1 minute read

Aplikasi Media Sosial Yang Pelik Tetapi Menarik untuk Dicuba

Aplikasi Binky adalah aplikasi media sosial yang tidak mempunyai ruang untuk bersosial. Namun ia berfungsi sama seperti media sosial yang lain di mana anda boleh luncurkan skrin untuk melihat “binks”, iaitu istilah bagi kiriman di Binky. Anda juga boleh “like”, komen, dan “re-bink” setiap paparan di Binky. Sama seperti Tinder, anda juga boleh luncurkan sentuhan skrin ke kiri untuk memberi isyarat tidak suka dan luncurkan skrin ke kanan untuk memberi isyarat setuju. Namun hakikatnya, apa sahaja yang anda lakukan di Binky tidak memberi apa-apa makna. Kesemua like atau komen akan hilang selepas anda klik atau memuat naiknya. Ia seakan aplikasi penyelamat yang boleh menyelamatkan anda daripada pandangan-pandangan mata yang janggal dan sekaligus mengelak anda daripada negativiti media sosial yang lain. Kiriman di Binky hanya mengandungi gambar-gambar rawak dengan kapsyen seperti “lembu” atau “kasut” dan apabila anda menekan butang “like”, animasi letupan bintang akan keluar. Kepada sesiapa yang berminat, Binky hanya boleh didapati di iOS namun akan diterbitkan dalam versi Android tidak lama lagi.

Advertisement

This article is from: