SHOUT Q4 2017 - BM

Page 6

MEDIA SOSIAL

A P L I K A S I M E D I A S O S I A L YA N G P E L I K TETAPI MENARIK UNTUK DICUBA Aplikasi Binky Aplikasi untuk orang yang anti-sosial Aplikasi Binky adalah aplikasi media sosial yang tidak mempunyai ruang untuk bersosial. Namun ia berfungsi sama seperti media sosial yang lain di mana anda boleh luncurkan skrin untuk melihat “binks”, iaitu istilah bagi kiriman di Binky. Anda juga boleh “like”, komen, dan “re-bink” setiap paparan di Binky. Sama seperti Tinder, anda juga boleh luncurkan sentuhan skrin ke kiri untuk memberi isyarat tidak suka dan luncurkan skrin ke kanan untuk memberi isyarat setuju. Namun hakikatnya, apa sahaja yang anda lakukan di Binky tidak memberi apa-apa makna. Kesemua like atau komen akan hilang selepas anda klik atau memuat naiknya. Ia seakan aplikasi penyelamat yang boleh menyelamatkan anda daripada pandangan-pandangan mata yang janggal dan sekaligus mengelak anda daripada negativiti media sosial yang lain. Kiriman di Binky hanya mengandungi gambar-gambar rawak dengan kapsyen seperti “lembu” atau “kasut” dan apabila anda menekan butang “like”, animasi letupan bintang akan keluar. Kepada sesiapa yang berminat, Binky hanya boleh didapati di iOS namun akan diterbitkan dalam versi Android tidak lama lagi. Minutiae “Instagram” untuk kehidupan seharian Berbeza dengan Instagram, ia tidak memfokuskan pada “peristiwa” tetapi lebih kepada detik-detik dalam hidup. Aplikasi ini akan memberi anda notifikasi pada waktu rawak dalam sehari untuk anda mengambil gambar momen hidup anda pada waktu itu dalam masa lima saat sahaja. Jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk dipamerkan, ia akan mengambil gambar secara automatik. Selepas anda mengambil setiap gambar, anda boleh lihat secara ringkas gambar-gambar koleksi daripada orang lain dalam masa seminit. Identiti pemilik gambar akan kekal tersembunyi dan anda boleh mengenali individu tersebut hanya melalui lokasinya. Media sosial ini tidak ada ruang profil, like, mahupun komen, tetapi ia tetap ada sisi sosialnya yang tersendiri. Selepas 1,440 hari, iaitu selepas anda berjaya mencukupkan 24 jam hidup anda mengikut saat, anda boleh muat turun seluruh koleksi anda. Ia hampir sama dengan Facebook yang mengembalikan memori peristiwa dalam hidup, cuma Minutiae merupakan kumpulan cerita hidup yang lebih jujur tanpa filter, edit, like, dan kepura-puraan. Pencipta aplikasi ini, iaitu seorang jurugambar dan seorang artis yang juga pembikin filem menggambarkan aplikasi ini sebagai “potret diri automatik”. Kehidupan sebenar. Tidak diawasi. Tidak ditapis. Tiada pengikut. Jika anda berminat, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan aplikasi ini. Aplikasi ini berharga $15 kerana mereka tidak membuat untung melalui data mahupun gambar yang di muat naik. Buat masa ini, ia hanya boleh didapati di Apple App Store. HearMeOut Aplikasi suara buat Twitter Sekiranya anda suka menyanyi, rap, menjadi pembaca berita di bilik tidur, atau ingin meluahkan apa sahaja dan anda mahu satu dunia mendengarnya, inilah aplikasi yang perlu anda miliki. Aplikasi ini membenarkan anda untuk memuat naik rakaman video berdurasi 42 saat dan kongsikannya ke media sosial anda yang lain. Anda juga boleh membuat carian topik yang sedang hangat di HearMeOut, contohnya politik, kata-kata hikmah, cara sebutan atau mungkin sekadar muzik. Aplikasi ini juga mempunyai filter untuk suara supaya anda boleh berseronok mengubah-ubah suara anda. Aplikasi media sosial ini masih agak baharu tetapi telah menarik perhatian ramai dengan pantas sehingga mencapai lebih ratusan ribu muat turun dan mencapai taraf 4.2 bintang. Aplikasi ini anda boleh dapatkan secara percuma di App Store dan Play Store.

6

SUKU KEEMPAT 201 7


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.