Mohd Zin
Mohd Zin Tukang Kayu
Tukang Kayu
001
Mohd Zin Abd Aziz seorang pembuat replika rumah Melayu tradisional dan juga istana Melayu lama. Sentuhannya sangat berseni, unik, kreatif dan kemas. Ia memukau sesiapa sahaja yang memandang. Hanya dengan melihat gambar-gambar contoh di internet, Zin mampu menjelamakan sebuah rumah Melayu lama yang semakin dilupakan. Betapa istimewanya insan ini. Dengan memiliki buku ini, anda akan tahu perjalanan Zin dan perkongsian cara untuk membuat sebuah rumah replika.
003
005
Kenali Siapakah Mohd Zain?
Mendengar suara di telefon, boleh dibayangkan orangnya sangat sopan santun. Tutur katanya satu persatu dan sangat jelas. Sabar menanti saya yang tersesat
jalan. Tersenyum menyambut kedatangan saya yang sedikit lewat tiba daripada masa yang dijanjikan.
Kali pertama melihat, saya masih mencuba mengenali Mohd Zin Abd Aziz.
Tetapi ketika menjengah ke tempat beliau meluahkan hasil seninya, figura seorang anak seri terserlah. Betapa, jika bakat dan keseniannya tidak diwarisi, tersangatlah rugi.
Mohd Zin Abd Aziz dilahirkan pada tahun 1959 di Hospital Peringgit Melaka
Tengah. Sepanjang hidup beliau, beliau menghabiskan masa dengan bertukang membina pelbagai bentuk rumah. Kehidupan sebagai pembuat rumah membawa beliau ke merata negeri.
009
011
Pengalaman dan kehidupannya sebagai
pembuat rumah, memberi
beliau ilham untuk membina
rumah dalam bentuk replika.
Beliau ingin menampilkan
sesuatu kelainan dalam
dunia seni pertukangan
Melayu. Idea ini sudah
tercetus sejak 30 tahun lalu.
Cuma, idea ini tidak
dapat dizahirkan kerana
kekurangan ilmu untuk
membuat dan kekurangan
bahan. Sehinggalah tahun
2012, Mohd Zin memulakan
langkah membina sebuah
rumah replika. Rumah
pertama yang dibina
ialah sebuah rumah
tradisional Melayu.
013
015
Agak sukar untuk bermula kerana kesukaran mendapatkan bahan dan perlukan masa yang lama untuk menyiapkan bahan-bahan untuk
membina sebuah rumah replika. Satu persatu papan dipotong dan paling rumit ia perlu dihasilkan dalam saiz yang kecil.
Rumah pertama yang dibina mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.
Walau bagaimanapun rumah pertama yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, tidak mengambil masa yang lama untuk dibeli. Sekali bercerita, sudah ada yang berminat untuk memilikinya.
017
Pembeli pertama yang
membeli rumah replika
Mohd Zin adalah orang
yang beliau temui semasa
mencari bahan untuk
membuat rumah. Dan
rumah ini telah dijual
dengan harga RM350.
Peluang dan pertemuan ini
membuka satu lembaran
baru kepada Mohd Zin.
Beliau terus bersemangat untuk bermula.
019
021
Hatinya tekad untuk
meneruskan dan mencurahkan segala ilmu
pertukangan yang dimiliki
sepanjang beliau menjadi
tukang rumah, juga tekad
untuk berkongsi kehalusan
seni bina sebuah rumah
Melayu. Bukan perjalanan yang mudah, tetapi beliau
mempunyai minat yang
sangat tinggi.
Tidak mudah putus asa
dan sentiasa berfikir di luar
kotak, membantu Mohd
Zin menemukan bahanbahan untuk membuat
rumah replika. Segalanya
semakin mudah. Peluang
ini membantu beliau untuk
membina lebih banyak
rumah tradisional Melayu.
023
025
Permintaan terhadap rumah
replika tradisional Melayu
sangat tinggi. Betapa ini
membuktikan masyarakat
kita sangat menyanjung
tinggi warisan seni bina
rumah Melayu. Bak kata
pepatah, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Tahun 2017, Mohd Zin
mula mengubah cara.
Replika rumah yang
dibina hanya disimpan.
Tidak dijual. Banyak yang
disimpan, sehingga 2018, beliau ditemukan dengan
Foo Loke Kee seorang
penggiat miniatur dan diaroma Malaysia.
027
Pertemuan ini bukan biasabiasa tetapi sangat luar biasa. Atas permintaan
Foo, kali ini hasil seni
Mohd Zin bukan terbatas
kepada rumah tradisional
Melayu, tetapi kali ini, beliau perlu mencabar diri untuk menghasilkan replika istana lama.
Dan replika istana
pertama yang dihasilkan
adalah Istana Kesultanan
Melayu Melaka. Istana ini dihasilkan dengan 86 tiang
dan 113 tingkap. Bermula
dengan Istana Kesultanan
Melayu Melaka, sehingga
kini Mohd Zin sudah
membina berates replikan
istana-istana Melayu lama.
029
Beliau menggunakan konsep tanggam
yang menyambung kepingan papanpapan kecil untuk dijadikan papan yang lebih lebar.kaedah penyambungan
yang kukuh. Tanggam mempunyai
nilai esterikan dan merupakan salah
satu seni bina warisan yang telah lama
ditinggalkan kepada generasi kini.
Melihat kepada beratus hasil seni yang
telah dihasilkan oleh Mohd Zin yang
kini menetap di Selangor, ia bukan sahaja kerana minat. Menghasilkan
rumah replika perlukan ketelitian, kehalusan, kesabaran, daya kreatif dan semangat untuk tidak mudah mengalah.
031
Kata Mohd Zin, beliau bersedia membimbing
sesiapa yang berminat untuk menjadi
pembuat rumah replika. Untuk memastikan
apa yang dipelajari berjaya mencapai
kepuasan diri, pesan beliau, jangan terkejut
jika ada banyak jari yang terluka dan dalam
masa proses belajar, ada banyak barang yang akan terbuang begitu sahaja.
033
Kandungan
037 0xx 0xx 0xx xxx xxx Sejarah & Seni Bina Seni Diaroma Gaya & Teknik Pembinaan Alatan, Bahan & Cabaran Kesabaran Mengecat ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ 035
Sejarah & Seni Bina
037
Dummy Pic
Sejarah Awal
Rumah Tradisional Melayu merupakan
antara senibina terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara (Malay Archipelago). Ia telah melalui
proses transformasi sejak ribuan tahun yang lalu. Kesenian pertukangannya
disampaikan secara turun temurun dari generasi ke generasi.
Sehingga kini jejak rumah-rumah
tradisional ini masih dapat dilihat dan dikesan di seluruh nusantara samada
secara fizikal ataupun yang telah
menjadi sebahagian artifak sejarah yang didokumentasikan oleh pelbagai
organisasi kerajaan atau swasta dan badan-badan warisan.
Rumah
Sembilan, dibina sekitar tahun 1850. Rumah ini adalah rumah tertua yang pernah didokumentasikan oleh Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, UTM.
Datuk Baginda Tan Mas Mohar, Negeri
039
Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia
mewakili setiap pecahan etnik
Alam Melayu yang terdapat
di gugusan kepulauan ini.
Namun, sifat fizikal yang dibina
mengunakan bahan binaan
ringan dari sumber setempat
seperti kayu-kayan, buluh, rotan, mengkuang, daun nipah dan sebagainya tidak memungkinkan
rumah-rumah ini wujud sehingga
ribuan tahun lamanya.
Caption goes here. Dolorro moditis reprovide pre volore serum solupid ucillibus et est restior emporior sandam lit essi officipsa simi, samentius, inum et officid quia consendio offic tenis simetusam.
More PIx
PIx of Rumah Datuk
041
Baginda Tan Mas Mohar
More PIx of Rumah Datuk Baginda Tan Mas Mohar
More PIx of Rumah Datuk Baginda Tan Mas Mohar
Caption goes here. Dolorro moditis reprovide pre volore serum solupid ucillibus et est restior emporior sandam lit essi officipsa simi, samentius, inum et officid quia consendio offic tenis simetusam.
Caption goes here. Dolorro moditis reprovide pre volore serum solupid ucillibus et est restior emporior sandam lit essi officipsa simi, samentius, inum et officid quia consendio offic tenis simetusam.
043
More PIx of Rumah Datuk Baginda Tan Mas Mohar
Sehingga kini di Malaysia, rumah tertua yang pernah didokumentasikan oleh
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) ialah Rumah Datuk
Baginda Tan Mas Mohar yang terletak di Negeri Sembilan dan dibina sekitar tahun 1850.
Kesenian pertukangan rumah-rumah
tradisional ini adalah sangat tinggi iaitu merangkumi tiga (3) cabang kesenian iaitu; kesenian susunatur ruang, kesenian kaedah pembinaan dan kesenian adaptasi komponen binaan terhadap iklim setempat.
Caption goes here. Dolorro moditis reprovide pre volore serum solupid ucillibus et est restior emporior sandam lit essi officipsa simi, samentius, inum et officid quia consendio offic tenis simetusam.
045
Kesenian kaedah Pembinaan
Kesenian kaedah pembinaan tradisional pula berkisar bagaimana sesebuah
rumah tradisional itu didirikan dengan menggunakan sumber sedia ada
di kawasan sekeliling. Rumah-rumah ini juga mempraktikkan kaedah
pembinaan lama yang tidak menggunakan paku melainkan pasak dan tanggam bagi menguatkan dan mengukuhkan binaan tersebut.
Sketch that shows pasak dan tanggam
Secara asasnya rumah melayu didirikan dengan menaikkan struktur tiang utama yang dipanggil ‘tiang seri’ terlebih dahulu. Ini diikuti dengan pemasangan ‘rasuk panjang’ dan ‘rasuk pendek’ bagi mengikat kedudukan ‘tiang seri’ kepada tiang-tiang sokongan yang lain.
047
Sketch that shows tiang seri, rasuk panjang, rasuk pendek
Kasau Betina
Sketches that show all these
Peringkat ketiga ialah, perletakkan lantai sementara bagi kegunaan kerja-kerja pemasangan ‘alang panjang’ dan ‘alang pendek’ sebelum diikuti dengan ‘tunjuk langit’, ‘alang muda’ dan ‘tulang bumbung’. Peringkat keempat ialah pemasangan komponen bumbung dengan perletakkan ‘kasau jantan’ dan ‘kasau betina’ disusuli dengan pemasangan ‘atap’ dan ‘tebar layar’.
049
one good pic of facade that shows the jendela,
Akhir sekali, kayu lantai dipasang diikuti dengan kayu dinding, tingkap, jendela, pintu serta komponen perhiasan fasad yang lain.
pintu
051
Boleh disimpulkan di sini, kaedah pemasangan rumah
tradisional Melayu adalah
pelopor terawal kepada
konsep ‘Sistem Binaan Berindustri’ (Industrialised
Building System – IBS) di dunia. Ianya lebih mapan
dan lestari berbanding
binaan moden yang lain
kerana mampu mengatasi
masalah banjir besar yang
sering melanda rantau ini
pada musim tengkujuh.
Just one
one nice pic of Rumah Datuk
053
Baginda Tan Mas Mohar
pic To purchase from bernama or nstp
Selain itu rumah tradisonal ini juga boleh dibongkar, dipasang semuladan dipindahkan samada secara ‘buka dan pasang’ atau diangkat keseluruhannya secara bergotong-royong ke lokasi yang baru. Inilah antara kelebihan kaedah pembinaan tradisional yang menggunakan bahan binaan ringan.
055
Seni Diaroma
057
Diorama. Istilah yang
jarang sekali kita
dengar apatah lagi
menggunakannya. Tetapi
istilah ini sangat biasa bagi
penggiat-penggiat seni bina
yang ingin menggambarkan
kembali sejarah beratus
tahun dahulu, nostalgia
sesuatu tempat, keadaan
atau peristiswa.
Adanya diorama ini, golongan kini yang tidak
mampu membayangkan
sejarah dahulu mampu
melihat seolah-olah ianya di depan mata.
Keunikan seni bina
masyarakat Melayu dan kehidupan masyarakat
ketika itu, diterjemahkan
dengan penuh ketelitian, kehalusan dan penuh indah. Inilah yang dilakukan oleh
Mohd Zin.
059
Istana Kesultanan Melayu Melaka
Beliau berjaya menghasilkan
diorama istana-istana
Melayu lama dan rumahrumah tradisional dengan
menggunakan segala
kemahiran beliau dalam
seni pertukangan rumah tradisional.
Usaha Mohd Zin
membantu generasi kini mengenali kegemilangan
Istana Kesultanan Melayu
Melaka, Istana Lemuni, Istana Tanjung Sabtu, ,
Istana Jahar dan Istana Puteri Bongsu.
Juga Istana Abu Bakar, Istana Bukit Serene, Istana
Alam Shah, Istana Besar
Seri Menanti, Istana
Iskandariah Kuala Kangsar, Rumah Panjang Sarawak,
Rumah Kelahiran Tun
Mahathir dan banyak lagi.
Pic of ANY Diorama or Istana Lemuni, or Istana or Istana Abu Bakar, or Istana Bukit or Istana Iskandariah Kuala Kangsar,
Istana Lemuni
Diorama of Istana Kesultanan Melayu Melaka, or Istana Tanjung Sabtu, or Istana Jahar or Istana Puteri Bongsu, Bukit Serene, or Istana Alam Shah, or Istana Besar Seri Menanti, Kangsar, or Rumah Panjang Sarawak, or Rumah Kelahiran Tun Mahathir.
061
Setiap hasil kerja seni
Mohd Zin dirakam
dengan penuh kesabaran
dan ketekunan. Banyak
masa diperlukan. Dan
hasil seni diorama istana
Melayu lama dan rumah-
rumah tradisional ini lebih
difahami dan sangat jelas, apabila ia dilengkapkan
lagi dengan kewujudan miniature atau patung kecil.
Patung kecil dibentuk
lengkap dengan kostum
mengikut aktiviti budaya
atau peristiwa ketika itu.
Ia memberi kesan kejadian
sebenar. Inilah keunikan
persembahan diorama
Mohd Zin.
Pic of ANY Diorama or Istana Lemuni, or Istana or Istana Abu Bakar, or Istana Bukit or Istana Iskandariah Kuala Kangsar,
Istana Tanjung Sabtu
Diorama of Istana Kesultanan Melayu Melaka, or Istana Tanjung Sabtu, or Istana Jahar or Istana Puteri Bongsu, Bukit Serene, or Istana Alam Shah, or Istana Besar Seri Menanti, Kangsar, or Rumah Panjang Sarawak, or Rumah Kelahiran Tun Mahathir.
063
Sejarah Diorama
Perkataan “diorama”
berasal dari Perancis yang
mula disebut pada tahun
1823. Perkataan diorama
bermaksud “melalui
pandangan”. Diorama
pertama dicipta oleh
Daguerre dan Charles Marie Bouton.
Ia pertama kali dipamerkan di London pada 29
September 1823. Grigore
Antipa adalah orang
pertama yang memodenkan
diorama dengan
menekankan aspek tiga dimensi.
Pada tahun 1907, muzium di Romania adalah yang
pertama yang menggunakan
diorama dalam suasana muzium.
Diorama oleh Pengarah Kreatif World Culture Organisation Helen Chua menceritakan suasana penduduk kampung Melayu di Malaysia sewaktu dahulu yang berkumpul menonton wayang kulit.
065
Diorama Moden
Diorama moden biasanya lebih kecil, dan ia menggunakan model skala dan landskap untuk mewujudkan adegan sejarah atau fiksyen. Orang yang
pertama memperkenalkan diorama ini ialah Sheperd Paine.
Sheperd Paine adalah seorang ahli sejarah terutama dalam sejarah
ketenteraan dan beliau adalah seorang pengumpul model militari yang terkenal. Beliau seorang pembina model dan juga master diorama yang mula memperkenalkan diorama moden pada tahun 1970 kepada penggemar diorama.
Lebih daripada tiga dekad beliau menghabiskan masanya sebagai
seorang pembina model, pengukir, dan pelukis. Sheperd Paine juga adalah juara membina diorama. Beliau telah
mengeluarkan beberapa buku dan video berkaitan teknik membina diorama.
Diorama oleh Pengarah Kreatif World Culture Organisation Helen Chua menceritakan suasana Unte prem ipsus dolestio. Et parunt laut everae cum simus, qui tem quam aliqui sa dolenitatur maio quostrum vendae.
067
Diorama oleh Pengarah Kreatif World Culture Organisation Helen Chua menceritakan suasana Unte prem ipsus dolestio. Et parunt laut everae cum simus, qui tem quam aliqui sa dolenitatur maio quostrum vendae.
069
Diorama Di Muzium
Diorama di muzium
selalunya bersaiz besar dan ia digunakan untuk
menerangkan sejarah
sesuatu peristiwa dan sebagainya. Gambargambar muzium diorama
memberi penerangan kepada pelawat tentang habitat dan cara kehidupan haiwan tertentu.
Diorama oleh Pengarah Kreatif World Culture Organisation Helen Chua menceritakan suasana Unte prem ipsus dolestio. Et parunt laut everae cum simus, qui tem quam aliqui sa dolenitatur maio quostrum vendae.
071
Ciri-ciri Diorama
Ciri-ciri diorama ini adalah terdiri dari dua dimensi dan arga figura tiga dimensi. Objek tiga dimensi ini diperluaskan bagi kegunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat.
Semuanya mempunyai tujuan yang jelas iaitu bagi memperlihatkan semua
unsur naratif melalui penampilan 2D dan 3D dalam konteks diorama. Ciri-ciri utama kepada semua seni rupa 3D ialah
hasilnya dapat dilihat dari berbagai arah.
Diorama semua arah boleh dilihat iaitu
dari sisi tepi, depan dan ada juga boleh dilihat dari arah atas. Ciri-ciri lain ialah ianya juga mempunyai volume. Volume ini bermaksud, ianya mempunyai isipadu dan mempunyai ruang. Ianya juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi.
Pengarah Kreatif World Culture Organisation Helen Chua menunjukkan hasil karya beliau this is a dummy caption ipsus dolestio. Et laut everae cum simus, qui tem quam aliqui sa dolenitatur maio quostrum vendae.
073
Sebuah diorama mestilah menepati tema dan tajuk. Tema dan tajuk ini amat sesuai bagi diorama yang digunakan untuk tujuan pengajaran. Selain itu, bahan binaan yang digunakan perlulah sesuai dengan tujuan hasilan.
Bahan binaan ini mestilah sedondong dan saling melengkapi serta mudah diaplikasikan. Bahan dan segalanya mestilah kuat, kukuh dan selamat. Ianya juga perlu difikirkan untuk jangka hayat yang lebih lama supaya hasil karya lebih lama boleh dilihat.
Bahan juga boleh dipelbagaikan dengan cara adunan dan pemasangan yang baik kerana ianya boleh memberi satu gubahan yang artistik.
Ciri yang seterusnya ialah, penghasilan karya perlulah diterapkan dengan mengaplikasikan prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.
Diorama oleh Pengarah Kreatif World Culture Organisation Helen Chua menceritakan suasana Melaka prem ipsus dolestio. Et parunt laut everae cum simus, qui tem quam aliqui sa dolenitatur maio quostrum vendae.
075
Gaya & Teknik Pembinaan
077
Permulaan Asas Empat Tiang
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari ilmu membina sebuah rumah replika, ianya bermula dengan asas empat tiang. Empat tiang ini terus bersambung menggunakan teknik tanggam.
SKETCH that shows the empat tiang 079
A sketch or a nice pic of tanggam
Caption goes here. Faces que dessimi ncipiendus, aciatiunt, officilia comnit apidem elessinctur, volorio. Nequisquodi dadc ditatento volorumquae nestist ioresequos moditatas.
Tanggam
Tanggam ialah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu rumah siap dibina.
Tanggam difahamkan sebagai bahagian yang bertakuk-takuk supaya dapat bersambung dengan satu bahagian lain secara rapat dan teguh. Sistem tanggam direka bentuk adalah untuk mengukuhkan dan menguatkan keseluruhan bahagian kerangka bangunan yang dibina.
Tanggam mempunyai nilai estetika dan kaedah penyambungan yang kukuh serta sering digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, tanggam juga merupakan seni bina warisan yang telah ditinggalkan kepada generasi kini untuk digunakan dengan sebaiknya.
Kaedah tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang Melayu terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Dalam seni bina warisan
Melayu, kaedah tanggam menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu ikatan kerangka yang kukuh.
Sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya bolehdipasang semula.
Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak dikunci dan mudah dipisahkan. Ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit.
Proses pembinaan tanggam bolehdilakukan ndengan menggunakan peralatan tangan dan mesin. Tanggam digunakan dengan meluas dalam pertukangan kayu dan perbuatan perabot.
081
A sketch or a nice pic of tanggam
Sejarah Tanggam
Di peringkat awal, pembinaan rumah melayu tradisional hanya dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Begitu juga penggunaan paku kayu yang dikenali juga dengan pemeting untuk menguatkan persediaan rangka rumah. Contoh, pembinaan rumah Seri Menanti di Negeri Sembilan yang tidak menggunakan paku dan hanya menggunakan tanggam semata-mata pada setiap penyambungan.
Tujuan Tanggam :
• Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.
• Dapat menyambung struktur kayu.
• Menambah kekukuhan binaan.
• Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan.
• Dapat menjimatkan kos dan bahan.
Caption goes here. Faces que dessimi ncipiendus, aciatiunt, officilia comnit apidem elessinctur, volorio. Nequisquodi ditatento volorumquae nestist ioresequos moditatas.
083
Sketch of Tanggam Lekap Siku / Berpenjuru
Sketch of Tanggam Lekap
Penjuru Rencong
Dalam pembinaan replika hasil seni Mohd Zin, antara jenis tanggam digunakan ialah :
• Tanggam Lekap
Sketch of Tanggam Lekap T
• Tanggam Puting
• Tanggam Pasak
Tanggam Lekap
Tanggam ini dibuat dengan menoreh kedua-dua bahagian kepingan kayu yang akan dilekapkan.
Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
Sketch of Tanggam Lekap Bajang T
Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :
• Tanggam Lekap Siku / Berpenjuru
• Tanggam Lekap Penjuru Rencong
• Tanggam Lekap T
• Tanggam Lekap Bajang T
• Tanggam Lekap Palang
Sketch of Tanggam Lekap Palang
085
Sketch of Tanggam Puting
Tanggam Puting
Unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan).
Tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang.
Mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu. Tiga bentuk tanggam lubang dan putting.
087
Sketch of Tanggam Pasak
Tanggam Pasak
Teknik pasak dan tanggam juga membolehkan struktur rumah lebih kuat dan lasak dengan fungsi keanjalannya, selain itu teknik ini memudahkan sekiranya rumah ingin dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Teknik pasak adalah simbolik kepada kerja pertukangan kayu yang memperlihatkan teknik binaan tanpa menggunakan paku untuk mencantumkan kayu bagi menghasilkan produk lebih unik.
Teknik pasak ini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi kerana cantuman kayu bagi menghasilkan sebuah binaan tanpa menggunakan paku mesti kukuh dan tahan lama.
Sekiranya ukuran tidak selari, binaan mungkin roboh dan tidak tahan lama.
Antara produk yang popular menggunakan teknik pasak dan sering mengikat hati pelanggan termasuk wakaf bujang, wakaf serambi, pintu gerbang dan pagar kayu.
Selain itu, prinsip pasak yang diaplikasikan di dalam binaan menjadikan seni bina rumah Melayu tradisional bersifat mudah untuk ditambah atau dikurangkan keluasan ruang, di samping boleh dibuka dan dipindahkan ke kawasan lain.
089
Alatan, Bahan & Cabaran
091
Pic of Bahan Asas
Bahan asas dan alatan pertukangan yang digunakan dalam membina sebuah rumah atau istana replika.
Bahan asas :
• Lidi aiskrim
• Potongan kayu meranti bersaiz 6 kaki panjang
• Plywood
• Buluh
• Kertas minyak
• Cat aneka warna
093
Pic of Alatan Pertukangan
Alatan pertukangan :
• Pisau lipat
• Kikir besi
• Tukul dawai
• Pembaris keluli
• Kertas pasir
• Sesiku L
• Papan keras
• Pensel
• Pemadam
• Pengasah pensil
• Gergaji besi
• Pemacu skru
• Gam ‘Dunlop’
• Gam kayu ‘latex’
095
PIC 1 4 7 2 5 8 3 6 9
Cara Membina Sebuah Replika
Bermula dengan sebuah pondok rehat empat tiang yang bersaiz 6 kaki x 6 kaki.
Boleh menggunakan apa sahaja jenis kayu, tidak terhad kepada kayu meranti sahaja.
1. Siapkan kayu tiang empat batang. Panjang tiang sembilan kaki. (Dua kaki dari tanah ke lantai pondok dan tujuh kaki tinggi dari lantai ke kayu tutup tiang)
2. Pasangkan dua tiang dengan kayu pelantar dan kayu tutup tiang.
3. Kemudian cantumkan dengan kayu gelegar dan kayu tutup tiang.
4. Langkah seterusnya, tambah kayu gelegar untuk matikan papan lantai.
5. Untuk langkah ini, rangka pondok sudah hampir siap. Kukuhkan lagi pondok dengan pasang tiang kuda-kuda dan kayu kuda-kuda.
6. Pasangkan kayu gulung.
7. Seterusnya, pasangkan papan air, papan gendeng dan papan manis.
8. Langkah akhir, pasang atas.
9. Siap pondok empat tiang.
097
Pic of ANY REPLIKA YANG EN MOHD ZIN BANGGA
Cabaran
Rumah atau istana replika memang sangat unik, cantik dan setiap dari kita memang akan rasa kagum. Kekaguman kita bukan sahaja kepada hasil yang kita lihat tetapi juga kepada orang yang menghasilkannya.
Untuk menghasilkannya, ianya bukan sesuatu yang mudah. Kita perlukan bahan dan alatan yang sesuai dan praktikal. Cabaran ini yang dialami oleh Zin. Menjadi seorang tukang rumah berpuluh tahun tidak mampu membantu Zin untuk menghasilkan replika rumah dengan mudah. Tidak mudah.
Alatan bertukang rumah yang biasa digunakan tidak boleh digunakan untuk membuat replika rumah. Zin perlukan peralatan yang sesuai. Begitu juga dengan bahan. Kesukaran utama yang dialami ialah bahan-bahan untuk membuat replika rumah.
Zin perlu menjadi seorang yang kreatif. Dan berbekalkan semangat yang tidak berputus asa, Zin tetap berfikir cara bagaimana untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sebuah rumah replika.
Projek pertama Zin ialah sebuah rumah Melayu. Zin mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Zin mengambil masa hampir tiga bulan. Dan paling tidak disangka, setelah rumah siap, dia berjaya menjual rumah ini dengan mudah. Dan ini memberi semangat kepada Zin untuk terus mencipta rumah replika dan seterusnya istana replika.
099
Kesabaran Mengecat
101
Bazuki to reshoot
Jika dibandingkan mengecat rumah biasa, mengecat sebuah rumah replika yang kecil sangat memerlukan kesabaran yang berganda. Kata Zin, ianya agak sukar kerana saiznya kecil dan banyak item.
Hanya kesabaran, ketelitian, kemasan, dan perlu fokus. Juga ketika mengecat, kita juga perlu dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Barulah terhasil sebuah replika rumah yang warnanya kemas, cantik dan memikat hati yang melihat.
Pengalaman Zin, perkara utama dalam mengecat sebuah rumah replika ialah bancuhan campuran cat dan minyak perlu seimbang. Jika kurang minyak, rumah akan lambat kering sehingga memakan masa berhari-hari.
103
Bazuki to reshoot
Teknik Mengecat
• Setiap bahagian rumah seperti tingkat, dinding dan pintu akan dicat terlebih dahulu sebelum dicantum.
• Proses mengecat dilakukan sebanyak empat kali. Proses pertama dan kedua cat menyerap. Kemudian, gosok dan cat lagi.
• Untuk dapatkan warna yang cantik, semua cat dicampur sama ada campuran dengan cat berwarna putih atau kuning.
• Bancuh cat bersama minyak kerosene. Lebihkan minyak tiga kali ganda daripada cat.
• Campuran yang betul membantu rumah untuk kering dalam masa 20 minit sahaja.
105
107
‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’
Dalam masyarakat Melayu tradisional, seni bina istana merupakan simbol kedaulatan dan keagungan sesebuah kuasa. Istana telah dibina dengan serba lengkap sesuai dengan fungsinya sebagai pusat pentadbiran, pertahanan dan perkembangan ilmu pengetahuan.
Struktur reka bentuknya disesuaikan dengan keperluan pentadbiran dan majlis-majlis keraian. Tradis seni bina istana ini masih dikekalkan hingga kini walaupun terdapat sedikit perubahan dari segi fungsi dan bahan-bahan yang digunakan.
Rumah kayu atau rumah kampung pula, pada suatu masa dahulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tetapi dengan perubahan yang berlaku dari zaman ke zaman, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenali ciri bentuk rumah kayu tradisional. Lebih-lebih lagi cara unik rumah Melayu yang dibangunkan tanpa paku.
Dan sayangnya jika keunikan dan identiti orang Melayu terhapus atau hilang begitu sahaja. Berdasarkan minat dan disusuli dengan kesungguhan, Zin menjadi salah seorang pendiri replika rumah tradisional dan istana Melayu lama. Zin sayang jika identiti kita sebagai orang Melayu hilang begitu sahaja.
Berbekalkan pengalaman selama berpuluh-puluh tahun sebagai
tukang rumah, Zin telah menghasilkan hampir beratus rumah dan istana dalam saiz yang kecil. Teknik yang digunakan adalah teknik yang sama untuk menghasilkan rumah tradisional sebenar.
109
Melihat setiap hasil seni dan pembuatannya, perasaan pertama adalah kita akan merasa kagum. Kagum kerana kita dapat bayangkan untuk menghasilkan ianya bukan sesuatu yang mudah.
Kelihatan cantik dan unik tetapi untuk menyiapkannya memerlukan masa, ketelitian, fokus, kesabaran, kesungguhan dan tentu sahaja minat yang tinggi. Zin berjaya menjelmakannya satu persatu.
Zin berjaya menjadi salah seorang pejuang bangsa Melayu yang menjaga identiti kesenian rumah tradisional dan istana Melayu lama. Air tangan Zin mendapat perhatian ramai pihak, di peringkat negara dan antarabangsa. Dan semestinya di minati oleh hampir seluruh masyarakat di negara kita.
Walau sukar menghasilkan sebuah replika rumah atau istana, sehingga kini Zin masih mengekalkan setiap penghasilannya dilakukan secara manual. Tidak menggunakan sebarang mesin, kerana baginya hasilnya lebih asli dan unik.
Zin bersedia berkongsi ilmu, teknik dan kaedah pada sesiapa yang berminat untuk belajar menghasilkan sebuah replika. Beliau berhasrat agar segala ilmu dan kemahiran yang dimiliki tetap diteruskan sehingga tiada yang melupakan keunikan, keistimewaan dan kehalusan dan kesenian rumah tradisional kita.
111
Rujukan
• Seni Bina Malaysia : Warisan dalam Kepelbagaian
• majalahsains.com
• Perpustakaan Awam Jitra Kedah
113
THINKING E ES
DESIGNS BY ARCHITECT
Mohd Zin Tukang Kayu
Edisi Pertama September 2023
WCO Holdings Foo Loke Kee, Mohd Zin Abd Aziz
Thinking Eyes Bazuki Muhammad, Anizon Hussin
Bantuan Penerbitan Thinking Eyes Solution
64 Jalan Kekwa 1, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan creative@thinkingeyes.net, 012 330 3962
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan kandungan terbitan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak WCO Holdings dan Thinking Eyes.
DUMMY
115
Mohd Zin Abd Aziz seorang pembuat replika rumah Melayu tradisional dan juga istana Melayu lama. Sentuhannya sangat berseni, unik, kreatif dan kemas. Ia memukau sesiapa sahaja yang memandang. Hanya dengan melihat gambar-gambar contoh di internet, Zin mampu menjelamakan sebuah rumah Melayu lama yang semakin dilupakan. Betapa istimewanya insan ini. Dengan memiliki buku ini, anda akan tahu perjalanan Zin dan perkongsian cara untuk membuat sebuah rumah replika.
Mohd Zin Tukang Kayu