Chap Manjong

Page 8

Chap Manjong Oleh: Faizal Sidik

1. Menghimpunkan rakan semasa belajar untuk menghasilkan pameran bukanlah satu tugas yang mudah dan ia menuntut ketenangan dimana rakan-rakan ini berasal dari negeri yang berlainan. Terima kasih diucapkan kepada media sosial kerana hubungan yang jauh ini dapat disilaraturahim kembali melalui pertemuan sidang video diplatform Google Meet. 2. Selepas pameran Kumpulan Manjung yang ketiga yang diadakan di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara pada tahun hujung 2018 kumpulan ini ingin sekiranya pameran berkumpulan ini diadakan secara tahunan. 3. Ada beberapa ruang pameran yang telah difikirkan oleh kumpulan ini terutamanya yang terletak di Lembah Klang agar pameran seterusnya ini menjadi ruang yang mudah dikunjungi misalnya di Galeri Prima. Namun rancangan ini terbantut disebabkan oleh virus covid yang mula melanda pada tahun 2020. 4. Rencana untuk melaksanakan pameran berkumpulan ini tercetus hasil daripada permohonan saya untuk mengadakan pameran solo Catan Songket. Pameran catan songket adalah sebuah pameran solo yang saya lancarkan pada tahun 2017 di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur. 5. Pameran itu kemudiannya bergerak di beberapa buah negeri misalnya Balai Seni Melaka, Galeri Pantai Timur, Muzium Negeri Terengganu, Balai Seni Kelantan dan berakhir di Balai Seni Negeri Kedah pada akhir tahun 2019. 6. Pameran seterusnya yang dijadualkan diadakan di Galeri Al-Biruni bertempat di Universiti Teknologi Mara kampus Seri Iskandar, Perak ditunda selama dua tahun sehinggalah idea untuk menghimpunkan semula rakan-rakan Kumpulan Manjung untuk kembali ke Perak ini muncul. 7. Pameran solo kepada pameran berkumpulan ini adalah tercetus untuk mengembalikan memori alam pembelajaran kami yang berada di kampus Seri Manjung pada tahun 1995 sehinggalah awal 2002. 8. Setelah lehih 20 tahun meninggalkan kampus Seri Manjung hasrat kami adalah ingin menziarah kampus lama walaupun bukan di Seri Manjung namun DNA para pensyarah dan tenaga pengajar dahulunya tempat kami menuntut ilmu itu masih berada di sini. 9. Oleh itu pada satu kumpulan Whatapp telah dibina bagi membincangkan projek seterusnya Kumpulan Manjung ini, ianya digerakkan dengan mesyuarat untuk mengadakan pameran yang telah dirancang pada tahun 2021.

8


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.