SHOUT! www.cfm.my
BULETIN SUKU TAHUNAN
KDN PP 17752/11/2013 (033132)
Terbitan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia
INTERAKSI BERSAMA...
NAJWA LATIF
Tuah berkongsi bakat muzik di YouTube
APLIKASI Muzik Mudah Alih
MUZIK DI HUJUNG JARI
Mahu nikmati nikmati muzik muzik percuma percuma di di Mahu mana sahaja? sahaja? Ada Ada caranya! caranya! mana
Salinan Percuma
INSURANS TELEFON PINTAR
Kepentingan insurans dan bagaimana untuk mendapatkannya
consumer.forum.malaysia
CFM_Malaysia Q 4 2 014
1
NOTA EDITOR
Quarter 4 2015 NOTA EDITOR
3 ARTIKEL PILIHAN BUAT PEMBACA 5 PENYEDIA INSURANS TELEFON PINTAR
Dengan adanya perlindungan insurans anda akan lebih tenang. Kami sediakan lima penyedia insurans telefon dan tablet untuk anda teliti
4 APLIKASI MUZIK TELCO DENGAN MUZIK PERCUMA
Sukakan muzik? Ketahui cara penstriman muzik melalui telco anda
3 PEMBANTU DIGITAL
Senarai pembantu digital ini akan membantu memudahkan urusan harian anda KANDUNGAN
DIGIT
3
PAUTAN
4
MEDIA SOSIAL – KEPENTINGAN PROKSI PERSENDIRIAN
6
TOP GEAR – PERANTI UNTUK MUSIM CUTI
7
Kami juga menyenaraikan beberapa peranti pilihan yang sesuai dibawa ketika bercuti selain boleh dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang.
INTERAKSI – NAJWA LATIF
8
Moga tahun 2016 anda lebih baik!
SANTAI– SI PEMAIN ABJAD
10
Megat Ishak Ma’amunor Rashid Editor
ISU BULETIN – INSURANs TELEFON PINTAR
11
ZON APP – APLIKASI PENSTRIMAN MUZIK
12
DIGITAL – KEMUNCULAN PEMBANTU DIGITAL
13
MOBILITI – MEJA BANTUAN CFM
14
Bertemu kembali dalam edisi terbaharu SHOUT! 2015 adalah tahun yang membanggakan buat SHOUT! dan CFM selepas mencapai beberapa siri kejayaan antaranya ialah pembangunan aplikasi MY Mobile Rights untuk telefon pintar dan tablet, serta pengenalan maskot kami iaitu Fillo, si gajah biru. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang pada tahun ini. Dalam isu kali ini, kami menampilkan Najwa Latif, seorang penyanyi yang bermula dengan video nyanyiannya di YouTube sehinggalah namanya meningkat naik dan dikenali ramai. Najwa berkongsi tentang muziknya, industri seni tanah air dan pelbagai lagi tentang dirinya di muka 8.
KDN PP 17752/11/2013 (033132) SHOUT diterbitkan setiap suku tahunan oleh: Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM) Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) Off Persiaran Multimedia, Jalan Impact 63000 Cyberjaya Selangor T: 03-8320 9033 F: 03-8320 9083 W: www.cfm.my Dicetak di Malaysia oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Diedarkan oleh: Hotpaper Media 2
Q4 2015
Ketahui fakta tentang langganan telefon pintar di seluruh dunia, serta Laporan Mobiliti Ericsson 2015 Program Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia bersama pengguna Dapatkan tips untuk proksi laman sesawang dan ketahui manfaat serta risiko penggunaannya Perjalanan jauh tidak lagi membosankan dengan beberapa peranti yang sesuai dibawa untuk bercuti Inspirasi di sebalik kejayaan penyanyi yang telah menempa nama di dalam dan luar negara Syed Saddiq, pendebat ESL terbaik Asia berkongsi tips tentang seni perdebatan Walaupun telefon anda dilindungi dengan jaminan, anda memerlukan lebih dari itu untuk sebarang kerosakan dan kehilangan. Anda perlukan insurans telefon pintar Telco di Malaysia menawarkan perkhidmatan penstriman muzik untuk anda nikmati lagu-lagu kegemaran di mana sahaja. Berikut adalah cara untuk anda mengakses pelbagai muzik percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja! Bercakap dengan telefon untuk menguruskan tugasan anda bukan perkara aneh pada hari ini. Ketahui apa yang pembantu digital dapat lakukan untuk anda Ketahui isu-isu pengguna dengan bantuan dan tips dari CFM
DIGIT
LAPORAN MOBILITI ERICSSON NOVEMBER 2015 Langganan Telefon Bimbit Suku ke-3 2015
Jumlah keseluruhan langganan telefon bimbit pada suku ketiga 2015 sekitar 7.3 bilion termasuk 87 juta langganan baharu. Langganan telefon bimbit di seluruh dunia meningkat sebanyak 5% setiap tahun. Eropah Barat Eropah Barat
1 Juta
Amerika Latin Amerika Latin
1 Juta
1 Juta
Trafik Telefon Bimbit Global suku ke-3 2015 Trafik telefon bimbit global terus meningkat kepada 14% setiap suku tahun dan 65% setiap tahun. Ia didorong oleh pertambahan langganan telefon pintar dan pertambahan jumlah data yang dilanggan termasuk kandungan video.
5 Negara dengan tambahan internet Q3 2015 5 Negara dengan tambahan internet Q3 2015 juta
1 Juta
Pertumbuhan 65% dalam trafik data antara Q3 2014 dan Q3 2015
juta
juta
juta
juta
juta
juta
juta
juta juta Eropah Barat
5 Negara dengan tambahan internet Q3 2015
Amerika Latin
1 Juta
1 Juta
juta juta juta juta juta Q4 2010: trafik yang dijana untuk data mudah alih adalah dua kali ganda berbanding suara
87 juta langganan 87 juta langganan mudah alih baharu mudah alih baharuglobal suku ketiga 2015 global suku ketiga 2015
Suara
87 juta langganan mudah alih baharu global suku ketiga 2015
Data
Sumber: Penilaian trafik Ericsson (Q3 2015)
Tinjauan Trafik Aplikasi Mudah Alih
Jumlah trafik data mudah alih dengan aplikasi dan jenis peranti Jumlah Jumlahtrafik trafikdata datamudah mudahalih alihdengan denganaplikasi aplikasidan danjenis jenisperanti peranti
Trafik video mudah alih semakin meningkat. Pengguna lebih memilih kepada video dan aplikasi berasaskan penggunaan mudah alih berbanding melayari laman web. Trafik data mudah alih mengikut jenis aplikasi (ExaBytes)
Bahagian trafik video pada Bahagian trafik video pada Bahagian trafikdan video pada telefon pintar tablet telefon pintar tablet telefon pintardan dansecara tablet telah meningkat telah meningkat telah meningkatsecara secara berterusan berterusan berterusan
Laptop Laptop Laptop
Tablet Tablet Tablet
2015, video menyumbang 50% daripada trafik data mudah alih
15% trafik data 2015 dari penggunaan rangkaian sosial
Telefon Telefon Telefon Pintar Pintar Pintar
Berkongsi fail Berkongsi Berkongsi fail Video fail Video Video Audio Audio Audio
Melayari web Melayari web Melayari web Rangkaian sosial Rangkaian sosial Rangkaian sosial Muat turun perisian Muat Muatturun turunperisian perisian
Komunikasi masa sebenar Komunikasi Komunikasi masasebenar sebenar Lain-lain masa Lain-lain Lain-lain
Melalui ketiga-tiga jenis Melalui jenis Melalui ketiga-tiga jenis peranti,ketiga-tiga bahagian rangkaian peranti, bahagian rangkaian peranti, bahagian rangkaian sosial telah meningkat sosial sosialtelah telahmeningkat meningkat
Sumber: Penilaian trafik Ericsson 2015 Sumber: Sumber:Penilaian Penilaiantrafik trafikEricsson Ericsson2015 2015 Perbandingan penilaian trafik yang sama 2012 Perbandingan Perbandinganpenilaian penilaiantrafik trafikyang yangsama sama2012 2012
70% daripada trafik data mudah alih adalah daripada video pada 2021. Ia akan berkembang sebanyak 55% setiap tahun dalam tempoh ini
14X
pertumbuhan
Lain-lain Muat turun dan kemas kini perisian Rangkaian sosial Melayari web
Kadar penukaran bulanan bagi sistem pengendalian telefon pintar berbeza sebelum pelancaran model telefon pintar iOS baharu
Kadar penukaran bulanan bagi sistem pengendalian telefon pintar berbeza selepas pelancaran model telefon pintar iOS baharu
Audio Video Berkongsi fail
80% pengguna Android dan iOS setia kepada sistem pengendalian mereka
Corak pertukaran telefon pintar
Kadar penukaran bulanan bagi sistem pengendalian telefon pintar berbeza selepas pelancaran model telefon pintar iOS baharu Graf menandakan bilangan pengguna sedia ada (saiz adalah berkadar dengan bilangan pengguna). Anak panah menandakan pengguna beralih kepada peranti baru (lebar adalah berkadar dengan peratusan penukaran pengguna dalam sebulan).
Kadar penukaran bulanan bagi sistem pengendalian telefon pintar berbeza sebelum pelancaran model telefon pintar iOS baharu
Pada tahun 2014, kira-kira 13 juta telefon pintar dijual. Langganan telefon pintar diijangka meningkat 10% setiap tahun sehingga 2021. Kirakira 80% pengguna Android dan iOS setia dengan sistem pengendalian mereka apabila mahu menaik taraf kepada model baharu. Namun bagi pengguna telefon Windows – sekitar 60% bertukar kepada telefon pintar Android dan 15% kepada telefon pintar iOS, manakala hanya 20% bertukar kepada telefon pintar Windows. Kesetiaan turut berbeza-beza antara model bernilai tinggi dan bernilai rendah tanpa mengira sistem pengendalian. Pengguna yang menggunakan model bernilai tinggi lebih gemar memilih model baharu yang mempunyai persamaan dari pengeluar yang sama, berbanding model bernilai rendah.
Sumber: Penilaian Ericsson (Q3 2015) Graf menandakan bilangan pengguna sedia ada (saiz adalah berkadar dengan bilangan pengguna).
80% pengguna Android dan iOS setia kepada sistem pengendalian mereka
Sumber: Penilaian Ericsson (October 2015)
Graf menandakan bilangan pengguna sedia ada (saiz adalah berkadar dengan bilangan pengguna). Anak panah menandakan pengguna beralih kepada peranti baru (lebar adalah berkadar dengan peratusan penukaran pengguna dalam sebulan).
Sumber: Penilaian Ericsson (Q3 2015)
*Graf dan angka adalah ihsan daripada Laporan Mobiliti Ericsson 2015
Anak panah menandakan pengguna beralih kepada peranti baru (lebar adalah berkadar dengan peratusan penukaran pengguna dalam sebulan).
Q4 2015
3
PAUTAN CFM Anjur Mesyuarat Agung Tahunan ke-15
Pada 28 Oktober lalu, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur. AGM kali ini menyaksikan Lembaga Majlis yang dipimpin oleh Dr Elistina Abu Bakar menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada seorang Pengerusi yang baharu dilantik, Megat Ishak Maamunor Rashid termasuk ahli-ahli majlis yang baharu. Turut serta sebagai ahli majlis baharu ialah Timbalan Pengerusi, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff dari Persatuan Pengguna Kedah (CAKE). Pada majlis itu juga, pihak media telah menemuramah Pengerusi baharu CFM, Megat Ishak berhubung pelannya bagi CFM untuk tahun seterusnya.
Bintulu, ke arah bandar era digital
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bersama CFM menyertai pelancaran Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) di Kampung Jepak, Bintulu yang disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan Sarawak, YB Datuk Hj Talib Zulpilip. Majlis anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Sarawak itu diadakan bertujuan membantu penduduk Bintulu menuju ke arah bandar digital. Ia berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 November di Kampung Jepak. CFM dan CMCF menyertai Program Jelajah Jejak Digital untuk memberi penerangan tentang hak sebagai seorang pengguna. CFM turut mengambil bahagian sebagai pempamer dan turut diundang sebagai penceramah untuk memberi penerangan kepada penduduk tentang hak-hak pengguna, peranan CFM untuk membantu pengguna jika mereka menghadapi sebarang masalah dengan penyedia perkhidmatan termasuklah cara-cara membuat aduan ke saluran yang betul. 44
QQ4 4 22015 014
PAUTAN CFM sertai program advokasi MCMC
Bandaraya bersejarah Melaka dimeriahkan dengan Program Advokasi MCMC yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat celik teknologi, berkemahiran dan bertanggungjawab melalui pendekatan sokongan yang proaktif terhadap masyarakat. Majlis yang berlangsung selama sehari pada 28 November lalu, dikelolakan oleh jabatan di bawah MCMC di padang komuniti, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Melaka. Pengunjung juga dapat menyertai karnival mini dan bengkel ICT untuk memantapkan pengetahuan masyarakat. Melalui program inisiatif MCMC itu, pelbagai informasi diberikan seperti Klik Dengan Bijak, E-Waste, Periksa Label Anda, dan Juara Digital. Lebih 500 peserta dari komuniti tempatan mengambil bahagian dalam program ini. CFM juga mengambil peluang mendekati komuniti tempatan dengan memberikan pengetahuan tentang hak pengguna dalam bidang komunikasi dan multimedia. CFM juga menunjukkan kaedah untuk membuat laporan jika terdapat sebarang masalah dengan penyedia perkhidmatan selain mendedahkan jumlah aduan yang diterima tentang talian terputus, isu bil dan kualiti liputan.
Temubual majalah teknologi terkemuka bersama Pengerusi CFM
Dalam usaha untuk memberi pendedahan mengenai CFM, Pengerusinya, Megat Ishak Maamunor Rashid berkongsi tentang isu industri bersama T3, sebuah majalah teknologi terkenal di kalangan penggemar teknologi. Dalam temubual yang diadakan pada Disember lalu itu, beliau menjelaskan tentang tugasnya sebagai Pengerusi baharu CFM dan usaha yang dilakukan oleh CFM untuk memperkasakan pengguna.
Q 4 2015 2 014 Q4
55
MEDIA SOSIAL
Kepentingan Kerahsiaan
Menjalankan langkah kerahsiaan di dalam talian menerusi proksi
S
ecara teorinya, Internet sememangya tiada sempadan, namun ia mempunyai beberapa jenis sempadan untuk menyekat maklumat ataupun kandungan. Sebagai contoh, terdapat kandungan filem dan permainan yang tidak boleh ditonton di negara tertentu. NetFlix adalah contoh laman strim video yang baharu dilancarkan di Malaysia. Kandungan Netflix berasaskan geografi. Jika anda log masuk sebagai pengguna Malaysia, anda tidak akan dapat menonton beberapa kandungan seperti yang diperolehi pengguna Amerika Syarikat atas sebab perjanjian lesen dan keperluan tapisan. Secara umumnya, jika anda cuba mengakses kandungan dalam talian, anda perlu memindahkan beberapa maklumat untuk memohon dan memperolehi kandungan yang diminta termasuklah alamat Protokol Internet (IP) anda kepada penyedia perkhidmatan internet (ISP) anda. Ia menunjukkan dari mana lokasi anda log masuk. Jika kandungannya dibenarkan, anda boleh terus mengakses. Jika tidak, anda akan disekat oleh ISP atau lokasi pelayan terhadap carian yang anda lakukan. Ada juga organisasi seperti sekolah dan syarikat yang menapis kandungan dan laman web atas sebab tertentu, termasuklah bagi mengelakkan ia disalah guna. Ia adalah laman web proksi. Laman web proksi bertindak sebagai perantara maklumat, dengan menghantar permintaan anda seolah-olah anda log masuk dari negara lain atau alamat IP berbeza. Sebagai contoh, seseorang yang berada di Malaysia menggunakan proksi untuk mengakses laman yang terhad seperti NetFlix, namun dengan proksi, ia akan membuatkan anda seolah-olah log masuk dari negara Amerika Syarikat. Individu yang mahukan identiti mereka tidak terdedah turut menggunakan proksi untuk menyembunyikan kehadiran mereka ketika di dalam talian.
Internet
Proksi
Internet
Pejabat Wilayah
Internet
Ibu Pejabat
Pejabat Wilayah
Pengguna Jarak Jauh
Tanpa nama bukan percuma Kebanyakan proksi adalah berasaskan laman web dan ia boleh didedahkan hanya menggunakan enjin carian Google. Kebanyakannya adalah percuma, namun ia ditampung dengan pengiklanan. Walaupun ianya berkesan untuk menyembunyikan IP anda dari pemeriksaan keselamatan, trafik internet masih boleh dipantau oleh mereka yang berpengetahuan. Ia bukan satu jaminan pelayan proksi akan menyimpan log masuk pengguna. Malah tiada sebarang jaminan apa yang akan terjadi terhadap data di dalam pelayan proksi tersebut. Satu lagi kaedah untuk terus mengekalkan privasi ialah menggunakan Rangkaian Persendirian Maya, (VPN) yang mencipta sambungan yang lebih selamat antara komputer peribadi dan pelayan destinasi dari semua lokasi Internet. Laluan internet melalui VPN telah dikodkan, malah ia akan menghalang orang luar memantau sebarang aktiviti dilakukan. Kaedah ini turut memintas pendikitan ISP, satu kaedah yang akan mengehadkan dan mengawal penggunaan jalur lebar. Namun, pelayan VPN akan menyimpan log masuk, kebiasaannya bagi rangkaian VPN korporat persendirian untuk menghalang salah guna. Penggunaan VPN seperti ini akan dikenakan yuran bulanan. Walaupun terdapat banyak laman web menyediakan proksi secara percuma untuk pintasan sekatan sesebuah negara, ia tidak menyediakan privasi secara menyeluruh. VPN menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih privasi tetapi mungkin menelan belanja yang banyak. Tidak menyalahi undang-undang jika anda mahu mengakses sesebuah laman web menggunakan proksi ataupun VPN. Tetapi sebagai pengguna, anda perlu bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang dilakukan di atas talian. Jika digunakan secara bijak, dan lebih ramai yang menggunakannya dengan bertanggungjawab, proksi dan VPN akan menjadi alat yang paling berguna bagi pengguna web. 6
QQ4 4 2015 2 0 14
top gear
TOP GEAR
Top Gear - Pilihan untuk Percutian
Musim cuti kini kembali dengan pelbagai perayaan akan disambut bersama keluarga di kampung. Pasti ramai yang akan berpusu-pusu pulang ke kampung dan akan berlaku kesesakan trafik, kelewatan jadual penerbangan, begitu juga dengan kesesakan di stesen bas. Keadaan ini sudah tentu akan membuatkan anda berasa bosan sementara menunggu keadaan kembali pulih. Berikut adalah beberapa peranti pilihan SHOUT! yang dapat mengisi waktu luang anda ketika dalam perjalanan ke destinasi agar anda dapat menikmati percutian. Selamat bercuti!
Klipsch Reference R6i On-Ear
1
RM649 www.tcacoustic.com.my
Sepasang fon kepala berukuran 40mm ini nampak selesa dengan berat sekitar 160g. Fon kepala ini boleh dilaras mengikut ukuran kepala. Ia turut dilengkapi dengan kawalan tiga butang yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon. Rekaan cawan telinga yang berputar serta kedap bunyi membolehkan anda mendengar lagu dengan selesa tanpa ada gangguan bunyi bising seperti kanakkanak menjerit dan dengkuran penumpang lain.
10,000mAh Mi Power 2 Xiaomi Bank Special Edition
RM65 www.mi.com/my
Apabila telefon bimbit atau tablet kehabisan bateri ketika dalam perjalanan, ia adalah suatu perkara yang mencemaskan. Powerbank Xiaomi ini lebih memudahkan penggunanya kerana dicipta lebih ringan. Ia mampu mengecas penuh iPad dalam satu masa. Manakala boleh mengecas iPhone 6 sebanyak tiga kali. Saiznya sebesar kad kredit dan bahagian luarnya disaluti aluminium.
Asus ZenPad 7.0
RM749 store.asus.com/my
3
Pad kompak berukuran 7 inci ini mempunyai pemproses Atom X3-C3230 64-bit, paparan beresolusi 1280 x 800 piksel, boleh membuat panggilan telefon serta mempunyai bateri yang tahan lama untuk anda terus berhibur ketika dalam perjalanan jauh. Apa yang memberikan ianya kelainan dari pesaingnya, ia mempunyai plat belakang yang dapat meningkatkan lagi fungsinya. Dengan bateri tambahan plat belakang yang dapat menambah jangka hayat bateri, ia juga boleh menjadi pembesar suara untuk mendengar muzik.
4
Western Digital My Passport Wireless 1TB
RM688 www.wdc.com/en
Dilengkapi dengan Wi-Fi dengan bateri bersepadu ia mampu bertahan sehingga enam jam. My Passport Wireless membolehkan anda membuat salinan semua gambar percutian anda dengan lebih pantas dan efisien tanpa menggunakan sebarang kabel. Ia turut dilengkapi dengan pembaca kad yang membolehkan anda memindahkan imej secara terus dari kad SD kamera anda untuk simpanan yang lebih selamat. Anda juga boleh menggunakannya untuk penstriman media tanpa wayar kepada televisyen dan peranti lain. Q 4 2 014
Q4 2015
7
7
INTERAKSI
NAJWA LATIF
Penyanyi dan idola remaja, Najwa Latif mungkin agak baharu dalam industri muzik tanah air. Namun, beliau mempunyai pengikut muziknya tersendiri. Bintang muda yang semakin meningkat naik ini berkongsi serba sedikit tentang kehidupannya dan inspirasi di sebalik kerjaya seninya. Latar belakang Najwa Latif. Nama sebenar saya Imratul Najwa binti Abdul Latif tetapi lebih dikenali sebagai Najwa Latif. Berusia 20 tahun pada tahun ini dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Ibu bapa saya adalah guru. Saya anak ketiga dari empat adik beradik. Saya sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris (Kepujian) di Universiti Antarabangsa UNITAR. Dalam masa yang sama, saya juga menyanyi secara separuh masa. Bagaimana boleh menjadi seorang penyanyi dan menjalankan latihan muzik? Ibu bapa sangat menyokong saya dalam bidang muzik ini. Selepas saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), bapa memberi saya peluang untuk mengikuti kelas muzik. Pada masa itu, saya dan adik perempuan sangat meminati kumpulan pop duo dari Norway, M2M serta potongan rambut mereka. Adik perempuan saya memilih untuk bermain piano dan saya pula memilih gitar. Saya juga meminati Justin Bieber kerana suaranya yang unik serta kebolehannya bermain gitar. Atas sebab itulah saya turut memilih untuk bermain gitar. Namun selepas beberapa sesi kelas latihan, saya menjadi bosan dan tidak mahu meneruskannya.
Bagaimana proses kreatif dilakukan dalam penghasilan lagu-lagu anda? Kebanyakan lagu yang dihasilkan adalah secara spontan. Proses kreatif adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Kadangkala, proses kreatif bermula dengan hanya satu perkataan atau beberapa baris ayat dan saya kembangkannya menjadi lirik sehingga ia menjadi sebuah lagu.
Apakah antara teknologi yang anda gunakan untuk menghasilkan lagu? Saya sebenarnya lebih gemar menghasilkan lagu menggunakan gitar. Selalunya saya akan menggunakan gitar untuk mencipta melodi dan disertai alat muzik yang lain. Tetapi Kakak dan bapa mencadangkan supaya saya memuat saya juga terbuka untuk menghasilkan lagu dengan menggunaik sesi latihan saya ke dalam YouTube. Selepas beber- nakan teknologi lain pada masa akan datang. apa bulan saya menyanyikan beberapa lagu popular, seorang blogger bernama CikEpal membuat ulasan tentang Bagaimana anda membahagikan masa antara pelajaran saya dan tontonan video di YouTube saya naik mendadak. dan menyanyi? Ia berlaku pada tahun 2011 selepas beberapa bulan Saya amat menyukai bahasa Inggeris dan saya mahu memsaya memuat naik video di YouTube, malah ada syarikat perbaiki kefasihan saya. Bermain alat muzik juga memrakaman yang memberi tawaran. Akhirnya saya ke NAR buatkan saya lebih tenang. Memang seronok untuk buat Records iaitu syarikat rakaman pertama saya sehingga kedua-duanya sekali. Syarikat rakaman saya bersetuju untuk sekarang. Pada usia 16 tahun, saya mengeluarkan lagu menyusun jadual nyanyian pada hujung minggu, manakapertama saya iaitu Cinta Muka Buku yang dicipta sendiri la pada hari biasa saya akan pergi ke kelas. Pada mulanya oleh saya dan liriknya pula ditulis oleh kakak saya. Lagu memang agak sibuk, namun saya sudah terbiasa dan saya itu berjaya mendapat satu juta tontonan dalam masa be- merasakan ia adalah pengalaman yang menarik. berapa minggu. Apa pandangan anda tentang perkhidmatan penstriman online seperti Spotify dan YouTube. Adakah ia Dari mana datangnya inspirasi untuk mencipta lagu? muzik memberi kesan terhadap kerjaya anda sebagai artis? Inspirasi saya datang dari orang sekeliling dan keluarga. Medium seperti itu sebenarnya sangat bagus untuk peminat Dari pengalaman mereka, saya dan kakak mencipta lagu mengetahui hasil kerja terbaharu saya. Dahulu orang teryang mempunyai unsur cinta, persahabatan, dan nilai- paksa ke kedai untuk mencari CD artis. Untuk menghasilkan nilai positif. Gaya muzik saya lebih kepada pop kerana CD pula, kedudukan anda dalam bidang muzik perlu kukuh kebanyakan lagu saya ditulis dalam bentuk yang mudah dan mantap. Tetapi kini semuanya menggunakan platform difahami oleh semua orang. online. Dengan medium digital baru yang kita ada sekarang, lebih mudah untuk artis berkongsi perkembangan mereka kepada peminat dan mendapatkan pendedahan. 88 QQ4 4 22015 014
INTERAKSI
Kini anda sudah popular, bagaimana anda jalani kehidupan sekarang? Saya tidak pernah merasakan diri saya seorang yang terkenal. Saya hanya seorang gadis yang minat pada muzik, dan bertuah dapat menghasilkan lagu dan menyanyikannya di atas pentas bersama-sama peminat di seluruh negara. Ianya pengalaman yang sangat menarik. Saya bersyukur dan amat menghargai mereka yang mahu menyanyikan lagu-lagu saya. Bagaimana pengalaman berkolaborasi bersama penyanyi China, Lee Hom pada tahun 2013? Apakah perasaan anda bila dapat bersama di atas satu pentas? Apabila pengurus saya memaklumkan bahawa Lee Hom telah menonton video saya di YouTube menyanyikan lagu beliau, saya merasakan saya adalah orang yang paling bertuah. Saya amat terharu dengan sambutan penonton sebaik sahaja saya dan Lee Hom naik ke pentas. Hanya dua perkara yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu, Lee Hom seorang yang kacak dan impian saya telah menjadi kenyataan. Apa perancangan anda selepas ini dalam bidang nyanyian? Saya mahu menghabiskan pengajian saya di peringkat Sarjana dalam bidang TESL dalam tempoh lima tahun akan datang. Bagi kerjaya nyanyian saya pula, saya akan terus berkongsi muzik yang saya hasilkan selagi ada orang yang ingin mendengar. Apakah perkembangan terkini industri muzik Malaysia, dan apakah yang boleh dilakukan untuk membawa industri muzik Malaysia ke peringkat antarabangsa? Apa yang saya dapat lihat, industri tempatan semakin meriah dengan pendatang baharu. Masih ada ruang untuk diperbaiki lagi bagi industri muzik Malaysia. Bagi saya, semua pemuzik tempatan perlu dilayan sama rata kerana setiap kami ada kelebihan masing-masing terhadap muzik yang kami bawa, dan bukan sekadar reputasi semata-mata. Nasihat buat yang bercita-cita menjadi artis di luar sana Teruskan perjuangan muzik anda. Teruskan usaha, dan yang paling penting jadilah orang yang berguna kepada diri sendiri dan keluarga.
SENARAI LAGU NAJWA
Berikut antara lagu Najwa Latif yang popular di YouTube. Cinta Muka Buku bit.ly/1QNCDq7
Ini adalah lagu pertama sebagai pengenalan dalam industri muzik Malaysia. Saya dan kakak menamakan lagu ini sebagai lagu “cari makan.� AdaMu bit.ly/1OlGO5u
Lagu ini mempunyai nilai sentimental yang amat besar buat saya dan kakak. Ia ditulis ketika bulan puasa pada tahun 2012, dan dikeluarkan pada masa sama tahun berikutnya. Satu bit.ly/1OPQoOL
Ini adalah single terbaharu saya. Ia adalah lagu yang mengingatkan kita bahawa tidak salah untuk memberikan peluang kedua dan sokongan kepada orang yang tersayang untuk kebaikan bersama. Q4 2015
9
SANTAI
PEMAIN ABJAD
Terpelajar dan petah. Itu yang boleh digambarkan tentang Syed Saddiq, seorang pendebat terbaik Asia dalam kategori English as Second Language (ESL) dan salah seorang pensyarah sambilan paling muda dalam sejarah UIAM dan juga pemenang anugerah Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali. Beliau berkongsi tentang adab seni perdebatan dan bagaimana ia boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.
S
aya berasal dari Johor Darul Takzim dan berbangga menjadi anak Malaysia. Saya merupakan anak bongsu dari empat orang adik-beradik. Ibu saya adalah seorang guru sekolah menengah manakala ayah saya sudah bersara. Saya belajar di Maktab Tentera Diraja (RMC) di mana saya menamatkan kursus Latihan Asas Kententeraan saya dan persekolahan saya di situ. Saya kini seorang penyelidik bagi kumpulan pemikir tempatan, pensyarah sambilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kolumnis untuk Yahoo Malaysia dan MalaysiaKini juga seorang jurulatih debat bagi Pasukan Malaysia. Lima tahun lepas, saya tidak pernah menjangka dengan apa yang telah saya capai pada hari ini. Apa yang paling memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan semua ini kerana hasrat untuk mengibarkan bendera Malaysia di seluruh dunia. Saya ingin membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Muslim Malaysia juga kompeten setanding dengan cendekiawan terbaik dunia. Role model saya ialah ibu saya. Walaupun datang dari latar belakang yang serba kekurangan, beliau adalah seorang pejuang, tidak pernah mengalah dan seorang diplomat secara semula jadi. Pada mulanya saya seorang yang tidak fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris dan tidak mempunyai pengetahuan am yang luas. Saya menyertai pasukan debat pada tahun akhir saya di RMC dengan tujuan untuk memperbaiki Bahasa Inggeris dan pengetahuan am saya. Perdebatan saya yang pertama ialah pada kejohanan sekolah menengah bertanding dengan sekolah perempuan. Saya kalah tetapi ia satu pengalaman yang berharga. Untuk menjadi lebih baik, saya berlatih cara pengucapan saya di hadapan cermin setiap hari. Latihan akan menjadikannya sempurna. Di dalam dunia perdebatan, minat dan usaha amat penting. Anda perlu banyak membaca untuk berdebat dengan lebih berkesan. Jika anda mahu menjadi pembahas yang diyakini, anda perlu membaca semua bahan bacaan! Itu adalah syarat utama bagi seorang pendebat. Anda perlu menjadi seperti ensiklopedia dan sedia berdebat mengenai pelbagai isu dari isu sukan hingga isu politik Palestin-Israel. Ini kerana dalam debat varsity topik hanya diberikan 15 minit sebelum debat bermula dan akses kepada internet tidak dibenarkan. Ilmu perdebatan yang saya pelajari boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Saya belajar untuk menjadi diplomatik dan kepentingan berpolitik dalam kehidupan. Ia boleh digunakan dalam kehidupan kita pada hari ini yang lebih banyak berinteraksi di media sosial yang memerlukan kita merumuskan hujah-hujah dengan baik dalam memberikan pendapat. Debat juga menjadikan saya seorang pembaca dan memberi saya peluang untuk menjadi seperti hari ini. Debat bukan hanya hobi tetapi ia adalah gaya hidup. Sifat pendebat tidak tamat di akhir pertandingan, tetapi ia membina diri anda.
“Inspirasi saya adalah hasrat untuk mengibarkan bendera Malaysia di seluruh dunia.�
TIP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SYED SADDIQ
Ikuti Syed di Facebook, syed.saddiq.1 dan Instagram, @syedsaddiq Sentiasa kenal pasti hasil daripada catatan anda agar anda dapat perbetulkan kesilapan lalu dan perbaiki kualiti catatan anda. Jangan lontarkan sebarang hinaan kerana ia kelihatan kurang professional. Sentiasa tenang ketika memberikan pendapat. Sentiasa ingat bahawa media sosial adalah ruang awam. Apa yang anda siarkan akan dinilai oleh orang ramai. Dapatkan maklum balas daripada rakan-rakan dan keluarga. 10 10
Q 4 2015 2 014 Q1 Q4 2015
Syed Saddiq
ISU BULETIN
Insurans Telefon pintar: Tidak perlu bimbang terhadap sebarang kemalangan
W
alaupun terdapat pelbagai inovasi dilakukan untuk meningkatkan ketahanan sesebuah telefon pintar seperti pelindung skrin serta sarung telefon anti gegaran, ia masih lagi tidak mencukupi untuk melindungi telefon bimbit dari kecuaian manusia. Kesilapan dilakukan manusia akan menyebabkan wang ringgit melayang begitu sahaja jika telefon pintar anda jatuh ke lantai ataupun terjatuh ke dalam air. Benar, anda boleh membaikinya, tetapi anda perlu ingat, kos membaiki mungkin hampir sama dengan harga sebuah telefon baharu. Kos akan menjadi lebih besar jika waranti telah tamat. Selain dari kehilangan sebuah telefon bimbit, senarai nombor telefon, gambar serta data penting turut hilang. Walaupun anda mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti, tetapi ada jalan lain yang boleh dilakukan untuk melindungi telefon pintar anda iaitu dengan insurans telefon bimbit. Insurans telefon sebenarnya telah lama wujud di pasaran negara lain. Ia adalah satu pembangunan baharu dalam pasaran tempatan yang menawarkan perlindungan tambahan selain membeli tempoh lanjutan waranti dari pihak pembekal atau penjual telefon. Waranti melindungi kes kerosakan fizikal, manakala polisi insurans telefon turut melindungi kes kecurian dan kerosakan disebabkan oleh air yang perlu dibayar setiap bulan. Pakej premium biasanya berbeza mengikut nilai peranti yang diinsuranskan. Polisi yang disediakan juga mungkin berbeza. Ada polisi yang melindungi telefon bimbit dari dicuri, tetapi ada yang tidak. Ada juga polisi yang hanya menginsuranskan telefon bimbit yang dibeli secara kontrak dari Telco tertentu. Sebelum melanggan, teliti kos yang dikenakan dan apakah perlindungan yang terdapat dalam polisi itu. Baca terma dan syarat. Berikut adalah senarai Telco yang menyediakan perkhidmatan insurans: Nama Polisi U Care Plus 8
Telco dan Laman Web
Bayaran setiap bulan
Maklumat
U Mobile
RM8 setiap bulan/RM88 setiap tahun +RM50 bayaran lebihan untuk peranti baharu/RM75 untuk peranti berusia 10 bulan atau kurang.
Peranti yang diinsuranskan perlu berusia kurang dari 10 bulan dan boleh dibeli dari pembekal pihak ketiga. Ia melindungi kerosakan yang tidak disengajakan termasuk air. Penggantian untuk peranti yang tidak dapat dibaiki. Tuntutan tidak melebihi RM1000.
Serendah RM15 sebulan untuk peranti pelan Maxis. Bayaran pemprosesan RM100 untuk penggantian segera atau peranti rosak yang masih dalam tempoh waranti. Caj khidmat penggantian turut dikenakan bagi kecurian, kerosakan yang tidak sengaja ataupun rosak.
Perlu membeli pelan telefon dan peranti dari Maxis dalam tempoh 5 hari pembelian peranti. Insurans melindungi telefon akibat kecurian, gagal berfungsi dan kerosakan yang tidak disengajakan. Perlindungan terhadap panggilan tidak sah sehingga RM500. Penggantian peranti baharu termasuk waranti selama 90 hari.
Dari RM13 setiap bulan / dari RM145 Premium tahunan. Caj penggantian dari RM120 dan bayaran baik pulih dari RM60.
Peranti perlu dibeli melalui kedai yang disenaraikan. Perlindungan bagi kemalangan yang tidak sengaja, peranti dimasuki air atau kerosakan disebabkan air. Turut melindungi bil telefon dan perlindungan kontrak sehingga RM1000. Tiga bulan waranti untuk baik pulih termasuk tiga bulan tambahan waranti.
Dari RM8 sebulan bergantung kepada nilai peranti. Bayaran penggantian telefon dari RM25.
Perlu membeli perlindungan dalam tempoh 30 hari untuk peranti yang dibeli di mana-mana kedai DiGi. Kerosakan akibat cecair atau kerosakan tidak disengajakan. Perlindungan bersyarat untuk kecurian (rompak, ragut); peranti yang dicuri diganti dengan set yang baharu dan proses tuntutan akan diproses dalam tempoh 24 jam. Insurans tidak termasuk kecurian akibat kelalaian. Tujuh hari untuk baik pulih, jaminan tiga bulan selepas baik pulih.
Dari RM4 sebulan untuk bertukar ke pasca bayar. Dari RM9 sebulan untuk bertukar dan ganti ke pasca bayar. Kadar bayaran bergantung kepada harga peranti yang diinsuranskan. Bayaran pertukaran dari RM75 bagi setiap permohonan dan dari RM260 bagi penggantian (tidak termasuk GST).
Pelanggan prabayar dan pascabayar layak melanggan. Pelanggan perlu membeli peranti dengan pelan Celcom baharu atau sedia ada di kedai Blue Cube, Celcom Xclusive atau kedai jualan lain. Pelanggan pascabayar perlu membayar wang pendahuluan untuk sebulan, pelanggan prabayar perlu membayar wang pendahuluan untuk tempoh 6 atau 12 bulan. Pertukaran telefon dibenarkan untuk sebarang sebab. Perkhidmatan penggantian dan pertukaran untuk peranti yang tidak lagi menjadi milik anda.
www.u.com.my/ucare Maxis Device Protection Program
Maxis www.brightstarprotect.com/maxis
Cover Plus
Ingram Micro www.imcoverplus.com.my DiGi
Mobisure Device Insurance
new.digi.com.my/ecomm_C/ services/default/Mobisure_ Device_Insurance_Prepaid Celcom
Phone Care www.celcom.com.my/personal/ services/phonecare * Kadar dan polisi dikeluarkan ketika dicetak.
QQ4 4 22015 014
11 11 9
ZON APP
aplikasi MUZIK MUDAH ALIH TERBAIK
Aplikasi mudah alih penstriman muzik
Anda pencinta muzik? Berikut adalah perkhidmatan penstriman muzik disediakan oleh penyedia perkhidmatan untuk anda nikmati muzik pada hari ini!
Spotify Premium untuk Maxis Anda boleh dapatkan perkhidmatan penstriman muzik Spotify Premium dengan diskaun 30% sebulan (RM9.99 sebulan) apabila melanggan menggunakan akaun pascabayar Maxis anda atau dapatkannya secara percuma jika anda melanggan pelan pascabayar MaxisONEPlan 98 atau pelan lebih tinggi. Yonder Music untuk Celcom Jika anda pelanggan pascabayar Celcom, anda boleh nikmati perkhidmatan penstriman tanpa iklan Yonder Music secara percuma selama setahun. Perkhidmatan ini tidak memakan kuota data anda dan hanya boleh diakses melalui aplikasi pada peranti iOS atau Android. Music Freedom untuk Digi Aplikasi perkhidmatan percuma bagi pelan pascabayar 68 dan pelanggan pelan lebih tinggi memberikan anda penstriman muzik secara percuma daripada pelbagai perkhidmatan penstriman muzik agar anda dapat menggunakan aplikasi muzik kegemaran anda seperti SoundHound, Tidal, Deezer atau Apple Music, Spotify dan banyak lagi. Music Streaming dengan UMobile Perkhidmatan penstriman muzik U Mobile disediakan untuk pengguna prabayar terpilih, pengguna pascabayar dan pelan jalur lebar untuk anda membuat penstriman muzik tanpa had dari KKbox, Hitz. fm, Era.fm dan My.fm menerusi aplikasi mudah alih dan laman web mereka. *Sila rujuk ke laman web penyedia perkhidmatan anda bagi terma dan syarat yang lebih lengkap dan tepat. 12 12
Q 4 2015 2 014 Q4
DIGITAL
BERCAKAP DENGAN SAYA
Kemunculan Pembantu Digital
J
ika dahulu, seseorang akan meminta bantuan orang lain untuk bertanyakan arah ke sesuatu lokasi. Namun, dengan adanya teknologi pada hari ini, seseorang hanya menggunakan telefon pintar untuk mencari arah ke lokasi yang ingin dituju. Ironinya, sukar untuk mengetahui sama ada individu itu sedang membuat panggilan telefon atau sedang bercakap dengan telefon mereka. Inilah dia era pembantu digital. Ramai yang membayangkan pembantu digital lebih kepada kewujudan imej seperti dalam filem yang dibintangi oleh Tony Stark dan Jarvis. Hakikatnya, pembantu digital tidak begitu pintar untuk menguruskan keperluan harian manusia. Pembantu digital yang wujud di pasaran ketika ini ialah Siri keluaran Apple yang boleh dikatakan paling popular. Google Now yang digunapakai pada kebanyak an telefon Android pula dikatakan lebih berkebolehan namun tidak begitu popular. Selain itu, Microsoft Cortana pula antara yang cepat membangun malah ia juga bahagian paling penting kepada Windows 10, di mana terdapat dalam kebanyakan komputer riba.
Google Now On iOS and Android
Apple Siri
Microsoft Cortana
Antara Kerahsiaan dan Kecekapan
Walaupun kebolehannya berbeza, pembantu digital adalah kaedah terpantas untuk mendapatkan maklumat melalui arahan suara. Dengan pembantu digital, anda boleh membuat panggilan, menaip emel, mengakses dan menambah sebarang janji temu ke dalam kalendar serta menulis nota dengan menggunakan suara anda. Kebiasaannya, anda perlu menyebut ayat dengan jelas kepada pembantu digital tersebut bagi membolehkan ia memahami arahan yang diberikan. Pembantu digital ini juga turut berdepan kesukaran memahami loghat yang dituturkan. Malangnya, kebanyakan pembantu digital mempunyai sifat yang tidak aktif. Anda perlu memaklumkan kepadanya untuk melakukan sesuatu. Ia tidak dapat meramal kehendak anda. Sebagai ganti, pembantu digital perlu mengakses emel peribadi anda. Dengan akses tersebut, pembantu digital seperti Google Now akan memperolehi maklumat awal dan menawarkan beberapa siri bantuan seperti maklumat penerbangan sebelum anda memulakan perjalanan. Namun, anda perlu mengorbankan privasi anda untuk mendapatkan kecekapan tersebut. Bagaimanapun, tidak semua pembantu digital dapat berfungsi dengan baik pada semua peranti. Ada juga yang tidak berfungsi sepenuhnya dengan aplikasi lain. Siri untuk Apple, hanya berfungsi untuk iPhone dan iPad sahaja. Google Now pula terdapat pada Android atau peranti iOS serta komputer peribadi anda dan berfungsi dengan baik menggunakan akaun Gmail. Microsoft Cortana terdapat pada telefon Windows, komputer peribadi, iOS dan Android dan akan berfungsi dengan baik jika dapat mengakses kepada akaun Outlook. Terdapat beberapa pembantu digital yang lain seperti Facebook M dan Amazon Alexa yang akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Walaupun kesemuanya mempunyai kebolehan yang sama, ia bergantung kepada peranti yang anda guna. Buat masa ini, pembantu digital tidak akan membantu anda sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya akan mengaturkan segala temujanji dan peringatan yang telah ditetapkan. Malah ia langsung tidak akan merungut bekerja untuk anda. QQ4 4 22015 014
1313 9
MOBILITI
MEJA BANTUAN CFM
SURAT PILIHAN
Masalah Tontonan
S
Saya melanggan IPTV tempatan dan telah menikmati perkhidmatan itu sejak Jun 2014. Dua tiga bulan yang lalu, saya menyedari bahawa kualiti video menjadi semakin buruk. Sejak akhir-akhir ini, saya tidak dapat menonton apa-apa siaran pun tetapi masih membayar yuran langganan bulanan saya. Saya ingin membatalkan langganan itu serta-merta tetapi saya dimaklumkan bahawa saya akan melanggar kontrak dan perlu membuat bayaran lebih disebabkan oleh penamatan awal kontrak. Apa yang perlu saya lakukan? Crystabel
J
Kami telah menghubungi penyedia perkhidmatan anda dan mereka telah melaporkan bahawa mereka telah menghantar satu pasukan juruteknik untuk menyiasat perkara itu di rumah anda. Selepas melakukan siasatan, mereka mendapati tiada masalah pada talian anda dan gangguan perkhidmatan itu adalah disebabkan oleh masalah teknikal pada modem anda. Selepas menyelesaikan masalah ini, kami difahamkan bahawa perkhidmatan itu sudah dipulihkan. Sila periksa peralatan anda dengan kerap untuk memastikan gangguan perkhidmatan yang minimum. MEJA BANTUAN CFM Anda ada pertanyaan atau pertikaian mengenai talian tetap, perkhidmatan mudah alih, Internet, TV atau radio? Hantarkan aduan anda kepada CFM melalui e-mel di aduan@cfm.org.my. Aduan terpilih dan penyelesaian daripada pihak kami akan dikongsikan di bahagian ini agar pembaca dapat memahami tentang hak AND MULTIMEDIA mereka sebagai pengguna. COMMUNICATIONS CONSUMER FORUM OF MALAYSIA
14
Q4 2015
TALIAN BERSILANG
S
Saya mempunyai akaun pascabayar dengan penyedia perkhidmatan tempatan dan membayar bil saya tepat pada masanya. Saya menerima panggilan daripada pemungut hutang mengatakan bahawa saya berhutang dengan penyedia perkhidmatan tetapi saya tidak sama sekali berhutang dengan mereka. Apa yang berlaku? Anton
J
Selepas memeriksa dengan penyedia perkhidmatan anda, kami mendapati bahawa terdapat kesilapan oleh agensi pengutip hutang yang menelefon nombor anda secara tidak sengaja. Penyedia perkhidmatan anda memberi jaminan kepada kami bahawa mereka akan berusaha untuk mengelakkan kesilapan serius ini daripada berulang pada masa depan.
MASALAH TALIAN TETAP
S
Saya menjalankan perniagaan tetapi talian tetap telefon dan faks saya menghadapi masalah dan tidak boleh digunakan. Saya tidak pasti apa puncanya dan meminta juruteknik untuk membantu memperbaiki atau mencari punca masalah ini. Tetapi tiada siapa yang datang. Penyedia perkhidmatan memaklumkan mereka akan menghantar seseorang tetapi sehingga kini tiada sesiapa dari pihak mereka yang muncul. Muhammad
J
Selepas bertanya dengan penyedia perkhidmatan anda, kami diberitahu bahawa mereka telah menghantar satu pasukan teknikal selepas anda membuat aduan kepada CFM. Pasukan teknikal sudah menyiasat masalah ini dan mendapati ia berpunca daripada isu kabel. Bagaimanapun, ia telah diselesaikan. Penyedia perkhidmatan memberi jaminan bahawa mereka akan cuba untuk memberi respon lebih cepat pada masa akan datang dan akan memaklumkan kepada anda dan pelanggan lain jika terdapat sebarang kelewatan untuk menghantar pasukan teknikal mereka.
*Penggunaan bahasa dalam surat pilihan telah diubahsuai bagi memudahkan bacaan