'Chap Manjong', Galeri Al-Biruni, 1-31 Julai
Pameran 'Chap Manjong' adalah sebuah pameran berkumpulan yang menghimpunkan 20 pengkarya yang terdiri alumni atau bekas pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka yang bertapak di UITM kampus Seri Manjung, Perak pada pertengahan 1990 an sehingga awal 2000 an.
Kumpulan Manjung adalah sebuah 'jenama', 'cap', 'tanda nama', 'cop' atau sebuah 'chop' perkumpulan seni yang bergerak dalam jemaah atau kolektif dalam membantu anggota kumpulan dalam melancarkan karier masing-masing dalam pelbagai bidang seni dan rekaan. Ini samada melalui pameran solo, berkumpulan, bergerak, projek seni, pertunjukan, bicara seni, bengkel dan lain-lain dalam memperkasakan peranan dan fungsinya sebagai sebuah perkumpulan yang memberikan sumbangan idea dan visual terhadap pembangunan insan, sebagai suatu reaksi tindakan pandangan perkumpulan ini sebagai suara gologan seniman.