Is t i a d at M e n j u n j u n g D u l i
“Istiadat Menjunjung Duli” ialah susam ipsamet aut voluptatur sitiae miligniet, si cone cone ne nobis volor mo dolor atio occae parchitatur. Genient quatur, comnihil mi, od mostrum quam qui dit volut utatempore quiscipsae rente ea adigend enimin cum fuga. Iliquas int omnis as modit volut sadsad.
YDH Toh Indera Jaya Datuk Ishak Mohamed
istiadat
MENJUNJUNG DULI
Pengarang | Azman Ahmad Termizi
CETAKAN PERTAMA 2022
istiadat
MENJUNJUNG DULI PENERBIT Merdeka Publications / Company Dato KREATIF Thinking Eyes PENCETAK Name of Company
DUMMY
Hak cipta terpelihara. Dinyatakan di sini tiada sesiapun jua berhak mengambil isi memetik bahan yang menjadi kandungan buku ini, sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian samada untuk tujuan penerbitan kembali atau penggunaan semula dalam apa jua bentuk sekalipun samada di media cetak, media elektronik ataupun media sosial. Seandainya ada pihak yang berkeinginan untuk menggunakan isi kandungan buku ini, mestilah memohon keizinan terlebih dahulu dari penerbit dengan menyatakan sebab-sebabnya.
PEMBUKA KATA
B
ismillahi Rahmani Rahim. Segala puji milik Allah Subhanahu Wataála. Assalamualaikum watahmatullahi wabarakatuh. Awal kalam seharus dan semestinya melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah keizinannya membolehkan saya, Paksako, menulis dan menerbitkan buku ini atas tajuk Istiadat Menjunjung Duli YDH Toh Indera Jaya Datuk Ishak Haji Mohamed. Nawaitu buku ini ditulis adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman sendiri yang telah dilalui oleh Paksako semasa menjalani proses Menjunjung Duli atas perlantikan sebagai Orang Besar Enam Belas dengan gelaran YDH Toh Indera Jaya. Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini, pertamanya dapatlah mereka yang telah dilantik menjadi Orang Besar Negeri dan Orang Besar Perak mengetahui dan lebih bersedia untuk melakukan istiadat Menjunjung Duli dengan penuh berkeyakinan dan agar istiadat yang penuh tradisi dan berdaulat ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai tahap kesempurnaan yang tinggi. Keduanya diharapkan masyarakat awam, lebih-lebih lagi para pengkaji sejarah dan sosio budaya akan lebih mengetahui dan mendalami keunikan adat istiadat Melayu khususnya yang melibatkan Institusi Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan. Ketiganya, dokumentasi istiadat Menjunjung Duli ini dalam bentuk buku akan dapat dijadikan rujukan oleh generasi anak-anak bangsa yang akan datang. Sekali lagi ingin ditegaskan disini, buku ini bukanlah satu kajian ilmiah dan mendalam terhadap Kesultanan Perak serta adat istiadat yang telah dilakukan turun temurun. Ianya sekadar mencatitkan pengalaman peribadi yang telah Paksako lalui dalam menjalankan dan menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli sempena perlantikan Paksako sebagai Orang Besar Enam Belas Perak Darul Ridzuan. Sementelah diberikan kesempatan menghasilkan tulisan-tulisan ini, Paksako juga mengambil kesempatan untuk turut sama mengdokumentasikan mengenai Institusi Kesultanan Perak, Institusi Beraja, Dewan Negara dan Institusi Orang Besar Negeri Perak di dalam buku ini. Semoga ini semua mendapat keberkatan Allah Taala dan Paksako akhiri dengan wabillahitaufik, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Toh Indera Jaya Datuk Ishak Haji Mohamed @ Paksako
3
PENGENALAN
B
ismillahi Rahmani Rahim. Segala puji milik Allah Subhanahu Wataála. Ternyata unik benar kebudayaan Melayu dan kehebatan itu terpancar jelas dalam pelbagai aspek kehidupan merangkumi sosio, budaya dan ekonomi, apatah lagi istimewanya itu bertunjangkan agama Islam yang suci. Keistimewaan ini turut dilihat dari segi perlantikan Orang-orang Besar Istana yang mana prosesnya bersandarkan kepada kejituan institusi kesultanan dan berpaut pada tradisi yang telah dipegang berzaman dan sejak turun-temurun; tidak dipengaruhi oleh sebarang percaturan dan unsur politik semasa atau arus baru kehidupan modern, walaupun dunia hari ini semakin maju dengan kehidupan yang tidak dapat lari dari pengaruh sntuhan digital dan revolusi perusahaan tahap 4 (IR4). Inilah yang dikisahkan dan menjadi inti pati buku istimewa ini; iaitu perlantikan seorang hamba rakyat yang taat dan kasihkan raja, diangkat menjadi seorang pembesar negeri di bawah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan. Buku ini merakamkan perjalanan dan detik penuh bersejarah hamba raja yang setia itu, Dato’Ishak Haji Mohamed, dilantik sebagai Orang Besar Enam Belas bergelar YDH Toh Indera Jaya oleh Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada tanggal 19 April 2007 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Perlantikan ini disempurnakan melalui istiadat menjunjung duli yang akan dikupas di dalam buku ini secara terperinci. Sejajar dengan itu juga buku ini terlebih dahulu mengetengahkan mengenai Institusi Kesultanan Perak institusi beraja di mana disentuh mengenai asal usul kesultanan Perak di mana disentuh mengenai Institusi Beraja membawa pula kepada Dewan Negara negeri Perak dan lapisan Orang-orang Besar negeri Perak. Buku ini bukanlah tujuannya bermegah-megah dan tidak sekali disasarkan untuk menunjuk-nunjuk tetapi dihasilkan sebagai rakaman dan dokumentasi sebuah peristiwa yang boleh dimanfaatkan generasi mendatang; agar mereka turut berjati diri dan tahu bahawa rakyat dan rajanya berpisah tiada. Diharapkan usaha dan ikhtiar pembukuan ini dapat meletakkan di hati rakyat bahawa kesultanan raja-raja Melayu, bukan sahaja di Perak tetapi juga di negeri-negeri lain, harus dijunjung tinggi dan dipertahankan sampai ke akhir kala. Kandungan buku ini menunjukkan tradisi istana yang masih wujud dan akan terus diguna pakai selagi ada bulan dan matahari dan ia menekankan bahawa Perak itu ada sultan dan ada institusi kesultanannya sebagai tunjang sebuah negeri beraja. Raja-Raja Melayu itu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya malah ia merupakan satu badan penting berperanan sebagai pengukuh negeri dan pemerkasa rakyat. Buku ini juga adalah sebagai sumbangan Dato’ Ishak, atau mesra dipanggil Paksako, khususnya kepada Institusi Orang Besar Perak dan amnya kepada seluruh rakyat negeri ini. Dengan izin Allah, buku ini akan diletakkan di pusat penyelidikan di universiti dan kolej dan di perpustakaan daerah dan sekolah supaya dapatlah ia menjadi bahan rujukan sesiapa sahaja yang berminat mengetahui dan mengkaji mengenai Kesultanan negeri Perak, Orang-orang Besar dan tradisi-tradisi yang terus malar dan segar hingga ke hari ini seperti istiadat menjunjung duli. Semoga buku ini memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat khususnya bangsa Melayu dan anak-anak negeri Perak dari segi perkembangan ilmu pengetahuan mengenai amalan warisan pusaka yang turun temurun telah digunakan. Semoga buku ini juga dapat menyuntik semangat untuk penghasilan banyak lagi buku-buku yang berkaitan dengan sejarah dan perkembangan Institusi Kesultanan Perak dan Orang-Orang Besar. Wabillahitaufik, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pengarang, Azman Ahmad Termizi.
7
KANDUNGAN
x XX XX XX XX XX XX XX XX
1 Asal Usul Negeri Perak 2 Institusi Kesultanan Perak 3 Institusi Beraja 4 Dewan Negara 5 Orang Besar Negeri Perak 6 Istiadat Menjunjung Duli 7 Menyempurnakan Istiadat 8 Mengenali Pak Sako 9 Album Foto
1
ASAL USUL NAMA NEGERI PERAK
Kepelbagaian Versi
Ada pelbagai versi cerita dan andaian mengenai asal usul nama negeri Perak namun begitu ahli etimologi, iaitu pengkaji asal usul, mempunyai pendapat yang kuat menjurus kepada ia sebenarnya berasal dari nama logam perak. Logam perak, yang mengikut catatan ahli sejarah mula di temui samada di Turki atau di Greece, adalah logam yang sangat berharga dan signifikan kepada masyarakat, lebih bernilai dari apa yang kita ketahui pada hari ini. Oleh kerana nilai yang tinggi dan kedudukan yang signifikan itulah Islam sendiri mempunyai zakat perak selain zakat emas. Berdasarkan harga dan kepentingan logam ini, sejak lebih seribu tahun yang lalu lagi perak telah dijadikan bahan membuat wang. Ringkasnya, siapa yang mempunyai banyak wang perak, tinggilah kedudukannya di kalangan masyarakat. Sebagai salah satu daripada tujuh logam kuno (metals of antiquity), perak mempunyai peranan yang kekal dalam kebanyakan budaya manusia. Ahli sejarah telah mengklasifikasikan tujuh logam yang penting dan berkait rapat dengan tamadun manusia iaitu emas, perak, tembaga, timah, timah, besi, dan merkuri. Dari tujuh logam inilah peradaban dan tamadun manusia dibentuk hingga berjaya menempa dunia yang serba moden dan canggih hari ini. Berdasarkan pentingnya perak dan tinggi nilainya kepada masyarakat dahulu, maka sesuai benarlah nama logam berkenaan diangkat untuk menjadi nama sebuah negeri. Satu versi lain yang turut popular dan didengari kebanyakan anak-anak negeri ini sejak mereka kecil lagi ialah seperti yang terkandung dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang mengatakan bahawa nama negeri Perak ini ada kaitannya dengan putera Raja Marong Mahapudi Sat yang pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru. Putera tersebut tiba di sebuah sungai yang besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Beliau merasakan tempat itu sesuai dijadikan negeri lalu memanah ke udara menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada perak dan busarnya dinamakan Indera Sakti. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan, maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Perak. Ini juga merupakan versi yang pernah ditititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Sri Sultan Idris A’fifullah Shah, Sultan Perak ke-33.
11
2
INSTITUSI KESULTANAN NEGERI PERAK Institusi Yang Relevan
Institusi Kesultanan Negeri Perak adalah sebuah badan yang di dalamnya terdapat badan dan lapisan-lapisan berjawatan yang bersama-sama menggerak dan mengendalikan satu sistem pentadbiran dan tata urusan yang meletakkan seorang sultan sebagai payung negeri. Walaupun bersifat tradisi iaitu diturunkan sejak sekian lama, ia sebuah sistem yang kekal relevan hingga ke hari ini; tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas walaupun sudah berlangsung ratusan tahun lamanya. Bukan sahaja ia masih kekal, tetapi institusi ini sangat dipandang tinggi dan terus dihargai sebagai badan yang berperanan dan berfungsi ditengah-tengah era modenisasi hari ini. Ia bukan sebuah institusi yang sudah usang hanya semata-mata untuk kajian ahli-ahli sejarah dan ahli-ahli akdemik seperti yang berlaku di negara-negara lain tetapi malar segar hingga ke hari ini. Ia juga bukan setakat sebuah institusi elit di dalam kelompoknya sahaja yang terpisah dari rakyat tetapi kedua-duanya, iaitu raja dan rakyat, sama-sama bergerak seiringan dan segandingan setiap hari. Semua ini wujud seiringan dengan sistem pemerintahan yang diperkenalkan selepas negara ini mencapai kemerdekaan iaitu Institusi Pemerintahan Raja Berperlembagaan. Berperlembagaan.
Pecahan Institusi Kesultanan Negeri Perak
Institusi Kesultanan Negeri Perak boleh dibahagikan kepada empat bahagian berikut: • • • •
Institusi Beraja Institusi Dewan Negara Institusi Orang Besar Institusi Orang Besar Jajahan
Memetik tulisan Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dalam kertas kerja bertajuk “Institusi Kesultanan Negeri Perak dari tahun 1528 hingga tahun 1877” Kesultanan Perak adalah satu-satu waris Kesultanan Melaka yang masih bertakhta di singgahsana sebuah kerajaan Melayu pada hari ini dan dengan itu institusi ini adalah warisan daripada kesultanan Melaka. Antara lain, selain Sultan atau Yang di-Pertuan, Kesultanan Perak mewarisi empat jawatan utama Kesultanan Melaka iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana. Kesinambungan dari itu, Institusi Kesultanan ini, walaupun ada berlaku perubahan, kekal hingga ke hari ini; memiliki Sultan atau Yang di-Pertuan, Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan. Pengasas Kesultanan Perak pada 1528 itu ialah Raja Muzaffar ibni Sultan Mahmud. Almarhum adalah putera Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat, sultan Melaka yang terakhir, dengan Onang Kening, iaitu puteri Sultan Mansur Kelantan. Asal-usul Kesultanan Perak ini akan diperjelaskan lagi di bab berikut nanti. Selain mempunyai seorang sultan, Institusi Kesultanan Negeri Perak juga mempunyai Dewan Negara yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan mempunyai peranan tertentu. Selain Institusi Beraja dan Dewan Negara, Institusi Kesultanan Perak ini dilengkapkan pula dengan barisan pembesar-pembesarnya yang dipanggil Orang Besar dan Orang Besar Jajahan yang mempunyai gelaran masing-masing dan tugas-tugas tertentu yang digalas. Gelaran-gelaran ini antara lain menandakan keakraban atau dekatnya penyandang gelaran itu dengan seorang Sultan, menunjukkan keturunan asal-usulnya atau menggambarkan peranan dan tugas mereka dalam Institusi Kesultanan Negeri Perak. Pada zaman sekarang, gelaran-gelaran ini juga diberikan kepada anakanak negeri ini yang telah berjasa atau berjaya diperingkat tertinggi dan secara tidak langsung mengharumkan nama negeri Perak sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.
17
3
INSTITUSI BERAJA Bukan Sekadar Simbol
Institusi Institusi beraja mempunyai kedudukan yang sangat penting dari segi peranannya. Buku Adat Pusaka Raja-raja & Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan susunan Adib Vincent Tung menghuraikan bahawa mulai tahun 1948, Sultan Perak mula memerintah negeri ini sebagai Raja Berpelembagaan. Katanya, bagaimanapun institusi Raja dan pembesar terus diperkukuhkan dari segi perundangan dengan pemasyhuran Bahagian Yang Kedua dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1953. Dengan wujudnya Bahagian Yang Kedua ini maka negeri Perak terus dapat mengekalkan tradisi dan adat istiadat kesultanan Melayu dalam bentuk pindaan dan penyesuaian mengikut masa dan zaman.
Ini juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan apabila memperkatakan mengenai Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Perkara 181, 38(4), 44, 71 dan 159(5) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas merujuk kepada Yang Di Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu sekelian sebagai tuan-tuan kepada semua warganegara Malaysia, bukan sahaja sebagai tonggak dan simbol bangsa Melayu secara tradisinya, malahan adalah juga simbol kuasa dan kerajaan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai “yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan” sementara Raja-raja Melayu yang lain adalah “tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah dibert keutamaan daripada segala orang lain” sedangkan Perkara 8 mengisytiharkan semua orang lain adalah sama di sisi undang-undang. Petikan perlembagaan ini ternyata menunjukkan Raja-raja Melayu bukanlah sekadar satu simbol atau lambang tetapi mempunyai tempat yang sangat istimewa yang boleh digunakan oleh mereka menjaga dan mentadbir negeri dan melindungi rakyat.
Kesultanan Raja-Raja Melayu itu bukan sekadar simbol kepada negara bangsa malah adalah institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfur-lah (ketika itu baginda masih Raja Muda Perak) di dalam Titah Persembahan di Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia sempena Hari Keputeraan Ke-81 Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah pada 19 April 2009 menyebut bahawa Sultan adalah Raja Pemerintah, Ketua Negeri dalam sistem Kerajaan berteraskan prinsip rakyat beraja, yakni negeri bersultan. Kesultanan Raja-Raja Melayu itu bukan sekadar simbol kepada negara bangsa malah adalah institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
19
Perkaitan Sultan Negeri Perak Secara Lima Keturunan Berturutan
Sultan Perak ke 28 Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni Raja Bendahara Alang Iskandar
q Sultan Perak ke 29 Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah Hu’an-hu ibni Sultan Idris Murshidul Azzam Shah
q Sultan Perak ke 32 Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah
q Sultan Perak ke 34 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Please check, there was typo.
q Sultan Perak ke 35 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
29
Kelayakan Kesultanan
Sistem pemilihan dan perlantikan sultan di negeri Perak adalah berdasarkan kenaikan pangkat seorang Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem diperturunkan dari seorang Raja Pemerintah kepada putera baginda. Kelayakan kesultanan ini dijelaskan dengan sangat terperinci di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan perlu diikuti setegas-tegasnya. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menetapkan seseorang yang layak dilantik menjadi sultan mestilah dilahirkan sebagai zuriat sah melalui jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang ke-18, iaitu Almarhum Sultan Ahmaddin Shah (1786-1806). Menjelaskan lagi perkara ini, ia hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun-temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak sekali-kali membenarkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan yang ke-18 ini selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tidak mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah. Seandainya sudah ketiadaan lagi zuriat daripada benih Sultan yang ke18 ini, maka wajiblah dipilih dan dilantik seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat daripada benih sultan yang pertama, iaitu Almarhum Sultan Muzaffar Shah ibni Sultan Mahmud atau sekiranya tiada zuriat daripada benih sultan yang pertama maka wajib dipilih dan dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat sultan yang ke-18 tadi yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada maka hendaklah diutamakan seorang anak lelaki atau cucu lelaki daripada seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah yang tersebut itu. Dalam keadaan tiada seseorangpun layak dilantik menjadi Raja Pemerintah maka ini mesti diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara Perak. Setelah pemasyhuran sultan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara Perak. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. Walau bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan-jawatan raja-raja bergelar dan pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon paling hampir mengikut tertib kedudukannya.
lorez
31
what if we use this one? this is the coat of arms that i used when i did perak sultanate book.
Jata Peribadi Paduka Seri Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor)., D.K.N.S., D.K. (Perlis)., D.K. (Kedah)., D.K 1 (Johor)., D.K. (Pahang)., PhD (Harvard)
i think the pic is a handout pic from istana. if it is, then you can use this picture. you need to ask the istana whether this is really a handout released by istana.
33
Tatatingkat Perlantikan Raja Pemerintah Bagi Negeri Perak
DYMM Sultan
Raja Pemerintah
DYTM Raja Muda
DYAM Raja Di-Hilir
Bakal-bakal Sultan
YTM Raja Kecil Besar
35
YTM Raja Kecil Sulong
Sulong or Sulung?
YTM Raja Kecil Tengah
YTM Raja Kecil Bongsu
Raja-raja Bergelar
Raja di Singgahsana, Pewaris dan Raja-raja Bergelar Sistem Hiraki Kesultanan Perak dan Raja-raja Bergelar
Raja Pemerintah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Raja Muda
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
Raja Di-Hilir
Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
Raja Kechil Besar
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Raja Kechil Sulung
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah
Sulong or Sulung? Raja Kechil Tengah
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid, S.P.C.M.
Raja Kechil Bongsu
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Izuddin Chulan bin Raja Zainal Azman Shah
37
5
INSTITUSI ORANG BESAR
N
egeri Perak yang kita kenali sekarang bermula dengan perlantikan Sultan Muzaffar Shah pada 1528, putera Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka. Semenjak dari itu Negeri Perak terus diperintah oleh raja-raja yang berdaulat dengan gandingan sokongan dari pembesar-pembesar, atau yang dipanggil Orang Besar, khususnya Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.
Tugas dan peranan
Konsep pembesar negeri merujuk kepada orang-orang yang dilantik oleh seorang raja pemerintah dari kalangan rakyatnya untuk memegang sesuatu jawatan dan sekali gus melaksanakan tugas-tugas yang datang bersamanya dan memainkan peranan-peranan yang telah diamanahkan, ke arah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang telus, teratur dan kukuh untuk menyokong institusi kesultanan dan negerinya. Pada zaman terdahulu Institusi Orang Besar dipengaruhi oleh nilainilai hidup dan tradisi sezaman dengannya dan hari ini institusi ini telah berevolusi mengikut peredaran masa terutama dari segi tugas, peranan dan cabaran. Namun begitu, evolusi ini lebih berbentuk cabaran-cabaran baru yang datang ekoran gelombang cara dan nilai hidup hari ini dan evolusi itu tidaklah dari segi peri mustahaknya institusi ini. Hari ini, Institusi Orang Besar Perak tetap penting dan utuh. Pegangan kuat terhadap nilai-nilai tradisi sejak zaman berzaman telah mengekalkan kedudukan pentingannya itu hingga ke hari ini. Ia tak lapuk dek hujan tak lekang di panas. Malah campur tangan British dalam pentadbiran negeri Perak dahulupun, walaupun hebat cabaran dan tamparannya, tidak langsung menyebabkan institusi ini pupus walaupun kesannya memang ada. Dr Badriyah yang pernah membuat kajian mengenai hubungan antara Sultan dengan Orang Besar berkata perhubungan di antara mereka mungkin berubah sejajar dengan perubahan suasana atau keadaan ekonomi ataupun politik, namun begitu perubahan-perubahan tersebut tidak langsung menjejaskan kedaulatan negeri dan kerajaan. Menurut Haji Mohd. Zulkifli Hj. Abdul Aziz, bekas Ketua Pengarah Muzium Negara, di dalam buku berjudul Gelaran Orang Melayu Perak, orang-orang yang memakai gelaran Orang Besar mempunyai kuasa, yang diberikan oleh sultan, di daerah-daerah tertentu apatah lagi bagi negeri yang luas seperti negeri Perak.
45
Hiraki Sistem Pembesar di Tanah Melayu
Adat Temenggong
Adat Pepatih
Sultan
Yam Tuan Besar
Majlis
Undang
Pembesar 4
Lembaga
Pembesar 8
Buapak
Pembesar 16
Anak buah
Pembesar 32
59
Perincian Sistem Pembesar Di Tanah Melayu
Perak Pahang Selangor Johor
Sistem Adat Temenggong (Kerajaan Palembang)
Kedah Perlis
Sistem Adat Temenggong (Sistem Pemerintahan Kerajaan Siam)
Kelantan Terengganu
Sistem Adat Temenggong (Sistem Pemerintahan Kesultanan Pattani)
Negeri Sembilan dan Daerah Naning (Melaka)
Sistem Adat Pepatih (Kerajaan Pagar Ruyung)
Lain-lain berkaitan atas titah perintah Raja Pemerintah
q
q
Penaung / penasihat kepada badan sukarela
q
q
q
Menganggotai Ahli Lembaga Pengarah / Majlis Mesyuarat dengan kuasa / titah Raja Pemerintah
Peranan dan Tugas Orang Besar Perak
Menjalankan arahan / titah Raja Pemerintah
Mata dan telinga kepada Raja Pemerintah
q
q Memenuhi undangan majlis - daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa
q
AJK Daerah / Negeri
Memberi nasihat dan pandangan
61
7
ISTIADAT MENJUNJUNG DULI
A
da pelbagai adat di dalam Kesultanan Perak seperti Istiadat Keputeraan, Istadat Nikah Kahwin Bagi Raja-raja, Istiadat Kemangkatan, Pemakaman dan Berkabung, Istiadat Pertabalan (antaranya tabal kerajaan, tabal adat, tabal pusaka, istiadat memacak tiang seri Panca Persada) dan Istiadat Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang mana di dalanmya ada satu upacara yang dipanggil Istiadat Menjunjung Duli. Dalam satu pertemuan dengan penulis, bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman pernah memberitahu hari ini adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam telahpun dipinda atau dilenyapkan dari pemakaiannya dan oleh itu yang ada sekarang boleh diamalkan tanpa keraguan. Istiadat Menjunjung Duli adalah salah satu upacara yang diwarisi turun-temurun di dalam institusi kesultanan Perak di mana seorang bakal raja bergelar dan bakal pembesar negeri menerima jawatan dan gelaran yang dianugerahkan kepada mereka oleh sultan dan pada masa yang sama mereka pula memberikan sembah taat setia kepada sultan. Sejarah negeri Perak telah melihat banyak individu terlibat dalam istiadat menjunjung duli sejak dari zaman dahulu lagi. Malah Sultan Nazrin Muizzudin Shah sendiri selepas dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Perak pada 16 Februari 1984 telah menyempurnakan istiadat menjunjung duli pada 30 Ogos 1986. Baginda pada masa itu, selaku Raja Kecil Perak, berada di tempat ketiga mengikut sistem hiraki sistem penggiliran Kesultanan Perak. Istiadat ini dikhaskan kepada penerima bakal-bakal sultan (iaitu Raja Muda dan Raja di Hilir), semua Raja Bergelar serta Orang Besar Negeri (Orang Besar Empat dan Orang Besar Lapan) dan Orang Besar Perak (Orang Besar Enam Belas, Toh Muda dan Orang Besar Tiga Puluh Dua). Dalam situasi seseorang itu naik pangkat ke gelaran yang lain, beliau mestilah melalui istiadat menjunjung duli yang baru. Istiadat penuh tradisi ini mempunyai tatacara tersendiri dan langkah-langkah yang harus diambil dan dilalui dengan penuh kesempurnaan di hadapan baginda sultan sendiri. Tatacara dan langkah ini pula berbeza di antara penerima samada untuk raja bergelar, Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang besar Enam Belas ataupun Orang Besar Tiga Puluh Dua. Perihal mengenai istiadat menjunjung duli ini ditulis secara terperinci oleh Haji Mohd. Zulkifli di dalam buku Gelaran Orang Melayu Perak yang mana kajian untuk buku beliau itu dibuat pada tahun 1966 tetapi bersumberkan Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak, 1935. Kami turunkan di bawah ini. “Pada masa yang telah ditetapkan, orang yang hendak digelar itu akan dijemput ke istana dan disuruh menunggu di tempat yang disediakan
63
8
VISUAL
71
73
75
77
79
81
83
85
87
Terima Kasih Sekalung Perhargaan diucapkan kepada
kepada insan-insan yang menyumbang dari segi perbincangan, memberi buah fikiran, peminjaman bahan-bahan dan pembacaan pruf buku ini. Toh Amar Seri Di Raja Dato’ Seri Ayop Hashim Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Seri Lela Paduka Prof Dr Khalid Ismail Orang Besar Jajahan Bagan Datuk Datuk Azizi Ahmad Termizi
MERDEKA PUBLICATIONS Suite 07-G-18 Elaeis 2, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Is t i a d at M e n j u n j u n g D u l i
“Istiadat Menjunjung Duli” ialah susam ipsamet aut voluptatur sitiae miligniet, si cone cone ne nobis volor mo dolor atio occae parchitatur. Genient quatur, comnihil mi, od mostrum quam qui dit volut utatempore quiscipsae rente ea adigend enimin cum fuga. Iliquas int omnis as modit volut sadsad.