DINAMIKA TAMPAK

Page 1

1


2


DINAMIKA TAMPAK 28 Mei —22 Jun 2001

Pusat Seni Yayasan Kesenian Perak (YKP)

Pustaka Taman Seni 2021 3


Muka Depan: "Voice Without a Voice : King Rawana as Mini Bus Driver" (perinciaan), Faizal Sidk Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi kandungan buku ini dala m apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Pustaka Taman Seni

Diterbitkan oleh: Pustaka Taman Seni G101, Plaza Suria, Jalan PJU 10/4C Damansara Damai, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

4


FAIZAL SIDIK VICTOR GORDON MAHADI MUDA NURAMANI ZAINUDDIN

SITI ZAMZARINAH KHALID MUSI SURAYA HANI KHAIRUL ANWAR YUSOFF NADZLIANA MAT DARUS NIZAM MOHAMED ERUAN ADNAN ISSAREZAL ISMAIL FAZIRA ABDUL RAHIM

KHAIRUL AZUWAN ISHAK JULIANAASNIZAH OMAR RAHIMI DERAMAN ROHIZAL MAT AROP SITI RAFEAH MISRON 5


6


KANDUNGAN

Esei Kurator Dinamika Tampak : Kreativiti dan Dinamika Pelukis Muda

6

Karya Pelukis

14

Kad jemputan

32

Majilis Perasmian

34

Penghargaan

37

7


DINAMIKA TAMPAK Kreativiti dan Dinamika Visual Pelukis Muda

Tradisi berkarya dan berpameran merupakan aset terpenting Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka terutamanya Jabatan Seni Halus yang merupakan nadi utama penggerak seni tampak tanah air. Peranan (FSSR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dahulunya Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR), Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan sejak 34 tahun lalu (1967) membuktikan kecermerlangannya. Bukan sekadar mengeluarkan sejumlah graduan yang menyumbangkan kepakaran dalam pelbagai sektor pekerjaan, bahkan turut melahirkan ramai pelukis dan pereka muda yang mengharumkan nama negara sampai ke peringkat antarabangsa Dalam pameran ‘Dinamika Tampak’ , sejumlah 28 karya berjaya dipamerkan olehg 18 pelukis muda kelahiran Jabatan Seni Halus , UiTM Perak . Mereka merupakan bakat-bakat muda yang berpotensi dan dianggap perintis penting sempena dengan kedatangan alaf baru yang bakal mencetus idea baru, memecah sempadan dan tembok seni yang yang cliche dan mundane. Manusia tidak pernah berhenti pada satu keadaan begitu juga perkembangan pemikiran , idea, aliran dan falsafah. Tercipta suatu yang baru ini bukanlah bermula dari tiada , tetapi ia sebenarnya diberi pembaharuan dari yang lama yang lebih maju dan berteknologi tinggi. Walaupun masih terikat dengan isme-isme dan konvensi dari seni akademi barat yang sukar untuk dipisahkan namun mereka masih mempunyai jati diri . Secara umumnya karya yang dipamerkan dalam pelbagai kaedah dan corak persembahan . Dari gaya etnik , realis, islamik ‘happening art’ , instalasi sehinggalah seni komputer dan seni video. Seni Sebagai Tuntutan Spiritual Kebanyakan masyarakat di dunia ini menjadikan seni sebagai komponen spiritual yang bertujuan magis. Kegiatan ini dapat dikesan dengan merujuk kepada aktiviti melakar di gua-gua batu sejak zaman pra-sejarah lagi. Berasal dari suku kaum Bidayuh Sarawak memberi satu inspirasi kepada Victor . Karya beliau “The Glory of 8


Life” yang bersifat regional atau kedaerahan cuba mengekspresi cara hidup budaya dan adat kaumnya kepada karya seni . Karya beliau banyak menyelitkan ikon-ikon yang bersifat setempat dalam masyarakatnya. Penerapan Nilai-Nilai Islam Dinamisme yang mendorong kepada kesenian bermotivasikan Islam juga disebabkan oleh faktor sosiologikal. Tidak dapat disangkal pelukis kini sentiasa peka dengan cabaran sosio –budaya dan politik semasa. Pelukis-pelukis berperanan sebagai angin perubahan yang gigih dalam membangunkan negara. Hasil karya mereka tidak bersifat individualistik, subjek atau peribadi, sebaliknya karya-karya mereka mendakapi keterlibatan sosial yang mendalam yang berfungsi sebagai perakam budaya. Islam menjadi garis panduan serta sistem nilai yang mengukur bentuk serta makna seni kontemporari Melayu. Pelukis Melayu peka akan hal ini, justeru itu karya mereka sedapat mungkin tidak melewati batas-batas agama dan kebudayaan , bahkan banyak yang berteraskan estetika seni Islam. Dalam Dinamika Tampak , penghayat berpeluang mendekati konsep sedemikian dalam karya Mahadi Muda, Nuramani Zainuddin, Siti Zamzarinah , Khalid Bin Musi dan Suraya Hani. Ini tercermin dalam karya Mahadi Muda “Iqra” (Carilah Ilmu ). Bagi beliau kesenian Islam boleh juga didefinasikan sebagai peringatan (zikir) dan renungan. Karya “Iqra” atau ‘Bacalah’ cuba mengingatkan kita perihalnya pentingnya ilmu iaitu dengan membaca dan menulis. Mahadi bermediumkan seni khat (kata-kata suci) sebagai bahasa pengantarnya. Kepelbagaian bentuk tulisan seperti kufi, nasakh, tuluth, diwani dalam karyanya membawa makna bidang pembacaan dan ilmu yang luas.

Pengamalan tentang pemakaian doa dalam kehidupan muslim seharian menjadi konsep karya Nuramani Zainuddin . “Doa, Cahaya dan Bayang” (Invocation Series) . Nina merujuk kepada kostum dan pakaian sebagai metafora pelindung manusia daripada bahaya-bahaya negatif . Penggunaan ayat Al-Quran sebagai satu bentuk persembahan kaligrafi kontemporari . Teknik baru iaitu penggunaan bahan tanah yang tidak menjalani disiplin pembakaran dan penerokaan terhadap seni fabrik jarang divisualkan ke dalam seni tampak kita. Siti Zam Zarinah “Keagungan Tuhan” dan Suraya Hani “Paradok” (Siri Keanehan 9


Mimpi) pula lebih tertarik dengan gabungan unsur formalistik dan tumbuh-tumbuhan dalam menerapkan pengucapan islamik mereka. Kesan penggunaan kerangka daun getah dalam karya Zam begitu menarik apabila disatukan dengan prinsip dan rekaan yang mencerminkan keadaan yang harmoni diantara manusia dan alam semulajadi. Khalid Musi terpengaruh dengan penggunaan barang perdagangan semasa. Beliau banyak dipengaruhi dengan seni pop Barat yang di pelopori oleh Andy Warhol. Apa yang menjadi isu beliau ialah tentang penggunaan barangan keperluan semasa yang berada di pasaran yang tidak begitu islamik. Dalam “Roti” dan “Air Mineral” cuba membangkitkan penggunaan semula tulisan jawi yng kini hampir pupus penggunaannya dalam kehidupan kontemporari Malaysia. Khalid mengajak agar kita menghidupkan semula tulisan ini dengan dimulakan dengan barangan makanan harian kita. Perhubungan Antara seni dan Manusia Manusia, masyarakat dan kebudayaan merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat dengan falsafah, tamadun dan idea. Penciptaan sesebuah karya seni tampak tidak dapat diasingkan dari faktor–faktor tersebut. Perubahan citarasa yang berlaku dalam masyarakat akan menentukan nilai-nilai hidup, ia menerima perubahan namun alam pemikiran dan proses mencipta sesuatu seringkali dipengaruhi oleh masa lampau masyarakatnya. Bierans De Haan seorang ahli sosiologis Belanda mengatakan unsur statis yang berpasangan dengan unsur dinamis , barmaksud iaitu sesuatu yang ditokok tambah kemudiannya . Seni Lukis lahir dari celah-celah kehidupan masyarakat biasanya menampilkan elemen-elemen tertentu di dalam sesebuah masyarakat tersebut , misalnya tentang sosio-budaya ataupun keagamaan. Karya Khairul Anwar “Smack Down” dan Nadzliana “Happy My Family” membahaskan isu semasa yang berada dalam masyarakat kita terutamanya kepaada kanak-kanak. Khairul mengambil televisyen sebagai subjek dan aksi tidak balas daripada perlawanan gusti atau ‘wrestling’ sebagai subjek komentar beliau. Beliau melihat pengaruh aksi ganas di televisyen sebagai sebagai sesuatu yang boleh memberikan kesan buruk kepada mental pembesaran kanak-kanak. Tidak hairanlah jika senario keganasan atau kenakalan seperiti mencederakan dan membuli rakan di sekolah dengan menggunakan alat yang merbahaya semakin menjadi-jadi. 10


Karya Nizam “Semut Merah” mempunyai kecenderungan menggunakan teks. Nizam menyoal manusia-manusia dalam masyarakatnya. Beliau seolah-olah menyindir sesetengah golongan yang mementingkan diri dan menganggap komuniti adalah sesuatu yang tidak penting. Bagi Nizam menggunakan perlambnagan semut sebagai satu serangga biasa dilihat hidup bekerjasama dan rajin berusaha menyarankan kita agar mencontohi sikap tersebut. Eruan pula berinspirasi dengan tumbuh-tumbuhan , beliau mengkiaskan tumbuhtumbuhan (taugeh) dengan kehidupan kita sebagai manusia. Karya “Persaingan” yang bersifat ‘art process’ ini boleh dikatakan cuba melarikan dari bentuk-bentuk klise apabila menggunakan objek tumbuhan . Beliau mengingatkan kita bahawa setiap kehidupan ada perlumbaan dan persaingan mencari sesuatu kebaikan untuk survival, tetapi awas setiap persaingan mestilah kearah pembentukan yang sihat. Karya ini seolah-olah cuba merkamkan putaran hidup manusia setiap yang hidup mesti akan mati. Pengalaman semasa bersekolah di tadika merupakan pencetus idea karya Issarezal Ismail “ The Rules of the Playground” . Karya beliau boleh disifatkan lebih mengutamakan fungsi sesebuah karya dalam menyampaikan mesej. Beliau menolak penggunaan catan easel seolah-olah cuba berinteraksi dengan audien agar mengeja seperti abjad yang sering kita lihat terpampang di taman asuhan kanak-kanak. Fazira Abdul Rahim mempamerkan hasil penerokaan media baru catan iaitu dengan ‘computer print’ karyanya yang berjudul “Housing & Urban” cuba menyampaikan permasalahan yang berlaku dalam proses pembangunan iaitu penempatan haram atau setinggan di kawasan bandar Malaysia.

Alam semulajadi dan kehidupan pula menjadi tema kegemaran Shahril Azuwan “Red Old Leaf on Muddy Water” dan Julianaasnizah Omar “Do You Drink Coffee” , karya realisme Ju diolah secara baik ini cuba menolak konvensi fomat catan kanvas seperti imej segi dilihat seperti rupa bangunan . Ju cuba mengupas permasalahan sosial yang beliau anggap sebagai salah satu daripada pencemaran dalam komuniti harian kini. Karya mereka ini menekankan penggunaan unsur warna , komposisi dan mood dalam catan.

11


Pertembungan Antara Teknologi dan Seni.

Kepesatan dunia sains dan teknologi yang pantas mewarnai kehidupan kontemporari telah mencetuskan suatu bentuk medium dan penyampaian baru. Kemunculan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak alternatif kepada pengkarya seni konseptual . Video dan filem berkembang sebagai penyampai baru Penampilan seni video yang berbentuk ‘motion’’ yang dikenali sebagai seni video menjadi satu peralihan baru terhadap orientasi teknologi. Seni video melihatkan ‘masa’ . Malah tidak bersifat statik seperti catan, arca ataupun fotografi. Peralatan seperti monitor televisyen atau projektor dan perakam video menjadi sebahagian dari orentasi objek seni. Karya Faizal Sidik dan Rahimi Deraman merupakan pemuka baru yang kian merintis kearah itu Kesinambungan imej tradisi Nusantara yang mengajak kita kepada kesedaran penggunaannya kelihatan mula tertampak dalam karya instalasi penuh humor oleh Faizal “Voice Witout a Voice”: King Rawana as Mini Bus Driver” dilihat bernada dan berkonsepkan wayang kulit. Mesej beliau tentang isu hak bersuara dilakukan secara halus dan berjenaka. Beliau cuba mengolah penyatuan media besi dalam bentuk arca digabungkan dengan teknologi video .Seolah-olah cuba memperlihatkan bagaimana propaganda yang disalurkan melalui media ini telah berjaya boleh mengusai dan menembusi pemikiran manusia dalam kehidupan , budaya, kepercayaan agama dan bangsa. Bagi karya “Millennium Generation” Rahimi mengungkapkan informasi yang bergerak tanpa had dan sempadan, segala–galanya segera dan pantas . Disebabkan keinginan manusia berkehendakan atau bertukar atau mengetahui maklumat dengan cepat amat tinggi sehingga merombak sistem sosial kita yang semakin parah yang sedikit demi sedikit menghakis jati diri budaya masyarakat. Micheal McLuhan seorang ahli sosiologi menganggap “The medium is the massage” Bagi beliau setiap bahantara itu mempunyai atau memberi gaya komunikasi sendiri melalui penstrukturan dan imbnagan deria. Jika di lihat dan perkembangan seni dan teknologi ini tidak langsung menjejaskan tatabahasa tampak. Perletakan elemen formalistik seni dan konteks serta isinya tidak mengabaikan atau mengetepikan elemen-elemen seperti garisan, rupa, bentuk , ruang dan sebagainya termasulklah komponen lain seperti imbangan , harmoni , . 12


ulangan dan sebagainya. Cuma teknik dan gaya pengucapana atau penyampaian sahaja yang berlainan Peralihan ke Teknologi Komputer Setelah berlakunya peralihan kepada penggunaan teknologi komputer maka kepelbagaian media dapat diperagakan . Nam Jum Paik salah seorang avant garde dalam seni video pernah menyebut “As collage techniques replaced oil paint” Kini elektronik dikaitkan dengan komputer, sememangnya hampir seluruh peralatan elektronik sekarang dicipta mempunyai keupayaan pemprosesan seperti komputer. Ini berlaku dengan adanya mikrochip dan mikroprocessor. Pada dasarnya hanya generasi yang berorentasikan teknologi tinggi sahaja yang ghairah dan cenderung terhadap komputer dan keupayaannya. Kerancakan menghadapi alaf baru dan teknologi canggih menjadi label generasi akan datang iaitu generasi siber. Teknologi perkomputeran sudah menjadi satu bentuk globalisasi. Kita dapat melihat teknologi tinggi dengan transportasinya telah mula menggerakkan seni dalam bentuk pencapaian baru. Karya Rohizal Mat Arop dan Siti Rafeah Misron “Oh Tuan Presiden” telah mula menampakkan jalan kearah inisebagai pelukis muda mereka tidak gentar melakukan eksplorasi. Kurator

Faizal Sdik

13


“Mereka merupakan bakatbakat muda yang berpotensi dan dianggap perintis penting sempena dengan kedatangan alaf baru yang bakal mencetus idea baru, memecah sempadan dan tembok seni yang yang ‘cliche’ dan ‘mundane’”

14


Khairul Anuar Yusoff "Smack Down" 122 cm x 75 cm Cat minyak 2000

15


Nizam Mohamed " Hidup Melayu" 184 cm x 152 cm Cat minyak 2000

16


Khairul Azuwan Ishak "Red Old Leaf on Muddy Water" Cat minyak atas kanvas 2000

17


Suraya Hani "Untitled" Campuran atas kanvas Cat minyak 2000

18


Julianaaslizah Omar 'Do You Drink Coffee' Cat minyak 125 cm x 122 cm 2000

19


Mahadi Muda "Iqra: Siri " Campuran atas kayu Cat enamel 2000

20


Issarezal Ismail "The Rules of the Playground" Campuran atas kayu Cat enamel 2000

21


Eruan Adnan "Persaingan" Pelbagai dimensi Campuran 2000

22


Nuramani Zainuddin " Doa, Cahaya dan Bayang" Pelbagai dimensi Campuran 2000

23


Siti Zam Zarina Miswan "Keagungan Tuhan 1" Campuran 91 cm x 61 cm 2000

24


Victor Gordon "House in Time" Campuran Dimensi pelbagai 2000

25


Siti Rafeah Misron "Oh Tuan Presiden" Campuran 91 cm x 61 cm 2000

26


Fazira Abdul Rahim "Housing and Urban" (Imigrasi) Campuran 120 cm x 130 cm 2000

27


Rohizal Mat Arop "Memory In Time" Campuran 2000

28


Nadzliana Mat Darus "My Family" (Family Series) Besi dan Clay 2000

29


Rahimi Deraman "Millennium Generation" Campuran Dimensi pelbagai 2000

30


Faizal Sidik "Voice Without a Voice : King Rawana as Mini Bus Driver" Dimensi pelbagai Campuran 2000

31


32


33


34


35


36


Penghargaan

Kurator dan pelukis mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan pameran Dinamika Tampak

Datin Teh Khatijah Bt Anuar Raja Ahmad Aminullah

Dr Mohd Yussuff Izzudin Md Ali Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Manjung, Perak Yayasan Kesenian Perak (YKP) Angkatan Pelukis Darul Ridzauan (APDR) Pensyarah Jabatan Seni Halus, Pensyarah Jabatan Seramik Pensyarah Jabatan Fesyen

Pensyarah Asasi Seni En. Zainuddin Md. Nor En. Azhar Manan Pn. Nurhanim Khairuddin Pn. Zainab Ngah En. Zaslan Zeeha Zaini En. Hamidon Ahmed En. Azizul Rabu

Pelajar Tahun 2 Jabatan Seni Halus

37


Pustaka Taman Seni 38


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.