®
AS A FOREIGN LANGUAGE Series editors: Norshah Aizat Shuaib and Zaharah Othman.
2 Keluarga dan Haiwan Peliharaan Family and Pets Objektif Pembelajaran Learning Objectives By the end of this topic, you will be able to: ✓✓talk about your family and pets ✓✓use vocabulary relating to activities you do with your family ✓✓understand salutations used in a Malay family
Mari Bermula Senaraikan nama saudara-mara anda yang rapat dan tentukan hubungan anda dengan mereka. Saudara-mara ini boleh terdiri daripada ahli keluarga sendiri dan adik-beradik di sebelah ibu atau bapa. Fikirkan juga nama panggilan yang selalu anda gunakan untuk memanggil mereka, selain nama mereka sendiri. Apakah aktiviti yang paling anda suka lakukan bersama mereka?
Fokus Kosa Kata Lihat carta keluarga di bawah dan tentukan hubungan setiap ahli keluarga dengan Danial.
Hazim (35 tahun)
Kalsom (63 tahun)
Zakiah (30 tahun)
Haziq (8 tahun)
Kamal (27 tahun)
Irfan (7 tahun)
Aishah (6 tahun)
Nurul (27 tahun)
DANIAL (5 tahun)
Naufal (1 tahun)
ibu bapa bapa saudara ibu saudara sepupu adik adik bongsu abang sulung kakak datuk nenek Lihat halaman sebelah. Tentukan kosa kata yang sesuai bagi merujuk hubungan antara setiap ahli keluarga dengan Danial.
14
2 Keluarga dan Haiwan Peliharaan
Rahmat (65 tahun)
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 14
10/20/16 4:12 PM
Rahmat
Nurul
Kalsom
Haziq
Hazim
Irfan
Zakiah
Aishah
Kamal
Naufal
Jawab soalan berikut berdasarkan carta keluarga pada halaman di sebelah: 1. Apakah hubungan antara Danial dengan Haziq? 2. Siapakah Rahmat kepada Danial? 3. Siapakah Zakiah kepada Aishah?
Bagaimanakah pula dengan keluarga anda? Lukiskan carta keluarga anda dan tentukan hubungan antara satu sama lain.
Mendengar Dengar rakaman audio. Siapa yang terdapat dalam keluarga Rashid? Kemudian, dengar sekali lagi dan lengkapkan petikan di bawah menggunakan perkataan yang sesuai. Keluarga Rashid Keluarga Rashid mempunyai enam orang ahli. Rashid mempunyai dua orang _______________ dan seorang _______________. Hobi Rashid adalah bermain_______________ dengan _______________. Mereka selalu bermain di dewan sekolah.
Ibu Rashid bernama _______________. Dia suka memasak di dapur. Dia memasak setiap hari untuk keluarganya. _______________ Rashid, Encik Latiff, pula suka berkebun. Dia mempunyai kebun di halaman rumah. Dia menanam sayur-sayuran seperti kubis dan tomato. Semua ahli keluarga Rashid suka akan haiwan. Mereka membela_______________ kucing dan _______________ ekor ikan emas. ‘Puan’ is used for married woman, while ‘Encik’ is generally used for men whether or not they are married.
15
language TIPS
2 Family and Pets
Kakak sulung Rashid, _______________ gemar membaca buku. Dia suka membaca buku _______________. Dia mempunyai banyak buku cerita di bilik tidurnya. Kakak kedua Rashid bernama Sarah dan dia adalah ahli _______________ terkenal di sekolah. Kamal ialah _______________ Rashid dan berumur _______________ tahun. Dia belum bersekolah dan suka menonton kartun di televisyen.
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 15
10/20/16 4:12 PM
Membaca Baca emel di bawah dan jawab soalan berikutnya.
George, Maaf kerana lambat membalas emel awak. Saya terlalu sibuk dengan kerja rumah dan minggu lepas, saya pergi berkhemah. Terima kasih kerana menghantar gambar arnab awak yang comel. Adakah awak memberi arnab itu lobak merah, rumput atau sayur-sayuran hijau sebagai makanan harian? Harapnya bulan depan saya dapat melawat awak dan bermain dengan arnab awak. Kalau tak salah, awak juga membela ikan emas dan tikus Belanda, bukan?
16
2 Keluarga dan Haiwan Peliharaan
Tentunya awak masih ingat kucing saya yang bernama Tompok. Malangnya, Tompok sudah mati dua bulan lepas. Saya berasa sungguh sedih. Pada hari jadi saya yang lepas, ayah saya membeli seekor kucing Parsi sebagai hadiah hari jadi. Bukan itu sahaja, ibu saya pula memberi seekor burung yang sangat cantik kepada saya. Seperti saya, mereka juga suka akan haiwan. Gambar haiwan ini ada saya sertakan bersama emel ini.
Kucing Parsi tersebut bernama Bubut dan berumur dua tahun. Makanan hariannya ialah ikan mentah. Kadang-kadang, kami memberinya daging ayam yang sudah dimasak. Makanan burung saya pula ialah epal dan pisang. Sekali-sekala, kami memberinya makan kacang. Haiwan kesayangan saya ini membuatkan hidup saya gembira. Sampai di sini sahaja. Saya akan menulis lagi tentang haiwan kesayangan saya jika ada masa lapang. Haziq 1. Senaraikan nama haiwan yang terdapat dalam emel di atas. Fikirkan
haiwan lain yang selalu dibela di rumah.
2. Senaraikan makanan haiwan yang ada dalam emel di atas. language TIPs
Malay uses classifiers when counting objects, people, animals and so on. A classifier is a word that accompanies the noun and changes according to what type of noun is being used. For example, ‘ekor’ is the classifier used with animals and ‘orang’ is used when referring to people. You will learn more about classifiers in Unit 7.
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 16
10/20/16 4:12 PM
Fokus Tatabahasa Personal pronouns are used to refer to one or more people without using their names. As you can see in the table below, they can be classified into first, second and third person, depending on who you are referring to. In the email on the previous page, you can see some personal pronouns in use. Two of them are saya (I) and awak (you). Can you find another two personal pronouns used in the email? First person (when referring to yourself)
Second person (when addressing a person or group of people) Third person (when referring to a person or group of people)
saya (I) Aku (I, informal) kami (We) – used when excluding the person you are speaking to kita (We) – used when including the person you are speaking to awak (You, informal) kamu (You, informal) anda (You, formal) kau (You, informal) dia (He/She) beliau (He/She, formal) mereka (They)
Pilih kata ganti nama (personal pronoun) yang sesuai untuk tempat kosong di bawah.
17
kata Danial kepada sahabatnya, Raju. 2. Guru besar sekolah ini bernama Encik Abid. _______________ berumur 53 tahun. 3. Shazwan dan Shamim selalu pergi ke stadium kerana hobi _______________ adalah menonton perlawanan bola sepak. 4. “_______________mahu pergi menonton filem di panggung wayang,” Adam memberitahu ibunya. 5. “_______________ harus tidur awal kerana pagi esok kita akan ke Kuala Lumpur,” kata Encik Latiff kepada dua orang anaknya. 6. “Di mana _______________ beli makanan untuk kucing awak?” tanya Zaki kepada Haziq. 7. Datuk Lee Chong Wei ialah ahli sukan negara. _______________ ialah seorang pemain badminton. 8. “Ibu _______________suka memasak. _______________ selalu ada di dapur,” kata Danial. 9. “Jom _______________pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek hujung minggu ini,” Danial mengajak abangnya.
2 Family and Pets
1. “_______________ mempunyai dua orang abang dan seorang kakak,”
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 17
10/20/16 4:12 PM
Membaca  Danial dan keluarganya pulang ke kampung untuk melawat nenek dan datuknya selama tiga hari. Semasa di kampung, dia banyak melakukan aktiviti bersama keluarganya. Danial menulis tentang kisahnya pulang ke kampung dalam sebuah diari. Sebelum membaca diari Danial, senaraikan beberapa aktiviti yang mungkin dibuat oleh Danial di kampung. Selepas membaca, bandingkan aktiviti yang Danial lakukan dengan aktiviti yang anda senaraikan.
16 MEI 2016 Saya dan keluarga tiba di rumah datuk dan nenek pada waktu petang. Nenek memasak kari ayam dan ikan bakar untuk kami. Sangat sedap! Nenek memang suka memasak dan selalu mengajar saya cara-cara memasak. Selepas makan, datuk membawa saya dan adik ke tepi pantai. Kami melihat matahari terbenam dan pemandangan di situ sangat cantik. Kami juga ikut bapa saudara saya, Pak Lang, untuk memancing ikan di tepi pantai. Kemudian, datuk membawa saya dan adik menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. 17 MEI 2016 Sepupu saya, Haziq tiba di kampung bersama keluarganya. Saya rasa sungguh seronok kerana sudah setahun tidak berjumpa dengannya. Saya hanya tersenyum apabila Haziq berkata, “Awak nampak semakin kurus!�. Memang saya semakin kurus kerana banyak bermain bola sepak di sekolah. Hari ini, saya, adik dan Haziq mengikut nenek kami untuk bergotong-royong di kenduri kahwin. Orang begitu ramai! Kami bantu nenek dan ibu saudara saya, Mak Lang, untuk memotong bawang dan kentang. Saya sangat kenyang hari ini kerana makan dengan banyak semasa kenduri. 18 MEI 2016 Hari ini ialah hari terakhir kami di kampung. Datuk membawa saya dan Haziq untuk mandi di sungai. Pada mulanya, saya takut kerana tidak tahu berenang. Tetapi, sungai itu sangat cetek! Kemudian, Datuk belikan kami jagung bakar. Selepas makan tengah hari, kami pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa sungguh sedih dan tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa mereka lagi.
18
2 Keluarga dan Haiwan Peliharaan
Danial juga banyak menggunakan kata ganti nama dalam diarinya. Cuba cari perkataan tersebut. Kemudian, jawab soalan berikutnya.
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 18
10/20/16 4:12 PM
1. Apakah makanan yang dimasak oleh nenek? 2. Siapakah yang membawa Danial dan adiknya
language
TIPs ‘Aku’ and ‘saya’ both mean ‘I’ or ‘me’. ‘Aku’ is used informally (when talking to friends, for example) and ‘saya’ when talking to someone older, a superior or someone you don’t know very well.
ke pantai? 3. Apakah kenderaan yang dinaiki oleh Danial dan datuknya ketika bersiar-siar? 4. Mengapakah Danial begitu seronok berjumpa dengan Haziq? Similarly, ‘anda’ and ‘kau’ both mean 5. Apakah sebab Danial semakin kurus? ‘you’, but ‘anda’ is used in more formal 6. Siapakah yang dibantu oleh Danial dan situations and rarely in everyday Haziq semasa bergotong-royong? conversation with people you know well. 7. Apakah yang dilakukan oleh Danial dan Haziq semasa bergotong royong? 8. Mengapakah Danial takut untuk mandi di sungai? 9. Apakah yang dimakan oleh Danial dan Haziq selepas mandi di sungai?
Bertutur Ceritakan tentang salah seorang saudara anda misalnya sepupu anda atau nenek anda kepada rakan anda. Anda boleh ceritakan latar belakangnya termasuk hobi, makanan dan minuman kegemarannya, dan memori paling indah anda bersamanya. Panjang pertuturan anda haruslah sekitar satu minit. Selepas selesai, rakan anda akan diberikan masa untuk bertanyakan dua soalan tentang maklumat yang telah anda berikan kepadanya.
Penulisan Seorang rakan dari luar negara ingin melawat keluarga anda. Dia ingin mengetahui tentang keluarga anda dan perancangan aktiviti sewaktu lawatannya nanti. Sebagai seorang yang mempunyai haiwan kesayangan, dia juga ingin mengetahui jika anda membela haiwan di rumah. Tulis sepucuk surat (sekitar 100 patah perkataan) kepada rakan tersebut.
19
• Siapakah yang tinggal bersama dengan anda di rumah, dan apakah aktiviti harian mereka? • Apakah aktiviti di dalam dan di luar rumah yang boleh anda lakukan? • Berapakah jenis haiwan yang anda ada dan apakah haiwan tersebut?
2 Family and Pets
Kandungan surat anda hendaklah menjawab soalan berikut:
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 19
10/20/16 4:12 PM
3 Rumah dan Tempat Tinggal House and Home Objektif Pembelajaran Learning Objectives By the end of this topic, you will be able to: ✓✓understand and use vocabulary relating to home ✓✓know the Malay words for different parts of a house ✓✓recognise the present, future and past tenses
Mari Bermula Lihat gambar di bawah. Fikirkan perbezaan antara rumah ini. Apakah ciri-ciri setiap rumah ini?
fokus kosa kata Lihat gambar di bawah. Apakah yang biasanya terdapat di bahagian rumah ini? Pilih jawapan daripada senarai perkataan di bawah. katil televisyen almari pakaian meja makan
cermin selimut pinggan
20
3 Rumah dan Tempat Tinggal
kerusi sofa sinki lampu meja
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 20
10/20/16 4:12 PM
Fokus Kosa Kata Lihat gambar di bawah. Labelkan bahagian rumah ini. bumbung tingkap pintu dapur tangga bilik mandi halaman
Traditional Malay houses
21
Traditional Malay houses have their own unique style. Most of them are made of wood and often built on stilts in order to protect them from flood and wild animals. They usually have many windows and a verandah from which one can admire the view. Different regions of the country and ethnic groups all have their own typical designs and architectural features especially the shape of the roof. For example, a traditional Minangkabau house has a striking curved roof with sharp points that looks like a buffalo’s horns.
3 House and Home
CULTURAL INSIGHT
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 21
10/20/16 4:12 PM
Mendengar Dengar rakaman audio dan lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul pada setiap tempat kosong. 1. Rumah ialah tempat _______________ bersama keluarga. 2. Lina menanam pelbagai pokok bunga untuk _______________
halaman rumahnya. 3. Kebanyakan penduduk di kawasan perumahan saya _______________ di taman permainan yang cantik itu. 4. Jiran perlu sentiasa _______________ membersihkan kawasan perumahan. 5. Rumah saya mempunyai _______________ yang begitu luas. 6. Pada setiap cuti sekolah, kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk _______________ datuk dan nenek. 7. Seorang jurubina yang terkenal dari Jepun telah menyiapkan _______________ rumah di kawasan perumahan mewah itu. 8. Rumah Sarah mempunyai lima bilik tidur, satu ruang tamu yang besar, dapur dan dua _______________.
STUDY SKILLS
EFFECTIVE LISTENING
• First, make sure you know the topic and type of text you are listening to, whether it is a conversation, a news report etc. • Read all the questions you will have to answer before listening to the audioscript • If the activity requires you simply to understand basic information, remember that you don’t have to understand every single word. Try to focus on picking out the words you do need to understand.
22
3 Rumah dan Tempat Tinggal
Listening and understanding a foreign language can be very challenging. You may feel confident about writing and speaking but struggle to follow an audioscript for the listening activities in this book. Follow these tips to improve your listening skills:
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 22
10/20/16 4:12 PM
Membaca  Baca kisah tentang rumah Puteri Putih. Perhatikan semua kosa kata yang telah anda pelajari. Berapa banyak bilik yang diberitahu? Kemudian baca cerita ini lagi dan jawab soalansoalan berikut. Rumah Puteri Putih diperbuat daripada perak. Bumbungnya adalah daripada batu bata yang berwarna biru. Terdapat hanya tiga buah tingkap kaca yang kecil. Ada dua buah pintu rumah yang diperbuat daripada kayu. Puteri Putih masuk ke ruang tamu. Perhiasan di ruang tamu amat menarik, penuh dengan barang kesukaan Puteri Putih. Sebuah alat penenun kain bersama segala peralatannya tersedia di hujung ruang itu. Puteri Putih melihat ke arah dapur. Dapur kecil yang amat kemas dengan segala perkakas memasak, penuh dengan pelbagai makanan. Seorang pembantu sedang memasak sambil menyanyi. Berhampiran dengan dapur, terdapat sebuah bilik mandi. Seorang pembantu sedang menyediakan air untuk mandi. Pelbagai jenis minyak wangi dan bunga telah dimasukkan ke dalam air. Bau bilik itu sangat harum. Puteri Putih masuk ke dalam bilik tidurnya. Terdapat sebuah katil yang amat cantik dan tiga lapisan tilam. Bantal yang disediakan amat empuk. Almari penuh dengan pakaian yang cantik. Terdapat sebuah cermin yang boleh bercakap di dalam bilik itu. Puteri Putih boleh melihat perkara yang berlaku di tempat lain melalui cermin tersebut. “Puteri, marilah kita keluar bermain di taman. Dayang Esah ada di taman, sedang menanam pokok bunga. Dia pasti dapat menghiburkan Puteri dengan nyanyiannya,� kata pembantunya. Puteri Putih mengangguk. Puteri Putih dan pembantu keluar ke taman di halaman rumah. 1. Apakah warna bumbung rumah Puteri Putih? 2. Berapakah tingkap dan pintu rumah Puteri Putih? 3. Apakah yang dapat dilihat oleh Puteri Putih di ruang dapur? 4. Mengapakah bilik mandi Puteri Putih berbau harum? 6. Apakah yang ada di dalam almari di bilik tidur Puteri Putih?
23
7. Apakah kebolehan cermin di bilik tidur Puteri Putih?
3 House and Home
5. Berikan tiga perkara yang dapat dilihat di bilik tidur Puteri Putih.
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 23
10/20/16 4:12 PM
Fokus Tatabahasa The following table shows four most very common tenses in Malay. You can see that to form the present continuous, future and past, you must take the basic verb form used in the simplre present and add a helping verb (‘kata bantu’). Try to familiarise yourself with these helping verbs. If you can recognise them they will help you work out which tense is being used. You will learn more about tenses in future units. Tense
Helping word
Verb
Example Saya makan nasi. I eat rice. Dia sedang makan nasi. She is eating rice. Saya akan makan nasi di restoran. I will eat rice at the restaurant. Dia telah makan roti. She ate bread. Dia sudah makan nasi. She has eaten rice.
Simple present tense Present continous tense
Usually written with verb only, without helping word sedang, masih
makan to eat sedang makan is eating
Future tense
akan, hendak, mahu
akan makan will eat
Past tense
sudah, telah
telah makan ate sudah makan has eaten
Pilih kata bantu yang sesuai untuk tempat kosong di bawah. hadapan. 2. Sarah _______________ (hendak/masih) membersihkan dapur sejak pagi tadi. 3. Ibu _______________ (akan/sedang) berehat di ruang tamu apabila saya masuk. 4. Kakak _______________ (sedang/akan) menjemur kain apabila hujan turun dengan lebat. 5. Kamal sangat gembira kerana peperiksaan akhir tahun _______________ (akan/masih) tamat dua hari lagi. 6. Keluarga itu _______________ (hendak/masih) tinggal di situ sejak 1980. 7. Emak _______________ (sedang/akan) menjahit baju, apabila adik terjatuh dari kerusi. 8. Mereka _______________ (sedang/akan) menonton televisyen apabila bekalan elektrik terputus.
24
3 Rumah dan Tempat Tinggal
1. Rumah itu _______________ (telah/akan) siap dibina pada minggu
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 24
10/20/16 4:12 PM
Bertutur Anda ialah seorang penulis yang menemuramah seorang ahli perniagaan tentang rumahnya yang harganya sangat mahal. Kawan anda ialah ahli perniagaan tersebut. Soalan temuramah anda haruslah meliputi reka bentuk luaran dan dalaman rumah tersebut. Mulakan temuramah anda dengan dua soalan. Panjang temuramah adalah sekitar satu minit. Rakan anda akan menjawab pertanyaan anda dengan memberikan maklumat yang diperlukan.
Penulisan Mari membina rumah istimewa anda! Tuliskan satu karangan sekitar 100 patah perkataan tentang rumah istimewa anda. Nota rujukan disediakan bagi membantu penulisan anda. • Di manakah rumah istimewa anda dan mengapakah anda memilih tempat itu? • Bagaimanakah reka bentuk rumah yang anda minati (contohnya dua tingkat, bentuk bumbung, banglo atau teres)? • Apakah warna rumah itu? • Manakah bahagian di rumah itu yang paling anda suka dan mengapa?
You can include more information in your letter if you like, as long as you make sure you give all the information requested above and take care not to exceed the 100-word limit.
25
3 House and Home
language TIPs
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 25
10/20/16 4:12 PM