![](https://static.isu.pub/fe/default-story-images/news.jpg?width=720&quality=85%2C50)
3 minute read
‘chap manjong’
from Chap Manjong
Oleh: Faizal Sidik
1. Menghimpunkan rakan semasa belajar untuk menghasilkan pameran bukanlah satu tugas yang mudah dan ia menuntut ketenangan dimana rakan-rakan ini berasal dari negeri yang berlainan. Terima kasih diucapkan kepada media sosial kerana hubungan yang jauh ini dapat disilaraturahim kembali melalui pertemuan sidang video diplatform Google Meet.
Advertisement
2. Selepas pameran Kumpulan Manjung yang ketiga yang diadakan di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara pada tahun hujung 2018 kumpulan ini ingin sekiranya pameran berkumpulan ini diadakan secara tahunan.
3. Ada beberapa ruang pameran yang telah difikirkan oleh kumpulan ini terutamanya yang terletak di Lembah Klang agar pameran seterusnya ini menjadi ruang yang mudah dikunjungi misalnya di Galeri Prima. Namun rancangan ini terbantut disebabkan oleh virus covid yang mula melanda pada tahun 2020.
4. Rencana untuk melaksanakan pameran berkumpulan ini tercetus hasil daripada permohonan saya untuk mengadakan pameran solo Catan Songket. Pameran catan songket adalah sebuah pameran solo yang saya lancarkan pada tahun 2017 di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur.
5. Pameran itu kemudiannya bergerak di beberapa buah negeri misalnya Balai Seni Melaka, Galeri Pantai Timur, Muzium Negeri Terengganu, Balai Seni Kelantan dan berakhir di Balai Seni Negeri Kedah pada akhir tahun 2019.
6. Pameran seterusnya yang dijadualkan diadakan di Galeri Al-Biruni bertempat di Universiti Teknologi Mara kampus Seri Iskandar, Perak ditunda selama dua tahun sehinggalah idea untuk menghimpunkan semula rakan-rakan Kumpulan Manjung untuk kembali ke Perak ini muncul.
7. Pameran solo kepada pameran berkumpulan ini adalah tercetus untuk mengembalikan memori alam pembelajaran kami yang berada di kampus Seri Manjung pada tahun 1995 sehinggalah awal 2002.
8. Setelah lehih 20 tahun meninggalkan kampus Seri Manjung hasrat kami adalah ingin menziarah kampus lama walaupun bukan di Seri Manjung namun DNA para pensyarah dan tenaga pengajar dahulunya tempat kami menuntut ilmu itu masih berada di sini.
9. Oleh itu pada satu kumpulan Whatapp telah dibina bagi membincangkan projek seterusnya Kumpulan Manjung ini, ianya digerakkan dengan mesyuarat untuk mengadakan pameran yang telah dirancang pada tahun 2021.
10. Untuk rekod pameran Chap Manjong ini adalah pameran berkumpulan ke-empat oleh alumni Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM Seri Manjung.
11. Pameran pertama kumpulan ini telah diadakan di Muzium PERZIM atau Perbadanan Muzium Melaka yang kini dikenali dengan Balai Seni Lukis Melaka pada tahun dengan tajuk ‘Julung’ pada tahun 1998.
12. Nama ‘Julung’ dipilih sempena julung-julung kali atau buat pertama kalinya pameran berkumpulan yang menghimpunkan 3 sesi Jabatan Seni Halus mengadakan pameran bersama.
13. Selepas kami bergraduan dan berkerjaya aktiviti berpameran yang menghimpunkan alumni ini agak lama sepi lebih 10 tahun. Mungkin tiada peneraju yang sedia untuk mengemudi pasukan pameran agaknya. Ada juga yang terus mengadakan pameran solo dan berkumpulan dengan menyertai pameran yang dianjurkan oleh institusi seni, galeri swasta atau persatuan pelukis.
14. Pada tahun 2013 saya menjemput beberapa rakan-rakan untuk bersama-sama mengadakan pameran bersama mengimbau semula zaman belajar dan akhirnya kami kembali dengan pameran yang dinamakan ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’ yang dirasmikan oleh bekas pensyarah Asasi Seni (Foundation) di Seri Manjung iaitu En. Azhar Manan.
15. Pameran ini diadakan sebagai suatu respon pengkarya seni terhadap demam Pilihan Raya Umum atau PRU pada tahun itu dimana karya-karya yang dipamerkan adalah reaksi kami terhadap suhu iklim sosialpolitik negara yang panas pada ketika itu.
16. Karya-karya yang dipamerkan juga agak vokal terhadap permasalahan masyarakat dan pemimpin seperti kebebasan bersuara, rasuah dan salah guna kuasa sehinggakan ada karya yang terpaksa di ‘padam’ daripada dipertontonkan kepada umum.
17. Atas kejayaan pameran itu kami hadir sekali lagi selepas lima tahun dengan mengadakan pameran Kumpulan Manjung yang dinamakan ‘Manusia dan Alamnya’ . Pameran ini agak romantika kerana karya yang dihasilkan mengimbau semula alam Seri Manjung itu sendiri yang dirasmikan oleh Dr. Zainuddin Mat Nor iaitu pensyarah yang mengajar kami Asasi Seni dan Seni Reka Fesyen sebelum ini.
18. Pameran ‘Manusia dan Alamnya’ ini menjadi sejarah kerana berjaya buat pertama kalinya menghimpun tiga buat jabatan awal di Seri Manjung iaitu seni halus, seramik dan fesyan dalam satu ruang di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara di Kuala Lumpur.