3 minute read
Selamatkan Harta Digital Anda - 5 Langkah Mudah untuk Mendapatkan Perkhidmatan Storan Awan
SELAMATKAN HARTA DIGITAL ANDA- 5 LANGKAH MUDAH UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN STORAN AWAN
Penghargaan harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang membangunkan perkhidmatan storan awan kerana kita tidak perlu lagi bersusah payah memasang dan mencabut pemacu USB untuk menyimpan fail. Ramai yang sudah tahu dan memahami asas teknologi pengkomputeran awan – penyimpanan dan pemprosesan data atas talian yang boleh diakses dan dikongsi di mana-mana sahaja.
Advertisement
Perkhidmatan storan awan memberikan akses yang lancar untuk aset digital penting anda seperti gambar, video, dokumen Word, PDF dan pelbagai lagi. Masalah akan timbul apabila perkhidmatan yang sering kita gunakan, seperti Google Drive kehabisan ruang simpanan. Syarikat perniagaan biasanya akan memilih untuk menggunakan khidmat storan awan berbayar kerana keperluan kepada simpanan yang besar adalah sangat penting. Namun tidak dinafikan untuk kegunaan peribadi, ramai orang lebih suka jika ia boleh dimiliki secara percuma. Jadi kepada individu yang mahukan ruang simpanan yang besar dan percuma, berikut adalah beberapa perkhidmatan storan awan alternatif yang boleh anda gunakan.
1. WPS OFFICE FREE CLOUD STORAGE Set perisian Office suite percuma ini merupakan klon kepada Microsoft Office yang mengagumkan. Jika anda mahukan storan awan hanya untuk menyimpan dokumen teks, ini adalah pilihan yang mudah. Ciri perisiannya termasuk dengan sokongan storan awan sebanyak 1 GB. Ia tidaklah banyak tetapi cukup baik untuk menyimpan dokumen teks dan PDF anda. Ia juga mudah digunakan. Hanya perlu klik “Save As” di WPS Office seperti biasa dan dokumen anda akan disimpan di dalam “server”nya.
3. MEDIAFIRE Perkhidmatan simpanan atas talian MediaFire menyediakan ruang storan awan sebanyak 50 GB secara percuma jika tidak melebihi hadnya. Sebaik sahaja anda mendaftar untuk mendapatkan akaun percuma, anda akan diberikan ruang simpanan awalan 10 GB dan anda akan dapat lebih ruang simpanan percuma dengan mengajak rakan-rakan atau mengirim pautan MediaFire di media sosial. Aplikasi mudah alih MediaFire boleh didapati pada Android, iOS dan Windows Phone. Bagi pautan yang dikongsi, penerima kongsian pautan MediaFire tidak perlu untuk mencipta akaun MediaFire untuk melihat atau memuat turun fail kerana penerima dibenarkan untuk mengakses ke pautan muat turun.
4. GOOGLE PHOTOS Anda boleh mendapatkan aplikasi ini melalui Android dan iOS. Bagi iOS, ia juga menyokong fungsi Live Photos. Cuma satu sahaja kekurangan perkhidmatan simpanan gambar dan video tanpa had ini ialah gambar mestilah kurang daripada 16 megapiksel dan ia akan merendahkan kualiti video yang melebihi 1080p untuk membolehkan anda mendapatkan ruang simpanan percuma. Bahagian yang menarik ialah jika anda mempunyai banyak video untuk dimuat naik ke saluran YouTube, anda boleh terus memuat naik video-video tersebut melalui Google Photos. Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri yang membolehkan anda memadam fail-fail yang lama di bawah pilihan “Free Up Space” untuk memiliki lebih banyak ruang simpanan.
5. pCLOUD pCloud menawarkan storan awan percuma sehingga 20 GB. Anda akan mendapat ruang simpanan 10 GB percuma apabila anda mendaftar untuk mendapatkan akaun. Manakala untuk mendapat lebih ruang simpanan, anda perlu lakukan beberapa perkara seperti menghantar “jemputan” kepada rakan-rakan atau dengan cara “like” laman Facebook pCloud. Anda boleh kongsi folder dan fail dengan sesiapa sahaja dan menyalin gambar-gambar media sosial ke akaun pCloud yang pastinya berguna dalam situasi tertentu. Ia boleh didapati dalam bentuk aplikasi mudah alih, laman web, dan aplikasi desktop. Paling menarik, ia tidak mempunyai had saiz fail dan menyokong fail di luar talian.