmen berita mutakhir, galeri gambar, video (BHTV) menggunakan platform YouTube serta laman mikro. Penggunaan telefon bimbit yang menjadi keperluan ramai mendorong BH menyediakan perkhidmatan SMS Alert secara langganan menerusi syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air. Penjenamaan semula menyaksikan BH Online tampil lebih tersusun. Versi dalam talian dibentuk mesra pengguna dengan kandungan segar,

dilengkapi sesi bual secara langsung (live chat), tinjauan pendapat (poll), audio serta video, selain liputan langsung perkembangan terkini yang mendapat perhatian ramai. Platform media sosial adalah antara kekuatan jenama BH Online. Akaun Facebook rasmi Berita Harian (www.facebook.com/bhonline), Twitter (@ bharianmy) dan Instagram (beritaharian) serta YouTube (BHOnlineTV) memudahkan capaian pengguna yang mahukan maklumat segera di hujung jari. Setakat 30 Jun 2017, pengikut akaun Facebook Berita Harian Online mencecah 4.7 juta orang manakala 1.16 juta pengguna mengikuti akaun Twitter @bharianmy. Berita Harian Online juga adalah antara media tempatan terawal memanfaatkan aplikasi Facebook Live sebagai medium laporan lintas langsung dari lapangan oleh wartawannya, sekali gus memberi nilai tambah kepada penyokong setianya. Berita Harian Online menyampaikan maklumat sepantas degupan jantung pembacanya. Sempadan tradisi sebelum ini yang membezakan masa dan tempat seperti mana era pradigital, dengan sendirinya lebur bersama kerancakan teknologi maklumat dari segenap sudut dunia. Apa yang dicapai selama ini adalah permulaan untuk mengatur langkah lebih jauh dan padu. Janji mutlak Berita Harian Online pastinya untuk sentiasa menjadi yang terkini bersama evolusi masa. OLEH VEENA RUSLI 15



Merentasi Generasi Berita Harian melakukan transformasi pada 1 Julai 2012 bersempena ulang tahun kelahiran ke-55 dan dikenali sebagai BH dengan `tagline’ Merentas Generasi. BH baharu meletakkan keutamaan kepada empat bidang teras liputan iaitu Eksklusif, Komuniti, Pendidikan dan Gaya Hidup. Merentas Generasi jadi tagline baharu berikutan kewujudan Facebook dan Twitter yang menjadi medium popular dalam kalangan masyarakat dunia membuatkan Berita Harian tidak boleh ketinggalan dalam menggapai pembaca melalui aplikasi ini. Facebook dan Twitter BH mendapat sambutan dalam kalangan pembaca. 17



STUDIO DIGITAL Penggambaran Kapsul BH di Studio BH di Jalan Riong, Bangsar. Bagi memantapkan lagi operasi, BH membuka studio di Tingkat 4, Balai Berita untuk digunakan bagi sesi penggambaran termasuk untuk program Bicara yang disiarkan secara langsung melalui FB atau rakaman lain. Studio ini juga digunakan bagi sesi penggambaran artis tempatan. FOTO SURIANIE MOHD HANIF 19



BICARA BH Bicara BH ‘Gantung Tak Bertali’ bersama ahli panel, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar (dua kiri) dan Perunding Psikologi, Suzana Ghazali bersama moderator, Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh, 18 April 2017. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN 21


PERDANA MENTERI DAN BH Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak turut membaca akhbar BH ketika bersama wakil Kelab UMNO Luar Negara di luar Perhimpunan Agung UMNO, Kuala Lumpur, 30 November 2012. FOTO MUSTAPHA KAMAL


23



Keluaran pertama pikat pembaca Keluaran pertama Berita Harian pada 1 Julai 1957 turut menarik minat sekumpulan gadis iaitu (dari kiri) Maznah Yusof, Rokiah Latiff, Dasimah Ibrahim, Kamariah Abdullah dan Nya Chik Abdullah. Mereka membaca bahagian sukan dan salah seorang daripada mereka berkata ‘Siapa pula dalam gambar ini?’ dan seorang lagi kata ‘gambar-gambar di sini semuanya cantik’. FOTO NSTP 25



TUNKU, Pak Samad Dan BH Ketua Pengarang Berita Harian, A Samad Ismail menerangkan cara-cara penerbitan kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada Pesta BukuBuku Bahasa Kebangsaan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Julai 1961. Di tengah ialah Azah Aziz, anggota sidang pengarang Berita Harian dan di kanan ialah LC Hoffman, Ketua Pengarang Straits Times. FOTO NSTP 27


Pelawat teruja dengan reka bentuk BH Sekumpulan pelawat teruja melihat bagaimana reka bentuk Berita Harian dilakukan ketika berkunjung ke jabatan pengeluaran pejabat Straits Times di Singapura, pada April 1959. FOTO NSTP


29


Azah bertugas di BH Azah Aziz (kiri), isteri Prof Diraja Ungku Aziz dan ibu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah antara tonggak dalam Berita Harian. Gambar ini dirakamkan pada Disember 1962. Azah atau nama penuhnya, Sharifah Azah Mohammed Alsagoff mengelolakan ruangan Wanita mulai 1958 hingga 1973. Ruangan itu banyak mengetengahkan isu wanita. FOTO NSTP


31



TUNKU bersama media Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercakap pada sidang media. FOTO NSTP 33



Edisi Pertama Edisi pertama Berita Harian terbitan 1 Julai 1957 turut menarik minat pemandu teksi di sekitar Finlayson Green, Singapura. FOTO NSTP 35


TUN Razak Dan BH Tun Abdul Razak Hussein sempat membaca laporan dipaparkan akhbar Berita Harian 18 Mei 1969 ketika negara masih bergolak dengan isu perkauman setelah tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei, 1969. FOTO NSTP


37


AISHAH DI VIETNAM Aishah Ghani di Vietnam pada 1959 ketika menjadi wartawan Berita Harian. Setelah lulus bidang kewartawanan Politeknik Regent Street London (19551959), beliau bertugas sekali lagi sebagai wartawan, kali ini untuk Berita Harian, serta sebagai penyunting di Kumpulan The New Straits Times Press. Jawatan itu dilepaskan pada 1963 apabila dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Naib Ketua Wanita UMNO. Tan Sri Aishah berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat selama 11 tahun dari 1973. FOTO NSTP


39


Tan Sri A samad Ismail

Abdul Wahab Zain

Datuk A Samad Said

Salim Kajai

Adibah Amin

Datuk Ahmad Sebi Abu Bakar

DATUK A KADIR JASIN

Datuk Ahmad Nazri Abdullah

Datuk Ahmad Rejal Arbee

Datuk Hishamuddin Aun

Datuk Manja Ismail

Datuk Mior Kamarulbaid Shahid


Pengarang Kumpulan BH TERDAHULU

Tan Sri A Samad Ismail Abdul Wahab Zain Datuk A Samad Said Salim Kajai Adibah Amin Datuk Ahmad Sebi Abu Bakar Datuk A Kadir Jasin Datuk Ahmad Nazri Abdullah Datuk Ahmad Rejal Arbee Datuk Hishamuddin Aun Datuk Manja Ismail Datuk Mior Kamarulbaid Shahid

April 1958 - 1972 1972 - 1975 1976 - 1977 1978 - 1983 1983 - 1984 1984 - 1986 1986 - 1988 1988 - 1998 1998 - 2003 2003 - 2006 2006 - 2009 2009 - 2013

41



Pemikiran Pak Samad, penggerak Berita Harian peringkat awal

Dalam dunia kewartawanan tanah air, nama Tan Sri A Samad Ismail adalah satu nama besar yang terus menjadi sebutan dan rujukan walaupun kini sudah sembilan tahun beliau meninggal dunia. Bagi Berita Harian sendiri, nama besar itu sudah pasti terus dikenang kerana jasa, budi dan ketokohan beliau kepada akhbar ini cukup besar. Bukan hanya kerana beliau menjadi pengarang pertama akhbar ini, Samad yang dikenali sebagai Pak Samad adalah tokoh yang memulakan hala tuju Berita Harian sebagai akhbar arus perdana yang kekal relevan untuk khalayak pembaca akhbar di negara ini. Pak Samad yang dilantik menjadi Pengarang pertama Berita Harian pada 1958 selepas kira-kira enam bulan akhbar ini diterbitkan pada Julai 1957. Pada awal penerbitannya, Berita Harian hanya menyajikan kandungan pelantikan Pak Samad itu yang sama dengan akhbar Straits Times dengan kata lain sebagai akhbar terjemahan yang ditulis dalam bahasa Melayu. Dengan pelantikan Pak Samad, beliau secara berperingkat menukarkan hala tuju dan isi kandungan akhbar ini dan tidak hanya bergantung sepenuhnya lagi kepada kandungan di dalam Straits Times, sebaliknya mempunyai pilihan berita sendiri yang sesuai dengan khalayak pembacanya. Sepanjang kepemimpinan Pak Samad kira-kira 14 tahun bersama Berita Harian, beliau bersama kumpulan jabatan pengarang terus berusaha menjadikan akhbar ini sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri. Lebih bermakna pada 10 Julai 1960, kira-kira 10 hari selepas ulang tahun ketiga akhbar ini, sebuah akhbar untuk hujung minggu diterbitkan dikenali sebagai Berita Minggu. Pada 1966, satu konsep baharu ‘masthead’ diperkenalkan dan suara Berita Harian terus lantang dalam menyiarkan isu semasa dan nasional, terutama dalam isu berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memandangkan Pak Samad pejuang sastera yang juga aktif dalam

penulisan kreatif, beliau turut menjadi rujukan dan penasihat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, terutama berkaitan dengan pengistilahan baharu. Meja Sastera dan Budaya diwujudkan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan sastera negara seterusnya menyemarakkan semangat dalam kalangan penulis, masyarakat dan pembaca mencintai dan memajukan bahasa Melayu ketika bahasa Melayu dipandang rendah dan akhbar Melayu tidak mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu sendiri. Beliau menjadikan Berita Harian akhbar yang lantang mengkritik keras kumpulan yang mengetepikan bahasa Melayu dan yang memperlekehkan kemampuan bahasa Melayu dalam mengungkapkan ilmu saintifik dan pemikiran moden. Pak Samad terus membawa Berita Harian ke hadapan dengan menjulang bahasa Melayu dan sastera tempatan malah pada 1971 beliau dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Dalam tempoh menjadi Ketua Pengarang Berita Harian beliau masih mampu menghasilkan novel, cerpen dan menghasilkan buku berkaitan kewartawanan dan penulisan. Sepanjang 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Lebih menarik, Pak Samad menjadi satu-satunya daripada 13 pengarang dalam sejarah akhbar ini yang paling lama berkhidmat, iaitu kira-kira 14 tahun. Bagi mengabadikan namanya sebagai Tokoh Kewartawanan Negara dan jasa yang banyak kepada Berita Harian, pengurusan akhbar kemudiannya menamakan sebuah bilik mesyuarat dengan nama Bilik Samad sebagai metafora pemikiran Pak Samad terus ada dalam akhbar ini. Tabik untuk Pak Samad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah. OLEH ROHANIZA IDRIS 43



BH PENCETUS FENOMENA

45



Anugerah Bintang Popular, pencetus fenomena dunia hiburan tanah air

Bermula dengan majlis sederhana yang pentas kecilnya hanya setinggi enam inci di lounge eksklusif Dewan Bunga Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merentasi zaman. Artis berlalu silih berganti, ABPBH menjadi wadah meningkatkan penghargaan terhadap kecemerlangan dan populariti anak seni tempatan. ABPBH menjadi majlis penganugerahan paling berprestij dalam kalendar industri hiburan negara dan kemunculannya ditunggu-tunggu peminat. Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan, terutama Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad dan wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson, mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masingmasing menerusi undian di akhbar Berita Harian dan Berita Minggu. Daripada situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang dianjurkan di Dewan Bunga Raya, PWTC pada 1 Disember 1987, jam 8.30 malam. Meniti perubahan, pada 2001, Artis Paling Popular dimansuhkan dan digantikan Bintang Paling Popular - gelaran yang diidamkan ramai penggiat seni. Sejarah membuktikan kehebatan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza apabila diangkat sebagai Bintang Paling Popular paling banyak, iaitu sebanyak tujuh kali. Siti juga pernah 13 kali menerima trofi Penyanyi Wanita Popular.

tema futuristik yang menggambarkan kelangsungan acara anugerah hiburan berprestij ini dalam era baharu. Pengiktirafan • Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Anugerah Industri Hiburan Paling Lama di pada tahun 2012. • Penerima Anugerah Emas untuk kategori Liputan Merentas Media di Anugerah Media Digital Asia 2011 di Hong Kong. • Meraih Anugerah Gangsa bagi kategori Liputan Merentas Media di Anugerah Media Digital Asia 2012 di Kuala Lumpur. • Meraih Pingat Gangsa dalam kategori Pemacu Dalam Talian Terbaik di Anugerah Pemasaran 2012 di Singapura. • Dinobatkan empat kali sebagai Rancangan Hiburan Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2006, 2010, 2011 dan 2012. Artis Paling Popular Aishah (1990) Datuk Zainalabidin (1991) Eman Manan (1992) Sofia Jane (1993) Datuk M Nasir (1994) Ziana Zain (1995) Datuk Siti Nurhaliza (1996, 1997, 1998/1999, 2000 dan 2001) Bintang Paling Popular Datuk Rosyam Nor (2002) Saiful Apek (2003) Datuk Siti Nurhaliza (2004) Mawi (2005, 2006 dan 2007) Nabil Ahmad (2008) Siti Nurhaliza (2009) Shaheizy Sam (2010) Aaron Aziz (2011) Shaheizy Sam (2012) Aaron Aziz (2013) Shaheizy Sam (2014) Neelofa (2015)

Rai ulang tahun ke-30 Pada 2017, ABPBH sudah memasuki edisi ke-30. Selepas tiga dekad penganjurannya, ABPBH masih terus gah membina kredibiliti. Setiap tahun, jumlah penajaan terus meningkat, sekali gus melambangkan nilai prestij ABPBH terhadap sumbangan penggiat industri hiburan. ABPBH bukan sahaja menjadi pentas terbesar menghimpunkan pelbagai bidang dalam industri hiburan, malah acara anugerah berprestij ini juga tampil dengan tema. Pengenalan tema ini bertujuan memastikan ABPBH mempunyai misi besar yang lebih bersifat sejagat, bukan sekadar pentas hiburan semata-mata. Terus berevolusi, ABPBH 3.0 meraikan tiga dekad acara anugerah ini dengan matlamat terus menyemarakkan industri hiburan tempatan melalui OLEH RAJA NURFATIMAH MAWAR MOHAMED DAN MOHD AIZAT SHAMSUDDIN 47


FOTO HASAN ISMAIL


“ABPBH memberi impak positif kepada perjalanan kerjaya seseorang artis. Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, pencapaian itu meningkatkan reputasi diri tetapi pada masa sama, turut membawa bersama tanggungjawab besar. Pengalaman pertama bersama ABPBH pada tahun itu cukup indah. Saya yang ketika itu baru bertapak, membawa pulang empat trofi termasuk Bintang Paling Popular. Diletakkan pada kedudukan tertinggi, penghargaan yang diterima sukar untuk saya lupakan. Terima kasih BH,� Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. 49



Joran

Sebut sahaja Joran, pastinya Berita Harian (BH) akan dikaitkan sekali. Ini kerana kejayaan BH menganjurkan pertandingan memancing yang begitu sinonim di kalangan kaki pancing di negara kita. Namun, tanggal 4 Oktober 1996, pastinya tidak akan dilupai peminat aktiviti lasak berkenaan kerana tarikh itu akhbar sisipan Joran keluaran pertama diterbitkan BH. Di bawah seliaan Timbalan Pengarang Kumpulan BH ketika itu, Hanif Hadi, sisipan yang mengandungi 20 muka surat memaparkan segala aktiviti memancing, peralatan, aksesori, lokasi dan produk berdasarkan ikan di seluruh negara. Kemuncaknya apabila Joran menganjurkan pertandingan memancing pertamanya di Kolam Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 5 Januari 1997, yang disertai kira-kira 900 peserta. Bagi memenuhi permintaan kaki pancing, Joran memperkenalkan pertandingan memancing kategori laut dalam, pantai, tasik dan kolam yang dikenali sebagai GP Joran. Atas komitmen yang tinggi dalam mempromosikan memancing menjadi satu industri, GP Joran diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai pertandingan paling ramai penyertaan dan hadiah paling tinggi pada 1998. BH mengukir namanya di peringkat antarabangsa apabila menganjurkan Joran Labuan International Fishing Challenge pada 2002, Langkawi Koh Adang International Challenge 2004 dan Royal Pahang Billfish International Fishing Challenge (RPBIC) di Rompin, 2004. Ketiga-tiga pertandingan ini membabitkan penyertaan pemancing dari Perancis, Zimbabwe, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura dan peserta tempatan. GP Joran menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai, kereta nasional negara, bot, enjin sangkut dan peralatan memancing. Bagi penajaan pula, Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON) pernah menaja kereta Proton Wira, Iswara dan Arena untuk juara GP Joran bagi kategori Laut Dalam serta Pantai. Begitu juga dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menaja kereta Kancil, Kelisa, Kembara, Nautica, Viva dan MyVi. OLEH OSMAN LISUT 51


Wanita & Fiesta Muslimah

FMBH harumkan nama BH dalam dunia fesyen Muslimah.

inspirasi kepada wanita lain. Selain memenangi hadiah bernilai RM10,000 pemenang turut memberi sumbangan kepada badan kebajikan pilihan Sebagai memberi sokongan padu terhadap kebangkitan industri fesyen menerusi sumbangan tajaan seperti Avon sebagai penaja utama, manakala Muslimah yang berkembang pesat, BH memperkenalkan acara khas Fiesta Habib Jewel dan Hot Perfume menjadi penaja bersama. Muslimah BH (FMBH) yang dikendalikan oleh meja wanita, pada 2014. FMBH pertama diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur, pada 23 Sejarah November 2014 yang berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala Berita dan perkembangan wanita dalam BH sebenarnya bermula dengan yang kedua di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur pembukaan Ruangan Derma Negara, yang dikelolakan Azizah Ja’afar dalam (24 dan 25 Oktober 2015), yang dikunjungi lebih 25,000 orang. Berita Harian (1958 - 1973). Ruangan itu memuatkan artikel berkisar kepada Menyaksikan perkembangan fesyen Muslimah yang hebat, turut kepentingan pelajaran dan kerjaya untuk wanita. mendorong BH menganjurkan FMBH yang dimulakan pada 2014, 2015 dan Mengambil alih kolum itu pada 1958 ialah Azah Aziz, anak kepada Azizah. 2017. Tidak sekadar memberi fokus kepada produk Muslimah, pada masa Selepas BH berpindah ke pejabat di Kuala Lumpur, ruangan berkenaan sama menggalakkan pengusaha dalam talian dikenali menerusi pembabitan ditukar kepada Dewan Wanita. Kandungan menjurus kepada pengisian dalam acara sedemikian. kemerdekaan termasuk menggalakkan wanita bekerja, masalah buta huruf Acara sulung pada 2014 dirasmikan penyanyi tersohor, Datuk Siti dan azam memperbaiki kehidupan. Nurhaliza. Ruangan wanita kemudian dipegang eksekutif wanita pertama, Zubaidah Pada 2017 ia terus diadakan hingga menjadi platform usahawan pelbagai Abdul Rahman. Dilantik sebagai Pengarang Wanita BH/BM, pada 1975, jenis produk memperkenal, memasar dan mengukuhkan jenama masing- pengisiannya sangat relevan malah kerap menjadi rujukan dalam kalangan masing sepanjang tiga hari fiesta itu. Selain jualan bazar, pelbagai aktiviti penuntut universiti mengenai isu wanita dan keluarga. menarik seperti pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian artis terkenal, Perjuangan BH sebagai wadah ilmu dalam mengetengahkan gejala cabutan bertuah dan jualan `happy hour’ juga diadakan. profesional seperti isu siling kaca dan halangan tidak jelas terhadap wanita Penganjuran FMBH 17 dibuat menerusi konsep pasar lokal sempena dalam isu kenaikan pangkat diteruskan Pengarang Wanita, Delaila Hussain sambutan 60 tahun BH. Antara penaja yang terbabit dalam penganjuran dalam sisipan wanita dinamakan Citra, pada 1990. acara ini daripada awal ialah Bank Rakyat, Sunsilk dan Tupperware. Sambutan menggalakkan daripada penerbitan sisipan berkenaan, Sebelum ini, dalam usaha memartabatkan seni warisan fabrik tenunan membuatkan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menerbitkan dan songket tanah air, BH menganjurkan Fiesta Fesyen Kuala Lumpur Citra sebagai majalah (kulit tidak berkilat) yang dijual secara berasingan. (FFKL) selama tiga tahun berturut-turut bermula 2009, 2010 dan 2011. Edisi pertama diperkenalkan pada 23 Februari 1996 dengan ‘tagline’ Bicara Fiesta ini turut menganjurkan Anugerah Pesona Tenun Berita Harian, Wanita Kontemporari. bertujuan melengkapkan ilmu kepada pereka muda dalam usaha mereka Diterbitkan setiap Isnin pada harga RM1. Pada 8 April, kulit majalah menjadi usahawan berjaya dalam bidang rekaan yang diceburi. menggunakan jenis berkilat dijual pada harga RM1.80. Kegawatan ekonomi Acara ini mencipta sejarah apabila Raja Permaisuri Agong, Tuanku pada akhir 1990-an menyebabkan majalah itu ditutup dengan edisi terakhir Nur Zahirah, berkenan mencemar duli ke majlis perasmian FFKL 2010. pada 1 April 2000. Sepanjang penganjurannya, acara ini mendapat tajaan daripada nama besar Sisipan wanita, menggunakan nama Wanita dan Keluarga dalam BH dalam dunia fesyen seperti Hajaba, Euro Moda dan Gulati’s serta Jakel. tetap diteruskan sungguhpun BH menerbitkan majalah Citra. Namun Pada 2011, meja Wanita mengadakan pertandingan ‘Pencarian Chef menggunakan nama berbeza mengikut perubahan dan pembaharuan Selebriti Berita Harian. Ia bertujuan mencungkil bakat memasak suri antaranya, Wanita dan Keluarga, Ratu, Famili dan terbaru Aura. rumah dan individu dalam bidang kerjaya selain tukang masak. Pemenang Bertepatan dengan kehendak semasa, sisipan ini menjadi lubuk pengiklan menerima hadiah wang tunai dan geran memulakan perniagaan tajaan kerana ia mengetengahkan pelbagai isu semasa dan antarabangsa, daripada Unilever Food Solutions. isu kekeluargaan dan wanita, hinggalah ke gaya hidup seperti fesyen dan Pada 2010 dan 2011, Wanita Pilihan Berita Harian (WPBH) diadakan, kanak-kanak. bermatlamat untuk mencari personaliti wanita yang mampu menjadi OLEH NOR AFFIZAR IBRAHIM


53


BH terbitkan Harian Metro

Pada 25 Mac 1991, Berita Harian Sdn Bhd melancarkan Harian Metro, akhbar tengah hari berbahasa Melayu yang pertama di negara ini. Ia kemudian muncul sebagai akhbar nombor 1 di Malaysia. Pengarang pertamanya ialah Ahmad Puad Onah, manakala Datuk Hishamuddin Aun, Pengarang Berita Harian Metro yang pertama.


55



Pesta Pantun BERITA HARIAN Unit Pendidikan BH menganjurkan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan antara sekolah menengah bermula pada 1989 sehingga 1995. Pertandingan berprestij itu menawarkan hadiah wang tunai, trofi dan sijil kepada pemenang serta Piala Pusingan Sirih Pulang ke Gagang yang menjadi rebutan setiap sekolah. FOTO NSTP 57



LAT Pada 1968, Berita Harian mula menyiarkan siri komik bertajuk ‘Keluarga Si Mamat’ untuk keluaran Berita Minggu, hasil karya Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid, yang ketika itu berusia 17 tahun dan masih berada di tingkatan 4 di Sekolah Menengah Anderson di Ipoh. Beliau kemudian diterima menjadi wartawan Berita Harian sejak 1970 untuk selama empat tahun di meja am dan jenayah. Sekitar 1980-an pula, BH mengangkat kartun Budak Kampung (The Kampung Boy) karya Lat yang turut diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. 59



Malam Puisi Riong

Malam Puisi Riong yang diadakan di Balai Berita, Kuala Lumpur berputik pada 1997 untuk menyuburkan sastera budaya negara, selain merapatkan hubungan antara penyair dan media. Sejak itu Malam Puisi Riong menarik minat orang ramai khususnya di Lembah Klang. Namun, atas sebab tidak dapat dielakkan, Puisi Riong menyepi selama enam tahun sejak 2003 sehingga dihidupkan semula oleh Pengarang Kumpulan BH ketika itu, Datuk Mior Kamarul Shahid pada 2009. Sejak itu ia diadakan dari semasa ke semasa termasuk membawa Puisi Riong ke beberapa universiti seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Puisi Riong pernah menjadi gelanggang kepada ramai penyair tersohor termasuk Sasterawan Negara, Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail, Datuk A Samad Said, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Prof Datuk Dr Hashim Yacob, Lim Swee Tin, Khalid Salleh, Sutung Umar, Rahim Abdullah, Marsli NO, Faisal Tehrani, SM Zakir, Rahimidin Zahari dan ramai lagi. Puisi Riong juga adalah pentas kepada Raihan dan Rabbani ketika mereka mula berjinak dalam bidang seni.

61


Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin Yassier Arafat menunjukkan Alat Penentu Waktu Sembahyang yang dipamerkan di Pameran Antarabangsa Tamaddun Islam di Muzium Negara, 24 Julai 1984. FOTO NSTP


PAMERAN Antarabangsa TAMADUN ISLAM Pada Mei 1984, Berita Harian bersama Muzium Negara menganjurkan Pameran Antarabangsa Tamadun Islam di Muzium Negara, Kuala Lumpur, yang berlangsung selama tiga bulan. Pameran berkenaan pernah diadakan sebanyak dua kali. Pameran itu bertujuan memperkenalkan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia mengenai perkembangan seni, kebudayaan, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi yang telah dicapai sejak Nabi Muhammad SAW diutus untuk menyampaikan agama Islam. Antara bahan yang dipamerkan ialah hasil ciptaan masyarakat Islam pada zaman kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, seni ukir, matematik dan astronomi yang diimport dari luar negara. Pengunjung juga diperkenalkan kemajuan dicapai umat Islam pada zaman lampau. Pameran Antarabangsa Tamadun Islam membuktikan sumbangan umat Islam dalam bidang yang dikuasai Barat yang sewajarnya menjadi kebanggaan terhadap sejarah kegemilangan ketamadunan Islam.

63



BH DAN PERISTIWA

65


Tempoh sedekad 2008 hingga 2017 menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka mewarnai dunia politik dan sosioekonomi rakyat negara ini yang pastinya disajikan kepada pembaca BH tanpa jemu. Keputusan PRU-12 yang mengejutkan, pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-6, tragedi kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370, pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine dan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR atas isu disiplin yang menyebabkan beliau hilang jawatan Menteri Besar Selangor antara isu penting dan panas yang turut menghiasi dada BH. Permulaan dekad 2008-2017 pastinya tertumpu pada keputusan PRU-12 yang menyaksikan legasi BN tumbang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor selain memperlihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Selain keputusan PRU-12 yang memberikan cabaran besar kepada pentadbiran Najib selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, pemimpin nombor satu negara itu turut berdepan cabaran kewangan ekoran krisis ekonomi bermula 2008 di Amerika Syarikat. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Najib tetap mengutamakan kesejahteraan rakyat dan mengilhamkan gagasan `1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sebagai teras dasar pentadbirannya. Tahun 2013 pastinya meninggalkan banyak kenangan suka dan duka serta pahit dan manis buat Kedah, sekali gus menyumbang detik penting dalam lipatan sejarah negara. PRU-13 pada 5 Mei 2013 menyaksikan BN kembali menguasai Kedah apabila menang dengan majoriti mudah selepas menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki dimenangi PAS dengan sembilan kerusi, diikuti dua DAP dan empat PKR. Keputusan PRU-13 juga menjadi petunjuk bahawa kuasa politik orang Melayu berada di persimpangan walaupun secara mutlaknya kedudukan UMNO bertambah kuat berbanding keputusan PRU-12. Pada PRU-12, UMNO memenangi 79 kerusi Parlimen, manakala pada PRU-13, UMNO menambah 10 lagi menjadikan kedudukan 89 kerusi. Dalam pada itu, kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 orang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada Mac 2014 menghiasi muka depan Berita Harian untuk tempoh panjang. Wartawan BH antara yang menyertai ratusan wakil media berkampung di KLIA dan Hotel Sama-Sama, Sepang untuk membawakan perkembangan terkini tragedi yang meruntun hati masyarakat antarabangsa. BH turut menghantar wakilnya ke Ho Chi Minh, Vietnam bagi mendapatkan maklumat terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang ketika itu diperluaskan ke bahagian timur dan barat Vietnam, termasuk kawasan hutan serta pergunungan bersempadan dengan Laos dan Kemboja, selain meninjau SAR di Pangkalan Bun, Indonesia serta Perth, Australia khususnya di Pangkalan Tentera Udara Pearce. Kesedihan rakyat Malaysia tidak terhenti apabila beberapa bulan selepas itu, negara sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh sebelum terhempas di Donetsk, timur Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan kru pada 17 Julai 2014. Dalam tragedi itu, Malaysia kehilangan 43 rakyatnya. Demi mendapatkan laporan lebih jelas dan mutakhir, BH menghantar wartawannya ke Amsterdam, Belanda untuk berkongsi pengalaman bermula dengan ketibaan 40 keranda pertama mangsa nahas MH17 hingga pertemuan Najib dengan rakan sejawatan, Mark Rutte, di The Hague. BH berkongsi detik suram kehilangan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2015 akibat kanser prostat pada usia 84 tahun. Bulan berikutnya, seorang lagi tokoh politik, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis juga kembali ke rahmatullah selepas terbabit dalam nahas helikopter pada 4 April di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor. Tahun 2015 turut menyaksikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan apabila Perdana Menteri, mengumumkan rombakan Kabinet termasuk menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pastinya BH terus menjadi medium penyebaran maklumat yang tepat dan cepat selaras perkembangan teknologi komunikasi maklumat. OLEH NAZURA NGAH


2008 - 2017

67


DOA UNTUK MH370


Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 hilang secara misteri bersama 239 penumpang dan kru selepas penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga buku ini ditulis, tiada suatu petunjuk tepat dapat membantu usaha mengesan pesawat malang itu. 69



Najib PM keENAM Datuk Seri Najib Razak, ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melambai tangan ke arah orang ramai selepas mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Putrajaya, 3 April 2009. FOTO IZHARI ARIFFIN 71


Wartawan BH, Hardi Effendi Yaacob melihat dengan lebih dekat serpihan komponen pesawat MH17 ketika berada di lokasi utama tragedi MH17 di Grabovo, Donestk, beberapa hari setelah insiden itu. ‘Lokasi terhempas umpama medan perang,’ kata Hardi, kerana ia antara lokasi pertempuran kumpulan pemisah dan tentera Ukraine. FOTO KHAIRUL GHAZALI

MH17 DiTembak Pesawat MH17 ditembak jatuh di Timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. Ia ditembak pada ketinggian 33,000 kaki (10.1 kilometer) dan terhempas di kawasan bergolak di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Russia.


73



Banjir Besar Manek Urai Mohd Noor Said, 86, bersama isterinya Mek Embong Ibrahim, 66, termenung di bangkai rumahnya yang ranap berikutan banjir besar yang melanda Manek Urai, Kelantan, 30 Disember 2014. FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN

75


Muhyiddin, Mukhriz dipecat daripada UMNO Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 24 Jun 2016, memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu digantung daripada jawatan Timbalan Presiden dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, daripada UMNO kerana melakukan pelanggaran disiplin. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya, tetapi keluar parti pada 4 Julai 2016. Pada 27 Jun 2016 pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, menggantikan Muhyiddin. Ahmad Zahid juga menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO. FOTO ASYRAF HAMZAH


77


Tragedi Lahad Datu Ketibaan jenazah dua anggota Polis Komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46, di Lapangan Terbang TUDM, Subang, 2 Mac 2013. Dua anggota komando itu terkorban, manakala tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dalam serangan kumpulan penceroboh dalam tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Pertempuran yang dimulakan penceroboh itu turut menyebabkan 12 anggota mereka maut. FOTO SAIRIEN NAFIS


79



Helikopter terhempas, JJ terbunuh

Negara dikejutkan apabila helikopter jenis Dauphin terhempas di Semenyih yang mengorbankan enam nyawa, termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, pada 4 April 2015. Kejadian berlaku ketika helikopter itu dalam penerbangan dari Pekan, Pahang ke ibu negara. Yang turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; pengawal peribadi Jamaluddin yang juga anggota Unit Tindakan Khas, Sarjan Razkan Seran; seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva serta juruterbang, Kapten Clifford William Fournier.

81


Sosilawati dibunuh Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh pada 30 Ogos 2010, menggemparkan negara. Mahkamah Persekutuan pada 16 Mac 2017 menolak rayuan ketiga-tiga perayu dan mengekalkan sabitan serta hukuman gantung sampai mati terhadap mereka yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dikekalkan Mahkamah Rayuan. FOTO SAIFULLLIZAN TAMADI


83



Perginya ‘Tok Nan’, pemimpin terbilang Bumi Kenyalang Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat kompilasi jantung di Kuching pada 11 Januari 2017. Pemimpin politik sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang turut memberi penghormatan terakhir kepada Adenan atau lebih dikenali sebagai Tok Nan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin berwibawa susulan pemergian Adenan. Jawatan Ketua Menteri Sarawak kemudian diisi oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

85


NIK AZIZ Meninggal Dunia Ribuan rakyat mengiringi jenazah tokoh politik disegani kawan dan lawan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, yang kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2015 akibat kanser prostat, di Kota Bharu, Kelantan. Mursyidul Am PAS ini adalah Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013 dan juga seorang ahli politik paling kontroversi. FOTO GHAZALI KORI


87



Pilihan raya umum ke-13 Sebagai menyahut keperluan untuk menyebarkan maklumat sahih dan membantu jentera Barisan Nasional (BN), BH buat kali pertama dalam sejarahnya menerbitkan Edisi Khas PRU-13 dengan 16 muka surat bermula April 2013, sempena Pilihan Raya Umum Ke-13. Keluaran pertama pada hari penamaan calon dengan tajuk muka depan ‘Kejutan 20 April’. Edisi Khas PRU-13 yang menjadi akhbar tengah hari dijual pada harga RM1, menyajikan bahan berita mencakupi pelbagai laporan termasuk program dan kempen politik khususnya pada waktu malam dan awal pagi sehingga pasukan petugas edisi itu menerima jolokan ‘team burung hantu’. Diketuai Kadir Dikoh, pasukan editorial mula bertugas jam 8 malam hingga Subuh dan liputan berita adalah dari seluruh negara. Kelebihannya ialah edisi khas ini memberi tumpuan kepada kempen BN dan pembangkang yang kebanyakannya diadakan pada waktu malam. Dengan tajuk muka depan yang agak garang dan provokasi, Edisi Khas PRU-13 menarik minat pembaca dan mendapat sambutan hangat. Selain turut diedarkan di beberapa lokasi strategik kempen, ramai juga pemimpin politik menghubungi pejabat BH untuk meminta dibekalkan edisi khas ini di kawasan mereka. Edisi yang diterbitkan selama 15 hari melabuhkan tirainya menerusi keluaran akhir pada 4 Mei 2013 dengan muka depan bertajuk ‘Konspirasi 5 Mei’, sehari sebelum berlangsungnya PRU-13. 89



Helikopter terhempas, bawa dua pilihan raya kecil Helikopter jenis Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar, Sarawak pada Mei 2016, mengorbankan enam nyawa. Mereka ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Kapten Rudolf Rex Ragas. Laporan akhir yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan silap oleh juruterbang berkemungkinan menjadi punca utama nahas helikopter itu, dan mendapati ia menjurus kepada penerbangan yang dibuat pada ketinggian rendah dalam keadaan cuaca buruk dan penglihatan terhad. Berikutan itu juga, dua pilihan raya kecil terpaksa diadakan dengan kedua-duanya dimenangi calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid, isteri kepada Allahyarham Wan Mohammad Khairil bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Budiman Mohd Zohdi bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor. 91


Sepanjang dekad 1998-2007, pelbagai detik penting bersejarah tanah air dirakamkan oleh wartawan BH dengan bermulanya penganjuran Sukan Komanwel ke-16 oleh Malaysia bermula 11 September hingga 21 September 1998. Sepanjang 10 hari temasya itu berlangsung, wartawan BH tidak pernah terlepas melaporkan semua 15 acara sukan dipertandingkan yang turut menyaksikan Malaysia mencatat rekod terbaik apabila merangkul 10 emas dan berada di kedudukan keempat daripada 69 negara bertanding. Namun sembilan hari sebelum bermulanya Sukan Komanwel, negara digemparkan dengan pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Setahun selepas itu, pada pilihan raya tahun 1999 menyaksikan Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan, tetapi buat kali pertama kerajaan negeri Terengganu jatuh kepada pembangkang. BH juga pernah melaporkan kebimbangan negara mengenai masalah komputer yang akan terjejas akibat pepijat alaf Y2K. Namun, semuanya meleset apabila tiada kejadian besar berlaku seperti yang dibimbangkan. Laporan BH pada 5 Januari 2000 melaporkan Unit Perancangan Pengurusan dan Permodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU), yang bertindak memantau dan mengawasi perjalanan operasi agensi sektor awam, melaporkan bahawa tiada masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi kerajaan berhubung masalah komputer Tahun 2000 (Y2K). Pada 31 Oktober 2003, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kelima. Selepas menyatakan hasrat bersara pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2002, Tun Dr Mahathir mengotakan kata-katanya apabila melepaskan jawatan berkenaan pada 31 Oktober 2003. Bencana tsunami yang melanda wilayah Aceh di utara Sumatera pada 26 Disember 2004 sehingga mengorbankan lebih 100,000 orang turut dirasai kesannya di beberapa negeri di Malaysia termasuk di Pulau Pinang dan Kedah. Kejadian tsunami itu menerima liputan meluas akhbar BH selain turut menghantar wartawannya ke sana bagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai apa yang berlaku dan kesannya kepada penduduk di sana. Tarikh 6 Oktober 2007 akan menjadi lipatan sejarah kerana pada hari inilah angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas menaiki kapal angkasa Soyuz 15-S dan membawa beliau ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober. BH turut memaparkan peristiwa bersejarah itu termasuk menemubual Sheikh Muszaphar. OLEH HAZWAN FAISAL MOHAMAD


1998 - 2007

93



Al-Maunah ala-Daesh? Pada Julai 2000, sekumpulan anggota Al-Maunah yang berpakaian tentera merompak beratus-ratus senjata dari kem tentera di Grik sebelum bersembunyi di kebun durian di Bukit Jenalek, Sauk. Peristiwa yang berlarutan beberapa hari dan mengorbankan tiga orang itu, bagaimanapun, berakhir dengan anggota Al-Maunah itu menyerah diri kepada pasukan keselamatan yang mengepung kawasan itu. Dua anggota pasukan keselamatan, R Sagadevan dan Mathew anak Medan, turut mati ditembak dalam kejadian itu. Pada 28 Disember 2001, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, menjatuhkan hukuman mati ke atas ketua kumpulan al-Ma’unah, Mohd Amin Mohd Razali serta dua rakannya, Zahit Muslim, 45, dan Jamaludin Darus, 43, manakala 15 yang lain dipenjara sepanjang hayat. Seorang lagi, Jemari Jusoh, 37, yang mulanya dikenakan penjara sepanjang hayat, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas meminda keputusan Mahkamah Tinggi. FOTO HASAN ISMAIL 95


Sukan Komanwel harumkan nama Malaysia Selepas penantian enam tahun, Sukan Komanwel menjelma di negara kita pada September 1998 dalam suasana penuh meriah dan adat protokol. Sukan Komanwel ke-16 Kuala Lumpur 98, terbesar dalam sirinya dan kejohanan terakhir abad dan alaf 2000 yang disertai negara seluruh dunia. Bayangkan pesta sukan terbesar pernah dianjur Malaysia mengundang atlit bertaraf dunia berhimpun di Bukit Jalil. Ia turut menyaksikan kejayaan Mohd Hidayat merangkul pingat emas untuk negara dalam angkat berat. FOTO YAHAYA HASHIM


97



Tugu bagi memperingati tragedi tsunami di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda. FOTO AMRAN HAMID

Tsunami 2004 bencana paling dahsyat Pada 26 Disember 2004, tsunami yang dianggap bencana alam terburuk dalam lipatan sejarah, berlaku di Aceh, Indonesia mengorbankan hampir 283,000 nyawa di 14 negara termasuk Malaysia, manakala 14,000 lain gagal ditemui dan 1.12 bilion penduduk hilang tempat berteduh. Gempa bumi menjangkau 9.3 skala Richter, kelima terkuat dalam sejarah dunia sejak 1900 itu mencetuskan ombak setinggi lebih 30 meter, bersamaan ketinggian bangunan 10 tingkat. Selain Kota Kuala Muda, Kedah yang terjejas teruk, pesisiran pantai Pulau Pinang, Perlis dan Selangor turut merasai gelombang tsunami itu, dengan jumlah keseluruhan angka kematian di Malaysia ialah 68 orang. 99


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan calon angkasawan (dari kanan) Faiz Khaleed, Dr Sheikh Muszaphar, S Vanajah dan Mohammed Faiz Kamaluddin, Subang, 14 Mac 2006. FOTO EFFENDY RASHID

Angkasawan Malaysia Pada 10 Oktober 2007, negara mencatat satu lagi sejarah gemilang apabila angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berjaya mengembara ke angkasa dengan menaiki Soyuz TMA-11. Beliau selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit. Selain angkasawan Malaysia, kapal angkasa itu turut membawa bersamanya kru Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu. Sejurus kemudian, ketiga-tiga kru itu dibawa ke Kustanai, bandar di sempadan Kazakhstan-Russia sebelum diterbangkan sejauh 1,500km ke Lapangan Terbang Chkalovsky milik tentera Russia berhampiran Star City, di sini. Ketibaan Dr Sheikh Muszaphar dan dua lagi kru berkenaan disambut delegasi pegawai kanan misi terbabit termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam (12.15 pagi, Malaysia).


101


Banyak peristiwa besar dalam negara sepanjang 1988 hingga 1997 diberi liputan meluas dan menyeluruh oleh Berita Harian. Ini bermula dengan pengharaman UMNO pada 1988, pembinaan Menara Berkembar Petronas, runtuhan kondominium Highland Towers sehingga kepada krisis kewangan 1997. Umum mengetahui pada 4 Februari 1988, UMNO diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi sebelum UMNO Baru ditubuhkan, 10 hari selepas itu. BH tidak melepaskan peluang membuat liputan bersejarah dalam dunia politik tanah air ketika itu. Pada 1990, negara dikejutkan dengan kematian dua bekas pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn pada 29 Mei 1990 dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Disember 1990. Tragedi runtuhan kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa ternyata menggemparkan negara dan dunia. Ia mendapat liputan meluas daripada media dalam dan luar negara dan tidak ketinggalan akhbar BH yang berterusan memberi liputan bagi memberitahu perkembangan semasa kepada pembaca nasib yang berlaku kepada mangsa tragedi berkenaan. Selepas pelancaran kereta nasional yang pertama pada 1983, negara menerima kehadiran kereta nasional kedua apabila kereta PERODUA Kancil dilancarkan pada Mei 1994. Dua tahun selepas itu, Malaysia mula menceburi teknologi angkasa apabila berjaya melancarkan satelit pertamanya, MEASAT 1 pada 12 Januari 1996 oleh roket Ariane dari Kourou, French Guiana. Kejayaan besar itu turut dikongsi oleh BH apabila menerbitkan satu sisipan khas mengenai MEASAT 1 yang diterbitkan 14 Januari 1996. Sisipan khas itu memberi penerangan menyeluruh antaranya mengenai teknologi satelit berkenaan dan soal jawab berkaitan MEASAT 1. Kejayaan M Magendran dan N Mohanadas menjadi rakyat Malaysia pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada 23 Mei 1997 menjadi laporan muka depan BH keesokannya. Malah, perkembangan semasa pendaki gunung tertinggi di dunia itu juga sentiasa disiarkan oleh akhbar ini bermula dari tarikh pendakian mereka pada 26 April 1997. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Malaysia dilanda krisis kewangan yang buruk dua bulan selepas itu apabila Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) jatuh di bawah 200 mata pada 21 Julai 1997. Malaysia mengambil keputusan untuk menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas mata wang ringgit mengalami kejatuhan yang teruk. Sepanjang tahun itu, BH berterusan menyiarkan laporan untuk memberi kefahaman mengenai perspektif sebenar kedudukan ekonomi negara, dalam usaha mengembalikan keyakinan pelabur dan rakyat. OLEH HAZWAN FAISAL MOHAMAD


1988 - 1997

103


Chin Peng dan Abdullah CD tiba untuk Perjanjian Damai Hadyai, 2 Disember 1989. FOTO NSTP

Ancaman komunis berakhir Ancaman komunis yang dihadapi rakyat negara ini sejak sebelum merdeka lagi, berakhir dengan peletakan senjata anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga termeterainya Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989. Rundingan antara kerajaan dan PKM pernah diadakan buat kali pertama di 1955 yang dikenali sebagai Rundingan Baling, tetapi ia gagal. Rundingan membabitkan Perdana Menteri ketika itu , Tunku Abdul Rahman Putra dan ketua pengganas komunis, Chin Peng. Yang turut sama ialah seorang lagi pemimpin kanan komunis, Rashid Maidin. Namun berikutan kegagalan rundingan itu, komunis terus menjadi ancaman kepada negara sehinggalah perjanjian dimeterai di Hadyai pada 1989. Perjanjian Haadyai antara lain menyebut PKM yang melancarkan gerakan bersenjata selama 41 tahun bukan sahaja menghentikan kegiatan mereka, tetapi juga membubarkan parti itu.


105


Apabila ringgit ditambat... Pada 1 September 1998, Malaysia mengambil tindakan drastik dan penuh kontroversi apabila menambat ringgit pada RM3.80 berbanding satu dolar Amerika Syarikat. Ia adalah langkah Malaysia memperkenalkan dasar kawalan tukaran asing secara berpilih dalam usaha untuk ‘mematikan’ terus serangan spekulator terhadap ringgit khususnya di luar pesisir setelah mata wang tempatan itu tidak sah lagi diperlakukan di luar negara selepas 1 Oktober. Langkah itu diambil ketika kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.


107



PERODUA membanggakan negara Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PERODUA), pengeluar kereta nasional kedua negara, ditubuhkan pada 1993. Ia antara lain mengeluarkan model kereta di bawah jenama PERODUA seperti Myvi yang begitu popular sehingga muncul model kereta nombor satu di Malaysia sehingga akhir 2014 dan turut dijual di tujuh negara sejak 2006 iaitu termasuk Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji, Sri Lanka dan Nepal. Model lain di bawah jenama PERODUA ialah Kenari, Axia, Bezza dan Alza. 109


UMNO diharamkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1987 selepas berlaku perebutan pucuk pimpinan yang membabitkan dua kumpulan, masing-masing menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Kekalahan Ku Li dengan hanya 38 undi mendorong beliau membawa kes itu ke mahkamah dan pada 1988, UMNO diharamkan. Dr Mahathir kemudian menubuhkan semula parti itu dengan nama UMNO (Baru) sehingga dipinda dengan persetujuan 1,905 perwakilan. Kira-kira 10 tahun kemudian, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) atau UMNO Baru hanya disebut sebagai UMNO selepas perhimpunan agung khas pada 5 September 1997 sebulat suara meluluskan usul pindaan perlembagaan untuk memansuhkan perkataan `Baru’. Tengku Razaleigh kemudian menubuhkan Parti Semangat 46, tetapi akhirnya parti itu terkubur dengan semua ahlinya kembali ke pangkuan UMNO. Pada 1991, UMNO juga melebarkan sayapnya ke Sabah dan penubuhan sayap baharu, Puteri Umno pada Ogos 2001.


111


Mohandas, Magendran, kebanggaan negara Pada Jumaat, 23 Mei 1997, dua rakyat Malaysia N Mohandas, dan M Magendran memacakkan bendera negara di Gunung Everest. Dengan berkibarnya bendera negara di puncak gunung tertinggi di dunia itu, rakyat Malaysia sudah semestinya berasa megah kerana kita sudah menyertai kelab elit yang diasaskan oleh Sir Edmund Hillary dari New Zealand dan Sherpa Tenzing Norgay dari Nepal pada 29 Mei 1953. Kepada dua lagi pendaki, Gary Choong, dan Mohd Fauzan Hassan yang sepatutnya bersama-sama Mohandas dan Magendran menakluki Everest tetapi tidak dapat meneruskan misi mereka kerana masalah kesihatan, kita juga mengucapkan syabas. FOTO NSTP


113


Harum nama Malaysia Pada 1989, penyanyi versatil, Datuk Sudirman Haji Arshad dinobat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia pada Anugerah Muzik Asia 1989 di Royal Albert Hall, London. Beliau yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992 adalah penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang buku kanak-kanak, pelukis kartun, usahawan dan pelakon. Sudirman menang gelaran Bintang RTM 1976. Lagu popular dendangan beliau seperti Bercanda Di Persisiran Pantai, Basikal Tua, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Merisik Khabar dan Milik Siapakah Gadis ini. Allahyarham yang lahir pada 25 Mei 1954, juga menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada 1986 kerana mengadakan konsert gergasi percuma di Chow Kit, Kuala Lumpur dan berjaya menghimpunkan 100,000 warga kota. FOTO NSTP


115



Sorakan gemuruh di Stadium Negara Sorakan gemuruh pada malam penuh bersejarah pada tarikh keramat 16 Mei 1992 di Stadium Negara pastinya tidak akan dilupakan 12,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Thomas pada malam itu. Kejayaan terbesar negara pada malam itu apabila merampas kembali Piala Thomas selepas kali terakhir memenanginya 25 tahun terdahulu iaitu pada tahun 1967. Dengan kejayaan 3-2 menundukkan Indonesia, pemain skuad negara Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, Razif Sidek-Jalani Sidek, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang menempa nama dan tidak hairanlah pelbagai ganjaran yang diterima mereka ketika itu. FOTO KHALID REDZA

117


Mona Fandey cuba bersalaman dengan suami beliau, Mohd Affandi Abdul Rahman sewaktu tiba di mahkamah. FOTO NSTP

BERITA HARIAN SATU-SATUNYA MEDIA DAPAT TEMU BUAL MONA FANDEY Wartawan Berita Harian, Kartini Noor antara petugas yang pernah mencatatkan sejarah tersendiri kerana mewawancara Mona Fandey sebelum beliau menggempar tanah air dengan kes bunuh.

Kartini Noor Mona Fandey dijatuhi hukuman mati di tali gantung kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Mohd Mazlan Idris yang ditemui mati di kebunnya di Kampung Peruas Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub, Pahang pada 22 Julai 1993. Kartini yang kini sudah bersara menceritakan bagaimana beliau bertemu bomoh wanita terbabit yang pada waktu itu turut dikenali sebagai penyanyi. “Mona Fandey saya temui di kediamannya (1991) selepas diarahkan Pengarang Berita Minggu ketika itu kerana dikatakan pandai mengubat orang serta menjadi bomoh pilihan ahli politik. “Mona juga sudah saya kenali pada 1991 sebagai penyanyi tetapi beliau tidak begitu berjaya. Pada pertemuan pertama itu, Mona menyatakan memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar di Selatan Thailand yang akan dibangunkan sebagai pusat peranginan terbesar di Asia Tenggara,� katanya. Kartini menceritakan apabila mengetahui pembabitan Mona dengan kes pembunuhan, beliau diminta menulis semula pengalaman mewawancara Mona termasuk cerita misteri kehebatan bomoh wanita itu, selain kekayaan dan kemasyhuran dicapainya. Selepas Berita Harian menyiarkan berita itu, akhbar tempatan dan luar antarabangsa turut memetik laporan berkenaan. OLEH ROHANIZA IDRIS


119


TRAGEDI HIGHLAND TOWERS Pada 11 Disember 1993, tragedi tanah runtuh menumbangkan pangsapuri Highland Towers di Hulu Klang, Selangor mengorbankan 48 nyawa. Mana mungkin orang ramai terutama yang tinggal berhampiran kawasan itu boleh melupakan nahas membabitkan Blok A Kondominium Highland Towers yang tumbang tepat jam 1.35 tengah hari, kerana tragedi itu antara insiden terburuk dalam sejarah negara. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, turut menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga 22 Disember 1993, apabila polis mengesahkan 48 mayat ditemui. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. FOTO KAMARUDIN AHMAD


121



Edisi Khas Perang Teluk

Ketika perang Teluk meletus di antara Iraq dan Amerika Syarikat pada 1991, Berita Harian menerbitkan edisi khas lapan muka surat, yang diterbitkan pada sebelah petang setiap hari. Edisi khas itu yang memuatkan pelbagai berita serta gambar terkini dan mula diedarkan jam 4 petang, mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca di seluruh negara.

123



Jeti Butterworth Runtuh Pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988, berlaku tragedi jeti runtuh di terminal Pangkalan Sultan Abdul Aziz, Butterworth, Pulau Pinang yang meragut 32 nyawa dan 1,700 cedera. Puncanya adalah kesesakan teruk di pangkalan itu, sekitar 10,000 orang kerana ada dua perayaan serentak membabitkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung ‘serbuan’ 10,000 penumpang. FOTO NSTP 125



Kebakaran Pondok Pak Ya Kebakaran di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah al-Halimiah atau Pondok Pak Ya dekat Yan, Kedah pada 22 September 1989 dianggap antara tragedi sedih dan menyayat hati dalam sejarah bencana negara ini apabila 27 pelajar perempuan sekolah itu maut dan rentung dalam kebakaran. Semua pelajar terbabit baru menganjak ke alam remaja ketika itu, mereka hanya berusia 13 hingga 16 tahun ketika terkorban dalam kebakaran. Tiga punca berkemungkinan besar menjadi pencetus kebakaran lapan blok asrama sekolah itu adalah api lilin, dapur minyak tanah dan pelita yang kemudian menyambar bahan mudah bakar. Sekolah yang dibina pada 1941 itu mempunyai 3,100 pelajar dan kebakaran blok asrama itu menyebabkan kerugian dianggarkan lebih RM1.5 juta. FOTO NSTP

127


Dekad 1978 hingga 1987 menyaksikan pelbagai peristiwa penting berlaku dalam tempoh 10 tahun itu. Antaranya pelancaran kereta nasional pertama negara iaitu PROTON, kejayaan Malaysia memenangi Seluruh England pada 1982, kematian penjenayah Botak Chin serta penyeragaman waktu di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung pada 1981. BH tidak ketinggalan menjadi antara akhbar yang sempat merakamkan semua peristiwa penting yang menjadi lipatan sejarah negara ini. Tanggal 7 Mei 1983 menyaksikan detik penting buat Malaysia apabila syarikat pengeluar kereta nasional pertama negara ditubuhkan iaitu Perusahaan Otomobil Nasional Sdr Bhd (PROTON). Dua tahun selepas penubuhannya, kereta nasional pertama negara iaitu Proton Saga dilancarkan pada 9 Julai 1985. Pada Mac 1982, pasangan beregu badminton negara iaitu Razif Sidek dan Jalani Sidek menempa sejarah apabila berjaya memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers. Kejayaan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau selama 10 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 1971 menerusi pasangan Ng Boon Bee dan Punch Gunalan. Tarikh 11 Jun 1981 mungkin menjadi tarikh yang diingati ramai rakyat Malaysia kerana pada waktu inilah, penjenayah kejam iaitu Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin dihukum gantung sampai mati. Botak Chin juga pernah cuba membunuh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Kulasingam Sabaratnam atau S Kulasingam pada November 1975, yang memburunya tetapi gagal. Penjenayah kejam ini akhirnya berjaya ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur pada Februari 1976. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis. Pada 1981, Perdana Menteri keempat, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan mahu menyeragamkan zon waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Maka bermula 1 Januari 1982, waktu di Semenanjung dipercepatkan selama 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawak. OLEH HAZWAN FAISAL MOHAMAD


1978 - 1987

129



Layak Ke Olimpik Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia menggegar Stadium Merdeka apabila menewaskan Korea Selatan 2-1 untuk mara ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980. Malam itu, jutaan peminat bola sepak negara mengucapkan terima kasih kepada James Wong, penjaring gol kemenangan 2-1 ke atas musuh tradisi. Bagaimanapun, Malaysia tidak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 itu kerana membantah campur tangan Soviet Union di Afghanistan. Jurulatih pasukan, Karl Weigang yang berasal dari Jerman, meninggal dunia pada Jun 2017. FOTO CH LOH 131


Razif-Jalani Sidek catat sejarah Pada Mac 1982, pasangan beregu badminton negara iaitu Razif dan Jalani Sidek menempa sejarah apabila berjaya memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers. Kejayaan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau selama 10 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 1971 menerusi pasangan Ng Boon Bee dan Punch Gunalan. FOTO NSTP


133



Proton Saga Dilancar Pada 1983 - Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) ditubuhkan dan pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga buatan pertama negara mula dilancarkan secara komersial oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan. Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada 2008. Sebelum model Saga dilancarkan, satu pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan itu. Pemenang pertandingan itu ialah Ismail Jaafar, seorang tentera bersara yang memilih nama “Saga� kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia. Penghibur Sudirman Haji Arshad semasa pelancaran rasmi kereta Proton Saga, 1 September 1985. FOTO NSTP 135


Botak Chin penjenayah paling bahaya Pada akhir 1970-an dan era awal 1980-an, nama penjenayah berbahaya, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin sering menjadi sebutan, kerana terbabit dalam banyak kes rompakan bersenjata. Dia berjaya diberkas pada malam 16 Februari 1976 dan setahun kemudian, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Dia dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu atas tuduhan memiliki senjata api pada 11 Jun 1981 ketika berusia 30 tahun. FOTO NSTP


137


Seragam waktu seluruh negara Sebelum 1982, waktu di Semenanjung berbeza setengah jam daripada waktu di Sabah dan Sarawak. Ini kerana zon waktu Malaysia Barat adalah 7 jam lebih pantas berbanding Greenwich Mean Time (GMT), manakala zon waktu Malaysia Timur adalah 8 jam lebih pantas daripada GMT. Oleh itu, mulai 1 Januari 1982, waktu dipercepatkan 30 minit untuk seragamkan dengan waktu Sabah, Sarawak dan menjadi `Malaysian Standard Time’.


139


King Ghaz terselamat nahas Cessna Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dikendali Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar, terhempas di Kampung Janda Baik. Mereka dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh, manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan pembantu juruterbang, Vergis Chacko) terbunuh. Ghazali (22 Mac 1922-24 Januari 2010) memegang jawatan Menteri Luar (1981-1984) dan meninggal dunia pada 24 Januari 2010 di kediamannya di Subang Jaya kerana sakit tua. FOTO NSTP


141



Rumah di Kampung Memali yang digunakan oleh Ibrahim Libya dan pengikutnya sewaktu mereka berdepan dengan pihak berkuasa. FOTO NSTP

Peristiwa Memali Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain tercedera dan ramai lagi ditahan. Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh. Polis menamakan operasi ini sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus. FOTO NSTP 143


Mokhtar Dahari yang belum berganti Datuk Mokhtar Dahari adalah nama besar yang tidak asing lagi dalam sukan bola sepak negara. Selepas menghembuskan nafas terakhir pada 11 Julai 1991, bekas penyerang Selangor dan kebangsaan yang digeruni di seluruh benua Asia itu meninggalkan ruang kosong yang masih belum mampu diisi sepenuhnya oleh pemain tempatan masa kini. Ketokohan Allahyarham, sama ada di dalam dan di luar padang, masih menjadi kenangan segar buat mereka yang pernah bergelumang dengan pemain yang mengumpul 167 caps sejak kali pertama menyarung jersi kebangsaan pada 1972. Antara pemain yang bersama Allahyarham ialah Datuk Soh Chin Aun, Shukor Salleh, mendiang R Arumugam, Santokh Singh, Datuk Jamal Nasir, James Wong, Hassan Sani, Isa Bakar dan Ramli Junit. Bola sepak tempatan mengharumkan nama negara selepas kejayaan menempatkan diri ke temasya Olimpik Jerman Barat 1972 dan Malaysia mengulangi kejayaan sama apabila layak beraksi di Olimpik Moscow, Russia pada 1980. FOTO CH LOH


145


Dekad 1968 hingga 1977 menyaksikan Berita Harian berada di bawah tiga tampuk kepemimpinan daripada Tan Sri A Samad Ismail sejak awal penubuhannya hingga 1972, beralih kepada Abdul Wahab Zain (1972-1975) sebelum diambil alih Datuk A Samad Said (1976-1977). Sepanjang pembabitannya sebagai pengarang, Abdul Wahab yang menerajui kepemimpinan Berita Harian daripada Samad Ismail, berjaya menambah dua muka surat tambahan akhbar menjadikan keseluruhan 12 muka surat pada 1974. Fokus penambahan muka surat pada ketika itu menumpukan kepada berita ekonomi, nota fotografi, tip menghadapi peperiksaan, memberi penumpuan kepada berita hiburan, berita luar negara dan rencana umum. Ini termasuklah perkembangan di Asia Barat seperti perang Arab-Israel pada 1973. Sebelum Abdul Wahab mengundur diri pada tahun 1975, Berita Harian berjaya menaikkan harga jualannya kepada 25 sen sebelum akhirnya A Samad Said dilantik menjadi pengarang selama dua tahun bermula 1976 hingga 1977. Dekad 1968-1977 turut menyaksikan Berita Harian memainkan peranannya sebagai wadah rakyat, termasuk melaporkan berita yang merangkumi episod penting dalam sejarah negara seperti peristiwa hitam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Misalnya laporan muka depan Berita Harian pada 1 Januari 1970 menyaksikan Tun Abdul Razak Hussein menyatakan bahawa isu hubungan antara kaum dan pembangunan ekonomi sebagai dua isu utama yang perlu ditangani pasca insiden 13 Mei. Laporan pada hari berikutnya pula menyaksikan Pengarah Operasi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) itu menegaskan bahawa betapa pentingnya ketegangan dalam negeri diatasi sebelum demokrasi berparlimen dipulihkan sepenuhnya. Berita Harian turut memainkan peranannya untuk melaporkan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak pada 1971 sebagai program sosioekonomi negara yang menstruktur semula ekonomi rakyat dengan membasmi kemiskinan. Antara peristiwa penting lain yang membabitkan Berita Harian sebagai akhbar pada dekad itu ialah apabila kartunis Lat buat pertama kalinya menyumbang siri kartun ‘Keluarga Si Mamat’ di Berita Minggu pada 1968. OLEH SYED AZWAN SYED ALI


1968 - 1977

147



Tragedi pesawat MAS terhempas di Tanjung Kupang mengerikan Pada 4 Disember 1977, negara dikejutkan dengan insiden pesawat MAS Boeing 737 (MH653) terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor yang mengorbankan 93 penumpang dan tujuh anak kapal. Pesawat berkenaan yang dipercayai dirampas anggota Tentera Merah Jepun (JRA), meletup di udara sebelum terhempas kira-kira jam 8.36 malam. Turut terkorban ialah Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad serta Setiausaha Politiknya, Hood Fadzil selain Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mahfuz Khalid serta Duta Cuba ke Jepun, Mario GarcĂ­a InchĂĄustegui. Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira jam 7.21 malam menuju ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pesawat itu tidak mendarat di destinasi asal di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) Selangor. Ketika pegawai petugas menara kawalan LTAS meminta penjelasan lanjut, juruterbang segera membalas dengan memaklumkan pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu. Tiada satu mayat yang dijumpai sempurna dan dikenali. Sesetengah keperluan dan cebisan tubuh manusia tersangkut di dahan dan ranting pokok di sekitar 300 meter persegi dari tempat kejadian. FOTO NSTP

149


KL dilanda banjir besar Pada Januari 1971, banjir besar melanda Kuala Lumpur. Dalam kejadian itu, hampir seluruh ibu negara ditenggelami air, termasuk di Kampung Baru. Hampir semua rumah penduduk termasuk kedai runcit di Pasar Minggu Kampung Baru dan di sekitar Sungai Bonus, ditenggelami air. Madrasah dua tingkat ketika itu juga penuh sesak dengan mangsa selama kira-kira empat hari. Ia disebabkan hujan lebat selama seminggu, dengan meragut 32 nyawa dan 180,00 orang terjejas. Kuala Lumpur juga terputus hubungan dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa ditutup. Seluruh negara turut dilanda banjir. Ini menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan pada 5 Januari 1971 setelah hampir seluruh negara dilanda bencana alam itu. Walaupun banjir pernah berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1926 yang dipanggil “Bah Besar� dan sekali lagi melanda pada 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada 1971 itu, adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara. FOTO LEE HONG YEW


151



Malaysia keempat terbaik hoki dunia 1975 Kejayaan manis dicatat pasukan hoki negara apabila berjaya memenangi tempat ke-4 Piala Dunia Kuala Lumpur 1975. Pada 1975, Malaysia tewas dan tidak berpeluang bertemu Pakistan untuk merebut Piala Dunia. Namun, Malaysia ketika itu mencipta rekod dunia dalam hoki kerana bilangan penonton yang hadir di Stadium Merdeka (dipercayai di sekitar 60,000) adalah bilangan yang paling besar pernah hadir di stadium untuk menyaksikan permainan hoki. FOTO NSTP 153



MAGERAN ditubuhkan Berikutan tragedi hitam 13 Mei 1969, kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 Mei tahun itu. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuh untuk bertindak sebagai badan pemerintah dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak sebagai pengarah. Melalui MAGERAN, Tun Razak kemudian menubuhkan Majlis Perundingan Negara pada Januari 1970, mengandungi 66 ahli daripada masyarakat pelbagai kaum dalam usaha menguatkan lagi ke arah perpaduan negara. Hasilnya, lahirlah kontrak sosial dan Rukun Negara yang kini menjadi landasan kepada kehidupan rakyat berbilang kaum. FOTO NSTP 155


Peristiwa yang amat mencemaskan masa itu yang dilakukan oleh Tentera Merah Jepun. Sebagai pemberita jenayah, saya ditugaskan di situ, dekat Bangunan AIA. Kena ikuti apa yang berlaku dan hantar berita ‘take by take’ setiap jam. “Kami juga bermalam di tepi jalan tu, dan tumpang ‘short nap’ dalam kafe berdekatan. Kami bekerjasama dengan jurugambar Tan Hong Kuan. Taklimat media masa itu hanya diberi oleh King Ghaz atau Tun Ghazali Shafie,” Harith Hashim, menceritakan mengenai pengalaman membuat liputan bangunan AIA ditawan pengganas Tentera Merah Jepun.

Tragedi Tentera Merah Jepun tawan bangunan AIA Berita mengenai tujuh anggota Tentera Merah Jepun (JRA), termasuk seorang wanita, menawan bangunan AIA di Jalan Ampang Kuala Lumpur, pada Ogos 1975, menggemparkan seluruh negara. Peristiwa itu turut mendapat perhatian media antarabangsa. Bangunan Bangunan AIA (American Inssurance Associates) menempatkan kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden. JRA menawan 53 orang di dalam bangunan itu selama tiga hari. Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari penjara Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas JRA ke Libya. Hasil rundingan, JRA berjaya membebaskan lima orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden. Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya. Mereka menuntut

diterbangkan ke Libya. Tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Ramli Omar dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu, yang mereka rampas dari Korea Selatan. Kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka, kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975. Dari awal hingga akhir, tidak ada pertumpahan darah berlaku. FOTO TAN HONG KUAN


157


P Ramlee & Saloma pasangan paling ideal Malaysia bertuah memiliki seorang warganya yang bernama P Ramlee, iaitu seniman agung, yang banyak filem lakonan dan arahannya memberi impak hingga sekarang. Tan Sri P Ramlee yang pernah dinobatkan gelaran Aktor Terbaik Asia 1957 menerusi filem Anakku Sazali, meninggal dunia pada 29 Mei 1973 (dalam usia 44 tahun) kerana serangan mengejut sakit jantung. P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih yang dilahirkan pada 22 Mac 1929, menyumbang lebih 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu ketika zaman kegemilangannya. Antara filem arahan dan lakonannya yang popular hingga kini termasuk Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, dan Labu Labi yang sentiasa menghiburkan penonton dan mempunyai mesej tersendiri dalam setiap filem yang dihasilkan. Malah paduan vokal P Ramlee dan isterinya Saloma dilihat paling menyerlah dan dianggap sebagai pasangan paling ideal dalam sejarah industri muzik tanah air. Lagu-lagu duet yang dinyanyikan oleh pasangan suami isteri ini merangkumi pelbagai genre termasuk humor, kemanusiaan serta ketuhanan seperti Gelora, Hancur Badan Dikandung Tanah, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Yang Mana Satu Idaman Kalbu, Saat Yang Bahagia, Malam Ku Bermimpi dan Joget Malaysia. FOTO NSTP


159



Wartawan BH saksi bapa ditembak “Bapaaaak! Ku menjerit sambil melompat melangkah turun tangga di Bukit Mahkamah itu. Ku tahu dia sudah ditembak dan niat aku hanyalah untuk menolong dia. Di bawah, aku berlari menuju ke kereta sambil nangis “bapaak, bapaak...” “Namun, bila sampai ke kereta, bapak sudah tiada. Sudah dikejarkan ke hospital. Yang tinggal hanyalah darah yang membasahi tempat duduk belakang dan serpihan kaca cermin yang berkecai ditembusi hujan peluru itu. “Empat puluh tiga tahun sudah berlalu sejak peristiwa pembunuhan bapa saya itu, namun setiap tahun muncul waktu jam 8 pagi 7 Jun, luka di hati saya berdarah kembali, dan akan tetap berdarah hingga akhir hayat,” kata Najib Rahman, mengimbas kembali detik ketika dia menjalankan tugas sebagai wartawan, berdepan peristiwa malang apabila ayahnya, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang berjawatan Ketua Polis Negara, ditembak pada 7 Jun 1974. OLEH BASIR ZAHROM Rencana disiarkan New Sunday Times pada edisi 6 Jun 2010 161



Pertarungan bersejarah Muhammad Ali di Stadium Merdeka Stadium Merdeka penuh sesak dengan kira-kira 22,000 penonton untuk menyaksikan pertarungan bersejarah tinju heavyweight dunia antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 30 Jun 1975. Ia disiarkan secara langsung oleh RTM (televisyen hitam putih) selain disiarkan menerusi radio serta dipancarkan televisyen di 59 negara dari Kuala Lumpur. Ali menang dengan kiraan mata. Malah kira-kira 20,000 orang membanjiri Lapangan Terbang Subang untuk melihat kelibat juara dunia itu sebaik tiba dan itulah kali pertama lapangan terbang yang siap dibina pada 1965 itu, menyaksikan kebanjiran manusia. Pada Mac 2017, kerajaan Malaysia memberi pengiktirafan kepada legenda tinju dunia itu, dan sijilnya diterima oleh anak Muhammad Ali, Rasheeda Ali pada program Reviving The Islamic Spirit anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Putrajaya.

Ali meninggal dunia pada 4 Jun 2016. Namun, pengalaman berjoging bersama Muhammad Ali pada 1975 akan terus terpahat di hati bekas wartawan New Straits Times (NST), George Dass, yang diberi tugasan untuk menemubual peninju legenda itu. “Pada masa itu, Allahyarham suka berlari pada jam 2 atau 3 pagi untuk mengelakkan kesesakan orang ramai selain sebagai persediaan menentang Joe Bugner bagi merebut kejuaraan tinju kategori heavyweight. Selain berjoging, saya turut berpeluang meluangkan masa bersama Allahyarham di bilik penginapannya di Hotel Hilton Kuala Lumpur, bagi berkongsi pandangan mengenai isu politik, agama dan kaum,� katanya kepada BH baru-baru ini. FOTO NSTP

163


Pelancaran deb Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 21 Jun 1970 yang mempunyai tempoh kerangka selama 20 sehingga 1990 sebagai falsafah pembangunan menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan ekonomi. Tujuan utamanya ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat Malaysia di samping menghapuskan pengenalan pekerjaan dengan asal keturunan. Tun Razak mengharapkan bahawa pemilikan saham korporat mestilah dibahagikan mengikut formula 30 peratus Bumiputera, 40 peratus bukan Bumiputera dan 30 peratus bagi orang asing. Harapan beliau ialah orang Melayu tidak lagi terikat kepada sawah padi semata-mata, tetapi akan terbabit juga dalam bidang perindustrian. DEB diilhamkan selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969 sebagai pendekatan kerajaan untuk menyejukkan bahang perkauman dan meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum. FOTO NSTP


165


Ringgit Malaysia diperkenalkan Pada 12 Jun 1967, dolar Malaysia yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), menggantikan dolar Malaya dan dolar British Borneo pada tara sama. Beberapa tahun kemudian, perubahan kecil dilakukan termasuk warna pada duit syiling dan wang kertas, daripada memperkenalkan syiling M$1 pada 1967 dan pada 1996, wang kertas RM500 dan RM1,000 tidak dikeluarkan lagi. Pada 1993, simbol mata wang Ringgit Malaysia (RM) diperkenalkan, bagi menggantikan simbol dolar $ atau M$. Di peringkat antarabangsa, MYR (MY sebagai kod Malaysia), digunakan. FOTO NSTP


167


Ketika di peringkat awal hendak diterbitkan pada 1957, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi Berita Harian. Daripada kekurangan kakitangan sehinggalah gangguan persepsi kononnya ia adalah akhbar membawa suara penjajah adalah antara isu yang terpaksa dihadapi sidang redaksi untuk merealisasikan penerbitannya. Pengarah Urusan Straits Times, AC Simmons dan Ketua Pengarangnya ketika itu, Tan Sri Leslie Hoffman, bagaimanapun tidak mengendahkan persepsi itu. Sebaliknya komited meneruskan usaha menerbitkan Berita Harian sehingga akhirnya pada 1 Julai 1957, terakam dalam sejarah negara, lahirnya akhbar Berita Harian, akhbar bahasa Melayu yang diterbitkan dalam tulisan Rumi yang ketika itu dipimpin Abdul Wahab Zain. Dalam kemunculan pertamanya di pasaran, akhbar Berita Harian menyiarkan ucapan selamat daripada Perdana Menteri pertama Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Raja-Raja Melayu. Kelahirannya bukan sahaja menawarkan sumber ilmu dan maklumat yang paling murah kepada orang Melayu, terutama masyarakat desa yang tidak faham bahasa lain selain bahasa Melayu, malah kepada bukan Melayu yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Jika akhbar-akhbar Melayu sebelum itu diwujudkan untuk meniupkan semangat menentang penjajah serta memupuk kekuatan bangsa dalam merebut kemerdekaan, Berita Harian lebih ke arah mempersiapkan rakyat menyambut kemerdekaan dan seterusnya menggerakkan mereka ke arah membina negara dan peradaban satu bangsa yang merdeka. Dengan kata lain, kehadiran Berita Harian ketika itu menjadi sumber maklumat dan pengetahuan kepada rakyat yang baru mengenali erti kemerdekaan. Pada tahun awal penerbitannya, laporannya banyak berkisar kepada isu menyentuh kerajaan yang baru ditubuhkan, memaparkan isu-isu rakyat, sedikit mengenai ekonomi. Namun, laporan terbesarnya pada tahun pertama penerbitannya adalah berkenaan Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang didrafkan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dikuatkuasakan buat kali pertama pada 27 Ogos serta pembukaan rasmi Stadium Merdeka pada 30 Ogos. Sudah tentu, Berita Harian menyiarkan muka hadapan perisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada 31 Ogos. Ia diikuti dengan laporan pelantikan Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan pada 1 September. Dalam tempoh 10 tahun pertama penerbitannya Berita Harian turut menyiarkan pelbagai laporan mengenai peristiwa bersejarah utama negara seperti penubuhan Bank Negara Tanah Melayu (kini Bank Negara Malaysia) pada 1959. Ia termasuk pelancaran pembinaan Tugu Negara pada Mac tahun itu serta penubuhan Parlimen Tanah Melayu serta pilihan raya umum (PRU) Tanah Melayu 1959, yang diadakan buat kali pertama sejak kemerdekaan. Pada 1960, Berita Harian turut melaporkan pengisytiharan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia (Julai), kemangkatan Yang di-Pertuan Agong kedua, Sultan Hisamuddin Alam Shah akibat penyakit misteri sebelum pertabalan baginda pada 1 September. Sejarah tercipta bagi Berita Harian pada tahun itu juga apabila akhbar mingguan, Berita Minggu diterbitkan pada 14 Julai 1960 yang konsepnya lebih menumpukan kepada usaha menyiarkan rencana ringan selain

laporan berita semasa untuk ditatap pembaca pada setiap Ahad. Setiap minggu, wartawan Berita Minggu keluar menemubual dan mencari kisah menarik di sebalik kehidupan masyarakat. Selain pengalaman penduduk, tumpuan ketika itu lebih diberikan kepada bidang sastera dan budaya yang berkembang pesat sebagai wadah perjuangan dan gagasan orang Melayu pada tahun awal kemerdekaan. Selain rencana ringan, berita semasa turut dilaporkan seperti biasa dan bahan itu dibekalkan wartawan dari meja berita, sama seperti hari biasa. Seperti sudah ditakdirkan, Berita Harian menjadi akhbar harian utama negara yang turut sama merekodkan pelbagai sejarah perjalanan negara seperti cadangan Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan sebuah negara Persekutuan dikenali sebagai Malaysia menerusi penggabungan Malaya, Singapura, Sabah, Brunei, dan Sarawak pada Februari, 1961. Namun, 1963 boleh dianggap sebagai tahun yang agak ‘sibuk’ bagi Berita Harian dan akhbar lain kerana pada tahun itu pelbagai peristiwa bersejarah terjadi antaranya konfrontasi Indonesia-Malaysia, pembentukan Malaysia melalui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak pada 16 September. Pada tahun itu juga, perasmian Bangunan Parlimen pada 21 November turut menjadi laporan penting bagi Berita Harian. Pada 1965, Berita Harian melaporkan cadangan menggemparkan Tunku Abdul Rahman mengenai pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 7 Ogos dan diikuti laporan pemisahan rasmi Singapura daripada Malaysia dua hari selepas itu. Pada tahun itu juga, berita pembukaan rasmi Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos 1965 yang menggantikan Lapangan Terbang Sungai Besi turut menghiasi akhbar Berita Harian. Keupayaan Berita Harian melaporkan berita besar negara berterusan pada 1966 menerusi laporan pertabalan Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong keempat pada Januari diikuti Tugu Negara dibuka secara rasmi pada 8 Februari. Pada 28 Mei pula, berita mengenai tamatnya konfrontasi di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia turut menjadi laporan utama Berita Harian. Tahun itu juga menjadi saat bermakna bagi Berita Harian kerana berpeluang membuat laporan mengenai lawatan dua hari Presiden Amerika Syarikat Lyndon Baines Johnson buat kali pertama ke Malaysia iaitu pada 31 Oktober termasuk lawatannya ke Kampung Labu Jaya yang kemudian dikenali sebagai FELDA L B Johnson di Negeri Sembilan. Pada 12 Jun 1967, keputusan bersejarah kerajaan memperkenalkan mata wang Ringgit bagi menggantikan Dolar British Malaya turut dilaporkan Berita Harian. Akhbar ini turut merakamkan keanggotaan Malaysia dalam pembentukan ASEAN pada 8 Ogos. Kejayaan pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas pada September tahun sama turut dilaporkan Berita Harian. Sepanjang 10 tahun pertama penerbitannya, Berita Harian berjaya membuktikan kepada pembaca dan rakyat Malaysia bahawa ia bukan sekadar akhbar yang melaporkan berita berwibawa dan bermaklumat tetapi menjadi medium menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa, agama dan budaya di Malaysia. OLEH MOHD ANWAR PATHO ROHMAN


1957 - 1967

169



Laungan Merdeka tujuh kali Pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, melaungkan `Merdeka... Merdeka... Merdeka’ sebanyak tujuh kali diikuti laungan sama dengan penuh gemuruh oleh kira-kira 10,000 rakyat yang memenuhi setiap ruang Stadium Merdeka. Hingga hari ini, peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui paparan televisyen yang pasti menaikkan semangat setiap warga Malaysia meskipun tarikh itu semakin jauh berlalu. Yang hadir sama ketika itu ialah Raja-Raja Melayu dan perwakilan dari 30 negara Komanwel dan negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan, Negaraku yang buat kali pertamanya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baharu. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baharu dan tembakan meriam seratus satu das. 171


Malaysia ditubuhkan Tarikh 16 September 1963 adalah detik bermakna bagi kita apabila berlaku penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Singapura, Sabah dan Sarawak dengan nama Malaysia. Singapura bagaimanapun keluar daripada Malaysia pada 1965. Sebelum itu, pada 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold dibentuk yang dipengerusikan Lord Cobbold bagi meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Dari Februari hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold menemui lebih 4,000 orang dan menerima 2,200 memorandum pelbagai pihak. Hasilnya, 80 peratus rakyat Sarawak dan Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) menyokong penubuhan Malaysia dan menerima pakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


173


Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew semasa sidang media selepas pengumuman untuk berpisah dengan Malaysia di TV Singapura. FOTO NSTP

Singapura berpisah Kira-kira dua tahun selepas pembentukan Malaysia, Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. Pelbagai peristiwa dalaman berlaku yang menimbulkan permusuhan dalaman dan juga konflik antara Singapura dengan Tanah Melayu. Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan drastik mengeluarkan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, yang pada peringkat awal sangat berminat dengan idea penubuhan Malaysia. FOTO NSTP


175



Agong Pertama ditabalkan Jika dilihat sejarah, sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong bermula selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957 seterusnya menggunakan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan Raja Melayu. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dipilih Yang di-Pertuan Agong pertama dan ditabalkan pada 2 September 1957. Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong, orang yang terutama di Malaysia, tidak dipilih oleh rakyat tetapi oleh sembilan Raja-Raja Melayu berkenaan pada persidangan Majlis Raja-Raja, bagi memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu membentuk institusi pemerintahan beraja bukan sekadar simbolik, tetapi adalah sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan, manakala rakyat melihat institusi ini sebagai sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. 177



Konfrontasi Jakarta-Kuala Lumpur berakhir Antara 1964 dan 1966, tercetus konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Konfrontasi antara kedua-dua negara bermula pada 3 Ogos 1964, apabila Presiden Sukarno yang tidak puas hati dengan penubuhan Malaysia dan penyertaan Sabah dan Sarawak, menubuhkan Dwi Komando Rakyat (Dwikora), untuk meningkatkan ketahanan revolusi Indonesia dan membantu perjuangan revolusi rakyat Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menghancurkan Malaysia. Bermula dengan penubuhan pasukan komando Dwikora bagi melancarkan konfrontasi bersenjata terhadap Malaysia inilah, kedua-dua negara terseret dalam konflik yang tidak sedikit menelan korban nyawa, harta benda dan air mata. Hubungan serumpun yang erat, tiba-tiba berubah menjadi sengketa yang membawa kepada pertumpahan darah. Sebenarnya, Indonesia menentang penubuhan Malaysia kerana negara itu menganggap Malaysia bukanlah gagasan daripada rakyat Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak, sebaliknya idea penjajah British untuk mengukuhkan kedudukannya, sekali gus mengancam dari Utara. Sukarno menggunakan slogan `Ganyang Malaysia’, slogan yang masih diingati generasi terdahulu. FOTO NSTP 179



BH DAN Masyarakat

181


Media dan tidak boleh dipisahkan. Menyedari hakikat itu, BH sebagai sebuah akhbar arus perdana, banyak mengetengahkan berita mengenai masalah dihadapi masyarakat, sekali gus cuba membantu mencari penyelesaian mutlak. Antara isu yang pernah dipaparkan akhbar ini ialah mengenai usaha BH dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) membawa pulang seorang keldai dadah yang sudah dibebaskan dari penjara di Peru, penderitaan penyanyi era 80-an, Sahara Yaacob yang tinggal bersendirian dalam stor dan hasrat seorang wanita, Mariam Johari, rakyat Malaysia yang terkandas 64 tahun di Korea Selatan untuk mencari tiga anaknya di Johor. Selain itu, BH dengan kerjasama Kementerian Pertahanan berjaya mempertemukan semula sebahagian daripada 114 wira negara yang bertempur di Bakara Market, Mogadishu, Somalia, pada 3 dan 4 Oktober 1993, pada satu majlis di Kem Sungai Petani, Kedah, pada 2015. Sementara BH dengan kerjasama RTM pula berjaya menganjur majlis istimewa, Himpunan Jejak Mini Parlimen Februari lalu, sekali gus menunaikan impian Jamal Muhamad, 75, yang mahu bertemu semula dengan bekas Ahli Parlimen yang digelar `Yang Berhormat’ (YB). Mangsa keldai dadah di Peru BH rasa bertanggungjawab untuk membawa pulang Rosna Shariff ke tanah air pada 2011 kerana dia berhak kembali ke pangkuan keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang lain. Akhbar ini mengambil inisiatif bekerjasama dengan KP1M kerana Rosna dianiaya sindiket dadah antarabangsa yang menjadikannya keldai dadah hingga merengkuk dalam penjara di Peru. Nasib Sahara dibela BH secara ekslusif menjejak semula Sahara Yaacob yang tinggal bersendirian dalam stor di rumah arwah kakaknya yang dibina di Hulu Langat, Selangor. Di situ, Sahara tidur, makan, memasak dan beribadat sejak dua tahun lalu. Susulan pendedahan BH yang membongkar derita hidup penyanyi yang pernah berimej seksi itu bulan lalu, Sahara mendapat pembelaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bersetuju membantunya mendapatkan kediaman yang lebih selesa. Dia akhirnya berpindah ke kediaman lebih selesa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam dekat Sungai Besi di sini. Mariam terkandas 64 tahun di Korea Selatan Kisah Mariam Johari benar-benar menggemparkan negara apabila

kisahnya mendapat perhatian apabila akhbar terbitan Kumpulan The News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menyiarkan hasratnya mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007. Hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah, Jelani dan Jamnah, akhirnya termakbul apabila KBS membawa Ramlah, Jelani serta cucunya, Ahmad Onn dan menantu, Siti Zainab Noor, ke studio KBS di Seoul, pada 18 Julai 2007. Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama dan pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007. Dia akhirnya meninggal dunia pada September 2009 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi. Wira Bakara Market, Mogadishu Komitmen BH dalam mengangkat semangat patriotisme masyarakat diteruskan dengan menyusuri secara eksklusif pengorbanan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit secara langsung dalam misi menyelamat US Rangers dalam peristiwa digelar “Black Hawk Down”. Temubual eksklusif diadakan dengan sebahagian daripada 114 anggota dan pegawai yang terbabit dalam pertempuran di Pasar Bakara, Somalia. BH sentiasa mengetengahkan berita mengenai peranan ATM melalui laporan harian, ruangan khusus Skuad dan laporan khas seperti laporan bersiri Menjejaki Wira Black Hawk Down. BH yang menjadi wadah rakyat sejak 1957, amat memandang tinggi pengorbanan anggota dan pegawai ATM di dalam dan luar negara, termasuk anggota dan pegawai Malbat 1 UNOSOM II yang terbabit dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia, pada 3 dan 4 Oktober 1993. Jasa Pak Jamal dikenang Detik paling bermakna turut dirakam negara apabila BH dengan kerjasama RTM berjaya menganjur majlis istimewa, Himpunan Jejak Mini Parlimen pada 2014, sekali gus menunaikan impian Jamal Muhamad, 75, yang mahu bertemu semula dengan bekas Ahli Parlimen yang digelar `Yang Berhormat’ (YB). Sebagai akhbar suara komuniti, BH menjalankan tanggungjawab sosialnya menjejak bekas peserta Mini Parlimen untuk dipertemukan bersama Pak Cik Jamal yang dikeluarkan sejak 12 Januari hingga 22 Februari 2014. Mini Parlimen adalah program kanak-kanak terbitan RTM yang disiarkan setahun sekali bermula 1983 hingga 1994. OLEH WAN JAILANI RAZAK


Wartawan BH, Halina bersama Dewi (bukan nama sebenar), berkongsi pengalamannya di Penjara Santa Monica, Lima, Peru, 19 Ogos 2011.

BH dan masyarakat berpisah tiada 183


Suara Komuniti


Di sebalik peranan sebagai akhbar yang menyiarkan berita terkini dan perkembangan isu semasa, BH turut menabur bakti dengan mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi aktiviti program Suara Komuniti dan Semarak Ramadan. Menerusi Suara Komuniti dan Semarak Ramadan, BH berusaha membantu meringankan beban golongan memerlukan dan menyelesaikan masalah masyarakat. Menariknya, usaha BH ini turut mendapat kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak yang membantu sehingga masalah dikemukakan masyarakat itu berjaya diselesaikan segera. Antara program yang dilaksanakan menerusi Suara Komuniti termasuk usaha menceriakan Madrasah Darul Tahfiz Ummul Qura (DTUQ) di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor yang dilaksanakan BH dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) Selangor dan Pertubuhan Waris Malaya (WARIS MALAYA) pada 12 September 2012. Pada program itu, BH membantu membina tempat mengambil wuduk yang lebih sempurna untuk kegunaan pelajar DTUQ, aktiviti mengecat dan membersih kawasan madrasah bagi memastikan proses pembelajaran lebih selesa. Usaha mengatasi masalah penduduk di Taman Sepakat, Kuantan, Pahang membabitkan kerosakan taman permainan yang dilaporkan menerusi ruang Suara Komuniti, menarik perhatian ahli Kelab TaHa@U Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk tampil bersama BH melaksanakan program gotong-royong membaik pulih taman berkenaan pada 6 Disember 2012. Selain itu, pada 19 Mac 2013, pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah, Melaka, memaklumkan kepada BH untuk memohon membesarkan ruang solat bagi keselesaan pelajar. Tidak sampai seminggu masalah itu dilaporkan, ia dapat diatasi apabila

BH berjaya membawa pengusaha stesen minyak Shell, RA Talang Enterprise untuk menyumbang RM6,000 bagi membantu menaik taraf Surau AlHidayah di sekolah itu. Sementara itu, Program Semarak Ramadan yang kali pertama diperkenalkan pada 2009 berjaya menarik perhatian tiga syarikat korporat untuk tampil menaja wang tunai dan produk bernilai RM40,00 bagi menyemarakkan syiar Ramadan di lokasi terpilih di seluruh negara. Tajaan diterima daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), pengedar kurma, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd dan Adabi Consumer Industries (Adabi). Acara Semarak Ramadan tidak sekadar majlis memberi bantuan sematamata, sebaliknya ia dilaksanakan dengan melakukan kenduri kampung membabit penyembelihan lembu dan sesi gotong-royong memasak bersama penduduk. Aktiviti seperti itu kali pertama dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil, pada 7 Ogos 2011 dan disempurnakan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Sepanjang 2011, 14 siri kembara Semarak Ramadan dilaksanakan di seluruh negara dengan DUN Kuala Nerang, Kedah sebagai destinasi terakhir yang melengkapkan siri kembara itu di seluruh negara. Dalam menjayakan Semarak Ramadan, selain penyertaan sektor korporat seperti BIMB, Mydin Mohamed Holdings (M) Bhd dan Ambank serta Adabi, acara ini turut disertai beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Beraspadi Nasional (Bernas), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pelbagai agensi lagi. Beberapa kerajaan negeri seperti Melaka, Johor, Terengganu dan Perak juga menghulur bantuan bagi memastikan program itu berlangsung dalam suasana cukup meriah. OLEH HARYANI NGAH 185



PAK CIK JAMAL 23 Februari 2014, BH dengan kerjasama RTM berjaya menganjur majlis istimewa, Himpunan Jejak Mini Parlimen sekali gus menunaikan impian Jamal Muhamad untuk bertemu semula dengan bekas ‘Ahli Parlimen’. 187


Sahara YaAcob dibela Susulan pendedahan BH pada awal Jun 2016 yang membongkar derita hidup penyanyi era 1980-an, Sahara Yaacob, akhirnya berpindah ke kediaman lebih selesa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam dekat Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2016. Kesengsaraan penyanyi kontroversi yang pernah digelar Tina Turner Malaysia itu mendapat perhatian meluas apabila kisah hidupnya yang sebatang kara menghuni stor di rumah arwah kakaknya di Kampung Melaka, Hulu Langat, didedahkan BH. “Terima kasih kerana mendedahkan realiti hidup insan bernama Sahara Yaacob sehingga mendapat pertolongan DBKL, Lembaga Zakat Selangor, banyak persatuan dan masyarakat. Saya berterima kasih kepada BH,� kata Sahara. FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA


189



Black Hawk Down Kejadian Black Hawk Down pada 3 dan 4 Oktober 1993 sebenarnya menunjukkan betapa keberanian, keperwiraan dan semangat juang askar Malaysia. Ini memberi makna besar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam sejarah pembabitan askar kita di kancah konflik antarabangsa. Ia merujuk kepada pembabitan anggota Malbat 1 UNOSOM II dalam misi untuk menyelamatkan renjer Amerika Syarikat yang terkandas di Pasar Bakara, Mogadishu, pada Oktober 1993 selepas dua pesawat Black Hawk UH-60 ditembak jatuh militia Somalia. Seramai 114 anggota dan pegawai 19 RAMD Mekanis dari Malbat 1 UNOSOM II yang ketika itu diketuai Kolonel (sekarang Brig Jen (B), Datuk Abdul Latif Ahmad terbabit dalam pertempuran sengit dengan militia Somalia. Sebagai akhbar yang prihatin, BH sejak 6 Mei 2015 menerbitkan 30 artikel berita dan video dalam laporan khas Menjejaki Wira Black Hawk Down yang bertitik tolak dari kesedaran akhbar ini untuk mengangkat jasa dan sumbangan penggempur Mekanis. Kemuncaknya ialah diadakan Majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa Wira-Wira Pertempuran Bakara Market - Somalia di 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis, Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani, Kedah pada 28 Oktober 2015. OLEH SYED AZWAN SYED ALI

191


Pengurus Kawasan Selatan Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kamaruzain Ekhwan (kiri) bersama Pengurus Kawasan Selatan, Adabi Consumers Industries Sdn Bhd, Zainuddin Salleh (tiga dari kanan) dan penduduk Taman Scientex bergotong-royong memasak bubur lambuk sempena Semarak Ramadan BH di Surau Ar-Rahman, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, 4 Ogos 2013. FOTO ROSLAN KHAMIS


BANK MUAMALAT Bank Muamalat adalah sebuah institusi kewangan Islam yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi. Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan institusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran, kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urus niaga pasaran modal. Bank Muamalat mempunyai 62 cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CDT yang boleh didapati di hampir 240 lokasi seluruh negara. Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70 peratus saham bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara. 193



BH DAN Antarabangsa

195


Wartawan BH di wilayah konflik, perang Penghujung 2011 menyaksikan Somalia dilanda krisis kemarau dan kebuluran sehingga mengorbankan lebih suku juta rakyat negara malang itu. BH selaku akhbar merentas generasi tidak ketinggalan untuk melaporkan secara langsung dari negara Tanduk Afrika itu. Kerjasama dengan Mercy Malaysia, selaku badan kemanusiaan antarabangsa berpangkalan di Kuala Lumpur, membuka laluan bagi sekumpulan wartawan Media Prima, termasuk BH memasuki Mogadishu pada Januari 2012 bagi membuat liputan di negara bergolak itu. Keberadaan BH di medan konflik dan bencana bermula seawal 1980an lagi, apabila akhbar ini menghantar wartawannya membuat liputan mengenai kumpulan Mujahidin di Afghanistan yang ketika itu menentang penaklukan Soviet Union. Pada akhir 1990-an pula wartawan BH digerakkan ke Eropah untuk melaporkan krisis kemanusiaan ketika itu membabitkan penindasan dan pembunuhan orang Islam di Kosovo dan Bosnia, di mana Malaysia menyatakan pandangan lantang dalam isu itu. Perang Teluk 1991 pula menyaksikan akhbar ini menghantar wartawannya untuk mengupas peperangan yang menggemparkan dunia itu, selain terus menerus menghantar wartawan dan jurugambar ke negara-negara di Asia Barat dan Afrika. Komitmen BH untuk memastikan pembaca mendapat maklumat tepat dari perspektif wartawan Malaysia adalah komitmen berterusan. Ini adalah untuk mengimbangi laporan isu antarabangsa yang kebiasaan berpandukan kepentingan dunia Barat. Sejak 60 tahun lalu, akhbar ini menghantar wartawan dan jurugambarnya ke serata ceruk dunia untuk membuat liputan langsung krisis, konflik dan bencana, termasuklah krisis kemanusiaan terbesar di abad ini iaitu perang saudara di Syria. Ketika Perang Iraq pada 2003 yang menyaksikan kejatuhan Saddam Hussein, wartawan BH dihantar ke negara bergolak itu untuk membuat laporan dan sekali gus mendapati senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dimomokkan negara kuasa besar, hanyalah propaganda Barat bagi menghalalkan penukaran rejim di Iraq. Terbaru, BH turut menyertai misi “Food Flotilla For Myanmar� (FFFM)

yang belayar selama 21 hari bermula 3 Februari, bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya yang terjejas di Myanmar dan Bangladesh. Misi kemanusiaan melalui jalan laut yang membabitkan 200 penumpang dan kru dari 12 negara itu dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan lebih 30 NGO dalam dan luar negara. Wartawan BH sebelum ini juga turut membuat liputan misi kemanusiaan anjuran KP1M di Gaza (Palestin), Jordan, Syria, New Zealand, Mesir dan liputan misi kemanusiaan gempa bumi Nepal pada April 2015 yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa dan 22,000 cedera. BH juga bekerjasama dengan NGO seperti Mercy Malaysia, Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Yayasan Salam, Muslim Care, Al I’tisam Relief Program (ARP) dan Aman Palestin serta Yayasan Maybank untuk membuat liputan semasa dan pasca konflik dan bencana seperti di Aceh (Indonesia), Somalia, Gaza, Rakhine (Myanmar), Taufan Haiyan di Tacloban (Filipina) dan konflik perang saudara di Syria (2011-2017). Kerjasama dengan Kementerian Pertahanan menyaksikan penghantaran wartawan BH ke Mindanao (Filipina), Lubnan dan Bamyan (Afghanistan). Wartawan BH misalnya turut dihantar untuk liputan misi pengaman MALCON-ISAF pada 2010 selain memasuki Pakistan dan sempadan Afghanistan pada 2011 bagi menjejaki kematian Osama Bin Laden. BH juga membuat liputan di zon bencana antaranya gempa bumi Iran, tsunami Aceh (2004), letusan Gunung Merapi di Yogyakarta (Indonesia) 2010, Taufan Haiyan di Tacloban (Filipina) 2013, gempa bumi Nepal (2015) dan liputan insiden kebocoran loji nuklear di Fukushima, Jepun (2011) yang menyaksikan wartawan BH dihantar ke kawasan dicemari radiasi nuklear itu. Kesemua ini semata-mata untuk menyajikan laporan tepat dan terkini untuk pembaca BH, termasuk lebih 4.4 juta pengikut Facebook Berita Harian Online, sejajar dengan sasarannya menjadi media peneraju bagi liputan isu kemanusiaan di dalam dan luar negara. OLEH SYED AZWAN SYED ALI


t Wartawan BH, Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) sedang menghantar laporan berita di Ramadi ketika tugasan liputan penaklukan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq pada 2003. Yang turut kelihatan jurugambar NSTP, Kamaruddin Ahmad (dua kiri). q Wartawan BH, Azman Abdul Hamid (kanan), menemui sekumpulan mangsa banjir selepas bencana itu melanda perkampungan Berani di daerah Sanghar, wilayah Sindh, Pakistan pada 2011.

Wartawan BH, Mahfar Ali ketika berada di kem pelarian Mujahidin di Peshawar, sempadan Pakistan dan Afghanistan. Beliau membuat liputan di beberapa lokasi mengenai pejuang Mujahidin Afghanistan. Laporan komprehensif itu berjaya meraih Hadiah Kewartawanan (Bahasa Malaysia) bagi Hadiah Kewartawan Malaysia 1989. 197


BH pertama DI Afrika Selatan, ketika Aparteid dihapuskan

Mungkin tidak ramai tahu, BH adalah akhbar pertama dari Malaysia membuat liputan ketika era aparteid hampir berakhir di Afrika Selatan. BH ketika itu menghantar wartawannya di London, Abdul Rahim Zain pada akhir 1991 bagi memberi gambaran mengenai keadaan sebenar kehidupan di negara yang hampir rapuh kemanusiaan kerana pemerintahan aparteid atau berdasarkan warna kulit. Sepanjang hampir dua minggu di sana, Abdul Rahim antaranya melaporkan bahawa separuh daripada 31 juta penduduk - semuanya kulit hitam - berada dalam kategori merempat manakala 80 peratus penduduk di kawasan yang dipanggil tanah air (homeland) iaitu Transkei, Bophuthatswana, Venda dan Ciskei, berada pada paras miskin. Dasar aparteid menentukan di mana penduduk boleh menetap, bekerja, berniaga, memilik harta benda, berjalan, beragama, berehat, bersukan, makan, minum dan mendapatkan hiburan. Beliau juga berkesempatan meninjau sendiri bagaimana dasar perkauman itu masih banyak mencengkam kehidupan kulit hitam sekalipun ada sedikit perubahan dilakukan oleh kerajaan minoriti kulit putih. Malah, Abdul Rahim juga datang ke Afrika Selatan tanpa mempunyai jadual atau diatur dengan mendapat pelbagai kemudahan kerana mahu melihat perkara sebenar mengenai aparteid. Dua hari menjejaki lorong di Johannesburg. Kasihan, sedih dan kecewa menyelubungi perasaan melihat manusia bergelimpangan di tepi jalan sebagai tempat menghilangkan rasa mengantuk. Mereka tidur di mana sahaja asalkan rasa selesa. Mereka makan apa sahaja sisa dalam tong sampah. Patutkah mereka yang bergelar manusia diberi layanan sebegitu rupa sedangkan anjing peliharaan dibuatkan tempat tinggal? Itulah hakikat di beberapa kawasan di Johannesburg, terutama di Jubort Park. Saban hari ada sahaja berita, pembunuhan dan pergaduhan seperti budaya bagi masyarakat kulit hitam. Kenapa boleh jadi begini? Duit adalah matlamat mereka. Berpuluh ribu pemuda kulit hitam membanjiri Johannesburg mencari pekerjaan tetapi yang pasti memang tiada pekerjaan bagi mereka. Kos sara hidup yang tinggi menambah tekanan kepada mereka. Kecewa dengan apa yang dihadapi, jenayah jalan keluar. OLEH HAZWAN FAISAL MOHAMAD


199


“Ketika kami (media) menyertai pasukan pengaman Malaysia membuat rondaan dengan menaiki kereta perisai, konvoi kami diserang hendap oleh snippers. Sebaik dapat arahan pegawai tentera, kami meniarap di lantai kereta perisai untuk perlindungan dan hanya mampu berdoa supaya kami semua selamat. Pemeriksaan selepas itu mendapati kereta perisai kami terkena 13 das tembakan tetapi tiada seorang rakyat Malaysia cedera,� cerita wartawan BH, M Thillinathan (tengah) ketika membuat liputan bersama jurugambar, Adnan Hassan (kanan) di kawasan bergolak Mogadishu, Somalia pada Mac 1994.�


Malbatt di Somalia Batalion Malaysia (Malbatt) mengambil alih sepenuhnya tugas sebagai pasukan bertindak cepat daripada tentera Amerika Syarikat (AS) selepas mereka berundur pada 31 Mac 1994 di Mogadishu, Somalia. Sejak misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNOSOM dilancarkan pada 1992, tentera AS yang mempunyai pelbagai kelengkapan senjata canggih dan kekuatan udara menerajui tugas bahaya itu dalam peperangan di Somalia. Malbatt II itu, susulan Malbatt I dan kemudian Malbatt III, dianggotai kira-kira 950 anggota dan pegawai tentera pelbagai cawangan ditempatkan di bangunan Universiti Somalia yang tidak digunakan dan sebahagian lagi di Bellet Uen, kira-kira 400 kilometer ke utara Mogadishu. Namun, Malaysia kesal dan kecewa dengan kandungan filem Black Hawk Down kerana tidak menggambarkan kejadian sebenar operasi menyelamat tentera AS di Mogadishu ketika itu. Lebih mendukacitakan apabila pembabitan langsung pasukan Malbatt menyelamatkan 75 anggota renjer Amerika yang terperangkap dalam serangan itu tidak digambarkan. Dalam kejadian sebenar, apabila tentera Amerika terperangkap dalam serangan di Bakara Market (pasar senjata), pasukan Malbatt dikerah untuk membantu menyelamatkan mereka. Pasukan Malbatt turut diserang dan seorang anggotanya, Prebet Mat Aznan Awang terkorban dalam pertempuran itu, manakala sembilan yang lain cedera. OLEH KADIR DIKOH

201



Pendidikan

203


FOTO HAZIM MOHAMMAD

“Saya belajar bahasa Melayu melalui Berita Harian. Menjelang Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, timbul kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menguasai bahasa Melayu kerana ia diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan. “Atas kesedaran yang sama, saya pun mula membeli Berita Harian kerana waktu itu akhbar itu adalah terjemahan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times. Berita Harian juga adalah akhbar bahasa Melayu dalam tulisan Rumi yang pertama ketika zaman merdeka. Setiap hari saya akan membeli New Straits Times dan Berita Harian,� Tokoh akademik tersohor, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.


205



Sumbangan besar kepada pendidikan negara

Sebagai akhbar yang menjadikan pendidikan sebagai antara terasnya, BH bukan sahaja menghasilkan pelbagai produk pendidikan seperti sisipan Didik, Minda dan Skor, malah turut menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Antaranya Seminar Bimbingan Peperiksaan dan Jelajah Sekolah yang menyediakan pelbagai teknik terkini dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) bagi membantu pelajar khususnya di luar bandar. Selain pelajar, BH turut menyediakan program khusus untuk warga pendidik menerusi Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang membimbing guru kaedah menggunakan akhbar sebagai sebahagian proses pengajaran. Pada 2016 saja, BH menganjurkan 241 siri seminar di seluruh negara membabitkan kira-kira 60,000 pelajar, malah dianggarkan sehingga kini sudah lebih sejuta pelajar mendapat manfaat daripada penganjuran program ini.

Pada tahun itu juga, pengurusan BH mengambil keputusan tidak lagi menjual Didik dan Minda Pelajar secara berasingan, sebaliknya disisipkan dalam akhbar BH menerusi isu terbitan 5 hingga 11 Februari 2001 (Minda Pelajar), manakala Didik isu bertarikh 6 hingga 12 Februari 2001. Kejayaan sisipan Didik, Minda dan Skor menyebabkan BH mengambil keputusan memperkenalkan satu lagi sisipan iaitu Varsiti khusus untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) pada 12 Januari 2010.

Produk pendidikan Seiring dengan konsep BH untuk mendidik, Unit Pendidikan BH tampil dengan produk baharu iaitu Seminar Bimbingan Peperiksaan pada 1996. Jika pada ketika itu hanya empat seminar diadakan dalam setahun, kini BH menganjurkan lebih 200 seminar di seluruh negara serta mendapat tajaan pelbagai syarikat, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan. Pada 2012, seminar berkenaan diberi penjenamaan semula dengan nama Konsep ADD Klinik UPSR BH Didik, Seminar PT3 BH Minda dan Seminar SPM BH Skor. BH yang diterbitkan pada 1 Julai 1957 berkonsepkan ‘akhbar untuk Pada 3 Jun 2003, Unit Pendidikan tampil dengan produk terbaru iaitu keluarga’, memperkenalkan pengisian yang memaparkan agenda YiFi (Year 1 Form 1) yang dilancarkan Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, pendidikan menerusi halaman khusus untuk pendidikan yang diberi nama Datuk Abdul Rafie Mahat (Allahyarham) di Kuala Lumpur. ADD pada 1984. Konsep ADD dalam BH yang dicetuskan Pengarang Kumpulan BH ketika Perkenal APCBH itu, Datuk Ahmad Sebi Abu Bakar dilancarkan bekas Pengarah Pendidikan, Bermula dengan 15 penerima iaitu lima bagi setiap peringkat peperiksaan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 29 Jun 1985 menerusi pemeteraian APCBH membuat perubahan dengan menambah penerima kepada 18 pada memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pelajaran. 2009 dan 21 penerima pada 2014. Lebih menarik, APCBH 2016 yang berlangsung pada Mei 2017 turut Akhbar sisipan mewujudkan empat kategori baharu, iaitu tiga kategori bagi sekolah yang Keberkesanan konsep ADD juga memberi ilham kepada BH untuk melanggan sisipan pendidikan BH iaitu Didik, Minda dan Skor serta satu menerbitkan akhbar khusus yang boleh dimanfaatkan di dalam kelas. Pada kategori pendidik. 1993, BH melancarkan akhbar Minda Pelajar (kini Minda) khusus untuk Kategori itu ialah Rakan Sekolah Cemerlang Sukan, Rakan Sekolah pelajar menengah rendah, diikuti dengan penerbitan akhbar Didik khusus Cemerlang Akademik, Rakan Sekolah Cemerlang Kokurikulum dan Pendidik untuk murid sekolah rendah pada 19 Disember 1994. Kreatif (penggunaan akhbar dalam bahan bantu mengajar). Pada awal penerbitannya, Minda Pelajar menyediakan bahan ulang kaji Dalam perkembangan lain, Unit Pendidikan BH turut memainkan peranan untuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR - kini Pentaksiran Tingkatan besar dalam pengendalian bahan latih tubi dan soalan format peperiksaan Tiga) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sambutan baik daripada dalam portal pendidikan FullAMark keluaran The New Straits Times Press pihak sekolah terhadap akhbar itu menyebabkan pihak pengurusan BH (Malaysia) Berhad yang dilancarkan Mei 2016. memperkenalkan satu lagi sisipan iaitu Skor khusus untuk calon SPM pada 26 April 2001, manakala Minda Pelajar khusus untuk calon PMR. OLEH NOOR AZLINA ZAINUDDIN 207


Rekod 17a1 SPM, Nor Amalina guna BH catat pencapaian cemerlang

“Saya dan rakan-rakan sekolah menggunakan sisipan Skor sebagai ulang kaji mingguan, selain turut menyertai Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran BH bagi persediaan menghadapi SPM. Alhamdulillah saya mendapat manfaat daripada penggunaan sisipan itu dan hasilnya saya dipilih sebagai antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang BH 2007 bagi kategori SPM. Terima kasih BH!� Nor Amalina Che Bakri Pelajar Terbaik SPM 2007 Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (SPM) BH 2007 Duta Pendidikan BH


209



pengiktirafan

211



Anugerah Kajai

Anugerah Kajai Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) adalah anugerah tertinggi mengiktiraf wartawan di Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan PETRONAS selaku penaja utama. Sejak penubuhannya 60 tahun lalu, BH dinobatkan sebanyak sembilan kali bagi anugerah berprestij ini. Di bawah adalah senarai wartawan BH yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kajai. 1983 Hambali Abdul Latif dengan laporan berjudul “Meninjau Kehidupan” dan “Masalah Pekan Koboi di Rengit”. 1984 Hafifi Hafidz (kini Datuk) dengan laporan bertajuk “Dakwaan Penyelewengan LPN: Tujuh syarikat kapal tempatan tergugat”. 1990 Tajuddin Mohd Saman menerusi artikel “Menjejaki nasib penerima Pingat Hang Tuah”. 2001 Karim Sulaiman (Allahyarham) dengan laporan “Masalah kepincangan pelaburan Tabung Haji”. 2002 Mohd Yusof Sulaiman dan Khairul Anwar Rahmat (kini Datuk). Siasatan berhubung masalah birokrasi di pejabat tanah sehingga berlaku rombakan besar-besaran dilakukan. 2009 Jalal Mohd Abdul Rahim dengan laporan bertajuk siasatan dan pembongkaran kegiatan “keldai dadah”: Pengakuan wanita Malaysia yang dikurung di luar negara. 2010 Norfatimah Ahmad dan Nor Fazlina Abdul Rahim melalui laporan mereka yang membongkar kegiatan rasuah di jeti Pulau Ketam. 2012 Sophia Ahmad melalui beberapa siri laporan penyiasatan “graduan palsu” yang membongkar kegiatan menjual ijazah palsu sebuah kolej universiti di Subang Jaya. 2013 Wan Noor Hayati Wan Alias mendedahkan perbuatan curang segelintir pegawai imigresen di KLIA dan LCCT menerima sogokan. 213



Apabila BH membongkar

BH komited untuk menghasilkan laporan eksklusif yang menarik untuk tatapan pembaca. BH Bongkar yang mula diperkenalkan di akhbar ini sejak Januari 2014, meninggalkan impak signifikan kepada pembaca apabila laporannya mendapat perhatian pihak berkuasa. Malah, isu yang diketengahkan BH Bongkar mendapat sambutan baik masyarakat, antaranya skim penipuan pemasaran bertingkat dalam kalangan pelajar universiti, pendedahan mengenai kumpulan militan Daesh dan penyeludupan manusia didalangi pegawai imigresen. Selain itu, kewujudan laman web tawar cecair Vitamin C, bolos sempadan, kemelut di antara pemandu teksi dan Uber serta Grabcar, penjualan ijazah palsu, keselamatan Taska, status halal ayam, krisis bekalan lembu/daging, penipuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi, peraturan lapuk cermin gelap dan penipuan umrah. Terbaru, BH Bongkar pada Februari lalu, mendedahkan penjualan berus cat bulu babi selepas sampel berus cat dengan kod A913 dan A680, yang dihantar untuk ujian makmal di Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM), disahkan diperbuat daripada bulu babi. Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) mengarahkan peniaga perkakasan pembinaan mengasingkan dan melabel produk berus diperbuat daripada bulu babi. Gagal berbuat demikian, KPDNKK menegaskan akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Kemboja dan Brazil bagi memastikan krisis tidak berlaku.

Sindiket tipu pelajar BH juga pernah membongkar mengenai sindiket menipu pelajar yang menunggu keputusan SPM yang menyaksikan lapan individu, termasuk lima wanita, ditahan polis bagi membantu siasatan. Laporan bersiri BH mengenai penipuan pakej umrah pula menyaksikan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengendalian Umrah bagi mengawal selia umrah, selepas isu itu dibangkitkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Jawatankuasa khas yang dianggotai tujuh kementerian, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipengerusikan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, antara lain menyelaraskan pengendalian pakej umrah, mengkaji keperluan lesen khas umrah dan menetapkan harga minimum pakej umrah bagi rujukan orang ramai. Laporan khas BH Bongkar mengenai peraturan penggunaan cermin gelap yang dianggap lapuk pula menyaksikan peraturan berkenaan dipinda Kementerian Pengangkutan. Menerusi bengkel khas yang diadakan pihak berkuasa, kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin penumpang belakang dan bahagian belakang kenderaan dikurangkan sehingga 25 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini. Berikutan kesan laporan untuk kebaikan semua pihak, BH Bongkar Menyamar sebagai pasangan ibu bapa akan terus `menggali’ isu semasa dengan mengutamakan permasalahan BH Bongkar bermula dengan isu keselamatan Taska pada Februari 2014, masyarakat, pembuktian dan provokasi. laporan yang menguji tahap keselamatan di Taska di mana wartawan unit khas BH menyamar sebagai pasangan ibu bapa cuba `menculik’ seorang Isu lain pernah dibongkar BH: kanak-kanak, mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, • Penguat kuasa belot. Keluarga dan Masyarakat yang kemudian mengarahkan Jabatan Kebajikan • Sindiket amah kitar semula. Masyarakat (JKM) memantau dan menutup semua Taska tidak berdaftar. • Sogok gerenti lulus. Kementerian itu juga menjalankan operasi pemutihan besar-besaran • Kegiatan sindiket curi pasir di Selangor. bagi memastikan semua taman asuhan kanak-kanak didaftarkan bagi • Keselamatan bangunan tinggi. memastikan tahap keselamatan dipatuhi. Laporan mengenai status halal • Tipu berat tong gas. ayam pula mendapat perhatian pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan • Ancaman kad sim haram. Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi kerajaan berkenaan. • Minyak wangi beracun. Laporan BH Bongkar pada April 2014, mengenai kemungkinan negara • Uniform polis mudah dibeli. berdepan krisis bekalan lembu ekoran import lembu yang terhad dari • Sindiket tipu pelajar. Australia dan Thailand pula menyaksikan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencari negara sumber baharu seperti Myanmar, OLEH WAN JAILANI RAZAK 215


BH, ENAM DEKAD KEKAL DINAMIK | EDISI PERTAMA | OGOS 2017 | ISBN 978-983-871-047-3 BH Datuk Mahfar Ali, Datuk Badrulhisham Othman, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman THE NEW STRAITS TIMES PRESS Datuk Abdul Jalil Hamid, Azizi Othman NSTP KREATIF Bazuki Muhammad PENGARANG Kadir Dikoh PENYUMBANG ARTIKEL Azman Abdul Hamid, Wan Jailani Razak, Veena Rusli, Hasliza Hassan, Rohaniza Idris, Osman Lisut, Mohd Anwar Patho Rohman, Nazura Ngah, Haryani Ngah, Noor Azlina Zainudin, Nor Afzan Mohamad Yusof, Norhafzan Jaafar, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, Hazwan Faisal Mohamad, Nor Hatina Shuib, Syed Azwan Syed Ali, Mohd Aizat Shamsuddin, Luqman Arif Abdul Karim PUSAT SUMBER NSTP Ramlan Ramli, Rozaini Kamarudin, Mohd Yazid Jaafar FOTOGRAFI NSTP Kamarudin Ahmad, Hasan Ismail, Ikhwan Munir, Muhammad Sobri Sudin REKA BENTUK MUKA DEPAN Muhamad Shahrul Nizam Manshor

© 2017 Hakcipta Terpelihara BH dan The New Straits Times Press (M) Berhad. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluar atau ditukar kepada sebarang bentuk dengan apa-apa cara sekalipun tanpa izin bertulis daripada BH dan The New Straits Times Press (M) Berhad


217





Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.