SHOUT Q4 2017 - BM

Page 1

NASKHAH PERCUMA

Baca saya online: www.consumerinfo.my

consumer.forum.malaysia

cfm_malaysia

BULETIN SUKU TAHUNAN

ISU BULETIN – PANGGILAN PALSU

MOBILITI – ADUAN TERTINGGI 2017

Ketahui cara mengesan sindiket penipuan dan elak daripada menjadi mangsa

Ketahui isu-isu berkaitan telco yang sering dihadapi pengguna Malaysia serta cara untuk menyelesaikannya

SHOUT!

TERBITAN FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

INTERAKSI BERSAMA...

RHYS WILLIAM

Pemuda Inggeris fasih berbahasa Melayu dan berkongsi kembaranya di bumi Malaysia

MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARIPADA CFM Muat naik gambar artikel kegemaran anda dalam isu ini di Facebook/Instagram berserta hashtag

#cfmshout2017 KDN PP 17752/11/2013 (033132)

Q 4 2 0 1 7


PENGENAL AN 3 PERKARA UNTUK DIPEL AJARI DAL AM EDISI KALI INI

A P L I K A S I B U AT S I P E N G E M B A R A YA N G CELIK TEKNOLOGI Jadikan perjalanan anda mudah dengan aplikasi kembara pilihan kami

NOTA EDITOR Walaupun kita fikir kita sudah mengambil langkah waspada, tetapi masih ramai di antara kita yang terdedah kepada panggilan yang mencurigakan. Sejak akhir-akhir ini, terdapat ramai mangsa penipuan panggilan palsu dilaporkan dan menjadi tajuk berita utama di negara kita. Sindiket penipuan lebih licik daripada apa yang anda fikirkan. Anda perlu melindungi wang dan maklumat sulit anda. Isu Buletin untuk edisi SHOUT! kali ini akan berkongsi beberapa tips berguna dan panduan buat anda untuk mengelak daripada menjadi mangsa seterusnya kepada pencuri moden ini. Sementara itu, apakah masalah isi rumah yang paling menjengkelkan anda? Paip bocor? Bunyi pintu berkeriut? Atau saliran yang tersumbat? Tetapi salah satu masalah paling mengecewakan pasti tentang masalah sambungan Wi-Fi yang perlahan. Anda boleh menyelesaikan masalah itu dengan mencuba peranti yang kami cadangkan untuk membantu menambah baik sambungan di rumah anda. Selak ke bahagian Top Gear untuk melihat beberapa peranti berguna selain mempunyai reka bentuk yang anggun. Dalam edisi kali ini juga, kami mendedahkan aduan tertinggi yang dilaporkan pengguna pada tahun 2017. Anda mungkin menghadapi masalah yang sama, jadi pastikan anda tidak terlepas membaca bahagian Mobiliti yang juga memberikan anda tips untuk pengalaman langganan yang lebih baik. Kami juga mempunyai personaliti yang sangat istimewa di bahagian Interaksi. Rhys William, pemuda Inggeris yang dikenali ramai telah jatuh cinta dengan tempat-tempat indah di Malaysia dan gemarkan hidangan tempatan kita. Beliau seorang pengembara sejati dan jom baca perkongsiannya mengapa Rhys memilih Malaysia sebagai rumah tetapnya. Selamat membaca isu-isu yang kami kongsikan dan terus jadi pengguna yang bijak!

Megat Ishak Ma’amunor Rashid Editor

1 2

A PA YA N G A N D A P E R L U B U AT D E N G A N T E L E F O N P I N TA R L AMA ANDA? Jangan buang! Lihat cara-cara terbaik untuk menggunakannya semula MULA GUNAKAN P E R K H I D M ATA N S T O R A N AWA N

3

Ingin jimatkan ruang simpanan telefon anda? Jom tengok pilihan storan awan yang tersedia!

SUKU KEEMPAT 201 7

DIGIT

SHOU T ! diterbitkan setiap suku tahun oleh: Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia, Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor T: 03-8320 9033 F: 03-8320 9083 W: www.consumerinfo.my DIC E TA K OL E H Ultimate Print Sdn. Bhd Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

3

Cuci mata di Instagram dengan senarai akaun Instagram pengembara pilihan SHOUT!.

4

PA U TA N Berita dan aktiviti CFM bersama pengguna.

MEDIA SOSIAL

6

Aplikasi media sosial yang pelik tetapi menyeronokkan untuk anda teroka.

7

TOP GEAR Rumah tanpa Wi-Fi berkelajuan tinggi? Lihat beberapa peranti yang boleh menambah baik kelajuan Wi-Fi anda.

INTERAKSI

8

RHYS WILLIAM

Pengembara dan pengkritik makanan yang telah menemui tempat tinggal dalam perjalanannya ke Malaysia.

ISU BULETIN

10

PA N G G I L A N PA L S U

Berhati-hati dengan sindiket penipuan dan tahu bagaimana untuk menangani mereka.

ZON APP

12

APLIKASI KEMBARA PILIHAN

Jadikan perjalanan anda mudah dan semak aplikasi berguna yang kami cadangkan.

D I G I TA L

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

2

KANDUNGAN

13

GUNAKAN SEMULA TELEFON P I N TA R A N D A

Telefon anda tidak perlu ke muzium! Ketahui cara untuk menggunakannya semula dengan tips yang kami kongsikan.

MOBILITI

14

ADUAN TERTINGGI 2017

Tidak puas hati dengan isu bil dan caj? Baca tips kami agar anda lebih tenang.

TUTORIAL S T O R A N AWA N

Pilihan aplikasi storan awan yang anda pasti suka!

15


DIGIT

10 AKAUN INSTAGRAM TERBAIK BERKAITAN KEMBARA Laman Instagram anda akan lebih indah jika anda mengikuti akaun Instagram individu-individu ini yang telah mengisi kehidupan mereka dengan pengembaraan yang sungguh memukau, sekaligus dapat memberikan anda inspirasi untuk merancang perjalanan kembara seterusnya. Ada di antara mereka yang memberikan anda gambaran tentang sebuah pengembaraan yang hebat melalui kaca mata seorang musafir, dan ada dalam kalangan mereka yang akan membuatkan anda teruja untuk menjadi sebahagian daripada kepelbagaian budaya di serata dunia‌

1

@Z A H A R I Z

Zahariz adalah seorang rakyat Malaysia yang telah menghabiskan banyak waktunya dengan mengembara di jalanan, dan laman Instagram beliau sememangnya penuh dengan gambar-gambar yang cantik, sehebat pengembaraannya. Gambar-gambar yang dipaparkan banyak bermain dengan teknik pencahayaan luar biasa dan semestinya akan memberi perspektif yang berbeza tentang alam dan manusia kepada pengikutnya.

3

Hannah Felice juga seorang rakyat Malaysia yang mengembara sepenuh masa dan telah mengembara di seluruh tempat yang cantik di sekitar Amerika Syarikat bersama suaminya. Laman Instagram beliau memaparkan pengembaraan yang sangat hebat berserta cerita-cerita yang menarik.

4

2

@N O I T P I P P O

Jika anda suka pergi ke pantai dan gemarkan pengembaraan di tempattempat berair, laman Instagram jejaka ini pastinya akan membuatkan anda rindu untuk bermain laut dan pasir. Hampir kesemua gambar beliau memaparkan keindahan lautan. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang juga telah memenangi pertandingan foto anjuran National Geographic, jadi beliau bukanlah jurugambar alam yang biasa-biasa.

@H A N N A H O N E A R T H

@E X P E R T VA G A B O N D

Matthew Karsten boleh dikatakan pengembara yang telah menempuhi perjalanan yang paling mencabar berbanding yang lain. Beliau telah mengamati kehidupan nomad secara sepenuhnya, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Sebagai seorang jurugambar yang mengembara, beliau telah mengambil banyak gambar yang hebat dan blog kembaranya juga sangat memberi inspirasi.

@I S M A E L _M A

Ismael Ma pernah tinggal di Hawaii dan Mesir sebelum kembali ke Malaysia. Sebagai seorang jurugambar, dia pastinya tahu untuk menangkap sisi indah bagi setiap tempat yang beliau kunjungi di dalam dan luar negara.

5

6

@L AU R E N E P B AT H

Lauren Bath merupakan seorang tukang masak sebelum menjadi warga Australia pertama yang mengendalikan Instagram secara profesional. Hasil mempelajari sendiri bidang fotografi melalui Instagram, beliau berjaya menghasilkan gambargambar yang berwarna terang dan memukau. Dia suka memberi inspirasi kepada orang lain untuk keluar dan mengembara. Jadi bagi mereka yang sedang mencari idea kembara, beliau sememangnya berbaloi untuk anda ikuti.

7

@C H R I S B U R K A R D

Chris Burkard bukanlah seorang usahawan kreatif yang biasa. Beliau telah muncul di peringkat global dan memiliki akaun Instagram mencecah hampir 3 juta pengikut. Beliau telah pergi ke kawasan-kawasan yang jauh dan tidak terusik di seluruh dunia untuk berkongsi kecantikannya melalui gambar dan memberi inspirasi kepada semua orang untuk memeliharanya. Anda tidak akan percaya betapa cantiknya bumi yang kita diami ini melalui gambar-gambar yang diambil olehnya.

8

@WA N D E R R E D S

Alvaro Reds telah membuktikan bahawa seseorang masih boleh mengembara walaupun bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Dia akan pergi mengembara pada hari yang beliau tidak bekerja termasuk

pada hujung minggu. Dia telah mengembara ke lebih daripada 80 negara, mempamerkan tangkapan gambar yang mengagumkan dari seluruh dunia, dan berkongsi tip-tip mengembara yang berguna.

9

@T R I P H A C K R

Clint Johnston telah mengembara lebih sedekad dan banyak berkongsi tip-tip melancong yang berguna melalui perkongsian di blognya. Beliau seorang pengembara tegar yang ingin memaksimakan pengalamannya dengan perbelanjaan yang minima. Laman Instagram beliau turut diisi dengan tangkapan dron yang memukau dan pastinya akan membuatkan anda mengidamkan sebuah pengembaraan seumur hidup.

10

@S T E P H B E T R AV E L

Stephanie Be telah mengembara ke seluruh dunia dengan penuh gaya. Laman Instagram beliau adalah gabungan antara keseronokan, pengembaraan, dan kemewahan. Dia juga memiliki blog kembara beliau sendiri di mana dia berkongsi tip-tip melancong dan berkongsi cerita-cerita menarik. Beliau juga suka berhubung dan berkongsi kehidupannya dengan pengikut-pengikut media sosialnya.

SUKU KEEMPAT 201 7

3


PA U TA N

PROGRAM CFM BERSAMA PENGUNNA CFM MENEMUI PENONTON MEL ALUI PROGRAM NASI LEMAK KOPI O (NLKO) TV9 10 September 2017 | Sri Pentas, Petaling Jaya

Hujung minggu lebih berinformasi buat penontonpenonton TV9 apabila Ahli Majlis CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid berkongsi tip berguna mengenai isu perayauan antarabangsa dan turut menghebahkan kepada pengguna mengenai peranan penting CFM. Temu bual secara langsung yang bertempat di studio NLKO dari 8.15 pagi hingga 8.30 pagi itu umumnya mensasarkan golongan belia dan dewasa di seluruh Malaysia, terutamanya pengguna multimedia dan komunikasi.

BUAL BICARA INFORMASI & INTERAKTIF DI MARA 19 September 2017 | Kuala Lumpur

Sesi dua jam bersama 25 kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka ruang buat CFM untuk menyampaikan informasi komprehensif berkenaan peranan dan tanggungjawab CFM, termasuk hakhak pengguna komunikasi dan multimedia. “Pocket Talk” tersebut telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin, yang turut berkongsi tip-tip telekomunikasi berkaitan penjimatan data internet, langkah mencegah kejutan bil, dan juga alternatif bagi kandungan filem dan televisyen atas talian. Beliau turut mengambil inisiatif melibatkan para peserta di dalam program dengan mengadakan kuiz atas talian yang dikenali sebagai Quizziz untuk mengenalpasti sama ada mereka memahami dengan jelas tentang ilmu dan perkongsian yang telah diberikan.

SESI TEMU BUAL BERSAMA CFM DI IKIM FM 12 Oktober 2017 | Kuala Lumpur

Ahli Majlis CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid telah berkongsi kepada pendengar IKIM FM tentang peranan dan tanggungjawab CFM serta beberapa tip mengenai Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar yang baharu. Beliau turut memaklumkan kepada pendengar tentang aduan-aduan pengguna terhadap pendaftaran palsu perkhidmatan telekomunikasi dan juga lima aduan tertinggi yang diterima oleh CFM. Temu bual secara langsung itu telah ke udara untuk segmen “Warna Pagi” bersama DJ Sufian dan DJ Hadhari bermula 9.30 pagi hingga 10.00 pagi.

4

SUKU KEEMPAT 201 7

KUNJUNGAN CFM KE MYTV 4 Oktober 2017 | Cyberjaya CFM melangkah ke hadapan dalam aktiviti mendekati pengguna melalui kunjungan rasminya ke ibu pejabat MyTV. Kunjungan itu bertujuan untuk mengadakan sesi suai kenal dan mengukuhkan kerjasama antara CFM dan MyTV Broadcasting Sdn Bhd, terutamanya dalam usaha meningkatkan jangkauan pengguna dan pendidikan pengguna. Ahli-Ahli Majlis CFM (penggal 2015-2017), Pengarah CFM, dan sekretariat CFM dari pelbagai jabatan telah menyertai rombongan tersebut. Kunjungan itu disambut baik oleh wakil MyTV, Ir. Hj Ismail Haron (Naib Presiden Kanan, Khidmat Pelanggan, Penyiaran MYTV) dan Hamdan Mohamad (Naib Presiden, Pemasaran & Komunikasi MYTV).

PEMILIHAN AHLI-AHLI MAJLIS BAHARU DI MESYUARAT AGUNG T A H U N A N C F M 2017 5 Oktober 2017 | MCMC Cyberjaya

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) CFM 2017 telah menyaksikan Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff dari Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) terpilih sebagai Pengerusi CFM yang baharu selepas bekas pengerusi, Megat Ishak Maamunor Rashid mengakhiri penggalnya sekaligus mengalu-alukan Ahli-Ahli Majlis yang baharu. Barisan Ahli-Ahli Majlis yang baharu termasuk Timbalan Pengerusi, Azizan Mohd Afandi dari Altel, Dr Elistina Abu Bakar dari Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) sebagai Setiausaha, dan Bendahari baharu, Mahfuzah Azahari dari Maxis. AGM tersebut turut membincangkan agenda ke arah melindungi hak-hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia.

CFM KONGSI TIP BERGUNA KEPADA PENDENGAR MACC FM 9 Oktober 2017 | Putrajaya Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin membangkitkan isu kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab CFM di samping berkongsi lima aduan tertinggi yang diterima oleh CFM. Beliau turut berkongsi beberapa tip untuk mendapatkan servis perayauan antarabangsa terbaik. Temu bual secara langsung yang ke udara dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang itu memberi penjelasan kepada pendengar-pendengar MACC FM mengenai isu-isu dalam industri komunikasi dan multimedia.

CFM KONGSI GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PERKHIDMATAN PRABAYAR TERBAHARU DI MACC FM 17 Oktober 2017 | Putrajaya

Pendengar-pendengar MACC FM dapat mengetahui beberapa Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar Terbaharu dan turut dinasihatkan untuk berhati-hati dengan isu pendaftaran palsu. Dalam temu bual secara langsung tersebut, Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff turut memaklumkan kepada pendengar mengenai peranan CFM. Program itu ke udara dari 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

CFM BERSIARAN SECARA LANGSUNG DI SELAMAT PAGI MALAYSIA 25 Oktober 2017 | Angkasapuri, Kuala Lumpur

Timbalan Pengerusi CFM, Azizan Mohd Afandi ditemuramah oleh hos rancangan TV1 Selamat Pagi Malaysia berkaitan Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar Terbaharu dan juga isu pendaftaran palsu perkhidmatan telekomunikasi. Di dalam temu bual secara langsung itu, beliau turut berkongsi tentang peranan dan tanggungjawab CFM dalam industri komunikasi dan multimedia.


PA U TA N C F M D A N UiT M S H A H A L A M M E M P R O M O S I K A N P R O G R A M M COC D I S E L A M AT PA G I M A L AY S I A 29 Oktober 2017 | Angkasapuri, Kuala Lumpur

Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff dan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof. Dr Azizul Halim Yahya memberikan pendedahan mengenai kepentingan kerjasama industri dan universiti di dalam temu bual yang diadakan secara langsung di Selamat Pagi Malaysia TV1. Karnival Komunikasi Massa (MCoC), sebuah program yang dianjurkan melalui kolaborasi CFM dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah membantu menghubungkan pelajar universiti dengan dunia kerja yang sebenar dan turut mendidik para pelajar tentang apa yang diperlukan oleh industri.

KSS SEL ANGOR CFM DI M C O C UiT M S H A H A L A M 30 Oktober – 1 November 2017 | Shah Alam, Selangor

SESI PERKONGSIAN DI P E J A B AT S U K N E G E R I S E M B I L A N 13 November 2017 | Seremban, Negeri Sembilan

Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin menerangkan peranan dan tanggungjawab CFM dalam industri komunikasi dan multimedia terutamanya mengenai hak sebagai pengguna kepada para peserta. Beliau turut berkongsi pelbagai tip telekomunikasi seperti cara menjimatkan data internet, cara untuk mengelakkan kejutan bil serta alternatif untuk mendapatkan kandungan filem dan siri televisyen secara atas talian. Sekitar 97 kakitangan Pejabat SUK Negeri Sembilan menyertai sesi tersebut, di mana mereka juga berpeluang untuk bermain Quizizz bagi menguji pemahaman mereka terhadap pembentangan yang dilakukan. Quizizz dapat dilakukan sebanyak empat kali sepanjang sesi berkenaan dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

CFM MENASIHATI PENGGUNA AKAN BAHAYA SINDIKET PENIPUAN DI T V1 13 November 2017 | Angkasapuri, Kuala Lumpur

C FM M E NE M U I PA R A PE L A JAR DAN KAKITANGAN UiTM KAMPUS REMBAU 9 Disember 2017 | UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Rembau

Menjadi sebahagian daripada program besar iaitu “Seminar Komunikasi Islam”, CFM telah mengadakan sesi “Pocket Talk” di hadapan 245 peserta di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau. Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan (SMD) CFM, Kartini Hasbi telah menyampaikan pembentangan dan menjelaskan mengenai peranan CFM dalam industri komunikasi dan multimedia di Malaysia khususnya dalam mengingatkan para peserta mengenai hak mereka sebagai pengguna. Selain itu, beliau juga telah berkongsi pelbagai tip telekomunikasi kepada semua yang hadir. Terdapat beberapa pensyarah dan pelajar bertanyakan lebih lanjut kepada pihak sekretariat CFM mengenai masalah bil dan caj, liputan rangkaian, dan tindakan tidak wajar yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan.

CFM BERTEMU LEBIH RAMAI PEL AJAR UNIVERSITI DI UPM 21 Disember 2017 | UPM Serdang

Karnival Komunikasi Massa (MCoC), sebuah program yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan sokongan CFM telah memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk memahami tentang industri komunikasi dan multimedia. CFM telah berkongsi maklumat bermanfaat mengenai perkembangan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia daripada pemain dan pakar industri melalui sesi perkongsian seperti “Tiada lagi sistem analog bagi siaran televisyen”, “Bagaimana menjadi pengguna Telco yang lebih bijak”, dan “Apa yang pengguna perlu tahu tentang servis kandungan mudah alih”. Program ini telah menjadi platform bagi para pelajar untuk berhubung dengan industri serta mengetahui peranan CFM dalam melindungi hak pengguna.

WAWA N C A R A K H A S D I M A R K E T TA L K , A S T R O AWA N I 27 November 2017 | Kuala Lumpur

Timbalan Pengerusi CFM, Azizan Mohd Afandi berkongsi beberapa fakta penting mengenai isu-isu semasa berkaitan komunikasi dan multimedia terutamanya Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar Terbaharu dan pendaftaran palsu kad sim prabayar. Wawancara itu juga bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan CFM. Rancangan itu telah ke udara pada jam 11.00 malam di Astro AWANI dan telah dihoskan oleh Ibrahim Sani.

Rancangan “Suara Kita Hak Kita” di TV1 telah menemu bual Timbalan Pengerusi CFM, Azizan Mohd Afandi dan pakar kriminologi, Datuk Akhbar Satar untuk memberikan pendedahan mengenai sindiket penipuan. Pengguna diingatkan untuk berhati-hati dengan sindiket penipuan yang didapati menggunakan kaedah “Caller ID Spoofing” dan elemen ‘kecemasan’ untuk menakutkan mangsa supaya melakukan tindakan segera. Azizan juga menyarankan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh pengguna sekiranya mereka menerima SMS, panggilan atau e-mel palsu. Beliau turut berkongsi beberapa tip untuk pengguna menjadi lebih berwaspada dalam melindungi data peribadi.

CFM MENGANJURKAN KSS DI PERLIS 15 November 2017 | Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis

Sekitar 200 peserta dari agensi kerajaan, NGO tempatan, dan ahli media menyertai Sesi Perkongsian Maklumat (KSS) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai topik-topik berkaitan seperti “Tip-tip untuk menjimatkan komitmen telco bulanan anda”, “Berakhirnya sistem analog dan permulaan sistem digital penyiaran televisyen”, dan “E-dagang” yang disampaikan oleh CFM dan panel-panel jemputan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MYTV Broadcasting.

CFM telah dijemput untuk menganjurkan sesi “Pocket Talk” di dalam program “Cabaran Pengguna Dalam Dunia Komunikasi dan Multimedia” di Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah dijalankan oleh salah satu ahli CFM iaitu Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA). Ahli Majlis CFM, Abdul Rahman Samad dari Pertubuhan Pembimbing, Kewangan Pengguna & Keluarga Malaysia (KPM) telah membentangkan tentang fungsi CFM dalam sesi selama satu jam itu di hadapan kakitangan dan para pelajar UPM. Selain berkongsi tentang peranan dan tanggungjawab CFM, beliau turut menekankan kepada pengguna untuk bangkit menegakkan hak mereka supaya penyedia perkhidmatan tidak mengambil mudah terhadap sebarang aduan yang dilaporkan pengguna. Beliau menambah bahawa pengguna mesti sentiasa membantu antara satu sama lain terutamanya bagi golongan warga emas yang tidak begitu terdedah kepada pemahaman yang baik tentang perkhidmatan telekomunikasi.

SUKU KEEMPAT 201 7

5


MEDIA SOSIAL

A P L I K A S I M E D I A S O S I A L YA N G P E L I K TETAPI MENARIK UNTUK DICUBA Aplikasi Binky Aplikasi untuk orang yang anti-sosial Aplikasi Binky adalah aplikasi media sosial yang tidak mempunyai ruang untuk bersosial. Namun ia berfungsi sama seperti media sosial yang lain di mana anda boleh luncurkan skrin untuk melihat “binks”, iaitu istilah bagi kiriman di Binky. Anda juga boleh “like”, komen, dan “re-bink” setiap paparan di Binky. Sama seperti Tinder, anda juga boleh luncurkan sentuhan skrin ke kiri untuk memberi isyarat tidak suka dan luncurkan skrin ke kanan untuk memberi isyarat setuju. Namun hakikatnya, apa sahaja yang anda lakukan di Binky tidak memberi apa-apa makna. Kesemua like atau komen akan hilang selepas anda klik atau memuat naiknya. Ia seakan aplikasi penyelamat yang boleh menyelamatkan anda daripada pandangan-pandangan mata yang janggal dan sekaligus mengelak anda daripada negativiti media sosial yang lain. Kiriman di Binky hanya mengandungi gambar-gambar rawak dengan kapsyen seperti “lembu” atau “kasut” dan apabila anda menekan butang “like”, animasi letupan bintang akan keluar. Kepada sesiapa yang berminat, Binky hanya boleh didapati di iOS namun akan diterbitkan dalam versi Android tidak lama lagi. Minutiae “Instagram” untuk kehidupan seharian Berbeza dengan Instagram, ia tidak memfokuskan pada “peristiwa” tetapi lebih kepada detik-detik dalam hidup. Aplikasi ini akan memberi anda notifikasi pada waktu rawak dalam sehari untuk anda mengambil gambar momen hidup anda pada waktu itu dalam masa lima saat sahaja. Jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk dipamerkan, ia akan mengambil gambar secara automatik. Selepas anda mengambil setiap gambar, anda boleh lihat secara ringkas gambar-gambar koleksi daripada orang lain dalam masa seminit. Identiti pemilik gambar akan kekal tersembunyi dan anda boleh mengenali individu tersebut hanya melalui lokasinya. Media sosial ini tidak ada ruang profil, like, mahupun komen, tetapi ia tetap ada sisi sosialnya yang tersendiri. Selepas 1,440 hari, iaitu selepas anda berjaya mencukupkan 24 jam hidup anda mengikut saat, anda boleh muat turun seluruh koleksi anda. Ia hampir sama dengan Facebook yang mengembalikan memori peristiwa dalam hidup, cuma Minutiae merupakan kumpulan cerita hidup yang lebih jujur tanpa filter, edit, like, dan kepura-puraan. Pencipta aplikasi ini, iaitu seorang jurugambar dan seorang artis yang juga pembikin filem menggambarkan aplikasi ini sebagai “potret diri automatik”. Kehidupan sebenar. Tidak diawasi. Tidak ditapis. Tiada pengikut. Jika anda berminat, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan aplikasi ini. Aplikasi ini berharga $15 kerana mereka tidak membuat untung melalui data mahupun gambar yang di muat naik. Buat masa ini, ia hanya boleh didapati di Apple App Store. HearMeOut Aplikasi suara buat Twitter Sekiranya anda suka menyanyi, rap, menjadi pembaca berita di bilik tidur, atau ingin meluahkan apa sahaja dan anda mahu satu dunia mendengarnya, inilah aplikasi yang perlu anda miliki. Aplikasi ini membenarkan anda untuk memuat naik rakaman video berdurasi 42 saat dan kongsikannya ke media sosial anda yang lain. Anda juga boleh membuat carian topik yang sedang hangat di HearMeOut, contohnya politik, kata-kata hikmah, cara sebutan atau mungkin sekadar muzik. Aplikasi ini juga mempunyai filter untuk suara supaya anda boleh berseronok mengubah-ubah suara anda. Aplikasi media sosial ini masih agak baharu tetapi telah menarik perhatian ramai dengan pantas sehingga mencapai lebih ratusan ribu muat turun dan mencapai taraf 4.2 bintang. Aplikasi ini anda boleh dapatkan secara percuma di App Store dan Play Store.

6

SUKU KEEMPAT 201 7


TOP GEAR

MENGAPA INTERNET DI RUMAH S AYA P E R L A H A N? Pasti anda pernah menghadapi masalah ini beberapa kali dan menjadi sangat kecewa setiap kali ia terjadi, terutama apabila telah membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan tetapi tiada apa-apa perubahan berlaku. SHOUT! ingin berkongsi dengan anda beberapa peranti baharu yang mungkin akan membantu menambah baik kelajuan internet di rumah anda tanpa gangguan daripada pihak penyedia perkhidmatan! Kadangkala rangkaian peranti (router) tanpa wayar yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan anda tidak dapat memenuhi sambungan daripada pelbagai peranti yang digunakan di rumah seperti komputer riba, telefon pintar, konsol permainan, TV pintar dan lain-lain. Router tanpa wayar ini kadangkala perlu ditukar atau mungkin perlu disokong oleh peranti lain untuk menampung keperluan tambahan di rumah. Oleh kerana penyedia perkhidmatan hanya akan menyediakan sambungan yang paling asas di rumah anda, berikut merupakan beberapa bantuan peranti luar yang mungkin anda boleh pertimbangkan.

Oleh: Ahmad Izham Khairuddin

ROUTER TANPA WAYAR TRI-BAND Apabila penghantar jalur lebar dua hala tidak mampu lagi menampung trafik sambungan yang meningkat, peranti-peranti tanpa wayar tri-band ini akan membantu melancarkan keadaan. Peranti ini amatlah disarankan jika anda memiliki lebih daripada satu peranti model terkini yang mampu untuk menerima Wi-Fi 5GHz. Malahan menonton video HD secara atas talian melalui peranti anda akan menjadi lebih mudah jika dibantu dengan alat rangkaian ini.

P E L E B A R J A N G K AUA N/ P U S AT A K S E S TA N PA WAYA R Isyarat Wi-Fi boleh tersekat oleh dinding atau peralatan rumah dan kualiti isyarat sambungan juga boleh menurun disebabkan faktor jarak. Ada situasi di mana anda mungkin perlu meningkatkan capaian isyarat Wi-Fi anda supaya ia boleh mencapai bilik yang berada jauh di sudut rumah. Di sinilah pelebar jangkauan tanpa wayar memainkan peranan!

TP-LINK AC2600 Wi-Fi Range ExtenderRE650 ASUS Router RT-AC5300 Wireless -AC5300 Tri-Band Gigabit Router https://www.asus.com/my/Networking/RT-AC5300/

D-LINK DIR-895L AC5300 Ultra Wi-Fi Tri-Band Wireless Router http://www.dlink.com.my/product/dir-895lac5300-wireless-tri-band-gigabit-router/

TP-LINK Archer C3200 AC3200 Wireless Tri-Band Gigabit Router http://www.tp-link.com/my/products/details/ Archer-C3200.html

http://www.tp-link.com/my/products/details/cat10_RE650.html

S I S T E M W I-F I S E L U R U H R U M A H Ada dalam kalangan kita yang mungkin tidak suka apabila melihat rangkaian peranti tanpa wayar (router) yang mempunyai rupa antena yang pelik. Bagi mereka yang mencari liputan Wi-Fi yang baik untuk dipasang di rumah dan dalam masa yang sama inginkan apa sahaja peralatan yang diperlukan sesuai dengan hiasan dan warna bilik, anda boleh memilih untuk mendapatkan sistem Wi-Fi untuk keseluruhan rumah.

ASUS LYRA AC2200 Tri-Band Whole-Home Mesh Wi-Fi System (untuk rumah yang besar), dengan rangkaian keselamatan AiProtection yang dikuasakan oleh Trend Micro, Aplikasi ASUS Lyra dan kawalan ibu bapa yang lebih canggih. https://www.asus.com/my/Networking/Lyra/

D-Link DAP-1720 AC1750 Wireless Range Extender http://www.dlink.com.my/product/ac1750-wirelessrange-extender/ TP-Link Deco M5 Whole-Home Wi-Fi System Deco adalah penyelesaian Wi-Fi seluruh rumah dengan sekuriti yang paling lengkap. Ia menghantar isyarat Wi-Fi yang pantas dan tidak terganggu ke setiap bilik dengan memanfaatkan kuasa tiga unit AC1300 yang berasingan dan mencapai liputan lancar sehingga 4,500 kaki persegi. Deco juga mudah untuk dipasang dan akan meningkatkan fungsi apabila anda menambah peranti di rumah. Deco telah dijamin oleh industri dengan sokongan 24/7 seumur hidup. http://www.tp-link.com/my/home-networking/deco/

SUKU KEEMPAT 201 7

7


INTERAKSI

SEMBANG S A N TA I BERSAMA RHYS WILLIAM Bagi Rhys William, perjalanan kembaranya telah menemukan beliau dengan apa yang dipanggil “tempat tinggal”. Lelaki Inggeris yang terkenal dengan kepetahannya berbahasa Melayu ini telah menikmati kehidupan beliau di Malaysia dengan mencuba sendiri makanan-makanan terbaik di sini. Tidak keterlaluan untuk dikatakan yang beliau lebih “Malaysia” berbanding rakyat tempatan sendiri. 1.

Bagaimana anda boleh mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia? Pertama kali saya datang ke Malaysia ialah pada musim cuti tahun 2012 iaitu dalam tempoh dua minggu. Saya terus jatuh cinta dengan negara ini dan bercadang untuk tinggal lebih lama dan cuba untuk merasai kehidupan di sini. Ada sesuatu tentang suasana, masyarakat, dan makanannya yang membuatkan dua minggu tidak cukup untuk saya teroka semuanya. Jadi pada tahun 2013, saya kembali semula ke Malaysia dan tinggal selama dua bulan, dan dua bulan akhirnya menjadi empat bulan, dan sekarang saya sudah tinggal di sini hampir lima tahun!

2.

Apakah cabaran terbesar dalam mempelajari bahasa Melayu dan bagaimana anda mengatasinya? Cabaran terbesar dalam mempelajari bahasa Melayu ialah untuk memahami loghat tempatan (kerana ada perbezaan yang besar di antara bahasa baku dan bahasa pasar). Saya mengatasi cabaran ini dengan cara berkawan dengan orang tempatan dan meminta mereka mengajar saya loghat tempatan. Saya juga mengambil setiap peluang yang ada untuk menggunakan bahasa Melayu. Antara kesukaran yang lain ialah untuk memberanikan diri berhadapan dengan masyarakat tempatan dan bercakap menggunakan bahasa mereka kerana saya agak pemalu orangnya. Cara saya mengatasinya dengan bersikap “selamber je” dan menggunakan bahasa Melayu di setiap peluang yang ada dan cuba untuk bercakap walaupun malu. Saya juga mula menulis di blog saya (www.matsallehcarimakan.com) di mana saya akan meminta orang baca dan berikan maklum balas. Selepas saya mendapat komen positif di blog dan juga di luar, ia memberikan saya keyakinan dan motivasi untuk terus belajar dan bercakap menggunakan bahasa ini.

3.

Apakah perkataan/frasa bahasa Melayu kegemaran anda? Secara jujurnya ada banyak untuk dipilih. Saya sendiri peminat tegar peribahasa dan perumpamaan kerana ia boleh digunakan sebagai metafora untuk menerangkan sesuatu situasi atau tindakan yang berbeza. Namun jika saya perlu pilih satu, saya akan pilih “durian runtuh”. Saya suka peribahasa ini kerana ia menunjukkan betapa rakyat Malaysia sangat suka durian, dan durian runtuh juga membawa maksud keuntungan yang tidak dijangka.

8

SUKU KEEMPAT 201 7


INTERAKSI 4.

Siapa yang anda iktiraf sebagai ikon? Saya menggemari ramai ikon di dalam dan di luar Malaysia. Jika saya perlu pilih satu daripada semua ikon di Malaysia, kemungkinan besar saya akan pilih P. Ramlee. Ini kerana karya-karya beliau adalah karya-karya yang tidak ditelan dek zaman dan digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya percaya sumbangan beliau terhadap industri hiburan telah membantu membentuk industri pada hari ini. Kebanyakan filem beliau adalah sebahagian daripada filem bahasa Melayu terawal yang pernah saya tonton untuk mempelajari bahasa Melayu dan jenaka yang disampaikan masih boleh dianggap menghiburkan sehingga ke hari ini. Saya juga meminati P. Ramlee kerana beliau sangat terkenal dan legasinya masih lagi kekal walaupun kini beliau sudah tiada.

5.

Tempat kegemaran anda di Malaysia? Mengapa? Saya seorang penggemar makanan. Beberapa tempat kegemaran saya berada di luar kawasan bandar di mana saya boleh mendapatkan hidangan yang asli dan tradisional. Saya suka Pulau Pinang kerana terdapat banyak makanan lazat yang boleh saya dapatkan di sana; dan saya juga sangat suka Kuching, Sarawak, juga kerana makanannya!

6.

Makanan Malaysia kegemaran anda ialah… Sekali lagi, terdapat banyak pilihan! Jika saya perlu pilih satu daripada makanan kegemaran saya, tentulah saya pilih Nasi Kerabu. Pertama kali saya mencubanya di Kelantan, saya tidak faham mengapa nasinya berwarna biru. Apabila saya tahu yang berasnya direndam dengan bunga tertentu (bunga telang) untuk menjadikannya berwarna biru, dan terdapat teknik khas untuk memakannya (anda perlu mencampurkan semua bahan sehingga sebati), makanan ini terus menjadi hidangan kegemaran saya, dan tidak kira berapa kali saya makan, saya masih menyukainya!

7.

Telefon bimbit pertama anda ialah… Telefon bimbit pertama saya ialah Nokia 3310 iaitu sewaktu saya masih di bangku sekolah. Saya masih ingat saiz dan beratnya yang seakan batubata. Tetapi kita boleh main permainan “Snake” dengannya dan ia dianggap “cool” pada waktu itu kerana kita juga boleh menukar badannya.

8.

Alat yang akan dibawa ketika melancong… Saya sentiasa pastikan yang saya akan bawa telefon bimbit dan powerbank saya. Saya tahu kebanyakan tempat yang saya pergi, saya boleh gunakan telefon bimbit saya untuk mencari maklumat yang berguna atau melakukan sedikit kajian. Jadi saya perlu pastikan yang saya bawa powerbank kerana ia sangat penting!

9.

Anda peminat Android atau Apple? Saya peminat Android. Saya pernah menggunakan Apple suatu ketika dahulu tetapi ia banyak kekurangan dari sudut perisian yang saya perlukan dan saya dapati agak sukar untuk menggunakannya. Android menawarkan lebih banyak perisian dan penyesuaian. Jadi banyak yang boleh saya ubah mengikut cita rasa saya.

10. Lima aplikasi yang mesti ada di telefon bimbit anda? WhatsApp, Google Maps, Facebook, Instagram dan Gmail. 11. Perkara pertama yang akan anda lihat di telefon bimbit apabila anda bangun tidur? Perkara pertama yang saya sering lakukan ialah memeriksa WhatsApp untuk memastikan saya tidak terlepas sebarang mesej penting untuk sepanjang hari tersebut. Saya banyak berkomunikasi melalui WhatsApp, jadi ia akan kekal menjadi aplikasi yang penting dalam hidup saya. 12. Saluran media sosial kegemaran anda ialah… Saya sangat sukakan Facebook kerana melaluinya kita boleh berhubung dan berbual dengan ramai orang. Ramai kawan-kawan dan pengikut-pengikut saya dari Malaysia ada di Facebook. Antara medium terawal saya kongsikan penulisan bahasa Melayu saya ialah di Facebook dan itulah salah satu cara saya dapat berjumpa dan berkawan dengan orang tempatan di samping mendapat maklum balas berkenaan penggunaan bahasa Melayu saya. 13. Tiga perkataan yang menggambarkan diri anda Penggemar makanan, Sukakan cabaran, dan Berfikiran terbuka. 14. Mana yang akan anda pilih, telefon bimbit dengan kamera yang hebat atau bateri yang tahan lama? Saya akan pilih bateri yang tahan lama. Saya kerap menggunakan telefon bimbit dan baterinya selalu cepat habis. Walaupun sebuah telefon bimbit memiliki kamera yang biasa, kita masih boleh edit gambar yang diambil untuk jadi lebih cantik. Tetapi kalau bateri habis, kita tidak boleh ambil gambar langsung! 15. Apakah hobi kegemaran anda? Selain melawat tempat-tempat baharu dan mencuba pelbagai jenis makanan, saya juga suka aktiviti luar seperti berkhemah dan mendaki.

16. Untuk menghilangkan stress, saya akan… Biasanya saya akan pergi mendaki selama beberapa hari dengan kawan-kawan saya. Apabila berada jauh dari kesibukan bandar dan menghidu bau hutan, ia adalah penghilang stress yang berkesan. 17. Jika anda boleh di bawa ke satu tempat pada waktu tertentu, ke mana anda ingin pergi dan mengapa? Saya ingin mengembara ke waktu lampau, katakan sekitar 20-50 tahun yang lalu, di mana saya boleh melihat Malaysia di awal usia dan melihat peringkat awal pembangunannya. Saya fikir pasti menarik jika kita dapat melihat perbezaan ketara Malaysia suatu ketika dahulu dan bagaimana pembangunan telah mengubah negara ini. 18. Apakah pengalaman kembara yang paling anda ingati? Pengalaman kembara yang paling tidak boleh saya lupakan ialah selepas saya baru berpindah ke Malaysia pada tahun 2013 – saya telah menyewa kereta dan berjalan mengelilingi Semenanjung Malaysia. Hanya dalam masa lebih seminggu, saya berjaya sampai ke seluruh negeri di Semenanjung dan ia merupakan pengalaman yang sangat hebat. Saya sukakan pemandangan negeri-negeri di Malaysia yang berbeza-beza dan semestinya peluang dapat merasa hidanganhidangan terkenal di setiap negeri yang memang tidak boleh saya lupakan. Saya fikir pengalaman perjalanan ini merupakan salah satu perkara yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Malaysia kerana saya bukan sahaja dapat merasai pengalaman hidup di bandar, tetapi juga di kampung. 19. Pernahkah anda mengalami masalah dengan perkhidmatan telekomunikasi anda? Adakah anda tahu tentang CFM dan bagaimana ia boleh membantu sebagai perantara dalam menyelesaikan isu servis telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan yang lain? Setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah serius dengan perkhidmatan telekomunikasi saya. Kebanyakan perkara boleh diselesaikan dengan mudah menerusi lawatan ke pusat servis mereka. Sebelum ini, saya tidak tahu tentang CFM yang boleh membantu kita menjadi sebagai perantara, tapi sekarang saya sudah tahu! 20. Apa pendapat anda tentang perkhidmatan internet di Malaysia? Saya suka perkhidmatan internet di sini. Biasanya di mana sahaja saya pergi, akan ada perkhidmatan 4G dan 3G. Internet talian tetap di bandar juga agak pantas.

SUKU KEEMPAT 201 7

9


ISU BULETIN

PANGGIL AN PALSU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI MEREKA! Oleh kerana kita semakin bergantung pada telefon pintar, penjahat dan pencuri mengambil kesempatan menggunakan platform ini untuk melakukan perbuatan jahat mereka serta cuba untuk memisahkan kita dengan wang yang kita telah peroleh hasil usaha kita. Kini, kita hidup pada zaman di mana kita tidak boleh mengabaikan panggilan masuk daripada orang yang kita tidak kenali dan berharap ia akan berakhir.

Incoming call

Unknown 123-456-7890

SCAM

ALERT

!

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketara bagi jumlah rungutan dan aduan daripada pengguna mudah alih mengenai spam dan panggilan palsu yang mereka terima. Ia nampak seperti terdapat kenaikan mengejut mengenai panggilan yang tidak diminta ke nombor telefon pengguna iaitu daripada orang yang cuba untuk menjual sesuatu sehingga kepada mereka yang berpura-pura menyamar sebagai pihak bank atau pihak berkuasa dan meminta kita bertindak untuk perkara yang melibatkan undang-udang yang serius. Daripada kita menjadi mangsa “sembelihan” sindiket penipuan, kita perlu mengambil inisiatif untuk melindungi diri kita daripada “penjahat digital” ini dan SHOUT! akan berkongsi cara untuk anda melakukannya. Oleh: Ahmad Izham Khairuddin

A PA YA N G P E R L U A N D A TA H U D A N A M B I L B E R AT ! Kadangkala sukar untuk kita membezakan antara panggilan yang benar dan palsu. Walau bagaimanapun, jika si pemanggil bercakap dengan anda mengenai salah satu perkara seperti di bawah, anda berhak untuk berasa curiga. • Meminta data peribadi anda (seperti nombor kad pengenalan atau nombor kad kredit) untuk mengesahkan identiti anda. • Mengarahkan anda untuk menghubungi mereka semula ke nombor yang berlainan dan bukannya nombor yang terpapar di ID Pemanggil. • Memaklumkan kononnya anda telah memenangi hadiah, pertandingan, atau barang berharga yang lain tetapi anda perlu memberikan maklumat akaun bank atau membuat pembayaran untuk memudahkan proses tuntutan. • Memaklumkan kononnya anda mempunyai bayaran tertunggak atau saman yang anda perlu bayar pada hari yang sama untuk mengelakkan tindakan undang-undang. • Meminta anda mengesahkan kod PIN yang dihantarkan ke telefon anda walaupun anda tidak melakukan sebarang kemas kini akaun, servis, atau profil.

A PA YA N G P E R L U A N D A L A K U K A N J I K A M E N E R I M A PA N G G I L A N M E N C U R I G A K A N ! Kadangkala sukar untuk mengetahui panggilan yang benar atau panggilan palsu. Walau bagaimanapun, ambil perhatian terhadap petunjuk berikut: • Jangan sekali-kali mendedahkan butiran peribadi atau butiran dari mana-mana akaun anda kepada orang lain walaupun atas tujuan untuk mengesahkan identiti. Sebaliknya, maklumkan kepada pemanggil yang anda akan menghubunginya semula bersama butiran berkaitan. Hal ini bertujuan untuk memberikan anda masa untuk memastikan yang anda menghubungi nombor telefon yang sah, sama ada menerusi laman web rasmi penyedia perkhidmatan atau daripada kontrak atau bil yang ada bersama anda.

10

SUKU KEEMPAT 201 7

• Elakkan dari menyebut perkataan “ya” apabila ditanyakan soalan sebaliknya jawab dengan menggunakan ayat penuh kerana kebanyakan panggilan seperti ini dirakam dan mereka mungkin akan menggunakan rakaman itu sebagai bukti persetujuan anda terhadap sesuatu langganan atau pembelian. • Pastikan anda merakam perbualan telefon menggunakan telefon pintar anda sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah. Telefon pintar anda boleh melakukannya melalui tetapan telefon atau anda juga boleh muat turun aplikasi yang berkaitan untuk tujuan ini.

• Tanya nama dan jawatan mereka, termasuk nama organisasi mereka yang lengkap. • Minta butiran lengkap mengenai sebab mereka menghubungi anda; jika ia berkaitan hutang tertunggak, minta nombor kontrak, bila ia ditandatangani, berapakah jumlah bayaran, apakah alamat yang disenaraikan di dalam kontrak, dan lain-lain yang berkaitan. • Jika anda yakin bahawa ia adalah panggilan palsu, buat laporan polis dan sediakan rakaman telefon atau sebarang nota yang telah anda catat untuk memudahkan siasatan pihak polis.

• Perkara paling penting ialah untuk mengawal daripada rasa tertekan untuk memberikan butiran peribadi anda atau maklumat berkaitan, walaupun anda seakan diugut untuk melakukannya. Tegas dengan pendirian anda untuk menghubunginya semula bersama dengan maklumat yang diperlukan. • Sentiasa peka tentang berita sindiket penipuan terkini dan beri perhatian terhadap pesanan k hidmat masyara kat at au makluman daripada pihak penyedia perkhidmatan anda.


ISU BULETIN I N I YA N G P E R L U A N D A L A K U K A N B E R M U L A S E K A R A N G !

1

Cara paling mudah untuk menangani panggilan yang tidak diketahui atau panggilan palsu ialah dengan TIDAK menjawabnya. Hal ini sepatutnya mudah kerana fungsi ID pemanggil di telefon anda biasanya akan menunjukkan siapa yang membuat panggilan dan dari situ anda dapat mengetahui sama ada nombor itu dikenali atau tidak. Dengan tidak menjawab panggilan nombor yang bukan dalam senarai buku telefon anda, anda telah pun menyelesaikan sebahagian daripada masalah tersebut. Walau bagaimanapun, untuk mengelak anda terlepas sebarang panggilan penting, anda perlu pastikan nombor penting itu disimpan di dalam senarai buku telefon anda. Nombor-nombor itu termasuklah nombor-nombor kesemua penyedia perkhidmatan anda (telco, bank, syarikat utiliti, nombor pejabat anda dan pasangan anda, nombor sekolah anak-anak anda, dan lain-lain). Dengan ini, anda boleh lakukan perkara berikut dengan tenang dan gembira apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali: BATALKAN, BIARKAN IA BERDERING atau ALIHKAN KE PETI MEL SUARA ANDA. Jika anda masih tidak berapa pasti untuk menggunakan tip ini, jalan terbaik ialah dengan mengalihkan panggilan-panggilan tersebut ke peti mel suara anda. Dengan cara ini, jika panggilan itu benar-benar penting, pemanggil akan meninggalkan pesanan dan anda boleh dengarkannya kemudian.

3

Cara lain yang masih boleh dilakukan oleh sindiket panggilan palsu ialah dengan meninggalkan pesanan suara dan ia kedengaran sangat penting untuk anda menghubunginya semula. Bagaimanapun, rujuk semula bahagian mengenal pasti panggilan scam untuk mengetahui sama ada anda berurusan dengan orang yang betul atau tidak. Dalam keadaan ini, apabila anda membuat panggilan semula, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengesahkan identiti orang yang anda hubungi.

4

Sentiasa lakukan carian mengenai nombor yang meminta anda untuk menghubungi mereka semula. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah dengan memasukkan nombor di dalam carian Google atau anda boleh terus pergi ke SEARCH YELLOW DIRECTORY atau FINDWHOCALLSME ataupun WHOCALLSME dan masukkan nombor yang dicurigai itu. Laman-laman web atas talian ini akan mempunyai bahagian untuk nombor-nombor penduduk Malaysia di mana anda boleh mengetahui sama ada panggilan nombor yang sedang anda lakukan turut berkait dengan orang lain.

5

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda juga boleh bergantung kepada aplikasi mudah alihseperti Trucaller, Nomorombo atau banyak lagi aplikasi lain untuk membantu anda mengenal pasti siapakah yang menghubungi anda dan juga menyekat nombor yang sering menghubungi anda. Sesetengah aplikasi turut membantu mengenal pasti panggilan palsu menerusi data yang dikumpulkan oleh orang ramai. Lakukan kajian anda dan muat turun aplikasi yang bersesuaian dengan keperluan anda. BATALKAN

2

BIARKAN IA BERDERING

ALIHKAN KE PETI MEL SUARA

Walaupun begitu, sindiket penipuan ini mungkin akan terus mencari jalan untuk menembusi talian anda dan ia biasanya berlaku antara salah satu daripada dua cara ini. Cara pertama ialah mereka menggunakan kaedah spoofing di mana mereka menukar ID Pemanggil dan dipadankan dengan penyedia perkhidmatan yang ada di dalam senarai buku telefon anda. Oleh sebab anda telah pun menyimpan nombor tersebut, anda biasanya akan fikir ia adalah selamat untuk menjawab panggilan tersebut. Dalam kes ini, sila rujuk kembali bahagian mengenai cara mengenal pasti panggilan palsu yang telah diterangkan sebelum ini. Jika anda telah biasa dengan tetapan telefon anda, anda mungkin akan jumpa pilihan yang membenarkan panggilan daripada senarai buku telefon anda sahaja boleh melepasi talian manakala yang lain sama ada akan ditolak atau dibawa ke peti mel suara anda.

6

Walaupun dengan cara tidak memberi nombor telefon anda kepada manamana pihak merupakan pilihan yang terbaik, namun anda tentu masih inginkan tawaran hadiah dan diskaun tetapi tidak selesa berkongsi nombor telefon peribadi anda kerana takut diganggu. Antara pilihan percuma ialah dengan mendaftar Google Voice dan dapatkan nombor tempatan US secara percuma. Walaupun mendaftar untuk mendapatkannya agak rumit tetapi tidak mustahil. Memiliki nombor tempatan US juga mungkin akan menghalang sebarang panggilan pemasaran dan spam daripada mengganggu anda. Walaupun mereka berjaya menembusi talian, anda tidak perlu risau kerana panggilan itu akan dipindahkan dengan selamat ke peti mel suara anda.

7

Cara lain untuk mendapatkan nombor alternatif ialah melalui Skype dan aplikasi serupa yang lain seperti Burner, Hushed atau Too tetapi ini adalah perkhidmatan berbayar. Cara paling mudah untuk mendapatkan nombor alternatif ialah dengan melanggan perkhidmatan pasca bayar melalui penyedia perkhidmatan tempatan dan terdapat beberapa pelan yang menawarkan harga kurang daripada RM10 sebulan. Anda boleh menggunakan nombor alternatif ini untuk sebarang keperluan berkaitan dengan pertandingan, diskaun, borang atas talian dan langganan, atau penggunaan lain yang serupa. Jadi jika anda menerima sebarang panggilan ke nombor ini, anda boleh pastikan ia adalah daripada seseorang atau organisasi yang anda telah berikan kebebasan untuk berhubung dan anda boleh mengabaikannya jika anda mahu tanpa rasa bimbang.

J I K A S E M U A N YA G A G A L ! Jika anda dapati yang anda sering menjawab terlalu banyak panggilan yang tidak diingini, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk menukar nombor telefon anda, dan kali ini pastikan nombor baharu anda sebagai maklumat yang sangat peribadi dan rahsia. Tawaran powerbank percuma sebagai pertukaran dengan nombor telefon anda mungkin tidak berbaloi. SUKU KEEMPAT 201 7

11


ZON APP

SEPULUH APLIKASI KEMBARA UNTUK SI CELIK TEKNOLOGI Sama ada tujuannya ingin mengagumi kehebatan seni bina atau menikmati matahari dan laut yang menenangkan, inilah masanya untuk anda mengakui kehebatan teknologi dan gunakan aplikasi ini untuk membuat percutian anda lebih mudah. Semuanya boleh didapati di Android dan iOS.

1

AIRASIAGO

Aplikasi ini menawarkan tempahan hotel dan penerbangan dengan harga yang rendah. Apa yang lebih menarik, ia menawarkan harga yang lebih rendah apabila anda menempah kedua-dua pakej. Ia juga mempunyai tawaran eksklusif mudah alih dengan penjimatan sehingga 70% pada tempahan hotel, jadual perjalanan dan notifikasi masa-sebenar berkenaan status penerbangan berserta maklumat pintu masuk dan terminal.

6

HOPPER

Jika anda ingin membandingkan harga penerbangan, ini adalah aplikasi untuk anda. Hopper meramal bagaimana harga penerbangan akan berubah dan memberitahu anda bila anda perlu membeli tiket. Ia meliputi lebih daripada 250 syarikat penerbangan dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

12

SUKU KEEMPAT 201 7

2

HOTELS COMBINED

Dengan begitu banyak pilihan aplikasi yang membolehkan anda menempah bilik hotel, Ho t e l s C o m b i n e d b o l e h membantu anda menamatkan k e k e l i r u a n it u d e n g a n menunjukkan anda tempattempat dan harga-harga daripada pelbagai sumber. Sebaik sahaja anda menetapkan pilihan tawaran, anda akan disambungkan ke laman web yang memegang butiran tersebut (contohnya Hotels. com) dan ia boleh diakses melalui aplikasi itu sendiri supaya segalanya kekal mudah dan tersusun.

7

CURRENSEEK

Mencari kadar tukaran mata wang yang terbaik boleh menjadi agak sukar apabila berada di negara asing. Dengan Currenseek, anda boleh membandingkan harga terkini di sekitar anda dan mendapatkan arah tuju untuk ke pengurup wang tersebut walaupun lokasinya tersembunyi.

3

GUIDES BY L O N E LY P L A N E T

Aplikasi ini merupakan versi digital kepada buku-buku panduan yang diterbitkan oleh Lonely Planet. Ia menyediakan panduan mengenai lebih daripada 100 bandar raya dan telah dipecahkan mengikut bahagian seperti tempat tinggal, tempat makan, dan perkara menarik berkaitan bandar tersebut. Bagi setiap bandar juga ada disediakan panduan “apa yang perlu anda tahu� dan pengira anggaran bajet.

8

FLEXIROAM X

Jika anda suka menjelajah ke beberapa antara negara dan ingin kekal berhubung sepanjang masa, membeli banyak kad sim tempatan mungkin tidak terlalu praktikal. Dengan Flexiroam X, apa yang perlu anda lakukan ialah melekatkan cip mikro nipisnya ke kad sim anda dan hanya tukarkan salah satu apabila perlu. Liputannya terdapat di 100 buah negara termasuk kelajuan 4G bagi negara yang menyediakannya.

4

APP IN THE AIR

9

TRIPLINGO

Secara ringkasnya, ia mempunyai semua keperluan digital untuk orang yang sering menaiki pesawat. Nombor penerbangan, waktu berlepas, butiran tiket, dan “Daftar Masuk Automatik� juga boleh didapati melalui aplikasi ini. Tambahan pula, ia mampu menjejaki sebarang kelewatan penerbangan. Selain itu, dengan memasukkan butiran nombor panggilan orang yang menunggu ketibaan anda, aplikasi ini akan menghantar kemas kini semasa supaya mereka tahu bila waktu sebenar anda akan mendarat. Hopper mempunyai pembelian dalam aplikasi, tetapi berbaloi dengan harganya terutama kepada mereka yang kerap menaiki pesawat.

Aplikasi penterjemah suara ini dilengkapi dengan beberapa ciri mudah yang lain untuk pengembara seperti penukar mata wang, maklumat budaya dan juga panggilan antarabangsa percuma. TripLingo juga mempunyai kamus melebihi 10,000 perkataan yang boleh didapati secara luar talian.

5

TRIPOVO

Aplikasi ini bertindak hampir seperti ejen pelancongan namun dalam versi digital. Ia memberikan anda pengalaman melancong yang boleh diubah suai di mana anda boleh menempah pakej perjalanan, pakej pelancongan, hotel, dan jadual perjalanan dalam beberapa minit sahaja. Ia juga menawarkan khidmat nasihat daripada syarikat atas talian. Namun begitu, aplikasi ini hanya mensasarkan untuk ke destinasi-destinasi popular sahaja.

10

SWORKIT

Jika anda seorang pengembara yang suka bersenam, aplikasi ini akan membuat aktiviti senaman lebih mudah untuk disesuaikan dengan jadual anda yang sibuk. Anda boleh jadualkan masa bersenam anda sendiri dengan memberi tumpuan kepada latihan yoga, kardio, regangan atau ketahanan.


D I G I TA L

CARA BIJAK UNTUK MENGGUNAKAN SEMUL A TELEFON PINTAR Tidak kira sebanyak mana cinta kita kepada telefon pintar, ia tidak dicipta untuk kekal selamanya. Selepas beberapa tahun, alat kecil ajaib ini akan dipenuhi dengan kesan hakis dan calar-balar. Namun dengan teknologi canggih yang ada padanya, adalah lebih baik untuk kita menjadi kreatif dan menjadikannya sesuatu yang berguna.

JAM PENGGERA Mungkin ini pilihan paling ketara yang ada. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi jam untuk dipilih, namun telefon pintar tetap memiliki jam penggera yang lebih serba boleh berbanding jam sisi katil yang tradisional. Paparan skrin yang besar memberikan lakaran grafik canggih dan ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti butang tunda, bunyi yang boleh dipudar dan banyak lagi. Semestinya anda akan memiliki telefon pintar baharu namun mengapa perlu kita bazirkan bateri yang ada? Letakkan ia ditempatnya dan gunakan peranti lama sebagai jam penggera yang berguna.

A L AT P E M A I N M U Z I K Anda boleh menggunakan telefon pintar yang baharu namun ada lebih banyak kebaikan jika kita memiliki dua telefon pintar berasingan. Pertama sekali, telefon pintar yang lama akan menjadi tempat simpanan untuk memindahkan fail-fail berharga ke telefon pintar baharu anda. Kedua, ia menjimatkan bateri dan pastinya ia boleh digunakan untuk memainkan muzik kegemaran anda dalam perjalanan harian menggunakan telefon lama kerana telefon pintar yang digunakan sepanjang masa akan lebih cepat kehabisan bateri di penghujung hari. Jika anda ada melanggan sebarang perkhidmatan penstriman muzik, anda tidak perlu liputan rangkaian di telefon pintar lama untuk memainkannya. Anda hanya perlu muat turun senarai main kegemaran anda di rumah menggunakan Wi-Fi dan selepas itu anda boleh katakan selamat tinggal kepada iklan radio yang membosankan.

S U M B A N G K A N U N T U K P R OJ E K S A I N S Jika telefon pintar lama anda masih boleh dihidupkan, bermakna ia sangat tahan dan bagus. Daripada anda membiarkannya menjadi sia-sia, mengapa tidak kita gunakan kemajuan pengetahuan manusia untuk memanfaatkan fungsinya. Namun pilihan ini hanyalah tersedia untuk peranti-peranti Android. Anda hanya perlu muat turun aplikasi BOINC, dan pilih projek yang anda mahu sertai. Anda boleh menyumbang kepada kajian penyakit, atau juga membantu meramal pemanasan global. Aplikasi ini dibangunkan oleh University of Berkeley dan ia akan memanfaatkan kuasa pengkomputeran yang tidak digunakan kepada projek sains yang bersumberkan orang ramai. Ia hanya akan berfungsi apabila telefon anda dipasang dan dicas supaya aplikasi ini tidak akan memakan kuasa bateri anda. Tambahan pula, ia hanya boleh digunakan menerusi Wi-Fi. Jadi anda tidak perlu risau tentang had data atau liputan rangkaian.

KAMERA SEKURITI RUMAH

Peranti pintar yang lama merupakan pilihan yang lebih murah untuk mengawasi rumah anda. Apa yang anda perlukan ialah aplikasi kamera keselamatan dan soket dinding untuk memasangnya. Rakamannya boleh disiarkan dari jauh menerusi telefon pintar anda sebagai paparan. Aplikasi seperti Alfred Home Security Camera boleh mengesan pergerakan dan anda juga akan mendapat notifikasi mengenainya melalui telefon paparan anda.

SENI DINDING Jika anda mempunyai beberapa telefon pintar yang tidak digunakan di rumah, anda boleh menjadikannya pameran seni dinding pelbagai rupa. Sekiranya anda sudah bosan dengan imej pegun berbingkai dan mahukan sesuatu yang mempunyai sentuhan moden di rumah, anda boleh gunakan skrin besar untuk mempamerkan tayangan slaid gambar atau seni video. Tetapi masih ada satu kekurangan yang perlu diperbaiki iaitu jangka hayat bateri. Mungkin anda boleh mengecaj peranti pintar anda di tempat lain dan hanya menggunakannya apabila anda mempunyai tetamu, atau anda boleh menempatkan ia berhampiran dengan sumber elektrik yang ada. Ia hanya memerlukan sedikit kesungguhan dan dengan sedikit kreativiti, ia mampu menaikkan suasana sesuatu tempat tinggal.

SUKU KEEMPAT 201 7

13


MOBILITI

A D UA N YA N G K E R A P D I L A P O R K A N PENGGUNA PADA TAHUN 2017 Jumlah aduan yang diterima oleh CFM pada tahun 2017 ialah sebanyak 4,746 aduan. Daripada semua kategori aduan, 39% adalah berkaitan bil dan caj dan sebahagiannya adalah disebabkan masalah pertikaian bil. Jika anda berhadapan dengan isu-isu telekomunikasi yang teruk terutamanya berkaitan bil dan caj, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. BIL & CAJ

39.25% ∙ 1,669 5 ADUAN TERTINGGI DITERIMA CFM PADA TAHUN 2017 29.33% ∙ 1,247

RANGKAIAN 6.94% ∙ 295

P E M B E R I A N P E R K H I D M ATA N

5.27% ∙ 224

AMAL AN TIDAK ADIL

19.21% ∙ 817

Perkara ini berlaku apabila pengguna tidak memahami sepenuhnya perjanjian mereka dengan penyedia perkhidmatan, tetapi tidak dinafikan bahawa penyedia perkhidmatan sendiri tidak memberikan penjelasan penuh berkenaan mekanisme pengebilan, proses penamatan akaun, dan sebagainya. Dalam sebarang isu yang timbul mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia, pengguna perlu terlebih dahulu mencuba untuk menyelesaikan masalah dengan penyedia perkhidmatan mereka sebelum mempertimbang untuk melaporkan aduan kepada pihak lain. Walau bagaimanapun, jika penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak penyedia perkhidmatan tidak memuaskan, CFM boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut, seperti yang pernah berlaku kepada seorang pengguna dalam situasi berikut:

PROMOSI TIDAK BENAR

Q: Saya telah menerima panggilan daripada penyedia perkhidmatan terdahulu yang memberitahu saya tentang bayaran tertunggak yang perlu dilangsaikan. Ia tidak masuk akal kerana saya telah menamatkan langganan internet saya dengan mereka dan telah bertukar kepada penyedia perkhidmatan yang saya gunakan sekarang. Selepas itu, saya juga menerima panggilan lain yang mendakwa bahawa jika saya tidak menyelesaikan bayaran tersebut, saya akan didakwa di mahkamah. Apakah tindakan yang perlu saya ambil? Dalam kes ini, akaun pengadu telah pun ditamatkan tetapi dia tidak menerima penyata akaun terakhir daripada penyedia perkhidmatan. Dia juga telah disenarai hitam kerana gagal membayar bil tertunggak. Pada mulanya, dia dikehendaki untuk menyelesaikan pembayaran kerana caj yang dikenakan adalah sah. Namun, setelah mengambil kira cadangan daripada pihak CFM, kes aduan tersebut berjaya diselesaikan dengan baik.

TIP CFM UNTUK PENGGUNA Berikut adalah tip-tip berguna untuk memastikan setiap wang yang anda laburkan setimpal dengan apa yang anda langgan:

• •

14

Fahami apa yang anda langgan, contohnya seperti apa yang disertakan dan apa yang tidak disertakan di dalam pakej akaun anda. Semak butiran yang dinyatakan seperti panggilan/SMS percuma, panggilan/SMS tanpa had, kelajuan internet yang ditawarkan dan jumlah kuota data yang diperuntukkan. Pastikan anda tahu mekanisme bil anda seperti had kredit, bayaran penyambungan semula, bayaran pendahuluan dan kitaran pengebilan akaun anda. Pastikan anda menerima maklumat-maklumat penting sebelum mendaftar sebarang perkhidmatan yang ditawarkan seperti harga dan caj, termasuk terma dan syarat yang penting seperti prosedur penamatan. SUKU KEEMPAT 201 7

• •

Dapatkan penjelasan daripada penyedia perkhidmatan jika ada sebarang ketidakpastian mengenai bil dan caj. Sentiasa dapatkan pengesahan mengenai caj dan transaksi pada penyata akaun anda. Kebanyakan penyedia perkhidmatan sekarang menyediakan saluran atas talian secara percuma seperti aplikasi mudah alih atau portal perkhidmatan pelanggan. Sekiranya anda ingin menamatkan akaun, pastikan anda mendapatkan salinan pengesahan penamatan daripada penyedia perkhidmatan dan minta bil terakhir untuk dihantar sebagai rujukan anda. Hubungi bekas penyedia perkhidmatan anda jika tidak menerima sebarang penyata akaun selepas tarikh bayaran bil.


TUTORIAL

SEL AMATKAN HARTA DIGITAL ANDA5 L ANGKAH MUDAH UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN STORAN AWAN Penghargaan harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang membangunkan perkhidmatan storan awan kerana kita tidak perlu lagi bersusah payah memasang dan mencabut pemacu USB untuk menyimpan fail. Ramai yang sudah tahu dan memahami asas teknologi pengkomputeran awan – penyimpanan dan pemprosesan data atas talian yang boleh diakses dan dikongsi di mana-mana sahaja. Perkhidmatan storan awan memberikan akses yang lancar untuk aset digital penting anda seperti gambar, video, dokumen Word, PDF dan pelbagai lagi. Masalah akan timbul apabila perkhidmatan yang sering kita gunakan, seperti Google Drive kehabisan ruang simpanan. Syarikat perniagaan biasanya akan memilih untuk menggunakan khidmat storan awan berbayar kerana keperluan kepada simpanan yang besar adalah sangat penting. Namun tidak dinafikan untuk kegunaan peribadi, ramai orang lebih suka jika ia boleh dimiliki secara percuma. Jadi kepada individu yang mahukan ruang simpanan yang besar dan percuma, berikut adalah beberapa perkhidmatan storan awan alternatif yang boleh anda gunakan.

1. W P S O F F I C E F R E E C L O U D STORAGE

Set perisian Office suite percuma ini merupakan klon kepada Microsoft Office yang mengagumkan. Jika anda mahukan storan awan hanya untuk menyimpan dokumen teks, ini adalah pilihan yang mudah. Ciri perisiannya termasuk dengan sokongan storan awan sebanyak 1 GB. Ia tidaklah banyak tetapi cukup baik untuk menyimpan dokumen teks dan PDF anda. Ia juga mudah digunakan. Hanya perlu klik “Save As” di WPS Office seperti biasa dan dokumen anda akan disimpan di dalam “server”nya.

2 . M E G A Storan awan ini menyediakan ruang simpanan sebanyak 50 GB ruang kosong dan versi aplikasi mudah alih boleh didapati oleh pengguna iOS, Android, Windows Phone, dan Blackberry. Anda boleh muat naik, muat turun, dan membuat carian fail dengan mudah. Anda juga boleh mengambil gambar secara terus melalui aplikasi Mega di telefon anda dan gambar tersebut akan terus disimpan di dalam server.

3. M E D I A F I R E Perkhidmatan simpanan atas talian MediaFire menyediakan ruang storan awan sebanyak 50 GB secara percuma jika tidak melebihi hadnya. Sebaik sahaja anda mendaftar untuk mendapatkan akaun percuma, anda akan diberikan ruang simpanan awalan 10 GB dan anda akan dapat lebih ruang simpanan percuma dengan mengajak rakan-rakan atau mengirim pautan MediaFire di media sosial. Aplikasi mudah alih MediaFire boleh didapati pada Android, iOS dan Windows Phone. Bagi pautan yang dikongsi, penerima kongsian pautan MediaFire tidak perlu untuk mencipta akaun MediaFire untuk melihat atau memuat turun fail kerana penerima dibenarkan untuk mengakses ke pautan muat turun.

4. G O O G L E P H O T O S Anda boleh mendapatkan aplikasi ini melalui Android dan iOS. Bagi iOS, ia juga menyokong fungsi Live Photos. Cuma satu sahaja kekurangan perkhidmatan simpanan gambar dan video tanpa had ini ialah gambar mestilah kurang daripada 16 megapiksel dan ia akan merendahkan kualiti video yang melebihi 1080p untuk membolehkan anda mendapatkan ruang simpanan percuma. Bahagian yang menarik ialah jika anda mempunyai banyak video untuk dimuat naik ke saluran YouTube, anda boleh terus memuat naik video-video tersebut melalui Google Photos. Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri yang membolehkan anda memadam fail-fail yang lama di bawah pilihan “Free Up Space” untuk memiliki lebih banyak ruang simpanan.

5 . pC L O U D pCloud menawarkan storan awan percuma sehingga 20 GB. Anda akan mendapat ruang simpanan 10 GB percuma apabila anda mendaftar untuk mendapatkan akaun. Manakala untuk mendapat lebih ruang simpanan, anda perlu lakukan beberapa perkara seperti menghantar “jemputan” kepada rakan-rakan atau dengan cara “like” laman Facebook pCloud. Anda boleh kongsi folder dan fail dengan sesiapa sahaja dan menyalin gambar-gambar media sosial ke akaun pCloud yang pastinya berguna dalam situasi tertentu. Ia boleh didapati dalam bentuk aplikasi mudah alih, laman web, dan aplikasi desktop. Paling menarik, ia tidak mempunyai had saiz fail dan menyokong fail di luar talian.

SUKU KEEMPAT 201 7

15


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.