RUMUSAN
1
• Kaji soalan berikut: • Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. • 1. Soalan pertama iaitu punca-punca berlakunya banjir kilat adalah isi tersurat. Isi ini ada dalam petikan. Dapatkan maksimum 6 isi. Gariskan isi yang berkaitan punca-punca banjir kilat tersebut.
• 2. Soalan kedua iaitu langkah-langkah menanganinya adalah isi tersirat yang perlu difikirkan oleh pelajar. Jumlah isi tersirat ialah 2. Jika isi tersurat 6, isi tersirat = 2. Anda mungkin boleh memberi lebih daripada 8 isi tetapi awas dengan bilangan perkataan anda.
• 3. Untuk rumusan SPM , ada 4 perenggan iaitu : 1. 2. 3. 4.
Pendahuluan Isi - isi tersurat Isi - isi tersirat Kesimpulan
1. Menulis pendahuluan: : Tukarkan soalan isi tersurat kepada perkataan yang sinonim. Punca-punca ditukar kepada faktor-faktor. Hanya dalam 1 ayat dan dimulakan dengan Petikan menyatakan/membincangkan…… Contoh : • a) Petikan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Malaysia. [ 2 markah ] • b) Petikan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat [ 1 markah ] Alasan : Tidak menyatakan di mana berlakunya • c) Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Malaysia. [ 0 `markah ] Alasan : salin semula soalan.
• Tambahan: Anda boleh menulis‌ Rumusan membincangkan faktorfaktor berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya. [ 2 markah ] – paling mudah
2. Menulis Perenggan Kedua - Isiisi tersurat 1. Rujuk kepada kata kunci pertama ( soalan pertama ) dalam mengesan isi. 2. Dapatkan 6 isi tersurat.
• Contoh menulis perenggan isi tersurat:
Antara (KK1) +nya ialah …… isi tersurat 1, selain itu, isi tersurat 2…
•
Gunakanlah penanda wacana yang sesuai seperti:
selain itu, Seterusnya, Di samping itu, Bukan itu sahaja, Akhir sekali Jangan silap memilih penanda wacana!
3. Menulis Perenggan Ketiga - Isi-isi tersirat (perlu fikir jawapan sendiri berdasarkan soalan kedua) 1. 2.
Jumlah isi tersirat bergantung kepada jumlah isi tersurat Contohnya: isi tersurat = 6 isi tersirat = 2 atau
isi tersurat = 5 isi tersirat = 3 1.
Isi tersirat mestilah langsung tidak dinyatakan dalam petikan ( tiada dalam petikan ).
2.
Rujuk kepada soalan kedua yang dinyatakan dalam arahan.
• Contoh menulis perenggan isi tersirat: Kata kunci 2 (KK2) ialah, …………………… selain itu, …………………………………….. .
• 4. Menulis kesimpulan 1. Perkara yang perlu ada dalam kesimpulan ialah : a) unsur 1 : cadangkan supaya semua pihak melaksanakan sesuatu b) tema : banjir kilat c) kata hubung : agar / supaya‌.untuk menyambungkan unsur 1 dan unsur 2 d) unsur 2 : nyatakan kenapa cadangan anda itu perlu
• Contoh perenggan kesimpulan: Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama mengatasi masalah banjir kilat agar dapat hidup harmoni / selamat.
TERIMA KASIH
CIKGU NOR FADHILAH BT ABDULLAH SEK. MEN. AGAMA NILAI NEGERI SEMBILAN